kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan kaedah...

Upload: qasehsafinah

Post on 08-Jan-2016

79 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pendapat Analisis

TRANSCRIPT

Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan kaedah paling awal.Pengajarandan Pembelajaran yang bertujuanmemahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur danbinaannya. Kaedah ini tidak mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera.Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:temapersoalanlatarplotsudut pandanganwatakperwatakangaya bahasasimbol / lambangbentuk

Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas.Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri, imaginasi,emosi, penerapan pengetahuan,manipulasidanpengalamankerohanian.Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas.

Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistic dan keunikan sastera dengan mengambil lira aspek inrtinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi memahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.

Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya.Perhubungan elemen ini akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan.Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca.

Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif.

Ciri-Ciri Kaedah Struktural:

Ia merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangandan sebagainya yang membentuk keseluruhan karya.Dalam P&P sastera, pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya hendaklah diberikan perhatian.

Kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing mencari dan menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru yang mahir dan tahu secara mendalam perhubungan elemen struktur tersebut. Objektif tertentu elemem struktur sahaja yang diutamakan tanpa mengambil kira aspek-aspek lain.

Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci. Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun pelajar dibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar daripada acuan yang telah ditetapkan oleh guru. Bahan bantu mengajar (BBM) tidak dipentingkan, tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai dengan penerangan dan perbincangan ringkas sahaja. Kaedah ini sesuai di peringkat tinggi sahaja.

Definisi Kaedah Global

Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Ciri-Ciri GlobalAda 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :-aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan perasaan.aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Pelaksanaan Kaedah Global1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:- lakonan berasaskan gambar lakonan berasaskan skrip lakonan guna topeng lakonan guna cerita berlagu

Teknik PengajaranTeknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi P&P atau cara sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar.Aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi dan dicapai oleh murid.Kemahiran guru dalam mengelola aktiviti semasa P&P berlangsung akan menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam kelas dan pembelajaran memberangsangkan, bermakna dan menceriakan.Dalampengajarandan pembelajaran komponen sastera selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada alasannya ialah guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan.Selain itu, guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki kemahiran tentang sastera. Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada murid tentang cara-cara karya sastera itu dipersembahkan.Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaranyang kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalammenjalankan aktiviti di dalam kelas. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan adalah seperti berikut;(a)Teater Pembaca(b) Teater Bercerita(c) Persidangan Meja Bulat(d) Monodrama(e) Balang Kaca(f) Stesen(g) Kerusi Panas(h) Peta Minda(i) Improvisasi(j) Mestamu(k) Dekon(l) Adaptasi

GRAFIK PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS SASTERAMELAYU