kertas kerja (pesta kids_ athletics)

Upload: hidayah-haron

Post on 08-Jan-2016

173 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

kertas kerja olahraga

TRANSCRIPT

INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA,KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJA :PESTA KIDS ATHLETICS IPG KAMPUS DARULAMANTAHUN 2014

ANJURAN :

PELAJAR SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2012INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN.

TARIKH :

19 / 03 / 2014

TEMPAT :

TREK BALAPAN,INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN.

BHG. A : PENSYARAH PENASIHAT

Data / maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

. ........................................( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

BHG B : KETUA JABATAN / PENASIHAT UNIT GERKO

Disahkan betul.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG.

Ulasan ( jika ada ) :

.. ( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

BHG C : PEGAWAI EKSEKUTIF / KETUA PEMB. TADBIR / PEMB. AKAUNTAN

Kewangan mengizinkan / tidak mengizinkan

Peruntukkan yang akan digunakan ialah : ..

Kenderaan boleh digunakan / tidak boleh digunakan pada tarikh / masa tersebut.

Ulasan ( jika ada ) :.

.. ( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

BHG. D : TIMBALAN PENGARAH

Tarikh sesuai / tidak sesuai

Masa sesuai / tidak sesuai

Pensyarah pengiring diluluskan untuk . Orang sahaja (.Lelaki / .Perempuan )

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

Ulasan ( jika ada ) :.

.. . ( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )BHG. E : PENGARAH

.. ( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

KERTAS KERJAPESTA KIDS ATHLETICS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA, KEDAH.

1.0 BUTIRAN PROJEK

1.1Nama Projek: PESTA KIDS ATHLETICS1.2Penganjur: Unit Kokurikulum IPG Kampus Darulaman1.3Tarikh: 19 Mac 20141.4Tempat: Trek Balapan IPG Kampus Darulaman1.5Penyertaan: Semua guru pelatih PISMP SEMESTER 5 dan Program Pelajar Cemerlang (PPC)

2.0 RASIONALKecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal adalah teruji melalui aktiviti sukan yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.Berdasarkan kepada keperluan inilah, selaku wakil daripada pelajar PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2012 dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) berusaha menyediakan satu program olahraga yang diharapkan dapat merealisasikan kemantapan rohani dan jasmani seterusnya melahirkan para guru yang berketerampilan.

3.0OBJEKTIF3.1 Ramai bakal guru dapat menyertai aktiviti olahraga secara aktif pada masa yang sama.

3.2 Dapat mempelajari pelbagai kemahiran olahraga dan pergerakan asas melalui pengalaman.

3.3 Memberi peluang kepada pelajar yang lemah untuk memberi sumbangan dalam memperoleh keputusan yang baik.

3.4 Memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan bakal guru pelatih.

3.5 Memberi peluang kepada pelajar berinteraksi antara satu sama lain di samping mengeratkan hubungan mereka.

3.6Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan para pelajar berdasarkan acara-acara yang dianjurkan.

3.7Memberi peluang kepada bakal guru menimba pengalaman baru dalam menguruskan program olahraga ini agar dapat diaplikasikan ketika bertugas di sekolah kelak.

3.8Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi terutama ketika mengendalikan program olahraga seperti ini.

3.9Melahirkan para insan guru yang seimbang dan bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial dan intelek.

3.10Memupuk nilai-nilai murni selaras dengan kehendak Bahagian Pendidikan Guru.4.0LATAR BELAKANG PESTA

PESTA KIDS ATHLETICS ini merupakan aktiviti sukan yang menyediakan ruang dan peluang kepada para guru untuk menampilkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang sukan. Sukan ini mampu untuk menyediakan satu temasya sukan yang meriah dengan penyertaan para guru pelatih IPG dari kumpulan PISMP SEMESTER 5 dan Program Pelajar Cemerlang (PPC).

Program ini akan memperlihatkan gandingan kerjasama para guru pelatih dan para pensyarah tanpa berbelah bahagi mampu mempamerkan kegemilangan IPG Kampus Darulaman sebagai salah sebuah institut pendidikan guru yang terbaik di utara tanah air. Kepelbagaian acara yang dipertandingkan dalam kalangan para guru pelatih dijangka menghangatkan lagi suasana kejohanan itu nanti.

5.0PERANCANGAN5.1Melantik Jawatankuasa Induk.

5.2Melantik Jawatankuasa Kerja.

5.3Mengenal pasti Pegawai dan Jawatankuasa Kecil untuk memantapkan barisan Jawatankuasa Kerja daripada kalangan para guru pelatih.

