penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

27
PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PEMBELAJARAN ANAK-ANAK: KAJIAN PERBANDINGAN KOREA DAN MALAYSIA Mohd Amar Bin Md Arif (P66370), Aziani Binti Yusof (P63652) GGGD6263 : PENDIDIKAN, PENDUDUK DAN ALIRAN EKONOMI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2012 1

Upload: amar-arif

Post on 22-Jun-2015

2.632 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

MY COMPARATIVE STUDY THAT HAD BEEN DONE FOR DIFFERENT COUNTRIES. MALAYSIA-SOUTH KOREA

TRANSCRIPT

Page 1: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PEMBELAJARAN ANAK-ANAK: KAJIAN PERBANDINGAN KOREA DAN MALAYSIA

Mohd Amar Bin Md Arif (P66370), Aziani Binti Yusof (P63652)

GGGD6263 : PENDIDIKAN, PENDUDUK DAN ALIRAN EKONOMI

FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

2012

1

Page 2: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana penglibatan ibu

bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di peringkat rendah yang

melibatkan perbandingan diantara dua kawasan dan negara berbeza iaitu

di sekitar negeri Selangor,Malaysia dan Seoul, Korea Selatan. Kajian ini

berfokus sepenuhnya kepada para ibu bapa sebagai sampel. Responden

bagi kajian ini keseluruhannya terdiri daripada para ibu bapa yang dipilih

secara rawak sebanyak 42 orang responden. Kajian tinjauan ini

menggunakan sepenuhnya soal selidik dalam mendapatkan data.

Persampelan rawak dilakukan dalam memilih sampel kajian. Data-data

yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS ver. 18. Secara

keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa di

Malaysia dan Korea Selatan dalam pembelajaran anak-anak adalah pada

tahap yang sederhana. Kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dalam

pendidikan anak-anak akan mempengaruhi anak-anak untuk berjaya

dalam hidup.

2

Page 3: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

PENDAHULUAN

Ibu bapa yang mengemudi sesebuah institusi keluarga merupakan

peranan terpenting dalam melahirkan masyarakat yang harmonis,

berilmu, berdaya saing dan seterusnya melahirkan warga yang cemerlang

dalam mencapai wawasan yang seimbang antara kemajuan dan

pembangunan modal insan. Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan

individu yang paling hampir dengan anak-anak dan mereka yang

mencorak perkembangan peribadi anak-anak bermula pada peringkat

kelahiran sehinggalah ke peringkat dewasa (Rohner, Ronald & Veneziano,

2001).

Menurut Tajul Ariffin (1990) ibu bapa berperanan dalam mewujudkan suasana

pembelajaran yang sesuai untuk anak-anak di samping membimbing mereka agar

mengamalkan proses belajar yang betul. Kedudukan dan peranan ibu bapa ialah soal yang

paling utama dalam pendidikan kerana keluarga dan persekitaran rumah merupakan tempat di

mana pendidikan asas bermula atau berlaku.Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk

sikap yang positif dalam kalangan anak-anak mereka terhadap pendidikan.

LATAR BELAKANG

Sebagai seorang individu yang masih berada di alam persekolahan, anak-

anak terutamanya pada peringkat awal remaja memerlukan perhatian

dan keterlibatan ibu bapa secara langsung dan erat demi mempengaruhi

arah tuju anak-anak dan langkah yang diatur oleh anak-anak mereka tidak

akan terpesong. Anak-anak yang masih bersekolah pada peringkat awal

mahupun pertengahan masih memerlukan sokongan yang berbentuk

3

Page 4: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran mereka di mana perkara ini

secara tidak langsung telah mewujudkan satu dorongan dan sokongan

moral yang kuat untuk anak-anak lebih berjaya dalam pelajaran.

Menurut Rohaty, (2003) peranan keterlibatan ibu bapa dalam proses

pendidikan amatlah penting bagi membentuk konsep kendiri anak-anak

mereka. konsep kendiri merupakan keseluruhan persepsi keseluruhan

seseorang terhadap dirinya sendiri sama ada berbentuk deskriptif

ataupun penilaian secara kognitif. Salah satu daripada kesan konsep

kendiri adalah ke atas pencapaian akademik. Tinggi atau rendahnya

pencapaian akademik adalah bergantung kepada positif atau negatifnya

tanggapan konsep kendiri seseorang terhadap pelajaran (Ishak, 2004) .

