pengesanan awal disleksia kanak

34
PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH Azmi bin Abu Bakar, Suraya bt. Bai [email protected] [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri disleksia yang terdapat dalam kalangan murid prasekolah IPG Kampus Darulaman (IPDA). Kajian ini mengadaptasi instrument The Dyslexia Early Screening Test (DEST) dan set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) yang diubahsuai sebagai senarai semak untuk mengkaji kemahiran matematik, kemahiran bahasa (lisan, bacaan dan tulisan), memori, pengetahuan, kemahiran motor halus dan deria persepsi. Seramai 17 sampel murid prasekolah IPDA terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan masalah ingatan merupakan masalah utama dalam kalangan sampel dengan purata sebanyak 26.78%. Masalah kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan tulisan pula menyumbang sebanyak 23.52%. Aspek kemahiran matematik yang berkaitan dengan nombor, membilang nombor dan menentukan nilai nombor tidak menunjukkan masalah yang ketara dari segi penguasaan. Hasil kajian menunjukkan perlunya dan pentingnya pengesanan dan intervensi awal simptom disleksia di peringkat prasekolah. Pendedahan kepada guru mengenai simptom disleksia dan perancangan cara menangani kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia melalui aktiviti yang

Upload: aya-adam

Post on 12-Dec-2014

189 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Azmi bin Abu Bakar, Suraya bt. Bai

[email protected]

[email protected]

AbstrakKajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri disleksia yang terdapat dalam kalangan murid

prasekolah IPG Kampus Darulaman (IPDA).  Kajian ini mengadaptasi instrument The Dyslexia

Early Screening Test (DEST) dan set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) yang

diubahsuai sebagai senarai semak  untuk mengkaji kemahiran matematik, kemahiran bahasa

(lisan, bacaan dan tulisan), memori,  pengetahuan, kemahiran motor halus dan deria persepsi.

Seramai 17 sampel murid prasekolah IPDA terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis

secara deskriptif menggunakan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan masalah ingatan

merupakan masalah utama dalam kalangan sampel dengan purata sebanyak 26.78%. Masalah

kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan tulisan pula menyumbang sebanyak 23.52%.

Aspek kemahiran matematik yang berkaitan dengan nombor, membilang nombor dan

menentukan nilai nombor tidak menunjukkan masalah yang ketara dari segi penguasaan. Hasil

kajian menunjukkan perlunya dan pentingnya pengesanan dan intervensi awal simptom

disleksia di peringkat prasekolah. Pendedahan kepada guru mengenai simptom disleksia dan

perancangan cara menangani kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia melalui

aktiviti yang bersesuaian hendaklah dilaksanakan supaya masalah penguasaan kemahiran 3M 

ini tidak berlarutan apabila kanak-kanak memulakan persekolahan.

Abstract

This research meant to identify the characteristics of dyslexia in the preschool pupils at IPG

Kampus Darulaman (IPDA). This study adapts The Dyslexia Early Screening Test (DEST)

instrument and a set of Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) which is modified as a check

list to examine mathematical proficiency, language proficiency (oral, reading and writing), recall

the memory, knowledge, fine motor skills and sensory perception. Sample, as 17 preschool

pupils of IPDA is involved in this study. The data was analyzed using descriptive study of

percentage. Study shows,  acquired memories problems is a major problem in the sample with

Page 2: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

the percentage of  26.78%. While the issue of combine spoken and written skills contributes as

much as 23.52%. Mathematical proficiency aspects related to the number, counting and specify

the value for number does not indicate a problem in terms of the mastery. The results of this

study indicate the needs of early intervention in early stage of dyslexia symptom primarily in

preschool ratings is important to alleviate the problems. Teacher’s exposure to the dyslexic

symptom and designing ways to handle the difficulties through appropriate activities should

carried out so that the issue can be minimize when a child begins school.

1. PENGENALAN

Kebiasaan seorang kanak-kanak yang normal yang berumur sekitar 5 atau 6 tahun, apabila

telah memasuki alam prasekolah, mereka sudah mampu untuk membaca suku kata yang

mudah, mampu mengikut arahan-arahan tertentu, mampu untuk membezakan bunyi-bunyian

yang mudah seperti perbezaan bunyi loceng atau tepukan tangan serta apa jua perkara yang

mampu dilakukan sebagai seorang kanak-kanak pra sekolah. Namun, jika seorang kanak-

kanak itu tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara tersebut, kemungkinan kanak-kanak

tersebut menghidap disleksia.

1.1 Pendahuluan

1.1.1 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Kementerian Pelajaran mendefinisikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah

kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai

mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh

dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut :

i.              Kebolehan Kognitif

ii.             Tingkahlaku Sosial / Perkembangan Sosial

iii.            Penguasaaan Bahasa Lisan dan Pertuturan

iv.            Penguasaan Membaca

v.             Kemahiran Perkembangan(Developmental Skills)

vi.            Kemahiran Matematik

vii.           Daya Penglihatan

viii.          Darjah Kebolehan Pendengaran

Page 3: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran memerlukan metodologi pengajaran yang

menggalakkan mereka berinteraksi dan bergantung kepada keupayaan guru bagi

mengenalpasti cara murid itu bertingkah laku. Kanak-Kanak ini juga sememangnya memberi

tekanan emosi kepada guru dan ini mencabar dari segi tingkah laku mereka  . Guru yang

mengajar kanak-kanak ini perlu menggunakan pelbagai strategi yang efektif.

1.2 Latar  Belakang

Murid disleksia merupakan sebahagian dari kategori murid bermasalah pembelajaran.

