justifikasi bhn

3
Sumber Bahan 3.1 (1) : Pembinaan pembahagi dua sama serenjang menggunakan PEMBARIS DAN SESIKU. Guru-guru matematik berpendapat perlu ada satu kaedah atau cara yang lebih berkesan dan mudah dalam menangani masalah pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik agar menjadi lebih menarik. Adalah menjadi keutamaan pelajar lemah untuk menguasai konsep asas dalam memahami tajuk geometri. Penggunaan pembaris dan sesiku adalah cara termudah untuk melukis pembahagi sama serenjang. Sesiku adalah pembaris atau alat yang bersudut tepat; sudut 90̊. Alat berbentuk T atau berbentuk tiga segi (dan bersudut 90̊, 60̊ dan 30̊ atau bersudut 90̊, 45̊ dan 45̊). Oleh itu pendekatan yang dicadangkan ialah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran pembaris dan sesiku. Kaedah ini didapati lebih mudah dan berkesan kepada murid yang tidak mahir menggunakan jangka lukis. Kaedah ini juga memberi kepelbagaian kaeadah lain untuk membina pembahagi dua sama serenjang. Sumber Bahan 3.1 (2) : Membina segitiga apabila diberi panjang dua sisi dan saiz satu sudut menggunakan PEMBARIS JANGKA SUDUT. Strategi pengajaran dan pembelajaran atau pedagoginya bersumberkan kepada bahan jangka sudut atau protaktor sangat membantu dalam melukis bentuk geometri yang telah ditentukan

Upload: rina-fasya

Post on 17-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

bahan

TRANSCRIPT

Sumber Bahan 3.1 (1) : Pembinaan pembahagi dua sama serenjang menggunakan PEMBARIS DAN SESIKU.Guru-guru matematik berpendapat perlu ada satu kaedah atau cara yang lebih berkesan dan mudah dalam menangani masalah pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik agar menjadi lebih menarik. Adalah menjadi keutamaan pelajar lemah untuk menguasai konsep asas dalam memahami tajuk geometri. Penggunaan pembaris dan sesiku adalah cara termudah untuk melukis pembahagi sama serenjang. Sesiku adalah pembaris atau alat yang bersudut tepat; sudut 90. Alat berbentuk T atau berbentuk tiga segi (dan bersudut 90, 60 dan 30 atau bersudut 90, 45 dan 45).Oleh itu pendekatan yang dicadangkan ialah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran pembaris dan sesiku. Kaedah ini didapati lebih mudah dan berkesan kepada murid yang tidak mahir menggunakan jangka lukis. Kaedah ini juga memberi kepelbagaian kaeadah lain untuk membina pembahagi dua sama serenjang.

Sumber Bahan 3.1 (2) : Membina segitiga apabila diberi panjang dua sisi dan saiz satu sudut menggunakan PEMBARIS JANGKA SUDUT.Strategi pengajaran dan pembelajaran atau pedagoginya bersumberkan kepada bahan jangka sudut atau protaktor sangat membantu dalam melukis bentuk geometri yang telah ditentukan sudutnta atau mempunyai ciri-ciri sudut tertentu. Jangka sudut dengan skala 0 180. Digunakan untuk mengukur, menanda, memindah dan menguji sudut. Jangka sudut biasanya diperbuat daripada plastik lutsinar bagi memudahkan penandaan sudut.

Sumber Bahan 4.1 (1) : Pembinaan lokus bagi suatu titik yang berjarak tetap dari suatu titik tetap menggunakan TALIProses P&P yang berlaku di dalam kelas perlu sentiasa berubah mengikut situasi dan keadaan. kemajuan dalam teknologi pengajaran memerlukan para pendidik memikirkan kaedah serta pendekatan yang terbaik dalam penyampaian ilmu kepada pelajar agar ia berkesan serta mudah difahami. Penggunaan simulasi dalam merupakan satu lagi kaedah penyampaian yang dianggap amat popular bagi menerangkan konsep kerana berkaitan dengan kehidupan seharian atau pengalaman pelajar.Penggunaan tali dalam membina lokus bagi satu titik yang berjarak tetapdari satu titik tetap adalah satu penggunaan bahan yang mudah diperolehi dan boleh dikaitkan dalam kehidupan seharian. Sebelum memulakan aktiviti, guru membincangkan contoh-contoh persekitaran yang biasa mereka lihat berkaitan dengan lokus bagi satu titik yang berjarak tetap dari satu titik tetap.

Sumber Bahan 4.1 (2) : Pembinaan lokus bagi suatu titik yang berjarak tetap dari suatu titik tetap menggunakan JANGKA LUKISBiggs & Collis (1982) pengkaji dalam bidang geometri ini, telah memperkenalkan Taksonomi SOLO (Structure of Observed Learning Outcomes). Menurut Biggs (1999), pelajar boleh belajar dan memahami sesuatu yang kompleks apabila kebolehan mempostulasitelah dilatih atau diajar serta diberikan bimbingan sewajarnya. Postulasi adalah daripada perkataan postulate yang menurut Kamus Dewan BahasaPustaka (1992) membawa maksud sesuatu perkara yang paling asas ataupengalaman atau kemahiran yang patut ada atau diberi kepada seseorangpelajar sebelum dia beralih ke tajuk seterusnya. Menurutnya lagi, secara amnya postulasi konsep dan kemahiran perlu distrukturkan dahulu, kemudian sasaran dikenalphasti diikuti dengan bagaimana penilaian hendak dilakukan.Mempelajari cara penggunaan jangka lukis adalah sangat perlu supaya proses pembelajaran menjadi lebih berkesan dan pelbagai. Kemahiran menggunakan jangka lukis sangat membantu dalam mebina lokus dan geometri yang lebih tepat. Kelebihan jangka lukis ini, pelajar boleh menghasilkan garisan pelbagai sudut tanpa menggunkana jangka sudut atau protaktor.