Justeru itu, kecemerlangan murid tidak dapat dicapai seandainya

penglibatan ibu bapa murid dalam program dan aktiviti sekolah tidak

dapat ditingkatkan (Henderson & Mapp 2000). Mengikut Shaverand &

Walls (1998) dan Epstein (2001), penglibatan ibu bapa bukan sahaja

hanya di sekolah malahan ibu bapa perlu melibatkan diri dalam

pendidikan anak-anak di rumah.

Menurut Morrison (1978) pengertian daripada penglibatan ibu bapa yang

komprehensif adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa

mencari kekuatan, potensi dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan

keluarga. Penglibatan ibu bapa secara meluas diyakini menjadi penting bagi perkembangan

akademik awal kanak-kanak. Sebagai contoh, pembinaan penglibatan ibu bapa adalah tujuan

utama dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (Fantuzzo et al., 1999 dalam Arnold et al.

2008). dan merupakan landasan filosofis daripada Head Start (Administration for Children

4

Page 5: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

and Families, 2006 dalam Arnold et.al 2008). Teori menunjukkan pentingnya penglibatan ibu

bapa dalam pembinaan kemahiran akademik sejak awal (Christenson, 2004).

Menurut Berger (1995), pengetua mempunyai 4 peranan kepimpinan dalam

penglibatan ibu bapa, iaitu sebagai sebagai pembina moral, pereka bentuk program, pembina

hubungan dengan ibu bapa dan penyelaras program penglibatan ibu bapa. Sedangkan ibu

bapa mempunyai beberapa peranan iaitu sebagai pembuat polisi, guru bagi anak-anaknya,

pihak yang digaji, sukarelawan yang bersifat sementara, atau sebagai penonton sahaja.

Menurut Gestwicki (2004) kekangan dalam membangun hubungan antara ibu bapa dan guru

bagi tujuan penglibatan ibu bapa, dapat dibezakan menjadi faktor dalaman dan faktor luaran.

Faktor dalaman mencakupi masalah antaranya keperibadian guru yang kurang suka

bersosialisasi dengan ibu bapa, perbezaan antara pengalaman guru dan ibu bapa sehingga

seringkali guru memandang ibu bapa kurang pengetahuan berbanding dengan guru yang

dilatih secara profesional. Faktor berikutnya ialah isu kepercayaan iaitu anggapan negatif

tentang kemampuan keluarga. Faktor luaran mencakupi masalah waktu yang dimiliki oleh

guru. Apabila falsafah sekolah dan tindakan administratif tidak menyokong perkongsian

dengan keluarga, guru tidak akan mempunyai waktu untuk meresponi ibu bapa.

Idea lama tentang penglibatan ibu bapa yang terlalu formal kurang menyokong

hubungan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa (Swap, 1993 dalam Getswicki, 2004).

Selanjutnya guru yang terlalu sibuk menjadi kekangan dalam penglibatan ibu bapa. Hal ini

membuat ibu bapa enggan bertemu guru. Apabila dasar pentadbiran sekolah mempunyai

polisi yang melarang hubungan dan diskusi antara ibu bapa dan kakitangan sekolah, maka ibu

bapa kehilangan peluang untuk membangun hubungan dengan guru. Kekangan lain adalah

ibu bapa yang berminat terlibat tapi tidak ada pembantu rumah, bekerja, menganggap sekolah

membosankan dan tidak wujud komunikasi dua hala dalam mesyuarat (Rohaty dan Abu

Bakar, 1994).

5

Page 6: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

PENYATAAN MASALAH

Dewasa ini menurut Lareau (2000), kekangan masa adalah faktor utama

yang menyebabkan ibu bapa kurang peka terhadap peranan mereka

dalam pendidikan anak-anak dan membiarkan anak-anak belajar tanpa

pemantauan. Keterlibatan ibu bapa di rumah mahupun di sekolah secara

berterusan didapati berkait rapat dengan pencapaian akademik anak-

anak (Christenson, Rounds & Gorney 1992; Izzo et al. 1999; Keith &

Lichtman 1994; Miedel & Reynolds 1999; Shaverand & Walls 1998).

