kajian kes

24
2.0 KAJIAN KES SUKAN DAN REKREASI PPISMP SEMESTER 3 OPSYEN BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2011 ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN. Pengelolaan sesuatu aktiviti sama ada di sekolah rendah ataupun sekolah menengah bergantung kepada kemudahan, minat, komitmen dan kesungguhan guru penasihat, setiausaha sukan sekolah dan pihak pentadbir dalam menjayakan aktiviti kokurikulum tahunan. Pengelolaan aktiviti merupakan satu aktiviti yang perlu diurus dan dirancang dengan rapi pelaksanaannya supaya perjalanan aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancer dan sempurna. Oleh itu, urusetia dan ahli jawatankuasa yang terlibat sebagai pengelola bertanggungjawab bagi memastikan aktiviti tersebut dapat berjalan dengan jayanya. Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti dalam kokurikulum, beberapa perkara yang berkaitan dengan peraturan dan langkah-langkah perlu dititikberatkan oleh urusetia atau pentadbir atau jawatankuasa pengelola bagi memastikan kejayaan sesuatu aktiviti. Pengelolaan dan langkah-langkah perlaksanaan aktiviti haruslah meliputi tiga peringkat utama, iaitu : Rajah 1.0 Peringkat utama perlaksanaan aktiviti Sebelum aktiviti dilaksanakan, beberapa tindakan perlu dilakukan oleh urusetia atau jawatankuasa pengelola yang terlibat pada peringkat ini. Antara utamanya yang harus ada ialah kertas kerja kepada pihak atasan bagi mendapatkan kelulusan untuk menjalankan aktiviti. Selain itu, surat menyurat juga memainkan

Upload: siti-ainizah

Post on 19-Jan-2016

92 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kaji kes

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes

2.0 KAJIAN KES SUKAN DAN REKREASI PPISMP SEMESTER 3 OPSYEN BAHASA

MELAYU AMBILAN JUN 2011 ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN

KESIHATAN.

Pengelolaan sesuatu aktiviti sama ada di sekolah rendah ataupun sekolah

menengah bergantung kepada kemudahan, minat, komitmen dan kesungguhan guru

penasihat, setiausaha sukan sekolah dan pihak pentadbir dalam menjayakan aktiviti

kokurikulum tahunan. Pengelolaan aktiviti merupakan satu aktiviti yang perlu diurus dan

dirancang dengan rapi pelaksanaannya supaya perjalanan aktiviti yang dirancang dapat

berjalan dengan lancer dan sempurna. Oleh itu, urusetia dan ahli jawatankuasa yang terlibat

sebagai pengelola bertanggungjawab bagi memastikan aktiviti tersebut dapat berjalan

dengan jayanya.

Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti dalam kokurikulum, beberapa perkara yang

berkaitan dengan peraturan dan langkah-langkah perlu dititikberatkan oleh urusetia atau

pentadbir atau jawatankuasa pengelola bagi memastikan kejayaan sesuatu aktiviti.

Pengelolaan dan langkah-langkah perlaksanaan aktiviti haruslah meliputi tiga peringkat

utama, iaitu :

Rajah 1.0 Peringkat utama perlaksanaan aktiviti

Sebelum aktiviti dilaksanakan, beberapa tindakan perlu dilakukan oleh urusetia atau

jawatankuasa pengelola yang terlibat pada peringkat ini. Antara utamanya yang harus ada

ialah kertas kerja kepada pihak atasan bagi mendapatkan kelulusan untuk menjalankan

aktiviti. Selain itu, surat menyurat juga memainkan peranan penting pada fasa ini. Tujuan

surat menyurat ini adalah untuk memaklumkan kepada pihak yang tertentu tentang aktiviti

yang ingin dijalankan. Misalnya surat jemputan kepada pihak pensyarah yang terlibat dan

lain-lain. Di samping itu, anggaran perbelanjaan juga harus dititikberatkan supaya tidak

berlaku pembaziran atau kekurangan kewangan sewaktu ingin menjalankan aktiviti. Selain

itu seperti atur cara program, penubuhan ahli jawatankuasa pengelola, buku program, kad

jemputan kepada pihak yang terlibat, dan taklimat awal kepada peserta yang terlibat.

Manakala, semasa aktiviti dilaksanakan terdapat beberapa perkara yang harus diberi

perhatian oleh urusetia dan jawatankuasa pengelola yang terlibat. Antaranya ialah

Sebelum aktiviti

dilaksanakan

Semasa aktiviti

dilaksanakan

Selepas aktiviti

dilaksanakan

Page 2: Kajian Kes

kemudahan tempat aktiviti dan kehadiran peserta mengikut masa. Selain daripada itu,

perhatian turut juga diberi kepada keselematan semua peserta dalam melakukan aktiviti.

