kajian literatur

15
BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Apabila turapan jalan menjangkaui hayat reka bentuknya, ia akan terdedah kepada pelbagai jenis kegagalan dan kerosakan akibat beban kumulatif lalu lintas dan pelbagai faktor alam sekitar. Namun begitu, jalan raya yang baru dibina dengan baik juga boleh menghadapi masalah yang disebabkan faktor-faktor seperti reka bentuk turapan dan bahan yang digunakan. Oleh itu, jalan raya hendaklah sentiasa dipantau dan diselenggara dari masa ke masa untuk menjamin keselesaan pemanduan dan keselamatan pengguna jalan raya. Teknik penyelenggaraan yang betul dan efektif harus dipraktikkan untuk mengekalkan ciri-ciri jalan raya yang lebih baik. Kajian literatur ini dijalankan untuk meningkatkan lagi pemahaman tentang kajian yang dijalankan dengan merujuk kepada pelbagai buku, jurnal dan lain-lain sumber bacaan yang boleh didapati dari perpustakaan, pusat sumber dan mendapatkan maklumat terkini mengenai kajian daripada internet.

Upload: farina-natasha

Post on 20-Jan-2016

375 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Kl

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian literatur

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Apabila turapan jalan menjangkaui hayat reka bentuknya, ia akan terdedah

kepada pelbagai jenis kegagalan dan kerosakan akibat beban kumulatif lalu lintas dan

pelbagai faktor alam sekitar. Namun begitu, jalan raya yang baru dibina dengan baik

juga boleh menghadapi masalah yang disebabkan faktor-faktor seperti reka bentuk

turapan dan bahan yang digunakan.

Oleh itu, jalan raya hendaklah sentiasa dipantau dan diselenggara dari masa

ke masa untuk menjamin keselesaan pemanduan dan keselamatan pengguna jalan

raya. Teknik penyelenggaraan yang betul dan efektif harus dipraktikkan untuk

mengekalkan ciri-ciri jalan raya yang lebih baik.

Kajian literatur ini dijalankan untuk meningkatkan lagi pemahaman tentang

kajian yang dijalankan dengan merujuk kepada pelbagai buku, jurnal dan lain-lain

sumber bacaan yang boleh didapati dari perpustakaan, pusat sumber dan

mendapatkan maklumat terkini mengenai kajian daripada internet.

Page 2: Kajian literatur

2.2 Kaedah Penyelenggaraan Jalan di Malaysia

Penyelenggaraan jalan dilakukan untuk memastikan keadaan jalan raya serta

elemen yang terdapat di sekitarannya sentiasa berada dalam keadaan asal seperti

mana ia dibina. Secara praktikal, penyelenggaraan adalah bertujuan untuk membaiki

keadaan dan operasi jalan raya tersebut supaya ia sentiasa selamat, selesa, dan lebih

ekonomi (Roziawati, 2001).

Terdapat banyak kaedah penyelenggaraan yang boleh dilakukan untuk

mengekalkan keadaan jalan yang baik. Namun, pemilihan teknik membaik pulih

yang paling sesuai bergantung kepada jenis kerosakan turapan. Kaedah pemulihan

boleh dikategorikan kepada tiga (JKR dan REAM, 1998):

i) Penstoran semula (Restoration);

ii) Penurapan semula (Resurfacing); dan

iii) Pembinaan semula (Reconstruction).

Penstoran semula ialah proses di mana permukaan jalan yang rosak akan

dikembalikan dalam bentuk asal dengan beberapa teknik yang sesuai seperti

tampalan dan penutupan retak. Penurapan semula pula melibatkan penghamparan

lapisan permukaan yang baru ke atas lapisan asal yang mengalami kegagalan fungsi

atau struktur. Jalan yang gagal disebabkan oleh tapak jalan atau subgred yang

mengalami keadaan plastik memerlukan pembinaan semula (Che Ros, 2001).

2.3 Penyelenggaraan Jalan Kampung di Johor Bahru

2.3.1 Definisi Jalan Kampung

Jalan kampung dapat didefinisikan sebagai rangkaian jalan yang meliputi

jalan-jalan berikut (Mohd Saiful Affendi, 2001):

i) Jalan-jalan yang menyambung sesebuah kampung kepada jalan luar

bandar dan jalan utama;

7

Page 3: Kajian literatur

ii) Jalan-jalan yang menyambung sesebuah kampung ke sebuah kampung

yang lain; dan

iii) Jalan-jalan yang menjadi jalan rangkaian yang menyambung rumah-

rumah, dan pusat-pusat perkhidmatan dalam sesebuah kampung.

