01 mohamed anwar - kaedah penulisan makalah dan tesis

Upload: selvam

Post on 06-Jul-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    1/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    301

    KAEDAH PENULISAN MAKALAH DAN TESIS YANG MEMENUHI

    CIRI-CIRI MINIMUM TULISAN ILMIAH: PERKONGSIAN PENGALAMAN

    Mohamed Anwar bin Omar Din

    [email protected] / [email protected] Universiti Sultan Zainal Abidin

    Mohd. Zambri bin Jaafar

    [email protected] 

    Universiti Sultan Zainal Abidin

    Hamdan bin Aziz

    [email protected] 

    Universiti Malaysia Terengganu

    Zulayti bte Zakaria

     [email protected] Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

    Abstrak

     Makalah ini berusaha memberi penjelasan secara praktikal mengenai bagaimanakah caranya untuk menghasilkanmakalah dan tesis yang memenuhi ciri-ciri minimum sebagai tulisan ilmiah. Selain itu, ia berusaha menjelaskan beberapaaspek yang jarang diperkatakan dalam pembelajaran formal seperti apakah fungsi subtajuk Pengenalan dalam Bab I,

     subtajuk Pengenalan dalam Bab II, Bab III dan Bab IV, dan juga bagaimana Bab Penutup dan Abstrak harus ditulis.Sumber rujukan utama makalah ini adalah catatan-catatan pengalaman para penulisnya semasa terlibat dalam penulisan

    ilmiah. Makalah ini mendapati sesebuah tulisan ilmiah harus bertitik-tolak dari Permasalahan Kajian. Dalam penulisanmakalah, Permasalahan Kajian harus dijadikan subtajuk-subtajuk, manakala dalam tesis pula ia harus dijadikan tajuk Bab-Bab (tidak termasuk Bab I dan Bab Penutup). Dalam tesis, subtajuk Pengenalan dalam Bab I seharusnya menjelaskan Abstrak dengan lebih perinci dan digabungkan dengan Objektif. Sebaliknya, subtajuk Pengenalan dalam Bab II hingga Bab IV atau Bab V (sebelum Bab Penutup) pula seharusnya menjelaskan perkara-perkara yang akan diperkatakan dalam Bab berkait masing-masing. Bab Penutup (Bab V atau Bab VI) seharusnya mengumpulkan kenyataan dalam Bab II hingga

     Bab IV atau Bab V. Abstrak pula seharusnya mempunyai tiga perkara utama, iaitu Permasalahan Kajian, Metodologikajian dan penemuan atau diskusi.

    Kata Kunci:  Permasalahan Kajian, Subtajuk, Tajuk Bab, Kesimpulan Bab dan Bab Penutup 

    Pengenalan

    Amat ironis, di sebalik pembelajaran Kaedah Penulisan Ilmiah dan Metodologi Penyelidikan secara formal di pelbagai peringkat pengajian di institusi pengajian tinggi   dengan pendedahan tentang berbagai-bagai teori,

    rangka teoretikal, pendekatan dan teknik-teknik yang cukup luar biasa hebatnya   kami dapati begitu ramai

    calon pascasiswazah (MA/Mphil/M.ED dan Ph.D) yang masih belum menguasai perkara-perkara paling asas

    untuk menghasilkan makalah dan tesis yang memenuhi ciri-ciri tulisan ilmiah miskipun pada tahap minimum.

    Ini termasuk ketidakupayaan menyediakan premis bagi menyatukan fakta-fakta, perbincangan atau penghujahan

    dalam seluruh tulisan agar berada dalam satu bingkai yang bersepadu bagi menjawab Permasalahan Kajian.

    Ramai pula yang tidak tahu di manakah titik-tolak penulisan harus bermula. Dalam penulisan tesis, ramai yang

    tidak mengetahui apakah fungsi subtajuk Pengenalan dalam Bab I hingga Bab IV (atau Bab V), Kesimpulan

    dalam Bab, Abstrak dan Bab Penutup.

    Perkara-perkara ini mungkin dianggap kecil tetapi ianya memberi impak amat besar, malah begitu mendasar,

    dalam penulisan ilmiah. Kami berpendapat sekiranya tidak ada pihak yang menjelaskannya, usaha untukmemantapkan penulisan ilmiah akan terus menerus terencat.

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    2/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    302

    Makalah ini berusaha memberi penjelasan secara praktikal mengenai perkara-perkara tersebut. Makalah ini

    merupakan satu perkongsian pengalaman dalam kalangan penulis yang terlibat secara langsung dengan

     penulisan ilmiah. Mereka terdiri daripada pensyarah, penyelia tesis (dari peringkat prasiswazah hingga ke

     peringkat pascasiswazah (MA/Mphil/M.ED dan Ph.D.), pemeriksa dalam dan luar bagi tesis Sarjana dan Ph.D.,

     penilai makalah untuk diterbitkan dalam jurnal berwasit. Penyampaian makalah ini adalah dalam bentuk grafik

    dengan penjelasan-penjelasan secara terus kepada isi atau perkara pokok tanpa menekankan teori atau rangka

    teoretikal tertentu. Tujuan penyampaian dengan cara begini adalah supaya maklumat-maklumat yangdisampaikan mudah difahami oleh pelbagai pihak, terutamanya dalam kalangan berusia yang berhasrat

    melangsungkan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan sedikit pengalaman yang kami miliki, diharapkan

    makalah ini dapat memberi sumbangan, atau paling tidak dapat mengingatkan mengenai beberapa perkara asas

    dalam penulisan ilmiah, agar pelbagai pihak mampu menghasilkan tulisan ilmiah dengan lebih mantap lagi.

    Objektif Kajian

    Objektif utama makalah ini adalah untuk memberi penjelasan secara paling praktikal mengenai cara-cara

    menghasilkan tulisan, meliputi makalah dan tesis, yang memenuhi ciri-ciri tulisan ilmiah pada tahap paling

    minimum berasaskan pengalaman dalam kalangan mereka yang terlibat secara langsung dengannya.

    Penjelasan-penjelasan yang diberikan diharapkan dapat diguna-pakai oleh orang-orang yang terlibat dalam

     penulisan ilmiah baik sebagai pengajar dan pelajar di pelbagai peringkat pengajian mahupun sebagai pemeriksa

    tesis dan penilai/pewasit makalah untuk diterbitkan dalam jurnal berwasit. Juga diharapkan ia dapat diguna-

     pakai oleh orang-orang berusia yang mempunyai hasrat melangsungkan pembelajaran sepanjang hayat.

    Soalan Kajian

    Isu paling sentral makalah ini ialah bagaimanakah cara paling praktikal untuk menghasilkan makalah dan tesis

    yang memenuhi syarat tulisan ilmiah pada tahap minimum? Isu ini akan diperincikan dengan memberi fokus

    terhadap persoalan-persoalan berikut:

    1. 

