penilaian portfolio seni.doc

56
http://psv3.blogspot.com/2013/09/pentaksiran-pendidikan- seni-visual.html unday, 22 September 2013 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual - Kaedah Pemerhatian, Portfolio, dan Hasil Kerja Kaedah Pemerhatian Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan- perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak- kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.

Upload: fieza-jaja

Post on 19-Dec-2015

118 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: penilaian portfolio seni.doc

http://psv3.blogspot.com/2013/09/pentaksiran-pendidikan-seni-visual.html

unday, 22 September 2013

Pentaksiran Pendidikan Seni Visual - Kaedah Pemerhatian, Portfolio, dan Hasil Kerja

Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh

Page 2: penilaian portfolio seni.doc

Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.

Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.

Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku.

Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.

Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.

Jenis-jenis Pemerhatian

Pemerhatian Peserta

Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.

Pemerhatian Bukan Peserta

Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.

Page 3: penilaian portfolio seni.doc

Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.

Kebaikan Kaedah Pemerhatian

• Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.• Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.• Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

Kelemahan Kaedah Pemerhatian

• Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti.• Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati.• Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka.• Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Portfolio

Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :

• Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar• Contoh hasil kerja pelajar• Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual• Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain• Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir

Page 4: penilaian portfolio seni.doc

secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar.

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :Kajian

• Pemerhatian dan pengamatan• Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

Lakaran• Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif ‘Pewujudan Idea’• Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

Rangka Sebenar• Merangka reka cadang atau model• Menentukan alatan dan bahan• Prototaip (jika berkaitan)

Persembahan Portfolio• Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat• Mengikut urutan• Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang adakemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:• Jurnal• Diari• Laporan• Kompilasi catatan yang dijilid

Page 5: penilaian portfolio seni.doc

• Beberapa helaian kertas yang di kokot• Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum.Antaranya :

• Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar• Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri• Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui• kemajuan pembelajaran pelajar• Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri• Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar yang lain

Cadangan Kandungan Portfolio

Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan, antaranya:Kecerdasan linguistik seperti :• Catatan pra penulisan• Draf projek penulisan• Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian• Proses Penyelesaian masalahKecerdasan ruang-,visual seperti:• Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliranSampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.

Kecerdasan interpersonal seperti :• Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain• Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:• Catatan jurnal• Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri• Sampel latihan refleksi kendiri• Soal selidik• Carta kemajuan• Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri

Hasil Kerja

Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja.  Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.

Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,

Page 6: penilaian portfolio seni.doc

bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.

Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir.

Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran.  Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio.

Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal.  Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan.

Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harusmenggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan  Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Posted by tdy at 10:03 Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest

Page 7: penilaian portfolio seni.doc

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2011/08/amalan-penilaian-psv-di-sekolah.html

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2011/08/amalan-penilaian-psv-di-sekolah.html

Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’. Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.

Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang diajar.

Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah.  Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.

Konsep Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.

Definisi Pentaksiran Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat  penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Page 8: penilaian portfolio seni.doc

Tujuan pentaksiran

i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaranii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaraniii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaraniv. Memperbaiki pengajaran pembelajaran

Prinsip Pentaksiran

Prinsip PentaksiranPengertian Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat ukur. bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan.  Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.

a.  Diagnosis Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk

Page 9: penilaian portfolio seni.doc

meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan. 

b.  Pengredan

Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain. 

Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di  sekolah.

c.  Pemilihan dan Penempatan Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk mewakili sekolah. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu. 

d.   Kaunseling dan Bimbingan

Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang diminati.

Konsep Penilaian Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum. Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.

Tujuan Penilaian

i. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia  ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar. 

Page 10: penilaian portfolio seni.doc

ii. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat  menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. iii. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka. v. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. vi. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Jenis-Jenis Penilaian Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat  berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan.  Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

a.  Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar.  Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. 

Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred. b. Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi.

Page 11: penilaian portfolio seni.doc

Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik

Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.

-  Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.-  Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.

-  Ujian Prestasi

Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian.

d. Penilaian Alternatif

Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.  Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

• HASIL PEMBELAJARAN

Page 12: penilaian portfolio seni.doc

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;

i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh pihak penilai;ii. Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai;iii. Membezakan bentuk – bentuk pentaksiran.

Konsep Pentaksiran

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.  Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;

Tujuan Pentaksiran

i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaranii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaraniii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap

Page 13: penilaian portfolio seni.doc

iv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.

2.1 Jenis Pentaksiran

2.1.1 Pentaksiran autentik 

Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.  Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang  memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi  maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna. Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti yang disebut oleh HillS (1993);

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.  Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students).

Umumnya  pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni  visual dengan rasional lain seperti yang berikut:

Page 14: penilaian portfolio seni.doc

a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan kanak-kanak:

- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep.

-  Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis. b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak 

c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek.

Ciri-ciri Pentaksiran AutentikPentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Antara ciri-cirinya ialah: 

i.     Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.ii.     Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.iii.     Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.iv.     Subjek membina maksud yang tersirat.v.     Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik;

Persembahan tarian  Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya 

Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni) Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.

Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;

Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Kesimpulan Pentaksiran Autentik

Page 15: penilaian portfolio seni.doc

Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.  Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Sila Sign Buku Pelawat ini.

Pengikut

Ads by OnlineBrowserAdvertisingAd Options

Isnin, 6 April 2009

Contoh Soalan dan Jawapan HBAE1103 Pendidikan Seni Visual

1. Matlamat PSVMatlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran

Page 16: penilaian portfolio seni.doc

terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.Peranan guru PSVPeranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS adalah untuk:(i) mengemaskini maklumat pelajar dalam pencapaian Pendidikan Seni Visual sepanjang persekolahan sehingga tahun enam;(ii) membuat laporan pencapaian untuk tindakan susulan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual;(iii) memperinci maklumat pencapaian aspek kognitif, afektif dan psikomotor;(iv) memastikan alat dan bahan untuk penilaian PKBS diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri;(v) meneruskan penilaian bulanan, semester dan memenuhi keperluan rekod profil dan rekod prestasi;(vi) melakukan penilaian secara formal dan tidak formal; dan(vii) menggunakan penilaian formatif yang dikumpulkan untuk menghasilkan penilaian sumatif pada jangka panjang.

3. Penilaian PortfolioPortfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar.

Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap kerja. Penilaian portfolio merupakan satu cara atau kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan penguasaan kemahiran dalam konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Eropah termasuk Amerika Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan bahawa porfolio ini membawa kesan yang amat memberangsangkan untuk menilai pelajar.Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa yang mencukupi kepada pelajar untuk menyiapkannya. Di Malaysia, penilaian portfolio ini diperkenalkan di maktab-maktab perguruan untuk menilai guru pelatih. Penilaian berportfolio ini amat wajar untuk diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan konsep JERI seperti yang disebut di atas.Portfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai jenis dokumen, sketsa, penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran.Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual menampilkan beberapa ciri yang tertentu. Ia merupakan satu fail kerja yang dibina secara berterusan dan beransur-ansur mengikut keperluan semasa dalam proses pembelajaran. Koleksi perkembangan pembelajaran pelajar dirancang secara bersistem dengan menunjukkan adanya rujukan buku dan tokoh seni. Akhirnya, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual yang menilai portfolio pelajar akan dapat melihat usahanya, kemajuan pembelajaranya dan pencapaian secara

Page 17: penilaian portfolio seni.doc

menyeluruh dan pencapaian spesifik.

4. Format rancangan tahunan dan mingguan PSV(a) Rancangan Tahunan dan Semester(i) Berdasarkan Sukatan pelajaran dan huraian yang dibahagikan mengikut penggal, perkara-perkara yang perlu dinyatakan ialah:_ Kegiatan/Bidang_ Jenis Aktiviti_ Isi Kandungan_ Kemahiran_ Bahan/Alat_ Catatan(ii) Rancangan Penggal yang disediakan perlulah merangkumi aspek-aspek:_ Bidang Melukis dan Menggambar_ Mereka dan Mencorak_ Membentuk dan Membina_ Mengenali Kraf Tradisional(iii) Rancangan penggal yang disediakan mestilah mengikut peringkat perkembangan dan seboleh-bolehnya mempunyai kaitan di antara tajuk yang dirancang.

Penggal ...................... Tahun ..................

Kegiatan/Bidang JenisAktiviti IsiKandungan Kemahiran Bahan/Alat Catatan

(b) Rancangan Mingguan(i) Rancangan mingguan adalah perincian daripada rancangan penggal yang mana rancangan ini menunjukkan kesinambungan dan perkembangan pelajaran dari seminggu ke seminggu.(ii) Perkara-perkara berikut perlu dicatatkan dalam rancangan mingguan:_ Mata Pelajaran_ Tahun_ Kemahiran_ Isi kandungan_ Aktiviti_ Alatan

Minggu ke ...................... MataPelajaran Tahun Kemahiran IsiKandungan Aktiviti Alatan

Page 18: penilaian portfolio seni.doc

5. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran PSVTerdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Visual iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi dan penulisan.Kaedah pemerhatian adalah proses penilaian yang melibatkan guru secara aktif. Guru memerhati, membuat inerpretasi dan menilai aspek-aspek yang diperhatikan. Melalui kaedah ini, penilaian dapat dijalankan ke atas proses dan hasil kerja murid.Pemerhatian proses adalah penilaian yang menitikberatkan proses penghasilan bahan. Guru perlu memerhati cara murid mentafsir, mengelola idea, pew ujudan idea dan cara mereka menggunakan alat.Sekiranya proses tidak dilakukan dengan betul, guru perlu memberi bimbingan yang sewajarnya. Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan adalah pew ujudan idea di mana proses murid menentukan tema dan peningkatan idea mereka perlu diambil kira. Selain daripad itu, pemilihan dan penyediaan alat dan bahan, proses dan teknik yang dipilih dan kemasan adalah beberapa elemen yang perlu diperhatikan.Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran mur id yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan.Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jaw ab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan taxonomy Bloom seperti ingatan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