Tambahan, tempat dan peralatan yang digunakan haruslah dipastikan selamat untuk

digunakan sewaktu aktiviti dijalankan.

Bagi fasa selepas aktiviti dilaksanakan, penganjur atau urusetia harus memastikan

beberapa perkara diselesaikan sebelum bersurai. Manakala, fungsi jawatankuasa pengelola

pula akan tamat selepas laporan penilaian dan laporan-laporan yang berkenaan diserahkan

kepada pihak atasan. Antara perkara yang harus diselesaikan selepas aktiviti dilaksanakan

ialah membersihkan kawasan atau padang yang digunakan untuk menjalankan aktiviti.

Selain itu, pastikan juga setiap bil atau perbelanjaan dilangsaikan dengan pihak yang

tertentu. Pastikan juga peralatan yang dipinjam dipulangkan semula dan disimpan di

tempatnya yang asal serta tidak tercicir di tempat aktiviti. Oleh yang demikian, amat penting

untuk pihak yang sepatutnya membuat pengiraan peralatan sebelum alat tersebut disimpan.

Seterusnya, membuat laporan dan menghantar surat kepada penghargaan kepada mereka

yang telah memberikan sumbangan dan kerjasama seperti penceramah, jurulatih, penaja

dan sebagainya.

Oleh itu, bagi melaksanakan tugasan Kerja Kursus Pengurusan Kokurikulum, kami

dikehendaki untuk menjalankan satu kajian kes mengenai satu acara rasmi yang dianjurkan

oleh pihak institute atau jabatan atau unit atau majlis perwakilan pelajar. Maka, kumpulan

kami telah mengambil kata sepakat untuk menjalankan kajian kes terhadap program yang

dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu Sukan dan Rekreasi di

Pulau Perhentian.

Antara beberapa perkara yang difokuskan dalam kajian kes ini ialah berkaitan

dengan kertas kerja, minit mesyuarat, surat menyurat, penubuhan AJK pengelola, atur cara

dan buku program.

Page 3: Kajian Kes

2.1 KAJIAN KES SEBELUM SUKAN DAN REKREASI PPISMP SEMESTER 3 OPSYEN

BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2011 ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN KESIHATAN

2.1.1 KERTAS KERJA

Kertas kerja bagi sesebuah persatuan atau nit amat penting untuk melancarkan

perjalanan aktiviti yang ingin dijalankan dan digunakan untuk mengutarakan penghujahan

tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan

untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan untuk menjalankan projek dan sebagainya.

Mengikut buku “Mengurus Majlis dan Acara Rasmi” (2008 : 14), ada menyatakan bahawa

kertas kerja sangat penting kerana ia adalah sebuah dokumen yang disediakan secara

lengkap berkenaan acara yang sudah dirancang supaya dapat dilaksanakan dengan baik.

Manakala, menurut Maimunah (1993), tujuan kertas kerja diadakan adalah untuk

mengeluarkan idea-idea dan data tertentu mengenai sesuatu tajuk kepada sasaran tertentu,

menambahkan pengetahuan tertentu kepada sasaran dan menggalakkan perbincangan

serta penyelidikan susulan dalam bidang-bidang tertentu.

Berdasarkan kertas kerja bagi aktiviti Sukan dan Rekreasi PPISMP Semester 3

Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2011 Anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan, kami telah menilai dan menganalisis segala kekurangan atau kelemahan yang

terdapat dalam kertas kerja, kekuatan kertas kerja dan juga kami diberi peluang untuk

menyatakan cadangan penambahbaikan. Berikut merupakan penilaian dan analisis kami

terhadap kertas kerja ini.

Kekuatan

Berdasarkan kepada kertas kerja yang dihasilkan oleh kumpulan ini adalah seperti

mengikut format yang telah ditetapkan dan ianya telah mengikut prosedur yang betul.

