kaedah penulisan tinjauan literatur

79
Jelaskan tiga (3) sebab kenapa ulasan literature penting dalam mengendalikan sesuatu kajian? BAB 1 KAJIAN LITERATUR DAN TEORI Beberapa bahan bacaan serta contoh contoh teori yang patut dikaji untuk sesuatu penyelidikan dibincangkan dalam bab ini. Tujuan bab ini ialah mencadang cara cara untuk memfokus pencarian literatur dan pembangunan teori kepada kajian yang dilakukan. Pelajar banyak mengambil masa melakukan pengumpulan maklumat dari penyelidikan dan sumber sumber lain sebelum menjalankan kajian. Oleh itu, cara yang tidak tertumpu dapat melalaikan pelajar dari menjalankan kajiannya, selain dari mengkaji bahan bahan yang tidak releven. MENGUMPUL MAKLUMAT LAWAN KAJIAN LITERATUR Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dalam Bahasa Inggeris ‘Literature Review’ dalam kerja penyelidikan disamakan dengan mencari maklumat dari bahan penulisan atau ‘literature’. Ada juga yang menggunakan frasa ‘Literature Search’ yang lebih tepat pada awal penyelidikan kerana anda hanya membaca dan mengumpul maklumat. Apabila anda bersedia untuk menyediakan rangka kasar, Cadangan Kajian dan seterusnya tesis, maklumat yang diperolehi mestilah dipertimbangkan, dikaji dan dibahaskan sebelum diterima untuk kajian anda dan frasa Kajian Literatur adalah lebih sesuai. Oleh itu, pelajar akan dapati

Upload: siti-saidah

Post on 17-Jan-2016

625 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

tinjauan literatur

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Jelaskan tiga (3) sebab kenapa ulasan literature penting dalam mengendalikan sesuatu kajian?

BAB 1 KAJIAN LITERATUR DAN TEORI

Beberapa bahan bacaan serta contoh contoh teori yang patut dikaji untuk sesuatu penyelidikan dibincangkan dalam bab ini. Tujuan bab ini ialah mencadang cara cara untuk memfokus pencarian literatur dan pembangunan teori kepada kajian yang dilakukan. Pelajar banyak mengambil masa melakukan pengumpulan maklumat dari penyelidikan dan sumber sumber lain sebelum menjalankan kajian. Oleh itu, cara yang tidak tertumpu dapat melalaikan pelajar dari menjalankan kajiannya, selain dari mengkaji bahan bahan yang tidak releven.

MENGUMPUL MAKLUMAT LAWAN KAJIAN LITERATUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam Bahasa Inggeris ‘Literature Review’  dalam kerja penyelidikan disamakan dengan mencari maklumat dari bahan penulisan atau ‘literature’. Ada juga yang menggunakan frasa ‘Literature Search’ yang lebih tepat pada awal penyelidikan kerana anda hanya membaca dan mengumpul maklumat. Apabila anda bersedia untuk menyediakan rangka kasar, Cadangan Kajian dan seterusnya tesis, maklumat yang diperolehi mestilah dipertimbangkan, dikaji dan dibahaskan sebelum diterima untuk kajian anda dan frasa Kajian Literatur adalah lebih sesuai.  Oleh itu, pelajar akan dapati yang  Kajian Literatur dimaknakan mengumpul maklumat dan mengkaji maklumat pada seluruh masa penyelidikan.

Selain itu kajian literatur penting bagi penyelidik untuk:

1.1 Memantapkan Fahaman

Sebagaimana yang dibentangkan dalam Bab 2, pada tahap awal anda perlu memantapkan fahaman terhadap prinsip dalam tajuk atau bidang anda dengan membaca buku teks.  Ini disebabkan mengulangkaji perkara perkara yang berkaitan menolong anda memahami artikel penyelidikan yang biasanya lebih tinggi tahap ilmunya. Kadangkala buku teks yang lama memberi konsep konsep dengan lebih mudah daripada buku yang baru. Ini disebabkan kajian baru telah dimasukkan ke

Page 2: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

dalam buku teks yang lebih baru. Oleh itu, anda perlu menanya apakah yang anda tidak tahu.

2.1 Teori dan Kajian Literatur

Semasa penulisan anda boleh mengasingkan teori dan hasil kajian penyelidik lain, tetapi ramai juga penyelidik yang meletakkan kedua duanya dalam Kajian Literatur. Sebagai contoh, kita lihat teori disebalik kajian ‘Penyelakuan Banjiran Polimer Untuk Minyak Mentah Malaysia’.

Pertama kita mahu maklumat tentang penyelakuan. Sekiranya penyelaku minyak hitam iaitu program komputer digunakan, ianya merupakan alat kajian dan maklumat pembentukan alat itu akan dicari. Persamaan matematik yang mewakili penyelaku minyak bergantung kepada kaedah perbezaan. Jumlah fasa dan jumlah arah pengaliran bendalir juga menentukan persamaan yang digunakan. Oleh itu pembangunan penyelaku minyak hitam dimasukkan ke bahagian teori supaya penyelidik tahu akan kelemahan dan kebaikan ‘alat’ yang digunakan.

Kedua, kita  soal apakah banjiran polimer? Ianya melibatkan suntikan larutan polimer untuk menyesar minyak mentah. Kelainan kelikatan minyak mentah dan polimer menimbul perubahan kepada corak pengaliran bendalir. Begitu juga kesan suhu reservoir  yang panas dan bertekanan tinggi akan memberi kesan kelikatan polimer.

Ketiga  kandungan dan ciri ciri  minyak mentah Malaysia yang kebanyakannya jenis paraffin perlu diketahui. Kesemua maklumat asas ini dirangkumi dalam teori dan akan menolong penyelidik menganggar hasil kajian dengan baik.

Kadangkala pelajar terlalu banyak mengkaji teori sehingga perkara yang tidak ada kaitan pun diambilkira. Umpamanya dalam contoh diatas, ada kemungkinan pelajar mengkaji berbagai jenis penyelaku minyak, cara cara menyediakan pengaturcara, berbagai jenis polimer yang tidak sesuai untuk banjiran polimer serta jenis jenis minyak yang tidak didapati di Malaysia. Oleh itu, semasa mengumpul teori dan maklumat lain, penyelidik haruslah serentak memikir tentang skop atau objektif dan lain lain langkah dalam rangka kajian. Dengan itu  perbuatan yang tidak menambah kebaikan kajian boleh dielakkan. Ada juga kes yang mana pelajar tidak mengambilkira teori dengan mencukupi. Umpamanya jika penyelaku yang

Page 3: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

digunakan hanya sesuai untuk banjiran air  dan pengubahsuaian tidak dilakukan maka kajian bukan lagi mengenai banjiran polimer dan ini bermakna Objektif atau Tajuk tesis tidak ditepati. Sekiranya kesan suhu terhadap polimer tidak diberi penekanan, kelikatan polimer akan berubah setelah disuntik ke dalam reservoir.  Oleh itu pengiraan yang mengabaikan perubahan kelikatan akan menghasilkan keputusan yang berbeza.

3.1 Pengumpulan Data Sekunder

Teori bagi penyelidikan yang bergantung kepada data sekunder juga perlu difahami dengan baik. Katakan anda dikehendaki membanding beberapa persamaan keadaan untuk sistem dua fasa dan banyak komponen. Anda hanya mempunyai satu semester untuk menjalankannya.

Oleh itu, anda hanya boleh membuat bandingan berasaskan data yang telah diukur oleh penyelidik lain atau dari pengiraan menggunakan K, pemalar seimbangan. Jika data diambil dari penyelidikan lain, sistem yang digunanya harus sama dengan sistem yang anda kaji, seperti komposisi, tekanan dan suhu. Anda juga terpaksa menganggap data itu diambil dengan baik. Jika data didapatkan melalui pengiraan seimbangan, kejituan data bergantung kepada nilai K. Walaubagaimana pun banyak kajian telah dijalankan terhadap nilai nilai K dan anda boleh percaya kepada nilai yang ada dalam jurnal jurnal. Ini adalah bahagian teori yang pelajar mesti mengambilkira kerana keseluruhan kajian anda bergantung kepada kepercayaan data yang dikira secara seimbangan. Oleh itu teori mengenai K dan cara menggunanya akan membenar anda menganggar ralat dalam hasil kajian anda.

Salam Ukhuwah,

Saya bersetuju dengan hujah cikgu bahawa Literature Review bukannya ringkasan terhadap sesebuah kajian lain tetapi merupakan cerita ilmiah terhadap permasalahan kajian tertentu yang dilakukan oleh orang lain. Saya ingin menghuraraikan langkah 1 dan 2 dalam literature review seperti yang cikgu nyatakan.

Langkah 1: Membaca Tulisan-Tulisan Ilmiah Yang Berkaitan

Page 4: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Anda perlu mengenalpasti bahan-bahan yang akan diteliti sebagai kajian lepas. Sumber utama yang perlu dicari berdasarkan tulisan-tulisan yang diterbitkan dalam jurnal, laporan penelitian, kajian atau mendapatkan informasi daripada seseorang yang pakar dalam bidang berkenaan melalui wawancara sama ada secara terus atau melalui mel elektronik. Analisis akan dilakukan terhadap tulisan-tuilisan yang telah dipilih ini akan dilakukan melalui beberapa tahap bacaan ilmiah iaitu;

Tahap 1:  Melihat Struktur Teks

Setelah menemui sesuatu artikel atau tulisan, anda perlu melihat struktur dan teks berkenaan seperti daftar isi, abstrak, pengenalan, sub topik yang dibincangkan dan keseluruhan tulisan berkenaan sama ada sesuai atau tidak dengan apa yang dicari. Tulisan berkenaan perlu dilihat dari sudut keberkaitan dengan apa yang ingin anda kaji dalam tulisan anda.

Tahap 2: Bacaan Secara Terperinci

Apabila tulisan berkenaan sesuai dengan penelitian anda, anda perlu membacanya dengan lebih terperinci untuk mencari penelitian tertentu yang akan mendukung Literature Review anda anda nanti. Teknik ini membolehkan anda untuk mengenalpastikan kesesuaian bahan berkenaan. Pada peringkat ini, anda perlu membaca sebanyak mungkin bahan bacaan untuk memperolehi sebanyak mungkin maklumat dan pengertian umum mengenai kajian-kajian yang ada di dalam bidang kajian itu. Anda harus objektif apabila melakukan penelitian.

Pada peringkat ini, tujuan membaca adalah untuk memberi penilaian dan kritikan terhadap kajian atau tulisan orang lain yang dipilih. Jadi, anda tidak sepatutnya hanya memilih kajian atau tulisan yang sependapat dengan apa yang anda anggap benar sahaja. Anda sepatutnya membaca semua tulisan yang berkaitan secara telus walaupun anda tidak bersetuju dengan pendapat atau pengangan penulis tersebut.

