tinjauan literatur kelas bercantum

26
Pengenalan Pengajaran kelas bercantum di Malaysia hanya dijalankan di sekolah rendah sahaja, bahkan juga wujudnya amalan ini kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Pada pandangan saya pengajaran kelas bercantum adalah salah satu alternatif yang boleh digunakan untuk menyelesaikan beberapa masalah. Pengajaran kelas bercantum di Malaysia juga sangat berbeza dengan pelaksanaannya di negara luar. Kewujudan kelas- kelas bercantum di Malaysia adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang perbezaan pendidikan di antara kawasan bandar dan luar bandar serta menyamaratakan pendidikan berkualiti kepada semua. Oleh sebab di negara ini terdapat banyak kawasan yang bilangan penduduknya tidak ramai dan murid-murid tidak mencukupi untuk dijadikan kelas tunggal, maka kelas-kelas bercantum amat perlu diwujudkan. Kelas bercantum dianggap salah satu cabaran ynag besar kepada guru kerana beberapa sebab tertentu. Antaranya ialah bebanan tugas kepada guru yang perlu mengajar dua kelas pada satu masa. Selain itu, pengawalan kelas yang baik untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Selain itu pengurusan, pengelolaan serta perancangan yang lebih teliti perlu dilaksanakan. Dalam menjalankan tugasan ini, saya telah menganalisis tiga artikel. Artikel yang pertama adalah tinjauan literatur oleh

Upload: nurul-aiman-bt-jaafar

Post on 25-Jul-2015

780 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

Pengenalan

Pengajaran kelas bercantum di Malaysia hanya dijalankan di sekolah rendah

sahaja, bahkan juga wujudnya amalan ini kerana beberapa faktor yang tidak dapat

dielakkan. Pada pandangan saya pengajaran kelas bercantum adalah salah satu

alternatif yang boleh digunakan untuk menyelesaikan beberapa masalah. Pengajaran

kelas bercantum di Malaysia juga sangat berbeza dengan pelaksanaannya di negara

luar.

Kewujudan kelas- kelas bercantum di Malaysia adalah selaras dengan hasrat

kerajaan untuk merapatkan jurang perbezaan pendidikan di antara kawasan bandar

dan luar bandar serta menyamaratakan pendidikan berkualiti kepada semua. Oleh

sebab di negara ini terdapat banyak kawasan yang bilangan penduduknya tidak ramai

dan murid-murid tidak mencukupi untuk dijadikan kelas tunggal, maka kelas-kelas

bercantum amat perlu diwujudkan. Kelas bercantum dianggap salah satu cabaran ynag

besar kepada guru kerana beberapa sebab tertentu.

Antaranya ialah bebanan tugas kepada guru yang perlu mengajar dua kelas

pada satu masa. Selain itu, pengawalan kelas yang baik untuk memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Selain itu pengurusan,

pengelolaan serta perancangan yang lebih teliti perlu dilaksanakan.

Dalam menjalankan tugasan ini, saya telah menganalisis tiga artikel. Artikel yang

pertama adalah tinjauan literatur oleh McClellan, D.E. & Kinsey, S. J. yang berjudul

“Children’s Social Behaviour in Relation to Participation in Mixed – Age or Same- Age

Classrooms”. Manakala artikel yang kedua pula adalah hasil penulisan Stone, S. J.

yang bertajuk “The Multi-Age Classroom: What Research Tells the Practiotioner” dan

artikel yang ketiga pula adalah laporan tinjauan pendidikan sekolah rendah di

pedalaman Keningau-satu tinjauan di Kampung Salarom, Nabawan oleh Ishak bin

Harun. Ketiga-tiga artikel ini membicarakan tentang pelaksanaan kelas bercantum.

Page 2: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

Tinjauan Literatur

Melalui artikel pertama saya iaitu “Children’s Social Behaviour in Relation to

Participation in Mixed – Age or Same - Age Classrooms” hasil penulisan McClellan, D.E

dan Kinsey. S.J., terdapat banyak isu yang dapat dikupas. Pertamanya, artikel ini

membicarakan tentang tingkah laku sosial kanak-kanak terhadap kelas bercantum dan

kelas biasa. Selain itu, artikel ini turut mengupas sejarah awal penubuhan kelas

bercantum. Seterusnya, kepentingan perkembangan sosial dan juga perkembangan

kognitif bahkan juga domain-domain yang terlibat dalam kemahiran sosial dalam

penglibatan murid dalam kelas yang terdiri daripada murid yang berbeza umurnya.

Menerusi artikel ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat dikenalpasti.