Namun begitu, Samsudin Wahab dalam bukunya “Mengurus Majlis dan Acara Rasmi” ada

mengatakan bahawa tidak ada satu format khusus dalam menyediakan kertas kerja. Walau

bagaimanapun, ia bergantung kepada objektif penyediaan kertas kerja tersebut. Secara

keseluruhannya, kertas kerja ini telah disusun dengan sebaiknya dan kemas bagi

memudahkan urusan pihak pentadbiran untuk memeriksanya sekali gus meluluskan kertas

kerja ini. Selain itu, pihak penganjur juga telah menambah beberapa perkara yang tidak

terdapat pada format kebiasaan sesuatu kertas kerja misalnya rasional subjek dan rasional

pemilihan tempat. Hal ini telah menunjukkan kekredibilitian dan kesungguhan mereka untuk

mendapatkan kelulusan bagi menjalankan aktiviti tersebut.

Page 4: Kajian Kes

Di samping itu, kertas kerja ini juga mengandungi maklumat yang lengkap, tepat dan

padat mengenai kewangan, kumpulan sasaran, organisasi ahli jawatankuasa dan lain-lain.

Secara tidak langsung, ini telah memudahkan urusan pihak pentadbiran untuk memeriksa

dan memahami tentang tujuan aktiviti ini hendak dijalankan. Lantaran, laras bahasa yang

digunakan juga bersesuaian dengan pihak yang ingin ditujukan. Jelasnya disini, dapat dilihat

mereka telah menggunakan laras bahasa yang formal malah digunakan juga laras bahasa

mengikut bidang iaitu laras Bahasa Melayu dan juga laras bahasa Sukan misalnya dapat

dilihat seperti ekspedisi, fizikal, mental dan lain-lain. Oleh itu, dapat dilihat disini bahawa

pihak penganjur peka dengan pihak atasan yang akan membaca kertas kerja ini.

Seterusnya, dapat juga dilihat keutuhan wacana dalam penulisan kertas kerja ini.

Wacana merupakan satu satuan bahasa terlengkap dengan koheren dan kohesi tinggi yang

berkesinambungan. Oleh sebab banyak maklumat yang ingin disampaikan dalam kertas

kerja ini, maklumat haruslah disusun sesuai dengan urutannya supaya idea yang ingin

disampaikan dapat dipersembahkan dengan teratur. Setelah dianalisis kertas kerja ini, pihak

penganjur telah berjaya menghasilkan susunan dan aturan maklumat yang kemas dan baik

seterusnya menghasilkan satu kesatuan yang utuh.

Kelemahan

Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti dalam menyediakan kertas kerja ini ialah

pihak penganjur tidak menyatakan pengenalan tentang aktiviti ini diadakan. Selain itu, tujuan

aktiviti ini juga tidak dinyatakan secara terperinci. Secara tidak langsung, ini menyebabkan

pihak atasan terpaksa mencari sendiri maklumat tentang aktiviti ini dan tujuan aktiviti

tersebut diadakan.

Di samping itu, ketekalan penulisan juga dilihat agak lemah dari segi ejaan, tanda

baca, penggunaan ayat dan sebagainya. Pada awal lagi, kesalahan penggunaan ayat sudah

dapat dikenal pasti pada muka hadapan kertas kerja. Secara tidak langsung, ini

memperlihatkan ketidaktelitian pihak penganjur khususnya dalam membuat penyemakan

terakhir. Antara kesilapan yang dilakukan ialah ‘SEM 3OPSYEN’ yang mana ia seharusnya

ditulis sebagai ‘SEMESTER 3 OPSYEN’ oleh pihak penganjur. Begitu juga dengan

kesilapan yang dilakukan pada penggunaan tanda. Jika diteliti, pihak penganjur tidak peka

dan tidak menyemak dengan betul tentang penggunaan tanda baca ini terutamanya tanda

noktah. Berdasarkan kertas kerja, kesilapan yang paling ketara dapat dilihat pada bahagian

pembahagian bidang tugasan. Tanda baca noktah tidak diselaraskan pada bahagian ini.

Malahan, terdapat juga penggunaan kosa kata yang tidak tepat seperti ‘ semua fail-fail’ yang

mana ia sepatutnya ditulis sebagai ‘semua fail’ kerana semua telah menunjukkan banyak.

Namun begitu, kesilapan yang paling banyak dilakukan dalam kertas kerja ini ialah ejaan

contohnya, ‘reakreasi’, ‘sekaligus’ dan lain-lain.

Page 5: Kajian Kes

Tambahan itu, sistem penomboran yang digunakan juga tidak betul. Hal ini dapat

dilihat pada pembahagian bidang tugas yang diletakkan sebagai ‘no 1.’ yang mana ia

sepatutnya dinomborkan sebagai ‘8.1’ iaitu sub topik di bawah tajuk Ahli Jawatankuasa

Pelaksana. Selain itu, jarak di antara baris juga tidak dititikberatkan oleh pihak penganjur

dan juga nama tidak disusun selari ke bawah menyebabkan nama tersebut menjadi tidak

tersusun dan tidak kemas. Lantaran, kekemasan juga tidak dihiraukan oleh pihak penganjur.

