suku jakun

Upload: norliza-esal

Post on 04-Apr-2018

327 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Suku Jakun

    1/18

    Pendahuluan

    Istilah asli ertinya semulajadi (natural) atau tulen (original). Sejak zaman penjajah,

    sebelum merdeka perkataan orang asli (natural people) merupakan istilah rasmi

    kerajaan pemerintah ketika itu, Bahasa Ingeris dan Bahasa Melayu, yang

    membawa maksud orang asal atau original people. (Carey, 1976). Orang Asli

    ialah Orang Asal Semenanjung Malaysia.

    IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN

    IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN

    Mengikut sejarah suku kaum Jakun ini berasal daripada persekitaran kepulauan

    Sulawesi dan Irian Jaya Indonesia.. Suku kaum Jakun ini terkenal sebagai keturunan

    lanun di masa lalu yang mana kehidupan mereka suka merompak kapal-kapal

    dagang Inggeris, Belanda dan Portugis.

    Di zaman Sultan Melayu Melaka pada masa itu, suku kaum ini telah menjadi sebagai

    askar upahan untuk menentang Inggeris, Belanda dan Portugis yang menyerang

    Negeri Melaka. Mereka telah tertipu di atas kebijaksanaan Laksamana Tun Ali yang

    mana akan memberi ganjaran dan status pada masa itu. Mereka dan juga rakyat

    Negeri Melaka tidak berjaya melawan askar-askar Inggeris, Belanda dan Portugis

    kerana tidak terlawan dengan senjata senapang dan meriam, sebaliknya mereka

    menggunakan pedang, tombak dan keris.

    Apabila kejatuhan pemerintahan Sultan Melaka maka masyarakat Jakun tiada

    tempat untuk tinggal dan tiada layanan dari Sultan Melaka dan rakyatnya dengan

    rasa kesal masyarakat Jakun pun berlayarlah meninggalkan Negeri Melaka dengan

    menaiki beberapa buah tongkang atau jong ke suatu tempat baru ke arah Laut

    Cina Selatan. Setelah beberapa lama berlayar maka mereka pun sampailah ke

    sebuah pulau. Malang sungguh nasib mereka apabila sampai di pulau berkenaan

    mereka dapati tiada berair, pokok-pokok, rumput dan hutan. Malah binatang-

    binatang dan burung tidak terdapat di pulau berkenaan.

    Mereka pun mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Semenanjung Tanah

  • 7/29/2019 Suku Jakun

    2/18

    Melayu. Dalam perjalanan mereka telah kehabisan makanan dan bekalan air.

    Mereka bergantung harap kepada adanya hujan sahaja.. Malang nasib mereka

    hujan tiada dan apatah lagi makanan. Ramai diantara mereka mati kelaparan dan

    kehausan dan juga mati kerana sakit. Oleh yang demikian untuk meneruskan sisa

    hidup maka rakan-rakan mereka yang sakit tadi meminta mereka dibunuh dan

    dijadikan makanan. Keadaan yang terpaksa itu mereka pun lakukan demi

    perjuangan bangsa mereka. Oleh itu masyarakat lain mengatakan bahawa Orang

    Asli memakan orang. Begitu juga ada yang mengatakan bahawa masyarakat ini

    mempunyai ekor. Sebenarnya ialah mereka telah kehilangan pakaian sewaktu

    dalam pelayaran. Kekurangan pakaian maka masyarakat Jakun menggunakan apa

    sahaja untuk menutup aurat mereka iaitu dipanggil cawat

    Sekian lama mereka berlayar maka sampailah ke suatu tempat di Kuala Pahang

    yang diberi nama sekokoh. Nama ini adalah bererti sejiwa, sepadu, sehati dalam

    bahasa Jakunnya. Dengan kekuatan dan semangat yang kuat tadi mereka telah

    membuka tempat tersebut sebagai tempat tinggal mereka iaitu Kampong Sekokoh,

    Pekan. Sehingga sekarang sauh dan cebisan rangka tongkang atau jong masih

    ada yang mana diselaputi batu karang.

    Kerja-kerja mereka menebas menebang dan bercucuk tanam dan menternak ayam

    dan sebagainya. Mereka juga mengambil upah kerja-kerja menebas tanah milik

    Kerabat Diraja Sultan Pahang. Atas budi baik dan jasa yang telah terjalin begitu erat

    maka ada juga di kalangan Kerabat Diraja telah berkahwin dengan masyarak ini.

    Diceritakan bahawa, pada suatu masa dahulu Sultan Pahang telah memerintahkan

    rakyatnya menebang sebatang pokok terentang atau (kemahang) di tebing Sungai

    Pahang yang berhampiran dengan istana sultan. Maka rakyat pun tebanglah pokok

    tersebut namun sehingga ke petang pokok itu tidak juga tumbang. Di sambung

    keesokkan harinya pula, alangkah terkejut sekelian yang hadir bahawa pokok itu

    menjadi keadaan seperti biasa tiada kesan tebang. Ditebangkan semula tidak juga

    tumbang. Keesokkan hari begitu juga sehinggalah beberapa hari. Maka bendahara

    pun mengadap sembah ke bawah Dului Sultan. Setelah beberapa ikhtiar tidak

    berjaya maka datanglah seorang bomoh Orang Melayu mengatakan bahawa tiada

    orang lain yang boleh menebang pokok tersebut melainkan masyarakat Jakun

  • 7/29/2019 Suku Jakun

    3/18

    sahaja.

