(kaedah struktural & teknik soal jawab)

52
TAJUK: KAEDAH STRUKTURAL DAN TEKNIK SOAL JAWAB

Upload: matt-zaem

Post on 30-Jun-2015

2.083 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

TAJUK:KAEDAH STRUKTURAL

DAN TEKNIK SOAL JAWAB

Page 2: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

NAMA AHLI KUMPULAN:SITI KHUZAIFAH BT MAT YASIM199263NOR SAIDA BT SULAIMAN 199264SITI ALIAH BT ROSLI 199265NUR ERMA SUZIEYANTIE BT TALIB199386NADIRAH BT HALIM 199451NOR ASMIDA BT MUDA 199511

Page 3: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Pendekatan struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi.

Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsur fizikal seperti watak, latar, teknik dan sebagainya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tersebut untuk menyampaikan isi karya sastera.

Page 4: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Kaedah cara atau peraturan membuat sesuatu terutamanya yang bersistem atau yang biasa

Struktur cara sesuatu terbina @ terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek hingga menjadi sesuatu pola, sistem atau bentuk tertentu

Struktural berkaitan dengan struktur

Kamus Dewan Edisi Keempat

Page 5: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

(Abd.Aziz Ab Talib, 2000) ialah satu cara yang digunakan dalam satu proses pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan.

Page 6: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Kaedah Struktural juga dikenali sebagai kaedah linguistik lisan, fonetik ataupun kaedah reform

Teori struktural ini berkembang luas pada dekad 1960-an.

Ferdinand de Saussure ,1857- percaya bahawa bahasa mempunyai struktur dalaman yang tersendiri dan mengandungi peraturan-peraturannya yang tersusun

Page 7: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Berasaskan kepada Teori Struktural Pendekatan ini memberi penumpuan

terhadap aspek-aspek struktur yang membina teks

Struktur sesebuah teks dalam Kesusasteraan Melayu:

tema, plot, perwatakan, bahasa, latar, nilai pengajaran dan sudut pandangan

Struktur ini amat penting dalam membentuk sesebuah prosa atau puisi.

Page 8: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Tema Plot Perwatakan Bahasa Latar Nilai pengajaran Sudut pandangan struktur

Page 9: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

1. Pendekatan secara induktif• Pendekatan bersifat induktif - murid

sendiri yang mengesan, mengenal pasti, dan menganalisis objektif tertentu dalam elemen struktur.

• Guru - membantu murid membuat rumusan tepat sahaja.

• Setiap unsur-unsur mempunyai pertalian antara satu sama lain.

Page 10: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

2. Perhubungan antara struktur• Dalam pengajaran dan pembelajaran

kesusasteraan - pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya hendaklah diberi perhatian.

3. Mengutamakan objektif tertentu• Kaedah struktural juga memberi

tumpuan kepada objektif. • Hal ini bermaksud pengajaran hanya

tertumpu kepada elemen struktur dan tidak mengambil kira aspek-aspek lain.

Page 11: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

4. Pembelajaran banyak dipandu oleh guru

Walaupun para pelajar dibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar daripada definisi atau acuan yang telah ditetapkan oleh guru.

5. Bahan bantu mengajar tidak dipentingkan

Tidak mementingkan bahan bantu mengajar-kerana ia mementingkan kefahaman pelajar terhadap elemen struktur.

Page 12: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

6. Memudahkan proses pengajaran• Memudahkan proses pengajaran -

kerana pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah karya kesusasteraan.

• Amat sesuai bagi para pelajar yang berada pada tingkat tinggi.

7. Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu

• Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan kemudian setiap unsur itu akan dijelaskan secara terperinci.

Page 13: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Prosa Lebai Malang telah dijadikan contoh untuk mengkaji bentuk struktural tersebutTema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa, dan nilai pengajaran.