Secara tidak langsung, pihak atasan akan mengandaikan pihak penganjur melakukan kertas

kerja dengan sambil lewa dan dilakukan pada saat-saat akhir. Selain itu, terdapat juga

kesilapan berlaku pada tarikh yang dicadangkan iaitu 9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

yang mana ia dijalankan pada 10 Julai 2012 hingga 13 Julai 2012.

Cadangan penambahbaikan

Sebelum pihak penganjur menghantar kertas kerja kepada pihak atas, mereka

seharusnya membuat semakan semula terhadap kertas kerja yang dihasilkan supaya tidak

terdapat kesilapan-kesilapan yang telah dinyatakan tadi. Hal ini untuk membuktikan kepada

pihak atasan bahawa pihak penganjur betul serius untuk menganjurkan aktiviti yang ingin

diadakan kelak. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam kertas kerja ini ialah

nyatakan pengenalan aktiviti sebagai latar belakang aktiviti yang akan diadakan di samping

menyatakan tujuan aktiviti secara terperinci.

Tambahan itu, pihak penganjur juga boleh meletakkan slogan atau motto program ini

pada muka hadapan kertas kerja sebagai penegasan yang menunjukkan komitmen dan

tanggungjawab mereka terhadap program ini. Di samping itu, boleh juga dimasukkan

andaian-andaian halangan yang mungkin timbul sewaktu program berjalan. Hal ini bertujuan

untuk mengelakkan masa dibazirkan kerana tidak mempunyai aktiviti tambahan.

2.1.2 MINIT MESYUARAT

Page 6: Kajian Kes

Minit mesyuarat ialah suatu catatan, rekod atau dokumen rasmi yang ringkas tentang

perincian perbincangan dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat. Secara umumnya,

segala butiran minit mesyuarat dianggap sulit dan tidak boleh didedahkan sewenang-

wenangnya untuk paparan umum. Manakala, dari segi cara penulisannya haruslah mengikut

format yang telah dikhususkan.

Kekuatan

Berdasarkan kepada minit mesyuarat yang telah disiapkan oleh Setiausaha program

ini, dapat dilihat beberapa kekuatan antaranya ialah terdapat tajuk mesyuararat, bilangan

mesyuarat, tarikh, masa, tempat dan agenda. Hal ini menunjukkan bahawa Setiausaha peka

dengan maklumat-maklumat asas mesyuarat yang diadakan ini. Secara tidak langsung, ia

memudahkan pihak pengurusan untuk membuat rujukan, tindakan susulan, pelaporan

semula untuk mesyuarat akan datang malah menjadi bukti bahawa mesyuarat telah

diadakan sepanjang perancangan program. Lantaran itu, urutan agenda disusun dengan

kemas oleh Setiausaha di samping turut disertakan juga tindakan yang bakal dilakukan

untuk tindakan ahli jawatankuasa. Secara tidak langsung, ia memudahkan pihak yang

berkenaan untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab terhadap tindakan tersebut.

Kelemahan

Namun begitu, tiada perkara yang sempurna dapat dilakukan oleh manusia biasa

kerana pastinya terdapat kesilapan dimana-mana. Antara kesilapan yang telah dilakukan

oleh Setiausaha program ini ialah kehadiran Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi tidak

dinyatakan nama dan jawatan yang disandangnya. Tambahan itu, terdapat juga kesilapan

penggunaan ayat, ejaan dan lain-lain. Misalnya seperti penggunaan perkataan ‘SEM 3’

sepatutnya digantikan dengan ‘SEMESTER 3’. Hal ini kerana, minit mesyuarat merupakan

suatu catatan rasmi maka singkatan perkataan tidak seharusnya digunakan dalam minit

mesyuarat ini.

Cadangan penambahbaikan

Terdapat beberapa penambahbaikan yang ingin diberikan antaranya ialah setiap kali

mesyuarat diadakan, Setiausaha yang bertanggungjawab untuk menyediakan minit

mesyuarat ini seharusnya menghantar minit mesyuarat ini kepada pihak urursetia selewat-

lewatnya seminggu selepas mesyuarat diadakan. Di samping itu, Setiausaha juga

sepatutnya menyelaraskan sistem penomboran setiap kali minit mesyuarat ini disiapkan.

