kajian kes

13
AMALAN MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABD RAHMAN PUTRA Oleh : MOHD FAZLIE BIN AHMAD GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1.0 PENDAHULUAN Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap umur antara 13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru. Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin. Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita 1

Upload: fazlie-ahmad

Post on 29-Jun-2015

1.768 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes

AMALAN MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABD RAHMAN PUTRA

Oleh :

MOHD FAZLIE BIN AHMADGURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0 PENDAHULUAN

Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap umur antara 13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru. Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.

Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya. Memandangkan para remaja merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan tampuk pimpinan hari ini serta memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan diri daripada perbuatan negatif bermula dari peringkat awal lagi.

1

Page 2: Kajian Kes

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Tidak dapat dinafikan bahawa merokok mengikut pendapat penghisapnya boleh memberi faedah kepada mereka di mana ianya akan memberikan ketenangan kepada perokok dalam tempoh masa tertentu. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dan penat baik menyenangkan melakukan sesuatu kerja dan sebagainya.

Terdapat juga kesan buruk yang diperoleh perokok seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah, serta boleh membazirkan wang ringgit. Sebenarnya perokok-perokok ini bukannya tidak mengetahui kesan buruk yang akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta hanya melihat kepada kebaikannya sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk yang akan membahayakan diri mereka serta orang lain.

Tidak dinafikan telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang terbabit seperti pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) namun ianya masih tetap berlaku. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah menjadikan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.

Jika masalah ini tidak dibendung, kadar merokok di kalangan pelajar akan terus meningkat dari setahun ke setahun. Jika dilihat kepada kesan merokok ini pula, ianya banyak memberi kesan sama ada kepada diri dan keperibadian pelajar itu sendiri ataupun kepada orang lain. Contohnya, penagihan dadah bermula dari merokok.

2

Page 3: Kajian Kes

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Masalah disiplin seperti ponteng, merosakkan harta benda sekolah, merokok dan sebagainya di kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan. Di sekolah ini khususnya, perlakuan merokok walaupun tiada bilangan pelajar terlibat secara khusus, namun ada pelajar yang membuat pengakuan secara lisan apabila ditanya oleh guru dan menceritakan perilaku tersebut kepada rakan-rakan mereka.

Untuk membendung masalah ini, kita perlu mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan budaya merokok ini yang boleh dikatakan menjadi trend masa kini.

3

Page 4: Kajian Kes

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Mengenalpasti adakah pelajar sekolah menengah ini merokok kerana pengaruh rakan sebaya.

4.2 Mengenalpasti adakah faktor diri sendiri yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok

4.3 Mengenalpasti adakah pelajar sekolah menengah ini merokok kerana factor keluarga.

4

Page 5: Kajian Kes

5.0 KAJIAN TERDAHULU

5.1 FAKTOR DIRI SENDIRI

‘Keremajaan’ boleh menjadi salah satu faktor penglibatan pelajar dengan masalah disiplin atau gejala sosial. Kemungkinan mereka merasa bahawa mereka telah dewasa dan sudah boleh membuat keputusan sendiri. Hal ini menyebabkan keputusan yang diambil tidak tepat. Mereka sebenarnya masih belum cukup ilmu dan kurang pengalaman. Oleh itu mereka perlukan bimbangan dan tunjuk ajar daripada orang dewasa. Inilah yang dimaksudkan dalam laporan kajian Azizah binti Lebai Nordin (2002) sebagai ‘faktor diri pelajar sendiri’.

5.2 FAKTOR KELUARGA

Ramai di kalangan ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan memberitahu bahawa mereka bekerja untuk kepentingan anak-anak. Mereka mencari wang untuk memenuhi kepentingan anak-anak seperti makan minum, pakaian, belanja sekolah dan lain-lain lagi. Bagaimanapun jarang anak-anak yang faham sumbangan ibu bapa. Ada yang menganggap usaha dan susah payah ibu bapa sebagai kewajipan mereka terhadap anak-anak. Jadi kasih sayang ibu bapa sukar difahami melalui pengorbanan yang diberikan. Tambahan pula orang Melayu biasanya sukar untuk mengungkapkan perasaan sayang terhadap anak-anak, meskipun mereka menyedari bahawa anak-anak perlukan kasih sayang.

5.3 FAKTOR RAKAN SEBAYA

Sekiranya ibu bapa dan keluarga tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya, remaja akan berkecenderungan mencurahkan masalah yang dihadapi kepada rakan sebaya dan seterusnya menjadikan mereka sebagai pakar rujuk dalam membuat sesuatu keputusan. Kajian beliau juga menunjukkan pengabaian penekanan kepada pendidikan agama serta contoh perilaku negatif daripada ahli keluarga juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk melakukan salah laku akhlak.

5

Page 6: Kajian Kes

6.0 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan proses pengutipan data dilakukan melalui teknik temu bual, sesi kaunseling individu dan sesi kaunseling kelompok menggunakan data kaunseling berfokus. Dalam kajian ini, kaedah-kaedah tersebut adalah cara yang digunakan untuk proses pengutipan data bagi menentukan faktor-faktor amalan merokok di kalangan pelajar.

Selain itu, data juga diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Melalui kaedah pepmerhatian, data diperolehi hasil daripada pemerhatian tentang bagaimana ‘body language’ yang ditunjukkan oleh respon kajian. Disamping itu, nada komunikasi yang digunakan juga dapat mentafsirkan pelbagai maksud. Manakala pemerolehan data melalui analisisdokumen pula bermaksud data-data dikumpulkan melalui rekod-rekod yang diperolehi daripada guru-guru disiplin dan guru kaunseling sekolah. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan untuk menganalisis data bagi kajian kualitatif ini.

