jurnal reflektif kajian pesta kaamatan

Upload: lan

Post on 03-Apr-2018

276 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Jurnal Reflektif Kajian Pesta Kaamatan

    1/1

    JURNAL REFLEKTIF KAJIAN PESTA KAAMATAN

    Melalui penyelidikan untuk menyiapkan tugasan yang melibatkan konsep silang

    budaya. Saya telah mengambil tajuk Pesta Kaamatan dan sambutannya di rumah seorang

    berbangsa Kadazan Dusun di Tamparuli, Sandakan pada 30-31 MEI 2012. Seramai tiga orang

    dalam satu keluarga telah saya temuramah untuk mendapatkan maklumat mengenai Pesta

    Kaamatan di Malaysia. Di negara ini Pesta Kaamatan hanya disambut oleh kaum Kadazan-

    Dusun. Saya dapati perayaan ini sangat unik terutama dari aspek sejarah, amalan, pakaian,

    pemakanan dan pantang larang yang terdapat dalam perayaan ini.

    Di Malaysia semasa perayaan Pesta Kaamatan akan membersihkan rumah mereka.. Di

    pagi hari masyarakat Kadazan-Dusun akan menyucikan tubuh badan mereka dengan

    memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka akan bersembahyang di

    rumah atau tempat pemujaan khas. Selepas bersembahyang mereka akan berkunjung ke

    rumah keluarga. Kebiasaanya suri rumah akan menyediakan kotak kecil berisi manik dan

    dibawa bersama apabila berkunjung ke rumah keluarga. Pada hari Pesta Kaamatan

    pertelingkahan akan dilupakan manakala kemaafan akan mendapat penghargaan.

    Pada 30-31 MEI 2012, saya telah menemubual sebuah keluarga yang berasal dari

    Tamparuli, Sandakan. Suami beliau bekerja sebagai guru di SK Sungai Anib III di Sandakan.Pesta Kaamatan tahun 2012 mereka bercadang untuk menyambut di Sandakan untuk merasai

    bagaimana sambutan Pesta Kaamatan berbanding di Tamparuli. Beberapa soalan telah saya

    kemukakan khusus yang berkaitan dengan Pesta Kaamatan terutama sejarah Pesta Kaamatan

    , persiapan menyambut Pesta Kaamatan , amalan semasa Pesta Kaamatan , pakaian yang

    mereka pakai semasa Pesta Kaamatan dan banyak lagi maklumat lain. Menurut beliau

    sambutan di Tamparuli, Kota Kinabalu agak meriah berbanding di Sandakan. Hal ini

    mungkin berlaku kerana di Sandakan tidak ramai kaum Kadazan-Dusun berbanding di

    Sandakan, Sabah. Kalau di Tamparuli, KK mereka akan mengunjungi sanak saudara untuk

    bermaaf- maafan.

    Selain itu mereka juga akan mengadakan makan besar-besaran untuk mengingati

    orang yang sudah meninggal dunia.