kaedah penilaian kontrak dan soal jwb.pptx

23
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BM3103 NAMA PENSYARAH : ENCIK AZAHA AHLI KUMPULAN : JULIANAH BINTI AHMAD MARASILINDA BINTI OMAR

Upload: yuvarani-yuva

Post on 22-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Penilaian melalui soal jawab

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHBM3103

NAMA PENSYARAH : ENCIK AZAHAAHLI KUMPULAN : JULIANAH BINTI AHMAD MARASILINDA BINTI OMARKAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARANMempunyai ciri berpusatkan muridPenilaian kendiri yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Murid-murid diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pelajaran itu akan dilaksana dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkan serta kaedah penilaian tugasan yang ditetapkan sendiri oleh individu berkenaan.Dikenali sebagai perjanjian pembelajaran Merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dilakukan antara guru dengan murid sama ada secara individu atau kumpulan.Kontrak pembelajaran dilakukan secara bertulis.Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

KONSEP(Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, PentaksiranBahasa Melayu Sekolah rendah, 2012 : 63)Bentuk akhir tugasan dihasilkanBagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guruKaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak

Sumber : http://mahirkmm.tripod.com/taksir4.htm

Kriteria penghasilan tugasan berdasarkan kontrak pembelajaranKriteria penghasilan tugasan berdasarkan kontrak pembelajaran(Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, PentaksiranBahasa Melayu Sekolah rendah, 2012 : 63)FUNGSI(Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, PentaksiranBahasa Melayu Sekolah rendah, 2012 : 64)Kaedah penilaian melalui kontrak pembelajaran(Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, PentaksiranBahasa Melayu Sekolah rendah, 2012 : 64)Objektif ditentukan oleh guru sementara murid-murid menetapkan strategi pelaksanaannyaBeberapa set objektif disarankan oleh guru, murid-murid kemudian memilih mana-mana yang difikirkan sesuaiMurid-murid merangka beberapa objektif yang paling sesuai dan dipersetujui oleh guru.PENILAIAN OBJEKTIF TUGASANMurid-murid bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan, kajian, rencana dan sebagainya.Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru.HASIL PEMBELAJARANMurid-murid menyatakan gred akademik yang diharapkan dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses perlaksanaan tuagasan dalam kontrak.Sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses dan hasilan tugasan ditentukan oleh guru.Gred terakhir boleh dibincangkan secara kompromi antara guru dan murid-murid berdasarkan syarat-syarat atau kriteria tertentu.Penilaian dilakukan oleh individu atau rakan sebaya sementara guru bertindak sebagai pemantau untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya serta memberi kata putus terhadap gred dan akhirnya mendapat persetujuan ketiga-tiga pihak yang terbabit, atau yang ditetapkan oleh guru sahaja.PENILAIANKeperluan tugasan/ kontrak pembelajaran disediakan dalam format/ bentuk tertentu mengikut tugasan.Sesetengah tugasan/ projek memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengaan jelas dan rapi (selepas dipersetujui bersama oleh semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dan penilaiannya) namun, terdapat juga kontrak yang disediakan secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.FORMATBerpusatkan murid dan sistem penggredannya dikawal oleh guru agar kesahannya tidak terjejas.Murid-murid dan guru perlu menentukan matlamat yang akan dicapainya pada akhir kerja atau tugasan yang berkenaan sebelum menyediakan sesuatu kontrak pembelajaran.Mereka perlu memastikan kaedah dan prosedur serta jangka masa yang akan diambil pada setiap tahap ketika menyempurnakan tugasan atau projek.Kesemua rancangan ini akan dirakamkan dalam bentuk kontrak pembelajaran yang ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat dalam penyediaan tugasan dan bersetuju dengan kriteria yang ditetapkan.Kontrak ini kemudiaan akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif atau tujuan tugasan, peringkat penyediaan tugasan yang telah disempurnakan dan memberi maklumat tentang apa yang perlu dilaksanakan seterusnya.RINGKASAN CONTOHPENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB Soal jawab merupakan proses bertanya jawab atau mengemukakan pertanyaan ( kamus dewan edisi keempat : 1511)

Soal jawab merupakan teknik yang lama dan teknik popular yang biasa digunakan di dalam kelas.

Teknik soal jawab mudah dilaksanakan dan teknik ini merupakan satu bentuk yang berkesan bagi mewujudkan interaksi murid dan guru.

(Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah rendah, 2012 :67)

KONSEP Teknik soal jawab dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

Penyoalan dapat membantu pelajar mengukuhkan konsep- konsep yang baru yang dipelajari.

Rujukan : http://cikgunano.blogspot.com/2011/09/kaedah-penilaian-bahasa kontrak.html Diakses pada : 14/07/2013

Teknik soal jawab dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan kepada pelajar berkaitan apa yang dipelajari

Melalui jawapan atau respons yang diberikan oleh murid, guru dapat menilai sejauhmanakah pemahaman murid tersebut.

Sesi soal jawab biasanya dilaksanakan, selepas sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun selepas tamatnya sesuatu topik.

CARA PELAKSANAANSoalan-soalan yang dikemukakan oleh guru biasanya, memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

Selepas murid menjawab soalan yang dikemukan, guru dapat menilai kefahaman murid terhadap apa yang diajar.

(Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, PentaksiranBahasa Melayu Sekolah rendah, 2012 :67)

TUJUAN SOAL JAWABMengesan pengetahuan berbahasa murid-muridMenggalakan murid-murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritisMendorong murid-murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajarMelalui teknik soal jawab, guru dapat mengetahui kelemahan setiap murid terhadap topik yang diajar.

Guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami pelajar, dengan cara mengulang semula pembelajaran tersebut.

Guru mengajar murid yang lemah dengan kaedah yang lebih mudah supaya murid akan lebih faham.

(Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, PentaksiranBahasa Melayu Sekolah rendah, 2012 :68)

KEPENTINGAN SOAL JAWABCONTOH Tajuk pengajaran : Kata kerjaSelepas pengajaran dan pembelajaran, guru akan bersoal jawab dengan murid.

Jawapan : Amina sedang makan ialah kata kerja iaitu perlakuan serta perbuatan seseorang. Manakala ibu sangat cantik ialah kata sifat, iaitu mencirikan sifat seseorang.Amina sedang makanIbu sangat cantik Antonim merupakan kata berlawanan maknanya dengan kata lain.

Contoh kaedah soal jawab :1) Soalan : Apakah lawan bagi perkataan rajin?Jawapan : Malas

2) Soalan : Apakah lawan bagi perkataan cantik?Jawapan : Hodoh

Sinonim ialah perkataan seerti atau sama maksud

Saleha membantu ibunya mencuci pinggan di dapurApakah perkataan seerti bagi mencuci?- MembasuhTERIMA KASIH