Page 5: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Umpamanya bagi tajuk ‘ Penggunaan Tenaga Dalam Penyelidikan Tahun Akhir’. Diantara perkara yang anda perlu tahu ialah cara mengira tenaga. Buku asas termodinamik boleh menolong anda dalam mengingat balik akan konsep joule, kalori, kuasa kuda dan watt. Pada masa yang sama anda boleh mencari artikel dalam jurnal penyelidikan. Walaubagaimana pun , topik seperti dalam contoh ini memang tertumpu kepada kumpulan tempatan dan tidak mungkin anda akan mendapat data daripada jurnal penyelidikan antarabangsa. Kemungkinan anda akan mendapat kajian yang setara dalam laporan teknikal sesebuah universiti. Jika tiada, anda perlu balik kepada tujuan tajuk itu. Katakan pelajar tahun akhir terlalu banyak menggunakan letrik dalam ujikaji mereka. Maka perbandingan dengan penggunaan letrik di tempat lain tidak begitu penting. Yang penting ialah cara mengurangkan penggunaan, oleh itu kajian literatur dan teori untuk topik anda sepatutnya menumpu kepada jenis aktiviti yang dibuat oleh pelajar tahun akhir, mengenalpasti pembaziran jika ada dan cara mengatasinya.

LANGKAH LANGKAH KAJIAN LITERATUR

Bagi pelajar tahap PhD dan kebanyakan tahap Sarjana yang mengikuti program penyelidikan sepenuh masa mungkin hanya bidang kajian yang diberi. Oleh itu, tajuk tesis dicadangkan oleh pelajar sendiri. Bagi tahap sarjana muda, tajuk kajian disediakan oleh penyelia. Walau pun berbeza, langkah pertama masih lagi melibatkan mengumpul maklumat yang releven.

4.1 Memantapkan Fahaman

Sebagaimana yang dibentangkan dalam Bab 2, pada tahap awal anda perlu memantapkan fahaman terhadap prinsip dalam tajuk atau bidang anda dengan membaca buku teks.  Ini disebabkan mengulangkaji perkara perkara yang berkaitan menolong anda memahami artikel penyelidikan yang biasanya lebih tinggi tahap ilmunya. Kadangkala buku teks yang lama memberi konsep konsep dengan lebih mudah daripada buku yang baru. Ini disebabkan kajian baru telah dimasukkan ke dalam buku teks yang lebih baru. Oleh itu, anda perlu menanya apakah yang anda tidak tahu.

Page 6: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Umpamanya bagi tajuk ‘ Penggunaan Tenaga Dalam Penyelidikan Tahun Akhir’. Diantara perkara yang anda perlu tahu ialah cara mengira tenaga. Buku asas termodinamik boleh menolong anda dalam mengingat balik akan konsep joule, kalori, kuasa kuda dan watt. Pada masa yang sama anda boleh mencari artikel dalam jurnal penyelidikan. Walaubagaimana pun , topik seperti dalam contoh ini memang tertumpu kepada kumpulan tempatan dan tidak mungkin anda akan mendapat data daripada jurnal penyelidikan antarabangsa. Kemungkinan anda akan mendapat kajian yang setara dalam laporan teknikal sesebuah universiti. Jika tiada, anda perlu balik kepada tujuan tajuk itu. Katakan pelajar tahun akhir terlalu banyak menggunakan letrik dalam ujikaji mereka. Maka perbandingan dengan penggunaan letrik di tempat lain tidak begitu penting. Yang penting ialah cara mengurangkan penggunaan, oleh itu kajian literatur dan teori untuk topik anda sepatutnya menumpu kepada jenis aktiviti yang dibuat oleh pelajar tahun akhir, mengenalpasti pembaziran jika ada dan cara mengatasinya.

Pada suatu masa dulu persamaan Redlich-Kwong, ia itu sebuah persamaan keadaan dikaji dengan begitu luas. Persamaan asas adalah seperti berikut:

 

R seperti biasa ialah pemalar gas universal. P,V dan T pula ialah  masing masing tekanan, isipadu dan suhu. a dan b adalah pemalar. Dalam masa tiga puluh tahun persamaan itu dibentang, lebih daripada 100 artikel telah dilapor dalam literatur dan jumlah ini tidak termasuk kajian tesis yang tidak dibentang. Kebanyakan penyelidikan mengubah nilai  pemalar a dan pemalar b. Ada juga menambah beberapa pemalar lagi untuk menghasilkan ‘a new and improved equation’. Walau apa pun tujuan mereka, penyelidik perlulah mengetahui persamaan asal dengan baik sebelum diubahsuai.

Page 7: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Jika topik tesis anda adalah ’Persamaan Keadaan Untuk Sistem Multikomponen’ dan penyelia anda sudah menyediakan persamaan keadaan tersebut. Anda ditugas untuk membuktikan persamaan itu baik atau yang terbaik. Mungkin anda diberi persamaan Redlich-Kwong dan anda perlu membuktikan bahawa ianya baik untuk sesuatu campuran gas. Anda patut rujuk kepada buku buku teks dan jurnal untuk mengumpul jenis jenis persamaan keadaan bermula dari sistem satu komponen supaya faham kelemahan dan kelebihan beberapa persamaan keadaan sebelum mencuba persamaan multikomponen.

4.2 Teori dan Kajian Literatur

Semasa penulisan anda boleh mengasingkan teori dan hasil kajian penyelidik lain, tetapi ramai juga penyelidik yang meletakkan kedua duanya dalam Kajian Literatur. Sebagai contoh, kita lihat teori disebalik kajian ‘Penyelakuan Banjiran Polimer Untuk Minyak Mentah Malaysia’.

Pertama kita mahu maklumat tentang penyelakuan. Sekiranya penyelaku minyak hitam iaitu program komputer digunakan, ianya merupakan alat kajian dan maklumat pembentukan alat itu akan dicari. Persamaan matematik yang mewakili penyelaku minyak bergantung kepada kaedah perbezaan. Jumlah fasa dan jumlah arah pengaliran bendalir juga menentukan persamaan yang digunakan. Oleh itu pembangunan penyelaku minyak hitam dimasukkan ke bahagian teori supaya penyelidik tahu akan kelemahan dan kebaikan ‘alat’ yang digunakan.

Kedua, kita  soal apakah banjiran polimer? Ianya melibatkan suntikan larutan polimer untuk menyesar minyak mentah. Kelainan kelikatan minyak mentah dan polimer menimbul perubahan kepada corak pengaliran bendalir. Begitu juga kesan suhu reservoir  yang panas dan bertekanan tinggi akan memberi kesan kelikatan polimer.

Ketiga  kandungan dan ciri ciri  minyak mentah Malaysia yang kebanyakannya jenis paraffin perlu diketahui. Kesemua maklumat asas ini dirangkumi dalam teori dan akan menolong penyelidik menganggar hasil kajian dengan baik.

Kadangkala pelajar terlalu banyak mengkaji teori sehingga perkara yang tidak ada kaitan pun diambilkira. Umpamanya dalam contoh diatas, ada kemungkinan pelajar mengkaji berbagai jenis penyelaku minyak, cara cara menyediakan

Page 8: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

pengaturcara, berbagai jenis polimer yang tidak sesuai untuk banjiran polimer serta jenis jenis minyak yang tidak didapati di Malaysia. Oleh itu, semasa mengumpul teori dan maklumat lain, penyelidik haruslah serentak memikir tentang skop atau objektif dan lain lain langkah dalam rangka kajian. Dengan itu  perbuatan yang tidak menambah kebaikan kajian boleh dielakkan. Ada juga kes yang mana pelajar tidak mengambilkira teori dengan mencukupi. Umpamanya jika penyelaku yang digunakan hanya sesuai untuk banjiran air  dan pengubahsuaian tidak dilakukan maka kajian bukan lagi mengenai banjiran polimer dan ini bermakna Objektif atau Tajuk tesis tidak ditepati. Sekiranya kesan suhu terhadap polimer tidak diberi penekanan, kelikatan polimer akan berubah setelah disuntik ke dalam reservoir.  Oleh itu pengiraan yang mengabaikan perubahan kelikatan akan menghasilkan keputusan yang berbeza.

4.3 Pengumpulan Data Sekunder

Teori bagi penyelidikan yang bergantung kepada data sekunder juga perlu difahami dengan baik. Katakan anda dikehendaki membanding beberapa persamaan keadaan untuk sistem dua fasa dan banyak komponen. Anda hanya mempunyai satu semester untuk menjalankannya. Oleh itu, anda hanya boleh membuat bandingan berasaskan data yang telah diukur oleh penyelidik lain atau dari pengiraan menggunakan K, pemalar seimbangan. Jika data diambil dari penyelidikan lain, sistem yang digunanya harus sama dengan sistem yang anda kaji, seperti komposisi, tekanan dan suhu. Anda juga terpaksa menganggap data itu diambil dengan baik. Jika data didapatkan melalui pengiraan seimbangan, kejituan data bergantung kepada nilai K. Walaubagaimana pun banyak kajian telah dijalankan terhadap nilai nilai K dan anda boleh percaya kepada nilai yang ada dalam jurnal jurnal. Ini adalah bahagian teori yang pelajar mesti mengambilkira kerana keseluruhan kajian anda bergantung kepada kepercayaan data yang dikira secara seimbangan. Oleh itu teori mengenai K dan cara menggunanya akan membenar anda menganggar ralat dalam hasil kajian anda.

Banyak manakah teori yang hendak dipertimbangkan? Dari contoh di atas jelas faktor yang akan memberi kesan kepada hasil kajian dianggap mustahak dan hendaklah dipertimbangkan semasa merangka kajian. Tujuan utama adalah untuk pelajar memahami bahan yang akan dikaji supaya pelajar dapat membanding dan menganalisis kajian penyelidik lain.

Page 9: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

4.4 Teori dan Hasil Penyelidikan

Apakah teori dan apakah hasil penyelidikan? Teori kebiasaannya fahaman asas yang tidak dipertikaikan lagi. Secara tidak langsung, pada awalnya teori adalah hasil kajian seseorang, contoh, hukum Boyle, hukum Ohm, persamaan Darcy. Hasil penyelidikan merangkumi kajian yang lebih terkini dan konsep konsep yang mungkin belum diterima oleh kebanyakan penyelidik atau pengguna. Sebagai contoh, konsep menyelesaikan persamaan matematik secara berangka sudah lama diterima dalam matematik. Penggunaannya dalam bidang petroleum bermula pada tahun 50 an. Apabila keupayaan komputer bertambah, pendekatan pendekatan cara berangka semakin banyak dilaporkan dan makin bertambah penggunaannya. Satu cara yang digunakan dengan luasnya ialah cara IMPES. Cara IMPES memerlukan masa komputer yang panjang tetapi memori yang sedikit. Oleh itu dengan wujudnya komputer berupaya tinggi yang murah harga, cara ini dijangka diabaikan, tetapi ianya masih lagi diguna kerana kebaikannya yang lain. Cara ini juga sudah dikaji dengan banyak dan sekarang diajar dalam teori penyelakuan reservoir.

