kaedah penilaian bahasa melalui portfolio

Click here to load reader

Upload: agnes-lema

Post on 22-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pembentang bmm3103 pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah

TRANSCRIPT

Kaedah penilaian bahasa melalui portfolio

Kaedah Penilaian Bahasa Melalui PortfolioMOHAMMAD NIZAM B HAMIDJPM/IPG KP

Kaedah penilaian bahasaPenilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengancara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multipleways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agarkualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

Hasil Pembelajaran

Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui pemerhatian penilaian melalui portfolio.

Apakah portfolio?Kaedah penilaian bahasa melalui portfolio

Apakah portfolio?Satu bahan yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Kaedah penilaian bahasa melalui portfolioSatu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

Kaedah penilaian bahasa melalui portfolioPortfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Kaedah penilaian bahasa melalui portfolioTerdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, terdapat dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.

Ciri-Ciri Portfolio Ciri-Ciri PortfolioJenis Portfolio

Ciri-Ciri Portfolio portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti. kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak. kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.

Ciri-Ciri Portfolio Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.

Ciri-Ciri Portfolio Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

Ciri-Ciri Portfolio Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh DibinaPortfolio Kerja HarianPortfolio Hasil TerbaikPortfolio Dokumen

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibinaportfolio kerja harian - bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan. portfolio hasil terbaik - dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio keja harian. ini berbentuk sumatif. portfolio dokumen - hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.

Pembinaan portfolio :PerancanganTujuanKegunaan

Perancangan sebelum membuat portfolio :menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio. isi kandungan portfolio. pemilihan isi kandungan bahan dan sumber portfolio. penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.

Portfolio adalah penilaian yang membantu murid, bukan memberi tekanan kepada murid.

Tujuan Portfolio Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

Kegunaan Portfolio menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan digunakanbagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred. menilai secara sumatif pembelajaran. menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

Kegunaan Portfolio mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri. membolehkan guru memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

Penilaian PortfolioBagaimana?MerekodKriteria

Bagaimana Menilai Portfolio? Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran- kemahiran, pengetahuan dan kefahaman. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

Bagaimana Menilai Portfolio? 12345EJAANBerdikari mengeja perkataan-perkataanMencantum suku kata dengan bimbingan guru Membentuk suku kata Menyebut bunyi huruf Permulaan mengenal huruf

Bagaimana Menilai Portfolio? Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Rekod anekdotSelepas mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, Sudin menarik tangan Zaki, Rosli dan Zahar ke pusat bahasa untuk mencari buku. Sudin memilih buku bergambar sama dengan buku yang dibaca oleh gurunya tadi.Dengar saya nak baca buku ini. Sudin pun membuka buku lalu membaca dengan gaya seperti Rusnani. Zaki, Rosli dan Zahar mendengar dengan penuh minat. Sedap tak ceritanya?Tanya Sudin kepada mereka.Hei, Sudin kau dah boleh baca? Tanya Zahar kepada Sudin. Sudin tunduk dan terus diam. Bagus, Sudin,Cikgu Rusnani memuji sambil bertepuk tangan. Sudin tersenyum dan kelihatan riang.

Sudin anak sulungdalam keluarga sangatrapat dengan Zaki, Roslidan ZaharMereka ini sentiasa patuhdan hormat pada Sudin.Sudin sudah mula berminat pada buku, cuba membaca walau pun masih belum mengenal semua huruf

Rekod anekdotCatatan ringkas mengenai tingkahlaku murid atau sesuatu peristiwa yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod.

Bagaimana Menilai Portfolio? Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian PortfolioTerdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala senarai ciri-ciri paling penting penetuaan gred.

Kriteria penilaianStruktur dan organisasiStrategi pengurusanVariasi isi yang sesuaiStruktur ayat dan gaya bahasaSenaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Senarai semak yang disediakan oleh guru Nota-nota yang disediakan oleh guru Catatan jurnal Buku log Refleksi kendiri murid Gambar dan foto

Kebaikan Penilaian PortfolioPenglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaranGuru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-muridMerupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-muridDapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.

Pucuk lada pucuk paku,Sekian sahaja thank you.Fahmi HalimSyazwan Yazid