Antaranya ialah kebaikan menjalankan kaedah kelas bercantum. Pertamanya, murid

dapat menggalakkan perkongsian pengalaman di antara mereka dari segi intelektual,

akademik dan tingkah laku sosial. Saya amat bersetuju bahawa dengan mencampurkan

murid yang berbeza umurnya dalam satu kelas akan menggalakkan mereka untuk

berkongsi idea dan berlakunya interaksi sosial yang sangat efektif. Teori ini disokong

oleh Vygotsky yang percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam

persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran individu.

(Haliza Hamzah, 2010). Hal ini jelas menunjukkan bahawa untuk membentuk

perkembangan kognitif murid, persekitaran sosio budayanya memainkan peranan

penting.

Dengan menjalankan kaedah kelas bercantum persekitaran sosio budaya yang

positif dapat dibentuk. Murid dapat berkongsi idea dengan murid yang lebih tua

daripada mereka dan berlakulah percambahan idea. Hal ini adalah kerana, antara

kaedah pengelolaan kelas bercantum adalah menerusi kaedah kumpulan. (Kamarudin

Hj Husin, 1990). Di samping itu juga, menurut Lev Vygotsky yang memberi alternatif

kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia

menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan kanak-kanak. (Haliza

Hamzah & Samuel, J. N., 2010).

Page 3: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

Dalam konteks ini model pengajaran yang digunakan dalam melaksanakan kelas

bercantum adalah model sosial. Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu

pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara

bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi

sebagai seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan. (Noriati A. Rashid, Boon Pong

Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Dengan melaksanakan model sosial ini

dalam pengelolaan kelas bercantum, nescaya secara tidak langsung pemikiran murid

akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Jelaslah bahawa, amalan kelas

bercantum dapat menggalakkan murid untuk berkongsi pengalaman seterusnya dapat

mengembangkan diri dari segi intelek, akademik dan tingkah laku sosial.

Artikel ini turut menyatakan tentang pengelolaan kelas bercantum yang

dijalankan. Murid-murid dalam kelas bercantum digalakkan untuk melakukan aktiviti

dalam interaksi bersilang usia. Melalui kaedah ini, murid dapat memupuk semangat

kepimpinan dan dapat membimbing rakan sebaya. Saya amat bersetuju dengan

penyataan ini kerana, pembelajaran secara interaksi silang usia dapat membentuk

semangat kepimpinan yang tinggi dalam diri murid dan juga dapat membimbing rakan

sebaya. Semasa proses pengajaran berlaku individu yang lebih berkemahiran (ibubapa,

guru atau rakan sebaya) akan mengubahsuai tahap bantuan/bimbingan yang diberikan

mengikut keupayaan pelajar (Haliza Hamzah & Samuel, J. N., 2010). Dalam situasi ini,

guru memberi bimbingan penuh apabila seseorang pelajar mempelajari kemahiran baru

atau kemahiran yang sukar seterusnya apabila pelajar sudah mula memahami

bimbingan yang diberikan dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran

tersebut (Santrock, 2007).

Perbualan dan interaksi adalah alat penting semasa proses perencah

(scaffolding). Perbualan akan membantu murid menyusun konsep-konsep baru secara

lebih sistematik dan bermakna. Dalam artikel ini, jelas menyatakan guru memainkan

peranan penting dalam konteks ini.

Page 4: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

“The teacher is actively involved in helping each student follow

an individual study plan, minimizing the possibility of a student

receiving inappropriate instruction because of lack of attention”.

(McClellan, D.E. & Kinsey, S. J., 2005)

Secara keselruhannya, saya amat bersetuju bahawasanya guru memainkan peranan

penting dalam mengelolakan kelas bercantum untuk berjalan secara efektif. Masalah

disiplin mungkin timbul bagi seorang guru yang kurang berpengalaman mengajar kelas

bercantum (EE Ah Meng, 1987). Hasil analisis artikel ini, dapat disimpulkan bahawa

guru membantu pelajar mengarah diri masing-masing demi pencapaian matlamat

kendiri. Yang penting ialah membimbing dan membantu mereka sepanjang

penyelesaian tugas dan masalah

Selain itu, artikel ini juga turut menyatakan,

“Consistency over time in relationships among teachers, children

and parents is viewed as one of the most significant strengths of

the mixed-age approach because it encourages greater depth in

children’s social, academic and intellectual development”.