Bagi menentukan secara terperinci perkara yang akan diselidik, pelajar perlu tahu apakah yang belum dikaji atau  sekiranya sudah dikaji, hasil kajian dari satu penyelidik  bercanggah dengan hasil penyelidik lain. Mungkin cara yang digunakan boleh dibaiki atau persamaan yang dibangunkan mempunyai ciri ciri yang lebih diperlukan. Sebab itu, kita sering berjumpa artikel yang bertajuk  ‘improved’ atau ‘better’ atau ‘faster’  untuk menunjukkan kelebihannya. Oleh itu perbandingan hasil hasil penyelidikan dapat memberi anda skop atau objektif kajian dan juga kepentingannya  Penyelidik bukan sahaja perlu membaca jurnal pada masa menyediakan  objektif tetapi dari awal hingga siap tesis supaya pencariannya tidak menjadi lapuk. bila siap. Walaubagaimana pun bagi pelajar tahap Sarjana Muda, kajian yang melibatkan isu kontroversi atau perlu hasil yang cepat jarang dibuat dan tidak patut dibuat.  Oleh itu walaupun mengikut perkembangan semasa merupakan amalan yang baik, ianya tidak genting seperti tahap pasca sarjana.

4.5      Cara Mencari Maklumat

Page 10: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Bagi pelajar tahap sarjana muda memang susah untuk membeza dan membandingkan penyelidikan dan mencari kelemahannya sedangkan kebanyakan artikel bertahap yang tinggi. Oleh itu, sasaran penyelidikan tidak perlu sampai ke tahap artikel dalam jurnal secara menyeluruh. Yang biasa dilakukan ialah mencari bahagian kecil yang boleh dilakukan ke tahap yang mencukupi. Contoh, jika ujian mengunakan minyak mentah berat dan berbagai ciri diuji. Anda boleh mengunakan minyak yang ringan dan beberapa ciri sahaja. Pada masa ini, bimbingan dari penyelia dan perbincangan dengan ahli penyelidik lain adalah penting.

Satu cara yang boleh menolong anda ialah menyediakan jadual untuk merumuskan kertaskerja yang anda baca. Bahagian komen adalah analisis anda terhadap kajian dalam artikel tersebut seperti dari aspek metodologi, hasil, kejituan pengukuran, peralatan dan lain lain yang anda ingin gunakan.

Jadual 1.1  Merumuskan Artikel Dalam Bentuk Jadual

Tajuk & penulis

Metodologi Hasil Komen

‘Statistics for petroleum engineers and geoscientists’

Jensen et al

 

(Buku)

Cara cara analisis secara statistik diberi. Analisis ‘single variate’ , ‘bivariate’ dan ‘multivariate’ diberi. Cara ini boleh mengurangkan jumlah ujikaji dan mempercepatkan kajian. Hasil kajian juga akan lebih berguna kerana kejituan boleh dianggar dari cara statistiks.

  Cara ‘bivariate’ ada potensi untuk digunakan kerana mudah dari ‘multivariate’ dan dapat mempercepatkan kajian lebih daripada ‘single variate’

Page 11: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

           

Satu cara lagi ialah membuat rumusan atau abstrak anda sendiri secara yang anda faham. Sebaiknya anda merujuk kepada kertaskerja masakini. Walaubagaimana pun, ada juga kajian yang tidak menarik perhatian penyelidik lain dan tidak dikaji dengan luas. Contoh, banjiran polimer dalam industri petroleum telah ditinggalkan oleh penyelidik barat kerana tidak menunjukkan perolehan yang diharapkan. Sekarang, dengan menggunakan polimer yang berat molekul mencapai 3-4 juta, penyelidik negara Cina telah berjaya menambahkan perolehan.

Jika rujukan tidak dibuat atau tidak mencukupi, anda mungkin membuat perkara yang sudah dibuat oleh ramai pengkaji seperti mengkaji persamaan Redlich Kwong. Masalah dalam merujuk kepada artikel ialah penyelidikan yang tidak berjaya tidak dilaporkan. Di sini, pengetahuan mengenai teori sangat diperlukan supaya anda tidak cuba membuat sesuatu yang jelas menentang teori.

4.6 Sumber Untuk Kajian Literatur

Buku, tesis dan jurnal adalah sumber asas tetapi dalam zaman Internet ini anda boleh mendapat rujukan melalui jurnal yang disimpan secara atas talian. Perpustakaan anda biasanya mempunyai laluan untuk ke sumber tersebut. Tesis merupakan satu sumber yang sangat baik kerana tahapnya sesuai dengan tahap anda dan mempunyai maklumat terperinci mengenai radas yang digunakan dan lain lain. Institusi penyelidikan juga mempunyai laporan laporan teknikal yang boleh menolong anda dan kebanyakan institusi mempunyai perpustakaan sendiri.

RUMUSAN

Kajian literatur anda patut dimulakan dengan bahan bahan asas mengenai tajuk anda. Proses ini harus dilakukan sepanjang kajian. Beberapa sumber maklumat boleh digunakan untuk mengumpul data dan hasil penyelidikan lain.

Ada suatu kisah benar yang mana seorang pelajar membentangkan kajian kakisan. Oleh kerana proses kakisan mengambil masa yang lama, pengukuran yang buat dalam masa satu semester tidak menunjukkan perubahan yang nyata. Malah nilainya terlalu kecil sehingga boleh dianggapkan sebagai ralat pengukuran dan alasannya ialah ujikajinya memakan masa terlalu lama.  Jelas di sini bahawa rujukan kepada kajian lampau tidak dijalankan dengan teliti. Bagi pelajar ini,

Page 12: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

penulis hanya memberi markah kerana kejujurannya yang tidak mengubah data. Bab 5 mengandungi cara cara lazim merekabentuk model kajian. Cara yang sesuai boleh dipilih berasas-kan kajian literatur yang anda  telah lakukan.

LATIHAN

4.1       Senaraikan jenis jenis rujukan yang anda telah buat.

 

4.2       Dari apa yang anda telah baca, tuliskan ringkasan setiap kata petunjuk atau ‘keyword’ dalam tajuk tesis anda.

 

4.3       Sediakan jadual seperti dalam Jadual 4.1 bagi artikel artikel yang anda telah baca. Dari komen dalam jadual, bandingkan dengan Objektif, Skop dan lain lain dalam Cadangan kajian anda. Ubah jika perlu.

to top

Tinjauan literature adalah berasaskan pada andaian bahawa pengetahuan adalah dikumpulkan dan manusia belajar serta memilihnya berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu.

Salam Ukhuwah,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa Tinjauan literature adalah kajian semula dalam mengumpulkan pengetahuaan tentang sesuatu persoalan di mana ianya merupakan langkah asas pertama dalam proses penyelidikan. Saya ingin menambah sedikit tentang Menulis Kajian Lepas (Literature Review).

Kajian Lepas atau Literature Review adalah “a critical analysis of the research conducted on a particular topic or question in the field of science”. Ia merupakan analisa berupa kritik (membangun maupun menjatuhkan) dari penelitian yang sedang dilakukan terhadap topik khusus atau pertanyaan terhadap suatu bagian dari keilmuan. Literature Review bukannya ringkasan terhadap sesebuah kajian lain tetapi merupakan cerita ilmiah terhadap permasalahan kajian tertentu yang dilakukan oleh orang lain.

Langkah-Langkah yang perlu diambil apabila melakukan Literature Review;

Page 13: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Langkah 1: Membaca tulisan-tulisan ilmiah yang berkaitan

Langkah 2: Menilai semua tulisan ilmiah yang dibaca

Langkah 3: Buat ringkasan

Langkah 4: Gabungkan menjadi satu cerita ilmiah yang lengkap mengenai suatu masalah kajian berkenaan.  

Di sini saya ingin menghuraikanLangkah 2: Menilai Semua Tulisan Ilmiah Yang dibaca.

Semasa menilai sesebuah tulisan yang akan dijadikan rujukan dalam kajian lepas, beberapa perkara perlu diteliti bagi memastikan kesesuaian sumber berkenaan;

A.        Autoriti Penulis

Apabila meneliti tulisan yang ingin dijadikan kajian lepas atau Literature Review, autoriti seseorang penulis juga perlu diambil kira. Anda tidak boleh menjadikan semua tulisan yang ditemui sebagai bahan rujukan tanpa menyemak kredibiliti bahan berkenaan termasuk penulisnya.

Tulisan-tulisan di internet yang anda perolehi tanpa sumber yang boleh dipercayai tidak boleh dijadikan bahan rujukan untuk tulisan ilmiah. Walau bagaimanapun, sekiranya tulisan berkenaan anda perolehi di laman web yang boleh dipercayai yang dibina oleh Jabatan Kerajaan seperti PDRM, Cyber Security, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya, statistik atau maklumat berkenaan boleh digunakan.

Page 14: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Anda perlu tahu Siapa yang melakukan penelitian? Apakah pengarang berkenaan merupakan orang yang memiliki autoriti dalam bidang tersebut? Apa bukti yang dapat mendukung hal ini?

B.        Tulisan ilmiah berkualiti

Sumber bacaan yang digunakan juga perlulah terdiri daripada tulisan ilmiah yang berkualiti. Ini bermakna, tulisan-tulisan bersifat popular yang disiarkan untuk bacaan umum seperti di majalah, akhbar dan bahan bacaan popular tidak sesuai untuk dijadikan rujukan dalam kajian ilmiah.

Anda juga boleh mendapatkan sumber rujukan yang terdapat dalam Jurnal elektronik dan database yang disediakan secara dalam talian. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati apabila melakukan carian dalam internet yang menghasilkan laman sawang tidak dapat disahkan kebolehpercayaannya.

Literature Review dilakukan untuk:

i. Membentuk sebuah kerangka teori untuk topik/bidang penelitian

ii. Menjelaskan definisi, kata kunci dan terminologi

iii. Menentukan kajian, model, dll yang mendukung topik

iv. Menentukan lingkup penelitian

v. Topik penelitian.

Page 15: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Apabila melakukan Literature Review, tiga perkara utama perlu dicari, iaitu;

i. Katakan apa yang dikatakan oleh penelitian (teori).

ii. Katakan bagaimana penelitian dilakukan (metodologi).

iii. Katakan apa yang hilang/kurang, iaitu lompang (ruang kosong) yang ingin diisi oleh penelitian anda.

Langkah-Langkah yang perlu diambil apabila melakukan Literature Review;

Langkah 1: Membaca tulisan-tulisan ilmiah yang berkaitan

Langkah 2: Menilai semua tulisan ilmiah yang dibaca

Langkah 3: Buat ringkasan

Langkah 4: Gabungkan menjadi satu cerita ilmiah yang lengkap mengenai suatu masalah kajian berkenaan.  

