k asa bola baling

9
KEMAHIRAN ASAS 6.1.1 Hantaran (a) H Hantaran Bahu Hantaran jenis bahu ini kebiasaannya digunakan untuk membuat hantaran jauh. Teknik hantaran bahu ini boleh mengelirukan pihak lawan. Pemain yang dalam keadaan bersedia boleh terus menggelecek, menjaring, menukar haluan atau memusing badan. 6.1 T T o o p p i i k k 6 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling HASIL PEMBELAJARAN Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola baling; 2. Mengaplikasikan kemahiran dalam strategi dan latihan dan permainan tersebut; dan 3. Mengaplikasikan pengetahuan bola baling ke dalam pengurusan, pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan.

Upload: oorfyfa-fa

Post on 23-Jun-2015

973 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: k Asa Bola Baling

KEMAHIRAN ASAS

6.1.1 Hantaran

(a) HHantaran Bahu Hantaran jenis bahu ini kebiasaannya digunakan untuk membuat hantaran jauh. Teknik hantaran bahu ini boleh mengelirukan pihak lawan. Pemain yang dalam keadaan bersedia boleh terus menggelecek, menjaring, menukar haluan atau memusing badan.

6.1

TTooppiikk 66 KemahiranAsasPermainanBola Baling

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola baling;

2. Mengaplikasikan kemahiran dalam strategi dan latihan dan permainan tersebut; dan

3. Mengaplikasikan pengetahuan bola baling ke dalam pengurusan, pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan.

Page 2: k Asa Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 98

Rajah 6.1: Teknik membuat hantaran bahu

(b) HHantaran Lantun Sementara itu pula teknik hantaran lantun digunakan untuk membuat

hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh lawan yang bertindak pantas. Anda boleh membuat hantaran ini dengan menggunakan sebelah tangan.

Rajah 6.2: Teknik membuat hantaran lantun

(c) HHantaran Aras Dada Hantaran jenis ini pula mempunyai persamaan dengan permainan bola

keranjang. Ia lebih sesuai untuk membuat hantaran jarak dekat di aras dada dan pergerakan bola itu adalah hasil tolakan daripada jari-jari tangan. Tangan anda hendaklah ikut lajak (follow through) di akhir tolakan.

Rajah 6.3: Teknik membuat hantaran aras dada

Page 3: k Asa Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 99

(d) HHantaran Lompat Hantaran lompat pula merupakan satu gerakan keliru berasal yang daripada permainan bola keranjang. Biasanya apabila penyerang yang berhasrat untuk melompat dan melakukan jaringan tetapi tiada berpeluang berbuat demikian, dia akan membuat hantaran terus kepada rakannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

Rajah 6.4: Teknik membuat hantaran lompat

(e) HHantaran Sisi Teknik berikutnya pula dikenali sebagai hantaran sisi. Ia berguna untuk membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Anda tidak perlu memusingkan badan dan menghadap ke arah penerima bola apabila hantaran sisi dilakukan.

Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai untuk pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

Rajah 6.5: Teknik membuat hantaran sisi

Page 4: k Asa Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 100

6.1.2 Kawalan

Dalam apa-apa sukan sekali pun kawalan amatlah penting. Mengadang atau mengawal dilakukan untuk mengganggu pemain dan menyekat pergerakan pihak lawan yang sedang menguasai bola. Ini dilakukan untuk menguasai semula bola. Pihak pertahanan boleh mengamalkan cara-cara ini untuk mengawal pihak lawan:

(a) mengadang pemain yang memiliki bola dengan cara satu lawan satu

(b) mengawasi pemain-pemain yang lain untuk memintas hantaran

(c) mengganggu penjaring dengan melaksanakan sistem pertahanan yang sesuai

(d) seperti sistem zon atau sistem kumpulan

Rajah 6.6 : Pergerakan yang digunakan untuk mengawal pihak lawan

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Nyatakan berapakah jenis hantaran yang terdapat dalam sukan bola baling.

2. Huraikan setiap hantaran yang telah anda pelajari.

Page 5: k Asa Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 101

Rajah 6.7: Sistem pertahanan yang menggunakan sistem zon atau berkumpulan

Rajah 6.8: Penyerang sukar menjaringkan gol sekiranya pertahanan lawan mengawalnya secara ketat

6.1.3 Menjaring

Kalau anda biasa bermain bola sepak, sudah tentu anda akan rasa kelainannya apabila bermain bola baling. Dalam permainan bola baling, anda boleh membuat jaringan dengan melempar bola ke dalam gol. Tindakan ini hendaklah mematuhi syarat utama iaitu pemain mesti membuat jaringan di luar garisan 6 meter (kawasan D). Jika anda berada di dalam kawasan D semasa bola masih dalam tangan anda, percubaan itu adalah tidak sah dari segi undang-undang permainan. Kederasan, kekuatan dan ketepatan adalah faktor-faktor penting dalam membuat jaringan.