    Disuruhlah oleh Sultan kepada orang-orang Jakun menebangnya. Pokok itu pun

    ditebang dari pagi hingga ke tengah hari, maka tumbanglah pokok tadi. Ketua

    masyarakat itu pun meminta Sultan dan kerabatnya membuat jamuan dan

    dihidangkan di atas tunggul pokok tadi. Setelah selesai memasak maka dibuat

    hidangan dan didapati sebanyak 40 hidangan semuanya. Syaratnya makanan

    hendaklah dihidangkan didalam daun rotan dahan. Kerja-kerja menyusun daun

    rotan dilakukan oleh anak gadis ketua masyarakat Jakun tadi diletak secara

    menyongsang dan hidangan untuk bapanya diletak secara betul. Apabila Sultan dan

    kerabatnya menjamu makanan tersebut maka tangan mereka pun terluka terkena

    duri. Sultan dan yang lain-lain hairan kenapa Ketua masyarakat Jakun tidak

    mengalami luka malah makan dengan begitu baik sekali. Disuruh anaknya membalut

    luka di tangan Sultan dan membantu menyuap makanan untuk Sultan. Selesai

    sahaja makan Ketua masyarakat Jakun tadi pun memberi tahu, mengapa tuanku

    tidak pusingkan daun hidangan tadi, jika tuanku buat seperti patik nescaya tidak

    akan luka.

    Dengan kata-kata itu Sultan pun sedar bahawa masyarakat Jakun mempunyai

    kepandaian berfikir dan mempunyai ilmu yang tinggi. Dengan kejadian itu Sultan pun

    memperisterikan anak gadis ketua masyarakat tadi.

    Sejarah mengenai masyarakat Jakun telah ditulis oleh pengembara Inggeris yang

    bernama Tom Pirates dan buku tulisannya tersimpan di muzium New York, Amerika.

    Seorang bekas pelajar Universiti Miami Encik Akim bin Buntat

    telah menjumpai buku sejarah tersebut dan beliau telah menyusun semula dan

    dibentangkan semasa simposium Masyarakat Orang Asli Antarabangsa

    Di Kuala Lumpur pada Tahun 1995. Beliau adalah berbangsa Jakun

    Bahasa Orang Asli loghat Suku Jakun

    Jom kita ambil tahu bahasa suku kaum Jakun. Suku Kaun Jakun adalah tergolongdari suku Melayu-proto, jadi bahasa dia tak jauh beza dari orang Melayu.

    Kot lah ada sape-sape tersesat kat hutan boleh cakap sikit-sikit dengan Orang Jakun

  • 7/29/2019 Suku Jakun

    4/18

    nih.

    Saya = Hema, kema, kami, kokkamu = ajihorang = urang

    orang dewasa = urang tuhabapa = bapakemak = emokisteri = binisuami = lakilelaki = jantanperempuan = betinokkanak-kanak = anok-anokmereka = dia semokawan = saing/rodongbegini = begika/macam ika

    tolong = tulung

    Jakun peopleFrom Wikipedia, the free encyclopedia

    Jump to: navigation, search

    Jakunblowgun hunting party (1906)

    Jakuns are a group ofOrang Asli (indigenous people) of the Malay Peninsula. Theyare closely related to the Malay people and are probably a branch of the proto-Malays, whom the 19th century researcherA. R. Wallace called "savage Malays".They are also related to the Orang Laut, another indigenous group that lives alongthe coasts and depends on fishing.

    The Jakuns are taller than the other aboriginal peoples of the Malay Peninsula, the

    Semang and Sakai tribes. Jakun people typically have olive-brown to dark copperskin color. Some have intermarried with ethnic Malays or Chinese. Those who marry

    http://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#mw-headhttp://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#p-searchhttp://en.wikipedia.org/wiki/Blowgunhttp://en.wikipedia.org/wiki/Blowgunhttp://en.wikipedia.org/wiki/Orang_Aslihttp://en.wikipedia.org/wiki/Indigenous_peoplehttp://en.wikipedia.org/wiki/Malay_Peninsulahttp://en.wikipedia.org/wiki/Malay_peoplehttp://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Proto-Malays&action=edit&redlink=1http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Proto-Malays&action=edit&redlink=1http://en.wikipedia.org/wiki/A._R._Wallacehttp://en.wikipedia.org/wiki/Orang_Lauthttp://en.wikipedia.org/wiki/Semanghttp://en.wikipedia.org/wiki/Sakai_(tribe)http://en.wikipedia.org/wiki/Interracial_marriagehttp://en.wikipedia.org/wiki/File:Jakun_Hunting_Party_Blowpipe_Malaysia_Mongoloid.pnghttp://en.wikipedia.org/wiki/File:Jakun_Hunting_Party_Blowpipe_Malaysia_Mongoloid.pnghttp://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#mw-headhttp://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#p-searchhttp://en.wikipedia.org/wiki/Blowgunhttp://en.wikipedia.org/wiki/Orang_Aslihttp://en.wikipedia.org/wiki/Indigenous_peoplehttp://en.wikipedia.org/wiki/Malay_Peninsulahttp://en.wikipedia.org/wiki/Malay_peoplehttp://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Proto-Malays&action=edit&redlink=1http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Proto-Malays&action=edit&redlink=1http://en.wikipedia.org/wiki/A._R._Wallacehttp://en.wikipedia.org/wiki/Orang_Lauthttp://en.wikipedia.org/wiki/Semanghttp://en.wikipedia.org/wiki/Sakai_(tribe)http://en.wikipedia.org/wiki/Interracial_marriage
  • 7/29/2019 Suku Jakun

    5/18

    Malays largely convert to Islam; families with Chinese ancestors may practiseChinese folk religion in addition to Jakun customs.

