jurnal minggu pertama praktikum fasa 1

3
JURNAL MINGGU PERTAMA PRAKTIKUM FASA 1 – 2015 1. MASALAH Pada minggu pertama, saya telah menghadapi masalah komunikasi dengan murid. Masalah komunikasi dengan murid ini menyukarkan pelaksanaan aktiviti di dalam kelas. Hal ini menimbulkan masalah aktiviti perancangan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan, khususnya ujian diagnostik yang telah dibuat dalam minggu pertama praktikum tidak dapat disiapkan oleh murid. 2. ANALISIS Masalah ini timbul adalah kerana pada minggu pertama, murid tidak mengenali guru baru dan berasa segan, malu untuk bercakap. Bagi guru pula tidak mengenali ciri-ciri setiap murid dengan sepenuhnya lagi. Semasa ujian diagnostik dijalankan, murid-murid tidak memahami arahan guru dan guru tidak memahami bahasa murid seperti dialek Kelantan. Masalah- masalah komunikasi ini menyukarkan lagi interaksi dalam kelas. Guru terpaksa menggunakan lebih masa untuk pelaksanaan aktiviti dalam kelas. 3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI a. Saya patut belajar Bahasa Kelantan untuk memudahkan komunikasi dengan murid supaya dapat memahami kehendak mereka.

Upload: desmond-khor

Post on 13-Nov-2015

150 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

JURNAL MINGGU PERTAMA PRAKTIKUM FASA 1 20151. MASALAHPada minggu pertama, saya telah menghadapi masalah komunikasi dengan murid. Masalah komunikasi dengan murid ini menyukarkan pelaksanaan aktiviti di dalam kelas. Hal ini menimbulkan masalah aktiviti perancangan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan, khususnya ujian diagnostik yang telah dibuat dalam minggu pertama praktikum tidak dapat disiapkan oleh murid.

2. ANALISISMasalah ini timbul adalah kerana pada minggu pertama, murid tidak mengenali guru baru dan berasa segan, malu untuk bercakap. Bagi guru pula tidak mengenali ciri-ciri setiap murid dengan sepenuhnya lagi. Semasa ujian diagnostik dijalankan, murid-murid tidak memahami arahan guru dan guru tidak memahami bahasa murid seperti dialek Kelantan. Masalah-masalah komunikasi ini menyukarkan lagi interaksi dalam kelas. Guru terpaksa menggunakan lebih masa untuk pelaksanaan aktiviti dalam kelas.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a. Saya patut belajar Bahasa Kelantan untuk memudahkan komunikasi dengan murid supaya dapat memahami kehendak mereka.b. Saya hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengulangkan dan memastikan murid memahami arahan dengan sepenuhnya.c. Saya akan bertanya kepada guru lain sekiranya tidak memahami sesuatu yang dicakap murid.d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di samping berbincangn dengan rakan-rakan yang lain berkaitan masalah ini dan mencari penyelesaian yang terbaik bersama.

4. TEMPOH MASASaya akan cuba mengatasi masalah komunikasi ini pada sesi pengajaran akan datang dalam tempoh masa seminggu. Ia amat penting untuk memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Sekiranya masalah ini tidak diatasi segera, sudah tentu pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan berkesan. Guru tidak akan memahami masalah murid dan murid tidak akan memahami arahan guru.

5. TINDAKAN SUSULANSemasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya akan bertanya kepada murid lain tentang masalah yang hendak disampaikan oleh seseorang murid atau bertanya kepada guru bersebelahan. Saya juga boleh meminta murid lain untuk membantu menyampaikan arahan saya terhadap murid tertentu. Cara alternative komunikasi digunakan sekiranya masalah tersebut masih berlaku.