Mereka mengalami masalah dalam mengenal huruf iaitu semasa membaca. Jumlah murid yang

mengalami masalah ini di Malaysia masih belum diketahui. Mereka memerlukan bantuan

khusus atau program khusus yang sesuai dengan tahap masalah membaca yang mereka

hadapi. Murid disleksia ini tidakhanya terdapat dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga

terdapat dalam kalangan golongan dewasa.

Murid disleksia memerlukan program khas yang boleh menilai kebolehannya supaya

mereka dapat menerima pelajaran yang diajar sesuai dengan tahap penerimaan mereka. Hal ini

kerana mereka tidak mampu menyamai tingkat penguasaan sebagaimana murid normal.

Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan mengenai pendidikan murid disleksia berkaitan

dengan hal-hal seperti berikut :

i.              Pola program pendidikan murid disleksia dengan menggunakan program murid normal,

program pendidikan,murid disleksia menggunakan program murid normal yang telah

diubahsuaikan dan program pendidikan yang khusus untuk murid disleksia.

ii.             Sistem pendidikan murid disleksia.

iii.            Rancangan Pendidikan Individu.

2.0 Pernyataan Masalah

Disleksia bukanlah suatu konsep yang mudah untuk dijelaskan di mana kebanyakkan

penyelidik bersetuju bahwa disleksia bolehlah diterangkan sebagai keadaan seseorang yang

mengalami masalah membaca, menulis dan mengira yang agak serius. Masalah ini

kebiasannya berkait rapat dengan gangguan urat saraf. Kanak-kanak disleksia pada umumnya

adalah kanak-kanak normal tetapi mempunyai masalah yang berpunca dari kecelaruan pada

bahagian otaknya.

Page 4: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

Kajian ini  merupakan satu kajian tinjauan untuk menyelidik tahap kebolehpercayaan

pelajar prasekolah IPDA. Maklumat mengenai tahap kebolehpercayaan pelajar-pelajar

prasekolah ini dianggap penting bagi mengetahui sejauh manakah kebolehan mereka dalam

proses pembelajaran. Di samping itu, kita juga boleh mengenal pasti strategi-strategi

pengajaran yang lebih efektif dalam usaha untuk memperbaiki prestasi akademik di kalangan

pelajar-pelajar ini.

Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca,

melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyi-bunyi huruf. Menurut

Kementerian Pelajaran Malaysia pula, disleksia adalah masalah murid yang mempunyai

kecerdasan mental yang searas  atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang

tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja.

Selain masalah membaca dan mengeja, terdapat juga masalah sampingan yang lain

turut menyumbang kepada kesukaran dalam pembelajaran seseorang individu. Antaranya ialah

Disgrafia (Dysgraphia) yang melibatkan kesukaran menulis, Discalculia (Dyscalulia) yang

melibatkan kesukaran dalam pengajaran matematik dan masalah bahasa yang yang melibatkan

kesukaran mendengar dan bertutur. Masalah sampingan ini selalunya bertindihan antara satu

sama lain dan sukar untuk dikesan.

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-

kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah

berusaha bersungguh-sungguh. Mereka juga mempunyai keupayaan intelek yang normal dan

telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah asasnya adalah

perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka

mungkin mengalamikesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.

Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih

ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.

Antara ciri-ciri disleksia yang dapat dikenalpasti di peringkat pra sekolah

berkemungkinannya adalah lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar

menulis nama sendiri, sukar mengenal bentuk bentuk atau warna dan sukar memberitahu cerita

yang telah didengarinya.

Masalah yang berkaitan dengan murid disleksia ini  berkaitan dengan kesilapan semasa

membaca  huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik), tidak dapat membezakan nombor

15 dengan 51 ,perkataan “was” menjadi “saw”, huruf “b” menjadi “d”. Mereka juga mengalami

kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan yang diberikan. Jika tidak dikenalpasti

dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan gangguan emosi (kemurungan), masalah

Page 5: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

tingkah laku (melawan, kecelaruan tingkah laku) dan rendah pencapaian akademik

(menyebabkan keciciran sekolah).

2.1 Objektif  Kajian

i.   Mengenalpasti ciri-ciri disleksia dalam kalangan murid prasekolah IPDA.

2.2 Soalan Kajian

i.   Adakah terdapat ciri-ciri disleksia dalam kalangan murid prasekolah IPDA?

       

            2.3 Kepentingan kajian

Kajian ini diharapkan dapat membantu guru prasekolah dalam mengenalpasti murid

bermasalah disleksia dan mengetahui tentang kepentingan mengenali simptom-simptom

disleksia dengan lebih jelas dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat

prasekolah.

Selain itu, hasil kajian ini juga dapat membantu guru-guru untuk mengkaji dan mengatasi

kelemahan serta kesilapan yang dilakukan oleh pelajar semasa menulis , mengeja serta dapat

membaca dengan baik.

Di samping itu, hasil kajian ini dapat membantu kanak-kanak prasekolah ini

mempertingkatkan lagi potensi pembelajaran mereka  dengan

menggunakanpendekatan pelbagai  deria seperti deria sentuhan dan deria pendengaran

melalui ritma atau bunyi perkataan  dan huruf. 

2.4 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan  di prasekolah IPDA. Segala maklumat dan data yang

diperolehi dari kajian adalah dari sumber soal selidik, senarai semak, temubual dan

pemerhatian. Kajian ini mempunyai batasan-batasan seperti berikut :

·         Kajian ini terhad kepada hubungan antara kumpulan pelajar yang mengalami simptom

disleksia secara rawak.

