kajian kes 2

7
KAJIAN KES

Upload: wmkfirdaus

Post on 22-Jul-2015

5.347 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian kes 2

KAJIAN KES

Page 2: Kajian kes 2

Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang

berlaku dalam suatu konteks tertentu dengan

lingkungan atau sempadan yang tersendiri.

Individu atau aspek tertentu dalam sepadan

berkenaan dipilih sebagai fokus kajian untuk

menghuraikan fenomena yang menjadi kes.

Maka, kes merupakan suatu unit analisis dalam

sesuatu kajian kes.

Kajian kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang

mengkaji fenomena semasa dalam lingkungan

konteks kehidupan sebenar.

Page 3: Kajian kes 2

Kajian kes adalah suatu strategi kajian komprehensif,

bukannya suatu tektik pengumpulan data (Yin, 1994).

Kajian kes juga merupakan kajian tentang suatu sistem

yang terbatas, melibatkan kajian tentang suatu detik

pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980).

Kajian kes boleh berupa suatu penelitian mendalam

terhadap sesuatu keadaan, atau suatu bentuk dokumen

yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu (Meriam,

1988).

Page 4: Kajian kes 2

Pada umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab

soalan kajian yang bertujuan untuk menghuraikan

“bagaimana” atau ` “mengapa” tentang sesuatu fenomena.

Pemilihan kajian kes juga dipengaruhi oleh kawalan

penyelidik ke atas peristiwa atau fenomena yang dikaji.

Sekiranya peristiwa atau fenomena sukar dikawal oleh

penyelidik, maka kajian kes lebih sesuai. Di samping itu, kajian

kes juga sesuai sekiranya fokus kajian ialah fenomena

kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar (Yin, 1994)

Page 5: Kajian kes 2

Kajian kes terbahagi kepada tiga jenis, iaitu

Kajian Kes Penerokaan,

Kajian Kes Deskriptif (cth. Street Corner Society oleh

Whyte, 1943) dan,

Kajian Kes Penerangan (cth. Essence of Decision:

Explaining the Cuban Missile oleh Allison, 1971).

Salah satu daripada jenis tersebut boleh

digunakan berdasarkan kesesuaiannya dengan

tujuan kajian.

Page 6: Kajian kes 2

Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-

langkah sistematik yang khusus.

Setiap langkah perlu diikuti dengan teliti bagi

membolehkan suatu kajian mendalam dilakukan.

Hal ini perlu kerana kajian kes melibatkan suatu

lingkungan atau konteks khusus yang biasanya terbatas.

Tanpa pelaksanaan yang teliti dan sistematik peluang

untuk mendapat data yang secukupnya mungkin tidak

tercapai.

Page 7: Kajian kes 2

Proses pelaksanaan kajian kes1) data tentang latar belakang konteks kes perlu diperoleh

sepenuhnya, seperti bentuk kes, latar belakang sejarah,

konteks fizikal, konteks sosial, ekonomi dan politik, lain-lain

yang berkaitan dan, pemberi maklumat tentang kes kajian

(Stake, 1994).

2) data yang dikumpulkan perlu dianalisis dan diinterpretasi.

Proses ini membolehkan data diurus dan dikelompok-

kelompokkan untuk menunjukkan pola atau tema tertentu.

3) daripada data yang dikelompok-kelompokkan itu, rumusan

kajian dibina. Akhir sekali, keseluruhan laporan kajian ditulis

mengikut suatu format yang sesuai