bab 2 tinjauan literatur

37
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Pendidikan kini telah menjadi salah satu keperluan asas manusia. Pada masa ini, untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian, kesemuanya memerlukan pendidikan untuk mendapatkan keperluan yang lebih selesa. Tanpa ilmu pengetahuan dan pendidikan yang baik, sudah pasti majoriti masyarakat tidak dapat mencapai kualiti hidup yang lebih baik kini. Isu-isu kemiskinan bukanlah satu fenomena yang baru sahaja dibincangkan tetapi telah lama diperdebatkan. Lantaran itu, wujud pelbagai teori yang membicarakan berkenaan permasalahan keperluan hidup, ekonomi dan kemiskinan.

Upload: sunkistsun

Post on 18-Feb-2017

524 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Tinjauan Literatur

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pendidikan kini telah menjadi salah satu keperluan asas manusia. Pada masa

ini, untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan

pakaian, kesemuanya memerlukan pendidikan untuk mendapatkan keperluan

yang lebih selesa. Tanpa ilmu pengetahuan dan pendidikan yang baik, sudah

pasti majoriti masyarakat tidak dapat mencapai kualiti hidup yang lebih baik

kini. Isu-isu kemiskinan bukanlah satu fenomena yang baru sahaja

dibincangkan tetapi telah lama diperdebatkan. Lantaran itu, wujud pelbagai

teori yang membicarakan berkenaan permasalahan keperluan hidup, ekonomi

dan kemiskinan.

2.2 Model dan Konsep Kemiskinan

2.2.1 Model Keperluan Asas Galtung

Model ini telah diperkenalkan oleh Johan Galtung. Di dalam model

keperluan asas Galtung, beliau membahagikan keperluan manusia

kepada 4 bahagian. Galtung ada menyatakan berkenaan keperluan

pendidikan di bahagian kedua iaitu keperluan kebajikan. Keperluan

kebajikan ini merangkumi keperluan asas manusia iaitu makanan,

pakaian, tempat berlindung, kesihatan dan pendidikan. Keperluan ini

Page 2: Bab 2 Tinjauan Literatur

13

dapat menghindarkan mereka dari kemiskinan. Wabak penyakit,

peluang pekerjaan yang luas, hak bersuara dan sebagainya.

Melalui model ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan telah

menjadi sebahagian daripada keperluan hidup manusia. Keperluan ini

telah lama diutarakan oleh Galtung apatah lagi keperluannya pada

masa kini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan itu adalah

satu keperluan kepada setiap individu. Pendidikan itu boleh wujud

sama ada secara atau pun tidak formal, namun kedua-duanya mampu

memberi nilai dalam diri manusia dan ketamadunannya.

2.2.2 Takrif Kemiskinan

Apabila berbicara berkenaan kemiskinan, kebanyakan ahli sosiologi

telah banyak memberikan takrifan terhadapnya dan seringkali

mengaitkan kemiskinan dengan isu pembangunan. Menurut Kamus

Pelajar Edisi Kedua (2008), miskin merujuk kepada keadaan serba

kekurangan barang-barang keperluan hidup. Selain itu, Mohd Fauzi

Mohd Harun & Ahmad Fauzee Abdullah (2007), melalui (Saunders,

2004) menyatakan kemiskinan adalah ketidakcukupan pendapatan

untuk memenuhi keperluan asas di peringkat secukup hidup bagi

mempertahankan kecekapan fizikal.

Masalah kemiskinan tidak pernah ada kesudahannya meskipun

pelbagai usaha dijalankan. Siapakah mereka yang benar-benar

Page 3: Bab 2 Tinjauan Literatur

14

mengalami kemiskinan ini? Kemiskinan boleh dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif.

2.2.3 Miskin Mutlak

Kemiskinan mutlak bermaksud terdapat keadaan yang mana keperluan

minimum manusia tidak dapat dipenuhi (Zaheruddin Othman & Yusof

Pon, 2005). Ia mula diperkenalkan oleh Charles Booth pada tahun

1887 yang merujuk kepada kajiannya terhadap penduduk di Timur

London. Definisi yang digunakan oleh Booth bukan sahaja merujuk

kepada indikator ekonomi malahan mengambil kira indikator sosial

(Mohd Fauzi Mohd Harun & Ahmad Fauzee Abdullah, 2007). Bagi

masyarakat yang gagal memenuhi keperluan asasnya maka dikira

sebagai miskin mutlak. Secara amnya keperluan asas bagi manusia

adalah merupakan makanan, pakaian, tempa berlindung dan

sebagainya. Pada masa kini, keadaan miskin mutlak masih kelihatan di

kalangan masyarakat kita.

2.2.4 Miskin Relatif

Berbeza dengan miskin mutlak, miskin relatif merujuk kepada

perbezaan di antara satu kumpulan manusia dengan kumpulan manusia

yang lain. Sebagai contoh, perbezaan golongan pertengahan dan

golongan atasan sudah pasti golongan pertengahan dilihat lebih miskin

daripada golongan atasan.