Namun, tumpuan kajian tentang penglibatan ibu bapa masih lagi

tertumpu kepada murid di tahap awal persekolahan sahaja,(Arnold, Zeljo

& Doctorof 2008).

Manakala di peringkat lebih tinggi tidak diberi fokus lantaran umum

beranggapan bahawa pelajar atau anak-anak pada peringkat ini sudah

pandai untuk membawa dan menguruskan diri sendiri. Hal ini akan

memburukkan keadaan anak-anak di peringkat awal remaja atau

peringkat awal sekolah menengah lantaran penumpuan ibu bapa hanya

lebih diberikan kepada peringkat awal persekolahan. Penglibatan ibu bapa

yang semakin berkurangan dalam pembelajaran dan aktiviti sekolah dari

semasa ke semasa setelah anak-anak mereka semakin membesar akan

memberikan kesan terhadap pencapaian pelajar (West et al.1998).

Taraf latar belakang ekonomi dalam institusi keluarga turut memainkan peranan

penting dalam mempengaruhi keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak.

Menurut Rohaty (2003) menyatakan ibu bapa dari keluarga miskin di Malaysia kurang

memperhatikan tentang pentingnya pembentukan kendiri pada usia awal ini. Keadaan di

6

Page 7: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

rumah kurang merangsangkan pembelajaran di persekitaran mereka (Arnold, Zeljo &

Doctoroff, 2008). Akhirnya ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-

anaknya secara maksima (Ishak, 2004).

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk meninjau perbandingan tentang sejauh manakah

keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak dalam era zaman yang membangun kini

berdasarkan kepada dua latar belakang Negara yang berbeza iaitu Malaysia dan juga Korea

Selatan. Berdasarkan kepada tujuan kajian yang dinyatakan di atas, maka objektif kajian ini

ialah:

i. Mengkaji tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap

pembelajaran anak-anak di Malaysia?

ii. Mengkaji tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap

pembelajaran anak-anak di Malaysia?

iii. Mengkaji samaada terdapat perbezaan antara keterlibatan ibu bapa dalam

pembelajaran anak-anak bagi dua latar belakang negara yang berbeza?

iv. Mengkaji samaada terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan tahap

pendidikan dengan keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia?

v. Mengkaji samaada terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan tahap

pendidikan dengan keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia?

PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai tujuan kajian yang disebutkan, kajian ini dirangka bagi menjawab beberapa

persoalan kajian seperti berikut;

i. Apakah tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap

pembelajaran anak-anak di Malaysia?

ii. Apakah tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap

pembelajaran anak-anak di Korea Selatan?

iii. Adakah terdapat perbezaan antara keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-

anak bagi dua latar belakang negara yang berbeza?

7

Page 8: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

iv. Apakah terdapat hubungan antara perbezaan tahap pendidikan dengan keterlibatan

ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia?

v. Apakah terdapat hubungan antara perbezaan tahap pendidikan dengan keterlibatan

ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Korea?

KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini akan sangat bermanfaat bagi pihak ibu bapa, sekolah, guru-guru dan pihak

kerajaan kerana memberikan gambaran sejauh mana amalan penglibatan ibu bapa dalam

pendidikan dan pembelajaran anak-anak, dan menggalakkan pihak kerajaan untuk membuat

kurikulum yang lebih banyak dan sesuai untuk melibatkan ibu bapa dalam pendidikan yang

terkini.