    Dari manakah titik-tolak penulisan ilmiah harus bermula?

    2. 

    Apakah fungsi subtajuk Pengenalan dalam Bab I?

    3.  Apakah fungsi subtajuk Pengenalan dalam Bab II, Bab III dan Bab IV (atau Bab V)?

    4. 

    Bagaimanakah Kesimpulan dalam Bab II hingga Bab IV (atau Bab V) harus ditulis?

    5.  Apakah fungsi Bab Penutup (Bab V) dan bagaimana ia ditulis?

    6.  Bagaimanakah Abstrak harus ditulis?

    Signifikan Kajian

    Walaupun mungkin terdapat kaedah-kaedah penyampaian lain yang lebih sempurna namun kesignifikanan

    makalah ini ialah ia dapat memberi maklumat mengenai perkara paling asas untuk menghasilkan tulisan yang

    memenuhi ciri-ciri tulisan ilmiah pada tahap paling minimum secara praktikal berasaskan pengalaman yang

    dilalui oleh orang-orang yang terlibat secara langsung dengan calon-calon pascasiswazah MA/Mphil/M.ED dan

    Ph.D. di negara ini.

    Adalah disedari bahawa topik makalah ini mungkin dipandang hanya klise, malah, mungkin ada pihak

    menganggap makalah ini ditulis secara sewenang-wenangnya kerana para penulisnya tidak mempunyai makalah

    lain; terlalu terdesak (desperate) mahu membentang Kertas Kerja walaupun kehabisan modal/idea, lalu dicekup

    apa saja yang ada termasuk mengitar semula nota kuliah.

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    3/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    303

    Tanggapan begini mungkin timbul kerana apakah relevannya topik ini perlu diperkatakan dalam Seminar

     bertaraf kebangsaan seperti ini, sedangkan secara normatifnya tidak ada calon Sarjana yang tidak pernah

    menghadiri kuliah Kaedah Penulisan Ilmiah dan Metodologi Penyelidikan untuk mempelajari berbagai-bagai

    kaedah, rangka teoritis dan sebagainya.

     Namun begitu, terdapat sebab-musabab kenapa topik ini diajukan dalam Seminar ini. Antara sebab-musababnya

    ialah kerana, berdasarkan pengalaman kami sebagai pensyarah, penyelia tesis (dari peringkat prasiswazahhingga ke peringkat pascasiswazah (MA/Mphil/M.ED dan Ph.D.), pemeriksa dalam dan luar tesis Sarjana dan

    Ph.D., penilai makalah untuk diterbitkan dalam jurnal berwasit, kami dapati masih begitu ramai calon sarjana

    (MA/Mphil/M.ED) dan kedoktoran (Ph.D.), dan juga dalam kalangan mereka yang telah menghantar makalah

    untuk dinilai bagi diterbitkan dalam jurnal berwasit, tidak memahami perkara paling asas dalam penulisan

    ilmiah, baik dari segi bentuk   (form) mahupun isi  (contents). Ini, secara naturalnya, menimbulkan tanggapan

    seolah-olah kebanyakan calon Sarjana di negara ini tidak pernah belajar Kaedah Penulisan Ilmiah dan

    Metodologi Penyelidikan.

    Sehubungan itu, walaupun topik makalah ini kelihatan kecil, seolah-olah tidak signifikan kerana ia merupakan

     perkara yang diajar secara formal di institusi pengajian tinggi, ia dapat memberi sedikit sebanyak maklumat

    mengenai perkara-perkara yang bersifat begitu mendasar dalam penulisan ilmiah. Seperti telah dinyatakan, kami berpendapat sekiranya tidak ada pihak yang menjelaskannya, usaha untuk memantapkan penulisan ilmiah akan

    terus menerus terencat.

    Tinjauan Literatur

    Walaupun tulisan-tulisan mengenai Kaedah Penulisan Ilmiah dan Metodologi Penyelidikan terdapat di pelbagai

     perpustakaan institusi pengajian tinggi namun ianya masih belum memadai bagi membantu calon-calon Sarjana

    dan orang-orang berhasrat melangsungkan pembelajaran sepanjang hayat menghasilkan tulisan ilmiah kerana

    mengandungi teori, rangka teoretikal dan teknik-teknik yang ‘terlalu canggih’ buat mereka.

    Dari pengalaman, kami mendapati apa yang diperlukan oleh pihak-pihak tersebut ialah panduan paling asas

    mengenai penulisan ilmiah, seboleh-bolehnya dari pengalaman praktikal para penulis dalam kalangan calon-calon MA/Mphil/M.ED dan Ph.D. di negara ini sendiri. Sehubungan itu, walaupun tulisan-tulisan mengenai

    Kaedah Penulisan Ilmiah dan Metodologi Penyelidikan yang terdapat di pelbagai perpustakaan itu memang

     perlu dibaca, namun ianya masih belum dapat memenuhi keperluan pihak-pihak tersebut. Sehingga kini masih

     belum ada tulisan yang diperlukan oleh mereka itu. Makalah ini adalah satu usaha untuk memenuhi keperluan

    tersebut.

    Metodologi

    Sumber utama penulisan makalah ini adalah catatan-catatan peribadi para penulisnya semasa terlibat secara

    langsung dalam kerja-kerja penulisan. Kerja-kerja penulisan yang dimaksudkan meliputi sebagai pensyarah,

     penyelia tesis di pelbagai peringkat pengajian (meliputi peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran), pemeriksa dalam dan luar bagi tesis di pelbagai peringkat tersebut, dan penilai dan pewasit makalah untuk

    diterbitkan dalam jurnal ilmiah.

    Makalah ini tidaklah menggunakan rangka teoretikal secara formal dalam dunia akademik, sebaliknya, ia

    menggunakan kaedah stukturalistik dan deskriptif. Penggunaan kaedah-kaedah ini dilakukan secara sedar kerana

    tujuan makalah ini adalah untuk memberi panduan secara praktikal mengenai cara-cara menulis tulisan ilmiah.

    Dari satu sisi, makalah ini merupakan suatu dokumentasi pengalaman para penulisnya. Dari sisi yang lain, ia

    adalah maklumat-maklumat yang dijadikan fakta-fakta bagi menjelaskan kaedah paling praktikal untuk

    menghasilkan penulisan, baik makalah mahupun tesis, yang memenuhi ciri-ciri asas penulisan ilmiah.

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    4/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    304

    Rekabentuk Penyelidikan

    Makalah ini direka-bentuk dalam bentuk strukturalistik dan deskritif iaitu menyampaikan secara terus fakta-

    fakta yang ingin diperkatakan, tanpa menggunakan rangka teoritis tertentu. Penyampaian ini direka sedemikian

    rupa secara sedar kerana tujuan makalah ini adalah untuk memberi panduan secara praktikal mengenai penulisan

    ilmiah berasaskan pengalaman para penulis yang terlibat secara langsung dalam bidang ini.