Page 4: Bab 2 Tinjauan Literatur

15

2.3 Perangkap Kemiskinan

Setelah memahami akan teori-teori berkenaan kemiskinan, dapatlah difahami

bagaimana situasi kemiskinan itu senantiasa berlaku secara berulang-ulang

dan diwarisi. Walau bagaimanapun, bukannya seseorang itu tidak boleh keluar

dari kemiskinan dengan usaha yang gigih, tetapi mereka juga sebenarnya

terperangkap dalam kemiskinan atas beberapa faktor. Chamber (1983) dalam

Zaheruddin Othman & Yusof Pon, 2005, telah menyatakan bahawa isi rumah

itu akan terperangkap dalam kemiskinan atas beberapa faktor iaitu:

a. Miskin – Isi rumah hanya mempunyai sedikit aset, tidak mempunyai wang

tunai dan makanan yang cukup. Malahan mereka mungkin menanggung

hutang.

b. Fizikal lemah – Tahap kesihatan isi rumah adalah rendah, kadar kelahiran

dan kematian adalah tinggi.

c. Kurang daya tahan – Mudah terjebak dalam hutang dan menggadai aset.

d. Terpinggir – Hidup jauh dari pusat komunikasi dan maklumat, jauh dari

masyarakat, bersifat ‘ketinggalan’ dan jarang menerima pelawat.

e. Tiada kuasa – Mereka terpinggir dari masyarakat menyebabkan mereka

juga terpinggir dari peraturan, undang-undang, kurang daya saing dalam

perbincangan berkenaan pekerjaan, ekonomi, keuntungan dan sebagainya.

Mereka juga akan menarik diri daripada terlibat dengan polis, mudah

ditindas oleh peminjam wang, tuan tanah, pegawai kerajaan dan polis.

Selain Chamber, Dale (2000) juga telah menambah beberapa faktor-

faktor terhadap berlakunya perangkap kemiskinan.

Page 5: Bab 2 Tinjauan Literatur

16

a. Tahap kesihatan yang rendah – secara tidak langsung mengurangkan

produktiviti dan keupayaan seseorang untuk bekerja.

b. Kekurangan pendidikan formal dan buta huruf – mengehadkan keupayaan

seseorang untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan sebagainya

dengan baik.

c. Kurang berinteraksi dengan golongan terpelajar

d. Kurang terlibat dalam membuat keputusan awam

e. Mengehadkan penerimaan kepada perkembangan semasa/terbaru

Berdasarkan perangkap kemiskinan yang dikaji oleh Chamber dan

Dale, faktor-faktor tersebut jelas menunjukkan bahawa ia juga merupakan ciri-

ciri seorang miskin. Walau bagaimanapun, selain daripada faktor-faktor

tersebut, faktor sikap dan mentaliti individu juga boleh menyebabkan mereka

terus terperangkap dalam kemiskinan sekiranya mereka mempunyai mentaliti

dan moral yang rendah. Sebagai contoh, individu akan terus terperangkap

sekiranya mereka langsung tidak mempunyai semangat dan usaha untuk lebih

berjaya misalannya bekerja bersungguh-sungguh dan tidak hanya menyerah

kepada takdir semata-mata.

2.4 Kemiskinan Mengikut Pandangan Islam

Dalam agama, setiap apa yang dilakukan di muka bumi ini bukanlah hanya

tertumpu kepada duniawi semata-mata, malahan merupakan bekalan amalan

yang akan dibawa sebagai perhitungan kelak. Apa-apa sahaja yang dilakukan

yang bersifat positif dan niat kerana agama akan membawa kepada kerohanian

diri, ketenteraman jiwa dan ketenangan dalam diri. Dalam Islam matlamat

Page 6: Bab 2 Tinjauan Literatur

17

yang inigin dicapai bukan tertumpu kepada keperluan material sahaja, tetapi

ianya merangkumi konsep kesejahteraan hidup manusia yang menkekankan

konsep persaudaraan dan keadilan sosioekonomi di mana ia memerlukan

keseimbangan antara kedua-dua aspek iaitu keperluan material dan spiritual

bagi setiap insan (Norajila Che Man & Joni Tamkin Borhan, 2010). Oleh yang

demikian, membantu masyarakat miskin adalah salah satu tanggungjawab bagi

orang yang berkemampuan untuk membantu mereka. Hal ini turut dijelaskan

di dalam Islam melalui Surah Az-Zaariyat, ayat 19 dan Surah al-Isra’, ayat 26.

Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.

Az-Zaariyat (51: 19)

Merujuk kepada surah di atas, dapat difahami bahawa setiap rezeki

yang diperoleh itu, terdapat juga rezeki orang lain di dalamnya yang perlu

dikongsi secara bersama. Setiap muslim perlulah mempunyai sikap yang mulia

dan prihatin di dalam diri dan memastikan saudara seagamanya turut sama

memperoleh kehidupan yang sejahtera dan terpelihara. Dalam erti kata lain,

sedekah itu lebih membawa kepada keberkatan hidup kerana Allah kasih akan

hamba-hambanya yang bersedekah seperti mana firmanNya.

