i pola gaya pembelajaran pelajar sekolah … · 1.5 persoalan kajian 6 1.6 kepentingan kajian 6...
TRANSCRIPT
i
POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
JALAN STADIUM, ALOR SETAR.
CHE NORLIAWATI BINTI OTHMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Selaut kasih sayang dipersembah...
Teristimewa buat ayah dan mak tersayang,
Encik Othman bin Arshad dan Puan Maryam binti Salleh
Pengorbanan, kasih sayang serta doamu,
Menjadikan anakmu ini berjaya seperti hari ini,
Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati kehidupanmu.
Khas untuk kakak, abang dan adik tersayang,
Che Intan, Anuar Sani dan Mohd. Yusuf
Kesusahan masa lalu menjadikan adik / kakak berjaya seperti hari ini,
Tiada jalan yang mudah untuk kita berjaya,
Kejayaan yang dimiliki ini adalah kejayaan kita sekeluarga,
Terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang yang adik / kakak rasai.
Khas untuk guru-guru...
Pengorbanan, bimbingan serta doa kalian...
Menjadikan anak didikmu ini berjaya seperti hari ini..
Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati kehidupan kalian.
Khas untuk rakan-rakan seperjuangan...
Terima kasih di atas segala kerjasama yang dihulurkan...
Segala kenangan bersama kalian..
Tidak dapa dilupaka
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah
S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Encik Azlan bin
Abdul Latib yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa
rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua
Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium, Alor Setar serta guru-guru yang telah banyak
memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang
terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini. Semoga Allah memberkati
atas segala jasa dan bakti yang telah kalian curahkan.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar Sekolah
Menengah Teknik Jalan Stadium, Alor Setar. Skop kajian adalah melibatkan 5 (lima)
kategori gaya pembelajaran di dalam model gaya pembelajaran Dunn & Dunn (1984)
iaitu kategori persekitaran, kategori emosional, kategori sosiologial, kategori fisiologikal
dan kategori psikologikal. Kajian ini melibatkan 150 orang pelajar tingkatan 4 (empat)
Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium, Alor Setar. Instrumen kajian yang digunakan
adalah satu set soal selidik yang telah diubahsuai daripada Dunn & Dunn Learning Style
Inventory (1984) yang terbahagi kepada 2 (dua) bahagian iaitu Bahagian A untuk
melihat latar belakang responden dan Bahagian B pula untuk melihat maklum balas
responden terhadap aspek penyataan kajian. Data-data mentah dianalisis dengan
menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science for Windows, version 12.0).
Data dianalisis dalam bentuk kekerapan, dan peratusan bagi analisis deskriptif latar
belakang responden. Manakala dianalisis dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min
bagi analisis deskriptif gaya pembelajaran. Sebaliknya bagi analisis inferensi, data
dianalisis menggunakan ujian korelasi Pearson dan ujian T. Hasil kajian telah
menunjukkan bahawa kebanyakan gaya pembelajaran pelajar lebih dipengaruhi oleh
kategori emosional, diikuti oleh kategori sosiologikal, kategori psikologikal, kategori
fisiologikal dan kategori persekitaran. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan di
antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik dan tidak terdapat perbezaan
antara gaya pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan.
