kajian kemudahan di pembelajaran

Upload: hazim-hamid-kz

Post on 08-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

Dapatan kajianJadual 1 menunjukkan data terkumpul bagi kemudahan pembelajaran dari aspek pertama iaitu Kemudahan Teknologi Maklumat. Bagi item satu iaitu melaksanakan aktiviti PdP menggunakan persembahan multimedia di IPGKIK. 46.67% memilih skala kurang setuju, manakala 33.3% memilih skala setuju dan 3.33% menyatakan sangat setuju dengan item tersebut. Hal ini menunjukkan tahap melaksanakan aktiviti PdP menggunakan persembahan multimedia yang dilaksanakan di IPGKIK berada dalam tahap kurang setuju.Bagi item kedua pula berpandukan kepada jadual 1 kita dapat membuat keputusan bahawa tahap menggunakan projektor di IPGKIK adalah kurang setuju kerana 53.33% responden memilih skala kurang setuju, 36.67% memilih skala setuju dan 3.33% menyatakan sangat setujuh dengan tahap menggunakan projektor di IPGKIK berada di tahap yang cemerlang.Analisis data bagi item tiga dalam bahagian satu yang berkaitan dengan menggunakan bahan kitar semula. Merujuk kepada jadual 1, kita dapat membuat kesimpulan bahawa kebanyakan pensyarah di IPGKIK melaksanakan aktiviti PdP menggunakan bahan kitar semula pada tahap yang kurang setuju dan setuju. Hal ini kerana, 46.67% responden memilih skala kurang setuju dan 23.33% memilih skala setuju dengan item tersebut. 3.33% sangat tidak setuju bahawa menggunakan bahan kitar semula.Bagi item keempat dalam bahagian satu yang berkaitan dengan kemudahan wifi di IPGKIK. Berpandukan kepada peratus dalam jadual tersebut, kita dapat membuat kesimpulan bahawa, kemudahan wifi di IPGKIK berada pada tahap kurang setuju kerana 63.33% responden memilih skala kurang setuju. Terdapat juga responden yang kemudahan wifi berada pada tahap baik, 26.67% memilih skala setuju. Namun demikian, sebanyak 3.33% daripada yang tidak setuju bahawa kemudahan wifi di sekitar IPGKIK disediakan. Analisis data terhadap menyediakan pusat komputer. Dengan merujuk kepada analisis tersebut kita dapat simpulkan bahawa menyediakan pusat komputer di IPGKIK berada pada tahap Kurang setuju kerana 46.67% daripada responden memilih skala kurang setuju diikuti dengan 30% memilih skala setuju, dan hanya 3.33% responden yang menyatakan sangat tidak setuju dengan menyediakan pusat komputer di IPGKIK. Hal ini menunjukkan, bahawa menyediakan pusat komputer di IPGKIK adalah Kurang setuju.