Langkah 1: Membaca tulisan-tulisan ilmiah yang berkaitan

Langkah 1: Membaca Tulisan-Tulisan Ilmiah Yang Berkaitan

Anda perlu mengenalpasti bahan-bahan yang akan diteliti sebagai kajian lepas. Sumber utama yang perlu dicari berdasarkan tulisan-tulisan yang diterbitkan dalam jurnal, laporan penelitian, kajian atau mendapatkan informasi daripada seseorang yang pakar dalam bidang berkenaan melalui wawancara sama ada secara terus atau melalui mel elektronik. 

Page 16: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Analisis akan dilakukan terhadap tulisan-tuilisan yang telah dipilih ini akan dilakukan melalui beberapa tahap bacaan ilmiah iaitu;

Tahap 1:  Melihat Struktur Teks

Setelah menemui sesuatu artikel atau tulisan, anda perlu melihat struktur dan teks berkenaan seperti daftar isi, abstrak, pengenalan, sub topik yang dibincangkan dan keseluruhan tulisan berkenaan sama ada sesuai atau tidak dengan apa yang dicari. Tulisan berkenaan perlu dilihat dari sudut keberkaitan dengan apa yang ingin anda kaji dalam tulisan anda.

Tahap 2: Bacaan Secara Terperinci

Apabila tulisan berkenaan sesuai dengan penelitian anda, anda perlu membacanya dengan lebih terperinci untuk mencari penelitian tertentu yang akan mendukung Literature Review anda anda nanti. Teknik ini membolehkan anda untuk mengenalpastikan kesesuaian bahan berkenaan.

Pada peringkat ini, anda perlu membaca sebanyak mungkin bahan bacaan untuk memperolehi sebanyak mungkin maklumat dan pengertian umum mengenai kajian-kajian yang ada di dalam bidang kajian itu. Anda harus objektif apabila melakukan penelitian.

Page 17: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Pada peringkat ini, tujuan membaca adalah untuk memberi penilaian dan kritikan terhadap kajian atau tulisan orang lain yang dipilih. Jadi, anda tidak sepatutnya hanya memilih kajian atau tulisan yang sependapat dengan apa yang anda anggap benar sahaja. Anda sepatutnya membaca semua tulisan yang berkaitan secara telus walaupun anda tidak bersetuju dengan pendapat atau pengangan penulis tersebut.

Panduan Membaca Sumber

i.                    Skimming: Proses membaca dokumen objek secara cepat sambil mengambil inti-inti dari setiap perenggan. Peoses atau cara ini dapat membantu melakukan penelitian dengan lebih cepat dan menyeluruh.

ii.                  Paragraph Statement (Statement Utama di dalam suatu perenggan): Membantu anda untuk memahami apakah statement utama dalam perenggan berkenaan.

iii.                Document Statement (Masalah kajian/Tema Penelitian): Statement utama dalam dokumen yang dibaca akan dapat membantu anda memahami tema secara keseluruhan.

Langkah 2: Menilai Semua Tulisan Ilmiah Yang Dibaca

Semasa menilai sesebuah tulisan yang akan dijadikan rujukan dalam kajian lepas, beberapa perkara perlu diteliti bagi memastikan kesesuaian sumber berkenaan;

A.        Autoriti Penulis

Page 18: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Apabila meneliti tulisan yang ingin dijadikan kajian lepas atau Literature Review, autoriti seseorang penulis juga perlu diambil kira. Anda tidak boleh menjadikan semua tulisan yang ditemui sebagai bahan rujukan tanpa menyemak kredibiliti bahan berkenaan termasuk penulisnya.

Tulisan-tulisan di internet yang anda perolehi tanpa sumber yang boleh dipercayai tidak boleh dijadikan bahan rujukan untuk tulisan ilmiah. Walau bagaimanapun, sekiranya tulisan berkenaan anda perolehi di laman web yang boleh dipercayai yang dibina oleh Jabatan Kerajaan seperti PDRM, Cyber Security, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya, statistik atau maklumat berkenaan boleh digunakan.

Anda perlu tahu Siapa yang melakukan penelitian? Apakah pengarang berkenaan merupakan orang yang memiliki autoriti dalam bidang tersebut? Apa bukti yang dapat mendukung hal ini?

B.        Tulisan ilmiah berkualiti

Sumber bacaan yang digunakan juga perlulah terdiri daripada tulisan ilmiah yang berkualiti. Ini bermakna, tulisan-tulisan bersifat popular yang disiarkan untuk bacaan umum seperti di majalah, akhbar dan bahan bacaan popular tidak sesuai untuk dijadikan rujukan dalam kajian ilmiah.

Anda juga boleh mendapatkan sumber rujukan yang terdapat dalam Jurnal elektronik dan database yang disediakan secara dalam talian. Walau

Page 19: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

bagaimanapun, anda perlu berhati-hati apabila melakukan carian dalam internet yang menghasilkan laman sawang tidak dapat disahkan kebolehpercayaannya.

Beberapa persoalan perlu dijadikan panduan untuk menentukan kualiti sesebuah tulisan;

i.                    Dari mana asal tulisan itu? Apakah berasal dari sumber yang valid misalnya institusi pendidikan?

ii.                  Apakah penelitian ini dijadikan rujukan oleh orang lain atau telah diterima oleh badan editorial misalnya. Apakah jurnal tersebut diterbitkan dalam mana-mana jurnal?

iii.                Jika berasal dari laman sawang (website), apakah memuat informasi pengarang, apakah laman sawang berkenaan adalah dari sebuah institusi pendidikan? Apakah ada tarikh diterbitkan?

C.   Kebolehpercayaan sumber

Kebolehpercayaan sumber boleh anda teliti berdasarkan beberapa perkara iaitu;

i.                    Apa yang dibahaskan oleh kajian itu?

ii.                  Apakah kajian ini diterima dalam bidang ini? Bagaimana anda boleh tahu sekiranya tulisan berkenaan diterima dalam bidang ini? Salah satu cara untuk menjawab persoalan ini adalah dengan melihat apakah penelitian yang sama telah digunakan dalam sumber atau tulisan lain apabila membincangkan topik yang sama, dan adakah sumber rujukan ini telah digunakan secara berterusan dengan sumber yang lain?

Page 20: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

iii.                Apa yang membuatkan tulisan ini dapat dipercayai? Apakah rujukan dalam tulisan ini juga menggunakan sumber rujukan yang boleh dipercayai juga? Sesebuah tulisan yang mempunyai bahan rujukan terhadap sumber yang boleh dipercayai, maka tulisan tersebut secara teorinya boleh dipercayai.

D.  Objektif

i.               Apakah tulisan berkenaan terdapat bukti yang bias tentang sesuatu hal, contohnya, apakah anda akan percaya apabila tulisan berkenaan menyatakan bahawa asap rokok tidak bahayakan kesihatan?

ii.         Apakah statistik yang dinyatakan sesuai dengan penerbitan lain? Jika tidak, apakah argumen (metode, rancangan penelitian dll) yang dipakai sebagai pegangan dasar dalam penelitian itu cukup meyakinkan?

iii.                Apakah data yang dikemukakan itu benar? Adakah sumbernya boleh dipercayai?

D.   Mutakhir dan Terkini

Apabila menulis tulisan ilmiah, anda perlu memastikan bahawa sumber rujukan yang digunakan terdiri daripada tulisan yang terkini. Rangkuman tulisan berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun terkebelakang. Jika anda menulis pada tahun 2010, bahan rujukan yang digunakan meliputi antara tahun 2000 hingga 2010.

Page 21: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Walau bagaimanapun, terdapat kekecualian terhadap sumber rujukan berkenaan, antaranya;

i.                    Jika menulis tentang sejarah sesuatu perkara atau rentetan peristiwa

ii.                  Menggunakan rujukan asal yang mencetus kepada sesuatu perkara; contoh teori darwin menjadi asas kepada kajian tentang kejadian alam, merujuk tulisan hikayat-hikayat lama sebagai teks kajian dan sebagainya.

iii.                Membandingkan perbezaan pendapat antara dua perkara atau tokoh yang berlaku pada zaman yang berbeza seperti mengkaji pendapat Al-Ghazali dan tokoh Islam moden tentang sesuatu perkara, mengkaji pemikiran Mahathir Mohamad dalam Dilema Melayu dan pemikiran masa kini tokoh itu.

iv.                 Dan sebab-sebab lain yang dirasakan relevan.

Jadi, anda perlu meneliti perkara berikut untuk menentukan kekinian sesebuah tulisan;

• Tahun tulisan tersebut diterbitkan.

• Apakah mungkin terdapat informasi yang lebih terkini?

• Apakah anda menemukan tulisan yang lebih baru dan menimbulkan keraguan atau menentang beberapa penemuan sebelumnya?

• Sudahkah informasi terkini itu anda peroleh dan teliti kandungannya?

F. Cakupan

Page 22: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Apakah informasi yang tersedia sudah lengkap? Berdasarkan penelitian anda sejauh ini, apakah informasi berkenaan telahpun mencakupi bidang yang diteliti?

Berapa ukuran sampel? Apakah sampel ini mencukupi?

Apakah ada penelitian lebih lanjut yang tidak disebut atau secara sengaja dihilangkan dari penemuan?

Langkah 3: Buat ringkasan 

Anda boleh membuat ringkasan tentang sumber bacaan sambil membaca. Catatan berkenaan perlu mengikut perkara berikut;

a.         Apakah isi penting, teori, masalah utama yang diangkat dalam tulisan berkenaan?

b.         Rangkumkan isi penting yang diajukan pengarang.

c.      Catatkan secara terperinci sumber rujukan yang digunakan pengarang ini termasuk halaman yang dirujuk yang anda anggap mungkin berguna dalam Literature Review.

d.        Pastikan anda memiliki semua maklumat bibliografi seperti pengarang, tahun terbitan, judul buku, penerbit, halaman dll.

e.         Catat bagaimana pengarang menggunakan sumber asal rujukannya. Jika anda meniru atau menyalin kata-kata pengarang asal secara langsung, anda perlu pastikan anda menulisnya dalam tanda petik dan menyebut halamannya. [rujuk bagaimana cara menulis petikan yang betul].

Page 23: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

f.          Apa tujuan pengarang; baik yang tersurat mahupun tersirat?

g.         Apa kesimpulan yang dibuat oleh pengarang? Apa yang disimpulkan atau penemuan dalam kajian ini?

h.      Tulis juga pendapat anda tentang bacaan tersebut. Hal ini akan sangat berguna apabila anda melihat semula catatan tersebut atau menggunakannya semasa menulis nanti.