(McClellan, D.E. & Kinsey, S. J., 2005)

Saya amat bersetuju bahawa hubungan baik di antara guru dan murid

merupakan salah satu kekuatan dalam pendekatan kelas bercantum. Konsep kelas

sebagai satu keluarga digalakkan dalam membina hubungan baik di antara guru dan

murid di dalam kelas bercantum. Justeru itu, murid-murid itu mungkin diajar oleh guru

tersebut selama dua atau tiga tahun sebelum mereka dapat diserahkan kepada guru

lain yang mengajar tahun seterusnya. Pada pendapat saya, tempoh masa selama dua

atau tiga tahun dengan guru yang sama dapat membentuk hubungan yang sangat rapat

di antara guru dan murid. Menurut Kamarudin Hj Husin dalam bukunya yang berjudul

Pedagogi 2 jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yang sangat penting

dalam mengelolakan kelas bercantum. Guru hendaklah berusaha supaya murid-murid

dapat membiasakan diri mereka dengan rutin atau peraturan harian yang dilaksanakan.

Page 5: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

Guru-guru yang memahami perkembangan sosioemosi kanak-kanak akan dapat

membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dalam alam persekolahan seterusnya dapat

membantu mereka berkembang menjadi individu yang berkeupayaan dan harmonis.

(Haliza Hamzah & Samuel, J.N., 2010). Oleh itu, hubungan baik di antara guru dan

murid amat penting dalam melicinkan perjalanan kelas bercantum yang terdiri daripada

murid-murid yang mempunyai peringkat umur yang berbeza.

Seterusnya, menerusi artikel ini, dikatakan bahawa peningkatan dari segi

akedemik bagi murid-murid yang mengikuti kelas bercantum adalah lebih baik

berbanding dengan kelas biasa. Saya kurang bersetuju dengan penyataan ini kerana

beberapa faktor. Di Malaysia, pelaksanaan kelas bercantum banyak terdapat di

kawasan yang bilangan penduduknya adalah kecil. Selain itu, kelas-kelas bercantum

biasanya terdapat di sekolah-sekolah rendah di kawasan luar bandar atau di ladang-

ladang. Oleh itu, peruntukan kewangan dan kemudahan asas di sekolah-sekolah kelas

bercantum adalah agak kekurangan dari segi bangunan sekolah, padang permainan,

perpustakaan, pejabat guru besar, kelas dan sebagainya (Kamarudin Hj Husin, 1990).

Justeru itu, keputusan akademik murid yang berada di kawasan luar bandar masih lagi

jauh ketinggalan dengan keputusan akademik murid yang bersekolah di bandar. Selain

itu, kelas bercantum juga wujud kerana kekurangan tenaga pengajar di sesebuah

sekolah itu. Justeru, pencapaian akademik murid masih lagi jauh ketinggalan.

Menerusi analisis yang dijalankan pada artikel ini, saya bersetuju dengan

penyataan yang menyatakan bahawa kelas bercantum memberikan persekitaran sosial

yang kaya dan kompleks dan menggalakkan perkembangan kognitif dan juga sosial.

Menurut Vygotsky, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu

peringkat individu dan peringkat sosial. Pada peringkat sosial maklumat atau

pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada

di persekitaran (Haliza Hamzah & Samuel, J.N., 2010). Sebagai contoh guru

menggunakan strategi pengajaran koperatif. Strategi pengajaran koperatif yang

dipelopori Slavin (2005) merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah

sesuatu situasi pembelajaran kepada yang lebih dinamis serta berpusatkan pelajar

(Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Justeru

Page 6: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

itu, dengan pelaksanaan strategi ini akan mewujudkan suasana yang kondusif bagi

murid-murid untuk membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan

perhubungan manusia. Jelaslah bahawa persekitaran sosial yang kaya mampu

membentuk kemahiran dalam aspek sosial dan kognitif.

Menurut artikel ini lagi, pelaksanaan kelas bercantum juga membentuk kelakuan

positif murid berbanding murid daripada kelas biasa. Menurut Kamarudin Hj Husin

murid-murid dalam kelas bercantum harus dapat mengawal disiplin diri. Mereka harus

bekerjasama dan bertanggungjawab mengurangkan kesibukan, bunyi bising,

pergerakan yang tidak berfaedah. Selain itu, bilangan murid – murid dalam kelas

bercantum biasanya disyaratkan tidak melebihi atau kurang daripada lima belas orang

(EE Ah Meng, 1987). Hal ini dapat membantu para guru untuk memantau murid dengan

lebih baik.

Hasil daripada analisis yang dijalankan terdapat sedikit perbezaan wujudnya

kelas bercantum di Malaysia dan di luar negara. Menerusi artikel ini dikatakan bahawa

penubuhan kelas bercantum adalah untuk merubah sistem pendidikan biasa yang

dilihat hanya melihat keperluan murid mengikut kumpulan sahaja atau menyeluruh

tetapi dan tidak melihat keperluan murid secara individu. Penubuhan kelas bercantum

di luar negara merupakan salah satu reformasi pendidikan yang dijalankan dalam

sistem pendidikan.