Page 14: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

1) SINOPSIS Lebai Malang menerima undangan menghadiri tiga majlis kenduri

yang berlainan pada hari yang sama. Kendurinya adalah pengebumian orang mati, khatam pengajian, kenduri/berdikir maulud. Sebelum membuat keputusan untuk menghadiri majlis, Pak Lebai berfikir akan habuan yang diterima. Jika menziarahi orang mati akan disedekahkan kain putih dan tikar. Jika ke majlis khatam pengajian akan diberi daging, beras, kelapa dan perut akan kenyang. Jika ke kenduri maulud akan diberi lempeng penganan dan dijamu selera.

Pak Lebai pergi menziarahi jenazah dahulu. Malang menimpa apabila Pak Lebai lewat sampai ketiga-tiga tempat yang mengadakan majlis. Pak lebai mendapat lempeng penganan di majlis maulud. Pak Lebai teringat akan nira kabungnya lalu menyangkut lempeng pada sigai dan memanjat pokok kabung itu. Lempengya dilarikan anjing pula. Pak Lebai mengejarnya dan apabila anjing itu masuk ke dalam lubang, Pak Lebai membuka pakaiannya dan diletakkan di situ. Pak Lebai juga tidak dapat menangkap burung punai. Bajunya juga sudah diambil orang . Lebai malang pulang berbogel dan dimarahi isterinya.

Page 15: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Plot didefinisikan sebagai penceritaan peristiwa berasaskan kepada sebab dan musabab (Forster, 1962:93).

memberi fokus kepada suatu idea utama dalam fikiran watak

kronologi dalam perceritaan - permulaan, pertengahan dan kesudahan (Yahya Ismail, 1973: 53).

Page 16: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

PERMULAAN Watak Lebai diperkenalkan Dijemput ke 3 majlis

PERKEMBANGAN / KONFLIK Tidak tahu hendak ke mana Semua majlis telah selesai. Teringat air nira

KLIMAKS Anjing melarikan lempeng

PELERAIAN Dimarah dan dipukul oleh Mak Lebai

TEKNIK PLOT : Dialog dan Suspen

Page 17: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)
Page 18: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Tema - persoalan utama yang merangkumi aspek tujuan melalui unsur-unsur yang terdiri daripada objek, peristiwa, kejadian dan sebagainya ( Othman Puteh & Ramli Isin 1988;6 ).

Tema- didefinisikan juga sebagai sesuatu yang menjadi buah fikiran utama pengarang dalam sesebuah naratif (cerita).

Page 19: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.

Page 20: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

TEMA Kegagalan

menggunakan akal fikiran.

PERSOALAN Keikhlasan

melakukan sesuatu.

Kepentingan menepati masa.

Kepentingan menguruskan rezeki dengan bijak.

Page 21: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Aspek latar juga dapat menerangkan suasana dalam teks yang digunakan oleh penulis serta dapat menghubungkaitkan antara tema, plot, watak dan gaya bahasa yang terdapat dalam sesebuah prosa

Terbahagi kepada tiga jenis:- 1) latar masa, 2) latar masyarakat 3) latar tempat

Page 22: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

LATAR TEMPAT Kampung - tepi hutan

LATAR MASA 1 hari : pagi ke malam

LATAR MASYARAKAT Tamak ( cth: Lebai Malang ) Cepat marah ( cth : Mak Lebai ) Masyarakat Islam ( cth : penduduk

kampung ) Tidak ikhlas ( cth : Lebai Malang ) Ikhlas ( cth : penduduk kampung )

Page 23: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Aspek watak dan perwatakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu watak bulat dan watak leper.

Maksud watak bulat ialah watak yang berkembang atau hidup dan sentiasa menunjukkan reaksi atau peranan dalam pelbagai peristiwa atau situasi

Watak leper ialah watak yang statik.

Page 24: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

LEBAI MALANG Terburu - buru Tidak ikhlas Alim Tidak menepati

waktu Panas baran

MAK LEBAI Panas baran Tidak

menghormati suami

Suka memukul suami

Cepat marah

Page 25: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Cara seseorang pengarang itu memindahkan semua unsur bahasa yang dimiliki ke dalam puisi atau karyanya untuk menyerlahkan lagi idea-idea dan pemikirannya.