vi
ABSTRACT
The research was carried out to study the learning styles among the students of
Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium, Alor Setar. The scope of literature, involve
five categories of learning styles in Dunn & Dunn Learning Style (1984). There are
environment category, emotional category, social category, physiological category and
psychological category. This study involved 150 form four students of Sekolah
Menengah Teknik Jalan Stadium, Alor Setar. The instrument used in this descriptive
study was a set of modified questionnaire from Dunn & Dunn Learning Styles Inventory
(1984). The questionnaire were divided into two categories, Category A was the
backgrounds of respondent and Category B was statement based on the aspects of the
studies. The raw data were analyzed by using SPSS (Statistical Package for Social
Science for Windows, version 12.0). Data were analyzed into mode and percentage for
descriptive analyze of respondent’s background. Data were analyzed into mode,
percentage and mean for descriptive analyze of student’s learning style. However, for
inference analyze, Pearson’s corelacy test and T test were used. The results showed that
a majority of the students were more inclined towards the emotional category in their
learning style, followed by sosiological category, psychological category, physiological
category and environment category. The findings also showed that there was a
correlation between learning styles and academic achivement and no difference in
learning style berween male and female students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar 7
1.6.2 Kepentingan Kepada Guru 7
1.6.3 Kepentingan Kepada Sekolah 8
viii
1.6.4 Kepentingan Kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Terminologi 9
1.8.1 Pola 9
1.8.2 Gaya Pembelajaran 9
1.8.3 Persekitaran 10
1.8.4 Emosional 10
1.8.5 Sosiologikal 11
1.8.6 Fisiologikal 11
1.8.7 Psikologikal 11
1.9 Penutup 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Model Kajian 15
2.2.1 Kategori Persekitaran 15
2.2.1.1 Suasana Yang Bising (Bunyi) 16
2.2.1.2 Cahaya Lampu Yang Terang (Cahaya) 17
2.2.1.3 Warna Dinding Bilik (Rekabentuk) 18
2.2.1.4 Menyusun Dan Mengatur Peralatan Di
Sekeliling Tempat Belajar (Rekabentuk) 18
2.2.1.5 Pengudaraan Bilik (suhu) 19
2.2.2 Kategori Emosional 19
2.2.2.1 Motivasi 20
2.2.2.2 Kecekalan 21
2.2.2.3 Tanggungjawab 23
2.2.2.4 Struktur 23
2.2.3 Kategori Sosiologikal 25
2.2.4 Kategori Fisiologikal 26
2.2.4.1 Persepsi Indera 26
ix
2.2.4.2 Makanan dan Minuman 27
2.2.4.3 Waktu / Tempoh Belajar 28
2.2.4.4 Mobiliti 28
2.2.5 Kategori Psikologikal 29
2.2.5.1 Analitik / Global 29
2.2.5.2 Impulsif / Gerak Hati 30
2.2.5.3 Reflektif 30
2.2.5.4 Pemprosesan Otak Kiri / Pemprosesan
Otak Kanan 30
2.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian
Akademik 31
2.4 Kajian-Kajian Lepas 32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Rekabentuk Kajian 36
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 37
3.4 Instrumen Kajian 37
3.4.1 Bahagian A 38
3.4.2 Bahagian B 38
3.5 Kajian Rintis 40
3.6 Prosedur Kajian 41
3.7 Analisis Data 42
3.7.1 Analisis Latar Belakang Responden 42
3.7.2 Analisis Pola Gaya Pembelajaran 42
3.7.3 Analisis Inferensi 43
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 45
4.2.1 Analisis Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2.2 Analisis Taburan Responden Mengikut Bangsa 46
x
4.2.3 Analisis Taburan Responden Mengikut
Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 47
4.3 Analisis Pola Gaya Pembelajaran 47
4.3.1 Analisis Pola Gaya Pembelajaran Dalam
Kategori Persekitaran 48
4.3.2 Analisis Pola Gaya Pembelajaran Dalam
Kategori Emosional 51
4.3.3 Analisis Pola Gaya Pembelajaran Dalam
Kategori Sosiologikal 54
4.3.4 Analisis Pola Gaya Pembelajaran Dalam
Kategori Fisiologikal 56
4.3.5 Analisis Pola Gaya Pembelajaran Dalam
Kategori Psikologikal 60
4.3.6 Analisis Keseluruhan Pola Gaya
Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah
Teknik Jalan Stadium 62