    Maklumat-maklumat yang diperoleh secara langsung dari pihak-pihak berkenaan dijadikan fakta-fakta untuk

    membentuk kaedah penulisan ilmiah. Ianya disampaikan dalam stukturalistik dan deskritif agar mudah difahami

    oleh para pembaca dalam pelbagai peringkat yang berusaha menghasilkan tulisan ilmiah.

    Analisis Data

    Data utama yang dirujuk dalam makalah ini adalah catatan-catatan pengalaman para penulis semasa mereka

    terlibat dalam penulisan ilmiah. Seperti telah dinyatakan, maklumat-maklumat yang diperoleh itu adalah secara

    langsung dari calon-calon pascasiswazah yang melakukan tulisan ilmiah.

     Penulisan Makalah Ilmiah

    Berdasarkan pengalaman, kami menyarankan format penulisan makalah ilmiah haruslah dirangka seperti Rajah

    1a. Rajah ini menunjukkan makalah ilmiah harus ditulis dengan cara menjadikan Permasalahan Kajian sebagai

    subtajuk-subtajuk bagi seluruh makalah tersebut. Ini dengan sendirinya menyebabkan Permasalahan Kajian

    akan menjadi bingkai besar (general framework) seluruh makalah tersebut kerana subtajuk-subtajuk itu sendiri

    adalah Permasalahan Kajian.

    Perlu ditekankan bahawa Permasalahan Kajian bermaksud isu-isu atau perkara-perkara yang ingin diperkatakan

    (dibincangkan atau dihujahkan) oleh penulis dalam sesebuah makalah. Oleh kerana Permasalahan Kajian telah

    dijadikan subtajuk-subtajuk dalam makalah tersebut maka dengan sendirinya apa yang diperkatakan dalam

    makalah tersebut adalah mengenai isu-isu atau perkara-perkara yang ingin diperkatakan. Itulah sebabnya penulisharus merancang Permasalahan Kajian dengan baik. Permasalahan Kajian yang baik adalah bersifat meliputi

    secara tersirat isu-isu, fakta-fakta dan hujah-hujah yang ingin diperkatakan.

    Lazimnya, sesuatu persoalan (di bawah Permasalahan Kajian) itu dijadikan lebih daripada satu subtajuk. Ini

    kerana isu yang tersirat dalam sesuatu persoalan itu mempunyai lebih daripada satu fakta atau hujah.

    Perlu diulangi bahawa, seperti ditunjukkan dalam Rajah 1b, penulisan makalah ilmiah hanya berlaku apabila

     persoalan-persoalan yang digariskan di bawah Permasalahan Kajian itu dijadikan subtajuk-subtajuk. Perlu

    dingatkan bahawa persoalan-persoalan di bawah Permasalahan Kajian ditulis itu dalam Ayat Tanya. Oleh itu,

    untuk membolehkannya menjadi subtajuk, ia haruslah diubah-suai menjadi Ayat Kenyataan. Berikut adalah

    contoh pengubahsuaian tersebut:

    Ayat persoalan di bawah Permasalahan Kajian:

    1. Apakah sebenarnya faktor-faktor yang menerbitkan gejala gelandangan di Malaysia?

    Kenyataan bagi subtajuk berkait dengan Permasalahan Kajian harus diubah-suai seperti berikut:

    Faktor-faktor Gejala Gelandangan di Malaysia

    Sebagai sebuah tulisan ilmiah, perbincangan atau penghujahan haruslah ‘berasaskan,’ iaitu harus disandar

    atau dirujuk fakta-fakta sahih dan dapat disemak oleh orang lain mengenai kesahihannya. Ianya juga

    haruslah disampaikan dengan jelas, teratur, logik dan tersusun rapi.

    Sebaik-baiknya sesuatu isu diperkatakan (dibincangkan dan dihujahkan) dalam satu perenggan tersendiri.Perbincangan dan penghujahan akan menjadi lebih berkesan sekiranya sesuatu perenggan itu

    mengandungi tiga unsur berikut: 1) kenyataan isu atau isi yang akan diperkatakan dalam perenggan

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    5/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    305

     berkenaan, 2) fakta-fakta berkait dengan isu atau isi tersebut, dan 3) contoh-contoh atau sebab-musabab

     berkait dengan apa yang diperkatakan dalam perenggan tersebut.

    Sekiranya penjelasan mengenai tiga unsur itu begitu panjang, penulisan mengenai isu atau isi tersebut

     boleh ditulis dalam perenggan lain berikutnya. Walau bagaimanapun, haruslah dielakkan daripada

    memperkatakan lebih daripada satu isu atau isi dalam satu perenggan.

    Lazimnya panjang sebuah makalah untuk jurnal ilmiah adalah antara 12 hingga 15 muka surat.

    Sesebuah makalah ilmiah harus berakhir dengan Kesimpulan. Ada tiga perkara penting mengenai

    Kesimpulan makalah ilmiah: Pertama-tamanya, ia haruslah menjawab persoalan-persoalan yang

    digariskan di bawah Permasalahan Kajian. Penulis tidak perlu merumuskan apa yang telah diperkatakan

    dalam seluruh makalah tersebut, sebaliknya, harus mencari kenyataan-kenyataan dalam subtajuk-subtajuk

    dalam makalah tersebut yang dapat memberi jawapan secara persis (padat, tepat atau tajam) terhadap

     persoalan-persoalan Permasalahan Kajian. Dalam Rajah 1 dan 1b ditunjukkan kenyataan dalam

    Kesimpulan seharusnya jawapan kepada persoalan-persoalan dalam Permasalahan Kajian.

    Kedua, sebaik-baiknya Kesimpulan ditulis hanya dalam satu perenggan. Adakalanya penulis perlumenulis lebih daripada satu perenggan, namun, secara normatifnya adalah lebih afdal ia ditulis dalam satu

     perenggan. Ketiga, tidak ada fakta baharu, tidak ada rujukan baharu dan tidak ada penghujahan baharu

    dalam Kesimpulan. Ini kerana, seperti telah dinyatakan, fungsi Kesimpulan makalah ilmiah ialah

    menjawab persoalan-persoalan yang digariskan di bawah Permasalahan Kajian berasaskan apa yang telah

    diperkatakan di bawah subtajuk-subtajuk dalam makalah tersebut. Ini tidaklah sukar dilakukan kerana

     jawapan terhadap persoalan-persoalan tersebut pasti ada kerana subtajuk-subtajuk dalam makalah

    tersebutlah ditulis berasaskan persoalan-persoalan di bawah Permasalahan Kajian itu sendiri. Dengan itu,

    mahu tidak mahu kenyataan dalam Kesimpulan akan menjawab persoalan-persoalan di bawah

    Permasalahan Kajian itu.