Jika diteliti kesemua minit mesyuarat ini, terdapat sesetengah tajuk yang bernombor dan

ada juga sesetengahnya tidak dinomborkan, Secara tidak langsung, ia akan mengelirukan

pihak pembaca. Seterusnya, minit mesyuarat tersebut hendaklah dinyatakan tarikh minit

mesyuarat itu dicatatkan di bahagian bawah kertas.

Page 7: Kajian Kes

2.1.3 SURAT MENYURAT

Surat-menyurat merupakan salah satu alat komuunikasi yang utama dalam

kehidupan manusia pada zaman ini. Kebiasaannya apabila ingin mengelolakan sesuatu

program, bentuk surat yang digunakan ialah surat rasmi. Menurut Atar Semi, surat adalah

sarana untuk menyampaikan informasi secara bertulis daripada satu pihak kepada pihak

yang lain. Informasi itu mungkin juga merupakan pemberitahuan, pernyataan, pertanyaan,

permintaan dan lain-lain. Surat rasmi mempunyai format-formatnya yang tertentu dalam

menyediakannya dan setiap jenis surat haruslah disediakan dalam dua salinan iaitu untuk

penerima dan juga untuk simpanan fail yang berkenaan.

Kekuatan

Terdapat tujuh jenis surat yang telah disediakan oleh pihak penganjur dalam

mengelolakan program ini antaranya ialah surat makluman kepada pihak polis, surat

jemputan Pensyarah dan Ketua Jabatan, surat kepada pihak hospital, surat makluman tidak

hadir ke kelas, surat memohon mengadakan aktiviti luar, surat memohon lulus kertas kerja

dan akhir sekali ialah surat permohonan sponsor.

Setelah dianalisis, setiap surat yang disediakan telah mengikut format-format yang

telah dikhususkan seperti logo, nama dan alamat pengirim, no rujukan fail bagi pihak kami

dan tuan, nama dan alamat penerima, tajuk surat, perkara, pembukaan dan pengakhiran

surat, kandungan surat ringkas, ucapan terima kasih dan penghargaan, cogan kata dan lain-

lain. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa pihak penganjur benar-benar serius

dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Di samping itu, bahasa yang digunakan oleh pihak penganjur dalam surat-surat yang

telah disediakan jelas dan ringkas. Jelas disini maksudnya ayat tersebut bukan sahaja

mudah difahami malah bebas dari salah tafsir atau rancu bahasa. Selain itu, bahasa yang

digunakan juga agak menarik dan sopan.

Kelemahan

Walaubagaimanapun, masih terdapat kekurangan dan kesilapan yang dilakukan oleh

pihak penganjur. Antaranya yang dapat dilihat ialah kesilapan yang dilakukan sewaktu

menulis tarikh. Berdasarkan kepada surat-surat pihak penganjur, mereka menggunakan

huruf kecil untuk menulis bulan pada tarikh yang mana ia sepatutnya ditulis dengan

menggunakan huruf besar pada kesemua huruf. Misalnya seperti ’19 Jun 2012’ sepatutnya

ditulis sebagai ’19 JUN 2012’.

4.0 LAPORAN AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI PPISMP SEMESTER 3 OPSYEN

BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2011

Page 8: Kajian Kes

Pada 10 Julai 2012 yang lalu, PPISMP Semester 3 opsyen Bahasa Melayu ambilan

Jun 2011 iaitu Bahasa Melayu 1 (SK), Bahasa Melayu 2 (SJKC) dan Bahasa Melayu 3

(SJKT) dengan anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan telah

mengelolakan suatu aktiviti rekreasi yang bertempat di Pulau Perhentian. Seramai 76 guru

pelatih terlibat dalam program ini turut diikuti bersama 5 orang pensyarah pengiring.

Seawal jam 7.00 pagi lagi, kami telah turun ke kafe untuk mengangkat barang ke

dalam bas untuk bertolak ke jeti yang terletak di Kuala Besut kira-kira mengambil masa

selama 40 minit untuk tiba ke sana. Rantaian manusia dibuat bagi memudahkan urusan

memunggah barang ke dalam bot di samping untuk menjimatkan penggunaan masa.

Setiba sahaja di Pulau Perhentian, kami

diberi arahan ringkas oleh Pengerusi

dengan pembahagian kepada dua

kumpulan besar iaitu guru pelatih

perempuan dipertanggungjawabkan untuk

membangunkan khemah manakala guru

pelatih lelaki diamanahkan untuk

mendirikan tapak solat di samping

memasang lampu-lampu, menyusun jaket

keselamatan pada tali yang diikat pada

pokok-pokok besar dan lain-lain lagi.