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah sengaja kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Al-Baqarah (2:195)

Page 7: Bab 2 Tinjauan Literatur

18

Dan berikanlah kepada kaum kerabat yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu membelanjakan (hartamu) secara boros.

Al-Isra’ (17: 26)

Di dalam Islam juga terdapat institusi zakat yang bertujuan sebagai

pusat yang bertanggungjawab dalam usaha mengumpul, memberi dan

membahagikan harta-harta tertentu kepada pihak-pihak tertentu. Dengan

melaksanakan zakat seseorang itu bukan sahaja mendapat keberkatan hidup

malahan dapat membersihkan jiwa seperti mana firman Allah s.w.t:

Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka.

At-Taubah (9:103)

Sehubungan dengan itu, konsep TSK amatlah bertepatan dan

bersesuaian dengan ajaran di dalam Islam. Islam sentiasa menyeru umatnya

untuk menitikberatkan konsep persaudaraan dan keadilan sosial. Gillian Rice,

1999 menyatakan keadilan dan persaudaraan dalam Islam menekankan

bahawa ahli masyarakat harus mengambil berat mengenai keperluan asas

orang-orang fakir dan miskin (Norajila Che Man & Joni Tamkin Borhan,

2010). Dengan wujudnya amalan dan saranan ini, setiap umat Islam terhindar

daripada adanya sikap bakhil, kedekut, sombong dan takbur dalam diri.

2.5 Kerangka Teori

2.5.1 Teori Putaran Ganas Kemiskinan (Vicious Circle of Poverty)

Tidak sesiapa yang ingin dilahirkan dalam kehidupan serba miskin dan daif.

Namun begitulah realitinya apabila sesebuah keluarga tidak berusaha untuk

Page 8: Bab 2 Tinjauan Literatur

19

mengeluarkan diri mereka dari suasana kemiskinan ini. Apabila negara

menjadi semakin maju, mereka perlu mengejar kemajuan tersebut dengan

bertungkus-lumus untuk mendapat taraf sama seperti golongan yang lain.

Teori ini mula dikenalkan oleh Ragnar Nurkse melalui bukunya Problems of

Capital Formation in Underdeveloped Countries pada tahun 1953.

Teori ini menjelaskan suatu keadaan keluarga miskin yang mana ketua

isi rumah (KIR) tidak mampu untuk menyediakan keperluan asas kepada isi

rumahnya seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan dan

sebagainya. Kemiskinan ini akan terus diwarisi oleh generasi ke generasi

kelak kesan daripada keperluan asas yang tidak dapat disediakan oleh KIR itu

tadi. Nurkse telah memperincikan teorinya melalui sumber pendapatan di

negara sedang membangun yang mana di dalam sebuah negara yang belum

membangun sepenuhnya akan mengakibatkan isi dalamnya turut mengalami

nasib kemiskinan yang sama. Secara mudahnya, teori ini dapat difahami

melalui Rajah 2.1.

Berdasarkan Rajah 2.1, bermula dengan permintaan, pendapatan yang

rendah akan menyebabkan kuasa membeli juga adalah rendah di kalangan

masyarakat miskin akibat daripada produktiviti yang turut sama rendah.

Justeru itu secara tidak langsung akan mengurangkan keupayaan untuk

menabung dan membuat pelaburan. Manakala dari segi penawaran pula,

pendapatan yang rendah juga akan menyebabkan keupayaan kuasa menabung

juga adalah rendah. Hal ini adalah kerana pendapatan hanyalah secukup pakai

sahaja untuk keperluan harian. Seterusnya, akan mengakibatkan kekurangan

Page 9: Bab 2 Tinjauan Literatur

20

modal dan menghasilkan produktiviti yang rendah. Kitaran ini akhirnya akan

kembali semula kepada pendapatan yang rendah.

2.5.2 Teori Budaya Miskin

Mempunyai takrifan yang sama seperti Nurkse, Oscar Lewis merupakan

seorang ahli sosiologi yang turut sama melihat isu kemiskinan sebagai satu

fenomena serius di seantero dunia. Teori ini mula membangun berdasarkan

kajian yang dijalankan oleh Lewis yang bertajuk Five Families: Mexican Case

Studies in the Culture of Poverty pada tahun 1959. Keputusan daripada kajian

beliau mendapati bahawa budaya yang terdapat dalam kalangan golongan

miskin itu akan kekal bersama walaupun berada di tempat dan masa yang

berlainan. Lewis melihat kemiskinan ini bukanlah disebabkan oleh faktor

ekonomi, tetapi telah menjadi satu budaya bagi golongan miskin itu sendiri.

Beliau melihat kemiskinan itu berpunca daripada penyesuaian golongan

miskin terhadap kehidupan baru di bandar.