6. Maksud aktiviti Pengayaan dan PemulihanPengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni juga akan melalui proses pengayaan dan pemulihan.Bagi pelajar-pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas seperti membentuk, mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagai guru perlu memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid serta

Page 19: penilaian portfolio seni.doc

mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan.Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari kebosanan. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam pembelajaran, misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan.Begitu juga dengan aktiviti pemulihan, anda sebagi guru tidak dapat lari daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. Pemulihan amat perlu untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan Seni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat.Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi kelemahan murid. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih kepada kemahiran yang lain, contohnya strategi Masteri amat sesuai dalam situasi ini. Pemulihan adalah penting untuk mengembangkan potensi murid disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya sendiri.

7. Iklim bilik seni dari segi aspek fizikalIklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.(a) Aspek fizikalDari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.(iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.(iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid.(v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

8. Proses apresiasi seniFeldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

Page 20: penilaian portfolio seni.doc

(a) Menggambarkan (‘description’)(b) Menganalisa (‘analysis’)(c) Tafsiran (‘interpretation’)(d) Penilaian (‘evaluation’)(a) MenggambarkanMengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.(b) Menganalisa(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.(iii) Menghuraikan stail sesuatu karya.(c) Tafsiran(i) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.(iI) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.(d) Penilaian(i) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.(ii) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (‘significance’) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.

Friday, August 12, 2011

AMALAN PENILAIAN PSV DI SEKOLAH

Page 21: penilaian portfolio seni.doc

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual bukanlah setakat memberi pengajaran dan pembelajaran untuk

menghasilkan karya-karya seni tetapi meliputi aspek-spek kehidupan manusia seharian.

Pendidikan Seni Visual merupakan antara salah satu subjek yang wajib diajar di

peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga

walaupun subjek ini bukanlah subjek peperiksaan di peringkat Peperiksaan Menengah

Rendah (PMR). Bermula dari Tingkatan Empat hinggalah Tingkatan Lima para pelajar

boleh memilih subjek ini sebagai subjek elektif sehinggalah mereka menduduki

peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia. Bagi pelajar Tingkatan Enam juga diberi peluang

untuk memilih subjek ini sebagai subjek peperiksaaan Sijil Tinggi Persekolahan.

Penekanan pelajaran Pendidikan Seni Visual ini adalah untuk membolehkan pelajar

mempertingkatkan kebolehan mengolah teknik dan proses secara lebih sistematik supaya

dapat menghasilkan kerja seni yang lebih kreatif dan bermakna. Pelaksanaan proses

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat menengah rendah

seringkali menemui pelbagai masalah lantaran tidak semua guru yang mengajar subjek

berkenaan adalah guru opsyen Pendidikan Seni Visual. Lantaran itu proses penilaian juga

tidak secara langsung berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman yang perlu ditangani

dengan bijak agar amalan penilaian yang dilaksanakan bertepatan dengan kehendak

kurikulum.Terdapat pelbagai pendekatan yang dijadikan panduan sebagai amalan

melaksanakan proses penilaian Pendidikan Seni Visual.

Page 22: penilaian portfolio seni.doc

Dalam tulisan ini akan difokuskan sebagai contoh amalan penilaian yang dilaksanakan di

salah sebuah sekolah menengah di daerah Hilir Perak semasa melaksanakan proses

penilaian dalam Pperiksaan Akhir Tahun 2007 Pendidikan Seni Visual untuk pelajar

Tingkatan Dua.

PENILAIAN – SATU DEFINISI

Mok Soon Sang (2003) telah mentakrifkan penilaian sebagai proses menentukan,

mendapatkan, dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan

mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan penilaian boleh ditakrifkan

sebagai suatu sistem atau proses meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang

strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan

dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan (Mok Soon

Sang, 2003). Daripada kedua-dua definisi ini dapat dilihat akan pentingnya penilaian

dilaksanakan oleh mereka yang terlibat agar tindakan seterusnya yang sepatutnya diambil

boleh direncanakan dengan lebih mantap dan secara bersepadu.

Assessment – It is the process whereby one attempts to measure the quality and

quantity of learning and teaching using various assessment techniques

( Advanced Learner’s Dictionary Of Education, 2000)

Penilaian adalah untuk mengukur samada berjaya atau tidak pembaharuan pendidikan

yang dibuat dan memainkan peranan sebagai agen perubahan secara menyeluruh untuk

pendidikan (Beattie, 1997).

Page 23: penilaian portfolio seni.doc

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH – PANDUAN AMALAN PENILAIAN

Di sekolah rendah atau menengah proses penilaian yang dijalankan sebaik-

baiknya merujuk kepada buku panduan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) yang telah

dikeluarkan oleh bahagian Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran

Malaysia. Namun demikian kadangkala terdapat sesetengah sekolah tidak memberi

pendedahan kepada guru-guru tentang buku panduan ini yang menyebabkan para

pendidik seakan-akan hilang hala tuju dalam melaksanakan penilaian di peringkat

sekolah. Dengan bermatlamatkan untuk membantu guru semasa menjalankan penilaian

peringkat sekolah. buku panduan ini juga memberi pendedahan kepada guru tentang

konsep, kaedah, ciri-ciri, dan keperluan melaksanakan PKS serta cara

mengaplikasikannya dalam bilik darjah.

Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah dikenali sebagai PKS di

mana guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina

instrument penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis

maklumat, melapor dan membuat tindakan susulan (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2001). Ini semuanya dilakukan dengan bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menuntut perkembangan potensi individu secara menyeluruh. Maka

dengan itu peranan guru amat penting bagi memastikan penilaian di sekolah memberi

penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi aspek

intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Page 24: penilaian portfolio seni.doc

Melalui PKS guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan

murid dari semasa ke semasa dan mendapat peluang memperbaiki kesilapaan serta

kelemahan para pelajar.

PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH MENENGAH

Perlunya penilaian Pendidikan Seni Visual adalah untuk memperlihatkan kepada para

pendidik Pendidikan Seni Visual, para pelajar serta keluarga akan kemajuan dan

perkembangan pelajar setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Selain dari

itu hasil penilaian juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai semula keberkesanan

kurikulum yang telah diaplikasikan pada masa tersebut. Kurikulum Pendidikan Seni

Visual perlu mengalami perubahan sejajar dengan perubahan kehendak semasa dunia

pendidikan yang bertunjangkan dunia tanpa sempadan sekarang ini. Penggunaan ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran amat ketara dan penting untuk memenuhi keperluan

produk yang dilahirkan. Para pelajar yang keluar dari sekolah akan dapat menghadapi

cabaran dunia luar dengan dapat bersaing dalam pasaran pekerjaaan terutama dalam

bidang seni (Abdul Halim, 2004). Lantaran itu pendekatan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual akan

meluaskan sumber-sumber maklumat yang berkaitan dengan seni.

Hal yang demikian untuk mengukur pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu tujuan penilaian dilaksanakan samada dalam bentuk penilaian formatif atau penilaian sumatif. Mengimbas kembali, jenis penilaian formatif adalah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Penilaian ini juga berfungsi sebagai untuk melihat pembelajaran yang berlaku secara eksplisit di kalangan pelajar yang berkaitan dengan afektif dan psikomotor.

Page 25: penilaian portfolio seni.doc

Penilaian sumatif pula dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun yang

bertujuan untuk mengukur keupayaan para pelajar menerima dan menghayati ilmu yang

berkaitan dengan kognitif pelajar. Umum mengetahui bahawa subjek Pendidikan Seni

Visual di sekolah menengah bertujuan melahirkan warganegara yang berbudaya

khususnya yang berimaginatif, kreatif, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri

estetika (Mazlan, 1996). Oleh itu bagi melahirkan warganegara yang sebegini proses

pengajaran dan pembelajaran dari peringkat awal hingga peringkat penilaian perlulah

dilaksanakan dengan mantap oleh para pendidik Pendidikan Seni Visual. Peranan guru

Pendidikan Seni Visual tidak boleh lari daripada mengetahui cara-cara untuk

meningkatkan keupayaan pelajar-pelajarnya dalam menilai dan memahami serta

menghargai seni yang terdapat di sekitar masyarakatnya (Iberahim, 2000).

Secara tradisional, penilaian masih lagi difikirkan sebagai satu proses yang dilaksanakan

di akhir proses pembelajaran tetapi konteks untuk penilaian yang lebih bersifat

kontemporari adalah sebahagian daripada keseluruhan proses melaksanakan seni itu

sendiri (http://www.nysed.gov). Penilaian adalah secara formatif kerana ia

menyumbangkan kepada pembelajaran pelajar dan boleh dilihat sebagai satu yang amat

penting untuk melengkapkan keseluruhan proses pembelajaran.

Terdapat pelbagai pendekatan dan panduan yang boleh diambil oleh guru subjek

Pendidikan Seni Visual dalam melaksanakan poses penilaian. Antaranya adalah merujuk

Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

Penilaian subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah dilaksanakan mengikut

bentuk penilaian PKSM yang berdasarkan kepada :

Page 26: penilaian portfolio seni.doc

1. Hasrat, matlamat dan objektif mata pelajaran

2. Penekanan dan pembaharuan

3. Skop kandungan mata pelajaran

Manakala aspek-aspek yang dinilai adalah aspek pengetahuan –domain kognitif, aspek

kemahiran –domain psikomotor dan aspek nilai –domain afektif ( Pusat Perkembangan

Kurikulum n.d.). Guru-guru Pendidikan Seni Visual seharusnya tidak berhadapan dengan

masalah dalam melaksanakan proses penilaian kerana telah ada bahan rujukan untuk

dijadikan panduan. Melalui buku ini guru subjek Pendidikan Seni Visual dapat menilai

aspek pengetahuan iaitu domain kognitif yang merangkumi pengetahuan pelajar dalam

unsur seni, prinsip dan struktur rekaan. Selain dari itu aspek yang dinilai juga adalah

pengetahuan tentang alat, teknologi bahan, teknik, bentuk gubahan, kekemasan,

pemahaman dan penghargaan.

