tajuk kajian masalah pembelajaran

Upload: profmalaya

Post on 15-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    1/31

    TAJUK KAJIAN

    Masalah Pembelajaran

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    2/31

    PENGENALAN

    Kajian yang saya jalankan adalah mengenai pelajar

    yang bemasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah

    pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak

    berkeperluan khas yang paling ramai.

    Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan

    menguasai pembelajaran seperti yang diharapkan

    dan dirancang. Terdapat beberapa golongan kanak-

    kanak yang tidak bernasib baik sehinggamenghalang proses-proses pembelajaran berlak

    dengan baik dan cemerlang.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    3/31

    Masalah pembelajaran didefinasikan sebagaimasalah dalam satu atau lebih daripada

    proses asas psikologi yang melibatkan

    pemahaman atau penggunaan bahasasamada pertuturan atau penulisan dimana

    masalah yang dihidapi mengakibatkan

    kebolehan mendengar, berfiki, bertutur dan

    membaca yang tidak sempurna.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    4/31

    Masalah ini berpunca daripadaketidakfungsian system saraf pusat dan

    boleh berlaku pada bila-bila tahap umur.

    Masalah pembelajaran mungkin wujudseiring dengan ketidakupayaan lain

    seperti masalah sensori, kerencatan

    mental dan gangguan emosi .

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    5/31

    Pendidikan untuk semua menegaskan

    tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi

    pendidikan tanpa mengira latar belakang

    sosial mahupun perkembangan intelek kanak-

    kanak tersebut. Keperluan untuk memberipendidikan kepada semua kanak-kanak

    adalah menjadi satu daripada tanggungjawab

    sosial yang penting dalam masyarakat.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    6/31

    Murid-murid yang lemah dalam pelajaranmemang memerlukan perhatian dan bimbingan

    guru semasa mereka menjalani aktiviti

    pembelajaran dan membuat kerja bertulis.

    Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak

    bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara

    belajar dan cara menyelesaikan masalah di

    samping tidak berdisiplin semasa belajar.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    7/31

    Mereka juga mudah terganggu dan mudah

    berputus asa. Mereka biasanya kurang

    cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta

    cepat lupa kemahiran atau fakta yang barudipelajari. Murid-murid ini memang

    memerlukan banyak perhatian dan

    bimbingan guru, sama ada secarakumpulan kecil atau secara individu.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    8/31

    Kesediaan belajar dan keupayaan menerima

    pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah

    pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak

    biasa. Contohnya, mereka hanya dapat

    mempelajari apa yang dipelajari apa yang

    dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6

    tahun pada peringkat umur 8 tahun ataulebih.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    9/31

    Pelajar bermasalah pembelajaran juga di

    dapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap

    menggunakan pengetahuan sedia ada dan

    tidak dapat menggunakan strategi

    pembelajaran dengan berkesan.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    10/31

    TUJUAN KAJIAN

    Kaedah kajian yang digunakan dalam kajiankes ini ialah

    Mengkaji tingkahlaku, kemahiran komunikasi,

    kemahiran sosial dan ekonomi yang dipamerkan olehresponden

    Menilai keberkesanan Rancangan Pendidikan

    Individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Melihat perkaitan antara jalinan kerjasama pasukanpelbagai bidang dengan kecemerlangan potensi

    responden.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    11/31

    KAEDAH KAJIAN

    Kaedah kajian yang digunakan dalam kajiankes ini ialah

    Temubual

    temubual berstruktur dibina bagimenemubual guru pendidikan khas yang

    terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran

    respondan, ibubapa respondan dan

    respondan sendiri.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    12/31

    Soal selidik instrument kajian dibina untuk

    mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi

    kajian kes ini. Tiga set soal selidik disediakan

    iaitu setiap satu untuk guru program

    pendidikan khas, ibu bapa respondan dan

    respondan sendiri.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    13/31

    Pemerhatian - kaedah pemerhatian

    digunakan dalam kajian kes ini untuk melihat

    aspek tingkahlaku, soaial, komunikasi dan

    emosi respondan di dalam kelas, luar kelas

    dan di rumah. Dalam strategi ini ada beberapa

    teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan.

    Antaranya ialah teknik pemerhatian dengansenarai semak .

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    14/31

    RESPONDAN KAJIAN

    Respondan kajian yang saya pilih adalah seorang pelajartahun 6 di sekolah saya sendiri, iaitu Sekolah KebangsaanKampung Pendamar. Dilahirkan pada 7 hb Jun 1999 diHospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Anak kepadapasangan Juini bin Basli dan Fazelah bt Abu Bakar ini diberi

    nama Muhammad Asrullah bin Juini. Pelajar ini adalahmurid di dalam kategori masalah pembelajaran spesifikslow leaner

    Di dalam usianya 12 tahun, pelajar ini belum dapatmenguasai kemahiran 3M. Pelajar ini selalu ponteng

    sekolah, , tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi olehguru dan kurang tumpuan di dalam bilik darjah. Pelajar inijuga dilihat tidak suka bergaul dan bermasalah komunikasi.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    15/31

    DATA KAJIAN

    Data kajian yang digunakan dalam kajian

    ini adalah data primer dan data sekunder

    Data primer yang diguanakan adalah:

    Rekod kesihatan pelajar rekod yang memberi

    maklumat tentang tahap kesihatan pelajar.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    16/31

    Rekod kemajuan pelajar - Rekod yang memberi

    maklumat tentang pencapaian murid dalam semua matapelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan

    menggunakan markah dan gred.Rekod prestasi

    merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang

    pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat

    dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.

    Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu

    guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan

    guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-

    murid mereka.

