tinjauan terhadap tahap penyeliaan guru pembimbing ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar...

22
TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING TERHADAP GURU PELATIH SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR NORZIANA BT ANUAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 06-Nov-2019

49 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING

TERHADAP GURU PELATIH SEMASA MENJALANI LATIHAN

MENGAJAR

NORZIANA BT ANUAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan
Page 3: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan
Page 4: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING

TERHADAP GURU PELATIH SEMASA MENJALANI LATIHAN

MENGAJAR

NORZIANA BT ANUAR

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan
Page 6: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

iii

DEDIKASI

Ayahanda dan bonda yang amat dihormati,

Anuar b. Touri dan Asiah bt Ngatni,

Kakak dan adik yang dikasihi

Rakan-rakan 4SPC yang disayangi terutama,

Hidayah, Azila dan Aziehan,

Insan istimewa yang dicintai,

Muhd Aizuddin bin Abdul Razak

Bantuan dan sokongan daripada kalian amat penting untuk diri ini.

Page 7: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan

kurnia Nya, dapat saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Di kesempatan ini,

saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya Tn Hj Meor

Ibrahim b. Kamaruddin yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada

saya sepanjang proses menjalankan kajian ini. Turut tidak dilupakan kepada pihak

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah membantu saya dalam

mendapatkan maklumat dalam kajian ini.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

saya yang sudi membantu dan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam

menjalankan projek sarjana muda ini.

Selain dari itu, tidak dilupakan kepada kepada emak, ayah dan adik beradik

saya yang banyak memberi sokongan moral dalam menyiapkan kajian saya ini. Akhir

sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak dalam memberi sokongan, cadangan dan

sebagainya.

Page 8: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

v

ABSTRAK

Semasa menjalani latihan mengajar, bimbingan daripada guru pembimbing

amat penting untuk melahirkan guru yang cemerlang. Kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih. Tiga aspek

penyeliaan di lihat: perancangan pengajaran, kaedah pengajaran dan profesionalisme.

Kajian ini berbentuk deskriptif di mana data dikumpulkan melalui satu tinjauan.

Sampel terdiri daripada 92 orang pelajar kursus Pendidikan Sains yang telah

menjalani latihan mengajar sesi 2007/2008. Set soal selidik (kebolehpercayaan,

α=0.9692) telah digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan tahap

penyeliaan guru pembimbing adalah tinggi dalam aspek perancangan pengajaran (min

3.53) dan profesionalisme (min 3.52). Manakala bagi aspek kaedah pengajaran, tahap

peenyeliaan guru pembimbing adalah sederhana (min 3.49). Beberapa cadangan

dikemukakan pada akhir laporan.

Page 9: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

vi

ABSTRACT

In a teaching practicum, the guidance from the guiding teachers is important to

produce excellent teachers. The objective of this study is to determine the supervision

level of guiding teachers as perceived by trainee teachers. Three aspects of supervision

level were looked into: the instructional planning, the teaching methods and the

professionalisme. This is a descriptive study in which the data collected were obtained

through a survey. The sample consists of 92 the Science Education students who had

undergone teaching practicum in the 2007/2008 session. Questionnaire (reliability,

α=0.9692) was used in this study. The results showed that the supervision levels were

high for instructional planning aspect (mean 3.53) and professionalism aspect (mean

3.52). In the teaching methods aspect, the levels were moderate (mean 3.49). Several

suggestions were given at the end of the report.

