e-majalah pesta kaamatan 2007.pdf

31
Peringkat Daerah Beluran 20 Mei 2007 Dataran Majlis Daerah Beluran Dirasmikan Oleh Huguan Siou Y.B Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah / Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2007 “ HARMONI DALAM KEPELBAGAIAN BUDAYA ” “ PIUNUNGAN DOID GINUMUAN KOUBASANAN ” “ HARMONY IN CULTURAL DIVERSITY ”

Upload: lamcong

Post on 21-Jan-2017

294 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Peringkat Daerah Beluran

20 Mei 2007

Dataran Majlis Daerah Beluran

Dirasmikan Oleh

HHuugguuaann SSiioouu

Y.B Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah / Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah

Merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Perayaan Pesta Kaamatan

Peringkat Negeri Sabah 2007

“ HARMONI DALAM KEPELBAGAIAN BUDAYA ” “ PIUNUNGAN DOID GINUMUAN KOUBASANAN ”

“ HARMONY IN CULTURAL DIVERSITY ”

Page 2: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Kotobian Om Kounsikaan Tadau Tagazo

Do

Montok savi-avi tambalut-tambalut,

tobpinai-tobpinai id somok om id sodu,

ii rinumikot do hiti do sumokodung om rumamai

songowian do tokou id watas Beluran.

Kotoluadan.

“To all our esteemed visitors, we welcome you to Beluran,

Thank you and have a happy Kaamatan (Harvest) Festival”

Harmoni Dalam Kepelbagaian Budaya

Page 3: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

TUAN YANG TERUTAMA

YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH

Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Shah Bin Abdullah S.M.N., S.P.D.K., D.P., P.G.D.K., A.S.D.K., K.M.N., J.P.

Page 4: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

YANG AMAT BERBAHAGIA

Toh Puan Datin Seri Panglima Hajjah Masuyah Binti Awang Japar

Page 5: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

YANG AMAT BERHORMAT

DATUK SERI PANGLIMA HAJI MUSA HAJI AMAN

Ketua Menteri Sabah

Page 6: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

HUGUAN SIOU Y.B. DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN DATUK KITINGAN Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah

Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA)

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perayaan Pesta Kaamatan Negeri Sabah 2007

Page 7: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Pesta Kaamatan yang sudah menjadi amalan tradisi penduduk asal di Sabah, memberikan ruang

kepada kita untuk bersyukur kepada Tuhan, berdamai sesama insan, serta mempersembahkan

pelbagai khazanah budaya masyarakat berbilang kaum. Kesemua ini dijadikan pengisian kaamatan

demi untuk menonjolkan kewujudan masyarakat kita yang berbilang kaum serta unik kepada

masyarakat antarabangsa. Usaha seumpama ini juga sekaligus memberi sumbangan terhadap

pembangunan kebudayaan, kesenian dan industri pelancongan di Negeri Sabah pada khususnya dan

Negara Malaysia pada umumnya.

Sesuai dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini, kaamatan harus terus dipulihara dan diperkukuhkan

sebagai pemantapan perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian kebudayaan kerana itulah kunci

segala keperluan hidup masyarakat berbilang kaum yang aman, dinamik dan progresif.

Pada asalnya, Pesta Kaamatan adalah berdasarkan kepada kebudayaan suku kaum Kadazandusun di

Sabah. Namun sebagai pemangkin kepada perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Sabah,

Malaysia, unsur-unsur kebudayaan ini kian menjadi penting. Terbukti bahawa Pesta Kaamatan telah

menjadi ruang kepada pewarisan budaya yang bukan sahaja mampu merentasi batas perbezaan

politik, etnik dan kepercayaan, malah juga telah memperkukuhkan lagi semangat kekitaan. Kini

masyarakat Malaysia cukup teguh berasaskan kepada keutuhan pengamalan budaya berbilang kaum.