Manakala di Malaysia pula wujudnya kelas bercantum adalah selaras dengan

hasrat kerajaan untuk menyamaratakan peluang pendidikan kepada semua manakala

sejarah terbentuknya pendidikan kelas bercantum di luar negara menerusi artikel ini

adalah kerana membuat perubahan daripada sistem persekolahan mengikut umur

kepada sistem persekolahan kelas bercantum. Hal ini jelas terbukti melalui pendekatan

dan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia sememangnya diwujudkan untuk

semua iaitu merangkumi segenap golongan masyarakat tanpa mengira batas sosial,

ekonomi, politik ataupun perbezaan geografi. Menurut Wan Mohd. Zahid bin Mohd.

Noordin (1993):

Page 7: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

"……ruang untuk kita melaksanakan pendemokrasian

pendidikan dengan makna bahawa setiap anak bangsa kita,

khususnya anak anak daripada keluarga miskin dan

berpendapatan rendah, anak anak di luar bandar dan

pendalaman, memperolehi pendidikan berkualiti.”

(Pendidikan Profesional, 1993 hal. 2)

Berdasarkan pernyataan tersebut jelas sekali bahawa dari segi pendekatan dan

pelaksanaannya dalam aspek pendidikan untuk semua, pendemokrasian pendidikan

memerlukan pengagihan peruntukan kewangan dan sumber secara adil dengan

memberi tumpuan khusus kepada kawasan luar bandar di Semenanjung, kawasan

pendalaman di Sabah dan di Sarawak serta kawasan-kawasan yang sesak dan miskin

di bandar-bandar. Dengan lain perkataan, sistem pendidikan kita tidak pernah

mengabaikan atau meminggirkan mana-mana golongan masyarakat khususnya untuk

mendapat pendidikan yang bermutu ( Ahmad Fauzi bin Mohamed, 1997).

Selain daripada pendidikan percuma atau tidak dikenakan apa-apa bayaran,

beberapa langkah sokongan yang lain telah diwujudkan bertujuan memantapkan

pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini, bantuan buku-buku

teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan

(RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan atau lain-lain agensi bagi

mereka yang layak diadakan bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan untuk

seseorang itu tidak bersekolah (Ahmad Fauzi bin Mohamed, 1997). Maka, kelas

bercantum juga merupakan salah satu alternatif yang dilihat sesuai untuk dilaksanakan

bagi memastikan kesamarataan peluang pendidikan kepada semua.

Seterusnya, menerusi pembacaan yang dijalankan secara analitikal antara

kelemahan artikel ini adalah kurangnya penekanan terhadap perancangan pengelolaan

dan pengurusan kelas bercantum. Kaedah yang digunakan hanya menjurus kepada

satu kaedah sahaja iaitu kaedah kumpulan. Terdapat beberapa kaedah yang boleh

digunakan dalam pengelolaan kelas-kelas bercantum. Antaranya adalah kaedah kelas,

Page 8: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

kaedah darjah, kaedah kumpulan dan kaedah individu (Kamarudin Hj Husin, 1990).

Setiap kaedah memberikan impak yang berbeza dalam menjalankan proses

pembelajaran. Justeru itu, seharusnya wujud variasi dalam mengelolakan kelas

bercantum untuk melancar dan melicinkan lagi proses pembelajaran.

Menerusi artikel yang kedua pula yang bertajuk “The Multi-Age Classroom: What

Research Tells the Practitioner” oleh Stone, S. J. banyak elemen yang dapat dikupas

dan dibincangkan menerusi penulisan ini. Antara kelebihan yang jelas dapat dilihat

dalam artikel ini adalah penulis berupaya membanding dan membezakan pelaksanaan

kelas bercantum dengan kelas biasa. Menerusi artikel dapat dilihat perbezaan yang

ketara antara dua sistem ini. Terdapat banyak kelebihan kelas bercantum yang

dihuraikan dengan jelas dan terperinci pelaksanaan kelas bercantum.

Dalam melaksanakan kelas bercantum murid-murid diletakkan dalam kumpulan

heteregenous dan dipantau oleh guru yang sama untuk beberapa tahun. Kaedah yang

digunakan oleh sistem kelas bercantum di luar negara adalah hampir sama yang

dijalankan di Malaysia. Saya amat bersetuju pelaksanaan kelas bercantum dijalankan

secara kaedah kumpulan. Terdapat dua cara kumpulan itu boleh dibentuk iaitu

kumpulan mengikut kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan (Kamarudin Hj Husin,

1990). Menurut Ewell (1997), maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika

pelajar berada dalam persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan

sokongan padu daripada guru secara peribadi (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying &

Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Konsep guru yang sama untuk bagi mengajar

kelas bercantum dapat mewujudkan hubungan sosial antara guru dengan pelajar serta

pelajar dengan pelajar dengan lebih baik. Prestasi pembelajaran akan meningkat

kerana setiap ahli memahami keperluan masing-masing.