·         Pemilihan kumpulan sampel adalah secara rawak tanpa pertimbangan jantina dan umur.

Page 6: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

2.5  Takrif Istilah

Bagi menjelaskan lagi kajian yang dijalankan ini, pengkaji akan mentakrifkan istilah-istilah

yang akan digunakan :

2.5.1 Simptom

Tanda-tanda yang dialami oleh seseorang individu yang tidak diketahui dan perlu

mendapat pengesahan dari pakar perubatan.

2.5.2 Disleksia

Ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman

dan perhubungan di antara bunyi-bunyi  dan  huruf-huruf.

2.5.3 Prasekolah

Murid yang berumur antara 5 - 6 hingga tahun, dipilih secara rawak tanpa pertimbangan

jantina dan bangsa.

2.6 Pola Program Pendidikan Murid Disleksia

            Bagi memenuhi keperluan pendidikan murid disleksia maka beberapa bentuk program

alternatif dibentuk sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dengan

menggunakan kurikulum sekolah murid normal, menggunakan kurikulum sekolah murid normal

yang telah disesuaikan dan menggunakan kurikulum khusus. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa

kurikulum pendidikan yang diperuntukkan bagi murid disleksia ini fleksibel dan memiliki

alternatif yang pelbagai dan sesuai dengan keperluan mereka.

2.7 Menggunakan kurikulum sekolah biasa/normal.

Pengurusan pendidikan yang menyediakan program yang pelbagai memerlukan dana

yang banyak untuk persiapan dan perlaksanaannya. Pengguanan kurikulum pendidikan

bersama antara murid disleksia dan murid normal tidak menjadi masalah bagi mengembangkan

Page 7: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

potensi murid disleksia, asalkan mereka mendapat perhatian khas sesuai dengan keperluan

mereka. Jadi pengembangan potensi murid disleksia yang menggunakan program pendidikan

murid normal tidak boleh diabaikan dengan pendidikan secara khusus.. Berdasarkan

penjelasan ini, maka halangan yang dihadapi pendidikan murid disleksia perlu ditiadakan.

Penggunaan kurikulum pendidikan bersama tersebut mempunyai beberapa masalah iaitu guru

tidak terlatih secara khusus serta tidak mampu menghadapi murid disleksia, dan  murid

disleksia yang lambat menyesuaikan diri akan cepat merasa putus asa dan tertinggal dalam

pelajarannya.

           

             2.8 Sistem Pendekatan Pendidikan Murid Disleksia           

      Pengurusan pendidikan murid disleksia dapat dilakukan dengan pelbagai pendekatan.

Misalnya melalui lawatan guru ke kelas-kelas khas , guru pembimbing dan kelas biasa. Jenis

pendekatan pendidikan bagi murid disleksia tersebut hendaklah bersesuaian dengan

perlaksanaanya kerana  banyak bergantung pada keadaan dan keperluan murid disleksia,

sumber kewangan dan guru sebagai pelaksana program itu. Berikut adalah sistem pendekatan

pendidikan yang diterapkan .

             2.8.1 Kelas Khas

Kelas Khas merujuk kepada sistem pentadbiran dan pelaksanaan pendidikan murid

disleksia bersama dengan murid normal. Pendekatan ini lebih baik kerana murid disleksia boleh

berinteraksi dengan murid normal dan tidak terbatas sesama mereka sahaja. Sistem ini juga

membolehkan mereka ini belajar bersama-sama murid normal bagi mata pelajaran pendidikan

jasmani sebagai contoh. Di samping itu kurikulum yang digunakan untuk murid disleksia ini

umumnya kurikulum sekolah biasa yang diubah bagi membolehkan murid disleksia ini

mengikutinya dan sesuai dengan keperluan dan keadaan mereka.

2.8.2 Ruang Sumber

Ruang sumber merujuk kepada pendekatan pendidikan murid disleksia di mana

perlaksanaan program pendidikannya bersama pendidikan murid normal menggunakan ruang

khusus sebagai tempat perunding. Mereka memerlukan layanan khusus dan tempat belajar

yang selesa.

Page 8: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

2.8.3 Kelas Biasa

Kelas biasa merujuk pada pendekatan murid disleksia dan perlaksanaannya seiring

dengan pentadbiran pendidikan kanak-kanak normal dengan menggunakan khidmat guru

pembimbing yang khusus. Di Malaysia program ini telah diterapkan. Namun begitu

penekanannya amat lemah sekali dan inilah satu cabaran bagi pakar pendidikan khas di

Malaysia.

   2.9 Teori/Model Kajian

            Kanak-kanak khas dan bermasalah pembelajaran yang mereka hadapi untuk

membaca,menulis dan mengira berterusan ditemui oleh guru-guru khas. Belajar

membaca,menulis dan mengira dalam apa jua bahasa dianggap sebagai satu aktiviti manusia

yang sangat kompleks. Oleh sebab membaca, menulis dan mengira merupakan aktiviti yang

kompleks, pembelajaran mata pelajaran tersebut merupakan tugasan yang sukar bagi

kebanyakan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Tidak boleh

dinafikan bahawa ,kanak-kanak perlu mengembangkan kebolehan membaca, menulis dan

mengira sebagai bahagian penting kemahiran pembelajaran agar dapat berjaya dalam bidang

akademik.