KERANGKA TEORI KAJIAN

Kerangka teori yang dibina dalam kajian ini akan melihat beberapa pemboleh ubah atau

aspek penting dalam keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak. Teori

Pembelajaran Sosial menjadi asas kepada kajian ini di mana tingkah laku bertanggungjawab

ibu bapa berdasarkan teori ini adalah sesuai dan saling bergantungan serta dapat mencetus

kepada keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak. Hal ini seterusnya dapat

merangsang kepada peningkatan pencapaian pendidikan. Secara umumnya, dapatlah

digambarkan hubungan antara Teori Pembelajaran Sosial dengan penglibatan ibu bapa

terhadap pembelajaran anak-anak adalah seperti berikut :

8

Penglibatan ibu bapa dalam

pembelajaran anak-anak.

Page 9: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

RAJAH 1 : Perkaitan antara Teori Pembelajaran Sosial dengan Peglibatan Ibu Bapa dalam

pembelajaran anak-anak.

Terdapat beberapa aspek yang dilihat dalam kajian ini dan mempunyai perkaitan

dengan Teori Pembelajaran Sosial di mana teori umum mengenai tingkah laku manusia yang

ditekankan dalam Teori Pembelajaran Sosial ini dapat menjelaskan kesan tingkahlaku

manusia terhadap persekitarannya. Merujuk kepada teori ini, sikap ibu bapa yang cenderung

melibatkan diri terhadap pembelajaran anak-anak akan mendapat hasil timbal balik apabila

anak-anak mereka menunjukkan peningkatan dalam pendidikan.

Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura merupakan satu teori umum mengenai

tingkah laku manusia.Teori Pembelajaran Sosial menekankan kepentingan memerhati dan

memodel tingkah laku, sikap, dan reaksi emosi orang lain. Bandura (1977), menerangkan

tingkah laku manusia dari segi interaksi timbal-balik yang berterusan antara pengaruh

kognitif, tingkah laku, dan persekitaran. Proses komponen yang menjadi dasar kepada

pembelajaran melalui pemerhatian ini adalah pertama,iaitu perhatian termasuklah peristiwa

yang dimodelkan dan ciri-ciri pemerhati. Manakala yang kedua, pengekalan iaitu termasuklah

pengkodan simbolik, penyusunan kognitif, latihan simbolik dan, latihan motor, dan yang

ketiga, penghasilan semula motor, termasuklah kemampuan fizikal ketepatan tindak balas,

dan motivasi.

Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1997) menekankan tentang peranan persekitaran

dalam pembentukan peribadi manusia. Menurut teori ini, masyarakat yang mendefinisikan

tugas dan peranan remaja serta norma-norma yang berkaitan dengan tingkah laku. Manusia

pula akan membentuk perasaan, nilai dan tingkah laku melalui permerhatian terhadap apa

9

Teori Pembelajaran Sosial

Page 10: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

yang dilakukan oleh ahli masyarakatnya. Bandura (1997) juga berpendapat, kanak-kanak dan

remaja banyak belajar melalui peniruan. Menurutnya, tingkah laku remaja terhasil akibat

daripada pengalaman pengasuhan kanak-kanak.

Oleh itu, kebanyakan tingkah laku anak-anak adalah mengikut kehendak masyarakat

dan ibu bapa terutamanya. Manakala, tingkah laku yang menyeleweng pula adalah akibat

asuhan dan proses sosialisasi yang kurang sempurna dan betul. Hasil daripaada kebiasaan dan

tingkah laku yang dicontohi inilah seterusnya membentuk kepada perubahan-perubahan

dalam masyarakat seterusnya menghasilkan perubahan dalam persepsi terhadap masyarakat.

Hal ini seterusnya dilihat sebagai tradisi dan menjadi budaya yang diamalkan. Apabila

berlakunya pemerhatian anak-anak melalui tingkah laku ibu bapa berdasarkan kepada teori

ini, maka anak-anak secara tidak langusng akan memberi respon terhadap perlakuan ibu bapa

mereka yang mengambil berat dan melibatkan diri dengan aktif terhadap pembelajaran

mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Bandura (1977) proses timbal balik akan berlaku dan

hal ini mendorong anak-anak untuk lebih bermotivasi dalam pelajaran.