Seterusnya, pembelajaran kelas bercantum juga akan mewujudkan

perkembangan sosial iaitu pembelajaran melalui rakan sekelas. Murid-murid boleh

mendapatkan bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan yang sudah memahami

konsep yang diajar (Haliza Hamzah & Samuel, J.N., 2010). Justeru itu, pembelajaran

Page 9: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

akan menjadi lebih berkesan kerana kumpulan murid berpencapaian rendah dapat

menerima bantuan daripada rakan sekumpulan yang berpencapaian tinggi. Jelaslah

bahawa, sesungguhnya kelas bercantum mampu menyediakan suasana pembelajaran

secara sosial dengan wujudnya interaksi daripada rakan sekelas.

Artikel ini juga turut mengkritik pendidikan biasa yang menganggap

perkembangan dan keperluan semua murid adalah sama dan diajar dengan cara yang

sama. Saya sangat bersetuju dengan penyataan kerana setiap murid mempunyai

keperluan dan perkembangan yang berbeza. Mengikut teori Piaget, terdapat empat

peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu peringkat sensorimotor, pra operasi,

operasi konkrit dan operasi formal (Haliza Hamzah & Samuel, J.N., 2010). Setiap

peringkat memerlukan pendekatan yang berbeza. oleh demikian, agak ketara bahawa

keperluan, kehendak dan minat anak murid merupakan unsur-unsur yang perlu diberi

pertimbangan utama pada peringkat perancangan, pembentukan dan pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran (Choong Lean Keow, 2010). Oleh itu, jelaslah bahawa,

setiap murid adalah berbeza mengikut keperluan dan perkembangannya. Pada

pendapat saya, pembelajaran dalam kelas bercantum akan menjadi lebih menarik dan

menyeronokkan kerana guru akan mencuba sedaya upaya untuk mewujudkan suasana

yang kondusif dengan melibatkan semua murid dalam menjalankan proses

pembelajaran.

Tambahan pula, pelaksanaan kelas bercantum juga dilihat dapat mencetuskan

pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan salah

satu prinsip-prinsip konstruktivisme (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah

Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Pada hemat saya memandangkan pembelajaran adalah

lebih berpusatkan kepada pelajar dan pelajar belajar melalui proses membuat atau

beraktiviti, maka guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti

serta mengambil kira keupayaan pelajar. Justeru itu, pelaksanaan kelas bercantum

merupakan salah satu langkah yang terbaik untuk membentuk pembelajaran

berpusatkan murid. Selaras dengan matlamat KBSR, strategi pengajaran dan

pembelajaran seharusnya berpusatkan murid (Choong Lean Keow, 2010).

Page 10: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

Selain itu, antara kelebihan artikel ini adalah mengutarakan cadangan teori

pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam kelas bercantum. Antara teori

pembelajaran yang boleh digunakan adalah teori pembelajaran konstruktivis dan sosial.

Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina

pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan (Noriati A. Rashid, Boon Pong

Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Teori pembelajaran konstruktivisme

mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan bagaimana struktur kognitif

membina dan mengorganisasi pengetahuan. Manakala konstruktivisme sosial pula

dipelopori oleh Vygotsky. Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak

berkembang secara sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan

verbal orang lain. Lantaran itu, konteks sosial memainkan peranan utama dalam

pembelajaran.

Dalam artikel ini dikatakan bahawa, murid-murid yang berbeza umurnya

dicantumkan dalam kelas yang sama akan menggalakkan berlakunya integrasi domain

seperti kognitif, fizikal, sosial, emosi, estetik dan moral. Pembelajaran yang berkesan

akan melibatkan semua domain ini. Antara perbezaan ketara yang dapat dilihat dalam

pelaksanaan kelas bercantum di luar negara dan di Malaysia adalah pelaksanaan kelas

bercantum di luar negara adalah menggunakan model kurikulum bersepadu. Melalui

kurikulum bersepadu ini, murid-murid dilihat memberikan perkembangan yang positif

dalam proses pembelajaran, antaranya ialah meningkatkan keyakinan diri dan imej diri

yang positif. Menurut artikel ini lagi, pelaksanaan kelas bercantum akan mewujudkan

suasana yang kondusif dan selamat dan persekitaran yang mencabar bagi muridnya.

Saya percaya sekiranya pelaksanaan kelas bercantum dirancang dan dijalankan secara

terancang dan teratur maka perkembangan positif murid akan berjaya dibentuk.