Setelah semua guru pelatih keletihan dalam

menyiapkan tugasan masing-masing, kami

dihidangkan dengan makan tengah hari

seterusnya menunaikan solat berjemaah

bagi guru pelatih Islam manakala guru

pelatih bukan Islam mempunyai aktiviti

pengisiannya yang tersendiri.

Setelah waktu rehat diberikan, aktiviti

diteruskan lagi mengikut tentatif program iaitu aktiviti air. Aktiviti air yang dijalankan dapat

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ‘water confidence’, snorkeling dan juga berkayak.

Namun begitu, aktiviti yang berkesempatan untuk dilakukan pada hari tersebut hanyalah

‘water confidence’ sahaja kerana kekangan masa pada waktu itu, Dua kumpulan besar telah

dibentuk sewaktu melakukan aktiviti ini iaitu kumpulan guru pelatih perempuan dan juga

Page 9: Kajian Kes

kumpulan guru pelatih lelaki. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi mendedahkan para guru

kepada laut di samping membina keyakinan sewaktu berada di dalam lautan yang luas.

Aspek keselematan sentiasa ditekankan oleh para pensyarah kepada guru pelatih dengan

pemakaian jaket keselamatan.

Setelah objektif yang pertama dicapai iaitu membina

keyakinan diri sewaktu berada dalam lautan yang luas, aktiviti yang

seterusnya dijalankan iaitu aktiviti snorkeling dan juga berkayak.

Bagi mengelakkan berlakunya perebutan di antara guru pelatih dan

pembaziran masa kerana menanti giliran, maka pembahagian

kepada dua kumpulan dilakukan sekali lagi. Kumpulan pertama akan

melakukan aktiviti snorkeling manakala kumpulan kedua melakukan

aktiviti berkayak dan sebaliknya. Melalui aktiviti snorkeling ini, para

guru pelatih berpeluang menikmati keindahan dasar laut seperti terumbu karang dan lain-

lain lagi. Malahan, guru pelatih juga berkesempatan memberi makan kepada ikan-ikan

seterusnya mengagumi keindahan alam ciptaan Allah ini. Namun begitu, aktiviti berkayak

hanya sempat

dilakukan oleh

beberapa

orang guru

pelatih sahaja

kerana

kesuntukan

masa pada

waktu itu.

Page 10: Kajian Kes

Setelah selesai menunaikan solat jamak berjemaah, hidangan malam dinikmati

bersama-sama dengan pensyarah pengiring. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan lagi

hubungan ukhwah sesama guru pelatih dan juga pensyarah. Setelah itu, aktiviti malam

diteruskan lagi dengan aktiviti ikatan tali dan juga Malam Pungguk yang dijalankan oleh AJK

Aktiviti. Melalui aktiviti ikatan tali ini, ia mampu mendedahkan guru pelatih kepada beberapa

teknik atau cara ikatan tali yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan

seharian. Aktiviti menjadi semakin meriah apabila pensyarah mengadakan perlawanan kecil

iaitu siapa cepat menyelesaikan ikatan tali yang diberikan.

Selesai aktiviti ikatan tali, aktiviti Malam Pungguk dijalankan. Guru pelatih

dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan aktiviti ini memerlukan setiap ahli

kumpulan mengenal pasti bunyi haiwan peliharaan yang telah ditetapkan oleh kumpulan

masing-masing. Aktiviti memerlukan

para guru pelatih mencari ahli kumpulan masing-masing sambil ditutup matanya dengan

menggunakan kain hitam. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji sejauh manakah kepercayaan

ahli kumpulan terhadap ahli-ahlinya di samping menguji kebolehan pendengaran guru

pelatih.

Keesokan harinya iaitu 11 Julai 2012, rutin guru pelatih mengikut seperti yang telah

ditetapkan pada tentatif. Pada jam 5.40 pagi guru pelatih dikejutkan untuk menunaikan solat

Subuh secara berjemaah. Program diteruskan lagi dengan melakukan senamrobik pada jam

7.30 pagi. Selesai bersenam, saran pagi dihidangkan. Waktu pagi guru pelatih seterusnya

dimulakan dengan aktiviti riadah. Guru pelatih diberi peluang untuk bermain bola sepak di

tepi pantai manakala guru pelatih perempuan pula melibatkan diri dalam permainan bola

tampar pantai. Semangat kesukanan dan kesungguhan dapat dilihat sewaktu guru pelatih

bermain dalam satu pasukan. Kemeriahan aktiviti semakin dirasai dan menjadi semakin

Page 11: Kajian Kes

hangat apabila

pensyarah turut serta

bermain dengan

guru pelatih malah

terdapat

pertandingan bola tampar antara guru pelatih dan juga pensyarah.