2.10 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan dalam mengenalpasti kanak-kanak atau

pelajar yang mempunyai ciri-ciri disleksia. Dalam kajian ini telah melaksanakan pemerhatian

secara langsung ke atas sampel-sampel kajian dengan meliputi pemerhatian kemahiran,

pengetahuan dan tahap keupayaan mental dan fizikal bagi memperolehi dapatan kajian yang

lebih tepat. Kajian ini menggunakan  pendekatan kuantitatif dan kualitatif melalui instrument

kajian yang menghasilkan dapatan dalam bentuk numerik  yang akan dihuraikan melalui

penulisan deskriptif.

Dalam proses mengenalpasti kanak-kanak bersimptom disleksia, terdapat dua kaedah

yang boleh dicadangkan (KPM 2001) iaitu secara ujian dan secara senarai semak. Kaedah

senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian

murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond,L &

Page 9: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

Hughes,P. 1990). Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan dan Ujian

Saringan ianya mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang

dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan,

matematik dan kecerdasan, penglibatan, literasi, urutan dan yang berkaitan.

3.0 Analisis  Data

Penganalisaan data dilakukan dengan penjumlahan keputusan subujian secara manual

mengikut borang-borang tersedia dalam pakej ujian. Data-data dari rekod subujian akan

dianalisis untuk pengiraan indeks. Data yang telah diklasifikasikan indeksnya akan dirumuskan

dalam borang keputusan ujian yang akan menunjukkan kadar pencapaian setiap ujian dengan

jelas melalui paparan graf yang mudah untuk diinterpretasikan bagi pencapaian setiap individu

untuk tujuan tindakan perancangan pengajaran dan pembelajaran. Penganalisaan data juga

dibuat menggunakan kaedah peratusan. Statistik deskriptif  akan digunakan bagi menerangkan

kadar bilangan kanak-kanak yang didapati mempunyai simptom disleksia dalam frekuensi

peratusan.

3.1 Dapatan Kajian

Data yang diperolehi adalah berdasarkan senarai semak yang dijalankan melalui

pemerhatian, perbincangan, temubual dan pemerhatian hasil kerja kanak-kanak. Senarai

semak berkaitan ialah Senarai Semak Disleksia, Borang Pemerhatian Disleksia Kanak-Kanak

Prasekolah, Senarai Semak Lambat Kematangan dan Senarai Semak Ujian Diagnostik

(Menulis). Senarai semak-senarai semak ini mengandungi beberapa subtopik yang memberi

fokus kepada simptom-simpton yang berkaitan dengan disleksia dalam kalangan kanak-kanak.

3.2 Senarai Semak Disleksia

Melalui Senarai Semak Disleksia terdapat beberapa subtopik yang diperhatikan untuk

menentukan ciri-ciri disleksia kanak-kanak. Diantaranya ialah masalah ingatan, masalah

pertuturan dan fonologikal, masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis,

masalah tumpuan, dan masalah visual motor. Dapatan data adalah seperti jadual di bawah.

3.2.1 Masalah ingatan

Page 10: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1 Sukar mengingati arahan 4 23.52

2Masalah mempelajari kemahiran bahasa yang asas

seperti abjad dan bunyi.4 23.52

3 Sukar mengingati perkataan yang bari dibaca. 4 23.52

4Masalah mempelajari sesuatu yang melibatkan

urutan.2 11.76

5Sukar mengingati ejaan sesuatu perkataan untuk

tempoh lama.2 11.76

6Keliru dengan urutan huruf dan digit seperti 13 dan

31.3 17.64

7 Masalah matematik mengira dengan jari. 10 58.82

8 Menyalin dengan tidak tepat. 4 23.52

9 Kesalahan ejaan yang sama dan berulangan. 4 23.52

Jadual 1 Masalah Ingatan

Beberapa item penguasaan kemahiran dirujuk terhadap kanak-kanak berdasarkan

jadual di atas. Secara keseluruhannya sebanyak 24.17% dari kanak-kanak pra sekolah

mengalami masalah ingatan. Masalah ketara yang dapat dilihat ialah penguasaan dalam

kemahiran membilang menggunakan jari di mana 10 orang kanak-kanak iaitu 58.82% tidak

menguasai kemahiran tersebut.

3.2.2 Masalah pertuturan dan fonologikal

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1Susah mendapat perkataan yang sesuai semasa

bercakap.2 11.76

2 Masalah menyebut perkataan yang  panjang 2 11.76

Page 11: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

3 Masalah menyebut perkatan bergabung. 2 11.76

4 Masalah mengenal pasti dan membaca ‘rhymes’. 2 11.76

5Masalah mengenal pasti dan membaca perkataan

yang bermula dengan sukukata yang hampir sama.2 11.76

6 Masalah mempelajari fonik. 2 11.76

7 Lewat menguasai kemahiran bertutur. 2 11.76

8 Masalah struktur bahasa dalam penulisan 2 11.76

Jadual 2 Masalah pertuturan dan fonologikal

Melalui pemerhatian penguasaan pertuturan dan fonologikal, secara keseluruhannya,

terdapat 2 orang kanak-kanak yang tidak menguasai semua kemahiran yang diuji. Jumlah ini

mewakili 11.76% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak yang dikaji.

3.2.3 Masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis.

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1Lambat untuk mendapat perkaitan antara bunyi dan

huruf.4 23.52

2Mampu mengeja sesuatu perkataan secara lisan

tetapi tidak dapat menuliskan  perkataan tersebut.4 23.52

3 Sukar menyampaikan idea secara bertulis. 4 23.52

4

Sukar menyampaikan ideanya secara bertulis

Terlangkau atau terlebih perkataan dalam

penulisannya        .