Artikel ini turut menyatakan bahawa kanak-kanak membentuk pengetahuan

dengan sendirinya. Melalui pelaksanaan kelas bercantum, dilihat dapat membantu

murid untuk memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman-

pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada (Haliza Hamzah & Samuel,

J.N., 2010). Proses belajar melalui pengalaman langsung ini merupakan cara semula

Page 11: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

jadi manusia belajar. Pembelajaran dalam bentuk pengalaman langsung adalah bentuk

pembelajaran yang sangat berkesan. Pelbagai perkara yang dapat dipelajari oleh

murid-murid melalui aktiviti yang dialaminya.

Antara kelebihan artikel ini juga mengutarakan secara terperinci peranan guru

dalam melaksanakan kelas bercantum. Dalam artikel ada dinyatakan secara jelas guru

bertindak sebagai fasilitator semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya

ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid

membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong

murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah

kefahaman yang lebih tinggi (MPSS, 2010). Justeru itu, jelaslah bahawa guru

memainkan peranan yang sangat penting dalam melicinkan lagi proses pelaksanaan

kelas bercantum.

Terdapat juga pelbagai aktiviti yang dicadangkan untuk pelaksanaan kelas

bercantum. Antaranya ialah proses pembelajaran melalui konsep main. Main

merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan, mengalami sendiri atau terlibat secara

langsung, memerlukan penglibatan aktif secara fizikal dan kognitif serta kesannya juga

berlaku secara langsung ke atas individu yang mengalami atau melakukannya (Noriati

A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009). saya amat

bersetuju bahawa bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi

memberikan peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal,

menyeronokkan, bebas dan selamat. Bagi memastikan objektif pembelajaran kelas

bercantum tercapai konsep ini boleh diaplikasikan. Saya percaya murid yang melalui

proses bermain akan mendapat pengalaman langsung yang sudah pasti akan

memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan.

Selain itu, saya juga amat tertarik dengan kupasan isi-isi penting teori sosial

yang dikupas dalam artikel ini. Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak

berkembang secara sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan

verbal orang lain. Melalui pelaksanaan kelas bercantum, dapat dilihat dengan jelas

bahawa pembelajaran dilaksanakan dalam konteks sosio-budaya.

Page 12: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

“Dalam konteks sosial inilah individu berkongsi dan saling membina

pengetahuan baru. Penglibatan dengan orang lain memberikan

peluang kepada pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan

diri memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang lain dan

berkongsi membina pemahaman (Gauvin, 2001)

(Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009).

Artikel ini turut memberikan situasi di mana murid yang lebih tua akan menjadi

model yang sangat efektif di dalam kelas. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui

penekanan kepada zon perkembangan terdekat (ZPD). ZPD merujuk kepada tugasan

pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasai

tugasan dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir (Noriati A. Rashid, Boon Pong

Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Secara keseluruhannya, murid yang

lebih tua akan menjadi contoh kepada murid yang lebih muda. Di samping itu juga, di

dalam kelas bercantum murid yang lebih mahir dapat membantu murid yang kurang

mahir semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Interaksi sosial membantu

dan menyokong pembelajaran (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah

Syed Ahmad, 2009). Konklusinya, pelaksanaan kelas bercantum harus dilihat sebagai

salah satu dimensi baru dalam sistem pendidikan di negara kita.

Pembentukan sikap-sikap positif dalam kalangan murid yang mengikuti kelas

bercantum juga dilihat sebagai salah satu kekuatan yang dihuraikan dengan terperinci

dalam artikel ini. Antara sikap-sikap positif yang berjaya dibentuk adalah saling tolong-

menolong, berkongsi dan memupuk semangat kepimpinan. Pada hemat saya, jelaslah

bahawa dengan pelaksanaan kelas bercantum secara tersusun dan terancang adalah

tidak mustahil bagi membentuk murid-murid yang bersikap positif. Pelaksanaan aktiviti

yang menjurus kepada aktiviti berkumpulan dilihat salah satu kaedah yang terbaik bagi

memupuk sikap positif ini.

Page 13: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

Pelan lantai bilik darjah bagi mengendalikan kelas bercantum dalam artikel ini

juga merupakan salah satu kekuatan yang dapat dilihat semasa menganalisis artikel ini.

Terdapat beberapa contoh pelan lantai bilik darjah yang dikemukan. Pelan bilik darjah

amat penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu P&P. Seseorang guru boleh

menyediakan pelan lantai dan memaksimumkan ruang bilik darjah sebaik mungkin.

Guru perlu merancang susun atur ruang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi

menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,

Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid, 2009). Justeru, pelan lantai

memainkan peranan yang sangat penting dalam melicinkan lagi proses P&P

terutamanya bagi pelaksanaan kelas bercantum.