Secara lebih mudah, senarai yang perlu anda catatkan pada bahagian ini adalah seperti berikut;

i. Penulis

ii. Tahun

iii. Judul

iv. Sumber (Nama Jurnal atau Prosiding)

v. Tujuan Penelitian

vi. Hipotesis kajian

vii. Metode Penelitian, Material, reka bentuk eksperimen yang dijalankan

viii. Data/Hasil

ix. Kesimpulan/Diskusi

Langkah 4: Gabungkan menjadi satu cerita ilmiah yang lengkap dalam bentuk tulisan

Page 24: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Menulis Literature Review

Gunakan rangkuman dan catatan untuk mengidentifikasikan hubungan dan kaitan antara pelbagai penelitian yang telah anda lakukan.

Salam Ukhuwah,

Saya bersetuju dengan pandangan yang cikgu utarakan bahawa ulasan literature juga adalah kajian semula dalam mengumpulkan pengetahuaan tentang sesuatu persoalan di mana ianya merupakan langkah asas pertama dalam proses penyelidikan. 

Saya ingin menghuraikan Langkah 4semasa melakukan tinjauan literatur: Gabungkan menjadi satu cerita ilmiah yang lengkap dalam bentuk tulisan

Menulis Literature Review

Gunakan rangkuman dan catatan untuk mengidentifikasikan hubungan dan kaitan antara pelbagai penelitian yang telah anda lakukan.

Anda seharusnya boleh menentukan:

a.             Persamaan dan perbezaan antara ramai pengarang dan penelitian yang telah mereka lakukan

b.             Penelitian yang mana yang saling menyokong dan menentang?

c.              Apa persoalan utama yang masih belum terjawab?

d.             Arah penelitian yang mungkin boleh dilakukan kajian lebih lanjut?

Merangkum/menggabungkan semua tulisan

Page 25: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Untuk merangkumkan semua penelitian ini yang akhirnya menjadi kajian lepas atau literature review, anda perlu membuat penggelompokan (kategorikan) semua penelitian yang mirip dan boleh digandingkan secara bersama contohnya maklumat yang sama atau berbeza. Salah satu teknik yang sangat berguna untuk diamalkan bagi tujuan ini adalah dengan menggunakan peta minda yang akan menyusun penelitian ke dalam bentuk isi utama dalam setiap tema.

Salam Ukhuwah.

Saya bersetuju dengan pandangan yang cikgu lontarkan bahawa ulasan literature merupakan ringkasan atau ulasan dari artikel, jurnal, buku, prosiding dan dokumen-dokumen lain yang menjelaskan maklumat lepas dan terkini berkaitan dengan kajian yang dicadangkan. Saya ingin memberikan beberapa tips penulisan tinjauan literature yang saya perolehi melalui pembacaan saya.

Tips: Menulis Literature Review:

Paraphrasing

Rujukan/bibliografi

Citing

Parafrasa (Paraphrasing)

Parafrasa adalah menulis semula apa yang ditulis penulis lain (dengan menggunakan ayat sendiri) tanpa menghilangkan maksudnya. Tulisan ini kelihatan berbeza dengan tulisan asal kerana ayatnya telah diubahsuai, tetapi masih lagi mempunyai maksud yang sama.

Cara ini dapat menghindarkan kita untuk mengutip statement seseorang secara langsung seperti apa yang diungkapkan oleh orang itu. walau bagaimanapun, penulisan yang telah dilakukan parafrasa masih lagi memerlukan anda

Page 26: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

memasukkan sumber rujukan sebagai tanda anda mengiktiraf tulisan asal dan mengelakkan daripada terjebak dalam plagiat.

Contoh Paraphrasing - one statement

Dokumen asli: bersumberkan Majlis Keselamatan Jalan Raya, 2010. Maklumat lengkap tidak dinyatakan kerana contoh ini hanya melibatkan cara menulis parafrasa sahaja.

 

Cuai dikenal pasti sebagai penyebab utama kemalangan maut di jalan raya sekali gus menjadi penyumbang kepada peningkatan angka kematian di negeri ini. Lebih membimbangkan, faktor tersebut kebanyakannya berpunca daripada pengguna jalan raya sendiri yang bersikap sambil lewa terhadap aspek keselamatan. Sikap cuai pemandu serta tidak mengambil berat tentang keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya dikenal pasti sebagai punca utama bilangan nyawa terkorban di negara ini terus meningkat. Kajian mendapati sikap cuai pemandu untuk memandu melebihi had laju serta tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat merupakan sebab utama berlakunya kemalangan maut di negera kita.

Setelah diparafrasa:

 

Berdasarkan kajian, kemalangan maut yang berlaku di negara ini berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya akibat gagal mematuhi aspek keselamatan dan undang-undang. Punca utama kemalangan maut berkenaan adalah memandu melebihi had laju dan tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat

Page 27: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

menjadikan jumlah nyawa yang terkorban dalam kemalangan di negara ini terus meningkat (Majlis Keselamatan Jalan Raya, 2010).

Contoh Paraphrasing – multiple statement

Dokumen asli 1: Tulisan Zuhayati Yazid, 2006. Maklumat lengkap tidak dinyatakan kerana contoh ini hanya melibatkan cara menulis parafrasa sahaja. 

Anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama lumrahnya lahir daripada keluarga yang tidak mementingkan agama. Ini terjadi kerana keluarga itu sendiri tidak memahami keperluan agama. Keadaan menjadi lebih buruk apabila ketua keluarga lebih menumpukan perhatian dan menghabiskan tenaga untuk mencari nafkah. Akibat daripada sikap ibu bapa seperti ini, anak-anak akan lebih cenderung dipengaruhi oleh orang sekeliling seperti teman-teman sebaya dan sebagainya

Dokumen asli 2: Fatimah Yusoff, 2008. Maklumat lengkap tidak dinyatakan kerana contoh ini hanya melibatkan cara menulis parafrasa sahaja. 

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak

Setelah Parafrasa:

Page 28: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Ibu bapa sangat berperanan dan mempengaruhi kehidupan anak-anak melalui institusi keluarga yang kukuh. Asas agama yang teguh dalam sesebuah keluarga menjadi benteng kepada para remaja agar tidak akan terjebak dalam gejala sosial. Anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama kebiasaannya lahir dalam keluarga yang tidak memahami dan mementingkan agama. Ketua keluarga pula sibuk mencari nafkah keluarga sehingga tidak dapat meluangkan lebih banyak masa mendampingi anak remaja. Ini menyebabkan anak-anak akan lebih cenderung dipengaruhi oleh orang sekeliling terutama rakan sebaya (Zuhayati Yazid, 2006; Fatimah Yusoff, 2008).

Mengutip (Citing)

Mengutip tulisan atau lebih dikenali sebagai Citing merupakan kegiatan mencantumkan beberapa tulisan yang ditulis oleh penulis lain dalam buku, jurnal, prosiding seminar, internet dan sebagainya, terhadap pernyataan orang lain secara langsung. Pernyataan berkenaan kemudiannya akan diparafrasa mengikut kesesuaian.

Contoh:

Abdullah Mohamad Said (1999) yang memetik maksud dalam Kamus Webster menjelaskan tentang makna alam sekitar sebagai kesemua faktor dan keadaan fizikal, sosial dan kebudayaan yang mempengaruhi kewujudan dan perkembangan organisma. Royston (1980) menjelaskan bahawa alam sekitar terdiri daripada faktor-faktor fizikal, ekonomi, teknologi, politik, sosial dan kebudayaan. Ahli ekologi berpendapat alam sekitar merupakan kesemua keadaan dan pengaruh

Page 29: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

luaran yang memberi kesan kepada kehidupan dan perkembangan organisma (Abdullah Mohamad Said, 1999).

Rujukan/bibliografi

Memasukkan penerbitan yang dijadikan rujukan dalam kajian mengikut cara penulisan yang betul.

Rujukan untuk Buku sila rujuk Cara Tulis Rujukan dan Bibliografi Gaya UKM

Rujukan untuk Makalah dalam Jurnal dan prosiding sila rujuk Menulis Rujukan Makalah dalam Jurnal

Rujukan untuk sumber Internet sila rujuk Gaya UKM: Rujukan Tidak Terbit.

Literature Review Yang Baik

Anda dapat menghasilkan literature review yang baik apabila mampu menjawab persoalan-persoalan berikut;

1. Pilihan literatur

• Sudahkan anda membaca dengan cukup luas berkaitan kajian tersebut?

• Apakah tujuan dari review telah dikenalpasti dengan jelas?

Page 30: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

• Apakah tulisan anda mengandungi definisi yang jelas dan mengklasifikasi batasan daripada bacaan berkenaan dengan penelitian yang bakal anda jalankan?

• Apakah review menumpukan kepada perkembangan mutakhir topik itu?

• Apakah review menggunakan sumber utama?

2. Kritikan daripada literatur

• Apakah terdapat aliran yang logik dari penulisan anda?

• Apakah struktur review anda telah dinyatakan dengan jelas?

• Sudahkah anda membuktikan bahawa anda telah membaca dengan luas, sekaligus fokuskan kepada topik penelitian yang spesifik?

• Sudahkah anda fokuskan kepada masalah yang paling relevan?

3. Interpretasi

• Sudahkah anda fokuskan dan membuat penilaian terhadap apa yang telah dibaca?

• Apakah masih ada ruang yang lebar belum terisi dalam penelitian tersebut?

• Sudahkah anda menggunakan hasil penilitian itu untuk membuat interpretasi anda terhadap Kajian itu?

Anda boleh melihat How to review literature and write literature review? yang ditulis Dr. Supyan, lengkap dengan video berkaitan, dalam Bahasa Inggeris. Tulisan beliau akan melengkapkan lagi bacaan anda di entri ini.

Contoh literature riview

Page 31: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Berikut saya salin dan tampal literature riview yang ditulis dalam sebuah artikel yang diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan 31 (2006) 123-141. Tulisan ini merupakan artikel yang ditulis oleh Norlia Abd. Aziz, Subahan Meerah, Lilia Halim dan Kamisah Osman yang boleh juga diperolehi sepenuhnya secara online berjudulHubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan. 

Contoh literature riview:

Kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak dan Rashidi (1997) adalah untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Sains dan Matematik sekolah menengah rendah. Dalam kajian berkenaan, tiga gaya pembelajaran telah dikemukakan iaitu gaya motivasi, gaya mendalam dan gaya permukaan dari Inventori Gaya Pembelajaran Selmes (1987). Sampel kajian terdiri daripada 539 orang pelajar Tingkatan 4 di 20 buah sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga gaya pembelajaran. Gaya motivasi mendalam mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian Sains dan Matematik, sementara gaya permukaan mempunyai hubungan yang negatif. Ini bermakna gaya motivasi dan gaya mendalam dapat meningkatkan pencapaian akademik. Asiah (1999) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap pencapaian akademik dan gaya pembelajaran di kalangan pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Instrumen yang digunakan ialah Learning Style Inventory Dunn, Dunn and Price (1985). Sampel kajian seramai 97 orang pelajar Tingkatan 4 dari aliran teknik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada korelasi antara pencapaian akademik dengan gaya pembelajaran pelajar.