Rajah 2.1: Diubahsuai daripada Model Teori Putaran Ganas Kemiskinan, Ragnar Nurkse, 1953

Page 10: Bab 2 Tinjauan Literatur

21

Budaya miskin ini merupakan kesan daripada penyesuaian dan reaksi

keluarga miskin tersebut apabila berpindah ke bandar. Lantaran itu, Lewis

telah mengenal pasti ciri-ciri budaya miskin melalui pemerhatian dalam

kajiannya kepada 4 peringkat. Peringkat tersebut bermula dari peringkat

masyarakat, komuniti, keluarga dan individu. Ciri-ciri tersebut adalah:

a. Masyarakat, kebiasaannya golongan miskin akan menyisihkan diri

daripada masyarakat, kurang penglibatan dan juga berintegrasi dengan

masyarakat. Hal ini adalah kerana wujudnya perasaan diskriminasi, rendah

diri, curiga dan sebagainya.

b. Komuniti, ciri budaya miskin dapat dilihat melalui keadaan rumah yang

serba usang, padat, tidak sempurna dan berkelompok. Di peringkat ini juga

mereka mempunyai kehidupan dalam kelompok mereka sendiri dan lebih

mementingkan kumpulan masing-masing.

c. Keluarga, kanak-kanak kurang diberi perhatian dari segi pendidikan,

kesihatan, perlindungan dan sebagainya. Zaman kanak-kanak mereka

adalah singkat, disebabkan oleh kemahuan seks yang awal, perkahwinan

bebas dan sebagainya.

d. Individu, dalam perasaan individu, mereka dilihat mempunyai perasaan

tidak dipedulikan, merasa rendah diri, hanya berserah pada nasib, tidak

boleh berdikari dan sebagainya.

Dengan wujudnya ciri-ciri sedemikian, faktor ekonomi bukanlah

menjadi punca terhadap kemiskinan tetapi ciri-ciri tersebut sebenarnya telah

menjadi punca kepada kemiskinan. Dengan wujudnya reaksi dan pemikiran

yang sedemikian akan menyebabkan generasi-generasi seterusnya mewarisi

Page 11: Bab 2 Tinjauan Literatur

22

budaya tersebut. Oleh yang demikian, kewujudan nilai-nilai dalam budaya

miskin ini bukanlah menyebabkan kemiskinan tetapi telah menjadi punca

kemiskinan berlaku. Langkah-langkah yang perlu bagi memanipulasikan

budaya tersebut adalah dengan mengubah pemikiran mereka agar lebih

cenderung menerima dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

Setelah kajian yang dijalankan Lewis pada tahun 1959, teorinya telah

diperkembangkan oleh salah seorang sarjana yang turut sama mengkaji

tentang kemiskinan di Amerika Syarikat pada tahun 1962. Micheal Harrington

telah membuat kajian dan membukukannya yang bertajuk The Other America:

Poverty in the United States. Beliau mendapati terdapat sejumlah penduduk

(masyarakat kulit hitam, orang kurang upaya, pekerja asing dsb) Amerika

Syarikat yang masih hidup dalam kemiskinan walaupun negara tersebut

merupakan sebuah negara yang maju. Oleh yang demikian, berdasarkan

kajiannya, Harrington telah mengembangkan nilai-nilai budaya miskin yang

dibawa oleh Lewis seperti berikut:

a. Masyarakat, keadaan yang terpisah daripada masyarakat dominan (kulit

putih) kerana wujud sikap prejudis dan diskriminasi warna kulit. Wujud

perasaan benci dalam diri terhadap masyarakat dominan.

b. Komuniti, hidup dalam organisasi yang kecil dan hanya tinggal di

kawasan-kawasan yang sesak, rumah yang buruk atau rumah pekerja yang

disediakan pemilik syarikat dan kotor sehingga boleh menyebabkan

kesihatan terjejas.

Page 12: Bab 2 Tinjauan Literatur

23

c. Keluarga, kebanyakan keluarga diketuai oleh kaum wanita kerana

ditinggalkan suami, kadar perceraian adalah tinggi.

d. Individu, mempunyai IQ yang rendah, mudah rasa tertekan, perasaan

rendah diri, pesimistik dan sebagainya. Tahap IQ yang rendah juga

menyebabkan mereka kurang berpendidikan yang membawa mereka

kepada pekerja tidak mahir.

Nilai-nilai budaya yang dibawa mereka akan sentiasa berterusan

sekiranya mereka terus menerapkan dalam diri dan akhirnya menjadi ikutan

kepada generasi seterusnya. Harrington (1962) menyatakan situasi ini dikenali

sebagai the inherited poverty iaitu kemiskinan yang diwarisi (Mohd Fauzi

Mohd Harun & Ahmad Fauzee Abdullah, 2007).