Dalam aspek kemahiran iaitu domain psikomotor pula melibatkan poses dan hasil kerja

yang dilaksanakan oleh pelajar termasuklah :

1. Penilaian dan penyediaan alat dan bahan

2. Pewujudan idea

- cara untuk mendapatkan idea

- cara untuk memperkembangkan idea

3. Kegunaan bahan dan teknik

Page 27: penilaian portfolio seni.doc

4. Kemasan

Penilaian dalam aspek nilai iaitu domain afektif boleh dilihat melalui pemerhatian sikap

dan perlakuan pelajar yang direkod oleh guru subjek. Untuk penilaian aspek pengetahuan

atau kognitif boleh dijalankan secara penulisan atau lisan. Segala bentuk dan maklumat

pencapaian diri pelajar perlu direkod. Tahap pencapaian pelajar dalam jangka waktu

pembelajaran perlu direkodkan oleh guru subjek Pendidikan Seni Visual melalui bentuk

rekod yang difikirkan sesuai oleh guru.

Dalam menentukan kewajaran pemberatan peratus domain untuk dinilai pihak Pusat

Perkembangan Kurikulum dalam buku yang bertajuk Buku Sumber Guru Pendidikan

Seni Visual menyatakan bahawa

PERINGKAT MENENGAH RENDAH PERINGKAT MENENGAH ATAS

ASPEK % WAJARAN ASPEK % WAJARAN

KOGNITIF 30 KOGNITIF 40

PSIKOMOTOR 60 PSIKOMOTOR 50

AFEKTIF 10 AFEKTIF 10

Dapat dilihat di sini bagi peringkat menengah rendah aspek psikomotor yang mempunyai nilai % kewajaran untuk dinilai yang tinggi kerana pada tahap ini pelajar terlibat secara langsung dalam proses penghasilan sesebuah karya seperti yang telah disebutkan diatas tadi. Manakala pada peringkat menengah atas pula nilai % kewajaran untuk dinilai adalah tinggi bagi aspek psikomotor juga. Memandangkan para pelajar akan menjurus ke arah persediaan menghadapi Peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia maka aspek proses dan teknik diberi pemberatan yang lebih jika dibandingkan dengan kognitif dan afektif.

Page 28: penilaian portfolio seni.doc

Melalui penilaian proses dan teknik ( psikomotor) pelajar didedahkan sepenuhnya

dengan alam seni visual yang sebenarnya iaitu penghasilan karya.

Namun demikian aspek-aspek lain juga tidak kurang penting untuk dinilai kerana melalui

penilaian ketiga-tiga domain ini akan melahirkan pelajar yang seimbang sejajar dengan

apa yang disarankan oleh Lansing (dalam Iberahim, 2004) bahawa melalui subjek

Pendidikan Seni Visual ketiga-tiga domain pelajar perlu dipenuhi iaitu domain kognitif,

afektif dan psikomotor.

Sebagai satu amalan penilaian yang dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu ,salah

sebuah sekolah menengah di daerah Hilir Perak mengadakan penilaian Pendidikan Seni

Visual dalam bentuk formatif dan sumatif. Proses pelaksanaan penilaian bermula dengan

ujian topikal sebanyak empat kali setahun, diikuti pula penilaian dua kali setahun dan

peperiksaan dua kali setahun. Sistem pemarkahan menggunakan system pengkomputeran

untuk diproses markah yang telah dimasukkan ke dalam data maklumat.

Bagi Pendidikan Seni Visual tingkatan dua di sekolah tersebut, ujian topikal

dilaksanakan melalui kerja-kerja mingguan para pelajar yang dibuat di dalam ‘sketch

book’. Ini bermakna setiap pelajar mempunyai buku lakaran untuk membuat tugasan

yang diberikan oleh guru-guru subjek Pendidikan Seni Visual. Portfolio atau

‘sketchbook’ yang mengandungi hasil kerja seni para pelajar digunakan untuk

membanding kemajuan dan ‘self-growth’ para pelajar ( Linderman,1997). Sistem

pengumpulan maklumat begini adalah lebih kemas dan teratur di mana guru serta pelajar

dapat membuat penilaian kendiri dan mengemas kini tugasan mereka serta mengenal

Page 29: penilaian portfolio seni.doc

pasti kemahiran yang belum dikuasai lagi. Pentaksiran kendiri pelajar atau student self-

evaluation adalah sebahagian daripada prosedur penilaian (Linderman, 1997).