Kajian Tumerah (1996) menggunakan Grasha-Reichman Learning Style Inventory menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan etnik. Etnik Melayu menunjukkan kecenderungan memilih gaya

Page 32: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

pembelajaran yang melibatkan aktiviti kumpulan. Sementara, etnik Cina menunjukkan kecenderungan yang tidak dominan dalam semua gaya pembelajaraan. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang pelajar Semester 5 kursus Diploma Perguruan Malaysia di sebuah maktab perguruan di Sarawak. Misnan (1999) dalam kajiannya untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran bahasa Arab telah menggunakan Inventori Pembelajaran di Sekolah (Selmes 1987). Misnan telah mengubah suai inventori tersebut kepada empat gaya pembelajaran.

Empat gaya pembelajaran itu ialah gaya hafalan, gaya perbincangan, gaya latihan dan gaya motivasi. Sampel kajian terdiri daripada 200 pelajar Tingkatan 4 di enam buah sekolah di negeri Perak. Dapatan kajian mendapati gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar cemerlang adalah gaya motivasi dan gaya hafalan. Sementara, pelajar lemah mengamalkan gaya motivasi dan perbincangan semasa mempelajari Bahasa Arab.

Dapatan kajian oleh Norihan (2001) mendapati tidak wujud perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar pandai, sederhana dan lemah dalam matematik. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kesan positif gaya pembelajaran adalah sama ke atas semua pelajar, walaupun mereka mempunyai keupayaan yang berbeza. Selain dalam negara, kajian gaya pembelajaran juga banyak dilakukan di luar negara. Misalnya, Geiser-William (1999) telah membuat kajian terhadap pelajar-pelajar pinggir bandar gred 18 matematik. Beliau mendapati pelajar yang mengamalkan learning- style- responsive dalam strategi pembelajaran Matematik telah menunjukkan kesignifikan yang tinggi dalam pencapaian dan sikap mereka berbanding dengan pelajar yang menggunakan gaya tradisional.

Kajian Mcgowan (1998) terhadap 68 orang pelajar Afrika Amerika dari Fakulti Teknologi Perindustrian di Universiti Mississippi menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Dapatan yang sama juga diperoleh oleh Cavanagh dan Stephen (1995) dalam kajiannya ke atas

Page 33: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

192 pelajar jururawat menggunakan Inventori Gaya Pembelajaran Kolb. Beliau mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian.

Kajian yang dijalankan oleh Sadler-Smith (1996) menunjukkan terdapat perbezaan dalam gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan jantina, umur dan program belajar dalam pendekatan pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Revised Approaches to Studying Inventory (RASI). Hasil kajian ini mendapati pelajar lelaki mengamalkan gaya mendalam berbanding pelajar perempuan yang lebih suka kepada gaya pembelajaran permukaan.

Kajian tentang gaya pembelajaran dengan jantina juga telah dijalankan oleh Watson (1997) terhadap 147 orang pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina. Pelajar lelaki dan perempuan sama-sama cenderung kepada gaya pembelajaran konkrit dan juga kombinasi gaya pembelajaran konkrit dan abstrak.

Kajian oleh Engelbrecht dan Natzel (1997) menunjukkan terdapat perbezaan gaya kognitif antara pelajar kulit hitam Afrika-Amerika dan Afrika Selatan. Instrumen yang digunakan ialah Children’s Embedded Figures Test (GEFT) untuk menentukan gaya kognitif bagi 100 orang pelajar kulit hitam Afrika-Amerika dan 100 orang pelajar kulit hitam Afrika Selatan Gred 4 dan 5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar kulit hitam Afrika-Amerika lebih suka menggunakan gaya field independent manakala pelajar Afrika Selatan pula lebih suka kepada gaya field dependent.

Richardson dan Fergus (1993) telah menjalankan kajian di dua buah sekolah menengah di Monstserrat, Caribbean untuk mengenal pasti gaya pembelajaran bagi dua kumpulan yang berbeza kebolehan, iaitu A dan B. Sampel kajian terdiri

Page 34: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

daripada 114 orang pelajar Gred 9 yang berumur 14 tahun. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik Inventory of Processes yang merangkumi empat skala gaya pembelajaran, iaitu proses mendalam, proses menghuraikan, mempertahankan fakta dan belajar secara tersusun. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar dari kumpulan A yang berkebolehan tinggi memperolehi skor yang tinggi dalam proses belajar secara mendalam, belajar secara tersusun dan mempertahankan fakta berbanding dengan pelajar kumpulan B yang kurang berkebolehan.

Secara keseluruhan, kajian lepas melaporkan bahawa tidak ada perbezaan gaya pembelajaran mengikut etnik dan jantina. Pada masa yang sama, hubungan positif antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik juga tidak konsisten. Walau bagaimanapun, kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi, yakni gaya pembelajaran mendalam mempunyai kaitan dengan motivasi dalaman.

Sekian dahulu untuk entri kali ini. Entri seterusnya akan memberi anda informasi tentang aspek lain dalam penulisan. Selamat menulis.

Posted by maharam detik 6:30 AM   

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels: Cara menulis kajian lepas, kaedah kajian, Literature Review, research penulisan ilmiah

Petua Menulis

Contoh Tugasan, Tips dan Panduan Menulis

Monday, October 25, 2010

Page 35: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Menulis Kajian Lepas (Literature Review)

Kajian Lepas atau Literature Review adalah “a critical analysis of the research conducted on a particular topic or question in the field of science”. IA merupakan analisa berupa kritik (membangun maupun menjatuhkan) dari penelitian yang sedang dilakukan terhadap topik khusus atau pertanyaan terhadap suatu bagian dari keilmuan. Literature Review bukannya ringkasan terhadap sesebuah kajian lain tetapi merupakan cerita ilmiah terhadap permasalahan kajian tertentu yang dilakukan oleh orang lain.

Literature Review dilakukan untuk:

i. Membentuk sebuah kerangka teori untuk topik/bidang penelitian

ii. Menjelaskan definisi, kata kunci dan terminologi

iii. Menentukan kajian, model, dll yang mendukung topik

iv. Menentukan lingkup penelitian

v. Topik penelitian.

Apabila melakukan Literature Review, tiga perkara utama perlu dicari, iaitu;

i. Katakan apa yang dikatakan oleh penelitian (teori).

ii. Katakan bagaimana penelitian dilakukan (metodologi).

iii. Katakan apa yang hilang/kurang, iaitu lompang (ruang kosong) yang ingin diisi oleh penelitian anda.

Page 36: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Langkah-Langkah yang perlu diambil apabila melakukan Literature Review;

Langkah 1: Membaca tulisan-tulisan ilmiah yang berkaitan

Langkah 2: Menilai semua tulisan ilmiah yang dibaca

Langkah 3: Buat ringkasan

Langkah 4: Gabungkan menjadi satu cerita ilmiah yang lengkap mengenai suatu masalah kajian berkenaan.  

Langkah 1: Membaca Tulisan-Tulisan Ilmiah Yang Berkaitan

Anda perlu mengenalpasti bahan-bahan yang akan diteliti sebagai kajian lepas. Sumber utama yang perlu dicari berdasarkan tulisan-tulisan yang diterbitkan dalam jurnal, laporan penelitian, kajian atau mendapatkan informasi daripada seseorang yang pakar dalam bidang berkenaan melalui wawancara sama ada secara terus atau melalui mel elektronik. 

Analisis akan dilakukan terhadap tulisan-tuilisan yang telah dipilih ini akan dilakukan melalui beberapa tahap bacaan ilmiah iaitu;

Tahap 1:  Melihat Struktur Teks

Page 37: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Setelah menemui sesuatu artikel atau tulisan, anda perlu melihat struktur dan teks berkenaan seperti daftar isi, abstrak, pengenalan, sub topik yang dibincangkan dan keseluruhan tulisan berkenaan sama ada sesuai atau tidak dengan apa yang dicari. Tulisan berkenaan perlu dilihat dari sudut keberkaitan dengan apa yang ingin anda kaji dalam tulisan anda.

Tahap 2: Bacaan Secara Terperinci

Apabila tulisan berkenaan sesuai dengan penelitian anda, anda perlu membacanya dengan lebih terperinci untuk mencari penelitian tertentu yang akan mendukung Literature Review anda anda nanti. Teknik ini membolehkan anda untuk mengenalpastikan kesesuaian bahan berkenaan.

Pada peringkat ini, anda perlu membaca sebanyak mungkin bahan bacaan untuk memperolehi sebanyak mungkin maklumat dan pengertian umum mengenai kajian-kajian yang ada di dalam bidang kajian itu. Anda harus objektif apabila melakukan penelitian.

Pada peringkat ini, tujuan membaca adalah untuk memberi penilaian dan kritikan terhadap kajian atau tulisan orang lain yang dipilih. Jadi, anda tidak sepatutnya hanya memilih kajian atau tulisan yang sependapat dengan apa yang anda anggap benar sahaja. Anda sepatutnya membaca semua tulisan yang berkaitan secara telus walaupun anda tidak bersetuju dengan pendapat atau pengangan penulis tersebut.

Panduan Membaca Sumber

Page 38: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

i.                    Skimming: Proses membaca dokumen objek secara cepat sambil mengambil inti-inti dari setiap perenggan. Peoses atau cara ini dapat membantu melakukan penelitian dengan lebih cepat dan menyeluruh.

ii.                  Paragraph Statement (Statement Utama di dalam suatu perenggan): Membantu anda untuk memahami apakah statement utama dalam perenggan berkenaan.

iii.                Document Statement (Masalah kajian/Tema Penelitian): Statement utama dalam dokumen yang dibaca akan dapat membantu anda memahami tema secara keseluruhan.

Langkah 2: Menilai Semua Tulisan Ilmiah Yang Dibaca

Semasa menilai sesebuah tulisan yang akan dijadikan rujukan dalam kajian lepas, beberapa perkara perlu diteliti bagi memastikan kesesuaian sumber berkenaan;

A.        Autoriti Penulis

Apabila meneliti tulisan yang ingin dijadikan kajian lepas atau Literature Review, autoriti seseorang penulis juga perlu diambil kira. Anda tidak boleh menjadikan semua tulisan yang ditemui sebagai bahan rujukan tanpa menyemak kredibiliti bahan berkenaan termasuk penulisnya.

Tulisan-tulisan di internet yang anda perolehi tanpa sumber yang boleh dipercayai tidak boleh dijadikan bahan rujukan untuk tulisan ilmiah. Walau bagaimanapun, sekiranya tulisan berkenaan anda perolehi di laman web yang boleh dipercayai

Page 39: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

yang dibina oleh Jabatan Kerajaan seperti PDRM, Cyber Security, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya, statistik atau maklumat berkenaan boleh digunakan.