    Jakun teenagers playing pick-up sticks in a community centre.

    Jakuns are mostly located in the south ofPahangand northJohor[1] Before thecolonial era, many Jakuns would enter the jungle on a seasonal basis to harvestforest products. Most Jakun communities in the modern age have a settled lifestyleand stay in permanent villages practising agriculture. Like many other Orang Asligroups, however, they suffer from inadequate access to public schools, which can befar away from the communities.

    Non-Orang Asli Malay language speakers occasionally use the word "Jakun" as aninsult for an unsophisticated person. This is considered derogatory and racist, and

    has been used recently by Dr Mohd Asri Zainul Abidin, former Mufti of Perlis, tocriticize those who considered giving a different opinion is a crime:

    Hanya kelompok jakun' yang cuba hidup dalam dalam kalangan manusia berakalsahaja yang menganggap memberi pendapat itu satu jenayah, sekalipun ia tidakdiikuti dengan aktiviti yang mengancam dan merosakkan keselamatan rakyat. [2]

    [edit] References

    1. ^ Origins, Identity, and Classification, Centre for Orang Asli Concerns2. ^Antara ratu dan rakyatMalaysiakini

    This article incorporates text from a publication now in the publicdomain: Chisholm, Hugh, ed. (1911). Encyclopdia Britannica (11th ed.).Cambridge University Press.

    1. ^ Origins, Identity, and Classification, Centre for Orang Asli Concerns2. ^Antara ratu dan rakyatMalaysiakini

    http://en.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_folk_religionhttp://en.wikipedia.org/wiki/Pick-up_stickshttp://en.wikipedia.org/wiki/Pahanghttp://en.wikipedia.org/wiki/Pahanghttp://en.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://en.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#cite_note-0http://en.wikipedia.org/wiki/Forest_productshttp://en.wikipedia.org/wiki/Malay_languagehttp://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#cite_note-1http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Jakun_people&action=edit&section=1http://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#cite_ref-0http://coac.org.my/codenavia/portals/coacv2/code/main/main_art.php?parentID=11497609537883&artID=11533782664236http://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#cite_ref-1http://www.malaysiakini.com/news/199625http://en.wikipedia.org/wiki/Public_domainhttp://en.wikipedia.org/wiki/Public_domainhttp://en.wikipedia.org/wiki/Encyclop%C3%A6dia_Britannica_Eleventh_Editionhttp://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#cite_ref-0http://coac.org.my/codenavia/portals/coacv2/code/main/main_art.php?parentID=11497609537883&artID=11533782664236http://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#cite_ref-1http://www.malaysiakini.com/news/199625http://en.wikipedia.org/wiki/File:PD-icon.svghttp://en.wikipedia.org/wiki/File:Kampung_Punjut_Orang_Asli_girls_playing.jpghttp://en.wikipedia.org/wiki/File:Kampung_Punjut_Orang_Asli_girls_playing.jpghttp://en.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_folk_religionhttp://en.wikipedia.org/wiki/Pick-up_stickshttp://en.wikipedia.org/wiki/Pahanghttp://en.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#cite_note-0http://en.wikipedia.org/wiki/Forest_productshttp://en.wikipedia.org/wiki/Malay_languagehttp://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#cite_note-1http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Jakun_people&action=edit&section=1http://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#cite_ref-0http://coac.org.my/codenavia/portals/coacv2/code/main/main_art.php?parentID=11497609537883&artID=11533782664236http://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#cite_ref-1http://www.malaysiakini.com/news/199625http://en.wikipedia.org/wiki/Public_domainhttp://en.wikipedia.org/wiki/Public_domainhttp://en.wikipedia.org/wiki/Encyclop%C3%A6dia_Britannica_Eleventh_Editionhttp://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#cite_ref-0http://coac.org.my/codenavia/portals/coacv2/code/main/main_art.php?parentID=11497609537883&artID=11533782664236http://en.wikipedia.org/wiki/Jakun_people#cite_ref-1http://www.malaysiakini.com/news/199625
  • 7/29/2019 Suku Jakun

    6/18

    Riwayat Poyang Jelema

    Gambar : Hiasan

    Poyang1 Jelema atau nama panggilannya moyang Jelema adalah merupakanseorang wira Orang Asli dari suku kaum Jakun, zaman dahulu. Seorang Poyangyang tinggal di Tg. Bukit Batu, persisiran pantai laut China Selatan. Moyang Jelemamempunyai keistimewaan ilmu batin yang luar biasa. Boleh memuja sehelai daunlalang menjadi sebilah pedang sutera, menghilangkan diri (ghaib) dan seorang

    pendekar buah pukul2. Menurut Tok Batin Deh (cucu-cicit Poyang Jelema) , pedangsutera lembut seperti bayu dan membunuh musuh tanpa rasa kesakitan atau kesanluka.Pada suatu ketika, sekembalinya dia dari mencari damar dan rotan, didapatirumahnya musnah seperti diserang garuda. Yang tinggal seekor anak anjingkesayangan peliharaan anak lelakinya berusia tujuh tahun. Anak anjing tersebutduduk melolong sayu, sambil memerhati ke arah lautan.