Rajah 2.1 menunjukkan struktur lapisan jalan kampung mengikut kaedah

konvensional yang terdiri daripada lapisan subgred, lapisan tapak jalan, dan lapisan

turapan. Reka bentuk jalan kampung bagi kaedah ini ditunjukkan dalam Lampiran

A (Mohd. Saiful Affendi, 2001).

Rajah 2.1: Struktur konvensional

2.3.2 Infra Desa (Johor)

Infra Desa (Johor) ialah sebuah agensi yang kini giat melaksanakan kerja-

kerja penyelenggaraan sepanjang 1763 km jalan-jalan kampung di seluruh pelusuk

negeri Johor. Dalam program ini, Infra Desa (Johor) telah melantik lebih kurang 200

kontraktor kecil untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara

jalan-jalan tersebut agar lebih tersusun dan bersepadu.

Dari segi kewangan, Infra Desa (Johor) telah diperuntukkan sejumlah

belanjawan dari Kerajaan Pusat melalui Pejabat Pembangunan Negeri, dan program

perlaksanaan dianggarkan mengambil masa 20 tahun.

50 mm turapan

Tanah terpadat

150 mm batu pecah

8

Page 4: Kajian literatur

2.4 Tampalan

Tampalan merupakan kaedah membaik pulih atau penstoran jalan yang paling

lazim dipraktikkan di Malaysia termasuk bagi jalan-jalan kampung. Tampalan ialah

kaedah di mana bahagian permukaan jalan yang rosak akan diganti dengan campuran

berbitumen yang sesuai dan dipadatkan seperti keadaan asal. Kaedah tampalan

digunakan untuk membaik pulih kegagalan seperti lelubang (pothole), retak

(cracking), pengikisan (raveling), kerja-kerja korekan utiliti, dan sebagainya

(Roberts et.al, 1994).

Terdapat dua jenis campuran tampalan yang digunakan di Malaysia iaitu

campuran panas (hot mix asphalt) dan campuran sejuk (cold mix asphalt).

Kebiasaannya campuran panas digunakan sebagai tampalan kekal manakala

campuran sejuk untuk tampalan sementara. Campuran panas boleh didapati dari

kuari-kuari yang menyediakan campuran panas bagi turapan jalan raya manakala

campuran sejuk boleh didapati dari firma-firma yang menghasilkannya.

Tampalan boleh dibahagikan kepada dua iaitu tampalan untuk sebahagian

kedalaman (partial depth patches) dan tampalan keseluruhan kedalaman (full depth

patches). Tampalan sebahagian kedalaman melibatkan pembuangan lapisan turapan

lama yang rosak dan diganti dengan turapan baru manakala tampalan keseluruhan

kedalaman adalah bagi kerosakan yang melibatkan lapisan bawah seperti sub tapak

jalan dan subgred. Oleh itu, lapisan jalan yang rosak akan dibuang hingga ke sub

tapak atau subgred dan kemudiannya diganti dengan lapisan struktur jalan yang baru

(Roziawati, 2001).

Tampalan sebahagian kedalaman biasanya sesuai untuk membaik pulih

kerosakan seperti retak gelinciran (slippage cracking), alunan (corrugation), dan

penyodokan (shoving). Tampalan keseluruhan kedalaman selalunya dipraktikkan

untuk membaik pulih lelubang (pothole), dan retak buaya (alligator cracking)

(Roberts et.al, 1994).

9

Page 5: Kajian literatur

2.5 Perbezaan Campuran Panas dan Campuran Sejuk Bagi Tampalan

Di Malaysia, campuran panas digunakan secara lebih meluas berbanding

campuran sejuk untuk kerja-kerja tampalan jalan. Campuran panas terdiri daripada

bahan yang lazimnya digunakan untuk pembinaan jalan raya iaitu agregat dan

bitumen. Manakala bagi campuran sejuk pula, bitumen emulsi digunakan bagi

mengganti bitumen biasa. Terdapat banyak perbezaan antara campuran sejuk dan

campuran panas yang digunakan untuk menampal jalan.