2.5.3 Teori Stratifikasi Sosial

Sekiranya Nurkse melihat kemiskinan itu berpunca daripada faktor ekonomi,

dan Lewis berpunca daripada budaya dan pemikiran, Kinsley Davis pada

tahun 1942 pula melihat kemiskinan itu akibat daripada kedudukan secara

relatif dan peranan berbeza antara mereka dalam masyarakat. Hal ini

bermakna, kedudukan masyarakat miskin terletak di peringkat yang paling

rendah sekali dalam struktur masyarakat.

Di dalam struktur masyarakat, setiap individu adalah

bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan

pentadbiran negara antaranya berperanan dalam bidang keagamaan, ekonomi,

pemerintahan dan sebagainya. Setiap peranan memainkan tanggungjawab

Page 13: Bab 2 Tinjauan Literatur

24

yang penting dalam sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, bagi sesetengah

negara, individu yang taat dan patuh dalam ajaran agama akan diletakkan di

peringkat yang paling tinggi dalam lapisan masyarakat. Kedudukan mereka

adalah lebih tinggi berbanding individu yang bergelar petani, pedagang dan

peniaga. Setiap mereka yang mempunyai kemahiran dan kebolehan akan

memperoleh ganjaran, penghormatan, kuasa dan kepuasan daripada

masyarakat. Namun begitu, bagi individu yang tidak mempunyai sebarang

kemahiran dan kebolehan akan terus kekal menduduki lapisan paling rendah

dalam peringkat struktur masyarakat. Individu inilah yang akan

diklasifikasikan sebagai miskin.

Davis dan Moore (1945) dalam (Mohd Fauzi Mohd Harun & Ahmad

Fauzee Abdullah, 2007) menerangkan lagi bahawa seseorang yang

mempunyai kemahiran dan kebolehan yang tinggi sudah pasti akan mendapat

tempat dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, pada masa kini, semakin

tinggi kedudukan seseorang itu beliau akan lebih cenderung memperoleh

pendapatan yang tinggi berbanding individu lain. Hal ini dapatlah dirumuskan

bahawa status sosial, kemahiran dan kebolehan itu memainkan peranan dalam

usaha menawan lapisan masyarakat yang tertinggi.

Suatu ketika dahulu, strata masyarakat merupakan aspek yang sangat

penting dalam masyarakat. Bagi golongan-golongan atasan seperti raja-raja

dan individu yang beragama mereka dipandang tinggi dan dianggap sanga

penting dan dihormati oleh masyarakat. Meskipun sehingga kini golongan

raja-raja di Malaysia masih mendapat tempat di hati rakyat, namun kuasa yang

Page 14: Bab 2 Tinjauan Literatur

25

diperoleh mereka kini telah pun dikurangkan dan memerlukan keputusan

secara bersama dan nasihat apabila ingin membuat sebarang keputusan

berdasarkan undang-undang negara.

Selain daripada itu, pada masa kini ciri-ciri orang miskin adalah lebih

meluas sifatnya. Kini, jenis miskin relatif adalah lebih banyak terlihat di

mana-mana jua. Suatu ketika dahulu di dalam struktur masyarakat, golongan

petani, peladang dan sebagainya dilihat berada di tingkat yang terendah

sebelum tingkat hamba abdi. Namun demikian, kini golongan petani, peladang

dan sebagainya semakin maju seiring dengan golongan masyarakat

pertengahan. Yang kelihatan masyarakat yang dilihat miskin merupakan

golongan gelandangan, kumpulan yang membuat pilihan sendiri untuk

kehidupan mereka.

2.6 Kajian-kajian Lepas

2.6.1 Kajian Dalam Negara

Dalam satu kajian di Malaysia yang dijalankan oleh Katty Hsiao Jia

Wong, Ti Ching Yan dan Janice Lay Hui Nga (t.t) yang bertajuk

Kemiskinan dan Pendidikan: Kesan dan Cabaran Di Kalangan Belia

Malaysia telah menyatakan:

Apabila seseorang belia mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi, keupayaannya dalam mendapat peluang pekerjaan adalah lebih tinggi dan turut menjamin pendapatan yang lebih lumayan.

Page 15: Bab 2 Tinjauan Literatur

26

Kepentingan pendidikan sudah sama keperluannya dalam

kehidupan asas manusia iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Mengikut perkembangan semasa dan kos sara diri yang tinggi pada

masa kini, pendidikan merupakan satu jaminan hidup kepada

kehidupan yang lebih harmoni. Kesan daripada kenaikan harga barang,

cukai barangan, kejatuhan mata wang dan bencana alam boleh

menyebabkan seseorang menghadapi kesukaran untuk mewujudkan

suasana keluarga yang harmoni. Oleh itu, mereka perlulah sentiasa

bersiap siaga menghadapi sebarang krisis. Tanpa pendidikan, akan

menyukarkan lagi mereka untuk survive.