4.4 Analisis Inferensi 63
4.4.1 Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik 63
4.4.2 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari Segi
Jantina 64
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Rumusan 67
5.3 Perbincangan 70
5.3.1 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar 70
5.3.2 Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik 79
5.3.3 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari
Segi Jantina 80
5.4 Cadangan 81
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Pembahagian Waktu Belajar Harian 24
3.1 Item-Item Kajian Mengikut Kategori Gaya Pembelajaran 39
3.2 Skala Lima Mata 40
3.3 Jadual Tafsiran Min Lendell K. 43
3.4 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 44
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 46
4.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan
Akhir Tahun 47
4.4 Taburan Peratus Dan Min Pola Gaya Pembelajaran Pelajar
Dalam Kategori Persekitaran 48
4.5 Taburan Peratus Dan Min Pola Gaya Pembelajaran Pelajar
Dalam Kategori Emosional 51
4.6 Taburan Peratus Dan Min Pola Gaya Pembelajaran Pelajar
Dalam Kategori Sosiologikal 55
4.7 Taburan Peratus Dan Min Pola Gaya Pembelajaran Pelajar
Dalam Kategori Fisiologikal 56
4.8 Taburan Peratus Dan Min Pola Gaya Pembelajaran Pelajar
Dalam Kategori Psikologikal 60
4.9 Taburan Keseluruhan Pola Gaya Pembelajaran Pelajar
Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium 62
xiii
4.10 Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian
Akademik 63
4.11 Perbezaan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari Segi Jantina 64
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Akuan Pelajar 90
B Borang Soal Selidik 91
C Analisis Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 97
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan aktiviti terpenting dalam kehidupan dan ianya akan
berterusan sehingga ke akhir hayat. Pendidikan dan pembelajaran juga amat berkait
rapat. Menyedari hakikat ini pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk meningkatkan
mutu pembelajaran di kalangan pelajar supaya ilmu yang diperolehi bermutu tinggi.
Ilmu yang dituntut itu mestilah dilaksanakan dengan cara bersungguh-sungguh,
ikhlas dan berkesan supaya manusia dapat membezakan kebaikan dan keburukan
dalam apa jua yang dilakukan pada setiap masa. Agama Islam meletakkan mereka
yang menuntut ilmu pada kedudukan yang tinggi lagi istimewa sehinggakan Rasullah
S.A.W bersabda yang bermaksud ‘menuntut ilmu itu wajib ke atas muslim dan
muslimah’ (riwayat Ibnu Majah, dalam Mohamad Roji Sarmidi, 1998).
Menurut Lee Shok Mee (1997), pembelajaran adalah proses di mana
pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkahlaku yang
kekal. Ia adalah satu proses secara tradisinya ditakrifkan sebagai pemindahan
maklumat dalam bilik darjah yang tersusun dan strategik. Manakala perubahan
tingkahlaku individu pula ditafsir sebagai hasil belajar yang ditunjukkan dalam
pelbagai aspek perubahan pengetahuan, pemahaman, persepsi, motivasi dan
gabungan dari aspek tersebut.
2
Terdapat tiga ciri untuk menghasilkan pembelajaran yang baik dan perlu dituntut
oleh para pelajar. Antaranya bersikap positif, mempunyai matlamat yang jelas dan
mengamalkan gaya-gaya pembelajaran yang baik (Aminuddin Ressang,1988).
Gaya pembelajaran tidak dapat dipisahkan dalam dunia pendidikan.
Pencapaian pelajar adalah bergantung kepada gaya pembelajaran yang diamalkan
iaitu bagaimana cara belajar seperti waktu belajar, suasana persekitaran dan
sebagainya. Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Misalnya
ada yang suka belajar secara bersendirian, ada yang suka belajar dengan kawan karib
atau secara berkumpulan, ada yang suka belajar melalui syarahan atau perbincangan,
ada yang suka belajar melalui pemerhatian, kajian atau rujukan bahan, ada yang
belajar dalam keadaan sunyi dan tenang, tetapi ada yang suka belajar dalam keadaan
yang ada irama lagu dan pelbagai gaya belajar beraneka ragam yang lain (Mok Soon
Sang, 2001).