4 23.52

5 Membaca perkataan yang tidak ada pada buku 4 23.52

6Pembacaan yang kurang kelancaran dan kelajuan

yang tidak sesuai.4 23.52

Jadual 3 Masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis.

Page 12: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

Pemerhatian yang dijalankan berkaitan kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan

bahasa bertulis menunjukan secara keseluruhannya terdapat sebilangan 23.52% kanak-kanak

yang tidak menguasai kemahiran ini. Purata seramai 4 orang kanak-kanak didapati tidak

menguasai keseluruhan kemahiran yang diperhatikan.

3.2.4 Masalah tumpuan

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1 Selalu berkhayal atau berangan dalam kelas.      1 5.88

2 Senang tertarik kepada ransangan lain. 2 11.76

3 Didiagnostic bermasalah ADHD.            0 0

4 Tidak boleh duduk diam,selalu merengek. 1 5.88

5

Bertindak mengikut gerak hati, membuta tuli

(impulsive),selalu bergerak tanpa berfikir dan

menjerit dalam kelas.

1 5.88

6 Melakukan banyak kesilapan yang cuai. 1 5.88

7Hanya boleh bertumpu pada pembacaan untuk

jangka masa yang pendek.4 23.52

8Organisasi diri yang lemah, selalu lupa di mana

letaknya sesuatu.4 23.52

Jadual 4 Masalah tumpuan

Sebanyak lapan item diperhatikan dalam penguasaan tumpuan. Melalui pemerhatian

yang dijalankan terdapat sebilangan 10.97% kanak-kanak tidak menguasai atau kurang

memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Kebanyakan

kanak-kanak ini hanya dapat memberi tumpuan singkat sepanjang proses atau aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3.2.5 Masalah visual motor

Page 13: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1Lambat menguasai kemahiran menulis berbanding

kanak-kanak lain.4 23.52

2Hasil kerja yang lemah, tidak kemas, comot dan

gaya menulis yang tidak sesuai.        4 23.52

3 Keliru dengan huruf kecil dan huruf besar. 4 23.52

4 Lambat menghabiskan kerja sekolah. 4 23.52

5Koordinasi fizikal yang lemah dan pergerakan yang

kekok.4 23.52

6 Hilang baris semasa membaca. 4 23.52

7Menulis huruf dan nombor secara terbalik,contohnya

“b” dan “d”.4 23.52

8Tidak suka bermain “puzzle” dan melukis semasa

peringkat awal kanak-kanak.     2 11.76

9 Tangan mudah menjadi letih. 2 11.76

10Postur yang tidak betul dan tidak stabil semasa

bekerja di meja atau duduk di lantai.                     2 11.76

Jadual 5 Masalah visual motor

Pemerhatian penguasaan kemahiran visual motor menunjukkan 19.99% kanak-kanak

prasekolah tidak menguasai kemahiran ini. Keseluruhannya terdapat seramai 4 orang kanak-

kanak yang menunjukkan kurang penguasaan visual motor melalui pemerhatian hasil kerja,

koordinasi dan postur fizikal yang ditunjukkan.

3.3 Pemerhatian Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah (Bahasa)

3.3.1 Masalah Bacaan

Kemahiran Bilangan

tidak

Peratus (%)

Page 14: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

menguasai

1 Bacaan yang lemah. 2 11.76

2 Tidak tahu intonasi yang betul. 2 11.76

3 Sebutan yang tidak betul. 2 11.76

4 Bacaan dengan tiada perasaan.  2 11.76

5 Lemah dalam kefahaman. 2 11.76

6

Tertinggal perkataan bila membaca atau

menambahkan perkataan. 2 11.76

7Gagal untuk mengenali perkataan biasa.

2 11.76

8Gagal untuk memahami apa yang dibaca.

2 11.76

Jadual 6 Masalah Bacaan

Pemerhatian berkaitan kemahiran bacaan menunjukkan terdapat 2 orang kanak-kanak

tidak menguasai kemahiran bacaan dengan baik. Bilangan ini membawa kepada 11.76% dari

jumlah keseluruhan mereka. Sebanyak 8 item kemahiran yang diperhatikan dalam kemahiran

ini.

3.3.2 Masalah tulisan

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1Lambat menyalin

2 11.76

2Penat bila banyak menulis.

2 11.76

3Kesilapan ejaan yang banyak dalam rencana.

2 11.76

4 Kerja tulis lemah banding dengan lisan. 2 11.76

Page 15: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

5Tulisan kotor ( potong sana-sini)

2 11.76

6Keliru dengan huruf seakan-akan b/d , p/g, p/q.

4 23.52

7Mengeja perkataan dengan pelbagai cara.

2 11.76

8 Tulisan tidak mengikut garisan. 4 23.52

9 Tidak ada tanda bacaan. 4 23.52

10Huruf besar/kecil permulaan ayat, nama am/khas.

4 23.52

11Cara memegang pensil yang tidak betul.

0 0

Jadual 7 Masalah tulisan

Kemahiran menulis pula menunjukkan pencapaian 83.58% kanak-kanak menguasai

kemahiran dengan baik. Ini menunjukkan sebilangan 16.42% kanak-kanak kurang menguasai

kemahiran ini berdasarkan 11 item yang diperhatikan.

3.3.3 Masalah nombor

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1Keliru dengan nombor.

2 11.76

2Keliru dengan symbol + atau  -.

