kajian kes

20
TUGASAN MTE 3113 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data Kajian Kes A) Latar Belakang Kajian Subjek : Matematik Tahun : 3 Umur : ± 9 tahun Bidang : Sukatan dan Geometri Tajuk : Masa & Waktu Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk 10.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit. Standard Pembelajaran 10.1.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit. Pengetahuan Sedia Ada : 1

Upload: annie-hii

Post on 26-Jan-2016

267 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes

TUGASAN MTE 3113 Mengajar Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data

Kajian Kes

A) Latar Belakang Kajian

Subjek : Matematik

Tahun : 3 Umur : ± 9 tahun

Bidang : Sukatan dan Geometri

Tajuk : Masa & Waktu

Standard Kandungan :

Murid dibimbing untuk

10.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit.

Standard Pembelajaran

10.1.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit.

Pengetahuan Sedia Ada :

Murid – murid pernah didedahkan dengan jam dinding dan jam tangan.

1

Page 2: Kajian Kes

B) Pernyataan Masalah

Soalan :

Nyatakan waktu yang ditunjukkan.

Tandakan pada kotak yang disediakan.

Pukul 10:10

Pukul 2:50

Sepanjang tempoh pelaksanaan praktikum di Sekolah Kebangsaan Tawar Kuala

Ketil, saya dan pasangan saya, iaitu Lau Hao Sean mendapati bahawa murid -

murid sering melakukan kesilapan dalam mengenal masa dan waktu. Murid-

murid sering keliru dengan konsep matematik ini, iaitu jarum panjang

menunjukkan minit dan jarum pendek pula menunjukkan jam.

Bukan itu sahaja, penggunaan bahan maujud seperti jam oleh guru sendiri

menyebabkan suasana kelas menjadi pasif dan objektif pengajaran dan

pembelajaran tidak tercapai dalam tahap yang memuaskan. Hal ini demikian

kerana murid – murid tidak melibatkan diri secara langsung dalam

memanipulasikan jam (bahan maujud) dan hanya menerima input daripada guru.

Cadangan yang diberikan oleh guru pembimbing ialah membina Bahan Bantu

Mengajar (BBM), iaitu jam yang bersifat “interaktif” kepada setiap kumpulan yang

dibentuk (6 kump). Murid – murid akan memanipulasi jam tersebut mengikut

masa digital yang ditunjukkan oleh guru. Hal ini secara tidak langsung dapat

membantu murid dalam membina konsep matematik yang kukuh. Selain itu,

2

Page 3: Kajian Kes

murid yang pandai dapat membimbing murid yang lemah dalam pembelajaran.

Hal ini akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran koperatif dalam kelas

dan sekaligus mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah

ditetapkan. Namun demikian, pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) konkrit

ini memakan masa yang panjang dan bahan seperti ini biasanya tidak tahan

lama.

C) Metodologi Kajian

Justeru, kami berdua membuat keputusan untuk memilih perisian atas

talian, iaitu NLVM (National Library of Virtual Manipulatives) di bawah

kendalian beberapa orang pakar Matematik, dan pensyarah – pensyarah Utah

State University, Amerika Syarikat. Perisian ini banyak mengalami proses kemas

kini dan penambah baikan dari semasa ke semasa (1999-2014) bertujuan

memperbaiki kelemahan yang wujud dalam sistem tersebut.

Perisian ini merangkumi 4 tunjang utama dalam Matematik Sekolah

Rendah, iaitu Number and Operations, Algebra, Geometry and Measurement,

dan Data Analysis and Probability. Perisian ini sememangnya dapat membantu

guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik, namun

guru haruslah bijak menyesuaikan aktiviti pembelajaran murid mengikut tahap

kebolehan murid memandangkan kurikulum sekolah rendah di Amerika Syarikat

adalah berbeza dengan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Marilah kita

sama-sama meneroka perisian atas talian NLVM dengan merujuk kepada

manual penggunaannya di helaian seterusnya.

3

Page 4: Kajian Kes

Berikut merupakan gambar laman utama perisian atas talian NLVM berserta

dengan tunjang – tunjang dalam Matematik.

Klik-kan ikon pada koordinat (Measurement, Year 3-5) memandangkan topik

pengajaran yang kami pilih ialah Masa dan Waktu di bawah tunjang Sukatan.

4

Page 5: Kajian Kes

Gambar di bawah menunjukkan software untuk topik – topik tunjang Sukatan.

5

Page 6: Kajian Kes

Klik-kan pada ikon Time- Analog and Digital Clocks. Gambar di bawahnya merupakan software - jam yang bersifat

“interaktif”.

6

Page 7: Kajian Kes

7

Page 8: Kajian Kes

Terdapat beberapa ikon kecil, iaitu back, parent / teacher , dan instructions di bahagian atas sekali perisian tersebut.

Guru ataupun ibu bapa boleh menggunakan perisian ini untuk mengajar anak – anak murid berkenaan dengan topik-topik

Matematik. Manual penggunaan dipaparkan dengan jelas apabila kita mengklik-kan ikon parent / teacher seperti di

bawah.

8

Page 9: Kajian Kes

9

Page 10: Kajian Kes

10

Page 11: Kajian Kes

Ikon di sebelahnya iaitu Instruction menerangkan fungsi sebenarnya perisian ini dan bagaimana perisian ini dapat

membantu kita dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran topik Masa dan Waktu seperti gambar di bawah.

11

Page 12: Kajian Kes

12

Page 13: Kajian Kes

Bukan itu sahaja, kita juga boleh menerangkan konsep 1 minit = 60 saat kerana

terdapat jarum saat yang sentiasa bergerak pada permukaan jam dan murid –

murid akan lebih faham dengan cara begini berbanding dengan murid-murid

bersifat pasif dalam menerima input yang diberikan oleh guru. Hal ini dapat

dilakukan sekiranya kita menepati ketiga-tiga syarat tersebut, iaitu link clocks,

show current time, dan show seconds.

13

Page 14: Kajian Kes

Selain itu, kita juga boleh pilih untuk meniadakan pilihan link clock supaya dapat

menguji kefahaman murid dalam mengenal masa dan waktu kerana masa digital

itu tidak akan berubah apabila guru mengubah kedudukan jarum jam dan minit.

Secara tidak langsungnya, pilihan show current time akan dipadamkan juga.

Pilihan show seconds perlu ditiadakan supaya murid – murid tidak keliru dengan

jarum saat dan minit.

14

Page 15: Kajian Kes

Klik-kan kepada ikon yang seterusnya, iaitu Time – Match Clocks untuk sesi

seterusnya seperti gambar di bawah.

Perisian yang kedua ini adalah dalam bentuk kuiz di mana menguji kefahaman

murid dalam mengenal masa dan waktu setelah guru menyampaikan isi

pengajarannya. Berikut merupakan ilustrasi yang ditunjukkan setelah kita

memilih perisian ini.

15

Page 16: Kajian Kes

Murid - murid perlu memberi jawapan dengan mengklik arrow buttons untuk

memadankan jam digital dengan jam analog yang diberikan. Kemudiannya klik

butang check answer di bawah untuk menyemak jawapan. Butang New problem

ditekan untuk ke soalan yang seterusnya.

Klikkan pada ikon tersebut untuk mod seterusnya, iaitu Time – What Time Will It

Be?

16

Page 17: Kajian Kes

Gambar di atas menunjukkan paparan utama apabila kita klik-kan ikon tersebut

tadi. Perisian ini mengaplikasikan penambahan dan penolakan masa dan waktu,

sebagai contoh murid – murid perlu tahu masa sebelum / selepas 20 minit pada

jam yang ditunjukkan. Murid – murid diberi peluang untuk menggerakkan

kedudukan jarum pada jam yang kedua. Masa tidak dihadkan supaya murid –

murid dapat menjawab soalan dalam keadaan yang selesa. Klik-kan butang

check answer untuk menyemak jawapan manakala butang new problem pula

beralih ke soalan seterusnya.

17

Ubah kedudukan jarum pada jam kedua ini setelah melaksanakan

pengiraan.

Page 18: Kajian Kes

D) Kesimpulan

Secara ringkasnya, perisian ini dapat membantu kita dalam menyampaikan ilmu

pengetahuan dengan lebih berkesan lagi. Setiap perkara di dunia ini mesti

mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri. Inilah lumrah kehidupan.

Justeru, guru haruslah bijak menggunakan perisian ini dan mengubahsuaikan

sedikit mengikut tahap kebolehan murid dan mempelbagaikan strategi

pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih berkesan. Terimalah ungkapan saya ini.

“Fahami matematik secara mendalam adalah lebih bagus daripada hanya tahu

melakukan jalan pengiraan sahaja”

Aaron, 2014

Sekian sahaja laporan kami untuk tugasan ini.

18

Page 19: Kajian Kes

Terima kasih.

19