    Dari arah hujung Tg. Bukit Batu tersebut di mana tapak pondok kediaman moyangJelema, kelihatan sebuah kapal sedang berlabuh. Adapun kapal itu sangat jauhkedudukannya dari pantai ; kelihatan sebesar sehelai daun sireh ditengah lautan.

    Disambarnya sehelai daun lalang lalu diserunya menjadi sebilah pedang sutera dandililitkan dipinggang. Beliau belari sepantas kilat di atas permukaan lautan menuju kearah kapal tersebut yang telah menculik dan membunuh isteri serta anak lelakinya.

    Setelah sampai di atas kapal, wajahnya bertukar seperti singa apabila terpandangkepala isterinya terkulai berlumuran darah dan sementara anak lelakinya tergantungmati dijerut dengan tali. Amat menyedihkan lagi kelihatan diwajah anaknya ituberlinangan air matanya menahan kesakitan akibat didera. Anak-anak kapal tersebut

    yang juga merupakan kumpulan lanun cuba untuk menghalangnya. Beliaumenghunus pedangnya dengan sepantas kilat membunuh seorang demi seoranganak-anak kapal yang menyerangnya. Dengan berangnya beliau menghampirinahkoda kapal (anak lelaki ketua kumpulan lanun) maka berlakulah pergelutanpedang disitu. Akhirnya beliau dapat menumpas nahkoda tersebut denganmemenggal kepalanya. Sebelum kembali ke daratan, dikirimkannya kepala nahkodaitu kepada ayahandanya yang merupakan ketua kumpulan lanun rantau lautselatan.

    Sesudah itu, sampai sahaja ke daratan ; dibuatnya pula satu garisan berbentukbulatan besar yang disebut sebagai bulatan laksmana rimba. Dengan berpakaian

    putih dan berselimpang hitam, Moyang Jelema duduk bersila rapat di tengah-tengahbulatan tersebut sambil menghadap dulang pebaran3.

  • 7/29/2019 Suku Jakun

    7/18

    Selama beberapa hari disitu beliau hanya makan tujuh ulas bertih4 dan tujuh bekaskecil air suci gunung gelap5. Setelah tiga hari , tiga malam , menunggu kedatanganlanun-lanun tersebut untuk membalas dendam. Hari ke tiga, maka tibalah jong kapalyang amat besar beserta pahlawan handal lagi perkasa, bengis dan menakutkan.Dari jauh lagi sudah kedengaran gempak bapa kepada lanun yang mati dibunuhnya

    itu mencabar beliau. Setelah mendarat di Tg. Bukit Batu, diarahkan angkatanbersenjatanya mengepung, menyerang dan mencincang moyang Jelema.

    Akan tetapi malangnya nasib mereka setelah seorang demi seorang yangmelangkah masuk ke dalam kawasan garisan bulatan yang dibuat oleh moyangJelema ; tenggelam bagaikan terjatuh ke dalam lumpur, ditelan bumi. Segalalembing dan tombak melintasi garisan bulatan itu yang menuju ke arah moyangJelema ; berderai menjadi debu. Sejurus kemudian seperti satu tiupan anginkencang seakan ribut debu bergerak ke arah lanun-lanun tersebut. Debu halusmengena mata, terhidu dan termasuk ke mulut mereka membuatkan mata, hidungdan mulut mereka berdarah. Pada masa yang sama juga kulit tubuh badan mereka

    terasa pedih yang amat dan gatal. Akhirnya lanun-lanun itu bertempiaran larimenyelamatkan diri masing-masing dan ada yang menjerit melolong kesakitan.

    Moyang Jelema terus duduk bersila rapat dengan mata terpejam dan mulutnya takhenti-henti mambaca mantera sakti.

    Sementara ketua lanun tersebut pula cuba menghampiri moyang Jelema denganbengisnya dan bersuara dalam keadaan cemas bertanyakan akan sebabnyamoyang Jelema bertindak demikian. Jawab moyang Jelema, beliau hanyamempertahankan maruah, menuntut keadilan keatas kezaliman pembunuh isteri dananak lelakinya yang tidak berdosa, penuh kekejaman dan tidak berperi kemanusianlangsung.

    Tambah Moyang Jelema, asal usul hamba Orang Asli, tujuh tapis turun temurunhidup disini, tidak pernah sesekali membuat dosa ; membunuh sesama manusia.Ujarnya lagi kali ini, hutang darah, hamba bayar dengan darah, berpantang ajalsebelum maut .

    Demi keadilan juga moyang Jelema berdiri sambil membelakangi ketua lanuntersebut lalu mempelawanya masuk ke dalam bulatan untuk bertarung satu lawansatu. Apabila ketua lanun itu cuba melangkah kehadapan, kakinya terpaku melekat

    di bumi.

    Setelah menyedari apa yang berlaku, ketua lanun terus melutut, dan menyembahmoyang Jelema, memohon maaf di atas segala perbuatan laknat anak lelakinya itu.Lalu beliau mengarah segelintir lagi anak kapalnya yang masih hidup kembali kebahtera. Selepas tujuh langkah ke hadapan meninggalkan kawasan garisan bulatanmoyang Jelema, ketua lanun menoleh ke belakang dan didapatinya moyang Jelemasudah tiada lagi di situ. Yang tinggal hanyalah mayat-mayat bergelimpanganmemenuhi kawasan bulatan tersebut.

    Sejurus kemudian, kedengaran suara moyang Jelema melarang keras ketua lanun

    dan anak buahnya dari menjejaki kaki kawasan itu lagi.

  • 7/29/2019 Suku Jakun

    8/18

    Tragedi tersebut akhirnya diketahui oleh sanak saudara serta kaum kerabat moyangJelema yang tinggal berdekatan jaraknya hanya sepelaung dari situ. Sanak saudaradan kaum kerabat beliau menyangkakan moyang Jelema sudah mati dilapah olehlanun-lanun tersebut. Namun selepas tiga purnama, salah seorang anak saudaranyayang juga merupakan anak murid moyang Jelema mendapat alamat (melalui mimpi)

    menyatakan beliau masih hidup dan berpesan agar tidak bersusah hati. Jika inginberjumpa, beliau meminta bertih ditabur dan bakar kemeyan putih atas puncak Tg.Bukit Batu.

    Adapun khabarnya hanya suara moyang Jelema sahaja kedengaran manakalawajahnya tidak kelihatan. Sireh-pinang, rokok gulung, nasi kunyit, panggang tupai,hati kura-kura, dan lain-lain yang dibawa untuknya pada waktu itu (ghaib) diambiloleh moyang Jelema. Sebelum anak saudaranya dan kaum kerabatnya beredarpulang, moyang Jelema sempat memberi mereka seketul kemeyan yang dibalutdengan kain putih bagi memudahkan anak saudaranya berjumpa beliau.

    Nota :

    1 Poyang - menurut Orang Asli (Suku Jakun) ilmu kebatinan terdapat tiga peringkatiaitu jampi biasa (mantera) , bomoh / pawang , dan poyang. Ramaidikalangan mereka menguasai peringkat jampi biasa. Sebilangan kecilbertaraf bomoh (Tok Bomoh) atau pawang (Tok Pawang) manakalaperingkat Poyang jarang sekali. Seseorang yang sudah cukup syarat,peringkat paling tinggi ilmu kebatinan maka disebut poyang. Diantarakelebihan seorang Poyang ialah boleh menghilangkan diri (tidak bolehdilihat oleh mata kasar manusia) , boleh berkomunikasi dengan alam

    ghaib dan handal buah pukul .

    2 Buah Pukul seni pertahanan diri (asal) berserta ilmu kebatinan Orang Asli (SukuJakun). Contohnya Buah Pukul Bintan, Setapak Pukul Ttiga, HarimauBerantai, Buah Pukul Bangsawan, Buah Hang Tuah, dll.

    3 Talam Pebaran - bekas (berbentuk talam) tempat letak bertih, beras basuh,pengebas, sireh, pinang, dapur kecil tempat membakar kemeyan,mangkuk kecil berisi air, limau nipis, pisau lipat, dan lain-lain bahan untukupacara perubatan / ilmu kebatinan. Pebaran adalah dapur kecil tempatmembakar kemeyan atau akar sesiak (sejenis tumbuhan hutan).

    4 Bertih - padi huma atau padi biasa yang digoreng seterusnya kembang danwarnanya putih buih. Digunakan dalam upacara perubatan / ilmukebatinan Orang Asli. Lazimnya dalam perubatan mengubati orang sakit,bela kampung, netau*, dll.

    * netau - ialah upacara tradisional membuka kawasan baru bagi tujuan penempatanbaru, sawah padi (huma) , kebun-dusun, dll.

    5Gunung Gelap menurut kepercayaan Orang Asli (Suku Jakun) Gunung Gelapadalah alam ghaib (misteri) hanya seseorang Poyang sahaja bolehsampai ke sana.

  • 7/29/2019 Suku Jakun

    9/18

    D. Jakun

    Bangsa Jakun (Orang Ulu), daripada suku kaum Melayu Asli (Melayu Proto) yangtinggal di selatan Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan Cina). Mereka masihmengamalkan animisme. Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seperti

    gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka percaya kampungmereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggarpantang larang.

    JakunDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

    Lompat ke: pandu arah, cari

    Kumpulan orang Jakun dengan sumpitan (1906)

    Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang aslidari puak Melayu Protoyangterdapat di Pahang, Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari MongoloidSelatan.

    Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut/ OrangKuala).

    Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yangdipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua.Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lamadahulu.

    [sunting] Penempatan

    SUKU KAUM JAKUN

    JAKUN

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Jakun#mw-headhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jakun#p-searchhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumpitan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu_Protohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Negeri_Pahanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Negeri_Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Lauthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Animismehttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Jakun&action=edit&section=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Jakun_Hunting_Party_Blowpipe_Malaysia_Mongoloid.pnghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Jakun_Hunting_Party_Blowpipe_Malaysia_Mongoloid.pnghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jakun#mw-headhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jakun#p-searchhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumpitan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu_Protohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Negeri_Pahanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Negeri_Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Lauthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Animismehttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Jakun&action=edit&section=1
  • 7/29/2019 Suku Jakun

    10/18

    Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli dari puak melayu proto yangterdapat di Pahang , Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari Mongoloid

    Selatan.Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang

    Kuala).

    Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yangdipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua.Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama

    dahulu.

    IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN

    IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN

    Mengikut sejarah suku kaum Jakun ini berasal daripada persekitaran kepulauanSulawesi dan Irian Jaya Indonesia.. Suku kaum Jakun ini terkenal sebagai keturunan

    lanun di masa lalu yang mana kehidupan mereka suka merompak kapal-kapaldagang Inggeris, Belanda dan Portugis.

    Di zaman Sultan Melayu Melaka pada masa itu, suku kaum ini telah menjadi sebagaiaskar upahan untuk menentang Inggeris, Belanda dan Portugis yang menyerang

    Negeri Melaka. Mereka telah tertipu di atas kebijaksanaan Laksamana Tun Ali yangmana akan memberi ganjaran dan status pada masa itu. Mereka dan juga rakyatNegeri Melaka tidak berjaya melawan askar-askar Inggeris, Belanda dan Portugiskerana tidak terlawan dengan senjata senapang dan meriam, sebaliknya mereka

    menggunakan pedang, tombak dan keris.

    Apabila kejatuhan pemerintahan Sultan Melaka maka masyarakat Jakun tiadatempat untuk tinggal dan tiada layanan dari Sultan Melaka dan rakyatnya dengan

    rasa kesal masyarakat Jakun pun berlayarlah meninggalkan Negeri Melaka denganmenaiki beberapa buah tongkang atau jong ke suatu tempat baru ke arah LautCina Selatan. Setelah beberapa lama berlayar maka mereka pun sampailah ke

    sebuah pulau. Malang sungguh nasib mereka apabila sampai di pulau berkenaanmereka dapati tiada berair, pokok-pokok, rumput dan hutan. Malah binatang-

    binatang dan burung tidak terdapat di pulau berkenaan.

    http://2.bp.blogspot.com/-GmX6wgHAJko/TmORSvqrF1I/AAAAAAAAACg/gszWCCKzNd0/s1600/jakun.jpg
  • 7/29/2019 Suku Jakun

    11/18

    Mereka pun mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Semenanjung TanahMelayu. Dalam perjalanan mereka telah kehabisan makanan dan bekalan air.

    Mereka bergantung harap kepada adanya hujan sahaja.. Malang nasib merekahujan tiada dan apatah lagi makanan. Ramai diantara mereka mati kelaparan dankehausan dan juga mati kerana sakit. Oleh yang demikian untuk meneruskan sisa

    hidup maka rakan-rakan mereka yang sakit tadi meminta mereka dibunuh dandijadikan makanan. Keadaan yang terpaksa itu mereka pun lakukan demi

    perjuangan bangsa mereka. Oleh itu masyarakat lain mengatakan bahawa OrangAsli memakan orang. Begitu juga ada yang mengatakan bahawa masyarakat inimempunyai ekor. Sebenarnya ialah mereka telah kehilangan pakaian sewaktu

    dalam pelayaran. Kekurangan pakaian maka masyarakat Jakun menggunakan apasahaja untuk menutup aurat mereka iaitu dipanggil cawat

    Sekian lama mereka berlayar maka sampailah ke suatu tempat di Kuala Pahangyang diberi nama sekokoh. Nama ini adalah bererti sejiwa, sepadu, sehati dalam

    bahasa Jakunnya. Dengan kekuatan dan semangat yang kuat tadi mereka telah

    membuka tempat tersebut sebagai tempat tinggal mereka iaitu Kampong Sekokoh,Pekan. Sehingga sekarang sauh dan cebisan rangka tongkang atau jong masih

    ada yang mana diselaputi batu karang.

    Kerja-kerja mereka menebas menebang dan bercucuk tanam dan menternak ayamdan sebagainya. Mereka juga mengambil upah kerja-kerja menebas tanah milik

    Kerabat Diraja Sultan Pahang. Atas budi baik dan jasa yang telah terjalin begitu eratmaka ada juga di kalangan Kerabat Diraja telah berkahwin dengan masyarak ini.

    Diceritakan bahawa, pada suatu masa dahulu Sultan Pahang telah memerintahkanrakyatnya menebang sebatang pokok terentang atau (kemahang) di tebing SungaiPahang yang berhampiran dengan istana sultan. Maka rakyat pun tebanglah pokok

    tersebut namun sehingga ke petang pokok itu tidak juga tumbang. Di sambungkeesokkan harinya pula, alangkah terkejut sekelian yang hadir bahawa pokok itu

    menjadi keadaan seperti biasa tiada kesan tebang. Ditebangkan semula tidak jugatumbang. Keesokkan hari begitu juga sehinggalah beberapa hari. Maka bendahara

    pun mengadap sembah ke bawah Dului Sultan. Setelah beberapa ikhtiar tidakberjaya maka datanglah seorang bomoh Orang Melayu mengatakan bahawa tiada

    orang lain yang boleh menebang pokok tersebut melainkan masyarakat Jakunsahaja.

    Disuruhlah oleh Sultan kepada orang-orang Jakun menebangnya. Pokok itu punditebang dari pagi hingga ke tengah hari, maka tumbanglah pokok tadi. Ketuamasyarakat itu pun meminta Sultan dan kerabatnya membuat jamuan dan

    dihidangkan di atas tunggul pokok tadi. Setelah selesai memasak maka dibuathidangan dan didapati sebanyak 40 hidangan semuanya. Syaratnya makanan

    hendaklah dihidangkan didalam daun rotan dahan. Kerja-kerja menyusun daunrotan dilakukan oleh anak gadis ketua masyarakat Jakun tadi diletak secara

    menyongsang dan hidangan untuk bapanya diletak secara betul. Apabila Sultan dankerabatnya menjamu makanan tersebut maka tangan mereka pun terluka terkena

    duri. Sultan dan yang lain-lain hairan kenapa Ketua masyarakat Jakun tidakmengalami luka malah makan dengan begitu baik sekali. Disuruh anaknya membalut

    luka di tangan Sultan dan membantu menyuap makanan untuk Sultan. Selesaisahaja makan Ketua masyarakat Jakun tadi pun memberi tahu, mengapa tuanku

  • 7/29/2019 Suku Jakun

    12/18

    tidak pusingkan daun hidangan tadi, jika tuanku buat seperti patik nescaya tidakakan luka.

    Dengan kata-kata itu Sultan pun sedar bahawa masyarakat Jakun mempunyaikepandaian berfikir dan mempunyai ilmu yang tinggi. Dengan kejadian itu Sultan pun

    memperisterikan anak gadis ketua masyarakat tadi.

    Sejarah mengenai masyarakat Jakun telah ditulis oleh pengembara Inggeris yangbernama Tom Pirates dan buku tulisannya tersimpan di muzium New York, Amerika.

    Seorang bekas pelajar Universiti Miami Encik Akim bin Buntattelah menjumpai buku sejarah tersebut dan beliau telah menyusun semula dan

    dibentangkan semasa simposium Masyarakat Orang Asli AntarabangsaDi Kuala Lumpur pada Tahun 1995. Beliau adalah berbangsa Jakun

    CARTA ORGANISASI MASYARAKAT JAKUN

    Masyarakat Melayu, Cina dan Tamil mempunyai pemimpin atau ketua untukmentadbir serta memberi kebajikan terhadap masyarakatnya selain dari Ketua

    Negara dan kerajaan yang memerintah begitu juga dalam kelompok masyarakatJakun mempunyai kepimpinan yang tersendiri

    i) Struktur Organisasi Pentadbiran

    BATINJURUKERAH

    MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN

    Proses penyelesaian masalah adalah dengan cara berkomunikasi dan hubungandua hala. Dengan cara ini perkara-perkara yang timbul dapat di selesaikan dalam

    keadaan harmoni dan lebih kepada kekeluargaan.

    ii) Carta Organisasi Perubatan

    Dalam kes mengubati pesakit Tok Dukun atau Tok Bomoh adalah orang yangdiperlukan oleh masyarakat ini:

    TOK DUKUNTOK BOMOHMALIM MUDAMAK BIDAN,

    INDIVIDU YANG PANDAI BERJAMPI

    Kaum JAKUN

    Bagaimana pesakit memohon pertolongan untuk mengubati penyakitnya.

    1. berjumpa terus dengan Tok Dukun, atau Tok Bomoh2. untuk bersalin berjumpa dengan Mak Bidan

  • 7/29/2019 Suku Jakun

    13/18

    3. berjumpa dengan individu yang pandai berjampi4. jika individu tersebut tidak berupaya untuk mengubati pesakit tersebut beliau akan

    merujuk kepada Tok Dukun atau Tok Bomoh5. Malim Muda adalah orang kanan kepada Tok Bomoh. Segala ilmu perubatan

    akan diturubkan kepada beliau setelah cukup masanya

    iii) Kaedah Perubatan

    Bermacam-macam cara atau kaedah perubatan yang diamalkan oleh masyarakat iniseperti yang dimaklumkan diawal tadi iaitu

    BEBELIAN

    BERPUYANG

    BERLANCANGBERANCAK

    BERTUNGKUBERALIN

    BERJAMPI

    BERKEBAS

    HARI PERAYAAN

    Hari perayaan bagi masyarakat ini yang khusus mengikut agama adalah tiadamereka hanya menyambut hari-bari perayaan atau hari besar adalah berdasarkan

    kepada aktiviti-aktiviti atau musim-musim yang berkaitan dengan adat resammereka. Bagaimana pun ada segelintir dari mereka menghormati hari-hari perayaan

    bangsa atau kaum lain seperti hari raya puasa, tahun baru cina dan sebagainya

    dengan membuat sedikit jamuan.

  • 7/29/2019 Suku Jakun

    14/18

    Hari perayaan itu adalah seperti berikut:-

    a. musim menuaib. musim menuba ikan

    c. musim berlancang iaitu membela kampong

    Apabila tiba musim tersebut mereka akan pergi dan membuat kerja secarabergotong royong, mereka akan mengadakan majlis kenduri, majlis tari menari dan

    lain-lain aktiviti yang tidak menyimpang daripada adat turun temurun.Manakala hasil tanaman tadi diberi kepada sanak saudara untuk dijamah ia juga

    sebagai pengikat tali persaudaraan kekeluargaan agar teguh dan erat

    CARA MENDAMPINGI MASYARAKAT JAKUN

    Amalan yang biasa dilakukan ialah dengan menjamu rokok, menjamu sirih pinang,

    hidangan minuman atau makanan sebagai buah tangan sebelum memulakanperbualan. Biasanya rokok dihulur oleh lelaki dengan lelaki dan perempuan sesamaperempuan ini untuk mengelak sesuatu sikap cemburu yang berkemungkinan timbul

    Bangsa Jakun

    http://1.bp.blogspot.com/-EnsEwaYtGpk/TmORfGnneDI/AAAAAAAAACo/4ZSKEFRRUfc/s1600/jakun2.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-Z6SRuMdlj4Y/TmORcCpoZJI/AAAAAAAAACk/JR_0hDfoeF0/s1600/jakun1.jpg
  • 7/29/2019 Suku Jakun

    15/18

    Merupakan suku kaum yang kedua terbesar antarasembilan belas kaum Orang Asliyang terdapat diSemenanjung Malaysia.