Setelah tamat beriadah, aktiviti air diteruskan lagi. Pada kali ini, guru pelatih

perempuan diberi kesempatan untuk melakukan aktiviti berkayak terlebih dahulu manakala

guru pelatih lelaki melakukan aktiviti snorkeling. Hal ini kerana, terdapat sesetengah guru

pelatih perempuan masih tidak berkesempatan melakukan aktiviti kayak pada hari pertama.

Pada sesi tengah hari pula, guru pelatih diberi masa untuk membersihkan diri, solat

secara berjemaah dan makan bersama-sama. Oleh kerana terdapat kelapangan masa pada

waktu tengah hari, maka guru pelatih diberikan kesempatan masa untuk berbincang

mengenai persembahan yang akan dilakukan pada malam kebudayaan mengikut kumpulan

yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Guru pelatih diberi kebebasan untuk

Page 12: Kajian Kes

melakukan persembahan sama ada menyanyi ataupun melakukan sketsa selama 10 minit.

Pada waktu petang, sekali lagi guru pelatih diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti air

tetapi mesti menitikberatkan aspek keselamatan. Pelbagai gelagat dapat dilihat sewaktu

aktiviti ini dijalankan.

Kini, tibalah pula waktu malam dimana guru pelatih perlu bersiap sedia untuk

memberikan persembahan yang terbaik untuk kumpulan masing-masing. Aktiviti ini berjalan

sepanjang jam 9.00 malam sehingga 11.30 malam. Kesemua persembahan yang

dipersembahkan sangat hebat dan kreatif kerana setiap satunya membawa makna

tersiratnya yang tersendiri di samping sarat mesej yang bermakna. Secara tidak langsung,

tercapailah satu lagi objektif program ini iaitu memupuk semangat kerjasama, tolong-

menolong dan persefahaman antara semuaahli kumpulan serta masyarakat.

Page 13: Kajian Kes

Tamatnya

malam kebudayaan,

maka bermulalah

sesi refleksi. Pada waktu

ini, guru pelatih diberi

peluang untuk memberi

refleksi secara sukarela di

hadapan tentang aktviti

yang telah dijalankan

sepanjang dua hari berada di

Pulau Perhentian.

Malam semakin lewat, maka guru pelatih diberikan sedikit taklimat awal tentang perjalanan

aktiviti untuk keesokan harinya supaya guru pelatih dapat menyiapkan diri untuk aktiviti yang

lebih mencabar akan diadakan.

Tepat jam 5.30 pagi pada 13 Julai 2012, guru pelatih dikejutkan untuk menunaikan

solat Subuh secara berjemaah. Seusai sahaja solat, guru pelatih diberikan masa untuk

menguruskan diri seterusnya menikmati sarapan bersama-sama. Mengikut kepada

perancangan asal, aktiviti yang akan dijalankan ialah trekking pulau dengan menaiki bot laju

untuk melakukan aktiviti kajian empirikal di Pulau Besar dan ikhtiar hidup di Air Berani.

Namun begitu, pada saat-saat akhir aktiviti ini harus dipinda kerana berlakunya sedikit

kesulitan. Lantaran, aktiviti ‘jungle trekking’, ikhtiar hidup di Air Berani dijalankan. Jalan

hutan digunakan untuk menuju ke destinasi

utama iaitu Air Berani. Perjalanan

mengambil masa kira-kira 45 minit dari tapak

perkhemahan. Sebelum perjalanan

dimulakan, setiap kumpulan diamanahkan

untuk membuat kajian terhadap alam sekitar

iaitu berkaitan dengan tumbuhan herba dan

juga tumbuhan yang beracun bagi

menggantikan tugasan kajian empirikal yang

tidak dapat dijalankan.