Jadual 2 menunjukkan peratusan menyediakan penginapan yang mencukupi di sekitar IPGKIK. 40% daripada responden menyatakan sangat tidak setuju dengan tahap penginapan yang disediakan oleh IPGKIK adalah mencukupi. Manakala 23.33% memilih skala Kurang setuju, dan 6.67% responden memilih skala sangat setuju. Ini menunjukkan bahawa penginapan yang disediakan adalah tidak mencukupi untuk semua guru pelatih yang menyebabkan bilangan guru pelatih yang terpaksa mencari penginapan di luar kampus adalah sangat ramai. Walaupun demikian, terdapat juga guru pelatih yang dapat menginap di dalam kampus jika merujuk kepada peratusan daripada carta pai tersebut.Jadual 2 menunjukkan analisis data bagi penginapan yang disediakan adalah selesa di sekitar IPGKIK dimana 26.67% daripada 30 orang responden menyatakan bahawa tahap keselesaan penginapan yang disediakan adalah berada pada tahap yang sangat memuaskan dengan menyatakan Sangat Setuju dan 53.33% responden memilih skala setuju dan 3.33% memilih skala sangat tidak setuju. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden menyatakan kepuasan yang baik dari segi penginapan yang disediakan jika berpandukan kepada analisis data dalam jadual tersebut.Analisis data bagi lokasi penginapan yang strategik di mana bebas daripada pencemaran bunyi di sekitar IPGKIK. Seperti apa yang kita lihat, kebanyakan responden menyatakan bahawa lokasi penginapan yang disediakan adalah terdedah kepada pencemaran bunyi dengan menyatakan Kurang Setuju terhadap lokasi penginapan yang disediakan iaitu 63.33% daripada 30 orang responden yang memilih tahap kurang setuju. 6.67% daripadanya memilih skala sangat setuju dan 16.67% memilih skala setuju. Kesimpulannya, kebanyakan responden menyatakan lokasi penginapan adalah tidak strategic kerana berlakunya pencemaran bunyi di sekitar IPGKIK yang mengganggu responden. Hal ini merujuk kepada persepsi responden.Jadual 2 menunjukkan analisis data bagi kemudahan water cooler memberi manfaat kepada guru pelatih di sekitar IPGKIK. 40% daripada 30 orang responden sangat setuju bahawa kemudahan water cooler memberi manfaat kepada guru pelatih iaitu berada pada tahap yang baik. 43.33% menyatakan setuju tentang kemudahan water cooler memberi manfaat kepada guru pelatih dan 16.67% menyatakan kurang setuju dengan kemudahan water cooler yang disediakan . Berpandukan kepada analisis tersebut, kita dapat menyatakan bahawa kemudahan water cooler amat memuaskan di mana memberi manfaat kepada guru pelatih di sekitar IPGKIK iaitu berada pada tahap yang sangat setuju dan setuju manakala hanya sedikit daripada responden kurang setuju dengan kemudahan water cooler memberi manfaat kepada guru pelatih. Bagi data tentang kebersihan blok kediaman di sekitar IPGKIK. Peratusan yang tertinggi ialah bagi skala setuju iaitu 56.67% daan 26.67% pada tahap sangat setuju daripada 30 orang responden. Melalui peratusan tersebut, dapat disimpulkan bahawa blok kediaman sentiasa berada dalam keadaan bersih daripada sampah dan kekotoran dan 3.33% daripada 30 orang responden memilih tidak setuju. Hal ini kerana, terdapat perbezaan pendapat dan pandangan dalam kalangan responden Kesimpulannya, majoriti responden menyatakan setuju dengan kebersihan blok kediaman daripada sampah.Jadual 3 menunjukkan analisis data bagi kekerapan aktiviti kerohanian di IPGKIK. Peratus yang tertinggi ialah bagi skala Setuju 56.67% daripada memilih skala tersebut.26.67% responden menyatakan Sangat setuju manakala 16.67% kurang setuju. Peratusan tersebut memberikan satu tanggapan bahawa banyak aktiviti kerohanian dijalankan di IPGKIK. Ramai responden yang setuju menyatakan bahawa banyak aktiviti kerohanian di IPGKIK.Data terkumpul dalam jadual 3 menunjukkan bahawa program kerohanian dapat mengisi masa lapang guru pelatih pada tahap Setuju kerana 60% daripada responden memilih skala Setuju. 23.33% responden memilih Sangat Setuju, dan 6.67% menyatakan Tidak Setuju bahawa aktiviti kerohanian dapa mengisi masa lapang pelatih guru. Kesimpulan yang dapat dibuat melalui jadual tersebut ialah, masa lapang guru pelatih dapat diisi dengan aktiviti kerohanian yang telah dijalankan di IPGKIK.Jadual 3 menunjukkan 36.67% daripada responden menyatakan bahawa program kerohanian memberikan impak positif yang Sangat setuju. Manakala 33.33% respoden menyatakan setuju dengan impak daripada aktiviti kerohanian. Merujuk kepada peratusan tersebut, kita dapat menganggap bahawa aktiviti kerohanian di IPGKIK memberi impak positif kepada pelatih guru. 3.33% menyatakan Tidak Setuju bahawa program kerohanian memberikan impak positif kepada guru pelatih . Berpandukan kepada peratusan tersebut, nyata di sini bahawa aktiviti kerohanian memberikan impak positif kepada pelatih guru di IPGKIK.Peratusan penglibatan pelatih guru dalam aktiviti kerohanian di IPGKIK dalam jadual 1 ialah 56.67% daripada responden memilih skala Setuju, 33.33% memilih skala Kurang Setuju, 10% responden Sangat Setuju bahawa mereka sering melibatkan diri dalam aktiviti kerohanian . Berdasarkan kepada peratusan tersebut, dapat dibuat kesimpulan bahawa ramai guru pelatih yang minat untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti kerohanian di IPGKIK.

Data bagi item 5 iaitu penyediaan tempat aktiviti kerohanian yang disediakan. Peratusan tertinggi dalam carta tersebut ialah bagi skala Sangat Setuju iaitu 33.33% orang responden. Berdasarkan peratusan tersebut, kita dapat lihat bahawa penyediaan tempat aktiviti kerohanian pada tahap Sangat Setuju. Manakala 23.33% daripada responden tersebut memilih skala Tidak Setuju dan 10% lagi menyatakan Sangat Tidak Setuju. Hal ini disebabkan respon adlah daripada berbagai agama dan keutamaan tempat aktiviti kerohanian diberikan kepada agama Islam.