Bagi menyesuaikan gaya pembelajaran pelajar, guru harus menggunakan
pelbagai kaedah atau teknik pengajaran di bilik darjah supaya pelajar yang berbeza
gaya pembelajaran dapat belajar dengan berkesan dan boleh menguasainya dengan
baik. Menurut Lee Shok Mee (1997), gaya pembelajaran juga boleh ditentukan oleh
syarat dan struktur kurikulum pendidikan. Kurikulum yang mementingkan
peperiksaan kadang-kadang akan mendesak murid menghafal pelajaran dan bersaing
dalam peperiksaan.
Kesimpulannya, gaya pembelajaran yang berkesan sangat penting bagi
pelajar bagi menjamin keputusan yang memberangsangkan. Gaya pembelajaran
berbeza antara satu sama lain kerana ia dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu seperti
kemalasan, minat terhadap subjek tersebut dan sebagainya. Ini juga disebabkan
setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran dan perangai yang berbeza.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan dari
semasa ke semasa bagi menjamin keberkesanannya. Perubahan ini juga melibatkan
sistem peperiksaan. Setelah mengalami pelbagai perubahan sistem peperiksaan telah
menetapkan bahawa setiap pelajar wajib menduduki beberapa peperiksaan umum
seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) ,Penilaian Menengah Rendah
(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Analisis Pencapaian Keputusan SPM tahun 2003 menunjukkan Sekolah
Menengah Teknik Jalan Stadium memperolehi kelulusan 99.80%, di mana 400 orang
pelajar telah lulus dan seorang pelajar yang gagal dalam peperiksaan tersebut.
(Integrasi Jilid 27, 2004). Manakala bagi peperiksaan SPM tahun 2004, didapati
Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium mendapat kelulusan 100%. Ini bermakna
kesemua pelajar iaitu seramai 370 orang yang menduduki peperiksaan tersebut lulus
(Integrasi Jilid 28, 2005).
Analisis tersebut jelas menunjukkan bahawa pencapaian keputusan SPM
tahun 2004 adalah lebih baik daripada pencapaian keputusan SPM tahun 2003. Oleh
itu, tentu terdapat beberapa punca yang menyebabkan pencapaian keputusan SPM
tahun 2004 adalah lebih baik berbanding keputusan SPM tahun 2003 dan juga tentu
terdapat beberapa masalah pembelajaran yang menyebabkan keputusan SPM tahun
2003 tidak mencapai kelulusan 100%.
Pencapaian akademik adalah berkait rapat dengan gaya pembelajaran pelajar.
Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran yang bersesuaian akan mendapat
memperolehi pencapaian yang baik. Menurut Smith (1982), gaya pembelajaran
seorang pelajar boleh mempengaruhi pencapaian akademiknya. Setiap pelajar
mempunyai gaya pembelajaran yang dapat dikenalpasti dan gaya pembelajaran
mempunyai implikasi yang penting dalam program perancangan, pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Aminuddin Ressang (1988), terdapat tiga ciri untuk menghasilkan
pembelajaran yang baik dan perlu dituntut oleh para pelajar. Antaranya bersikap
4
positif, mempunyai matlamat yang jelas dan mengamalkan gaya-gaya pembelajaran
yang baik .
Pencapaian akademik yang tidak memuaskan pula adalah disebabkan oleh
masalah pembelajaran. Menurut Md. Nasir Yaakub (2000), antara masalah
pembelajaran termasuklah pelajar lemah dan gagal dalam penggunaan kemahiran
belajar pada peringkat pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang membawa kepada
kemerosotan dalam peperiksaan.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, di antara
perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam menentukan perancangan dan kaedah
pengajaran ialah pola gaya pembelajaran. Para pendidik hendaklah menyedari
perbezaan tersebut dan berusaha meningkatkan serta mempertajamkan mana-mana
kelemahan pelajarnya ke arah kecemerlangan untuk membimbing pelajar ke arah
pencapaian yang cemerlang, satu sistem pengajaran yang berkesan perlu
dilaksanakan supaya dapat memenuhi gaya pembelajaran mereka. Setiap gaya
pembelajaran pelajar adalah berbeza antara satu sama lain dan para pendidik juga
sukar menentukan gaya-gaya pembelajaran yang sesuai.