Page 10: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

viii

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Latihan Mengajar 9

1.8.2 Penyeliaan 9

1.8.3 Guru Pelatih 10

1.8.4 Guru Pembimbing 10

1.8.5 Sains 10

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Latihan Mengajar 13

2.3 Penyeliaan Guru Pembimbing 15

2.4 Perancangan Pengajaran Guru Pelatih 17

2.5 Kaedah Pengajaran Guru Pelatih 20

2.6 Profesionalisme Guru Pelatih 22

2.7 Penutup 24

3 METODOLOGI KAJIAN 25

3.1 Pengenalan 25

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Lokasi Kajian 27

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 29

3.5.1 Latar Belakang Responden 29

3.5.2 Aspek-aspek Penyeliaan Guru 30

Pembimbing Terhadap Guru Pelatih

3.6 Prosedur Kajian 30

3.7 Kajian Rintis 32

Page 12: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

ix

3.8 Analisis Kajian 33

3.9 Penutup 34

4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 35

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 36

4.3 Analisis Tahap Penyeliaan Guru Pembimbing 37

4.3.1 Analisis Tahap Penyeliaan Guru 38

Pembimbing Dari Aspek Membuat

Perancangan Pengajaran

4.3.2 Analisis Tahap Penyeliaan Guru 41

Pembimbing Dari Aspek Kaedah

Pengajaran

4.3.3 Analisis Tahap Penyeliaan Guru 44

Pembimbing Dari Aspek Membuat

Profesionalisme Guru Pelatih

4.3.4 Analisis Purata Keseluruhan Min 48

Mengikut Persoalan

4.4 Penutup 49

5 RUMUSAN DAN CADANGAN 50

5.3 Pengenalan 50

5.4 Rumusan 51

5.5 Cadangan 51

5.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 53

5.7 Penutup 54

RUJUKAN 55

LAMPIRAN 61

Page 13: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Item Soalan Bagi Persoalan Kajian 27

Bahagian B

3.2 Taburan Polulasi Pelajar-Pelajar Kursus 28

Pendidikan Sains Yang Telah Menjalani

Latihan Mengajar Sesi 2007/2008

3.3 Jumlah Pembahagian Saiz Sampel Di Pilih 28

Secara Rawak

3.4 Skala Likert Lima Mata 30

3.5 Taburan Item Berdasarkan Aspek Penilaian 33

Guru Pembimbing Terhadap Guru Pelatih

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 34

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 36

Mengiku Jantina

Page 14: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

xi

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 36

Mengikut Kursus

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 37

Mengikut Gred Semasa Latihan Mengajar

4.4 Taburan Bilangan Peratusan Responden 37

Mengikut Sekolah Semasa Latihan Mengajar

4.5 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Dari 38

Aspek Perancangan Pengajaran

4.6 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Dari 41

Aspek Kaedah Pengajaran

4.7 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Dari 45

Aspek Profesionalisme

4.8 Taburan Peratusan Dan Min Keseluruhan 48

Mengikut Persoalan

Page 15: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Set Soal Selidik 61

B Jadual Krejcie dan Morgan 68

C Pengesahan Kandungan Tesis 69

D Jadual Pelaksanaan Tugasan Kajian 2008/2009 70

Page 16: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Aspek pendidikan merupakan suatu aspek yang amat penting di mana ia perlu

diberi perhatian oleh semua pihak Sejajar dengan itu, guru memainkan peranan yang

penting untuk melahirkan masyarakat yang inovatif, kreatif dan berfikiran kritis ini.

Oleh itu, bakal-bakal guru perlu melengkapkan diri secukupya untuk menghadapi

cabaran dan tanggungjawab yang akan dipikul kelak sebagai seorang pendidik yang

sebenar.

Kualiti pendidikan itu sangat bergantung kepada kualiti guru-gurunya. Untuk

melahirkan guru-guru yang berkualiti ini, institusi pengajian tinggi (IPT) dan juga

bahagian pendidikan guru (BPG) di seluruh negara telah melatih bakal-bakal guru ini

dengan teori-teori berkaitan dengan bidang perguruan dan seterusnya telah

mewajibkan kepada mereka untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari di bilik

kuliah melalui latihan mengajar.

Latihan mengajar yang diwajibkan kepada guru pelatih ini merupakan satu

latihan yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk memperolehi pengalaman

dalam mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari kepada situasi sekolah dan bilik

darjah yang sebenarnya. Semasa latihan mengajar, guru pelatih akan ditempatkan di

Page 17: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

2

sekolah-sekolah tertentu dan dinilai oleh penyelia iaitu pensyarah pembimbing dan

guru pembimbing yang telah dilantik. Proses penilaian daripada guru pembimbing

amat penting. Ini kerana guru pembimbing adalah mereka yang terdiri daripada guru

yang berpengalaman dalam bidang pendidikan, dalam bidang tertentu dan arif

dengan keadaan sekolah dan pelajar. Guru pembimbing juga mempengaruhi markah

guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang

telah ditetapkan.