    Inilah cara paling praktikal untuk menulis sebuah makalah ilmiah. Cara ini dapat menghasilkan sebuah

    tulisan yang menyatukan fakta-fakta, perbincangan atau penghujahan dalam satu bingkai idea bersepadu.Penulisan seperti ini akan berlaku dengan sendiri kerana ia disusun sedemikian rupa iaitu subtajuk-

    subtajuknya adalah dibentuk dengan mengubahsuai persoalan-persoalan yang digariskan di bawah

    Permasalahan Kajian. Ekoran daripada itu, penjelasan-penjelasan yang diberikan di bawah subtajuk-

    subtajuk tersebut dengan sendirinya menjelaskan persoalan-persoalan dalam Permasalahan Kajian.

    Sebagai sebuah makalah ilmiah, penjelasan-penjelasan yang diberikan haruslah diasaskan fakta-fakta

    sahih dan dapat disemak oleh orang lain akan kesahihannya.

     Penulisan Tesis

    Dari pengalaman, kami mendapati kebanyakan tesis yang dihantar untuk diperiksa (diviva) adalah ‘tesis tanpa

    tesis’ (a thesis without thesis). Mungkin ramai orang tahu, malah, para penulis yang menghantar ‘tesis tanpa

    tesis’ itu sendiri dapat memberi huraian dan penghujahan berjela-jela mengenai apakah yang dimaksudkan

    dengan ‘tesis’  sekali gus pastilah mengerti apa itu ‘tesis tanpa tesis.’ Walau bagaimanapun, kebanyakannya

    menulis tesis tanpa tesis.

    Untuk memahami ungkapan ‘tesis tanpa tesis’ perlulah difahami apa itu tesis. Dari pengalaman, kami

    menyarankan agar para penulis menanggapi maksud ‘tesis’ dalam pengertian paling mudah iaitu sebagai:

    sebuah tulisan yang mempunyai Permasalahan Kajian dan Permasalahan Kajian tersebut dijawab dengan

    sempurna, satu persatu berasaskan fakta-fakta sahih dan dapat disemak oleh orang lain kesahihannya,

     perbincangan atau penghujahan yang disampaikan secara teratur, jelas dan tersusun rapi sehingga terbit satu

    kesatuan idea yang bersepadu mengenai apa (isu atau perkara) yang ingin diperkatakan dalam tesis tersebut.

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    6/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    306

    Memanglah kenyataan ini berbeza daripada definisi tesis yang diberikan dalam pelbagai buku di perpustakaan.

    Walau bagaimanapun, ia adalah salah satu definisi ‘tesis’ dalam bentuk praktikal. Sebagaimana akan dijelaskan,

    kefahaman seperti ini sangat diperlukan untuk menghasilkan tesis yang memenuhi ciri-ciri minimum tulisan

    ilmiah.

    Selari dengan kenyataan yang diberikan maka secara praktikalnya ungkapan ‘tesis tanpa tesis’ adalah

     bermaksud sebuah tulisan yang tidak mempunyai Permasalahan Kajian dan juga jawapan terhadapPermasalahan Kajian tersebut. Ataupun ia juga mungkin sebuah tulisan yang mempunyai Permasalahan Kajian

    tetapi tidak mempunyai jawapan mengenai Permasalahan Kajian tersebut.

    Inilah yang berlaku pada hari ini. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana para penulis tesis, tanpa mengira sama ada

    di peringkat Sarjana Muda (BA) apatah lagi di peringkat Sarjana (MA/Mphil/M.ED) dan Kedoktoran (Ph.D.),

    sudah mempelajari Kaedah Penulisan Ilmiah. Walau bagaimanapun, keadaan yang berlaku adalah sebaliknya

    walaupun kebanyakan penulis tersebut cukup berupaya memberi penjelasan panjang lebar dan cukup luar biasa

    tentang hipotesis, teori, rangka teoretikal, pendekatan dan teknik-teknik penulisan ilmiah dan Permasalahan

    Kajian (terutamanya dalam Bab I, atau sesetengahnya dalam Bab II).

    Perlulah ditekankan bahawa sesebuah tulisan yang tidak mempunyai Permasalahan Kajian dan juga tidakmempunyai jawapan kepada Permasalahan Kajian tersebut tidaklah boleh dianggap sebuah tesis walaupun

    mempunyai hipotesis, teori, rangka teoretikal, fakta-fakta sahih, perbincangan atau penghujahan yang teratur

    dan penyampaian yang tersusun rapi yang cukup luar biasa sekali pun. Kata kunci dalam penulisan tesis ialah

    Permasalahan Kajian dan jawapan terhadap persoalan-persoalan yang digariskan di bawah Permasalahan Kajian

    tersebut.

    Berdasarkan pengalaman, kami menyarankan format penulisan tesis haruslah dirangka seperti Rajah 2. Berikut

    kami berikan beberapa perkara asas mengenai penulisan tesis.

    Secara normatifnya, sesebuah tulisan ilmiah, baik makalah mahupun tesis, mengandungi perkara-perkara

     berikut: Tajuk, Pengenalan, Definisi/Konsep Operasional, Permasalahan Kajian (adakalanya disebut Persoalan

    Kajian), Objektif Penulisan, Signifikan Tulisan, Resensi Literatur (Kajian Lepas), Metodologi, Batasan /SkopKajian, Reka-bentuk & sampel dan Analisis Data. Mahu tidak mahu, perkara-perkara ini perlu dijelaskan dalam

    tesis. Lazimnya ianya diletakkan dalam Bab I. Walau bagaimanapun, ada juga universiti yang meletakkannya

    dan Bab II.

    Walau bagaimanapun, adalah disarankan bahawa sesiapa yang terlibat dalam penulisan tesis, baik sebagai

     penulis, penyelia, pemeriksa mahupun penilai, harus memberi perhatian secara khusus terhadap ENAM perkara

     berikut terlebih dahulu: 1)Permasalahan Kajian; 2) Tajuk Bab II hingga Bab VI (atau Bab V)  tidak termasuk

    Bab I dan Bab Penutup; 3) Pengenalan dalam Bab II hingga Bab VI (atau Bab V)  tidak termasuk Bab I dan

    Bab Penutup; 4) Subtajuk-subtajuk dalam Bab II hingga Bab VI (atau Bab V)  tidak termasuk Bab I dan Bab

    Penutup; 5) Kesimpulan dalam Bab II hingga Bab VI (atau Bab V)  tidak termasuk Bab I dan Bab Penutup;

    dan 6) Bab Penutup (Bab V atau Bab VI).