Bruner (1960) yang turut mendukung teori in pula turut berpendapat, dalam keadaan

normal manusia mampu belajar dengan cara menemui sendiri perkaitan untuk membuat

keputusan sendiri berdasarkan kepada pelbagai rangsangan yang terdapat di alam sekeliling

mereka. Menurut beliau, proses pengajaran yang menggunakan kaedah ini dapat

menggalakkan pelajar mencapai celik akal dengan melalui pemikiran mereka sendiri.

Manakala individu luar hanya berfungsi sebagai pemberi pandangan serta mengemukakan

saranan tanpa cuba mengolah dan mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Maka hal

ini secara tidak langsung menjurus dan menyokong kepada tingkah laku atau permodelan

positif yang boleh dipamerkan oleh ibu bapa melalui keterlibatan mereka dalm pembelajaran

anak-anak atau golongan pelajar ini. Oleh itu Teori Pembelajaran Sosial dilihat dapat

berfungsi untuk memenuhi aspirasi tersebut.

10

Page 11: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

TINJAUAN KEPUSTAKAAN

Ismail Ibrahim (2002) menyatakan bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang amat penting

dalam mencorakkan keperibadian anak-anak menerusi didikan yang sempurna dalam suasana

yang harmoni sejak di peringkat bayi lagi hingga ke peringkat mereka memasuki alam

universiti. Semuanya ini dapat diatasi dengan memberikan mereka asuhan yang betul, didikan

yang sempurna, perhatian yang secukupnya dan lebih-lebih lagi kasih sayang terhadap anak-

anak supaya anak- anak lebih rapat dengan ibu bapa mereka. Dengan ini, mereka akan

meluahkan apa sahaja kemusykilan yang menghantuinya.

Knollman, et al., (2007) pula berpendapat bahawa para ibu bapa boleh membantu

mempertingkatkan keupayaan anak-anak dalam menyelesaikan tugasan di rumah dengan

mengutamakan tugasan anak, menunjukkan minat terhadap tugasan anak, mengetahui tentang

kehendak tugasan anak, mengatur masa dan tempat belajar anak dan menyelesaikan tugasan,

mengawasi tugasan harian anak serta menyemak tugasan yang telah diselesaikan oleh anak.

Marchant, et al., (2001) dalam kajian mereka mendapati ibu bapa merupakan faktor

dalam menggalakkan anak-anak mencuba. Ibu bapa yang mengambil tahu tentang keinginan

dan cita-cita anak-anak, memberikannya perangsang dan sokongan terhadap apa yang dicita-

citakan oleh anak mereka, lebih berjaya dalam pelajaran. Ibu bapa yang memastikan anak-

anak mereka mempunyai masa yang terancang dengan memantau dan melihat apa yang anak-

anak lakukan dalam masa mereka berada di rumah dan mewujudkan keadaan di rumah yang

selesa untuk belajar tanpa ada banyak gangguan memberi kesan ke atas pencapaian akademik

anak.

Sementara Houtenville, et al. (2008) mengkaji penglibatan ibu bapa dalam mengawasi

anak-anak. Dapatan kajian mendapati anak-anak remaja mereka akan menyiapkan kerja

11

Page 12: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

rumah yang diberi mengikut jadual, pencapaian yang diperoleh dalam mata pelajaran tertentu

meningkat dan lebih ramai para ibu bapa mengetahui apa yang anak-anak remaja mereka

belajar dalam kelas. Selain itu, para ibu bapa juga tahu bagaimana untuk membuat

pemantauan, menyokong dan berbincang dengan anak-anak semasa berada di rumah.

Kajian yang telah dijalankan oleh Aminah Ahmad, et.al. ( 2011 ) mendapati bahawa

berdasarkan Keputusan analisis korelasi Pearson pula membuktikan terdapatnya hubungan

yang signifikan antara perbincangan (r = 0.731, p < 0.01), penjagaan (r = 0.737, p < 0.01) dan

komunikasi ( r = 0.691, p < 0.01) di rumah dengan pencapaian akademik pelajar. Analisis

regresi pula mendapati penglibatan ibu bapa memberi sumbangan 74.5% ke atas pencapaian

akademik pelajar. Namun begitu, berdasarkan kepada analisis deskriptif pula menunjukkan

hasil dapatan yang menunjukkan perbincangan ibu bapa dengan anak di rumah mempunyai

nilai min yang rendah iaitu 2.56, penjagaan mempunyai nilai min rendah (2.66) manakala

nilai min komunikasi ibubapa dan anak di rumah pada tahap sederhana (3.33).