Guru pembimbing akan membuat pencerapan ke atas guru pelatih sekurang-

kurangnaya lima kali dalam tempoh masa sesi latihan mengajar. Lazimnya proses

penyeliaan bermula dengan perbincanagan dengan guru pelatih tentang rancangan

pengajaran yang bakal dilaksanakan, diikuti dengan penilaian pengajaran dalam bilik

darjah dan diakhiri dengan perbincangan tentang pengajaran yang telah

dilaksanakan. Guru pembimbing akan menilai guru pelatih dari segi persediaan,

penyampaian, keperibadian dan ikhtisas. Aspek yang dinilai ini haruslah diselia

secara berhati-hati dan teliti.

Tujuan penyeliaan adalah untuk memperbaiki dan seterusnya

mempertingkatkan mutu pengajaran seseorang guru pelatih itu. Semua guru pelatih

akan berjaya dalam latihan mengajar sekiranya mereka bersedia menerima teguran

dan panduan daripada pensyarah pembimbing, guru pembimbing, pengetua dan guru-

guru yang senior di sekolah. Guru pelatih perlu memperlihatkan minat dan usaha

yang bersungguh-sungguh dalam menghadapi segala cabaran dan masalah semasa

latihan mengajar.

Guru pelatih perlulah menggunakan cara-cara mengajar yang berkesan dan

dapat mengembangkan pengajarannya dengan teratur. Gaya pengajaran yang baik

dan kreatif dapat menarik perhatian bukan sahaja pelajar yang diajar malahan dapat

juga menarik perhatian guru pembimbing dan seterusnya proses penyeliaan dapat

berjalan dengan lancar.

Persedian mengajar yang lengkap dan teratur sebelum memulakan sesi

pengajaran amat penting. Ini kerana perancangan yang dilakukan awal dan secara

sistematik akan membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran dan

Page 18: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

3

seterusnya mempertingkatkan kualiti pengajaran guru menjadi lebih efektif dan

berkesan. Oleh itu bimbingan mengenai perancangan pengajaran amat penting bagi

setiap guru pelatih. Ini kerana latihan mengajar adalah pengalaman pertama guru

pelatih untuk mengajar.

Selain dari itu, guru pelatih perlu juga mempertimbangkan mengenai

perancangan pengajaran dari aspek persedian alat bantu mengajar yang berkesan

serta sesuai dan juga buku rancangan yang lengkap dengan aktiviti yang telah

disusun secara sistematik kepada pelajar. Kesemua aspek perancangan ini amat

diambil berat semasa penyeliaan oleh guru pembimbing.

Pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang digunakan dalam

menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada pelajar yang mana telah dipelajari

oleh setiap guru pelatih sebelum menempuhi alam pengajaran. Walau bagaimanapun

guru pelatih perlu menyesuaikan teknik dan kaedah yang telah dipelajari dengan

tepat dan sesuai dengan pengajaran yang ingin diajar supaya pengajaran dapat

disampaikan dengan berkesan dan menarik perhatian guru pembimbing semasa

proses penyeliaan.

Program latihan mengajar dapat melatih guru pelatih mengenai profesion

keguruan yang sebenar dan seterusnya menerapkan sikap profesional di kalangan

guru pelatih dengan bimbingan daripada guru pembimbing. Melalui bimbingan yang

diterima daripada guru pembimbing yang terlatih dalam bidang pendidikan ini, guru

pelatih akan melaksanakan tugas dengan cekap dan mengikut etika yang telah

ditentukan. Dengan itu guru pelatih akan sentiasa berfikir mencari jalan untuk

memperbaiki pelaksanaan tugas yang telah diamanahkan. Seterusnya menjadikan

guru pelatih mempunyai sifat profesional yang tinggi dan berkualiti.