Untuk akauntabiliti atau bukti tentang apa yang sepatutnya telah disampaikan oleh

guru boleh diperlihatkan dalam pelbagai cara atau bentuk. Cara yang paling efektif

adalah melalui portfolio perkembangan individu (Bates, 2000). Ini adalah rekod yang

mengandungi proses-proses pengajaran yang telah disampaikan oleh guru dan

digambarkan melalui pencapaian pelajar dalam setiap unit pembelajaran. Ini juga sejajar

dengan saranan yang telah ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum melalui Buku

Sumber Guru Pendidikan Seni Visual yang mahu penyimpanan atau dokumentasi bahan

bukti proses pembelajaran pelajar dilaksanakan iaitu portfolio.

Melalui portfolio ini penilaian dapat dilaksanakan dari pelbagai aspek

pembelajaran yang penting antaranya

1. Untuk menunjukkan penguasaan pelbagai kemahiran dan pencapaian pelajar

dalam pelbagai cara

2. Untuk menunjukkan prestasi pelajaran dalam projek jangka panjang dan jangka

pendek

3. Untuk menunjukkan pencapaian pelajar sepanjang tahun atau penggal

4. Untuk memupuk rasa bangga terhadap hasil kerja sendiri

Amalan penilaian portfolio yang telah dilaksanakan oleh guru di sekolah tersebut

menunjukkan guru apa yang sebenarnya diajar dan menunjukkan pelajar apa yang

sebenarnya dipelajari. Oleh yang demikian guru dan pelajar dapat mengenalpasti

Page 30: penilaian portfolio seni.doc

perkembangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Namun demikian

sekolah tersebut tidak menyediakan rubrik untuk penilaian portfolio para pelajar yang

mana dengan adanya rubric, guru dan pelajar mendapat gambaran yang tepat tentang

piawai pencapian yang diharapkan ( Pusat Perkembangan Kurikulum n.d.).

Guru subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah tersebut tiada pendedahan khusus tentang

penyediaan rubrik penilaian portfolio.

Setiap hasil kerja para pelajar diberi markah dengan melihat aspek kreativiti,

ketepatan tajuk tugasan, kekemasan, dan kaedah pewarnaan. Markah-markah yang

dikumpulkan sebagai markah ujian topical akan diambil kira sebagai markah Penilaian 1

dan Penilaian 2 serta Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

Untuk Penilaian 1 dan Penilaian 2 pelajar perlu menjawab kertas soalan objektif sahaja

sebanyak 50 soalan. Manakala untuk kertas soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan

Akhir Tahun pelajar perlu menjawab kertas soalan objektif 50 soalan dan kertas melukis

dan mewarna. Markah-markah ujian topikal seterusnya akan dicampur dengan markah

peperiksaan atau penilaian.. Ini bermakna pelajar akan dinilai dari awal aktiviti yang telah

dilaksanakan secara penilaian formatif dan digabungkan dengan penilaian sumatif.

Langkah ini diambil untuk mengenal pasti pelajar yang kurang berminat dan

kurang menguasai kemahiran bagi meneruskan langkah pemulihan berterusan seperti

yang dianjurkan dalam pengajaran masteri atau ‘mastery learning’. Di samping itu

penyediaan kertas soalan objektif dan kertas melukis mewarna disediakan oleh guru yang

mengajar Pendidikan Seni Visual walaupun guru berkenaan bukan dari opsyen

Pendidikan Seni Visual. Ketua Panitia akan memantau dan mengenalpasti kelemahan dan

Page 31: penilaian portfolio seni.doc

kekurangan item-item soalan yang dibina. Ini bagi memastikan item-item soalan yang

dibina adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diajar kepada pelajar.

Merujuk kepada lampiran contoh kertas 1 (soalan objektif) dan kertas 2 (soalan

melukis mewarna) guru penyedia soalan telah menyediakan Jadual Spesifikasi Item (JSI)

terlebih dahulu untuk kertas 1. Namun demikian masih terdapat kelemahan-kelemahan

yang perlu diperbaiki iaitu taburan soalan mengikut aras tidak tepat mengikut standard

yang disarankan dalam Taksonomi Bloom. Memandangkan pelajar yang dinilai adalah

pelajar tingkatan 2 maka sepatutnya kebanyakan soalan perlu berada di aras pengetahuan,

kefahaman dan aplikasi. Tetapi berdasarkan JSI yang disertakan didapati taburan soalan

sudah berada pada aras analisis dan sintesis sebanyak 17 soalan. Kelemahan juga timbul

pada bahagian tajuk dan penentu aras soalan kerana soalan yang dibina tidak

menggambarkan aras yang tepat iaitu item soalan nombor 3 sebenarnya bukan berada

pada aras analisis. Oleh yang demikian guru pembina item soalan perlu merujuk semula

kepada Taksonomi Bloom kerana kaedah ini memudahkan pembina ujian menentukan

aras kemahiran (kesukaran) yang harus diujibagi sesuatu perkara atau maklumat (Bhasah,

2003).