5.4Mengenal pasti dan menyediakan keperluan program seperti peralatan sukan, persiapan tempat, padang dan trek, hadiah dan cenderamata, acara olahraga, bahan dokumentasi, pengangkutan, keselamatan dan kebajikan.

5.5Membuat anggaran perbelanjaan6.0PELAKSANAAN

6.1Mengadakan perbincangan secara tidak formal antara Pengerusi, Setiausaha, Ketua Ahli Jawatankuasa Kerja dengan Pensyarah Penasihat yang terlibat dengan kejohanan ini.

6.2Menetapkan agenda mesyuarat Jawatankuasa Induk (JK Induk) dan Jawatankuasa Kerja (JK Kerja).

6.3Mesyuarat JK Induk dan JK Kerja bersama para pensyarah penasihat dan JK Kecil yang terlibat dari semasa ke semasa untuk memantapkan perjalanan program.

6.4Perjumpaan antara ketua kelas dengan ahli-ahli kelas dan membuat pelantikan JK Kelas.

6.5Taklimat kepada semua Ketua Kelas tentang acara yang dipertandingkan, peraturan permainan dan prosedur pendaftaran.

6.6Taklimat kepada para pegawai dan JK yang terlibat.

6.7 Menentukan pihak pertolongan cemas dan keselamatan yang terlibat seperti PBSM.

7.0 TEMPOH AKTIVITI

24 Februari 2014 hingga 19 Mac 2014 ini berdasarkan kepada perancangan dan aturcara aktiviti seperti di bawah.

No. Tarikh Perkara

7.124 Feb 2014Mesyuarat Pelantikan Jawatankuasa

7.225 Feb 2014Mesyuarat bersama pensyarah penasihat

7.32 Mac 2014Simulasi

7.419 Mac 2014Pelaksanaan PESTA KIDS ATHLETICS

8.0 TEMPAT

Trek balapan dan padang, IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah Darul Aman.

9.0 JAWATANKUASA INDUK PESTA KIDS ATHLETICS IPG KAMPUS DARULAMAN

Penaung: Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad

Penasihat: Tuan Hj Hashim bin Asman

: Pn. Noorasikin binti IsmailPengerusi: Pn. Choong Sook Khim

Timbalan Pengerusi: En. Yusri bin Yusoff

Setiausaha/Urusetia: Pn. Rodziah binti Ismail

Bendahari: Pn. Zetty Akhmar binti Amran

Ahli Jawatankuasa: En. Chee Pao Kam

: Tn. Hj Ghazali bin Omar

: En. Mohd Hafni bin Abdul Halim

: En. Mohd Nashri bin Yakub

: En. Khairu Nuzul @ Mohd Khairul Nuzul bin Hassan

: En. Hj. Wan Aziz bin Wan Muhammad

: En. Abdul Satar bin Hamzah

: Tn. Hj. Zainal Abidin bin Saad

: En. Mohd Nashri bin Yaakub

: Tn. Hj. Abdul Rahim bin Abdullah

: En. Mohd Sidek bin Muhammad

: En. Md. Nasir bin Hamid

: Pn. Zaimah bt. Abdullah

: En. Ahmad Fadzil bin Noor

10.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PESTA KIDS ATHLETICS IPG KAMPUS DARULAMAN

Pengurus Kejohanan: Pn. Choong Sook Khim

: Goh Kok Ming

Pen. Pengurus Kejohanan: En. Yusri bin Yusoff

: Mohamad Shahran Azmi bin Sabri

Setiausaha / Urusetia: Pn. Rodziah binti Ismail

: Koo Shi Lee

Bendahari: Pn. Zetty binti Akhmar Amran

: Syirazi bin Abdul Khalid

Pengerusi J/K Pertandingan : Pn. Noorasikin binti Ismail

: Lau Ung Kiet

Pengerusi J/K Teknikal: En. Chee Pao Kam

: Meor Syariman

Pengerusi J/K Peralatan : Tn. Hj. Abdul Rahim bin Abdullah

: Asqalani B. Suhaimi

Pengerusi J/K Buku Program &: Pn. Sumaiyah binti Abdul Rahim Buku Kejohanan: Ag Mohd. Khairi b. Kassim

Pengerusi J/K Kepegawaian: En. Ahmad Fadzil bin Noor

: Lee Teik Wooi

Pengerusi J/K Perasmian dan: En. Wan Aziz bin Wan MohamedPenutupan: Ahmad Fadzlee bin Donald

Pengerusi J/K Hadiah dan : Pn. Zaimah binti AbdullahCenderamata : Eric Sham Samit Pengerusi J/K Siaraya / Seranta : En. Abdul Satar bin Hamzah