Antara kelemahan-kelemahan yang dapat dilihat dengan jelas pelaksanaan kelas

bercantum menerusi artikel ini adalah tumpuan yang diberikan lebih berorientasikan di

luar negara sahaja. Sistem pendidikan di Malaysia yang lebih berorientasikan

peperiksaan adalah berbeza dengan sistem pendidikan di negara luar yang lebih

bersifat terbuka. Selain itu, pendidikan di Malaysia juga terikat dengan sukatan

pelajaran yang perlu dihabiskan dan mengikut tahap umur murid manakala bagi sistem

pendidikan luar negara yang hanya menggunakan kurikulum bersepadu. Justeru itu,

pelaksanaan kelas bercantum dilihat sangat sukar untuk di aplikasikan di Malaysia

kerana terikat dengan silibus serta sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan. Selain itu,

aspek penilaian tidak ditekankan dalam artikel ini. Proses penilaian merupakan aspek

penting yang terdapat dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Selain itu, artikel ini juga tidak menyatakan secara jelas tentang salah satu ciri-

ciri kelas bercantum yang dijalankan iaitu bilangan murid dalam sesuatu kelas

bercantum yang dijalankan. Ciri-ciri kelas bercantum turut memainkan peranan penting

dalam melicinkan lagi pelaksanaan kelas bercantum yang dijalankan.

Berdasarkan artikel yang ketiga iaitu kajian kes yang dijalankan oleh Ishak bin

Harun tentang pendidikan sekolah rendah di pedalaman Keningau iaitu di Sekolah

Kebangsaan Salarom yang menggunakan kaedah kelas bercantum. Berdasarkan

artikel ini, ternyata pelaksanaan kelas bercantum di sekolah ini gagal dilaksanakan

dengan baik. Hal ini jelas terbukti apabila hasil analisis yang dijalankan keputusan

Page 14: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

UPSR pada tahun 1994 menunjukkan masih belum ada pelajar yang lulus keempat-

empat subjek ini. Selain itu, berdasarkan Ujian Pengesanan Pencapaian (UPP) hanya

seorang calon sahaja yang boleh membaca. Pada pendapat saya hal ini jelas

membuktikan bahawa pelaksanaan kelas bercantum yang dijalankan di sekolah ini

adalah gagal.

Antara kekuatan yang dapat dilihat menerusi artikel ini adalah faktor utama

murid-murid di sekolah ini gagal menunjukkan prestasi yang baik dihuraikan dengan

jelas iaitu kerana kegagalan para guru untuk memastikan muridnya menguasai

kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Antara kelebihan yang dapat

dilihat melalui artikel ini adalah analisis yang jelas dan terperinci tentang bilangan murid

yang menguasai kemahiran 3M. Kemahiran 3M memainkan peranan penting dalam

memastikan murid-murid dapat menguasai proses pengajaran dan pembelajaran

dengan baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui unsur intelek dalam elemen-elemen FPK

iaitu mempunyai kemahiran asas 3M: membaca, menulis dan mengira (Choong Lean

Keow, 2010). Di sini jelaslah bahawa asas 3M memainkan peranan yang sangat

penting dalam dasar pendidikan kebangsaan. Justeru, guru seharusnya memastikan

pelajarnya dapat menguasai kemahiran asas terlebih dahulu.

Seterusnya, antara faktor kegagalan kelas bercantum yang jelas dapat dilihat

adalah faktor guru yang kurang memainkan peranan sebagai fasilitator seperti yang

disarankan. Selain itu juga, guru juga dilihat kurang berpengalaman dalam

mengendalikan kelas bercantum. Menurut EE Ah Meng dalam bukunya, Pedagogi

Untuk Bakal Guru jelas menyatakan beberapa kelemahan pengajaran kelas bercantum

iaitu latihan khusus mengajar kelas bercantum masih belum dikelolakan. Dengan itu

biasanya guru yang terhad latihannya kurang yakin mengajar di kelas bercantum. Di

samping itu juga, bagi guru yang baru adalah amat sukar menguruskan pelajaran bagi

murid-murid yang mengikut sukatan pelajaran yang berlainan (EE Ah Meng, 1987).

Jelaslah bahawa guru memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan

pelaksanaan kelas bercantum.

Page 15: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

Antara kekuatan yang dapat dilihat menerusi artikel ini adalah dinyatakan secara

terperinci pandangan masyarakat terhadap sistem pendidikan. Hasil pembacaan secara

analitikal, kebanyakan penduduk di kawasan ini sedar akan kepentingan pendidikan.

Melalui hasil temu bual yang dijalankan, kebanyakan ibu bapa menyalahkan para guru

yang gagal melaksanakan tugas mengajar dengan baik. Antara implikasi model sosial

yang sepatutnya diaplikasikan dalam kelas bercantum adalah peranan guru sebagai rol

model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan positif supaya

pelajar dapat menirunya (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed

Ahmad, 2009). Justeru, sebagai seorang guru seharusnya menunjukkan contoh dan

teladan yang baik kepada pelajarnya.