    ENAM perkara ini perlulah diberi perhatian terlebih dahulu sebelum memberi penjelasan tentang perkara-

     perkara lain kerana ianya batang tubuh atau struktur asas sesebuah tesis. Perkara-perkara lain, seperti Objektif

    Penulisan, Signifikan Tulisan, Resensi Literatur (Kajian Lepas), Metodologi, Batasan /Skop Kajian, Reka-

     bentuk & sampel dan Analisis Data sememangnya juga penting tetapi semasa menulis ianya harus diletakkan di

    tepi dahulu. Perkara-perkara ini boleh dijelaskan setelah selesai menulis perkara-perkara yang digariskan di atas

    terlebih dahulu.

    Dari pengalaman, sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 2a dan 2b, sekiranya tesis yang ingin ditulis adalah

    lima bab, adalah disarankan agar persoalan-persoalan di bawah Permasalahan Kajian dijadikan tajuk bagi Bab

    II, Bab III dan Bab IV. Sebaliknya, sekiranya tesis itu mempunyai enam bab kesemuanya maka persoalan-

     persoalan di bawah Permasalahan Kajian itu harus dijadikan tajuk bagi Bab II, Bab III, Bab IV dan Bab V.Jelasnya, sebagaimana dapat diperhatikan, ia tidak melibatkan Bab I dan Bab Penutup. Sebagaimana akan

    dijelaskan, ini kerana Bab I adalah mengenai semua perkara teknikal seperti dinyatakan di atas   iaitu

    Definisi/Konsep Operasional, Permasalahan Kajian (adakalanya disebut Persoalan Kajian), Objektif Penulisan,

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    7/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    307

    Signifikan Tulisan, Resensi Literatur (Kajian Lepas), Metodologi, Batasan/Skop Kajian, Reka-bentuk & sampel

    dan Analisis Data. Manakala Bab Penutup pula adalah tempat/ruang ditulis semula kenyataan dalam

    Kesimpulan Bab II hingga Bab IV (atau Bab V).

    Perlu diulangi bahawa sesebuah tesis yang memenuhi ciri-ciri minimum tulisan ilmiah hanya dapat ditulis

    apabila Permasalahan-Penulisan Kajian dijadikan tajuk Bab II hingga Bab IV (atau Bab V). Secara normatifnya,

    Permasalahan Kajian ditulis dalam Ayat Tanya. Oleh itu, untuk menjadikannya tajuk bagi Bab-Bab tersebutmaka Permasalahan-Permasalahan Kajian haruslah diubah-suai menjadi Ayat Kenyataan. Jadual 1 adalah

    contoh pengubahsuain kenyataan dalam Permasalahan Kajian kepada tajuk Bab II hingga Bab V bagi tesis yang

    mempunyai enam bab kesemuanya.

    Harus diulangi, pengubahsuaian Ayat Tanya kepada Ayat Kenyataan tidak perlu dibuat pada Bab I dan Bab

    Penutup  iaitu pada Bab V sekiranya lima kesemuanya dan pada Bab VI sekiranya enam bab kesemuanya.

    Sebaik-baiknya panjang muka surat bagi Bab II, Bab III, Bab IV (atau Bab V)  tidak termasuk Bab I dan Bab

    Penutup (Bab 5 atau Bab 6)  harus seimbang atau sama banyak.

    Bagi tesis Sarjana Muda (BA) lazimnya panjang purata satu bab bagi Bab II, Bab III, Bab IV ialah 20 hingga 25muka surat. Ini menjadikan jumlah muka surat bagi tiga Bab tersebut ialah antara 60 hingga 75 muka surat.

    Lazimnya Bab I bagi tesis Sarjana Muda ialah 10 hingga 12 muka surat, manakala panjang Bab Penutupnya

    antara 5 hingga 7 muka surat. Ini menjadikan jumlah keseluruhan muka surat tesis Sarjana Muda ialah antara 75

    hingga 92 muka surat.

    Bagi tesis Sarjana (MA/Mphil/M.ED) lazimnya panjang purata satu bab bagi Bab II, Bab III, Bab IV (sekiranya

    lima bab kesemuanya) atau Bab V (sekiranya enam kesemuanya) ialah 40 hingga 50 muka surat. Ini menjadikan

     jumlah muka surat bagi tiga Bab tersebut ialah antara 120 hingga 150 muka surat (atau hingga 200 muka surat).

    Lazimnya Bab I bagi tesis Sarjana ialah 20 hingga 30 muka surat, manakala panjang Bab Penutupnya antara 5

    hingga 7 muka surat. Jumlah tesis Sarjana bergantung pada jumlah bab.

    Bagi tesis Kedoktoran (Ph.D.) lazimnya panjang purata satu bab bagi Bab II, Bab III, Bab IV atau Bab V ialah50 hingga 60 muka surat. Lazimnya Bab I bagi tesis Kedoktoran ialah 25 hingga 30, manakala panjang Bab

    Penutupnya antara 5 hingga 7 muka surat. Jumlah tesis Kedoktoran bergantung pada jumlah bab.

    Dalam Bab II, Bab III, Bab IV (sekiranya lima bab kesemuanya) atau Bab V (sekiranya enam kesemuanya)

    terdapat subtajuk-subtajuk dan kesimpulan tersendiri. Ini sama bagi ketiga-tiga peringkat pengajian (BA,

    MA/Mphil/M.ED, dan Ph.D.). Sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 3, perbincangan atau penghujahan dalam

    sesebuah bab itu (selain Bab I dan Bab Penutup) adalah terkhusus menjurus kepada sesuatu persoalan yang

    digariskan di bawah berkait dengannya.

    Penulisan tesis lebih kurang sama dengan penulisan makalah ilmiah, bezanya: dalam makalah ilmiah persoalan-

     persoalan di bawah Permasalahan Kajian dijadikan subtajuk-subtajuk; sebaliknya, dalam tesis persoalan-

     persoalan di bawah Permasalahan Kajian dijadikan Tajuk bagi Bab II hingga Bab IV atau Bab V (tidaktermasuk Bab I dan Bab Penutup).

    Sama seperti makalah ilmiah, sebagai tulisan ilmiah, perbincangan atau penghujahan dalam setiap Bab tesis

    haruslah berasaskan, iaitu harus disandar atau dirujuk fakta-fakta sahih dan dapat disemak oleh orang lain

    mengenai kesahihannya. Ianya juga haruslah disampaikan dengan jelas, teratur, logik dan tersusun rapi.

    Demikian juga halnya perbincangan atau penghujahan sesuatu isu. Sebaik-baiknya sesuatu isu diperkatakan

    (dibincangkan dan dihujahkan) dalam satu perenggan tersendiri. Perbincangan dan penghujahan akan menjadi

    lebih berkesan sekiranya sesuatu perenggan itu mengandungi tiga unsur berikut: 1) kenyataan isu tentang apa

    yang akan diperkatakan perenggan berkenaan, 2) fakta-fakta berkait dengan apa yang diperkatakan, dan 3)

    contoh-contoh atau sebab-musabab berkait dengan apa yang diperkatakan. Sekiranya penjelasan mengenai tiga

    unsur itu begitu panjang, adalah lebih baik ianya ditulis dalam perenggan lain berikutnya. Ini supaya para

     pembaca tidak menjadi jemu. Walau bagaimanapun, haruslah dielakkan daripada memperkatakan lebih daripada

    satu isu atau fakta dalam satu perenggan.