Usaha pemantapan perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian budaya serta pembangunan

ekonomi tidak terbatas kepada tanggungjawab kerajaan semata-mata kerana ianya merupakan

penentu kepada visi penyempurnaan satu rumpun Bangsa Malaysia yang berkualiti, berhemah,

berwawasan dan bersemangat juang yang cekal serta beriltizam ke arah pencapaian prestasi

cemerlang, gemilang dan terbilang di dalam segala bidang pada masa yang akan datang.

Selamat menyambut Pesta Kaamatan 2007 dan Selamat Maju Jaya.

Kotobian om Kounsikaan Tadau Tagazo Kaamatan!

HUGUAN SIOU YB DATUK SERI PANGLIMA

JOSPEH PAIRIN DATUK KITINGAN, JP.

Timbalan Ketua Menteri,

Merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah

Perutusan Pengerusi Jawatankuasa Induk

Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2007

Kopivosian om Kotobian Tadau Tagayo Kaamatan 2007.

Syukur dan terima kasih kepada Tuhan Yang Maha Kuasa kerana

dengan berkat dan restuNya maka sekali lagi kita dapat

merayakan Pesta Kaamatan pada tahun ini di dalam keadaan yang

aman dan damai.

Page 8: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa kerana dengan izin dan restu-Nya, kita sekali lagi dapat merayakan

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran pada tahun ini. Sesungguhnya perayaan ini amat besar

maknanya kepada kita semua kerana ia bukan sahaja dari aspek tradisinya sebagai tanda kesyukuran ke atas

perolehan hasil tanaman padi yang melimpah ruah yang telah diusahakan selama setahun, akan tetapi dalam era

masa kini ianya juga merupakan rahmat pembangunan dan kemakmuran ekonomi yang telah dan sedang kita

kecapi di samping nikmat perpaduan dan persaudaraan yang telah terjalin erat di kalangan kita sejak sekian

lama.

Perayaan Kaamatan dalam ertikata yang lebih luas adalah merupakan manifestasi perayaan ke atas kejayaan

membangun dan memajukan kehidupan kita dalam semua aspek sama ada aspek fizikal seperti bidang ekonomi,

politik dan sosial, atau aspek spiritual iaitu nilai-nilai kebudayaan dan kerohanian. Kemajuan yang seimbang dalam

kedua-dua aspek ini merupakan mercu tanda pencapaian kejayaan yang bersifat hakiki dan sejagat yang menjadi

impian dan harapan kita semua. Justeru itu, adalah penting bagi kita untuk terus berusaha dengan lebih giat dan

bertindak secara proaktif agar matlamat dan impian kita ini dapat dilaksana dengan jayanya. Dalam hal ini, kita

hendaklah terus menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan yang sedia ada serta agensi-agensinya kerana

matlamat dan impian murni ini merupakan dasar dan halatuju pihak kerajaan kepada seluruh lapisan masyarakat

di negara ini.

Bersesuaian dengan tema Pesta Kaamatan pada tahun ini iaitu ‘Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan’ ,

perayaan Pesta Kaamatan ini bukan sahaja dikhususkan kepada masyarakat Kadazan-Dusun-Murut (KDM), tetapi

adalah sebagai satu wadah yang berfungsi ke arah asimilasi budaya, pemupukan perpaduan dan permuafakatan

serta integrasi pelbagai kaum yang terdapat di negara kita khususnya di negeri ini. Hakikatnya, keharmonian dan

kesatuan pelbagai masyarakat adalah rahmat yang paling besar untuk kita terus menjunjung kedaulatan negera

serta mewujudkan keunggulan pentadbiran, ekonomi dan sosio-budaya.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana dan semua Ahli Jawatankuasa

Kecil yang telah bekerjasama dan berusaha gigih ke arah memastikan kejayaan majlis pada hari ini. Setinggi-

tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada semua syarikat-syarikat perladangan, perseorangan dan seluruh

masyarakat di daerah ini yang turut memberikan pelbagai sumbangan bagi menjayakan perayaan ini. Sekian,

semoga Tuhan terus memberkati kita.