Campuran panas boleh didapati di kuari-kuari berhampiran dan campuran ini

biasanya dihasilkan apabila diperlukan untuk tujuan tampalan. Campuran ini akan

dimuatkan dalam sebuah lori dan dibawa ke tapak dalam keadaan panas. Suhu

campuran pula hendaklah sentiasa dijaga supaya kerja tampalan dapat dilakukan

dengan sempurna. Campuran panas digunakan untuk kerja tampalan kekal dan ia

melibatkan pekerja yang agak ramai.

Berbeza daripada campuran panas, campuran sejuk biasanya digunakan untuk

kerja tampalan sementara atau kerja-kerja kecemasan dan kemudiannya akan

digantikan dengan campuran panas untuk tampalan kekal. Campuran sejuk

dikeluarkan oleh firma-firma yang menghasilkannya dan biasanya dijual di dalam

beg atau guni, dan dram. Campuran sejuk boleh disimpan sehingga ia diperlukan

untuk kerja-kerja tampalan. Biasanya, tempoh simpanan adalah antara 6-12 bulan

dan tidak boleh lagi digunakan selepas beberapa tempoh waktu. Selain daripada

harga yang lebih murah berbanding campuran panas, hanya dua atau tiga pekerja

yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja penampalan.

2.6 Jenis-jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Boleh Di Baik Pulih dengan

Kaedah Tampalan

Terdapat pelbagai jenis kerosakan atau kegagalan permukaan jalan yang

memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan. Berikut adalah antara kegagalan jalan

10

Page 6: Kajian literatur

yang telah dikenal pasti dapat dibaik pulih dengan kaedah tampalan (Jabatan Kerja

Raya, 1997):

i) Lelubang (Pothole);

ii) Retak (Cracking);

iii) Pengikisan (Raveling);

iv) Lekukan (Depression); dan

v) Penyodokan (Shoving).

2.6.1 Lelubang

Lelubang ialah pembentukan lubang seperti mangkuk pada turapan jalan dan

berpunca daripada kehilangan lapisan haus dan pengikat. Lelubang terbentuk apabila

beban daripada lalu lintas memecahkan turapan dan membenarkan air memasuki

turapan dan seterusnya mempercepatkan proses penyepaian (Che Ros, 2001). Rajah

2.2 menunjukkan lelubang yang terbentuk pada permukaan jalan.

Rajah 2.2: Lelubang

2.6.2 Retak

Retak ialah rekahan yang berpunca daripada kegagalan patah pada

permukaan turapan dan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk contohnya seperti

Rajah 2.3. Keretakan berlaku akibat faktor-faktor seperti tekanan daripada beban

gandar, perubahan suhu dalam lapisan-lapisan jalan, serta kandungan lembapan yang

11

Page 7: Kajian literatur

berlebihan. Terdapat pelbagai jenis retak contohnya retak buaya (alligator

cracking), retak memanjang (longitudinal cracking), retak melintang (transverse

cracking), retak blok (block cracking) dan retak pantulan (reflection cracking)

(Roberts et.al, 1994).

Rajah 2.3: Retak buaya

2.6.3 Pengikisan

Pengikisan ialah penyepaian permukaan turapan yang progresif melalui

kehilangan pengikat (bitumen), agregat, atau kedua-duanya (Che Ros, 2001). Antara

faktor yang menyebabkan berlakunya pengikisan ialah seperti berikut:

i) Kandungan debu yang berlebihan yang menyebabkan bitumen lebih

banyak menyaluti debu daripada agregat; dan

ii) Proses pemadatan lapisan permukaan asfalt yang tidak sempurna

menyebabkan agregat dengan mudah tercungkil keluar daripada

campuran seperti dalam Rajah 2.4.

12

Page 8: Kajian literatur

Rajah 2.4: Pengikisan

2.6.4 Lekukan

Lekukan ialah kawasan di mana arasnya lebih rendah daripada kawasan

sekitarnya. Lekukan kecil hanya kelihatan apabila ia ditakungi oleh air hujan.