JENIS JARINGAN

(a) JJaringan Bahu Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah dan digemari oleh pemain kerana pergerakan yang terlibat adalah secara natural. Jaringan ini sering digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan. Sila lihat rajah di bawah.

Page 6: k Asa Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 102

Rajah 6.9: Teknik untuk membuat jaringan bahu

(b) JJaringan Lompat Lihat Rajah 6.10 di bawah. Teknik jaringan ini dikenali sebagai jaringan lompat. Cara jaringan ini sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul. Anda memerlukan kemahiran koordinasi dan ritma yang betul, bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara dan membaling ke arah gol. Selalunya tindakan ini berakhir dengan pendaratan yang selamat.

Rajah 6.10: Seorang pemain sedang membuat jaringan lompat

(c) JJaringan ÂDiveÊTeknik menjaring secara ÂdiveÊ pula amatlah menarik sekali. Pemain akan melonjak atau ÂdiveÊ ke dalam ruang kawasan gol untuk membaling bola dari jarak terdekat dengan pintu gol. Bola hendaklah dilepaskan sebelum mana-mana bahagian menyentuh gelanggang.

Page 7: k Asa Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 103

Rajah 6.11: Teknik melonjak atau ÂdiveÊ

(d) JJaringan Rendah Jaringan rendah akan membuat anda membaling bola ke bawah paras lutut dengan menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan boleh dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Untuk melakukan jaringan rendah biasanya anda perlu merendahkan badan dengan cara kaki yang hadapan dibengkokkan. Lihat Rajah 6.12 untuk memahami pergerakkan yang dimaksudkan tadi.

Rajah 6.12: Teknik jaringan rendah boleh mengelirukan penjaga gol lawan

6.1.4 Penjagaan Gawang

Posisi ini selalu disebut sebagai Âbarisan pertahanan yang terakhirÊ dan jelas menunjukkan bagaimana pentingnya peranan seorang penjaga gol. Seorang penjaga gol yang cekap mestilah berani serta mempunyai gerak balas yang pantas, dan konsentrasi yang baik. Selain menjaga pintu golnya, penjaga gol juga kadang-kadang bertindak sebagai penggerak utama dalam mengatur satu serangan terobos deras (fast break).

Page 8: k Asa Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 104

Rajah 6.13: Penjaga gol sedang mempertahankan gol daripada dibolosi

6.1.5 Strategi Permainan

Terdapat beberapa strategi permainan untuk bola baling ketika menyerang dan bertahan. Antaranya ialah:

(a) Serangan : sistem 3 3 dan sistem 2 4

(b) Pertahanan ; sistem 6 0, sistem 5 1, sistem 4 2, dan sistem 3 2 1

Rajah 6.14: Sistem serangan yang digunakan dalam permainan bola baling

Rajah 6.15: Sistem pertahanan yang digunakan dalam permainan bola baling

Page 9: k Asa Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 105

Bagi permainan bola baling, kemahiran asas amat penting untuk membantu seseorang pemain bermain dengan baik. Antara kemahiran asas yang mesti dikuasai ialah hantaran, menyambut, mengawal dan menjaring.

Teknik hantaran dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu hantaran bahu, lantun, aras dada, lompat dan sisi.

Antara teknik-teknik jaringan yang digunakan dalam permainan bola baling termasuk jaringan bahu, lompat, ÂdiveÊ dan jaringan rendah.

Strategi permainan memainkan peranan penting dalam sesuatu perlawanan bola baling dan pasukan yang dapat mengaplikasikan sesuatu strategi dengan berkesan akan memudahkan mereka untuk memenangi perlawanan tersebut.

Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajian Kemahiran Asas Permainan. Kuala Lumpur: Longman.

Wee Eng Hoe. (1995). Pengajaran Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.

George Joseph, Helen Ten, Lim Chuan Beng & M. P. Haridas. (1995). Teknik Pengadilan Sukan Padan. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

http://www.sportsonline.com.my.national

http://www.ihf.com.my

SEMAK KENDIRI 6.2

(a) Senaraikan jenis-jenis jaringan dalam permainan bola baling.

(b) Namakan jaringan yang paling mudah dilakukan.

(c) Terangkan secara ringkas jenis-jenis strategi permainan.