‘Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan’

‘Piunungan Doid Ginumuan Koubasanan’

Selamat Merayakan Pesta Kaamatan 2007.

Y.B DATUK MICHAEL ASANG,

ADUN Kawasan N.40 –Labuk,

Merangkap Setiausaha Politik Kepada Y.A.B Menteri Kewangan Sabah.

Perutusan

Penaung 1

Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2007

Terlebih dahulu saya mengambil kesemapatan ini untuk mengucapkan

‘Kotobian om Kounsikaan Tadau Tagazo Kaamatan’ kepada seluruh

masyarakat Daerah Beluran dan para tetamu yang hadir pada hari

yang penuh bermakna ini.

Page 9: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Pesta ini mempunyai makna yang besar kepada kaum petani khususnya kepada masyarakat

kadazandusun. Melalui pesta inilah petani diiktirafkan sebagai penyumbang sebahagian besar

kekayaan dari apa juga segi di negeri ini.

Sebagai daerah yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada berbilang bangsa, keturunan

dan kepercayaan, marilah kita sama-sama merayakan Pesta Kaamatan ini tanpa mengira ideologi

politik dan kepercayaan masing-masing. Perpaduan di kalangan semua suku kaum di daerah ini

sahajalah yang dapat menentukan keamanan, kemakmuran dan keharmonian rakyat sepertimana

yang dimaksudkan oleh tema Pesta Kaamatan pada tahun ini.

Melalui perayaan ini, kita berharap semua pihak dapat merapatkan lagi perhubungan dan

silaturrahim di antara satu dengan lain dan mengenepikan semua perasaan yang tidak baik bak

kata pepatah ‘buang yang keruh dan ambil yang jernih’.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Perayaan Pesta

Kaamatan Peringkat Daerah Beluran khususnya kepada masyarakat kadazandusun dan

masyarakat di daerah ini secara umumnya.

Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penganjur Perayaan Pesta

Kaamatan Peringkat Daerah Beluran dan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan

perayaan ini.

Sekian.

Selamat Merayakan Pesta Kaamatan 2007.

Y.B DATUK RONALD KIANDEE

Ahli Parlimen P.183 Beluran

Perutusan

Penaung 2

Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2007

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

pihak Jawatankuasa Penganjur Perayaan Pesta Kaamatan

Peringkat Daerah Beluran bagi tahun 2007 kerana memberi

pnghormatan kepada saya untuk menurunkan sepatah dua kata

dalam Buku Cenderamata ini.

Page 10: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Melalui kesempatan ini, saya menyeru kepada semua pihak terutamanya keluarga tani supaya

menanam semangat untuk berusaha lebih giat lagi untuk meningkatkan hasil mereka

terutamanya di bidang pertanian. Semangat sedemikian amat perlu untuk menghapuskan

kemunduran dan kemiskinan di kalangan mereka seterusnya mencapai wawasan yang

dihajatkan.

Perayaan Pesta Kaamatan adalah merupakan satu perayaan yang kita raikan pada setiap

tahun dan disambut oleh semua lapisan masyarakat di Negeri Sabah ini, di mana kita dapat

memupuk perpaduan dan semangat harmoni di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Amat bersesuaian sekali dengan tema perayaan pada tahun ini ‘Harmoni dalam Kepelbagaian

Kebudayaan’, di mana masyarakat berbilang kaum di Sabah khususnya di Daerah ini bersatu

ke arah memelihara dan mengukuhkan lagi keunikan warisan budaya tempatan tanpa mengira

fahaman politik, kepercayaan dan keturunan.

Akhir sekali, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur oleh

kerana telah berjaya untuk melaksanakan tugas bagi menjayakan sambutan Perayaan Pesta

Kaamatan Peringkat Daerah Beluran pada tahun ini.

Sekian dan terima kasih.

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN

Y.B DATUK SURADY KAYONG

ADUN Kawasan N.39 Sugut.

Perutusan

Penaung 3

Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2007

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk

mengucapkan selamat menyambut Perayaan Pesta

Kaamatan bagi tahun 2007 kepada semua lapisan

masyarakat tani di Daerah Beluran khususnya kepada

masyarakat kadazandusun.