Oleh itu, hubungan antara guru pelatih dengan guru pembimbing amat

penting. Ini kerana latihan mengajar merupakan pengalaman pertama kali guru

pelatih untuk mengajar. Oleh yang demikian bimbingan yang berterusan dalam

penyeliaan amat penting untuk menentukan pencapaian seseorang guru pelatih.

Page 19: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Latihan mengajar adalah salah satu komponen yang penting bagi setiap guru

pelatih. Semasa latihan mengajar, guru pelatih akan dinilai oleh pensyarah

pembimbing dan guru pembimbing. Proses penilaian ini amat penting bagi guru

pelatih untuk mendapatkan maklumbalas mengenai kekuatan dan kekurangan

seseorang guru pelatih berkenaan proses pengajaran di bilik darjah.

Menurut Hamidah (2002), dalam kajiannya di kalangan guru pelatih

berpendapat orang yang paling hampir dengan guru pelatih semasa latihan mengajar

iaitu sama ada guru pembimbing mahupun penyelia boleh membantu perkembangan

guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Ini kerana guru pembimbing

sentiasa dapat memerhatikan perkembangan guru pelatih kerana mereka berada di

dalam sebuah sekolah yang sama dan guru pembimbing lebih arif mengenai keadaan

dan situasi sebenar sekolah dan juga memahami perihal pelajar-pelajar di sekolah.

Semasa latihan mengajar, pihak yang bertanggungjawab terhadap pemberiaan

markah atau gred kepada guru pelatih adalah pensyarah pembimbing dan guru

pembimbing. Tidak dinafikan kebanyakan guru pelatih berasa gerun apabila diselia

kerana mereka menganggap tugas penyelia adalah memberi markah dan seterusnya

menentukan sama ada mereka berjaya atau gagal dalam latihan mengajar itu (Abdul

Rahim et al., 1992).

Suatu kajian kerjasama Fakulti Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) (2005), mengenai penilaian latihan mengajar

dalam Program Pendidikan Guru Malaysia telah dilaksanakan. Dapatan dari kajian

ini mendedahkan beberapa masalah yang dihadapi oleh guru pelatih semasa

menjalani latihan mengajar yang berkait dengan sekolah dan guru pembimbing

seperti kesukaran mendapat bimbangan daripada guru pembimbing dan yang berkait

dengan guru pelatih sendiri seperti masalah penyesuaian.

Bimbingan daripada guru pembimbing adalah amat penting bagi guru pelatih

semasa latihan mengajar. Terutamanya bimbingan dari aspek penyampaian. Terdapat

Page 20: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

5

sesetengah guru pelatih menggunakan kaedah pengajaran yang tidak sesuai. Menurut

Aziz et al. (1995), di dalam sebuah bengkel penyelian latihan mengajar berpendapat

di antara kelemahan guru pelatih menggunakan kaedah pengajaran semasa latihan

mengajar adalah kaedah yang terlalu berpusat kepada guru dan buku teks,. Di

samping itu terdapat juga kaedah pengajaran yang hanya tertumpu kepada kaedah

tertentu sahaja dan tidak menerapkan kemahiran saintifik. Di dalam bengkel yang

sama Aziz et al. (1995), turut berpendapat guru-guru pelatih pengkhususan sains ini

juga sering melakukan keasalahan pengajaran di dalam makmal. Di antaranya adalah

tidak mengurus kelas makmal dengan sempurna, pengendalian sisa bahan kimia

selepas menjalankan ujikaji tidak dititikberatkan, pengurusan masa, disiplin pelajar

agak lemah dan hasil eksperimen tidak dibincangkan.

Terdapat guru pelatih yang tidak menyediakan pengajaran yang hendak

diajarkan dan apabila penyelia datang guru pelatih menggunakan persediaan

pelajaran yang pernah diajar dahulu. Terdapat juga guru pelatih yang menggunakan

masa yang banyak untuk membuat persediaan dan memikirkan langkah-langkah

pengajaran (Zahara et al., 2000).