Seterusnya, melihat pula kepada kajian yang telah dijalankan oleh Abd.Razak

Zakaria, et.al. (2011) berdasarkan analisis regrasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa

komponen konteks keluarga memberikan sumbangan 44.5 peratus daripada penglibatan ibu

bapa dirumah berbanding hanya 16.0 peratus penglibatan ibu bapa di sekolah. Secara

keseluruhan, didapati konteks keluarga memberikan sumbangan 41.1 peratus untuk

penglibatan (rumah dan sekolah). Manakala faktor bangsa, bilangan adik-beradik, tahap

pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa, pekerjaan ibu dan pekerjaan bapa hanya berkorelasi

secara signifikan dengan penglibatan ibu bapa di rumah. Kajian ini mendapati penglibatan

ibu bapa dalam pendidikan ketika anak-anak di sekolah menengah bukan faktor utama anak-

anak mereka berjaya dalam pelajaran.

Dalam satu kajin yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, Lareau (2000)

menyatakan bahawa status sosio ekonomi keluarga telah diketahui di Amerika Syarikat dan

12

Page 13: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

Eropah sebagai salah satu elemen yang sangat berkuasa yang berhubungan dengan

penyertaan ibu bapa dalam pendidikan anak-anaknya. Semakin tinggi status sosio ekonomi

ibu bapa semakin tinggi penglibatan mereka. Dapatan ini selari dengan kajian Nelavathi

(2004), Mardziah (2006), Arnold et al (2008), Yamamoto (2006) dan Castro et al (2004).

Arnold et al (2008) juga mendapati bahawa status ibu atau bapa tunggal menjadi pengantara

bagi hubungan antara status sosio ekonomi (SSE) dan penglibatan ibu bapa.

Kajian Yamamoto mendapati bahawa ibu bapa yang mempunyai SSE yang lebih

tinggi cenderung lebih banyak terlibat dalam mengakses sumber-sumber maklumat formal

dan untuk terlibat dalam membaca di rumah sehari-hari tetapi mereka kurang terlibat untuk

berpartisipasi di sekolah. Sedangkan ibu bapa daripada golongan SSE sederhana mempunyai

keyakinan yang lebih tinggi daripada kelompok SSE rendah dalamberinteraksi dengan guru

dan menyediakan sokongan serta nasihat bagi anak-anak mereka (Lareau, 2003 dalam

Yamamoto, 2006). Ibu bapa daripada golongan SSE rendah cenderung menganggapnya

sebagai tanggungjawab daripada guru-guru sahaja sehingga mereka kurang terlibat dalam

pendidikan anak-anaknya (Lareau, 2000 dalam Yamamoto, 2006).

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ni merupakan satu kajian kualitatif yang melibatkan perbandingan antara dua buah

negara iaitu Malaysia dan juga Korea selatan. Data yang diperolehi adalah daripada soal

selidik yang ditadbir di kedua-dua buah negara ini. Sebanyak 42 soal selidik telah diedarkan

di mana 21 di Korea dan 21 di Malaysia. Data yang diperolehi adalah dalam bentuk data

mentah (raw data) dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS ver. 18. Analisis data

melibatkan statistik deskriptif.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan data yang diperolehi, pengkaji telah menganalisis data dengan menggunakan

statistik deskriptif dalam mencari nilai kekerapan, mendapatkan nilai min serta nilai korelasi

bagi menjawab semua persoalan kajian.

13

Page 14: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

malaysia_jam_bantu_anak_belajar

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid

kurang dai 1 jam 6 28.6 28.6 28.6

1-3 jam 11 52.4 52.4 81.0

3-5 jam 4 19.0 19.0 100.0

Total 21 100.0 100.0

Jadual 1: Masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa di Malaysia untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah dalam masa sehari

korea_jam_bantu_anak

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid

kurang daripada 1 jam 9 42.9 42.9 42.9

1-3 jam 9 42.9 42.9 85.7

3-5 jam 3 14.3 14.3 100.0

Total 21 100.0 100.0

Jadual 2: Masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa di Malaysia untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah dalam masa sehari

Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan tempoh masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa di

Malaysia dan juga Korea untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah seharian.