Page 11: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun mempunyai signifikannya yang tersendiri

dalam memupuk dan memelihara budaya memuja semangat padi dan hasil-hasil pertanian lainnya.

Dengan adanya perayaan seperti ini ianya dapat menjalinkan semangat muhibbah dan perpaduan serta

harmoni di kalangan rakyat di daerah ini yang berbilang suku kaum. Dalam konteks ini saya sangat

terharu dan berbangga melihat penyertaan suku kaum lain di dalam perayaan ini selain daripada suku

kaum Kadazandusun yang mempelopori perayaan ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru segenap lapisan masyarakat di daerah ini

supaya sentiasa menjalinkan perhubungan yang baik di antara satu dengan yang lain dan memupuk

semangat kerjasama serta kesediaan untuk saling menerima dan memahami adapt tradisi serta

amalan hidup yang masing-masing mereka warisi. Amalan seperti ini merupakan asas penting ke arah

menjamin perpaduan dan keharmonian berbagai suku kaum di daerah ini khususnya dan Negeri Sabah

amnya.

Akhir sekali, kepada semua ahli jawatankuasa penganjur perayaan tahun ini, saya ucapkan tahniah dan

syabas di atas usaha gigih di kalangan ahli bagi mempastikan kejayaan perayaan pada kali ini. Saya

harap sikap kerjasama ini akan berterusan dan dipertingkatkan lagi bagi membaiki corak dan daya

cipta penganjuran Perayaan Pesta Kaamatan di masa-masa akan datang. Bagi pihak jawatankuasa

penganjur memohon sebesar-besar kemaafan jika terdapat kekurangan atau kecacatan dalam mana-

mana acara selama perayaan ini berlangsung.

Sekian dan terima kasih.

‘Keharmonian Dalam Kepelbagaian Kebudayaan’

‘Beluran Maju Dan Terus Maju’

RAJIBI HJ. AMAN

Pegawai Daerah Beluran,

Perutusan

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur

Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2007

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ‘Kotobian

Tadau Tagayo Do Kokotuan’ kepada semua lapisan

masyarakat terutamanya kaum Kadazandusun di Daerah

Beluran. Saya merasa bangga kerana pada tahun ini kita

sama-sama dapat merayakan Pesta Kaamatan Peringkat

Daerah di Pekan Beluran sekali lagi dalam suasana riang dan

gembira.

Page 12: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

ATURCARA Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran 2007

Masa Acara

07.30 Pagi : Ketibaan AJK Penganjur dan orang ramai 08.00 Pagi : Ketibaan Pegawai Daerah Beluran, En. Rajibi Hj. Aman : Ketibaan Dif-Dif Jemputan Khas 08.30 Pagi : Ketibaan YB. Datuk Surady Hj. Kayong, ADUN N.39 Sugut : Ketibaan YB. Datuk Ronald Kiandee, ADR P.183 Beluran 09.30 Pagi : Ketibaan YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, Timbalan

Ketua Menteri / Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2007 diiringi oleh YB. Datuk Michael Asang, ADUN N.40 Labuk merangkap Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Sabah

: Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku : Persembahan Koir Perkhidmatan Awam dan Ahli KDCA Beluran : Ucapan Alu-aluan Oleh Pengerusi Penganjur, Encik Rajibi Hj. Aman : Ucapan seterusnya Perasmian Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah

Beluran Tahun 2007 dan Pengisytiharan Tamu Bulanan Beluran oleh YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2007

: Acara Memukul Gong Pelancaran Sambutan Perayaan : Penyampaian Cenderamata kepada perasmi : Simbolik Pelancaran Kuih Kelupis Beluran Terbanyak Dalam Malaysian Book

Of Records : Persembahan Kesenian Kebudayaan : Lawatan ke Gerai Pameran oleh YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk

Kitingan diiringi oleh Tetamu-Tetamu Kehormat seterusnya jamuan makan tengahari

: Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Daerah Beluran Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua

: Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Beluran : Pertandingan Unduk Ngadau Pusingan Ketiga : Penyampaian Sijil Kuih Lapis Terbanyak oleh Wakil Malaysian Book Of

Records kepada Syarikat Great Surplus (Penaja) dan Puspanita Daerah Beluran

: Penyampaian Cenderamata kepada Wakil Malaysian Book Of Records : Penyampaian Hadiah Pemenang Sugandoi Kaamatan : Pemahkotaan Ratu Unduk Ngadau : Cabutan Tiga Tiket Hadiah Utama Acara Cabutan Tiket Bertuah 05.00 Petang : BERSURAI...

Page 13: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Jawatankuasa Induk

Perayaan Pesta Kaamatan

Peringkat Daerah Beluran 2007

Penanung 1 : YB. Datuk Michael Asang

Penanung 2 : YB. Datuk Ronald Kiandee

Penanung 3 : YB. Datuk Surady Kayong

Pengerusi : Encik Rajibi Hj. Aman

Tim. Pengerusi : Encik Asmat Nungka

Setiausaha : Encik Janai Sikawa

Pen. Setiausaha : Encik Zamil Ismail

Bendahari :

Ahli Jawatankuasa : Semua Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun Daerah Beluran

Urusetia : Pejabat Daerah Beluran

Page 14: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Sekitar Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran Tahun 2006

Kelihatan Y.B Huguan Siou sedang bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di

Mini Dewan Telupid dengan diiringi oleh Y.B Datuk Michael Asang

dan Pegawai Daerah Beluran

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Y.B Huguan Siou melihat kemeriahan

Sambutan Pesta Kaamatan di Mini Dewan Telupid

Page 15: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Sekitar Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran Tahun 2006

“Saya pun mahir juga menumbuk padi bah….” Itulah hakikat seorang

pemimpin besar yang sentiasa mengagungkan amalan dan tradisi budaya

yang menjadi penyeri bangsa

Unik dan menarik….cenderakenangan daripada Walai Kg. Gambaron

kepada Y.B Huguan Siou oleh En. William Kumbang

Page 16: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Sekitar Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran Tahun 2006

Pelbagai suku bangsa turut menyerikan sambutan Pesta Kaamatan Beluran.

Inilah tekad kami menyahut seruan kerajaan ‘harmoni dalam kepelbagaian

Kebudayaan’

Terimalah Datuk cenderahati kami sebagai tanda ingatan tulus dan ikhlas.