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    8/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    308

    Dalam penulisan tesis, seperti mana ditunjukkan dalam Rajah 3, Bab II hingga Bab IV atau Bab V (tidak

    termasuk Bab I dan Bab Penutup) mempunyai Bab Kesimpulan masing-masing. Banyak penulis tidak

    memahami fungsi Kesimpulan dalam Bab-Bab tersebut. Sebenarnya, fungsi Kesimpulan dalam Bab-Bab

    tersebut adalah lebih kurang sama dengan fungsi Kesimpulan makalah ilmiah iaitu: 1) ia haruslah menjawab

     persoalan-persoalan yang digariskan di bawah Permasalahan Kajian; 2) sebaik-baiknya Kesimpulan ditulis

    hanya dalam satu perenggan; dan 3) tidak ada fakta baharu, tidak ada rujukan baharu dan tidak ada penghujahan

     baharu dalam Kesimpulan.

    Walau bagaimanapun, berbeza daripada Kesimpulan dalam makalah ilmiah, Kesimpulan Bab dalam tesis (iaitu

    dalam Bab II hingga Bab IV atau Bab V  tidak termasuk Bab I dan Bab Penutup) memberi jawapan kepada

    satu persoalan yang digariskan di bawah Permasalahan Kajian yang berkait dengannya. Sehubungan itu, secara

    lebih terperinci, kenyataan dalam Kesimpulan Bab II seharusnya memberi jawapan kepada persoalan 1 dalam

    Permasalahan Kajian. Demikianlah seterusnya, iaitu kenyataan dalam Kesimpulan Bab III seharusnya memberi

     jawapan kepada persoalan 2 dalam Permasalahan Kajian. Kenyataan dalam Kesimpulan Bab IV seharusnya

    memberi jawapan kepada persoalan 3 dalam Permasalahan Kajian.

    Penulis tesis tersebut tidak perlu merumuskan kesemua perbincangan atau penghujahan dalam Bab tersebut.

    Apa yang perlu dibuat oleh penulis berkenaan ialah mencari keterangan-keterangan dalam Bab berkaitdengannya dan menuliskannya dalam Kesimpulan tersebut agar dapat membawa jawapan secara persis (padat,

    tepat dan tajam) terhadap persoalan dalam Permasalahan Kajian yang berkait secara langsung dengan Bab

    tersebut. Harus ditekankan bahawa, sama seperti dalam penulisan makalah ilmiah, ini tidaklah sukar dilakukan

    kerana jawapan terhadap persoalan tersebut seharusnya ada dalam Bab tersebut kerana tajuk Bab tersebut adalah

    diubah-suai dari persoalan dalam Permasalahan Kajian yang berkait dengannya. Di samping itu, subtajuk-

    subtajuk dalam Bab berkenaan adalah juga berkait secara langsung dengan persoalan dalam Permasalahan

    Kajian yang perlu dijawab dalam Kesimpulan Bab itu kerana ianya pecahan-pecahan tajuk Bab yang diubah-

    suai persoalan dalam Permasalahan Kajian berkait dengannya.

    Seterusnya, sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 3, jawapan yang diberikan dalam Kesimpulan Bab II hingga

    Bab IV atau Bab V (tidak termasuk Bab I dan Bab Penutup) harus dibawa ke Bab Penutup. Kenyataan dalam

    Bab-Bab tersebut tidak perlu diubah. Oleh itu, Bab Penutup (sama ada Bab IV sekiranya lima kesemuanya atauBab V sekiranya enam kesemuanya) adalah terdiri daripada kenyataan-kenyataan yang sudah pun ditulis dalam

    Bab II hingga Bab IV atau Bab V (tidak termasuk Bab I dan Bab Penutup). Apa yang perlu dilakukan oleh

     penulis berkenaan hanya mengubah sedikit bunyi ayatnya. Perlu ditekankan bahawa isi kandungan dalam Bab

    Penutup adalah sama dalam Bab-Bab tersebut.

    Inilah cara paling praktikal untuk menulis sebuah tesis. Sama seperti dalam penulisan makalah ilmiah, cara ini

    dapat menghasilkan sebuah tesis yang menyatukan fakta-fakta, perbincangan atau penghujahan dalam satu

     bingkai idea bersepadu. Ini dapat berlaku kerana tajuk Bab II hingga Bab IV atau Bab V (tidak termasuk Bab I

    dan Bab Penutup) adalah dibentuk dengan mengubahsuai persoalan-persoalan yang digariskan di bawah

    Permasalahan Kajian. Ekoran daripada itu, penjelasan-penjelasan yang diberikan Bab-Bab berkenaan pastilah

    dengan sendirinya menjelaskan persoalan-persoalan dalam Permasalahan Kajian berkait dengan Bab masing-

    masing.

    Fungsi Subtajuk ‘Pengenalan’ dalam Bab I (Bab Pengenalan)

    Barangkali perlu juga dijelaskan bahawa ramai penulis tesis, termasuk dalam kalangan calon Ph.D., yang tidak

    memahami fungsi subtajuk ‘Pengenalan’ dalam Bab I. Banyak kalangan mereka yang memberi keterangan

     berjela-jela sehingga memakan lima atau enam muka surat, malah, ada yang lebih daripada 10 muka surat.

    Sebenarnya, subtajuk ‘Pengenalan’ dalam Bab I itu adalah ruang untuk penulis memberi keterangan secara

    umumnya mengenai latar seluruh tulisan tesis berkenaan. Ertinya, Pengenalan dalam Bab I seharusnya ditulis

    selepas tesis tersebut telah selesai ditulis. Penulisan Pengenalan dalam Bab I adalah sama seperti penulisan

    abstrak bb tesis. Sepatutnya abstrak merupakan bahagian paling akhir ditulis kerana ia merumuskanPermasalahan Kajian, metodologi dan penemuan atau diskusi.

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    9/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    309

    Pengenalan dalam Bab I hanya perlu ditulis hanya dalam SATU atau DUA perenggan. Ia adalah penjelasan

    sepintas lalu mengenai perkara-perkara yang sudah disebut dalam abstrak (iaitu Permasalahan Kajian, sumber-

    sumber rujukan yang digunakan dalam tesis ini dan penemuan atau diskusi) dan juga objektif tulisan atau kajian

    itu dilakukan. Seelok-eloknya, dalam ayat akhir perenggan akhir (misalnya, perenggan kedua) dalam

    Pengenalan Bab I itu disebut penemuan atau natijah paling penting dalam tulisan tersebut.