Kajian ini mengkaji cabaran yang dihadapi oleh belia miskin

dalam usaha untuk mendapat pendidikan yang lebih baik. Kajian

mengesan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemiskinan

belia antaranya faktor pendidikan, faktor kerajaan, faktor keluarga dan

sebagainya. Pengkaji menyatakan bahawa walaupun kadar literasi di

kalangan belia Malaysia meningkat namun isu prestasi sekolah masih

menjadi cabaran terutamanya di luar bandar atau pedalaman kerana

masih terdapat pelajar yang sukar untuk ke sekolah. Melalui faktor

kerajaan lagi, walaupun kerajaan banyak menyediakan pelbagai jenis

dana namun ia masih tidak mencukupi bukti daripada tren brain drain

yang berpunca daripada pembahagian biasiswa yang tidak mencukupi.

Hal ini lebih menyukarkan belia daripada golongan miskin yang

sememangnya mendapat keputusan cemerlang namun gagal

menyambung pelajaran.

Page 16: Bab 2 Tinjauan Literatur

27

Hasil laporan Doreena Naeg dalam Borneo Post, 31 Julai 2011

menyatakan bahawa sebab kanak-kanak tidak bersekolah adalah kerana

kemiskinan, mempunyai ahli keluarga yang sakit atau kecil, dipaksa

untuk bekerja dan sebagainya. Tika ini, teori putaran ganas kemiskinan

kembali mengambil tempatnya. Ibu bapa yang sememangnya

kekurangan pendidikan turut akan mengakibatkan anak-anak mereka

keciciran dalam pendidikan. Anak-anak diperlukan untuk membantu

ibu bapa menyara keluarga, tambahan pula sekiranya terdapat ahli

keluarga yang telah kehilangan tempat bergantung atau mempunyai

penyakit kronik. Selain itu, bagi anak-anak yang tinggal di kawasan

pedalaman, tidak kesemua mereka bersekolah walaupun telah mencapai

umur persekolahan kerana tidak mempunyai sijil kelahiran.

Akhir sekali pengkaji mendapati faktor individu juga

mempengaruhi kanak-kanak dalam melanjutkan pelajaran. Ada kanak-

kanak yang fobia menghadapi peperiksaan dan terdapat juga kanak-

kanak Cina yang tidak dapa berbahasa Melayu dengan baik kerana

hanya berinteraksi dengan kaum Cina sahaja. Akibatnya mereka

mendapa gred yang rendah dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan

menyebabkan mereka tidak terus menyambung pelajaran di sekolah

kebangsaan.

Keseluruhan daripada hasil kajian yang dijalankan Katty Hsiao

Jia Wong, Ti Ching Yan dan Janice Lay Hui Nga (t.t) menyatakan

bahawa pencapaian dalam pendidikan mempengaruhi tahap kemiskinan

Page 17: Bab 2 Tinjauan Literatur

28

di kalangan belia yang mana ia turut mempengaruhi jumlah

pendapatan. Tahap pendidikan mempunyai kaitan rapat dengan gaji

yang bakal diperoleh mereka kelak apabila sudah bekerja. Selain itu,

faktor gender juga memberi kesan terhadap pendidikan.

2.6.2 Kajian Luar Negara

Merujuk satu kajian luar negara pula, oleh Nisar Ahmad (2013) yang

bertajuk Educational Poverty by Design: A Case of Mismanagement of

National Resources pula menyifatkan kemiskinan adalah berpunca

daripada salah urus sumber negara. Kajian yang dilakukan adalah

bertujuan untuk mengetengahkan tahap dan keseriusan isu-isu

kemiskinan dan pendidikan. Beliau telah melihat negara-negara dunia

ketiga sebagai contoh bagi menjelaskan keadaan miskin dan

pendidikan. Jika dilihat secara dekat negara-negara tersebut sebenarnya

mempunyai cukup sumber alam dan tenaga manusia contohnya Nigeria

dengan minyaknya, Sudan dengan kapasnya manakala Zambia dengan

tembaganya namun rakyat negara masih lagi hidup dalam serba daif

dan gagal memperoleh kehidupan yang baik dan serba lengkap.

Nisar Ahmad menyatakan hal ini berpunca daripada pemimpin

negara dan pembuat keputusan yang tidak memberi keutamaan kepada

hak-hak rakyat. Negara-negara dunia ketiga sebenarnya memiliki

sumber alam yang banyak serta jumlah populasi yang tinggi namun

sikap para pemimpin yang memandang remeh akan perkara ini telah

menyebabkan rakyat keciciran pendidikan lantaran hidup dalam serba

Page 18: Bab 2 Tinjauan Literatur

29

kedaifan. Hak-hak mereka telah dicabuli dan tidak diberikan peluang

untuk mendapat kehidupan yang lebih bagus.

Kajian ini juga menyatakan implikasi daripada kehidupan

miskin ini juga telah mewujudkan jurang antara masyarakat dan miskin

makin membesar. Jumlah pendapatan yang diperoleh rakyat adalah

sangat rendah menyebabkan mereka tidak menitikberatkan pendidikan

sebagai kepentingan dalam hidup. Pengkaji merumuskan bahawa

kemiskinan akan berterusan dan perubahan tidak akan berlaku kerana

kanak-kanak yang lahir dalam keluarga miskin ini akan kekal

terperangkap dalam kitaran ganas kemiskinan. Pendidikan adalah

merupakan satu-satunya cara untuk memerangi kemiskinan. Oleh itu,

kanak-kanak harus diberikan pendidikan kerana merekalah yang akan

membawa keluarga dan diri sendiri keluar dari kitaran ganas

kemiskinan itu.