2 11.76

3

Susah dalam mengingati perkara yang berturutan

seperti hari, bulan, tahun, abc dan sebagainya. 2 11.76

4Sifir 2 hingga 10

2 11.76

Page 16: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

Jadual 8 Masalah nombor

Penguasaan kemahiran nombor menunjukkan hanya 2 orang kanak-kanak tidak

menguasai dengan baik. Secara keseluruhan bilangan ini menunjukkan nilai 11.76% dari jumlah

keseluruhan kanak-kanak prasekolah yang dikaji.

3.3.4 Masalah mengenal masa

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1Susah dalam memberitahu masa.

4 23.52

2Tidak pandai mengawal masa.

4 23.52

3Organisasi dan pengurusan diri yang lemah.

4 23.52

4

Susah untuk mengingati tarikh lahir dan tarikh

penting. 4 23.52

5Konsep yang lemah.

4 23.52

Jadual 9 Masalah mengenal masa

Sebanyak 5 item yang berkaitan dengan kemahiran mengenal masa digunakan dalam

senarai semak ini. Penguasaan kemahiran berkaitan masa menunjukkan seramai 4 orang murid

masih belum menguasainya dengan baik. Bilangan ini merupakan 23.52% dari jumlah semua

kanak-kanak yang diperhatikan.

Graf di bawah menunjukkan keseluruhan data berkaitan pemerhatian simptom disleksia kanak-

kanak prasekolah.

Rajah 2 Graf pemerhatian Disleksia kanak-kanak prasekolah(bahasa)

3.4 Senarai Semak Lambat Kematangan

Page 17: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

3.4.1 Masalah Main dan Rekreasi

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1Lebih suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih

muda           1 5.88

2

Lebih suka bermain mainan aktiviti  yang biasanya

diminati oleh kanak-kanak yang lebih

muda                   

1 5.88

3

Masih menikmati rancangan TV yang diminati

semasa peringkat yang sangat

kecil                                                      

1 5.88

4Gurauan yang mirip kepada kanak-kanak yang lebih

kecil           1 5.88

5

Berada pada peringkat main khayalan dan

imaginative (main peranan) untuk masa yang

panjang berbanding kanak-kanak lain           

1 5.88

6

Takut pada cerita  serta wayang gambar  yang

seram berbanding dengan kanak-kanak

sebaya.                      

1 5.88

Jadual 10 Masalah Main dan Rekreasi

Pemerhatian seterusnya yang dijalankan adalah berkaitan senarai semak lambat

kematangan. Terdapat 5 subtopik yang diperhatikan dalam kajian yang berkaitan aspek

kematangan ini. Dalam pemerhatian yang dijalankan berkaitan kemahiran berinteraksi sosial

iaitu bermain dan rekreasi, hanya seorang murid sahaja yang kurang menguasai item-item yang

diperhatikan. Jumlah ini mewakili sebanyak 5.88% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak

prasekolah yang dikaji.

3.4.2 Masalah Ketidakmatangan Sosial

Page 18: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1Takut dan tidak mengambil inisiatif berkenalan

dengan rakan baru yang sebaya.1 5.88

2Tidak dapat memulakan sesuatu  permainan 

dengan rakan sebaya.1 5.88

3Tidak menyertai rakan sebaya  kecuali dijemput atau

diberi galakan.1 5.88

4Meminta bantuan orang dewasa untuk

menyelesaikan masalah kecil dengan kawan lain.1 5.88

5Senang mempercayai orang lain dan lebih

menyenangi dipimpin.1 5.88

6

Sering menangis apabila berhadapan dengan

masalah.

           

1 5.88

7Tidak pandai mengawal tingkah laku sendiri.

1 5.88

8

Bercakap dan bertingkah laku yang tidak sesuai

untuk peringkat umurnya. 1 5.88

Jadual 11 Masalah Ketidakmatangan Sosial

Pemerhatian berkaitan kematangan sosial menunjukkan hanya seorang kanak-kanak

prasekolah sahaja yang belum mengusai item-item yang diperhatikan berbanding rakan-rakan

yang lain. Oleh itu bilangan ini hanya mewakili 5.88% dari keseluruhan kanak-kanak yang dikaji.

3.4.3 Masalah Tumpuan Lemah

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1 Tumpuan yang lemah berbanding kanak-kanak 2 11.76

Page 19: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

dalam kumpulan umur yang sama.

2Sukar member komitmen kepada kerja yang

tertentu, lebih suka bermain.2 11.76

3 Sukar duduk diam, selalu bergerak. 2 11.76

Jadual 12 Masalah Tumpuan Lemah

Pemerhatian berkaitan masalah tumpuan hanya melibatkan tiga item. Hasil pemerhatian

mendapati hanya 2 orang kanak-kanak prasekolah sahaja yang kurang memberi tumpuan

sepenuhnya dalam aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran. Bilangan ini mewakili

11.76% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak yang diperhatikan.

3.4.4 Masalah Ketidakmatangan Akademik

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1

Tidak dapat setanding dengan kanak-kanak lain

dalam bahasa, sperti kemahiran membaca, mengeja

dan menulis.

2 11.76

2Tidak dapat standing dengan kanak-kanak lain

dalam matematik.2 11.76

3 Tidak meminta bantuan apabila diperlukan. 2 11.76

4 Hasil kerja, tulisan yang tidak matang.    2 11.76

5 Tidak boleh belajar atas inisiatif sendiri.  2 11.76

Jadual 13 Masalah Ketidakmatangan Akademik

Kematangan akademik merupakan salah satu aspek yang dinilai dalam kajian ini.

Terdapat lima item yang diperhatikan berkaitan kematangan  akademik. Dapatan menunjukkan

terdapat 2 orang kanak-kanak prasekolah yang masih lagi kurang menguasai tahap yang

sepatutnya dikuasai di peringkat prasekolah dengan peratusan sebanyak 11.76%.

