jurnal minggu 1

3
 Bilangan Jurnal : 1/12 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : 2 Februari 2015 hingga Julai 201! Ta juk Jurnal : Minggu Pertama di "K Permatang Pasir Pada 2 Februari 201! bersamaan hari #abu$ sa%a bersama &asangan &raktikum %ang menjalani &raktikum di "K Permatang Pasir mela&'r diri ke&ada (n)ik *bdul #a+ak Bin "u&ar, Kami mem&erkenalkan diri dan men%erahkan "urat Pengenalan -iri ke&ada beliau, .uru &elatih %ang menjalani &raktikum di sek'lah ini terdiri dari&ada dua 'rang &elajar lelaki dari&ada &engkhususan Pendidikan slam dan sa%a serta &asangan &raktikum$ uriati Bt "abu dari&ada &en gkhusuan Pendidi kan Prasek'lah, "elesai sahaja sesi bersu ai kenal$ .uru Besar memberikan taklimat ke&ada kami tentang &elbagai &erkara berkaitan dengan sek'lah$ termasuklah sejarah$ &eraturan dan buda%a sek'lah, Kemudian$ beliau memberikan taklimat berkenaan masa %ang di&eruntukan bagi kami dalam melaksanakan &en gaj aran dan &embel aja ran ser ta memberik an nama guru &embimbin g %ang aka n membi mbi ng kami se&an jang men jal ani &ra kti kum, Bag i &engk husus an Pen did ika n Prasek'lah$ kami telah menda&at se'rang guru &embimbing iaitu Puan 'r umaira Bt he 3'ng dan diberikan sebuah kelas %ang akan dikendalikan se&anjang &raktikum ini$ iaitu kelas Prasek'lah eria, Manakala$ bagi subjek min'r iaitu Mu+ik 4Prasek'lah$ sa%a dan &asangan &raktikum akan dibimbing 'leh se'rang guru mu+ik iaitu (n, #a+ali Bin M'hd Kassim, Prasek'lah "ri "uria ini terdiri dari&ada 25 'rang murid di mana han%a terda&at 12 'ran g muri d &ere m&ua n dan sele bihn %a adal ah muri d lela ki, "ele sai sahaj a mene rima taklimat bersama .uru Besar$ kami berjum&a dengan Puan Fu+i%ah Bt he 6mar iaitu Pen'l'ng Kanan "k Permatang Pasir, Beliau telah memberikan nasihat serta semangat ke&ada kami untuk menjalani &raktikum kali ketiga dengan ja%an%a, -i sam&ing itu$ &ada hari tersebut juga kami berkesem&atan untuk mendengar se)ara ringkas taklimat dari&ada .uru Pen'l'ng Kanan (M iaitu Puan ajah K'mari%ah Bt #uslan tentang murid dari segi &restasi dan bilangan murid %ang menjalani &ersek'lah di sek'lah tersebut,  "elesai sahaja taklimat dari&ada &ihak &entadbiran $ sa%a dan &asangan &raktikum

Upload: amy-tucker

Post on 05-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal mingguan

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal : 1/12Minggu Praktikum : PertamaTarikh Peristiwa / Kejadian : 2 Februari 2015 hingga 6 Julai 2014 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK Permatang Pasir