2.7 Tanggungjawab Sosial Korporat Terhadap Pembangunan Pendidikan

Wujud dan teguhnya suatu organisasi perniagaan apabila ianya memperoleh

keuntungan yang baik. Hal ini merupakan suatu keuntungan yang diperoleh

bukan sahaja kerana kecekapan penerajunya, namun keuntungan yang

diperoleh sudah semestinya daripada masyarakat. Oleh yang demikian, adalah

menjadi suatu kewajipan bagi firma untuk memberi balasan semula kepada

masyarakat atas nama khidmat sosial. Secara tidak langsung firma bukan

sahaja menjalankan aktiviti kemasyarakatan bahkan firma dapat bekerjasama

dengan masyarakat untuk memasarkan produk-produk firma.

Page 19: Bab 2 Tinjauan Literatur

30

Menurut Caroll (1979, 2000) dalam Tanggungjawab Sosial Korporat

(TSK) dan Peranan dalam Pembangunan Sekolah oleh Ratna Fauzi Amat

Johar, Siti Noormi Alias, Maimunah Ismail dan Roziah Mohd Rasdi (2011)

mencadangkan empat tanggungjawab sosial korporat terhadap masyarakat iaitu

tanggungjawab terhadap ekonomi, undang-undang, etika dan filantropi.

Kewujudan firma-firma melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya

merupakan satu tanggungjawab yang mulia terutamanya dalam usaha

memenuhi keperluan pendidikan masyarakat yang kurang bernasib baik. Pada

masa kini TSK telah dilaksanakan secara berleluasa di seluruh negara dan tidak

ketinggalan juga di Malaysia. Setiap badan-badan korporat tidak kira besar

atau kecil berusaha untuk memberi sumbangan bagi meringankan bebanan

yang ditanggung masyarakat.

Maimunah Ismail & Abdul Rasid Jamian (2011) telah menumpukan

beberapa analisis yang dibuat oleh Secchi (2007) berkenaan teori-teori yang

melibatkan TSK. Teori yang berkaitan TSK boleh dibahagikan kepada 3 iaitu

1) Teori Utiliti, 2) Teori Pengurusan dan 3) Teori Perkaitan. Ketiga-tiga teori

ini secara ringkasnya menjelaskan berkenaan aktiviti firma sebagai sebuah

organisasi yang dapat menangani masalah sosial melalui pendekatan organisasi

masing-masing.

Teori Utiliti menerangkan bahawa TSK wujud adalah sebagai satu etika

dalam perniagaan korporat. Ia turut menjelaskan bahawa aktiviti

kemasyarakatan merupakan satu pelaburan dan pelaburan ini pula dapat

memberi keuntungan dan pulangan balik kepada firma. Secara mudahnya,

Page 20: Bab 2 Tinjauan Literatur

31

kewujudan dan kekuatan suatu firma itu adalah bergantung kepada kehendak

dan keperluan masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan, oleh yang

demikian bagi memastikan wujudnya situasi menang-menang, firma perlu

bergantung pada hubungan sosialnya bersama masyarakat.

Jika Teori Utiliti menganggap masyarakat adalah sebagai satu

pelaburan, berbeza dengan Teori Pengurusan yang merasakan perkembangan

dan kemajuan sesebuah masyarakat itu menjadi indikator kepada pencapaian

ekonomi firma tersebut. Oleh yang demikian, TSK merupakan salah satu

strategi pembangunan korporat selain daripada kegiatan-kegiatan pemasaran

yang lain. Dalam menjalankan aktiviti TSK, majoriti firma akan membuat

hebahan maklumat dan menguar-uarkan sumbangan sosialnya kepada umum

sebagai satu strategi menarik perhatian umum untuk mengenali firma tersebut.

Melalui Teori Perkaitan pula kita dapat melihat hubungan-hubungan yang

wujud antara firma dan sekelilingnya dari segi masyarakat dan perniagaan,

pemegang taruh, kemasyarakatan korporat dan kontrak sosial. Di dalam

konteks pendidikan pula, peranan TSK dapat dalam pelbagai acara mengikut

isu-isu semasa yang bersesuaian dengan peredaran masa. Kesimpulannya

setiap hubungan yang wujud adalah selaras dengan hak-hak manusia yang

memerlukan keperluan untuk meneruskan kelansungan hidup.