Page 20: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

3.4.5 Masalah Ketidakmatangan Bahasa

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1 Pertuturan yang tidak matang. 2 11.76

2Kadang-kadang  menggunakan bahasa   seperti

kanak-kanak kecil( “wee  wee”).2 11.76

3Kosa kata dan pengetahuan am tidak mencukupi

berbanding kanak-kanak sebaya.          2 11.76

4 Bercakap pada peringkat umur yang lebih lewat. 2 11.76

Jadual 14 Masalah Ketidakmatangan Bahasa

Kemahiran penguasaan berbahasa yang diperhatikan, mendapati terdapat 2 orang

kanak-kanak masih belum menguasai kemahiran ini berbanding rakan-rakan mereka yang lain.

Jumlah peratusan yang masih tidak menguasainya ialah 11.76%. 

3.5 Senarai Semak Matematik

3.5.1 Masalah Menamakan Nombor

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1Mengenal angka 0-5 (menyebut)

0 0

2

Menayangkan kad imbasan secara rawak, murid

sebut 0 – 5.(menamakan) 1 5.88

Jadual 15 Masalah Menamakan Nombor

Page 21: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

Dalam kemahiran matematik terdapat beberapa aspek yang diperhatikan. Diantaranya ialah

menamakan nombor. Pemerhatian yang dibuat berkaitan kemahiran ini menunjukkan hanya

seorang kanak-kanak masih belum menguasainya dengan peratusan sebanyak 5.88%.

3.5.2 Masalah Membilang Objek 1-10

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1

Bilang tertib menaik dan menurun.

Membilang objek satu-satu 1 – 10. 0 0

2

Penekanan diberikan kepada langkauan genap dan

ganjil seperti  :

2, 4, 6, 8....      1, 3, 5, 7………..

2 11.76

3

Menyuruh murid membilang nombor sambil menaiki

tangga. 0 0

Jadual 16 Masalah Membilang Objek 1-10

Dalam kemahiran membilang, hanya 2 orang kanak-kanak masih belum menguasai

kemahiran membilang secara gandaan dua-dua atau tiga-tiga. Dua lagi item yang dinilai dalam

aspek ini menunjukkan penguasaan 100% kanak-kanak prasekolah.

3.5.3 Masalah Rangkaian Nombor

Kemahiran

Bilangan

tidak

menguasai

Peratus (%)

1Melengkapkan rangkaian nombor (1- 10)

2 11.76

2 Nombor mempunyai kuantiti 1 – 10 2 11.76

3 Memadankan beberapa benda maujud dengan kad 2 11.76

Page 22: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

nombor yang sama nilai.

Jadual 17 Masalah Rangkaian Nombor

Kemahiran membilang rangkaian nombor juga dinilai dalam kajian ini. Dapatan

menunjukkan seramai 2 orang kanak-kanak masih belum menguasainya dengan baik.

4.0 Rumusan

Bahagian ini membincangkan keputusan yang diperolehi melalui kajian. Perbincangan

dalam bahagian ini ialah mengenai hasil atau dapatan kajian yang dijalankan. Secara

umumnya, perbincangan kajian ini dibahagikan kepada perbincangan dan rumusan hasil

kajian.  

4.1 Perbincangan hasil kajian

Pengesanan awal risiko disleksia ini mengandungi 4 ujian utama yang menguji pelbagai

kemahiran. Ujian atau pemerhatian yang dijalankan adalah merujuk kepada senarai semak

disleksia (umum), pemerhatian disleksia kanak-kanak prasekolah (bahasa), senarai semak

kematangan dan senarai semak matematik. Setiap ujian ini mengandungi beberapa item yang

diperhatikan untuk menilai simptom disleksia yang mungkin ada pada kanak-kanak-kanak

prasekolah dalam kajian yang dijalankan.

            Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan melalui senarai semak disleksia, keupayaan

ingatan dan kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bertulis merupakan masalah utama

yang di hadapi oleh kanak-kanak prasekolah tersebut. Berhubung dengan masalah ingatan juga

seramai 10 orang kanak-kanak prasekolah masih tidak menguasai kemahiran membilang

menggunakan jari. Pemerhatian mengenai kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan

bahasa bertulis mendapati seramai 4 orang kanak-kanak tidak menguasai kesemua enam item

yang diperhatikan. Kesemua kanak-kanak ini mampu bertutur dengan baik dan lancar, namun

apabila diminta untuk melahirkan idea atau jawapan secara bertulis, mereka mengalami sedikit

kesukaran untuk melakukannya.

            Melalui pemerhatian ciri-ciri disleksia kanak-kanak prasekolah di dalam aspek bahasa,

terdapat seramai 4 orang kanak-kanak keseluruhannya yang masih tidak dapat menguruskan

Page 23: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

masa atau menguasai kemahiran berkaitan masa dengan baik. mereka juga didapati sukar

untuk mengingati tarikh serta sukar untuk memberitahu waktu dalam jam. Dalam penulisan

yang berkaitan dengan nombor, kanak-kanak ini juga didapati mengalami kesukaran.

            Senarai semak ketiga yang diperhatikan ialah senarai semak mengenai kematangan

kanak-kanak. Hasil pemerhatian menerusi senarai semak menunjukkan terdapat beberapa

aspek yang kurang dikuasai oleh kanak-kanak. Di antaranya ialah aspek tumpuan, kematangan

akademik dan kematangan bahasa. Ketiga-tiga aspek ini menunjukkan sebilangan 11.76%

kana-kanak masih belum menguasai kemahiran ini. Namun begitu, untuk aspek kematangan

sosial hanya seorang kanak-kanak sahaja yang didapati masih belum dapat menguasai

kemahiran bersosialisasi dengan baik. 