    Dari pengalaman, kami dapati banyak penulis tidak dapat membezakan antara Pengenalan dalam Bab I tesisdaripada Pengenalan Bab I dalam buku. Malah, ramai penulis tidak dapat membezakan antara penulisan tesis

    daripada penulisan buku. Itu sebabnya kebanyakan tesis yang dihantar untuk diperiksa memberi keterangan

     panjang lebar tentang senario  subject-matter  yang ingin diperkatakan dalam Pengenalan dalam Bab I. Ada yang

     berjela-jela sampai lebih daripada 10 muka surat.

    Sebenarnya, terdapat bahagian lain yang khusus untuk memperkatakan senario atau latar belakang  subject-

    matter  yang akan diperkatakan dalam tulisan tersebut.

    Fungsi Subtajuk Pengenalan dalam Bab II, Bab III dan Bab IV

    Selain itu, dari pengalaman, kami mendapati begitu ramai penulis yang tidak memahami fungsi ‘Pengenalan’dalam Bab II hingga Bab IV atau Bab V (tidak termasuk Bab I dan Bab Penutup). Ini merupakan satu lagi

     bayangan kebanyakan penulis tesis benar-benar tidak memahami pengertian tesis itu sendiri.

    Perlu ditekankan bahawa subtajuk ‘Pengenalan’ dalam Bab II, Bab III, Bab IV atau/dan Bab V (tidak termasuk

    Bab I dan Bab Penutup) seharusnya menjelaskan perkara-perkara atau isu-isu yang akan dibincang dan

    dihujahkan dalam Bab masing-masing yang berkait dengannya sahaja. Penjelasan tersebut harus memberi

     bayangan awal mengenai perkara-perkara atau isu-isu yang akan diperkatakan dengan lebih lanjut dalam Bab

    masing-masing. Oleh itu, penjelasan yang diberikan seharusnya secara persis (precise), iaitu seelok-eloknya

    hanya dalam satu atau dua perenggan sahaja. Sebuah tesis yang baik lazimnya hanya menulis satu perenggan

    dalam subtajuk ‘Pengenalan.’

    Perlu ditekankan bahawa kenyataan dalam subtajuk ‘Pengenalan’ dalam Bab II, Bab III, Bab IV atau/dan Bab V(tidak termasuk Bab I dan Bab Penutup) seharusnya selari dengan Permasalahan Kajian berkait dengannya (lihat

    Rajah 3). Sebagaimana telah dijelaskan, Permasalahan Kajian 1 harus diperkatakan dalam Bab II. Seterusnya,

    Permasalahan Kajian 2 harus diperkatakan dalam Bab III. Permasalahan Kajian 3pula harus diperkatakan dalam

    Bab IV. Demikianlah seterusnya.

    Sehubungan itu, kenyataan dalam Pengenalan Bab II seharusnya mengenai persoalan 1 dalam Permasalahan

    Kajian. Ini adalah supaya selari tajuk Bab II itu sendiri. Kenyataan dalam Pengenalan Bab III seharusnya

    mengenai persoalan 2 dalam Permasalahan Kajian. Ini adalah supaya selari tajuk Bab III. Kenyataan dalam

    Pengenalan Bab IV seharusnya mengenai persoalan 3 dalam Permasalahan Kajian. Ini adalah supaya selari tajuk

    Bab IV. Kenyataan dalam Pengenalan Bab V seharusnya mengenai persoalan 4 dalam Permasalahan Kajian. Ini

    adalah supaya selari tajuk Bab V.

    Bab Penutup (Bab V)

    Dari pengalaman, nampaknya begitu ramai penulis yang tidak memahami langsung fungsi Bab Penutup (Bab V

    atau Bab VI) dalam tesis. Ini amat menjolok kerana kebanyakan penulis memasukkan fakta-fakta baharu,

    rujukan baharu dan penghujuhan baharu dalam Bab tersebut. Malah, ada penulis yang mengadakan subtajuk

    ‘Kesimpulan’ dalam Bab Penutup  sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan calon Sarjana dan

    Kedoktoran!!!

    Perlu dijelaskan bahawa fungsi Bab Penutup dalam tesis adalah untuk memberi jawapan menyeluruh secara

     persis (tepat, padat dan tajam) terhadap persoalan-persoalan yang disenaraikan di bawah subtajuk Permasalahan

    Kajian.

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    10/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    310

    Dari pengalaman, ghalibnya kebanyakan pemeriksa dalam dan luar akan mula-mula sekali membaca

    Permasalahan Kajian. Kemudiaan akan terus membaca Bab Penutup (Bab V atau Bab VI). Sekiranya kenyataan

    dalam Bab Penutup itu memberi jawapan yang jelas kepada persoalan-persoalan tersebut maka tesis ini

    dianggap sudah berjaya.

    Sebenarnya, dalam banyak-banyak bahagian dalam tesis, bahagian yang paling mudah dilakukan ialah menulis

    Bab Penutup. Ini kerana seperti telah dijelaskan, cara yang paling mudah untuk menulis Bab Penutup hanyamemindahkan semula Kesimpulan dalam Bab II, Bab III dan Bab IV atau Bab V. Sekiranya calon cut and paste 

    kenyataan dalam Kesimpulan Bab II, Bab III dan Bab IV sudah pun memadai. Ini kerana, seperti telah

    dijelaskan, Kesimpulan Bab II adalah pemberian jawapan kepada Permasalahan Kajian 1. Kesimpulan Bab III

    adalah pemberian jawapan kepada Permasalahan Kajian II. Kesimpulan Bab IV adalah pemberian jawapan

    kepada Permasalahan Kajian III.

    Lantaran itu, dalam Bab Penutup tidak boleh ada kenyataan tambahan dan juga rujukan baharu. Penulisan Bab

    Penutup tidak boleh melebihi 10 halaman!!!

    Walaupun ia merupakan bahagian paling mudah, namun, Bab Penutup merupakan penentu kejayaan sesebuah

     penulisan tesis. Dalam bahagian inilah jawapan secara persis diberikan terj persoalan-persoalan yangdisenaraikan dalam Permasalahan Kajian. Bahagian inilah juga yang menjadi tesis bagi tulisan. Tesisnya ialah

     jawapan-jawapan kepada persoalan-persoalan dalam Permasalahan Kajian.

    Penulisan Abstrak

    Dari pengalaman, kami mendapati begitu ramai calon Sarjana tidak memahami apa yang perlu ditulis dalam

    abstrak dalam makalah ilmiah dan tesis. Semua orang tahu bahawa abstrak bukanlah ringkasan atau sinopsis

    tulisan, walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu apakah sepatutnya ditulis dalam bahagian tersebut. Secara

    normatifnya, abstrak harus mempunyai tidak unsur, iaitu: 1) permasalahan kajian, 2) metodologi, dan

    3) penemuan atau diskusi.