    Buku kerja pelajar

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    17/31

    Data sekunder yang digunakan adalahdapatan dari

    Instrument soal selidik

    Temubual

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    18/31

    PROSEDUR KAJIAN

    Langkah-langkah dalam prosedurkajian ini adalah

    Mendapatkan kebenaran daripada Academic

    Affair INSTEAD UIA untuk menjalankan kajiankes ke atas pelajar yang telah dipilih.

    Mendapatkan surat kebenaran daripada

    sekolah sebelum kajian kes dijalankan. Mendapatkan surat kebenaran ibubapa

    pelajar untuk membolehkan kajian dilakukan.

    KEPENTINGAN KAJIAN

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    19/31

    KEPENTINGAN KAJIANDapatan kajian dapat membantu

    Murid Mendapat pendidikan yang sewajarnya mengikut

    keupayaan mereka.

    Guru program pendidikan khas Guru pendidikan khas sebagai

    penasihat membantu guru biasa dengan kaedah mengajar

    pelajar bermasalah pembelajaran.

    Pentadbirmerancang aktiviti yang berkesan bagi membantu

    pelajar yang bermasalah pembelajaran.

    Guru kelas aliran perdana mengatur strategi pembelajaran

    yang perlu diajar dengan membuat nota, menggunakan

    pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi

    mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    20/31

    DAPATAN KAJIAN

    Hasil daripada temubual, soal selidik dan pemerhatian

    mendapati bahawa pelajar mengalami masalahpembelajaran berdasarkan :

    Aspek kognitif - mempunyai rendah daya ingatan,

    kebolehan dalam bidang pengamatan dan perkonsepandan kebolehan berbentuk kreatif. Lemah dalam

    pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan

    dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar menghadapi

    kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada

    dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan

    pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    21/31

    Bahasa dan komunikasikurang bergaul dan mempunyai

    masalah komunikasi.

    Masalah sosial - sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh

    pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru

    Emosi perasan rendah diri dan harga diri yang rendah

    Tingkahlaku - sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlaluaktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya

    Motor halus pergerakan dalaman seperti pergerakkan tangan

    yang lemah.

    Motor kasartidak berminat membuat pergerakan luaran

    seperti berlari, melompat dan bermain.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    22/31

    Pengurusan diri - kurang bermotivasi untuk belajar

    Kerjasama ibubapa- Ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid dirumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh diperolehi

    daripada ibu bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga,

    faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya. tiada

    soalan yang khusus untuk ditanyakan kepada ibu bapa murid khususnya yang

    mempunyai masalah pembelajaran. Lazimnya, hanya soalan-soalan asas yang

    ditanya seperti latar belakang murid, latar belakang penjaga, masalah

    kesihatan murid, amalan pemakanan murid dan lain-lain lagi

    Keberkesanan intervensi

    Teknik pengajaran guru Guru merancang aktiviti pengajaran danpembelajaran tanpa mengikut tahap pencapaian dan kebolehan murid

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    23/31

    PERBINCANGAN

    Perbincangan yang dilakukan adalahberdasarkan dapatan kajian di atas.

    BATASAN KAJIAN

    Batasan kajian saya terhad kepada masalah

    pembelajaran yang melibatkan persekitaran

    pelajar seperti di dalam bilik darjah, di sekolah

    dan di rumah sahaja

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    24/31

    CADANGAN

    Daripada perbincangan di atas, dapatlah dibuat

    beberapa cadangan.

    1. Dalam mengatasi masalah pembelajaran di

    kalangan murid, program intervensi hendaklah

    dijalankan. Program intervensi adalah satu

    program yang direka khusus bagi membantu

    mengatasi masalah pembelajaran terhadap

    murid-murid yang lemah.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    25/31

    2. Guru harus merancang aktiviti pengajaran-

    pembelajaran mengikut kebolehan pelajar.

    Sehubungan ini, guru harus menggunakan

    strategi dan pendekatan yang sesuai seperti

    aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dansebagainya, untuk melayan pelajar yang

    berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan

    sosialnya.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    26/31

    3. Pelbagai teknik pengajaran yang bolehdilakukan namun ianya hendaklah selaras

    dengan keupayaan murid tersebut selain guru

    juga haruslah berusaha sedaya upaya untuk

    mengajar agar murid dapat belajar dan

    menguasai isi pelajaran dalam sesuatu objektif

    yang ditentukan.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    27/31

    KESIMPULAN

    Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah

    pembelajaran menghadapi kesukaran

    dalam pembelajaran disebabkan oleh

    faktor psikologi dan faktor persekitaran.

    Pelajar yang bermasalah pembelajaran

    juga menghadapi masalah dalam kognitif,

    akademik, sosial dan emosi sertatingkahlaku.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    28/31

    Terdapat beberapa kaedah pengajaran

    dan pembelajaran yang sesuai

    ditawarkan kepada pelajar bermasalah

    pembelajaran bagi memastikanpembelajaran mereka dapat berjalan

    dengan lancar dan berkesan

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    29/31

    Sebagai guru bimbingan dan

    kaunseling, golongan pelajar ini ibaratpermata yang belum cukup digilap.

    Mereka ada potensi diri masing-

    masing dan sebagai warga guru

    tentulah kita tidak akan mengabaikan

    mereka.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    30/31

    Pendidikan untuk semua menegaskan

    tentang hak semua kanak-kanak untukdiberi pendidikan tanpa mengira latar

    belakang sosial mahupun perkembangan

    intelek kanak-kanak tersebut. Keperluanuntuk memberi pendidikan kepada semua

    kanak-kanak adalah menjadi satu daripada

    tanggungjawab sosial yang penting dalammasyarakat.

  • 8/4/2019 TAJUK KAJIAN Masalah Pembelajaran

    31/31