Unsur-unsur gaya bahasa yang penting dalam karya sastera ialah dialog, monolog, dan monolog dalaman

Page 26: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Klasik - cth: maka, kelakian, hatta, persetua, laki isteri

Arab - cth : khatam, maulud, zuhur Peribahasa : “Kalau secupak, takkan

jadi segantang, rezeki sudah banyak itu.”

Syair : “ Lebai nasib langkahan malang, Ke hulu hilir penat berulang, Celaka sial bedebah jembalang, Pakaian dibuang bertelanjang pulang.”

Page 27: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Nilai Nilai merupakan salah

satu elemen yang terdapat kesusasteraan Melayu. Nilai ini amat penting dalam membentuk sesuatu prosa atau puisi

PENGAJARAN Pengajaran merupakan

teladan yang terdapat dalam sesuatu prosa atau puisi. Ia adalah elemen yang penting dalam kesusasteraan Melayu. Hal ini demikian kerana setiap prosa dan puisi yang dihasilkan dalam kesusasteraan Melayu, ia mempunyai pengajaran dan contoh teladan kepada masyarakat

Page 28: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

NILAI Kepercayaan

kepada Tuhan Semangat

kejiranan

PENGAJARAN Kita hendaklah

sentiasa menepati masa

Kita perlu bersabar menghadapi dugaan

Kita perlu berfikiran dan bertindak waras

Page 29: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

PERLAKSANAAN KAEDAH STRUKTURAL

Page 30: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Tingkatan : 1Genre : Cerita Jenaka Lebai MalangTajuk : Nilai dan Pengajaran dalam cerita jenaka

‘Lebai Malang’

Masa : 45 minit Objektif: Pada akhir pelajaran ini, pelajar-pelajar dapat : Menyatakan dua nilai dan tiga pengajaran yang

terdapat dalam petikan yang dikaji Menghubungkaitkan antara nilai kemanusiaan dan

pengajaran dalam karya.

HPU prosa : 9.0 Menganalisis nilai kemanusiaan dan

pengajaran dalam karya yang dikaji

Page 31: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

HPK :9.2 Menjelaskan nilai kemanusiaan dalam karya

yang dikaji

9.3 Menjelaskan pengajaran dalam karya 9.4 Menghubungkaitkan antara nilai kemanusiaan

yang dikaji dengan pengajaran dalam karya

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan / Moral dan sivikSosiobudaya : Tanggungjawab masyarakat terhadap

agamaNilai kemanusiaan : tolong-menolong, semangat

kejiranan, dan bersyukur.

Kemahiran bernilai tambah : KP, BCB, KB

Page 32: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN

Set Induksi Teks :

Rencana tentang Cerita Jenaka Lebai Malang.

1. Guru mengemukakan beberapa soalan berkaitan isu-isu semasa yang dipaparkan dalam surat khabar.

2. Guru mengedarkan cerita yang mengandungi rencana tentang perwatakan Lebai Malang dan meminta pelajar meneliti tentang sikap-sikap kebodohan dan nasib yang menimpa Lebai Malang tersebut. (Lampiran1)

3. Pelajar-pelajar menyatakan nilai murni yang terdapat dalam rencana.

4. Guru mengaitkan jawapan murid dangan tajuk pelajaran.

BBM :

Keratan Akhbar

KBT:BCB

Membaca, menganalisis

Langkah 1 Istilah Nilai Kemanusiaan

1. Guru menerangkan istilah nilai kemanusiaan serta contohnya

2. Murid-murid diminta menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam petikan.

OHP:

LCD

KB:

Menyenarai

Page 33: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Langkah 2 Petikan cerita jenaka Lebai Malang

1.Nilai Murni

1. Dua orang pelajar membaca petikan (Lampiran 2)

2. Pelajar lain diminta meneliti petikan yang sama.

3. Pelajar berbincang/mengesan nilai murni dalam petikan dengan bantuan guru.

4. Pelajar menyatakan nilai-nilai yang terkandung dalam petikan

5. Lembaran kerja disediakan. Nilai Murni (Lampiran 3)

Langkah 3 Kerja Berpasangan :