    Perlulah dijelaskan bahawa Permasalahan Kajian adalah isu atau perkara yang akan diperkatakan dalam tulisantersebut. Ia berbeza daripada Objektif Kajian. Objektif Kajian adalah mengenai kenapa tulisan tersebut perlu

    ditulis atau dianggap penting, atau apakah pentingnya isu atau perkara yang diperkatakan dalam tulisan tersebut

     perlu diperkatakan. Di sesetengah universiti, Objektif Kajian adalah lebih kurang sama dengan Signifikan

    Kajian.

    Secara normatifnya, metodologi mempunyai tiga perkara: 1) sumber-sumber atau fakta-fakta yang digunakan

    atau dirujuk dalam penulisan tersebut, 2) bagaimana sumber-sumber atau fakta-fakta itu diperoleh, dan

    3) bagaimana fakta-fakta tersebut disampaikan atau dipersembahkan dalam tulisan tersebut. Lazimnya, dalam

    abstrak, hanya disebut sumber atau fakta-fakta yang digunakan/dirujuk dalam tulisan tersebut.

    Penemuan atau diskusi adalah perkara yang dianggap sesuatu baharu yang diangkat oleh tulisan tersebut. Ia

    adalah penemuan sekiranya apa yang diangkat itu fakta atau perkara yang belum diangkat oleh pihak lain

    sebelum ini. Ia adalah diskusi sekiranya apa yang diangkat itu adalah natijah dalam diskusi-diskusi yang masih

     belum dijadikan isu atau perkara penting oleh pihak lain.

    Walaupun ia berada di tempat paling awal dalam sesebuah tulisan ilmiah namun abstrak merupakan bahagian

     paling akar ditulis. Ini kerana ia berkait dengan penemuan natijah dari diskusi-diskusi

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    11/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    311

    Kesimpulan

    Makalah ini mendeskritifkan cara-cara amalan untuk menulis makalah dan tesis. Ia menjelaskan bahawa

     penulisan ilmiah haruslah bertitik-tolak dari Permasalahan Kajian iaitu menjadikan persoalan-persoalan yang

    digariskan dalam Permasalahan Kajian itu sebagai subtajuk-subtajuk bagi makalah dan tajuk Bab-Bab bagi tesis,

    kecuali bagi Bab I (Bab Pengenalan) dan Bab Penutup. Dihujahkan kelebihan bertolak dari Permasalahan

    Kajian ialah ia menyediakan premis perbincangan atau penghujahan dengan meletakkan fakta-fakta ke dalam

    satu bingkai yang bersepadu kerana dengan menjadikan persoalan-persoalan itu sebagai subtajuk bagi makalah

    dan tajuk Bab bagi tesis akan dengan sendiri membuat perbincangan dan penghujahan menjawab persoalan-

     persoalan. Ini kerana subtajuk-subtajuk dan Bab-bab tersebut adalah Permasalahan Kajian itu sendiri. Selain itu,

    makalah ini menjelaskan apa yang perlu ditulis dalam Pengenalan dalam Bab I bagi tesis iaitu seharusnya

    mengenai pernyataan dalam abstrak secara lebih terperinci dengan objektif penulisan tesis tersebut. Makalah ini

     juga menyarankan agar Pengenalan dalam Bab I harus ditulis setelah bahagian-bahagian lain sudah selesai

    dilakukan kerana dalam kenyataan-kenyataan dalam subtajuk tersebut adalah perincian tentang abstrak (iaitu

     penemuan, penghujahan atau natijah diskusi) yang mana maklumat tentang hal ini hanya dapat diketahui setelah

    seluruh tersebut telah selesai ditulis. Seterusnya, makalah ini menjelaskan bahawa Pengenalan dalam Bab II

    hingga Bab IV atau Bab V (tidak termasuk Bab I dan Bab Penutup) haruslah mengenai perkara-perkara yang

    akan diperkatakan dalam Bab masing-masing. Setiap Pengenalan tersebut haruslah selari dengan PermasalahanKajian yang berkait dengannya. Ini kerana tajuk Babnya sendiri adalah ditulis berasaskan Permasalahan Kajian

     berkenaan. Makalah ini menjelaskan bahawa Bab Penutup bagi sesebuah tesis ditulis dengan hanya

    memindahkan kenyataan dalam Kesimpulan Bab II hingga Bab IV atau Bab V. Akhir sekali makalah ini

    menjelaskan bahawa abstrak harus mempunyai tidak unsur, iaitu: 1) permasalahan kajian, 2) metodologi, dan

    3) penemuan atau diskusi. Ditegaskan bahawa abstrak seharusnya merupakan bahagian dalam paling akhir

    ditulis kerana ia berkait dengan penemuan.

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    12/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    312

    LampiranJadual 1: Contoh Pengubahsuaian Permasalahan Kajian kepada

    Tajuk Bab II hingga Bab V (Bagi Tesis Enam Bab Kesemuanya)

    Ayat 

    Permasalahan 

    Kajian 

    1: 

    1. Apakah sebenarnya faktor-faktor yang menerbitkan

    gejala gelandangan di Malaysia?

    Ayat 

    Permasalahan 

    Kajian 

    dijadikan 

    tajuk 

    Bab 

    II: 

    BAB II 

    F AKTOR -F AKTOR GEJALA GELANDANGAN DI M  ALAYSIA  

    Ayat Permasalahan Kajian 2: 

    2. 

     Adakah faktor-faktor yang menerbitkan gejala

    gelandangan di Malaysia sama dengan di negara-

    negara luar? 

    Ayat Permasalahan Kajian 2 dijadikan tajuk Bab III: 

    BAB 

    III 

    PERBANDINGAN DENGAN NEGARA LUAR 

    Ayat 

    Permasalahan 

    Kajian 

    3: 

    3. Adakah advokasi-advokasi oleh pelbagai pihak itu

    selari dengan realiti sebenar?

    Ayat 

    Permasalahan 

    Kajian 

    dijadikan 

    tajuk 

    Bab 

    IV: 

    BAB IV 

    ADVOKASI PELBAGAI PIHAK DAN REALITI SEBENAR 

    Ayat Permasalahan Kajian 4: 

    5. Adakah pendekatan yang paling sesuai untuk

    diaplikasikan bagi menangani gejala ini di

     Malaysia?

    Ayat Permasalahan Kajian 4 dijadikan tajuk Bab V: 

    BAB V 

    KAEDAH 

    YANG 

    SEWAJARNYA 

    DI 

    MALAYSIA 

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    13/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    313

     

    Rajah 1a: Penulisan Makalah Ilmiah

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    14/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    314

    Rajah 2a: Penulisan Tesis 

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    15/16 

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    315

     

    R ajah 1b: Penulisan Makalah Ilmiah

  • 8/17/2019 01 Mohamed Anwar - Kaedah Penulisan Makalah Dan Tesis

    16/16

     Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014   

    Rajah 2b: Penulisan Tesis