jurnal reflektif epic

2
Jurnal Reflektif Perayaan Deepavali Perayaan yang dipilih untuk melengkapkan tugasan ini adalah perayaan Deepavali. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama Aippasi pada bulan Oktober dan November dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya. Deepavali bermaksud sebarisan pelita . Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Sambutan Perayaan di Malaysia Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai pesta cahaya disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita. Setelah meneliti dan mendalami perayaan deepavali berdasarkan tugasan ini,terdapat beberapa kesan perayaan yang boleh dibahagikan kepada masyarakat umumnya dan negara khasnya. Kesan perayaan kepada masyarakat Perayaan Deepavali menjadikan masyarakat malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersatu dalam meraikan perayaan ini. Sebagai contohnya, kita menyambut perayaan ini, kami akan diziarahi oleh masyarakat lain khususnya jiran-jiran berdekatan, teman-teman keluarga, dan sahabat keluarga kami.Dengan berkongsi juadah dan sambutan perayaan ini, kita juga dapat merealisasikan Motto negara yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Konsep Satu Malaysia.Perayaan ini juga membuktikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dan rukun serta damai dalam satu negara. Kesan Perayaan kepada Negara Berdasarkan kajian terhadap kedatangan perlancong ke Malaysia, menunjukkan antara faktor kedatangan pelancong luar ke Melaysia selain daripada faktor keamanan adalah, faktor keharmonian rakyat Malaysia yang dapat hidupo berkongsi perayaan mereka. Perayaan yang berbilang juga memberi pengukuhan kepada ekonomi negara kerana setiap kali

Upload: siti-zainon

Post on 11-Aug-2015

214 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

deepavali

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Reflektif Epic

Jurnal Reflektif Perayaan Deepavali

Perayaan yang dipilih untuk melengkapkan tugasan ini adalah perayaan Deepavali.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan

perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya

dirayakan pada bulan gelap bernama ‘Aippasi’ pada bulan Oktober dan November dan juga

dikenali sebagai pesta Cahaya. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang

pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi

kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Sambutan Perayaan di Malaysia

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang

beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.  Deepavali atau lebih

dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan

Sikh di negara kita. Setelah meneliti dan mendalami perayaan deepavali berdasarkan tugasan

ini,terdapat beberapa kesan perayaan yang boleh dibahagikan kepada masyarakat umumnya

dan negara khasnya.

Kesan perayaan kepada masyarakat

Perayaan Deepavali menjadikan masyarakat malaysia yang terdiri daripada pelbagai

bangsa bersatu dalam meraikan perayaan ini. Sebagai contohnya, kita menyambut perayaan

ini, kami akan diziarahi oleh masyarakat lain khususnya jiran-jiran berdekatan, teman-teman

keluarga, dan sahabat keluarga kami.Dengan berkongsi juadah dan sambutan perayaan ini,

kita juga dapat merealisasikan Motto negara yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia

yang keenam iaitu Konsep Satu Malaysia.Perayaan ini juga membuktikan rakyat Malaysia

yang berbilang kaum dapat hidup dan rukun serta damai dalam satu negara.

Kesan Perayaan kepada Negara

Berdasarkan kajian terhadap kedatangan perlancong ke Malaysia, menunjukkan antara

faktor kedatangan pelancong luar ke Melaysia selain daripada faktor keamanan adalah, faktor

keharmonian rakyat Malaysia yang dapat hidupo berkongsi perayaan mereka. Perayaan yang

berbilang juga memberi pengukuhan kepada ekonomi negara kerana setiap kali menjelang

perayaan, rakyat Malaysia akan membeli belah untuk memenuhi kehendak dan sambutan

Page 2: Jurnal Reflektif Epic

kepada perayaan mereka. Contohnya dalam menyambut perayaan ini Deepavali masyarakat

lainnya akan turut berbelanja kerana potongan harga murah yang ditawarkan daripada pusat

membeli belah.Perayaan ini juga memberi kesan sosial yang lebih utuh kerana masyarakat

yang berbilang kaum dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli masyarakat.

Dengan menyambut perayaan-perayaan tradisi, ini dapat mengekalkan tradisi keluarga yang diwarisi

sejak turun-temurun dari keluarga. Selain itu, masyarakat \india  juga menghormati moyang mereka yang

sudah meninggal dunia dengan mengekalkan tradisi yang diwarisi oleh mereka.