Kepentingan bimbingan daripada guru pembimbing kepada guru pelatih tidak

dapat dipertikaikan lagi terutama terutama untuk memperbaiki gaya pengajaran dan

pembelajaran, dan juga persediaan guru pelatih untuk mengajar. Suatu kajian oleh

Khairuddin (1997), mendapati bimbingan yang berterusan dan sistematik perlu

supaya pelaksanaan praktikum menjadi lebih berkesan lagi dengan melakukan

penambahbaikkan sama ada dari semua pihak untuk melahirkan guru permulaan

yang berwibawa dan cemerlang.

Tugas seorang guru pembimbing amat luas terutama dari segi bimbingan,

teguran dan penilaian kepada guru pelatih. Suatu kajian oleh Normahajazrin Suria

(2006), mendapati peranan guru pembimbing bukan sekadar tertumpu kepada aspek

pengajaran dan pembelajaran sahaja, malahan mendidik dan membantu guru pelatih

untuk menjadi seorang guru yang profesional. Ini kerana kualiti dan kecemerlangan

seseorang guru itu bergantung kepada sikap profesionalnya dalam menjalani tugas

sebagai seorang guru.

Page 21: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

6

Menurut Huling et al. (2001), dalam kajiannya terdapat tiga kategori cara

seorang pembimbing menerapkan sifat keprofesionalisme kepada orang yang

dibimbingnya. Pertama memaksa orang yang dibimbing untuk fokus dan

mempertingkatkan kemahiran mengajar di dalam kelas. Kedua membuat orang yang

dibimbing berjaga-jaga mengenai keperluan berkomunikasi di antara satu sama lain.

Ketiga membuat orang yang dibimbing ini memahami peraturan dan tugas-tugas

penyelia.

Kaedah pengajaran yang pelbagai amat penting semasa pengajaran dan

pembelajaran untuk meningkatkan kualiti pengajaran tersebut. Dapatan dari kajian

yang di lakukan oleh Noor Azlan et al. (1989), mendapati guru pelatih berkeinginan

untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran tetapi menghadapi beberapa kekangan.

Misalnya guru terlatih di sekolah menaruh harapan dan mengkehendaki guru pelatih

mengikut cara yang telah lama wujud di dalam pengajaran di sekolah tersebut.

Terdapat juga guru pelatih hanya menumpukan pengajaran dalam buku teks. Dalam

kajian yang sama juga mendapati guru pelatih jarang sekali berpeluang untuk

menjalankan perbincangan dengan guru di sekolah.

Oleh itu, guru-guru pelatih perlulah mempraktikkan segala ilmu pendidikan

yang telah dipelajari di tempat pengajian dan juga perlu memperbaiki segala

kesilapan apabila ditegur dan di bimbing sama ada oleh guru pembimbing.

1.3 Penyataan Masalah

Semasa menjalani latihan mengajar, bimbingan yang berterusan dan berkesan

daripada guru pembimbing kepada guru pelatih amat penting untuk melahirkan guru

yang cemerlang kelak. Tetapi terdapat sesetengah guru pelatih yang kurang

mendapat bimbingan yang secukupnya daripada guru pembimbing. Oleh sebab itu

suatu kajian yang meyeluruh untuk mengenalpasti tahap penyeliaan guru

pembimbing terhadap guru pelatih wajar dilaksanakan.

Page 22: TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENYELIAAN GURU PEMBIMBING ...€¦ · guru pelatih semasa latihan mengajar berdasarkan beberapa aspek penilaian yang telah ditetapkan. Guru pembimbing akan

7

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru

pelatih dari aspek membuat perancangan pengajaran.

ii. Mengenalpasti tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru

pelatih dari aspek kaedah pengajaran.

iii. Mengenalpasti tahap penyeliaan guru pembimbing dari aspek

profesionalisme.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, secara khususnya persoalan yang ingin diselidiki ialah:

i. Apakah tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih dari

aspek membuat perancangan pengajaran?

ii. Apakah tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih dari

aspek kaedah pengajaran?

iii. Apakah tahap penyeliaan guru pembimbing dari aspek

profesionalisme?