1.Nilai MurniBerdasarkan petikan yang telah disediakan

1. Pelajar-pelajar, secara berpasangan diminta membincangkan petikan yang diberikan.

2. Aspek perbincangan meliputi aspek nilai kemanusiaan

Pelajar lelaki (Petikan 4)

Pelajar Perempuan (Petikan 5)

Lampiran 4

Lampiran 5

Teknik :

Perbincangan

Page 34: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Langkah 4 Pembentangan (Pelajar)

1.Nilai MurniRumusan (Guru dan Pelajar)

1. Beberapa orang pelajar melaporkan dapatan masing-masing

2. Pelajar-pelajar lain digalakkan memberi komen/berbincang

*pelajar bersama-sama guru membuat rumusan nilai kemanusiaan dan pengajaran.

Teknik :

Laporan Soal jawabBBM

OHP

LCD

Rumusan Guru

Langkah 5 1. Pengajaran Aktiviti pengukuhan

1.Pelajar-pelajar menghubungkaitkan nilai kemanusiaan dengan pengajaran yang terdapat dalam karya.2.Pelajar-pelajar menjawab soalan lisan/bertulis (Lampiran 6)

Soalan-soalan

Penutup 1. Kognitif2. Sosial

1. Guru membuat kesimpulan pengajaran.

2. Guru memberi pujian/penghargaan kepada pelajar

3. Aplikasi pengetahuan dalam kehidupan seharian.

Penutup :

Berdoa

Page 35: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

• Pelajar dapat memahami topik yang disampaikan dengan lebih mudah dan mendalam.

• Guru juga dapat menyampaikan isi pengajaran dengan lebih mudah dan berkesan tanpa menggunakan bahan bantu mengajar.

• Tidak memerlukan sumber dari segi sejarah, psikologi atau aspek ekstrinsik yang lain seperti persekitaran dan suasana.

• Pendekatan ini memudahkan pelajar menghadapi peperiksaan.

Page 36: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Sesi pengajaran terpaksa dijalankan dalam waktu yang lebih panjang.

Pelajar juga berkemungkinan untuk keliru dengan pengajaran melalui kaedah struktural.

memerlukan nilai instrik yang tinggi.

Kaedah yang digunakan juga lebih sesuai digunakan untuk pelajar yang berada pada peringkat tinggi.

Page 37: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Bagi kaedah struktural, kekuatannya adalah murid dapat menguasai aspek tatabahasa dengan mudah, cepat dan mendalam.

Melalui pengaplikasian kaedah mengajar yang pelbagai, diharapkan dapat menyuburkan minat pelajar dalam pembelajaran.

Objektif pengajaran akan dapat dicapai dengan mudah apabila teknik yang digunakan menarik.

Page 38: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

TAJUK:KAEDAH STRUKTURAL

DAN TEKNIK SOAL JAWAB

Page 39: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

NAMA AHLI KUMPULAN:SITI KHUZAIFAH BT MAT YASIM 199263NOR SAIDA BT SULAIMAN 199264SITI ALIAH BT ROSLI 199265NUR ERMA SUZIEYANTIE BT TALIB 199386NADIRAH BT HALIM 199517ASMIDA BT MUDA 199511

Page 40: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan popular digunakan dalam bidang pendidikan dan ini menunjukkan ia adalah satu teknik yang kerap digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan isi pelajaran yang disampaikan

Page 41: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

mengesan pengetahuan berbahasa pelajar. mendorong pelajar berfikir dan memudahkan

guru untuk menjelaskan sesuatu topik kepada pelajar khasnya mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.

mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar oleh guru

membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Page 42: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