Semoga Y.B Datuk akan terus mengingati kami dan sentiasa datang berdamping

dengan kami masyarakat di Daerah Beluran

Page 17: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

MISS UNDUK NGADAU

KAAMATAN

DAERAH BELURAN

UNDUK NGADAU TAHUN 1992

MISS JUSSY KUTIK @ MARY

UNDUK NGADAU TAHUN 1993

MISS CHRISTINA @ LISNA BANGKIT

UNDUK NGADAU TAHUN 1994

MISS HAMSIAH JAPAR

Page 18: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

MISS UNDUK NGADAU

KAAMATAN

DAERAH BELURAN

UNDUK NGADAU TAHUN 1995

MISS ELISEBA KODOH

UNDUK NGADAU TAHUN 1996

MISS ELISA ROSLEY

UNDUK NGADAU TAHUN 1997

MISS MARY LEE SIEW KYUN

Page 19: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

MISS UNDUK NGADAU

KAAMATAN

DAERAH BELURAN

UNDUK NGADAU TAHUN 1998

MISS ROSLIN LEE

UNDUK NGADAU TAHUN 1999

MISS ERICA FREDERICK GONDOU

UNDUK NGADAU TAHUN 2000

MISS DORIA FRANCIS ANGGI

Page 20: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

MISS UNDUK NGADAU

KAAMATAN

DAERAH BELURAN

UNDUK NGADAU TAHUN 2001

MISS CLAUDIA LAWRENCE

UNDUK NGADAU TAHUN 2002

MISS MELNAH MARTIN

UNDUK NGADAU TAHUN 2003

MISS VENASSA MERVIN

Page 21: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

MISS UNDUK NGADAU

KAAMATAN

DAERAH BELURAN

UNDUK NGADAU TAHUN 2004

MISS LINDA TAN

UNDUK NGADAU TAHUN 2005

MISS RITALIN JOHNDERY

UNDUK NGADAU TAHUN 2006

MISS RINAH MICHAEL

Page 22: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Lagu-Lagu Kaamatan

Tadau Tagazo Do Kaamatan

Tadau tagazo do kaamatan

Kopivosian dot tobpinai ngavi Tadau tagazon do kaamatan Kounsikaan do tokou savi-avi

Kopivosian do id tobpinai ngavi Kounsikaan dot tokou savi-avi

Mohoing tanak kusai tondu ngavi Kadazan tokou do savi-avi

Tobpinai doid nombo nopo

Kanou lumamai tokou Doid nombo tokou nopo Ontok tadau tagazo diti

Tadau tokou do kopivosian Koubasan tokou tikid taun

Kanaou tobpinai kopivosian Tadau tagazo do kaamatan

Kinasakazon Bambazon

Toun haid tumahib aau opiumanan Toun vagu naikot noh gontob

Tadau do kalamazon

Kotobian do taun vagu Doid songovian

Kada tokou pogivovogu Ondomon kovosian

Kanou no manaandak mohoing

dazanak Tadau tagazo do kaamatan

Kinosakazon bambazon

Kotobian do taun vagu Doid songovian

Kada tokou pogivovogu Ondomon kovosian

Kotobian om kounsikaan hasa

sopiampun Mii iso tokou doid koubasanan

Ingkaa daa tikid taun

Kotobian do taun vagu Doid songovian

Kada tokou pogivovogu Ondomon kovosian

Page 23: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

WARIS MAJU ENTERPRISE PETI SURAT 248,

90107 BELURAN.

Tel : 013-5504146

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2007 Om Wanadan Tokou No’ Daa Id Savat Om Ogumu Vagu Tomot Tokou Do Toun-Toun Romikot

Mantad / Daripada

Page 24: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

ATIKA CAFÉ

Lot 5, Light Industrial Complex,

Jalan JKR,

D/A Peti Surat 15, 90107 Beluran.

Tel : 013-8797123

Menyediakan Perkhidmatan Catering untuk mesyuarat, kursus, perkahwinan dan sebagainya.

Hidangan istimewa :-

Mee Beluran, Nasi Ayam Atika, Keropok Lekor,

Pisang Goreng Panas dan banyak lagi…

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2007 Om Wanadan Tokou No’ Daa Id Savat Om Ogumu Vagu Tomot Tokou Do Toun-Toun Romikot

Mantad / Daripada

Page 25: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

RESTORAN NOR AL-MADINA &

AL-MADINA CASH & CARRY Peti Surat 229,

90107 Beluran, Sabah.

Tel : 019-8819001

Rsetoran :-

- Menyediakan makan dan minum

- Buka dari jam 6.30 pagi hingga 10.00 malam

Cash & Carry :-

- Menjual barang-barang runcit

Multi-Phone :-

- Menjual peralatan telefon bimbit dank ad reload

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2007 Om Wanadan Tokou No’ Daa Id Savat Om Ogumu Vagu Tomot Tokou Do Toun-Toun Romikot

Mantad / Daripada

Page 26: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

BUATLAH DENGAN SEBAIKNYA.

Adakalanya manusia berkelakuan tidak wajar, tidak logik, dan tidak waras..

Bagaimana pun maafkanlah mereka.

Bila anda menabur kebaikan, orang akan menuduh anda tamak dan mempunyai niat yang lain..

Bagaimana pun teruskanlah berbuat baik.

Bila anda jujur dan telus, orang mungkin menipu anda...

Bagaimana pun teruskan kejujuran dan ketelusan anda.