: Abdul Syukur bin Hamzah Pengerusi J/K Dokumentasi: En. Mohd Hafni bin Abd Halim

: Nur Hidayah bt. Haron

Pengerusi J/K Keputusan: En. Mohd Sidek bin Muhamad& Statistik: Mohamad Zahier b. Zamahshari

Pengerusi J/K Makanan : En. Hj. Ghazali bin Omar& Minuman : Nur Azryn bt. Md Dahalan Pengerusi J/K Jemputan: Tn. Hj. Zainal Abidin bin Saad& Sambutan: Mohd Andy b. Hadzran

Pengerusi J/K Pertolongan: En. Ahmad Sharani bin Abdul SelibanCemas,Keselamatan &Kebersihan: Azeeman bin Mazali

Pengerusi J/K Juruacara: En. Mohd Nashir bin Yaakub

: Trevor Gordon

Pengerusi J/K Persiapan Tempat : En. Khairu Nuzul @ Mohd Khairul Nusul bin Hassan

: Azim b. Othman

11.0PENYERTAAN

Diwajibkan kepada semua peserta Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 5 dan Program Pelajar Cemerlang (PPC). Penyertaan adalah mengikut kelas masing-masing.

12.0 Kelas

10.1Matematik 110.2 Matematik 210.3Pendidikan Seni Visual 110.4 Pendidikan Seni Visual 210.5 Pemulihan 110.6Pemulihan 210.7Pemulihan 310.8 Bahasa Cina10.9Pendidikan Khas 110.10Pendidikan Khas 210.11 Pendidikan Khas 310.12 Pendidikan Khas 410.13Bahasa Inggeris 110.14 Bahasa Inggeris 210.15 Pendidikan Islam 110.16 Pendidikan Islam 210.17Program Pelajar Cemerlang (PPC)

13.0PENGANGKUTAN

13.1Lori: 1 buah13.2Pemandu: 2 orang13.3Van: 1 buah14.0PERALATAN DAN KEMUDAHAN

Dipinjam dari Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan, Unit GERKO dan Stor IPG Kampus Darulaman.

Sila lihat lampiran 1

15.0 ANGGARAN KEWANGAN

Sila lihat lampiran 2

16.0PERATURAN PERTANDINGAN

Sila lihat lampiran 3

17.0PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak yang terlibat secara langsung adalah amat diharapkan Pesta KIDS ATHLETICS dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setinggi-tinggi harapan dari pihak tuan agar permohonan untuk menjalankan Pesta KIDS ATHLETICS ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. Semoga harapan kita untuk melahirkan para guru pelatih yang berketrampilan dan seimbang dari aspek fizikal dan mental akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat BPG.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________ ____________________(KOO SHI LEE) (PN. RODZIAH BINTI ISMAIL)SETIAUSAHA, PEGAWAI PENGURUSAN PESTA KIDS ATHLETICS, KOKURIKULUM.IPG KAMPUS DARULAMAN 2014.

Disemak oleh,

__________________ (GOH KOK MING) PENGERUSI, PESTA KIDS ATHLETICS, IPG KAMPUS DARULAMAN 2014.

LAMPIRAN 1SENARAI PERALATAN

BILITEMKUANTITIJUMLAH

1Peralatani. Perubatan - Peti Pertolongan Cemas - Ubat-ubatan tambahan - Pengusung X 2 buah

ii. Air Minuman ( 9 Kotak )

iii. Salotape X 10 unit

iv. Caution tape X 2 unit

v. Kayu penyapu X 25 batang vi. Duct tape X 20 unit

vii. Gam gajah X 15 unit

viii. Tali ropiah X 1 gulung besar

ix. Plastic pembalut buku X 25 gulung

x. Kertas A4 X 1(rim)

xi. Manila kad X 6 keping

xii. Jam randik X 6 unit

xiii. Cones / markerX 32 unit

xiv. Tilam pelapik X 3 unit

xv. Bola keranjangX 2 unit

JPJK / Ditempah dari stor

Bahan ditempah daripada stor utama

LAMPIRAN 2

PERBELANJAAN KEWANGAN

BIL

ITEMKUANTITIJUMLAH

1Makanan dan Minumani- Peserta

RM 10.00 x 335 orang x 1 hari

JUMLAH

RM3350.00

2Hadiah dan Cenderamata

i. Medal

RM10.00 X 10 (event) X 10 (medal) X 3 (jenis medal)

JUMLAH

RM 3000.00

RM 3000.00

JUMLAH BESARRM 6350.00

LAMPIRAN 3

KIDS ATHELETICSPERATURAN PERTANDINGAN

1.Undang undang

1.1Program ini dijalankan mengikut undangundang IAAF KIDS ATHLETICS, kecuali beberapa peraturan pertandingan yang diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian kejohanan ini.