Setelah mengambil masa hamper sejam menyusuri jalan hutan, akhirnya para guru

pelatih tiba ke destinasi iaitu Air Berani untuk menyahut cabaran aktiviti yang seterusnya

iaitu ikhtiar hidup. Setibanya di situ, guru pelatih sibuk mencari kawasan yang sesuai untuk

dijadikan tempat berteduh masing-masing. Setiap kumpulan dibekalkan dengan tepung, ubi

kayu,sardine dan sedikit minyak. Oleh itu, guru pelatih haruslah bijak dalam usaha untuk

meneruskan kehidupan. Secara tidak langsung, objektif yang ketiga tercapai iaitu menguji

Page 14: Kajian Kes

ketahanan fizikal dan mental guru pelatih dalam menghadapi cabaran hidup, Hasil makanan

yang dihasilkan dinilai oleh para juri yang telah dipilih. Setelah berehat dan bermandi air di

Air Berani, maka guru pelatih bersedia untuk pulang semula ke tapak perkhemahan semula.

Setiba ke tempat perkhemahan, guru pelatih menguruskan diri seterusnya solat Zuhur

berjemaah dan diberi masa untuk menyelesaikan tugasan masing-masing tentang kajian

alam sekitar untuk dibentangkan pada malam hari.

Selepas tugasan mengikut kumpulan diselesaikan, guru pelatih diberi kesempatan

sekali lagi untuk melakukan aktiviti air bagi sesiapa yang ingin melakukannya. Pada petang

itu, sekali lagi diadakan perlawanan bola tampar pantai antara guru pelatih dengan para

pensyarah. Pada waktu dan ketika inilah kelihatan guru pelatih cuba untuk mengeluarkan

bakat dan kemahiran masing-masing dalam bermain bola tampar namun nasib tetap tidak

menyebelahi mereka kerana pasukan pensyarah berjaya menumpaskan mereka. Apabila

hari semakin malam, guru pelatih dikehendaki untuk menguruskan diri untuk solat jemaah.

Aktiviti BBQ diadakan dengan memanggang ayam dan sosej yang telah diperap. Selesai

makan, aktiviti pembentangan hasil tugasan dimulakan. Namun begitu, belum sempat sesi

pembentangan selesai, angin kuat mulai datang bersama-sama hujan gerimis. Tetapi, ia

tidak mengambil masa yang panjang maka sesi pembentangan disambung semula setelah

tamat angin kuat melanda.

Lebih kurang jam 11 malam, semua aktiviti selesai dilaksanakan dan guru pelatih

diminta untuk berkumpul bagi sesi refleksi dan sedikit taklimat tentang pergerakan pada

keesokan harinya pula memandangkan kami akan bertolak pulang ke jeti pada jam 10 pagi.

Oleh itu, semua guru pelatih dikehendaki bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam

proses pengemasan tempat di sekitar tapak perkhemahan. Pembahagian kumpulan

diberikan mengikut bidang tugas masing-masing bagi mempercepatkan pengemasan tempat

Page 15: Kajian Kes

di samping untuk mengelakkan terdapatnya guru pelatih yang tidak melakukan kerja

masing-masing. Setelah siap berkemas, guru pelatih dibenarkan untuk berehat.

Begitu pantas masa berlalu. Kini, tibalah

hari yang terakhir berada di Pulau

Perhentian iaitu 13 Julai 2012. Seperti

kebiasaan, guru pelatih akan dikejutkan

pada jam 5.30 pagi untuk solat berjemaah.

Selesai menunaikan solat jemaah, para

guru pelatih diberikan sedikit taklimat

tentang perjalanan pada hari tersebut.

Tanpa melengahkan masa, para guru

pelatih bekerjasama bergotong-royong

membersihkan kawasan sekitar tapak

perkhemahan dan juga mengemas tapak perkhemahan. Sarapan pagi diberikan kepada

guru pelatih sebelum majlis perasmian penutup dijalankan. Hadiah diberikan kepada

kumpulan yang menang dan cenderahati juga turut diberikan kepada pensyarah bimbingan

sewaktu majlis perasmian penutup. Aktiviti bergambar diadakan untuk dijadikan sebagai

kenang-kenangan kelak.

Page 16: Kajian Kes

Sekali lagi, rantaian manusia dilakukan untuk memudahkan kerja penyimpanan

barang ke dalam bot. Kami selamat tiba di jeti seperti yang telah dijangkakan iaitu tepat

pada jam 12.30 tengah hari. Selepas siap menyimpan barang ke dalam bas, guru pelatih

dibawa untuk makan tengah hari dan guru

pelatih lelaki dibawa untuk menunaikan solat Jumaat. Setibanya pula di Institut Pendidikan

Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB), aktiviti mencuci khemah dan jaket keselamatan

dilakukan tanpa bertangguh lagi dan setelah dikeringkan ia terus disimpan ke dalam stor.

Akhir sekali, guru pelatih dibenarkan untuk bersurai.

Page 17: Kajian Kes