Berdasarkan analisis data yang diperolehi, didapati bahawa 52.4% ibu bapa di Malaysia

menghabiskan masa selama 1-3 jam sehari untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja

sekolah manakala di Korea, dapatan kajian menunjukkan peratusan ibu bapa yang

menghabiskan masaselama kurang daripada 1 jam dan 1-3 jam sehari untuk membantu anak-

anak menyiapkan kerja sekolah adalah sama iaitu 42.9%. Hal ini menunjukkan bahawa, baik

di Malaysia, mahupun di Korea Selatan, tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi

penumpuan terhadap pembelajaran anak-anak adalah sederhana.

Report

14

Page 15: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

malaysia_keker

apan_membant

u_anak

korea_kekerapa

n_memeriksa_k

erja_sekolah

Mean 2.62 2.90

N 21 21

Std. Deviation .865 .831

Jadual 3: Penglibatan ibu bapa di Malaysia dan Korea Selatan dalam pembelajaran anak-anak

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, didapati min bagi penglibatan ibu bapa di Korea

Selatan dalam pembelajaran anak-anak adalah lebih tinggi iaitu 2.90 dengan aras signifikan

(α=0.05) berbanding di Malaysia iaitu 2.62. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan

yang signifikan antara keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak bagi dua latar

belakang negara yang berbeza ini.

Correlations

korea_tahap_pe

ndidikan_ibubap

a

korea_jam_bant

u_anak

korea_tahap_pendidikan_ibu

bapa

Pearson Correlation 1 .871**

Sig. (2-tailed) .000

N 21 21

korea_jam_bantu_anak

Pearson Correlation .871** 1

Sig. (2-tailed) .000

N 21 21

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 4: Hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan keterlibatan ibu bapa dalam

pembelajaran anak-anak di Korea Selatan.

Correlations

malaysia_tahap

_pendidikan

malaysia_jam_b

antu_anak_belaj

ar

malaysia_tahap_pendidikan

Pearson Correlation 1 .757**

Sig. (2-tailed) .000

N 21 21

15

Page 16: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

malaysia_jam_bantu_anak_

belajar

Pearson Correlation .757** 1

Sig. (2-tailed) .000

N 21 21

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 5: Hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan keterlibatan ibu bapa dalam

pembelajaran anak-anak di Malaysia.

Jadual 4 dan Jadual 5 menunjukkan analisis Korelasi Pearson bagi mengkaji hubungan antara

tahap pendidikan ibu bapa dengan dengan keterlibatan ibu bapa di kedua-dua buah negara

kajian. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa kedua-dua buah Negara

menunjukkan tbahawa tahap pendidikan ibu bapa mempunyai hubungan yang signifikan

dengan pembelajaran anak-anak. Hal ini kerana, ibu bapa yang mempunyai kesedaran yang

tinggi terhadap kepentingan pendidikan akan cuba untuk memastikan anak-anak mereka

mencontohi mereka dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

PENUTUP

Anak-anak masih memperolehi pencapaian akademik yang baik meskipun tanpa penglibatan

ibu bapa. Namun begitu dapat diperhatikan melalui kajian-kajian lepas bahawa konteks

keluarga yang kondusif dan harmoni mampu merangsang anak-anak berjaya dalam pelajaran.

Hal ini selari dengan dapatan kajian yang diperolehi di kedua-dia buah negara iaitu,

penglibatan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembelajaran anak-anak. Walaupun

penglibatan ibu bapa penting dalam meningkatkan pencapaian akademik anak-anak tetapi

konteks kekeluargaan merupakan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian anak-anak

tersebut. Konteks kekeluargaan ini penting dalam kehidupan anak-anak kerana mereka akan

merasakan ada insan yang mengambil berat mengenai kehidupan mereka selama ini. Selain

itu, jika kehidupan kekeluargaan sentiasa diberi perhatian terutamanya dikalangan ibu bapa,

anak-anak berkenaan akan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa seterusnya akan

mendorong mereka untuk membalas jasa yang telah dicurahkan.