Apa yang anda usaha dan bina bertahun-tahun, mungkin orang akan robohkan dalam semalaman.

Teruskanlah usaha anda.

Bila anda menemui cinta, kejayaan dan kegembiraan, mereka mungkin mencemburi anda.

Teruskanlah kegembiraan dan kejayaan anda.

Perbuatan baik yang anda laku hari ini, mungkin orang akan lupa pada hari esok..

Bagaimanapun teruskan berbuat baik.

Berikan lah kepada dunia yang terbaik daripada apa yang anda ada, dan ianya tidak pernah

mencukupi.

Bagaimana pun teruskan memberikan yang terbaik kepada dunia.

Kerana pada akhirnya, ianya diantara anda dengan Allah..

Dan bukannya diantara anda dan mereka..

Selamat Menyambut Pesta Menuai bagi tahun 2007 semoga Damai bersama kita sesama

manusia di Bumi…..

Daripada :

Nosliu B. Paping & Kelurga. Pejabat Kesihatan Kawasan,

Beluran.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2007 Om Wanadan Tokou No’ Daa Id Savat Om Ogumu Vagu Tomot Tokou Do Toun-Toun Romikot

Mantad / Daripada

Page 27: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

MIRFEN ENTERPRISE Jalan Taman Ariff, Kg. Iran,

Peti Surat 74, 90107 Beluran,

Sandakan, Sabah.

Tel : 089-514960 (Pjbt)

019-8635180 (H/P)

014-8555267 (H/P)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2007 Om Wanadan Tokou No’ Daa Id Savat Om Ogumu Vagu Tomot Tokou Do Toun-Toun Romikot

Mantad / Daripada

Page 28: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Mr. Chong Park Nyen @ Mohd. Salleh Pengarah

ESOTIC RIA SDN. BHD. ( No. Pendaftaran : 738341-K)

Peti Surat 3548,

90740 Sandakan.

Tel : 019-8133851

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2007 Om Wanadan Tokou No’ Daa Id Savat Om Ogumu Vagu Tomot Tokou Do Toun-Toun Romikot

Mantad / Daripada

Page 29: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

ISAM AMRI Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran

(Unit Kesihatan Primer)

SALIPAH SIRIANGAN Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran

(Unit Tibi / Kusta)

B & G Enterprise Peti Surat 66, 90107 Beluran,

Sandakan.

REM MATIN & KELUARGA Peti Surat 141, 90108 Beluran.

Tel : 089-512033

INDRA BANGSAWAN BIN KUMBAYAT Pejabat Kesihatan Kawasan,

Beluran.

Tel : 013-5569952

Page 30: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Sekalung Penghargaan

Pihak Jawatankuasa Penganjur ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada :-

Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan,

Y.B. Datuk Michael Asang, Y.B. Datuk Ronald Kiandee, Y.B Datuk Surady Kayong, Pejabat Daerah Beluran,

Polis Di Raja Malaysia Beluran, Majlis Daerah Beluran,

Pejabat Perhubungan ADUN dan Pejabat Bahagian PBS N.40 Labuk, Pejabat UPKR N.40 Labuk,

Puspanita Beluran, KDCA Beluran,

Jabatan Kesihatan Kawasan Beluran, Jabatan Pelajaran Beluran, Jabatan Pertanian Beluran,

Jabatan Air Beluran, Jabatan Kerja Raya Beluran,

RELA Daerah Beluran &

kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam Perayaan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beluran Tahun 2007.

Serta kepada semua para dermawan :-

Kerajaan Negeri Sabah, Y.B. Datuk Michael Asang, YB Datuk Ronald Kiandee

Syarikat Great Surplus, Pamol Estate,

Core Juta Sdn. Bhd. Korperasi Sg; Belaban Co-operative

& Sapi Plantation.

Page 31: E-Majalah Pesta Kaamatan 2007.pdf

Harmoni Dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Pejabat Daerah Beluran

Majlis Daerah Beluran

Pentas Budaya Majlis

Daerah Beluran

Pentas Terbuka