Anda perlu tahu Siapa yang melakukan penelitian? Apakah pengarang berkenaan merupakan orang yang memiliki autoriti dalam bidang tersebut? Apa bukti yang dapat mendukung hal ini?

B.        Tulisan ilmiah berkualiti

Sumber bacaan yang digunakan juga perlulah terdiri daripada tulisan ilmiah yang berkualiti. Ini bermakna, tulisan-tulisan bersifat popular yang disiarkan untuk bacaan umum seperti di majalah, akhbar dan bahan bacaan popular tidak sesuai untuk dijadikan rujukan dalam kajian ilmiah.

Anda juga boleh mendapatkan sumber rujukan yang terdapat dalam Jurnal elektronik dan database yang disediakan secara dalam talian. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati apabila melakukan carian dalam internet yang menghasilkan laman sawang tidak dapat disahkan kebolehpercayaannya.

Beberapa persoalan perlu dijadikan panduan untuk menentukan kualiti sesebuah tulisan;

i.                    Dari mana asal tulisan itu? Apakah berasal dari sumber yang valid misalnya institusi pendidikan?

ii.                  Apakah penelitian ini dijadikan rujukan oleh orang lain atau telah diterima oleh badan editorial misalnya. Apakah jurnal tersebut diterbitkan dalam mana-mana jurnal?

Page 40: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

iii.                Jika berasal dari laman sawang (website), apakah memuat informasi pengarang, apakah laman sawang berkenaan adalah dari sebuah institusi pendidikan? Apakah ada tarikh diterbitkan?

C.   Kebolehpercayaan sumber

Kebolehpercayaan sumber boleh anda teliti berdasarkan beberapa perkara iaitu;

i.                    Apa yang dibahaskan oleh kajian itu?

ii.                  Apakah kajian ini diterima dalam bidang ini? Bagaimana anda boleh tahu sekiranya tulisan berkenaan diterima dalam bidang ini? Salah satu cara untuk menjawab persoalan ini adalah dengan melihat apakah penelitian yang sama telah digunakan dalam sumber atau tulisan lain apabila membincangkan topik yang sama, dan adakah sumber rujukan ini telah digunakan secara berterusan dengan sumber yang lain?

iii.                Apa yang membuatkan tulisan ini dapat dipercayai? Apakah rujukan dalam tulisan ini juga menggunakan sumber rujukan yang boleh dipercayai juga? Sesebuah tulisan yang mempunyai bahan rujukan terhadap sumber yang boleh dipercayai, maka tulisan tersebut secara teorinya boleh dipercayai.

D.  Objektif

Page 41: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

i.               Apakah tulisan berkenaan terdapat bukti yang bias tentang sesuatu hal, contohnya, apakah anda akan percaya apabila tulisan berkenaan menyatakan bahawa asap rokok tidak bahayakan kesihatan?

ii.         Apakah statistik yang dinyatakan sesuai dengan penerbitan lain? Jika tidak, apakah argumen (metode, rancangan penelitian dll) yang dipakai sebagai pegangan dasar dalam penelitian itu cukup meyakinkan?

iii.                Apakah data yang dikemukakan itu benar? Adakah sumbernya boleh dipercayai?

D.   Mutakhir dan Terkini

Apabila menulis tulisan ilmiah, anda perlu memastikan bahawa sumber rujukan yang digunakan terdiri daripada tulisan yang terkini. Rangkuman tulisan berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun terkebelakang. Jika anda menulis pada tahun 2010, bahan rujukan yang digunakan meliputi antara tahun 2000 hingga 2010.

Walau bagaimanapun, terdapat kekecualian terhadap sumber rujukan berkenaan, antaranya;

i.                    Jika menulis tentang sejarah sesuatu perkara atau rentetan peristiwa

ii.                  Menggunakan rujukan asal yang mencetus kepada sesuatu perkara; contoh teori darwin menjadi asas kepada kajian tentang kejadian alam, merujuk tulisan hikayat-hikayat lama sebagai teks kajian dan sebagainya.

iii.                Membandingkan perbezaan pendapat antara dua perkara atau tokoh yang berlaku pada zaman yang berbeza seperti mengkaji pendapat Al-Ghazali dan

Page 42: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

tokoh Islam moden tentang sesuatu perkara, mengkaji pemikiran Mahathir Mohamad dalam Dilema Melayu dan pemikiran masa kini tokoh itu.

iv.                 Dan sebab-sebab lain yang dirasakan relevan.

Jadi, anda perlu meneliti perkara berikut untuk menentukan kekinian sesebuah tulisan;

• Tahun tulisan tersebut diterbitkan.

• Apakah mungkin terdapat informasi yang lebih terkini?

• Apakah anda menemukan tulisan yang lebih baru dan menimbulkan keraguan atau menentang beberapa penemuan sebelumnya?

• Sudahkah informasi terkini itu anda peroleh dan teliti kandungannya?

F. Cakupan

Apakah informasi yang tersedia sudah lengkap? Berdasarkan penelitian anda sejauh ini, apakah informasi berkenaan telahpun mencakupi bidang yang diteliti?

Berapa ukuran sampel? Apakah sampel ini mencukupi?

Apakah ada penelitian lebih lanjut yang tidak disebut atau secara sengaja dihilangkan dari penemuan?

Page 43: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Langkah 3: Buat ringkasan 

Anda boleh membuat ringkasan tentang sumber bacaan sambil membaca. Catatan berkenaan perlu mengikut perkara berikut;

a.         Apakah isi penting, teori, masalah utama yang diangkat dalam tulisan berkenaan?

b.         Rangkumkan isi penting yang diajukan pengarang.

c.      Catatkan secara terperinci sumber rujukan yang digunakan pengarang ini termasuk halaman yang dirujuk yang anda anggap mungkin berguna dalam Literature Review.

d.        Pastikan anda memiliki semua maklumat bibliografi seperti pengarang, tahun terbitan, judul buku, penerbit, halaman dll.

e.         Catat bagaimana pengarang menggunakan sumber asal rujukannya. Jika anda meniru atau menyalin kata-kata pengarang asal secara langsung, anda perlu pastikan anda menulisnya dalam tanda petik dan menyebut halamannya. [rujuk bagaimana cara menulis petikan yang betul].

f.          Apa tujuan pengarang; baik yang tersurat mahupun tersirat?

g.         Apa kesimpulan yang dibuat oleh pengarang? Apa yang disimpulkan atau penemuan dalam kajian ini?

h.      Tulis juga pendapat anda tentang bacaan tersebut. Hal ini akan sangat berguna apabila anda melihat semula catatan tersebut atau menggunakannya semasa menulis nanti.

Page 44: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Secara lebih mudah, senarai yang perlu anda catatkan pada bahagian ini adalah seperti berikut;

i. Penulis

ii. Tahun

iii. Judul

iv. Sumber (Nama Jurnal atau Prosiding)

v. Tujuan Penelitian

vi. Hipotesis kajian

vii. Metode Penelitian, Material, reka bentuk eksperimen yang dijalankan

viii. Data/Hasil

ix. Kesimpulan/Diskusi

Langkah 4: Gabungkan menjadi satu cerita ilmiah yang lengkap dalam bentuk tulisan

Menulis Literature Review

Gunakan rangkuman dan catatan untuk mengidentifikasikan hubungan dan kaitan antara pelbagai penelitian yang telah anda lakukan.

Anda seharusnya boleh menentukan:

Page 45: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

a.             Persamaan dan perbezaan antara ramai pengarang dan penelitian yang telah mereka lakukan

b.             Penelitian yang mana yang saling menyokong dan menentang?

c.              Apa persoalan utama yang masih belum terjawab?

d.             Arah penelitian yang mungkin boleh dilakukan kajian lebih lanjut?

Merangkum/menggabungkan semua tulisan

Untuk merangkumkan semua penelitian ini yang akhirnya menjadi kajian lepas atau literature review, anda perlu membuat penggelompokan (kategorikan) semua penelitian yang mirip dan boleh digandingkan secara bersama contohnya maklumat yang sama atau berbeza. Salah satu teknik yang sangat berguna untuk diamalkan bagi tujuan ini adalah dengan menggunakan peta minda yang akan menyusun penelitian ke dalam bentuk isi utama dalam setiap tema.

Tips: Menulis Literature Review:

i. Paraphrasing

ii. Rujukan/bibliografi

iii. Citing

Parafrasa (Paraphrasing)

Page 46: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Parafrasa adalah menulis semula apa yang ditulis penulis lain (dengan menggunakan ayat sendiri) tanpa menghilangkan maksudnya. Tulisan ini kelihatan berbeza dengan tulisan asal kerana ayatnya telah diubahsuai, tetapi masih lagi mempunyai maksud yang sama.

Cara ini dapat menghindarkan kita untuk mengutip statement seseorang secara langsung seperti apa yang diungkapkan oleh orang itu. walau bagaimanapun, penulisan yang telah dilakukan parafrasa masih lagi memerlukan anda memasukkan sumber rujukan sebagai tanda anda mengiktiraf tulisan asal dan mengelakkan daripada terjebak dalam plagiat.

Contoh Paraphrasing - one statement

Dokumen asli: bersumberkan Majlis Keselamatan Jalan Raya, 2010. Maklumat lengkap tidak dinyatakan kerana contoh ini hanya melibatkan cara menulis parafrasa sahaja.

 

Cuai dikenal pasti sebagai penyebab utama kemalangan maut di jalan raya sekali gus menjadi penyumbang kepada peningkatan angka kematian di negeri ini. Lebih membimbangkan, faktor tersebut kebanyakannya berpunca daripada pengguna jalan raya sendiri yang bersikap sambil lewa terhadap aspek keselamatan. Sikap cuai pemandu serta tidak mengambil berat tentang keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya dikenal pasti sebagai punca utama bilangan nyawa terkorban di negara ini terus meningkat. Kajian mendapati sikap cuai pemandu untuk memandu melebihi had laju serta tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat merupakan sebab utama berlakunya kemalangan maut di negera kita.

Page 47: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Setelah diparafrasa:

 

Berdasarkan kajian, kemalangan maut yang berlaku di negara ini berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya akibat gagal mematuhi aspek keselamatan dan undang-undang. Punca utama kemalangan maut berkenaan adalah memandu melebihi had laju dan tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat menjadikan jumlah nyawa yang terkorban dalam kemalangan di negara ini terus meningkat (Majlis Keselamatan Jalan Raya, 2010).

Contoh Paraphrasing – multiple statement

Dokumen asli 1: Tulisan Zuhayati Yazid, 2006. Maklumat lengkap tidak dinyatakan kerana contoh ini hanya melibatkan cara menulis parafrasa sahaja. 

Anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama lumrahnya lahir daripada keluarga yang tidak mementingkan agama. Ini terjadi kerana keluarga itu sendiri tidak memahami keperluan agama. Keadaan menjadi lebih buruk apabila ketua keluarga lebih menumpukan perhatian dan menghabiskan tenaga untuk mencari nafkah. Akibat daripada sikap ibu bapa seperti ini, anak-anak akan lebih cenderung dipengaruhi oleh orang sekeliling seperti teman-teman sebaya dan sebagainya

Dokumen asli 2: Fatimah Yusoff, 2008. Maklumat lengkap tidak dinyatakan kerana contoh ini hanya melibatkan cara menulis parafrasa sahaja. 

Page 48: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak

Setelah Parafrasa:

Ibu bapa sangat berperanan dan mempengaruhi kehidupan anak-anak melalui institusi keluarga yang kukuh. Asas agama yang teguh dalam sesebuah keluarga menjadi benteng kepada para remaja agar tidak akan terjebak dalam gejala sosial. Anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama kebiasaannya lahir dalam keluarga yang tidak memahami dan mementingkan agama. Ketua keluarga pula sibuk mencari nafkah keluarga sehingga tidak dapat meluangkan lebih banyak masa mendampingi anak remaja. Ini menyebabkan anak-anak akan lebih cenderung dipengaruhi oleh orang sekeliling terutama rakan sebaya (Zuhayati Yazid, 2006; Fatimah Yusoff, 2008).

Mengutip (Citing)

Mengutip tulisan atau lebih dikenali sebagai Citing merupakan kegiatan mencantumkan beberapa tulisan yang ditulis oleh penulis lain dalam buku, jurnal, prosiding seminar, internet dan sebagainya, terhadap pernyataan orang lain secara langsung. Pernyataan berkenaan kemudiannya akan diparafrasa mengikut kesesuaian.

Page 49: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Contoh:

Abdullah Mohamad Said (1999) yang memetik maksud dalam Kamus Webster menjelaskan tentang makna alam sekitar sebagai kesemua faktor dan keadaan fizikal, sosial dan kebudayaan yang mempengaruhi kewujudan dan perkembangan organisma. Royston (1980) menjelaskan bahawa alam sekitar terdiri daripada faktor-faktor fizikal, ekonomi, teknologi, politik, sosial dan kebudayaan. Ahli ekologi berpendapat alam sekitar merupakan kesemua keadaan dan pengaruh luaran yang memberi kesan kepada kehidupan dan perkembangan organisma (Abdullah Mohamad Said, 1999).

Rujukan/bibliografi

Memasukkan penerbitan yang dijadikan rujukan dalam kajian mengikut cara penulisan yang betul.

Rujukan untuk Buku sila rujuk Cara Tulis Rujukan dan Bibliografi Gaya UKM

Rujukan untuk Makalah dalam Jurnal dan prosiding sila rujuk Menulis Rujukan Makalah dalam Jurnal

Rujukan untuk sumber Internet sila rujuk Gaya UKM: Rujukan Tidak Terbit.

Literature Review Yang Baik

Page 50: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Anda dapat menghasilkan literature review yang baik apabila mampu menjawab persoalan-persoalan berikut;

1. Pilihan literatur

• Sudahkan anda membaca dengan cukup luas berkaitan kajian tersebut?

• Apakah tujuan dari review telah dikenalpasti dengan jelas?

• Apakah tulisan anda mengandungi definisi yang jelas dan mengklasifikasi batasan daripada bacaan berkenaan dengan penelitian yang bakal anda jalankan?

• Apakah review menumpukan kepada perkembangan mutakhir topik itu?

• Apakah review menggunakan sumber utama?

2. Kritikan daripada literatur

• Apakah terdapat aliran yang logik dari penulisan anda?

• Apakah struktur review anda telah dinyatakan dengan jelas?

• Sudahkah anda membuktikan bahawa anda telah membaca dengan luas, sekaligus fokuskan kepada topik penelitian yang spesifik?

• Sudahkah anda fokuskan kepada masalah yang paling relevan?

3. Interpretasi

• Sudahkah anda fokuskan dan membuat penilaian terhadap apa yang telah dibaca?

• Apakah masih ada ruang yang lebar belum terisi dalam penelitian tersebut?

• Sudahkah anda menggunakan hasil penilitian itu untuk membuat interpretasi anda terhadap Kajian itu?

Page 51: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Anda boleh melihat How to review literature and write literature review? yang ditulis Dr. Supyan, lengkap dengan video berkaitan, dalam Bahasa Inggeris. Tulisan beliau akan melengkapkan lagi bacaan anda di entri ini.

Contoh literature riview

Berikut saya salin dan tampal literature riview yang ditulis dalam sebuah artikel yang diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan 31 (2006) 123-141. Tulisan ini merupakan artikel yang ditulis oleh Norlia Abd. Aziz, Subahan Meerah, Lilia Halim dan Kamisah Osman yang boleh juga diperolehi sepenuhnya secara online berjudulHubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan.  

Contoh literature riview:

Kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak dan Rashidi (1997) adalah untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Sains dan Matematik sekolah menengah rendah. Dalam kajian berkenaan, tiga gaya pembelajaran telah dikemukakan iaitu gaya motivasi, gaya mendalam dan gaya permukaan dari Inventori Gaya Pembelajaran Selmes (1987). Sampel kajian terdiri daripada 539 orang pelajar Tingkatan 4 di 20 buah sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga gaya pembelajaran. Gaya motivasi mendalam mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian Sains dan Matematik, sementara gaya permukaan mempunyai hubungan yang negatif. Ini bermakna gaya motivasi dan gaya mendalam dapat meningkatkan pencapaian akademik. Asiah (1999) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap pencapaian akademik dan gaya pembelajaran di kalangan pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Instrumen yang digunakan ialah Learning

Page 52: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

Style Inventory Dunn, Dunn and Price (1985). Sampel kajian seramai 97 orang pelajar Tingkatan 4 dari aliran teknik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada korelasi antara pencapaian akademik dengan gaya pembelajaran pelajar.

Kajian Tumerah (1996) menggunakan Grasha-Reichman Learning Style Inventory menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan etnik. Etnik Melayu menunjukkan kecenderungan memilih gaya pembelajaran yang melibatkan aktiviti kumpulan. Sementara, etnik Cina menunjukkan kecenderungan yang tidak dominan dalam semua gaya pembelajaraan. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang pelajar Semester 5 kursus Diploma Perguruan Malaysia di sebuah maktab perguruan di Sarawak. Misnan (1999) dalam kajiannya untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran bahasa Arab telah menggunakan Inventori Pembelajaran di Sekolah (Selmes 1987). Misnan telah mengubah suai inventori tersebut kepada empat gaya pembelajaran.

Empat gaya pembelajaran itu ialah gaya hafalan, gaya perbincangan, gaya latihan dan gaya motivasi. Sampel kajian terdiri daripada 200 pelajar Tingkatan 4 di enam buah sekolah di negeri Perak. Dapatan kajian mendapati gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar cemerlang adalah gaya motivasi dan gaya hafalan. Sementara, pelajar lemah mengamalkan gaya motivasi dan perbincangan semasa mempelajari Bahasa Arab.

Dapatan kajian oleh Norihan (2001) mendapati tidak wujud perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar pandai, sederhana dan lemah dalam matematik. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kesan positif gaya pembelajaran adalah sama ke atas semua pelajar, walaupun mereka mempunyai keupayaan yang berbeza. Selain dalam negara, kajian gaya pembelajaran juga banyak dilakukan di luar negara. Misalnya, Geiser-William (1999) telah membuat kajian terhadap pelajar-pelajar pinggir bandar gred 18 matematik. Beliau mendapati pelajar yang mengamalkan learning- style- responsive dalam strategi pembelajaran Matematik

Page 53: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

telah menunjukkan kesignifikan yang tinggi dalam pencapaian dan sikap mereka berbanding dengan pelajar yang menggunakan gaya tradisional.

Kajian Mcgowan (1998) terhadap 68 orang pelajar Afrika Amerika dari Fakulti Teknologi Perindustrian di Universiti Mississippi menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Dapatan yang sama juga diperoleh oleh Cavanagh dan Stephen (1995) dalam kajiannya ke atas 192 pelajar jururawat menggunakan Inventori Gaya Pembelajaran Kolb. Beliau mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian.

Kajian yang dijalankan oleh Sadler-Smith (1996) menunjukkan terdapat perbezaan dalam gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan jantina, umur dan program belajar dalam pendekatan pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Revised Approaches to Studying Inventory (RASI). Hasil kajian ini mendapati pelajar lelaki mengamalkan gaya mendalam berbanding pelajar perempuan yang lebih suka kepada gaya pembelajaran permukaan.

Kajian tentang gaya pembelajaran dengan jantina juga telah dijalankan oleh Watson (1997) terhadap 147 orang pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina. Pelajar lelaki dan perempuan sama-sama cenderung kepada gaya pembelajaran konkrit dan juga kombinasi gaya pembelajaran konkrit dan abstrak.

Kajian oleh Engelbrecht dan Natzel (1997) menunjukkan terdapat perbezaan gaya kognitif antara pelajar kulit hitam Afrika-Amerika dan Afrika Selatan. Instrumen yang digunakan ialah Children’s Embedded Figures Test (GEFT) untuk menentukan gaya kognitif bagi 100 orang pelajar kulit hitam Afrika-Amerika dan 100 orang pelajar kulit hitam Afrika Selatan Gred 4 dan 5. Dapatan kajian

Page 54: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur

menunjukkan bahawa pelajar kulit hitam Afrika-Amerika lebih suka menggunakan gaya field independent manakala pelajar Afrika Selatan pula lebih suka kepada gaya field dependent.

Richardson dan Fergus (1993) telah menjalankan kajian di dua buah sekolah menengah di Monstserrat, Caribbean untuk mengenal pasti gaya pembelajaran bagi dua kumpulan yang berbeza kebolehan, iaitu A dan B. Sampel kajian terdiri daripada 114 orang pelajar Gred 9 yang berumur 14 tahun. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik Inventory of Processes yang merangkumi empat skala gaya pembelajaran, iaitu proses mendalam, proses menghuraikan, mempertahankan fakta dan belajar secara tersusun. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar dari kumpulan A yang berkebolehan tinggi memperolehi skor yang tinggi dalam proses belajar secara mendalam, belajar secara tersusun dan mempertahankan fakta berbanding dengan pelajar kumpulan B yang kurang berkebolehan.

Secara keseluruhan, kajian lepas melaporkan bahawa tidak ada perbezaan gaya pembelajaran mengikut etnik dan jantina. Pada masa yang sama, hubungan positif antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik juga tidak konsisten. Walau bagaimanapun, kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi, yakni gaya pembelajaran mendalam mempunyai kaitan dengan motivasi dalaman.

Sekian dahulu untuk entri kali ini. Entri seterusnya akan memberi anda informasi tentang aspek lain dalam penulisan. Selamat menulis.

Page 55: Kaedah Penulisan Tinjauan Literatur