Dalam menentukan gaya pembelajaran yang berkesan, terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran tersebut dan ini akan mempengaruhi
pencapaian akademik. Antara faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran
mengikut model Dunn & Dunn (1984) ialah kategori persekitaran, kategori
emosional, kategori sosiologikal, kategori fisiologikal, dan kategori psikologikal
Justeru itu, kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti pola gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (empat) Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium,
Alor Setar berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1984).
5
1.4 Objektif Kajian
Objektif khusus kajian ini adalah untuk meninjau dan mengenal pasti
perkara-perkara berikut di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Jalan
Stadium, Alor Setar:
a. Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar Sekolah Menengah Teknik Jalan
Stadium, Alor Setar mengikut Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
berdasarkan kepada 5 (lima) kategori berikut:
i. Persekitaran
ii. Emosional
iii. Sosiologikal
iv. Fisiologikal
v. Psikologikal
b. Mengenalpasti hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik berdasarkan pencapaian peperiksaan akhir tahun.
c. Mengenalpasti perbezaaan gaya pembelajaran pelajar dari segi jantina.
6
1.5 Persoalan Kajian
Berhubung dengan pernyataan masalah yang telah dibincangkan, berikut
adalah persoalan-persoalan kajian yang akan dikaji:
a. Apakah pola gaya pembelajaran pelajar Sekolah Menengah Teknik Jalan
Stadium, Alor Setar mengikut Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
berdasarkan kepada 5 (lima) kategori berikut ?
i. Persekitaran
ii. Emosional
iii. Sosiologikal
iv. Fisiologikal
v. Psikologikal
b. Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran pelajar dengan
pencapaian akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun?
c. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran pelajar dari segi jantina?
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidik berharap agar hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada
pihak-pihak yang berkenaan. Antara kepentingan kajian ini ialah:
7
1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar
Kajian ini penting kepada pihak pelajar khususnya kerana ia dapat;
i. membantu pelajar mempelajari cara pembelajaran yang berkesan;
ii. membantu pelajar mengenalpasti gaya pembelajaran diri sendiri dan dapat
mengetahui kebaikan dan keburukan yang terdapat pada gaya pembelajaran
tersebut;
iii. membantu pelajar memperbaiki kelemahan diri supaya dapat
mengembangkan potensi diri mereka; dan
iv. membantu pelajar mempelajari cara pembelajaran yang berkesan seterusnya
dapat meningkatkan pencapaian akademik dengan mengamalkan gaya
pembelajaran yang sesuai.
1.6.2 Kepentingan Kepada Guru
Kepentingan kajian ini kepada guru ialah:
i. Guru boleh mengenalpasti pola gaya pembelajaran pelajar.
ii. Guru dapat membantu pelajar untuk mencapai kecemerlangan dengan
menyediakan kaedah dan media yang bersesuaian dengan para pelajarnya
sepaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah berkesan.
iii. Guru dapat memperbaiki kaedah pengajaran supaya bersesuaian dengan gaya
pembelajaran pelajar seterusnya meningkatkan potensi pelajar.
iv. Kaunselor dapat memanfaatkan hasil kajian dengan membimbing pelajar
memilih kerjaya yang bersesuaian dengan kekuatan dan kelemahan diri
pelajar.
8
1.6.3 Kepentingan Kepada Sekolah
Kajian ini penting kepada pihak sekolah kerana ia dapat membantu;
i. merancang program atau aktiviti yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran
pelajar; dan
ii. menyediakan kemudahan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan berkesan.
1.6.4 Kepentingan Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
Kajian ini penting kepada Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya kerana
ia dapat;
a. menyediakan guru-guru yang dapat memenuhi keperluan pelajar di sekolah;
b. melatih guru agar strategi pengajaran guru bersesuaian dengan gaya
pembelajaran pelajar; dan
c. merancang peruntukan kewangan untuk memperbaiki kemudahan sekolah
supaya keadaan sekolah sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar.