suku kedayan

33
SUKU KEDAYAN Nama : Khaw Chin Siean Kelas : PISMP P5A

Upload: kcs-khaw

Post on 06-May-2017

294 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Suku Kedayan

SUKU KEDAYANNama : Khaw Chin Siean

Kelas : PISMP P5A

Page 2: Suku Kedayan

Sejarah Suku Kedayan

Page 3: Suku Kedayan

• Terdapat sumber menyatakan Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan Masyarakat Melayu Brunei .

• Ini berikutan peristiwa Sultan Brunei Ke-5 iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521) yang rajin singgah di tanah nusantara.

• Semasa di tanah Jawa, Baginda dapat melihat aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan mereka ini dikenali dengan “jadi bertanam” ,maka Baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei.

Page 4: Suku Kedayan

• Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah.

• Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei.

Page 5: Suku Kedayan

• Pada masa kini bangsa Kedayan masih banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara (Jerudong), Brunei Darussalam.

• Dari sana, mereka ini kemudian berpindah-rendah dan ada yang menetap di Sabah dan di Sarawak.

Page 6: Suku Kedayan

Pakaian Suku Kedayan

Page 7: Suku Kedayan
Page 8: Suku Kedayan

Bahasa Suku Kedayan

Page 9: Suku Kedayan

• Satu kelainan daripada bahasa Melayu.

• Berikutan taburan kelompok bangsa ini yang luas (di seluruh kepulauan Borneo) tidak semua bahasa Kedayan ini sama bahkan ada juga perbezaaan dari segi maksud atau sebutan.

• Walaupun begitu, kebanyakan orang Kedayan boleh memahami masing-masing kerana asal yang sama.

Page 10: Suku Kedayan

• Asas bahasa Kedayan hanya terdiri daripada 18 huruf, seperti berikut:

• vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Kedayan. Umpamanya:

3 vokal, iaitu a, i, dan u;15 konsonan, iaitu b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t,

w, dan y.

besar = basaaotak = utak

Page 11: Suku Kedayan

• Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo untuk ‘telur’, dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian.

• Konsonan bahasa Melayu yang ditinggalkan oleh bahasa Kedayan ialah f, q, r, v, z ( x tidak wujud dalam abjad bahasa Melayu).

Page 12: Suku Kedayan

Alat Muzik

Page 13: Suku Kedayan
Page 14: Suku Kedayan

Makanan Tradisional

Page 15: Suku Kedayan

Daging Payau (Rusa)

Sambal Tahai

Pais ikan

Nasi Kebuli

Page 16: Suku Kedayan

Kepercayaan dan agama

Page 17: Suku Kedayan

• Masyarakat etnik di Sabah pada peringkat awal adalah pagan dan mengamalkan kepercayaan animisme.

• Pengaruh agama Islam pada abad ke-16 secara beransur-ansur telah membawa perubahan dalam kehidupan mereka dan nilai-nilai Islam telah diamalkan terutamanya di kalangan etnik Bajau dan Melayu-Brunei.

• Begitu juga bagi etnik Kedayan, Islam merupakan agama yang telah dianuti sejak turun-temurun.

Page 18: Suku Kedayan

Adat Pertanian

Page 19: Suku Kedayan

• Penanaman padi merupakan pekerjaan utama masyarakat ini sehingga kini masih lagi mengamalkan pertanian tradisi.

• Sebelum menanam dan ‘mengatam’ (menuai) padi dijalankan kawasan penanaman padi terlebih dahulu di’tetakan’ (dibaca doa) oleh seorang pawang dengan cara manangas (Membaca ayat suci atau doa) di sekeliling kawasan padi padi empat penjuru.

Page 20: Suku Kedayan

• Di samping itu para petani Kedayan juga melakukan aktiviti mundul taipas (cara menangkap burung taripas). Aktiviti ini sememangnya telah terkenal di kalangan kaum Kedayan.

• Nelayan Kedayan menjalankan aktiviti mengangkap ikan dengan menggunakan rambat (jala), pukat, bujak (lembing), bubu, babang dan manimba untuk menangkap ikan.

Page 21: Suku Kedayan

• Gubang (perahu kecil)dan perahu merupakan sejenis pengangkutan air yang popular, juga akan digunakan untuk mengangkap ikan. Gubang juga telah menjadi kenderaan pengangkutan utama suatu ketika dahulu untuk mengangkut hasil tanaman dan makanan seperti padi dan beras.

Page 22: Suku Kedayan

Adat Perkahwinan

Page 23: Suku Kedayan

• Perkahwinan masyarakat ini dimulakan dengan berjarum-jarum (merisik) di mana keluarga laki-laki dating ke rumah bini-bini (perempuan).

• Selepas itu diikuti dengan bersarang gundih (meminang) dengan membawa sebentuk kinkin (cincin).

• Mengantat berian ini biasanya bakal pengantin laki-laki akan memberi wang hantaran bersama seikung kerabau (seekor kerbau).Seterusnya apabila kata sepakat telah dicapai majlis nikah akan dilangsungkan dengan diikuti majlis bertimbang (bersanding).

Page 24: Suku Kedayan

• Seminggu sebelum majlis kahwin diadakan memucang (gotong-royong) kalangan keluarga terdekat dan jiran datang untuk membuat persiapan perkahwinan.

• Sehari sebelum majlis perkahwinan pula majlis mendadih (memasak) iaitu mengelupis (sejenis makanan seperti ketupat yang diperbuat daripada pulut) .

• Menyembelih kerbau secara berami-ramai seringkali dilakukan untuk dijadikan lauk-pauk semasa jamuan makan. Daging kerbau tersebut seterusnya dipotong-potong dengan mengarap (mencincang) biasanya dilakukan oleh kaum wanita secara beramai-ramai.

Page 25: Suku Kedayan

• Mandi langir bagi membersihkan dan mencantikkan wajah dan kulit bakal pengantin perempuan.

• Sesetengah adat pula melarang bakal pengantin perempuan ini keluar rumah selama satu atau dua minggu sebelum majlis perkahwinan. Adat ini mesti dipatuhi kerana khuatir akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku ke atas bakal pengantin.

Page 26: Suku Kedayan

• Pada malam selepas diijab Kabul (nikah) pula dilangsungkan majlis malam bebadak (majlis berinai) .

• Mempunyai acara bergambus (tari-menari), acara karaoke, berpantun dan teka-teki.

• Pada hari majlis perkahwinan diadakan jamuan makan kepada semua yang hadir dan yang dating pula akan membawa buah tangan untuk diberi kepada pihak pengantin.

Page 27: Suku Kedayan

• pengantin lelaki yang akan bertandang ke rumah pengantin perempuan akan diiringi oleh kumpulan rempana(kompang) dambil membawa bunga manggar.

• Pada malam itu pula pasangan pengantin ini dilarang tidur kerana dipercayai sesiapa yang tidur akan mati cepat.

• Selain itu acara maliwan (Pengantin lelaki akan membawa isteri bersama rombongan balik ke rumahnya) diadakan selepas tiga atau lima hari majlis perkahwinan.

Page 28: Suku Kedayan

Adat kelahiran

Page 29: Suku Kedayan

• Biasanya adat kelahiran ini adalah berpandukan kepada hukum dan syariat dalam Islam.

• Anak yang baru dilahirkan akan dibangkan (diazankan) oleh bapa atau lelaki terdekat kepada anak berkenaan).

• Seterusnya akikah dilaksanakan sebagai perkara sunat mengikut Islam bagi anak yang baru dilahirkan itu.

• Adat bercukur pula dilakukan apabila anak tersebut telah melangkui usia 1 bulan diadakan secara beramai-ramai dengan melagau (memanggil) saudara mara dan jiran terdekat .

Page 30: Suku Kedayan

• Adat ini biasanya diadakan bacaan berzanji, merhaban dan berselawat ke atas nabi sambil anak tersebut dipotong beberapa helai rambut dan ditabur beras kunyit dan direnjis dengan wangi-wangian.

• Adat kelambiji (bersunat) juga masih dilakukan sehingga ke hari ini. Majlis ini biasanya dilakukan selepas anak lelaki tersebut berkhatan. Majlis yang dilakukan sama seperti majlis cukur rambut.

Page 31: Suku Kedayan

Adat Kematian

Page 32: Suku Kedayan

• Apabila seseorang itu telah menginggal dunia, beberapa kepercayaan dan telah menjadi amalan sunnah yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah.

• Ianya dilakukan adalah bagi mendoakan si

mati semoga roh simati diampuni dosa dan sejahtera. Sebagai memenuhi tuntutan agama masyarakat Kedayan akan mengadakan majlis ini dengan menjemput saudara mara dan jiran untuk mengadakan sembahyang di rumah si mati selama tujuh hari berturut-turut.

Page 33: Suku Kedayan

• Selepas itu diadakan kenduri tiga hari diikuti Makan Tujuh hari (kenduri hari ke tujuh) dan kenduri makan empat puluh hari.

• Kenduri Jumat-jumatan (setiap malam Jumaat) juga diadakan sehingga empat puluh hari tadi. Ini diikuti dengan kenduri haul (ulang tahun kematian) yang akan diadakan pada setiap tahun bagi mengenang kemangkatan si mati.

• Kenduri arwah juga turut diadakan pada setiap tahun menjelangnya bulan Syaaban (taqwim Islam) dan biasanya selepas Nisfu Syaaban sebelum menjelangnya Bulan Ramadhan.