Page 21: Bab 2 Tinjauan Literatur

32

2.7.1 Memupuk kesedaran terhadap alam sekitar

Memupuk sikap memelihara alam sekitar juga merupakan sebahagian

daripada konteks pendidikan. Hal ini adalah penting bagi memberi

kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya memelihara dan

memulihara alam sekitar agar ia tidak luput, musnah dan rosak

sehingga mendatangkan kesan kepada generasi akan datang. Salah satu

TSK yang telah dijalankan di Malaysia adalah syarikat Toyota

Malaysia melalui Program Toyota Eco Youth pada tahun 2009

dengan menggalakkan program 3R (reduce, reuse, recycle) kepada

pelajar sekolah menengah. Selain daripada Toyota Malaysia, syarikat

lain yang turut melaksanakan TSK adalah Nippon Paint sejajar dengan

polisi alam sekitarnya telah melaksanakan program berkaitan alam

sekitar pada tahun 2010 dengan melibatkan 22 buah sekolah di sekitar

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

2.7.2 Program Sekolah Angkat

Program yang dijalankan ini kebiasaannya menjadi pilihan agen

perubahan apabila melihat suatu keadaan sekolah sama ada dari segi

infrastrukturnya, pencapaian pelajar sekolah dan sebagainya. Salah satu

agen perubahan di Malaysia yang menjalankan program sekolah angkat

adalah MBSB di bawah sebuah projek Over The Top PINTAR School,

mereka melaksanakan pembelajaran Bahasa Inggeris kepada pelajar

bagi memupuk minda golongan muda tentang kepentingan bahasa

Inggeris dan kemahiran pembelajaran bahasa Inggeris melalui sekolah-

sekolah angkat di Sabah, Sarawak, Selangor, Perak, Johor dan Pahang.

Page 22: Bab 2 Tinjauan Literatur

33

2.7.3 Pembelajaran luar bilik darjah

Pembelajaran di luar bilik darjah mempunyai sama kepentingannya

dengan belajar di dalam bilik darjah. Perkara ini dapat mengembangkan

lagi minda pelajar apabila wujud suasana pembelajaran yang baru di

ruangan yang lebih terbuka dan luas. Oleh yang demikian sebagai

menjalankan TSK, pada Ogos 2015 sebuah syarikat pemaju Country

Garden Pacific View (CGPV) Sdn Bhd telah menyumbang keperluan

kelengkapan berjumlah RM20 ribu kepada Sekolah Kebangsaan (SK)

Tanjung Kupang yang melibatkan 109 orang pelajar. Dengan adanya

bantuan sumbangan, sekolah tersebut dapat membina sebuah pentas di

kantin, menurap simen dan membeli kelengkapan pembelajaran di luar

bilik darjah. Sekolah lain yang turut mendapat penajaan ialah SK Morni

Pok, SK Pendas Laut, SK Tanjung Adang dan SK Tiram Duku.

2.7.4 Menawarkan latihan, insentif dan infrastruktur

Sebuah NGO di Negeri Perak iaitu Badan Amal dan Usaha Isteri-isteri

Wakil Rakyat Perak (BAIDURI) dengan kerjasama Malaysia

Resources Corporation Berhad (MRCB) telah menjalankan satu projek

Sekolah Angkat pada tahun 2011. Di bawah program ini, BAIDURI

telah menyediakan peruntukan sumbangan mengikut permintaan

pentadbiran sekolah masing-masing yang terdiri daripada pelbagai

sekolah di Negeri Perak. Antara jenis sumbangan yang diberikan

adalah sumbangan wang, latih tubi, set komputer, buku, hadiah

kecemerlangan pelajar dan lencana cemerlang.

Page 23: Bab 2 Tinjauan Literatur

34

Tujuan program diadakan adalah memberi bimbingan secara

terancang bagi membangunkan pelajar terutamanya bagi pelajar susah

yang datang dari keluarga yang miskin. Lantaran itu program ini

dijangka akhirnya dapat membantu pelajar di sekolah-sekolah terpilih

dalam pelbagai aspek antaranya akademi, pembangunan diri, kesihatan,

mental dan psikososial.

TSK banyak membawa peranan dalam usaha membantu meningkatkan

pendidikan. Pendidikan bukanlah sahaja hanya melibatkan pendidikan formal

di sekolah dan dalam bilik darjah sahaja namun apa jua yang mendatangkan

kesedaran, dapat memupuk moral dan nilai murni dalam diri juga merupakan

satu pendidikan. Pelajar yang kini sedang dipupuk dengan nilai-nilai murni

sudah pasti akan mewariskan sikap moral kepada anak dan generasi

seterusnya. Maka dengan pendidikan yang baik, masalah-masalah kemiskinan

akan beransur-ansur lenyap.

2.8 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kemiskinan bukanlah merupakan topik yang baru

dibincangkan tetapi telah lama diberi perhatian oleh ahli sosiologi dalam kajian

masing-masing pada masa lampau. Pelbagai pemerhatian, andaian dan

pandangan berkenaan kemiskinan telah di rungkai, diberi perhatian, dikaji dan

difahami. Kajian-kajian dan pemerhatian ini akhirnya telah membawa kepada

satu model dan teori yang telah diguna pakai sebagai rujukan ilmiah sehingga

kini.