1. Soalan yang ingin dibentuk itu perlulah tepat, jelas dan ringkas.

2. Melibatkan sebaran ke seluruh kelas 3. Soalan yang dibentuk bersesuaian dengan

bahan pengajaran yang bakal disampaikan4. Guru perlu melayan jawapan pelajar

dengan baik tanpa membuatkan pelajar terasa di diskriminasi atau pilih kasih

5. Pemberian petua dan petunjuk yang secukup kepada pelajar

6. Mempelbagaikan bentuk-bentuk soalan yang ingin disoal

Page 43: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Kami mengunjungi pusara bonda Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda 

Tegak kami di makam sepi Lalang-lalang tinggi berdiri Dua nisan terkapar mati Hanya papan dimakan bumi 

Dalam kenangan kami melihat Mesra kasih bonda menatap Sedang lena di dalam rahap Dua tangan kaku berdakap 

Bibir bonda bersih lesu Pernah dulu mengucupi dahiku Kini ku rasakan kasihnya lagi Meski jauh dibatasi bumi 

Nisan batu kami tegakkan Tiada lagi lalang memanjang Ada doa kami pohonkan Air mawar kami siramkan 

Senyum kemboja menghantar kami Meninggalkan makam sepi sendiri Damailah bonda dalam pengabdian Insan kerdil menghadap Tuhan 

Begitu bakti kami berikan Tiada sama bonda melahirkan Kasih bonda tiada sempadan Kemuncak murni kemuliaan insan

Page 44: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

3.0 PELAKSANAAN TEKNIK SOAL JAWAB

3.1 Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH)Tingkatan : Tingkatan 4

Masa : 80 minit

Tajuk : Nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam sajak Ke

Makam Bonda. 

Objektif : Pada akhir pelajaran pelajar-pelajar dapat :

i) Menyatakan nilai kemanusiaan dan pengajaran yang terdapat dalam puisi yang dikaji dengan betul.

ii) Menyenaraikan aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran yang tersurat dan tersirat dalam sajak Ke Makam Bonda dengan betul.

iii) Membandingkan nilai dan pengajaran yang positif dan negatif secara tersusun dan tepat dalam sajak Ke Makam Bonda.

Page 45: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

HPU : (D) 8.0 Menghuraikan nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam puisi

HPK : 8.1 Menerangkan definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran.

8.2 Menghuraikan nilai kemanusiaan dan pengajaran.

8.3 Menghubungkaitkan nilai kemanusiaan dengan pengajaran dalam

puisi yang dikaji.

HHP : Aras 1 :

i) Menyenaraikan nilai kemanusiaan dalam karya yang dikaji 

: Aras 2 :i) Mengenal pasti nilai kemanusiaan dalam karya berserta

alasanii) Menjelaskan pengajaran berdasarkan contoh dalam karya

Page 46: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Pengisian kurikulum

Ilmu : Pendidikan

Sosiobudaya : Peranan masyarakat

Nilai kemanusiaan : Kekeluargaan, Kasih sayang dan

pengorbanan

Kemahiran Bernilai Tambah : KP (kecerdasan pelbagai), BCB (belajar

cara

belajar), KB( kemahiran berfikir).

 

Page 47: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Langkah

pengajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set induksiGuru memaparkan lirik lagu “ Ke Makam Bonda”.

Guru memperdengarkan lagu (nasyid) “Ke Makam Bonda”.

Menayangkan video dan gambar-gambar di kawasan perkuburan

Guru mengemukakan soalan-soalan, contohnya:

1)Berikan sebab kenapa tajuk lagu tersebut ialah

“ke Makam Bonda”?

1)Mengapakan setiap rangkap dalam lagu tersebut terdapat ungkapan

‘bonda”?

2)Apakah gambaran yang jelas dalam fikiran pelajar apabila melihat tayangan

video yang di sediakan?

Guru merumuskan perbincangan kemudian mengaitkannya dengan tajuk

pelajaran dan nilai kemanusiaan dan pengajaran.

OHP :

“Ke Makam Bonda”

( lampiran 1)

BBM /ABM:

Audio

Projektor

Laptop

LCD

Langkah 1 Guru menerangkan istilah nilai kemanusiaan dan pengajaran.