Pada 2 Februari 2014 bersamaan hari Rabu, saya bersama pasangan praktikum yang menjalani praktikum di SK Permatang Pasir melapor diri kepada Encik Abdul Razak Bin Supar. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru pelatih yang menjalani praktikum di sekolah ini terdiri daripada dua orang pelajar lelaki daripada pengkhususan Pendidikan Islam dan saya serta pasangan praktikum, Nuriati Bt Sabu daripada pengkhusuan Pendidikan Prasekolah. Selesai sahaja sesi bersuai kenal, Guru Besar memberikan taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah sejarah, peraturan dan budaya sekolah. Kemudian, beliau memberikan taklimat berkenaan masa yang diperuntukan bagi kami dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta memberikan nama guru pembimbing yang akan membimbing kami sepanjang menjalani praktikum. Bagi pengkhususan Pendidikan Prasekolah, kami telah mendapat seorang guru pembimbing iaitu Puan Nor Humaira Bt Che Long dan diberikan sebuah kelas yang akan dikendalikan sepanjang praktikum ini, iaitu kelas Prasekolah Ceria. Manakala, bagi subjek minor iaitu Muzik (Prasekolah), saya dan pasangan praktikum akan dibimbing oleh seorang guru muzik iaitu En. Razali Bin Mohd Kassim. Prasekolah Sri Suria ini terdiri daripada 25 orang murid di mana hanya terdapat 12 orang murid perempuan dan selebihnya adalah murid lelaki. Selesai sahaja menerima taklimat bersama Guru Besar, kami berjumpa dengan Puan Fuziyah Bt Che Omar iaitu Penolong Kanan Sk Permatang Pasir. Beliau telah memberikan nasihat serta semangat kepada kami untuk menjalani praktikum kali ketiga dengan jayanya. Di samping itu, pada hari tersebut juga kami berkesempatan untuk mendengar secara ringkas taklimat daripada Guru Penolong Kanan HEM iaitu Puan Hajah Komariyah Bt Ruslan tentang murid dari segi prestasi dan bilangan murid yang menjalani persekolah di sekolah tersebut. Selesai sahaja taklimat daripada pihak pentadbiran, saya dan pasangan praktikum meluangkan masa untuk melihat sesi P&P di Prasekolah Ceria. Pada hari pertama berpraktikum, kami telah diberikan peluang untuk mengenali murid prasekolah dengan lebih dekat. Selain itu, Puan Nor Humaira Bt Che Long turut memberikan sedikit masa bagi kami untuk melaksanakan beberapa aktiviti ringkas seperti sesi berkenalan dan aktiviti nyanyian. Selasai sahaja tamat sesi persekolahan bagi prasekolah, saya dan pasangan praktikum telah diberikan taklimat yang disampaikan oleh guru pembimbing prasekolah. Perkara yang dibincangkan pada sesi taklimat ini antaranya ialah pengagihan jadual waktu yang akan dikendalikan oleh kami dan maklumat yang harus disediakan di dalam fail. Melalui hasil perbincangan, Puan Nor Humaira Bt Che Long telah bersetuju untuk mengambil waktu P&P pada hari Isnin. Manakala, saya dan pasangan praktikum telah diberikan peluang untuk mengendalikan P&P pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Selesai sahaja taklimat bersama guru pembimbing, kami membuat lawatan ke sekitar SK Permatang Pasir. Pada hari Rabu dan Khamis, saya dan Nuriati Bt Sabu telah menjalankan sesi P&P bersama kanak-kanak prasekolah. Melalui aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti menyanyi, menulis perkataan di bawa tema Diri Saya dan aktiviti luar di padang, kami telah dapat melihat secara dekat tahap perkembangan seseorang murid. Melalui pemerhatian yang dijalankan, saya mendapati bahawa setiap murid mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru yang prihatin, setiap aktiviti yang dijalankan haruslah sesuai dengan umur kanak-kanak dan tahap perkembangan mereka. Seperti yang kita sedia maklum, persekolahan awal tahun merupakan satu titik permulaan yang amat penting bagi seorang murid untuk mula mengenali persekitaran di sekeliling mereka terutamanya bagi murid yang baru menjejakkan kaki ke sekolah. Oleh itu, melalui teknik pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan kita akan dapat menarik perhatian murid untuk mempelajari sesuatu konsep dengan mudah. Selain itu, berdasarkan aktiviti yang dijalankan pada kedua-dua hari tersebut, saya telah mempelajari sesuatu yang bermakna di mana seorang guru prasekolah haruslah sentiasa mempunyai kesabaran yang tinggi dalam setiap cabaran yang dihadapi serta berkemahiran dalam melaksanakan sebuah aktiviti yang menarik dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang lebih menekankan pembelajaran dan pengajaran belajar sambil bermain. Melalui cari ini, kita akan dapat membentuk peribadi diri seorang guru yang sentiasa berusaha dalam memperbaiki diri bagi menyampaikan ilmu kepada generasi yang akan datang. Pada keesokan harinya, pada hari Jumaat bersamaan 6 Februari 2015, kami berdua berpeluang untuk melihat Puan Nor Humaira Bt Che Long melaksanakan sesi P&P. Antara aktiviti yang menarik yang telah dijalankan ialah mengenal bahagian kiri dan kanan tubuh badan. Bagi memperkenalkan konsep kiri dan kanan terhadap murid, beliau telah melaksankan satu aktiviti di bawah Tunjang Kreativiti dengan menghasilkan bentuk orang yang telah dibahagikan kepada dua bahagian dengan mewarnakan bahagian kanan dengan warna merah dan bahagian kiri dengan warna kuning. Kemudian, hasil karya setiap murid dilekatkan padan badan masing-masing dan satu aktiviti permainan dijalankan bagi memantapkan pemahaman mereka. Sebagai contoh, apabila guru menyebut mata kanan, murid akan melihat warna merah pada bentuk orang (merujuk kepada bahagian kanan badan) dan memegang mata disebelah kanan. Melalui aktiviti ini, saya mendapati murid telah dapat memahami konsep kiri dan kanan dengan lebih baik. Melalui arahan yang ringkas dan penggunaan ayat yang mudah yang telah digunakan oleh Puan Nor Humaira Bt Che Long setiap murid telah berjaya melaksanakan aktiviti dengan sempurna. Saya mendapati pendekatan bermain sambil belajar yang dilaksanakan oleh guru pembimbing telah berjaya menarik minat bagi murid untuk menjalani sebuah P&P yang amat bermakna. Melalui pendedahan dan perkongsian teknik menyampaikan ilmu yang telah disampaikan oleh beliau pada hari tersebut telah memberikan saya pendedahan yang lebih luas bagi melaksanakan sebuah aktiviti yang menarik pada praktikum kali ini. Tanpa tidak disedari, masa pada hari tersebut berlalu terlalu pantas dan berakhirnya waktu persekolahan pada hari Jumaat, maka berakhirlah minggu praktikum yang pertama. Semoga pengalaman minggu pertama ini akan banyak membantu diri saya dalam mengharungi minggu yang akan mendatang.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : _______________________ Tandatangan : _______________________Nama : _______________________ Nama : _______________________Tarikh : _______________________ Tarikh : _______________________