16

Page 17: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

RUJUKAN

Abd. Razak Zakaria, Noraini Mohd Salleh. 2011. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 35-44. Konteks Keluarga dan Hubungannya dengan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

Arnold, D. H., Zeljo, A. & Doctoroff, G. L. 2008. Parent involvement in preschool: Predictors and the relation of involvement to pre-literacy development. School Psychology Review 37(1): 74-89.

Bandura, A. 1997. Social learning theory. New Jersey: Prentice-Hall.

Berger, E.H. 1995. Parents as Partners in Education: Families and Shools Working Together (4th ed.). New York: Merrill Prentice-Hall, Englewood Cliffs.

Castro, D.C., Bryant D.M., Peisner-Feinberg,E.S., Skinner, M.L. 2004. Parent involvement in Head Start programs: the role of parent, teacher and classroom characteristics. Early Childhood Research Quarterly 19 :413–430

Christenson, S. L. & Sheridan, S. M. 2001. School and families: Creating essential connections for learning. New York: Guilford Press.

Christenson, S. L., Rounds, T. & Gorney, D. 1992.Family factors and student achievement: An avenue to increase students’ success. School Psychology Quarterly 7: 178-206.

Getswicki, C. 2004. Home, Schools, and Community Relations: A Guide to Working with Families. Fifth Edition. United States of America: Delmar Learning.

Henderson, A. T., & Mapp, K. L. 2000. A new wave of evidence: The impact of family, school, community connections on student achievement. Austin, TX: Southwest

17

Page 18: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

Educational Development Laboratory

Houtenville, A., & Conway.K. 2008. Parental effort, school resources, and student achievement. Journal of Human Resources, 43, 437-453.

Ishak Mad Shah. 2004. Konsep kendiri dan pencapaian akademik golongan remaja: melihat sejauhmana gaya kepimpinan ibu bapa sebagai moderator. Jurnal Teknologi, 40(E), 33- 44.

Ismail Ibrahim .2002. Disiplin Keluarga Jadi Penentu. Diperoleh pada Julai 22, 2010 daripada http://www.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita.

Knollman, M., & Wild, E. .2007. Quality of parental support and students’ emotions during homework: Moderating effects of students’ motivational orientations. European Journal of Psychology of Education, 22, 63-76.

Lareau, A. 2000. Home advantage: Social class and parental intervention in elementary education, Lanham, MD: Roman & Littlefield.

Marchant, G. J., Paulson, S. E., dan Rothlisberg, B. A. .2001. Relations of middle school students’ perceptions of family and school contexts with academic achievement. Psychology in the Schools, 38, 505 -519.

Mardziah Abdullah. 2006. Meninjau Penglibatan Ibu bapa dalam Program Prasekolah di Tiga Buah Sekolah Rendah di Daerah Seremban. Projek Kajian Pensarjanaan. Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi.

Morrison, G.S. .1978. Parent involvement in the home, school and community. Ohio: Charles E. Merrill Publishing Company.

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan prasekolah: Cabaran Kualiti (Syarahan Perdana). Bangi: Penerbitan Malindo Sdn. Bhd

Rohner, Ronald P. dan Veneziano, R.A.2001. The Importance of Father Love: History and Con-temporary Evidence. American Psychological Association.

Shaverand, A. V. & Walls, R. T. 1998. Effect of title 1, parental involvement on student reading and mathematics achievement. Journal of Research and Development in Education 31(2): 91-97

West, A., Noden, P., Edge, A. & David, M. 1998. Parental involvement in education in and out of school. British Educational Research Journal 24(4): 461-483.

Yamamoto, Y., Holloway, S.D., & Suzuki, S. .2006. Maternal involvement in preschool children’s education in Japan: Relation to parenting beliefs and socioeconomic status. Early Childhood Research Quarterly 21 (2006): 332– 346

18

Page 19: Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

19