Lekukan disebabkan oleh pengenapan subgred ataupun kerja-kerja pembinaan jalan

yang kurang baik (Maniyarasan, 2000). Jenis kerosakan ini akan memberi kesan

yang tidak selesa kepada pemanduan dan air yang sentiasa bertakung akan

melemahkan turapan seterusnya membawa kepada kerosakan yang lebih besar.

Rajah 2.5 menunjukkan lekukan yang berlaku pada jalan raya.

Rajah 2.5: Lekukan

2.6.5 Penyodokan

Penyodokan ialah bonjolan pada permukaan jalan dan biasanya ia selari

dengan arah lalu lintas atau penolakan lapisan permukaan secara mendatar dalam

arah pergerakan lalu lintas (Che Ros, 2001). Tindakan tolakan daripada tayar

kenderaan terhadap turapan akan mengakibatkan pembentukan ombak-ombak

pendek pada permukaan turapan. Penyodokan berpunca daripada ketidakstabilan

13

Page 9: Kajian literatur

campuran, kekurangan keupayaan melekat antara lapisan asfalt dengan lapisan di

bawahnya dan akibat tindakan seperti membrek dan memecut pada kawasan

persimpangan dan bulatan (Maniyarasan, 2000). Rajah 2.6 menunjukkan contoh

penyodokan.

Rajah 2.6: Penyodokan

2.7 Teknik Menampal Jalan

Walaupun kerja-kerja penampalan jalan ini tidak memerlukan jentera atau

alat yang khas, namun teknik menampal jalan yang betul adalah penting bagi

memastikan tampalan kekal lama. Ini kerana, teknik menampal yang salah akan

menyebabkan tampalan tersebut mengalami kerosakan dengan cepat.

Teknik menampal jalan yang betul berdasarkan garis panduan yang

disediakan oleh Jabatan Kerja Raya dan Institut Kerja Raya Malaysia diterangkan

dalam Jadual 2.1 manakala Rajah 2.7 menunjukkan perbezaan teknik penampalan

yang betul dan salah.

Jadual 2.1: Teknik menampal jalan (JKR dan IKRAM, 1994)

Teknik tampalan Penerangan

1. Penandaan Sempadan kawasan yang hendak ditampal di kenal pasti

hendaklah ditanda dan biasanya garisan berbentuk segi

empat adalah yang paling sesuai. Semua bahagian yang

rosak hendaklah berada dalam sempadan garisan.

2. Pemotongan Kawasan yang telah ditanda hendaklah dipotong dengan

14

Page 10: Kajian literatur

kemas dan bahagian yang rosak dikeluarkan dengan

menggunakan peralatan yang sesuai.

3. Pembersihan Permukaan kawasan yang hendak ditampal hendaklah

dibersihkan, dan dipastikan agar sentiasa kering.

Penggunaan vakum udara adalah dicadangkan bagi

tujuan ini

4. Penyemburan salut

jelujur

Lapisan bitumen nipis hendaklah disembur dengan

seragam ke atas permukaan kawasan untuk

menggalakkan lekatan antara lapisan lama dan baru.

Salut jelujur yang boleh digunakan sama ada bitumen

cutback, bitumen emulsi, atau resin sintetik. Salut jelujur

tidak perlu disembur bagi campuran sejuk kerana ia

boleh melembutkan campuran tersebut.

5. Penampalan Campuran akan diisi ke dalam kawasan yang telah

dibersihkan dan kerja dilakukan dengan menggunakan

penyodok secara manual.

6. Pemadatan Bahagian tengah kawasan tampalan mestilah dipadatkan

terlebih dahulu dan diikuti dengan bahagian pinggir. Ini

untuk menambah ikatan antara sambungan di kawasan

pinggir tampalan.

7. Pembersihan dan

penyemakan kawasan

sambungan

Pembersihan sangat penting untuk memastikan kerja

tampalan yang dijalankan lebih komprehensif.

Sambungan yang memisahkan bahagian tampalan yang

baru dibuat dan lapisan lama hendaklah dikedap dengan

bahan berbitumen yang serupa dengan bahan kedap

retakan (crack sealants).

