kaedah suku kata dan pandang-sebut

Upload: adrian-gonzalez

Post on 16-Oct-2015

74 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Kaedah Pengajaran Bacaan Asas

Kaedah Pengajaran Bacaan Asas

KAEDAH SUKU KATAKaedah ini bukanlah kaedah yang tersendiri tetapi sebahagian daripada kaedah abjad seperti yang digambarkan dalam Rajah 1. Kaedah ini digunakan setelah murid mengenal bentuk huruf dan mengingat nama semua huruf itu.

Rajah 1: Kaedah Suku Kata sebagai Sebahagian daripada Kaedah Abjad

Dalam kaedah abjad, kaedah suku kata digunakan setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan seperti dalam Rajah 2. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.

aiuoe (pepet)e (taling)

babibubobebe

cacicucocece

dadidudodede

fafifufofefe

gagigugogege

suku kata yang bermula dengan huruf h hingga y

wawiwuwowewe

yayiyuyoyeye

zazizuzozeze

Rajah 2: Sebahagian daripada Carta Suku Kata

Dalam kaedah abjad, murid diajar mengeja dan membatang suku kata. Misalnya, bagi suku kata bo murid perlu menyebut nama huruf b dan o dahulu. Selepas itu barulah murid menyebut bunyi suku kata [bo].

Semasa melaksanakan kaedah ini, teknik penyampaian atau latihan dapat dipelbagaikan. Antaranya adalah dengan menggunakan kad huruf. Misalnya guru menunjukkan kad huruf konsonan pertama dan murid menyebut nama huruf itu. Kemudian guru menunjukkan kad huruf vokal pula dan murid menyebut nama huruf vokal itu. Kemudian guru menggandingkan kedua-dua kad itu dan murid menyebut suku katanya seperti yang digambarkan dalam Rajah 3.

Rajah 3: Kad Huruf (Mengeja dan Membatang Suku Kata)

Kad lipat, carta tarik dan sebagainya juga dapat digunakan untuk mempelbagaikan penyampaian. Pengelolaan kelas juga dipelbagaikan, iaitu secara kelas, kumpulan, berpasangan dan individu. Aktiviti yang berupa permainan seperti mencantumkan kad huruf menjadi suku kata, kuiz suku kata, nyanyian dan sebagainya baik diadakan. Dengan cara ini murid akan lebih bermotivasi untuk belajar.

Satu cara penyampaian lagi adalah dengan menggunakan kad suku kata yang dapat diimbaskan oleh guru untuk disebut oleh murid, atau murid menunjukkan kad suku kata yang suku katanya disebut oleh guru. Pendek kata, guru wajar menggunakan kreativitinya untuk menghidupkan suasana pembelajaran.

Kaedah suku kata digunakan juga sebagai kaedah sokongan dalam Pendekatan A dan Pendekatan B. Antara aktiviti yang berkaitan dengan suku kata dalam Pendekatan A ialah membunyikan suku kata yang ditunjukkan, mengumpul suku kata yang sama, mengumpul suku kata yang menggunakan vokal yang sama, dan membina suku kata baharu daripada vokal dan konsonan yang telah dipelajari. Dalam Pendekatan B pula, secara cerakinan, perkataan dipecahkan kepada suku kata, dan secara binaan, suku kata dicantumkan untuk membentuk perkataan.

Perlu diingat, dalam kaedah gabungan bunyi kata atau kaedah fonik, suku kata dibentuk dengan menyebut bunyi huruf--bukan nama huruf.

Menurut Abdul Aziz (2000), tujuan pengajaran dengan kaedah ini adalah untuk membolehkan murid membaca dengan fasih. Menurutnya, apabila pelajar sudah mengenali dan dapat mencantumkan suku kata dalam perkataan, maka mereka akan dapat membaca dengan lebih mudah. Biasanya, murid yang telah diajar kemahiran membatang dan mencantumkan suku kata dapat membaca dan menyebut apa-apa perkataan yang dilihatnya.

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT (KAEDAH SELURUH PERKATAAN)Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada kad dan yang disebut ialah perkataan pada kad yang ditunjukkan.

Kaedah ini muncul pada tahun 70-an sebagai reaksi terhadap kaedah abjad yang dimulakan dengan penghafalan abjad dan diikuti penghafalan suku kata sedangkan abjad dan suku kata tidak mempunyai makna. Sebaliknya, kaedah perkataan bermakna kerana perkataan itu sendiri memang mempunyai makna dan dapat ditunjukkan gambarnya. Gambar yang ditunjukkan itu dapat membantu murid memahami perkataan yang disebut. Pelajaran yang bermakna dapat mengekalkan tumpuan perhatian murid dan dapat mengelakkan mereka daripada berasa bosan.

Kaedah ini merupakan sebahagian daripada Pendekatan A yang terdapat dalam Buku Panduan Khas Bahasa Malaysia Tahun 1 (1987) dan pendekatan ini merupakan salah satu pendekatan yang dicadangkan penggunaannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah rendah pada tahun 80-an dan 90-an, atau sebelum Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) disemak semula pada tahun 2002.KEKUATAN Kaedah ini sesuai untuk murid yang mempunyai pengamatan yang tajam dan daya ingatan yang baik atau murid pintar cerdas.

KELEMAHAN1. Ada kemungkinan kemahiran membaca perkataan yang diperlihatkan oleh murid disebabkan mereka telah mengenal objek pada kad gambar dan bukannya lambang tulisan pada kad perkataan. Jadi mereka tidak akan dapat menjana perkataan baharu jika perkataan itu tidak disertakan dengan gambar sedangkan sebahagian perkataan tidak dapat diadakan gambarnya.

2. Kaedah ini tidak sesuai untuk murid yang mempunyai pengamatan dan daya ingatan yang kurang baik.

APABILA DIFIKIRKAN Raminah dan Rahim (1995) berpendapat kaedah ini sesuai untuk bahasa yang menggunakan sistem tulisan logografik, iaitu satu idea atau benda dilambangkan dengan satu lambang.PAGE 1