Item-item soalan yang dibina adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diajar

oleh guru – rujuk lampiran persediaan rancangan mengajar harian beberapa bulan

sebelum peperiksaan dijalankan. Untuk kertas 2 melukis dan mewarna sebanyak 6 soalan

diberi dan pelajar dikehendaki menjawab 1 soalan sahaja. Sistem pemarkahan yang

digunakan oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual seramai 2 orang adalah tidak standard

di mana sistem piawai markah tidak ada untuk dijadikan panduan. Guru pemeriksa kertas

Page 32: penilaian portfolio seni.doc

jawapan hanya menggunakan pendekatan sendiri samada secara holistik atau menetapkan

kriteria tertentu untuk pemarkahan seperti ketepatan tajuk, kreativiti, kekemasan dan

pewarnaan.

Setelah markah-markah peperiksaan diperoleh guru subjek akan menulis di dalam

ruangan markah buku ringkasan mengajar dan dalam borang ‘headcount’ seperti

ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah- rujuk lampiran markah. Kesemua markah ini

akan dimasukkan ke dalam sistem komputer untuk diproses dan dikeluarkan melalui slip

markah untuk para pelajar. Dengan slip markah inilah guru, para pelajar dan ibubapa

akan mengetahui kedudukan para pelajar dalam subjek Pendidikan Seni Visual.

Seterusnya slip markah ini akan dikepilkan di dalam kad kemajuan untuk diserahkan

kepada ibubapa untuk ditandatangani. Oleh itu amalan penilaian subjek Pendidikan Seni

Visual yang dilaksanakan oleh sekolah ini hanya terhenti setakat memberitahu kepada

ibubapa melalui slip dan tidak secara lisan atau sesi perjumpaan. Perkembangan

pembelajaran anak-anak hanya diketahui oleh ibubapa melalui gred-gred sahaja. Fungsi

penilaian hanyalah sekadar memberitahu samada pelajar lulus atau tidak berdasarkan

gred sahaja. Pelajar sendiri tidak tahu tahap pencapaian kemahiran mereka yang sebenar-

benarnya.

Oleh yang demikian dapat dilihat bahawa keberkesanan penilaian berasaskan sekolah

yang telah dilaksanakan hanya setakat penggredan dan guru memainkan peranan secara

menyeluruh dalam proses penilaian yang dilaksanakan. Peranan pelajar hanyalah sebagai

menjalankan proses pembelajaran dan menerima apa juga keputusan yang diberikan oleh

Page 33: penilaian portfolio seni.doc

guru. Tiada sesi perbincangan dua hala antara guru dan pelajar semasa proses penilaian

dijalankan apatah lagi yang melibatkan ibubapa para pelajar atau rakan sebaya.

KESIMPULAN

Umum mengetahui amalan penilaian Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah rendah

dan khususnya di sekolah-sekolah menengah dilaksanakan secara impresif oleh guru-

guru seni. Aspek yang dinilai adalah yang berkaitan dengan keupayaan pelajar

menghasilkan karya seni mengikut kesesuaian tema dan kecekapan menggunakan

peralatan untuk penjanaan idea dalam mengolah unsur-unsur seni (Iberahim n.d.). Proses

penilaian berakhir dengan makluman pencapaian pelajar kepada ibubapa melalui kad

laporan kemajuan pelajar. Walaupun proses penilaian dapat dilaksnakan peringkat demi

peringkat berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran guru perlu memastikan

penilaian yang dibuat turut meliabtkan pelajar secara langsung samada melalui ‘self-

assessment’ atau bersama rakan-rakan. Para pelajar seharusnya diberi peluang untuk

berbincang dan memberi respon tentang kerja mereka dan juga rakan mereka.

Penilaian hasil kerja studio juga boleh melibatkan para pelajar di mana mereka membuat

refleksi, perbincangan dan menyatakan respon semasa menghasilkan kerja-kerja seni.

Bidang-bidang ilmu dan pengetahuan seperti sejarah seni dan apresiasi seni dinilai

melalui ujian dan peperiksaan samada bertulis atau lisan. Michael (dalam Iberahim n.d.)

ada menyarankan skala penilaian sejarah seni untuk digunapakai oleh guru seni dalam

membuat penilaian sejarah seni yang melibatkan domain kognitif dengan bersandarkan

aras Taksonomi Bloom. Melalui pendekatan ini pelajar dapat dinilai dengan sebaik-

baiknya selain daripada menggunakan amalan menjawab soalan peperiksaan.

Page 34: penilaian portfolio seni.doc

Penilaian boleh memotivasikan pelajar untuk belajar, meneroka dan mengamalkan apa

yang telah dipelajari. Di samping itu pelajar boleh belajar secara langsung,

menghubungkan pengetahuan yang baru dengan yang lama serta lebih bertanggungjawab

dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Selain itu para pendidik Pendidikan Seni

Visual dapat memantau perkembangan prestasi pelajar seperti penilaian berportfolio.