15

Page 11: Kajian literatur

Rajah 2.7: Perbezaan teknik penampalan yang betul dan salah (Adaptasi daripada

JKR dan IKRAM, 1994)

2.8 Ciri-ciri Tampalan Yang Baik

Kerosakan Kerosakan

Pemotongan

Penampalan

Penampalan

Pemadatan

Pemadatan

Sisi tampalan yang kemas Sisi tampalan yang tidak kemas

Ikatan yang baik antara sisi baru dan lama Ikatan tidak sempurna

antara sisi baru dan lama

BETUL SALAH

16

Page 12: Kajian literatur

Kebanyakan masalah kegagalan tampalan sering kali dikaitkan dengan teknik

penampalan yang salah atau tidak sesuai. Namun begitu, kegagalan tampalan jalan

juga berpunca daripada kurangnya ciri-ciri penting yang sepatutnya didapati dalam

setiap campuran tampalan (JKR dan IKRAM, 1994). Ciri-ciri campuran tampalan

yang baik adalah seperti Jadual 2.2 di bawah.

Jadual 2.2: Ciri-ciri campuran tampalan yang baik

Ciri-ciri Keterangan

Kestabilan Campuran tampalan mestilah stabil selepas proses

tampalan dilakukan untuk mengelakkan daripada ubah

bentuk akibat beban trafik. Campuran yang tidak stabil

akan menyebabkan penghancuran (dishing) dan

penyodokan (shoving) pada permukaan tampalan.

Lekatan Ciri lekatan (stickiness) diperlukan untuk memastikan

campuran dapat melekat dengan baik dengan bahagian sisi

serta di lapisan bawah tampalan.

Rintangan kepada

tindakan air

Campuran hendaklah mempunyai rintangan terhadap air

agar penanggalan (stripping) dan pengasingan

(separation) bitumen daripada agregat tidak berlaku.

Tahan lasak Ketahanan akan menghalang campuran daripada hancur

(disintegrate) akibat beban trafik yang membawa kepada

berlakunya pengikisan (raveling).

Kebolehkerjaan

(workability) yang baik

Campuran tampalan mestilah cukup lembut dan mudah

dilentur (pliable) terutamanya pada suhu yang agak

rendah. Campuran yang keras akan susah untuk

dipadatkan dan ini menyebabkan ia tidak kekal lama.

Kebolehsimpanan

(storageability)

Campuran sejuk sepatutnya boleh disimpan sehingga ia

sedia untuk digunakan, biasanya antara enam hingga ke

12 bulan.

2.9 Kegagalan Tampalan Jalan

17

Page 13: Kajian literatur

Tampalan merupakan kaedah baik pulih yang digunakan dengan meluas di

Malaysia. Kedua-dua jenis campuran tampalan iaitu campuran panas dan sejuk

sepatutnya kekal lama seperti mana hayat jalan raya tersebut. Namun kebanyakan

jalan mengalami kerosakan walaupun baru ditampal dan masalah ini menjadi

semakin serius kerana banyak wang telah dikeluarkan untuk kerja penyelenggaraan.

Antara punca-punca masalah kegagalan turapan jalan dan jenis kerosakan

yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

i) Kurangnya ikatan antara sisi atau bahagian bawah kawasan yang baru

ditampal dengan lapisan lama dan ini akan menjadi punca kepada retakan.

Air yang masuk melalui retakan ini akan memburukkan lagi keadaan

jalan raya tersebut.

ii) Pemadatan yang tidak sempurna akan menyebabkan berlakunya dishing

iaitu pemendapan bahagian permukaan jalan.

iii) Kualiti campuran yang tidak baik, pemadatan dan penyalutan salut jelujur

yang tidak sempurna boleh menyebabkan masalah penyodokan dan

pengikisan kepada tampalan jalan.

iv) Kerosakan lapisan jalan asal yang tidak dibuang atau dipotong dengan

sempurna akan menyebabkan ia merebak kepada lapisan baru contohnya

retakan pembalikan (reflective cracking).

v) Saliran jalan yang tidak sempurna akan menyebabkan lapisan tampalan

akan dimasuki air dan lama-kelamaan struktur lapisan akan lemah dan

membawa kepada pelbagai jenis kerosakan jalan.

Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab harus mencari jalan untuk

memastikan kegagalan terhadap jalan yang telah ditampal tidak akan berlaku untuk

memastikan kerja pembaikan jalan lebih efektif dan ekonomi.

18