    Dipercayai telah menduduki Semenanjung sejak 7000 tahun yang lalu.

    Tergolong dalam kumpulan Melayu Proto.

    Kebanyakkan tinggal di kawasan pedalaman iaitudi kawasan bukit dan hulu sungaiyang disekelilingihutan rimba.

    Di antara yang termaju berbanding dengan sukukaum lain di Malaysia.

    AKTIVITI MASYARAKATMasyarakat Jakun masih bergantungkepada sumber alam semula jadi.

    Mereka giat bertani, menternak danberniaga secara kecil-kecilan.Masyarakat Jakun mengamalkan carahidup seakan-akan orang Melayu.Merekamenanam buah, pokok getahdan beras.

    AMALAN DAN KEPERCAYAANSuku kaum Jakun mempercayai tentangkewujudan Tuhan yang menjagaalamsemesta, bumi dan langit.Mereka menganggap manusia terdiridaripada 4 unsur iaitu tanah, air, api danangin.Sifat manusia, dunia dan Tuhan jugatersirat dalam ilmu sihir dan ilmukebatinanOrang Asli.Namun bagi mereka, mereka tidak halkejadian alam dan ketuhanan keranamerekamenganggap diri mereka tidakberhak dan tidak wajar berbuat demikian.

    PERAYAANSuku kaum Jakun menyambut BelaKampung yang mana upacara

    kemuncaknya pada tengah malam peralihan ke tahun baru.Semua warga kampung berkumpul dan membawa barang-barang masakanpadi,pulut, kelapa dan ayam.Ianya bukan sebuah pesta tapi merupakansatu bentuk amalan kepercayaan danadatresam suku kaum Jakun.

    BAHASA PERADABAN

  • 7/29/2019 Suku Jakun

    16/18

    Merupakan bahasa yang digunakan kaumJakun untuk memanggil namasaudaramara, individu atau jiran yang telahbekeluarga berdasarkan nama anaksulungmereka.Contohnya, anak sulung bernama Seman

    maka panggilan kepada bapa atau ibunyaialah Pak Seman atau Mak Seman.Bahasa peradaban ini digunakan sebagaitanda hormat masyarakat Jakunterhadapsesiapa sahaja.

    PERADABAN DAN KESOPANANBahasa suku kaum ini juga gerak-geri tubuh badan(body language) sepertiketertipan pergerakananggota tubuh.

    Contohnya, minta izin lalu di hadapan khalayak ramai,berjalan sambil tangan kedepan sebagai tanda mintalaluan dan sebelah lagi didakap dada.Secara ringkasnya, simbol bahasa sedemikian itumelambang peradaban, senibudaya dan kehalusanbudi pekerti.Sesuatu pertuturan menggunakan panggilan namapenuh terhadap golongan yang lebih tuadaripadamereka dianggap kurang ajar tambahan lagi bilabercakap dengan nada yang tinggi.

    BAHASA ADAT

    Bahasa adat suku kaum Jakun seringdigunakan dalam majlis perkahwinanmenerusipantun, seloka dan laguasli. Contohnya juga, ketikameminang, merekamenggunakanbahasa kiasan yang penuh bermaknayang menggambarkan niatikhlas,harapan dan tujuan.

    MASYARAKAT ORANG ASLI KE DUA TERAMAI DI DAERAH ROMPIN

    http://pekidakualarompin.blogspot.com/2008/12/masyarakat-orang-asli-ke-dua-teramai-di.htmlhttp://pekidakualarompin.blogspot.com/2008/12/masyarakat-orang-asli-ke-dua-teramai-di.html
  • 7/29/2019 Suku Jakun

    17/18

    Gambar Masyarakat Orang Asli di Rompin

    http://3.bp.blogspot.com/__t9vmpiD0Ac/SUs9kJ-5CII/AAAAAAAAAFI/_ib-3v2Pzrg/s1600-h/DSC00137.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/__t9vmpiD0Ac/SUs9keamCQI/AAAAAAAAAFQ/a4InNfLnMJ0/s1600-h/DSC00139.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/__t9vmpiD0Ac/SUs9ktR1bUI/AAAAAAAAAFY/AJ30Qci1yoc/s1600-h/DSC00140.JPG
  • 7/29/2019 Suku Jakun

    18/18

    Daerah Rompin selain dari Masyarakat orang melayu ke 2 teramai di DaerahRompin ialah Masyarakat Orang Asli yang terdiri dari Masyarakat Orang Melayu Asliketurunan JAKUN Masyarakat ini bertutur dalam bahasa melayu lama. Jika kita

    menonton filem melayu sekitar awal penerbitan filem Melayu perkataan yangdigunakan seperti mamak digunakan kepada bapa suadara. ada beberapa perkataanlain yang pernah saya dengar ketika menonton filem lama tersebut adalahperkataan-perkataan yang dilafaskan oleh pelakun adalah bahasa suku kaumJAKUN.Jika anda ke Rompin anda akan temui Perkampungan Orang Asli seperti Kg.Kundang, Kampung Amak, Kg. Kedaik, Kg. Taman, Kg. Jemeri, Kg. Kerpai, Kg. Batutiga dan Kampung Batu 8 semua kampung ini dapat dilihat ketika kita dariMuadzam Shah atau dari Kuantan menghala ke Mersing. Sebahagian dari padamereka di pengaruhi adat istiadat Orang Melayu dan mengikut adat cina