Pelajar diminta untuk mengulas maksud setiap rangkap dalam lagu “ Ke makam

Bonda” mengikut pendapat masing-masing

OHP:

Borang LPG 1

(lampiran 2)

Page 48: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Langkah 2 Guru meminta dua pelajar (seorang pelajar lelaki dan seorang

pelajar perempuan) ke hadapan kelas untuk mendeklamasikan sajak

“ Ke Makam Bonda” di hadapan kelas secara berasingan.

Seterusnya, kedua-dua orang pelajar tersebut diminta untuk

mendeklamasikan sajak sambil menjiwai setiap rangkap dalam sajak

tersebut.

Guru meminta 3 orang pelajar lain untuk menanyakan soalan-soalan

yang berkaitan dengan sajak kepada dua pelajar yang

mendeklamasikan sajak.

Contoh soalan:

1)Mengapakah penyajak merasakan bahawa dirinya tidak mampu

membalas jasa ibunya?

Pelajar-pelajar lain diminta mencatat isi perbualan dan soal jawab

tersebut.

Guru merumuskan perbincangan kemudian mengedarkan petikan

sajak “ Ke makam Bonda” kepada pelajar.

Teknik:

Soal jawab

KBT:

KP

Interpersonal

BCB

Mencatat

Page 49: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Langkah 3 Pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan perbincangan

aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran yang tersurat dan

tersirat dalam setiap rangkap lagu “Ke Makam Bonda”.

Kumpulan 1-7

Pelajar-pelajar dalam kumpulan masing-masing:

Menyenaraikan aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran

yang tersurat dan tersirat dalam sajak Ke Makam Bonda

dengan betul dalam lembaran yang disediakan

( lampiran 3).

Setiap kumpulan diminta menyediakan bahan laporan

dalam kertas majung untuk aktiviti pembentangan

Petikan:

Lampiran 3

Borang LPG

BCB:

Mencatat

Kertas majung

Page 50: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Langkah 4 Pelajar akan membentangkan hasil perbincangan kumpulan di

hadapan kelas

Pelajar-pelajar dari kumpulan lain mencatat dalam bentuk peta

minda dalam buku nota masing-masing.

KB: Melapor

KP: Interpersonal

Langkah 5 Penilaian / refleksi

Guru mengemukakan beberapa soalan lisan

Contoh: 1. Nyatakan 3 nilai kemanusiaan yang terdapat dalam

rangkap ke-2 dan ketiga sajak” Ke Makam Bonda”?

2. Nyatakan 3 pengajaran yang terdapat dalam

rangkap ke-2 dan ketiga sajak” Ke Makam

Bonda”?

3. Pada pendapat kamu, mengapakah penyajak

sangat merindui ibunya, buktikan?

Soalan pengukuhan / pengayaan

(lampiran 4)

Soal jawab

Lampiran 4

Page 51: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

Penutup Pelajar dan guru menyanyikan lagi “ Ke

Makam Bonda” beramai-ramai.

Guru membuat rumusan keseluruhannya

sambil menyatakan nilai-nilai kemanusiaan

dan pengajaran-pengajaran yang boleh

dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.

Guru menutup sesi pengajaran dengan doa

Rumusan.

Motivasi

Page 52: (Kaedah struktural & teknik soal jawab)

KESIMPULAN Teknik soal jawab merupakan salah satu

teknik yang kerap dan paling digemari oleh guru-guru.

mewujudkan interaksi antara guru dengan murid. guru bertanyakan soalan dan murid-murid akan

menjawab soalan tersebut . Setiap soalan mempunyai aras kesukaran tertentu

yang bertujuan untuk menguji tahap kefahaman pelajar. untuk merangsang daya kognitif pelajar agar menjadi

lebih efektif dan berkesan. sewajarnya sebagai seorang guru kita seharusnya

menguasai pelbagai teknik mengajar dalam Kesusasteraan Melayu supaya sifat cinta akan sastera Melayu dapat disuburkan dalam jiwa setiap pelajar.