6.2 TEMPAT KAJIAN

Kajian ini dijalankan di SMK Tunku Abd Rahman Putra

6.3 SAMPEL KAJIAN

Bagi tujuan kajian ini, sampel kajian adalah terdiri daripada 10 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 yang disenaraikan sebagai pelajar merokok dan direkodkan oleh badan disiplin sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling.

6

Page 7: Kajian Kes

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 FAKTOR KELUARGA

Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor keluarga memang mendorong pelajar merokok. Kesibukan ibubapa mencari nafkah menyebabkan perhubungan mereka menjadi renggang. Keluarga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak supaya tidak terdedah kepada anasir luar. Pengabaian dari segi kasih sayang menyebabkan anak-anak mencari alternatif lain untuk mengisi kekosongan jiwa mereka, lantas mereka cari orang lain yang boleh mendengar masalah mereka dan berkonsi masalah. Keluarga yang tidak mengambila tahu pergerakan harian anak-anak menyebabkan anak-anak bebas melakukan aktiviti yang tidak seharusnya. Keluarga tidak melarang atau member ansihat yang berguna sebagai panduan untuk anak-anak mereka menyebabkan mereka mudah terjebak kerana tiada garis panduan daripada keluaraga.

7.2 FAKTOR PENGARUH RAKAN SEBAYA

Hasil kajian yang dibuat terbukti yang pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang besar dalam amalan menghisap rokok di kalangan pelajar. Berkawan dengan rakan sebaya yang mempunyai masalah iaitu sebagai ringkasnya tidak pandai memilih kawan menyebabkan mereka hanyut bersama dalam keseronokan. Mereka akan rasa bebas dan yakin melakukan sesuatu dalam kelompok yang ramai tanpa rasa takut atau bimbang. Mereka akan membrontak jika ditegur, dan mereka rasa senang apabila berada didalam kelompok mereka.

7.3 FAKTOR DIRI SENDIRI

Sikap pelajar sendiri adalah faktor utama yang mendorong mereka terlibat dengan merokok. Mereka tidak membina tembok untuk memisahkan dari gejala negative menyebabkan mereka mudah terjebak dalam aktiviti kurang sihat seperti merokok. Jika diri mereka mempunyai perisai pertahanan yang boleh menahan godaan dari gejalan negative nescaya mereka selamat. Sikap mereka yang sentias ingin tahu dan mencuba tanpa memikirkan baik buruk menyebabkan mereka terjebak. Mereka tidak pandai memilih kawan yang boleh membawa kebaikan diri mereka. Sikap mereka yang tidak acuh kepada nasihat orang yang lebih tua menyebabkan mereka hanyut tanpa haluan.

7

Page 8: Kajian Kes

8.0 CADANGAN KAJIAN

Keputusan kajian dapatan diharapkan dapatdilanjtkan. Begitu juga hasil kajian ini dapat memberi cadangan kepada pihak sekolah agar :

8.1 Penerangan untuk kesedaran bahaya merokok perlu dipergiatkan lagi supaya pelajar merasakan merokok adalah satu perbuatan yang hina dan keji yang merosakkan diri sendiri.

8.2 Hubungan sekolah dan keluarga serta masyarakat perlu lebih erat suapay dapat berganding bahu membanteras amalan merokok ini dari teru menjadi penyakit dalam masyarakat

8.3 Program motivasi perlu dipergiatkan supaya pelajar yang terabai atau yang terjebak akan merasakan kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan.

8

Page 9: Kajian Kes

9.0 KESIMPULAN

Daripada kajian yang dijalankan, saya telah mendapat maklumat tentang amalan merokok dikalangan pelajar sekolah yang disebabkan oleh faktor diri sendiri, keluarga dan rakan sebaya. Dengan dapatan ini diharapkan ia boleh menjadi panduan kepada pihak sekolah terutamanya kaunselor untuk membasimi amalan yang kurang baik ini. Diharapkan kajian ini member manfaat kepada pihak sekolah, keluarga, masyarakat dan Negara.

Kegiatan merokok di kalangan remaja merupakan masalah serius yang wujud di semua tempat tidak kira di sekolah, rumah atau di mana-mana. Amalan ini berkait rapat dengan perkembangan masalah social dan jenayah dalam Negara. Jika perkara akar umbi ini tidak dibanteras segera, dibimbangi suatu hari nanti ia menjadi barah yang tidak dapat diuabati lagi. Jika perkara ini berlaku ia bukan sahaja memeberi kesan kepada diri pelajar itu sahaja tetapi ia menjejas kan semua. Negara akan menjadi mundur kerana rakyatnya yang asyik leka dan lalai dalam keseronokan berpanjangan tanpa melihat kemajuan yang telah dicapai oleh Negara lain.

Peranan guru kaunseling disekolah harus digunakan secara optimIa tidak boleh diabiarkan sehingga sudah jadi sebati dalam diri pelajar kerana buruk akibatnya nanti. Mencegah adalah lebih bai dari merawat, oleh itu ia harus dimulakan sgera tanpa perlu digerakkan oleh pihak atasan. Inisiatif setiap orang perlu supaya perkara ini tidak menjadi lebih serius.

Semua pihak harus berganding bahu untuk menangani masalah ini bersama-sama. Semoga suatu hari nanti Negara kita akan menjadi contoh sebagai sebuah Negara yang sihat tanpa rokok.

9

Page 10: Kajian Kes

Disemak oleh :

Tn. Hj. Nazri bin SidekGuru Bimbingan & Kaunseling

Disahkan oleh :

Pn. Lubna binti Hj. DamanhuriGuru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

10