            Senarai semak keempat yang diperhatikan ialah senarai semak kemahiran matematik.

Melalui senarai semak ini didapti seramai 2 orang kanak-kanak masih gagal menguasai dengan

baik kebanyakan item yang diperhatikan. Kemahiran membilang rangkaian nombor dan

membilang objek merupakan dua masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak ini

berbanding kemahiran menamakan nombor.

4.2 Rumusan perbincangan

Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati kanak-kanak prasekolah di IPG

Kampus Darulaman boleh dikatakan tidak mengalami risiko simptom disleksia yang tinggi.

Kegagalan sebilangan kecil mereka menguasai kemahiran yang diperhatikan melalui senarai

semak mungkin bersifat sementara.

            Oleh itu bagi memastikan kanak-kanak ini mampu menguasai kemahiran dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, mereka perlu diberi latihan, sokongan dan

galakan yang berterusan. Guru perlu berusaha menerusi pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk memastikan

mereka berminat melakukan aktiviti yang memerlukan penumpuan yang tinggi (menulis,

melukis, membaca). Aktiviti-aktiviti yang menarik dan mudah diterima adalah alternatif atau

penambahbaikan kepada cara pelaksanaan semasa. Cara ini dapat membantu mereka lebih

berminat dan fokus terhadap pembelajaran seperti menulis, membaca dan sebagainya.

5.0 Kesimpulan

Bab ini menerangkan rumusan hasil yang diperolehi. Terdapat dua perkara utama yang

dibincangkan dalam bab ini iaitu rumusan kajian yang merangkumi bab 1 hingga bab 4 dan

Page 24: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

bahagian yang kedua merangkumi implikasi, masalah, limitasi, pendapat dan pandangan

pengkaji terhadap hasil kajian yang diterangkan dalam bahagian ini.

5.1 Rumusan Kajian

Seperti yang diketahui, disleksia merupakan masalah dalam pembelajaran. Disleksia

adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah

untuk membaca, mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ

mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan

visual dalam penulisan menyebabkan mereka gagal untuk belajar. Disleksia sebenarnya

berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan.

Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada

struktur otak.

             Jika dahulu, masyarakat kurang diberi pendedahan mengenainya, namun sekarang ia

semakin mendapat perhatian oleh pelbagai pihak. Media-media elektronik dan media cetak

turut menyumbang dalam memberi maklumat mengenai disleksia. Para ibu bapa juga turut

memberi  perhatia tentang masalah pembelajaran ini.

            Kajian mengenai simptom disleksia ini amat penting dalam mengesan masalah disleksia

pada peringkat awal. Mengesan disleksia pada peringkat awal sangat membantu dalam

menentukan strategi yang sesuai. Strategi yang sesuai ini akan memberi peluang kepada

kanak-kanak yang menghidap disleksia untuk lebih berjaya dalam kehidupan seperti insan

normal lain. Kewujudan persatuan-persatuan yang berkaitan seperti Persatuan Disleksia

Malaysia telah memberi ruang kepada kanak-kanak yang menghidap disleksia agar mempunyai

masa depan yang lebih berjaya dan mampu untuk berdikari dengan sendirinya.

5.2 Implikasi kajian

Melalui kajian ini pelbagai pihak semakin sedar akan tanggungjawab dan peranan

mereka untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai risiko disleksia agar dapat menangani

masalah yang dihadapi. Hal ini seterusnya membantu kanak-kanak untuk menguasai proses

pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Akhirnya akan membentuk generasi akan datang

yang tinggi pengetahuan dan menjadi pelapis negara yang cemerlang.

Keputusan kajian telah mendapati sindrom disleksia tidak dihadapi semua kanak-kanak

prasekolah, namun begitu terdapat beberapa peratus kanak-kanak yang menghadapinya harus

Page 25: Pengesanan Awal Disleksia Kanak

diberikan bantuan dan sokongan. Oleh itu senarai semak pengesanan awal yang digunakan

untuk mengenalpasti ciri-ciri disleksia boleh diaplikasi dalam ujian seterusnya. Dengan

pengenalpastian ini, langkah-langkah pada peringkat awal dapat dilakukan bagi membentuk

kanak-kanak yang menguasai pembelajaran dan pengajaran yang diberikan.

RUJUKAN

Abd.Rahim  bin Talib (2007),HSBL1103 Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak

Masalah Pembelajaran.Fakulti Pendidikan dan Bahasa,Open Universiti

Malaysia  (OUM),Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Bold, 2000.  Disleksia : kit penerangan asas. Pulau Pinang : Bureau on Learning.

Chua Tee Tee,Koh Boh Boon (1992),Pendidikan Khas dan Pemulihan-Bacaan

Asas,Dewan      Bahasa dan pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala

Lumpur.

Hammond, L & Hughes, P.1990. When bright kids fail:how to help children overcome 

          specific learning difficulties. Australia : Simon and Schuster.

Jamila K.A Mohamed.(2006).Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.PTS Profesional

Publishing Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.

Mohd.Sharani Ahmad(2004),Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar, PTS

Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Musa Abdul Wahab. 2002. Tinjauan Ciri-Ciri Disleksia Di Kalangan Murid-Murid 

Pemulihan di Zon Pudu, Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah. Universiti

Kebangsaan Malaysia.