2. Acara acara yang dipertandingkan

BilAcaraJumlah AcaraHadiah

1Sprint / Hurdles13 x 10

2Sprint / Slalom13 x 10

3Formula One13 x 10

4Endurance Running13 x 10

5Pole Long Jumping13 x 10

6Cross Hopping13 x 10

7Ladder Running13 x 10

8KIDS Javelin Throwing13 x 10

9Overhead Backward Throwing13 x 10

10Rotational Throwing13 x 10

Jumlah Acara / Hadiah10300

3. Peraturan Kejohanan Olahraga

3.1 Kejohanan ini hanya boleh disertai oleh pelajar IPG Kampus Darulaman PISMP Semester 5 dan Program Pelajar Cemerlang (PPC).3.2 Setiap kelas dikehendaki menghantar 10 orang untuk mewakili kelas masing-masing.

4.Pendaftaran Peserta

4.1Pendaftaran hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan dihantar sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.4.2Borang yang siap diisi hendaklah dihantar kepada urusetia.

5.Pembatalan Acara

5.1Semua acara yang didaftarkan akan dipertandingkan. 5.2Penukaran peserta semasa aktiviti dijalankan akan dibatalkan kelayakkan.5.3Keputusan Pengurus Kejohanan berkaitan dengan ini adalah muktamad.

6.Melaporkan Diri

6.1Semua peserta yang mengambil bahagian hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta sekurangkurangnya 15 minit sebelum acara itu dipertandingkan.6.2Kegagalan melaporkan diri akan menyebabkan peserta itu tidak dibenarkan mengambil bahagian.6.3Pengurus bertanggungjawab mengingatkan peserta masingmasing supaya sentiasa bersedia dan melaporkan diri sebelum bertanding.6.4 Peserta hendaklah bersedia dengan pakaian lengkap semasa melaporkan diri.6.6Peserta yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan tidak dibenarkan mengambil bahagian.

7.0Acara Stesen

7.1 Setiap peserta dikehendaki menyempurnakan satu pusingan bagi setiap acara.

8.0Bantahan

8.1Semua bantahan akan dirujuk berdasarkan peraturan IAAF KIDS ATHLETICS.8.2Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan memasukkan butiran nama paserta, nama acara, peristiwa atau bantahan yang dibuat dan ditandatangani oleh Pengurus Kejohanan.8.3Bantahan secara lisan tidak akan dilayan.8.4Bantahan hendaklah dikemukakan tidak lebih daripada 30 minit selepas tamat sesuatu acara.8.5Semua bantahan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kejohanan bersama wang pertaruhan RM 100.00. Sekiranya bantahan tersebut berasas dan diterima, wang tersebut akan dikembalikan, jika bantahan ditolak, wang pertaruhan tersebut tidak akan dikembalikan.

9.0Topi Peserta

9.1Setiap kelas diwajibkan memakai topi yang disediakan.9.2Warna topi adalah seperti berikut :

9.2.1Matematik 1- biru belang kuning9.2.2Matematik 2 biru belang merah9.2.3Pendidikan Seni Visual 1 biru belang hijau9.2.4Pendidikan Seni Visual 2 biru belang ungu9.2.5 Pemulihan 1 biru belang putih9.2.6Pemulihan 2 biru belang jingga9.2.7Pemulihan 3 merah belang kuning9.2.8 Bahasa Cina merah belang hijau9.2.9Pendidikan Khas 1 merah belang ungu9.2.10Pendidikan Khas 2 merah belang putih9.2.11 Pendidikan Khas 3 merah belang jingga9.2.12 Pendidikan Khas 4 kuning belang biru9.2.13Bahasa Inggeris 1 kuning belang jingga9.2.14Bahasa Inggeris 2 kuning belang ungu9.2.15 Pendidikan Islam 1 kuning belang merah jambu9.2.16 Pendidikan Islam 2 kuning belang putih9.2.17Program Pelajar Cemerlang (PPC) kuning belang hijau

1O.O Hadiah

Acara Berkumpulan - Pertama Kedua Ketiga

11.0Kiraan mata

11.1Pemenang kelas dikirakan berdasarkan jumlah mata keseluruhan.11.2Jika terdapat keputusan seri kelebihan pungutan kedudukan pertama terbanyak diambil kira.11.3Jika masih terdapat keputusan seri, kelebihan pungutan kedudukan kedua terbanyak dikira.