Dengan itu tahap pencapaian pelajar dapat dikenalpasti dari semasa ke semasa di samping

kekuatan dan kelemahan aspek-aspek dalam penilaian dapat dikesan. Guru seni perlu

memastikan dalam penilaian seharusnya mempunyai kriteria-kriteria seperti objektif,

kesahihan, adil, terbuka, bermakna, mendidik, menyeluruh, berkesinambungan, ada

kepelbagaian dan menarik serta berkesan. Hasil daripada pembelajaran dan pengajaran

boleh dibandingkan agar keberkesanan dapat diukur.

Penilaian adalah perkara yang paling penting kepada guru dan pelajar dalam kelas

berkenaan serta ibubapa atau penjaga pelajar-pelajar ( Goldberg, 1997). Amalan penilaian

yang diamalkan di sekolah perlu menghindari dari membanding beza hasil kerja pelajar

dengan cara yang negatif. Guru perlu bijak melaksanakannya dengan cara strategi

menyoal soalan apabila pelajar sudah menyelesaikan tugasan mereka. Ini akan membantu

pelajar-pelajar memahami bukan setakat menghargai produk yang dicipta sahaja tetapi

proses melaksanakan kerja-kerja seni mereka. Dengan gabungan kreativiti dalam memilih

pendekatan yang sesuai dan ‘energy’ yang mantap dari para pendidik seni di sesebuah

sekolah, penilaian yang berasaskan matlamat pendidikan, fokus kepada pembelajaran,

penting untuk pengesahan kemajuan pelajar dan program dapat terlaksana dengan

jayanya.

Page 35: penilaian portfolio seni.doc

RUJUKAN

Abdul Halim Husain, (2004). Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Advanced Learner’s Dictionary of Education, (2000). New Delhi: Anmol Publications

Pvt. Ltd.

Bates, J. K. (2000). Becoming An Art Teacher. Singapore: Thomson Learning.

Beattie, D. K. (1997). Assessment in Art Education Art Education in Practise Series.

Massachusetts: Davis Publications Inc.

Bhasah Abu Bakar, (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim:

Quantum Books.

Dean, J. E. (2005). Arts in the Elementary School Classroom: The Importance of Arts

Integration. Retrived May 1, 2007, Web site:

http://www.wm.edu/education/599/05Projects/dean 599.pdf

Goldberg, M. (1997). Arts and Learning An Integrated Approach to Teaching and

Learning in Multicultural and Multilingual Settings. New York: Longman.

Iberahim Hassan, (2000). Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik.

Tanjong Malim: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Iberahim Hassan , (2004). Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Iberahim Hassan. Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual. Kertas Seminar HEPI

Linderman, M. G. (1997). Art in the Elementary School Fifth Edition. United States of

America: Brown & Benchmark.

Page 36: penilaian portfolio seni.doc

Mazlan Mohamad, (1996). Siri Pendidikan Guru Pendidikan Seni 1 Prinsip Pendidikan

Seni. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Posted by SITI HAYATI BINTI HJ MOHD YUSOFF at 12:50 AM

SITI AISYAH NABILAH- SI BONGSU

http://linguasphereus.blogspot.com/2011/05/kelebihan-dan-kekurangan-penilaian.html

Page 37: penilaian portfolio seni.doc

Kelebihan dan kekurangan penilaian portofolio

Diposkan oleh Nay di 19.25

Setiap konsep atau model penilaian tentu ada kelebihan dan kekurangannya, begitu juga dengan penilaian portofolio.Kelebihan model penilaian portofolio, antara lain sebagai berikut: 1.    Dapat melihat pertumbuhan dan perkembangan kemampuan peserta didik dari waktu ke waktu berdasarkan feed-back dan refleksi diri.2.    Membantu guru melakukan penilaian secara adil, objektif dan dapat dipertanggungjawabkan tanpa mengurangi kreatifitas peserta didik.3.    Mengajak peserta didik untuk belajar bertanggungjawab terhadap apa yang telah mereka kerjakan, baik dikelas maupun diluar kelas dalam rangka implementasi program pembelajaran.4.    Meningkatkan peran serta peserta didik secara aktif dalam kegiatan pembelajaran dan penilaian.5.    Memberi kesempatan kepada peserta didik untuk meningkatkan kemampuan mereka.6.    Dapat digunakan untuk menilai kelas yang heterogenantara peserta didik yang pandai dan kurang pandai.Adapun kekurangan penilaian portofolio, antara lain sebagai berikut:1.    Membutuhkan waktu dan kerja ekstra.2.    Penilaian portofolio dianggap kurang reliable dibandingkan dengan bentuk penilaian yang lain.3.    Ada kecenderungan guru hanya memperhatikan pencapaian akhir sehingga proses penilaian kurang mendapat perhatian.4.    Tidak tersedianya kriteria penilaian yang jelas. 5.    Penilaian portofolio masih relatif baru sehingga banyak guru, orang tua dan pesesrta didik yang belum mengetahui dan memahaminya.6.    Sulit dilakukan terutama menghadapi ujian dalam skala nasional.7.    Dapat  Menjebak pesrta didik jika terlalu sering menggunakan format yang lengkap dan detail.

leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...

Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan

Page 38: penilaian portfolio seni.doc

malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)