Daripada hasil analisis yang dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang

dapat dinyatakan dalam kajian ini. Pertamanya, kajian yang dijalankan tidak

menjelaskan secara terperinci aktiviti yang dijalankan oleh guru semasa proses P&P

dijalankan. Seharusnya, kupasan yang lebih terperinci tentang pelaksanaan P&P yang

dijalankan oleh guru sekolah ini dalam kelas bercantum untuk mengetahui sama ada

aktiviti yang dilaksanakan sesuai atau tidak. Pada hemat saya, penyediaan persediaan

mengajar untuk kelas bercantum adalah amat penting dan pelu diberi perhatian yang

serius. Tidak dinyatakan secara jelas tentang kaedah pengajaran – pembelajaran di

kelas bercantum.

Antara lain punca kepada kegagalan kelas bercantum yang dijalankan di sekolah

ini adalah kerana kurangnya kemudahan serta infrastruktur di kawasan luar bandar.

Peruntukan kewangan dan kemudahan asas di sekolah seperti ini adalah agak

kekurangan (Kamarudin Hj Husin, 1990). Aspek ini tidak dinyatakan secara terperinci

dalam artikel ini yang merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang kepada

kegagalan pelaksanaan kelas bercantum di sekolah ini. Selain itu, tidak dinyatakan

secara jelas penyelesaian yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah ini.

Antara usaha proaktif Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu di ambil bagi

menangani isu kelas bercantum adalah mewujudkan satu sukatan pelajaran yang

sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas bercantum. Sistem pendidikan di Malaysia

yang mempunyai sukatan pelajaran yang sama dengan kelas biasa amat menyukarkan

Page 16: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

guru-guru yang perlu mengendalikan kelas bercantum. Perbezaan sukatan pelajaran

yang agak ketara mengikut tahap umur mereka menyukarkan guru-guru menjalankan

aktiviti yang sesuai sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Selain itu, guru perlulah diberikan pendedahan yang lebih jelas dan terperinci

dalam melaksanakan kelas bercantum. Hasil analisis ketiga-tiga artikel, jelas

menunjukkan bahawa guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan kelas

bercantum. Seharusnya, guru yang perlu mengendalikan kelas bercantum perlulah

diberi latihan khas tentang pengelolaan, pengurusan dan pelaksanaan kelas

bercantum. Di sini kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan program

seumpama ini terlaksana.

Di samping itu, ibu bapa juga turut memainkan peranan penting dalam kelas

bercantum. Oleh sebab di Malaysia, kebanyakan kelas bercantum wujud di kawasan

pedalaman sewajarnya ibu bapa diberikan pendedahan khusus tentang kepentingan

pendidikan. Hal ini amat penting agar kemajuan dalam bidang pendidikan dapat dicapai

dan tidak hanya berada di takok lama sahaja. Ibu bapa seharusnya sedar tentang

kepentingan pendidikan dalam melahirkan generasi yang celik ilmu.

Page 17: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

Bibliografi:

Ishak bin Harun. (2000). Pendidikan Sekolah Rendah di Pedalaman Keningau-

Satu Tinjauan di Kampung Salarom, Nabawan. Diperoleh pada 22 Februari

2012 daripada http://www.sabah.net.my/gordie/mpks/new_page_2.htm

McClellan, D.E. & Kinsey, S. J. (2005). Children’s Social Behaviour in Relation to

Participation in Mixed – Age or Same - Age Classrooms. Diperoleh pada

22 Februari 2012 daripada http://www.cdrcp.com/pdf/Childrens%20social

%20behaviour%20in%20relation%20to%20Participation%20in%20Mixed

%20Age%20or%20Same%20Age%20Classrooms.pdf

Stone, S.J. (1997). The Multi-Age Classroom: What Research Tells the

Practitioner. Diperoleh pada 22 Februari 2012 daripada

http://www.ascd.org/publications/curriculum_handbook/413/chapters/

The_Multi-Age_Classroom@_What_Research_Tells_the_Practitioner.aspx

Senarai Rujukan:

Page 18: Tinjauan Literatur Kelas Bercantum

Choong Lean Keow. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

EE Ah Meng. (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti

Sdn Bhd.

Kamarudin Hj Husin. (1990). Pedagogi 2. Selangor: Longman Malaysia

MPSS. (2010). Teori Konstruktivisme. Dilayari pada 1 Mac 2012 daripada

http://www.teachersrock.net/teori_kon.htm

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. ( 2009). Murid

dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.( 2009). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.