jurnal minggu 6

3
Bilangan Jurnal : 6/12 Minggu Praktikum : Minggu Keenam Tarikh Peristiwa / Kejadian : 11 MAC 2015 Tajuk Jurnal : Penguasaan Istilah Bahasa Inggeris. a) Masalah / Peristiwa Pada hari Selasa bersamaan 11 Mac 2015, saya telah melaksanakan satu pengajaran dan pembelajaran bagi tunjang Komunikasi – Bahasa Inggeris bagi standard pembelajaran BI 2.1.7 Listen to and identify common objects in the environment. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan bagi standard pembelajaran tersebut saya telah memperkenalkan empat objek yang terdapat di dalam kelas iaitu ceiling, floor, door dan window. Semasa memperkenalkan objek tersebut kepada kelas, dapat diperhatikan murid 6 tahun lebih cepat mengingat istilah objek tersebut dalam Bahasa Inggeris berbanding murid 5 tahun. Oleh yang demikian, guru mengambil masa yang lebih lama bagi membantu murid 5 tahun bagi membantu penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris. b) Analisis Melalui pemerhatian yang dilakukan, murid 6 tahun lebih cepat menguasai istilah yang diperkenalkan berbanding murid 5 tahun kerana mereka telah didedahkan dengan istilah tersebut sewaktu persekolahan pada tahun lepas. Murid 5 tahun mengambil sedikit masa dalam menguasai istilah iaitu ceiling, floor, door dan window kerana ini merupakan pertama kalinya mereka didedahkan dengan istilah tersebut. Di samping itu, dapat dilihat murid 5 tahun mengalami kekeliruan istilah floor dan door kerana kedua-dua istilah tersebut mempunyai sebutan yang hampir sama. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini saya telah melaksanakan aktiviti menyebut objek berdasarkan arahan guru. Saya telah mengulang aktiviti ini beberapa kali sehingga murid dapat menyebut nama objek dengan

Upload: amy-tucker

Post on 06-Feb-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal mingguan

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL MINGGU 6

Bilangan Jurnal : 6/12

Minggu Praktikum : Minggu Keenam

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 11 MAC 2015

Tajuk Jurnal : Penguasaan Istilah Bahasa Inggeris.

a) Masalah / Peristiwa

Pada hari Selasa bersamaan 11 Mac 2015, saya telah melaksanakan satu pengajaran

dan pembelajaran bagi tunjang Komunikasi – Bahasa Inggeris bagi standard

pembelajaran BI 2.1.7 Listen to and identify common objects in the environment. Bagi

mencapai objektif yang ditetapkan bagi standard pembelajaran tersebut saya telah

memperkenalkan empat objek yang terdapat di dalam kelas iaitu ceiling, floor, door dan

window. Semasa memperkenalkan objek tersebut kepada kelas, dapat diperhatikan

murid 6 tahun lebih cepat mengingat istilah objek tersebut dalam Bahasa Inggeris

berbanding murid 5 tahun. Oleh yang demikian, guru mengambil masa yang lebih lama

bagi membantu murid 5 tahun bagi membantu penguasaan mereka dalam Bahasa

Inggeris.

b) Analisis

Melalui pemerhatian yang dilakukan, murid 6 tahun lebih cepat menguasai istilah yang

diperkenalkan berbanding murid 5 tahun kerana mereka telah didedahkan dengan istilah

tersebut sewaktu persekolahan pada tahun lepas. Murid 5 tahun mengambil sedikit

masa dalam menguasai istilah iaitu ceiling, floor, door dan window kerana ini merupakan

pertama kalinya mereka didedahkan dengan istilah tersebut. Di samping itu, dapat dilihat

murid 5 tahun mengalami kekeliruan istilah floor dan door kerana kedua-dua istilah

tersebut mempunyai sebutan yang hampir sama. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah

ini saya telah melaksanakan aktiviti menyebut objek berdasarkan arahan guru. Saya

telah mengulang aktiviti ini beberapa kali sehingga murid dapat menyebut nama objek

dengan istilah yang betul. Disebabkan masalah tersebut, saya telah mengambil masa

yang agak lama sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya.

c) Cadangan Tindakan Susulan

i. Saya akan menyediakan satu P&P yang lebih menarik seperti menggunakan

audio dalam memperkenalkan istilah Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak

seperti menggunakan bunyi ketukan pada pintu (door), tapak kaki (floor), dan

angin (window) bagi membantu murid 5 tahun dan 6 tahun untuk menguasai

sesuatu istilah dengan lebih cepat dan menyeluruh

ii. Saya akan menggunakan suara yang jelas dan terang semasa memperkenalkan

istilah yang mempunyai sebutan yang hampir sama bagi mengelakkan kekeliruan

Page 2: JURNAL MINGGU 6

dalam kalangan murid.

iii. Semasa melaksanakan aktiviti, saya akan berusaha untuk menguruskan masa

lebih baik dengan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan pada masa

akan datang bagi mengelakkan masalah pengurusan masa dalam pengajaran

dan pembelajaran yang telah dirancang.

iv. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah

pembimbing di samping berbincang bersama rakan praktikum saya.

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pendedahan awal

dalam penggunaan bahasa yang kedua iaitu Bahasa Inggeris sejak bangku prasekolah

akan banyak membantu murid untuk berkembang dengan lebih baik seiring dengan

peredaran zaman kini. Di samping itu, penggunaan istilah Bahasa Inggeris yang betul

dan tepat pada awal persekolahan akan membimbing murid untuk mendalami bahasa

tersebut dengan lebih mudah sebelum menguasai peringkat yang lebih tinggi. Semoga

cadangan tindakan susulan yang dikemukakan dapat dilaksanakan dengan jayanya

pada masa akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : _______________________ Tandatangan : _______________________

Nama : _______________________ Nama : _______________________

Tarikh : _______________________ Tarikh : _______________________