jurnal minggu 1

5
Bilangan Jurnal :1/12 Minggu Praktikum : Minggu Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadiaan : 2 Februari 2015 hingga 6 Februari 2015 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat Bismillahirrahmanirrahim. Saya Nur Izattul Niza Binti Mohamed Azmi bersama pasangan praktikum iaitu Hafifah Binti Abdul Khalid telah menjalankan praktikum fasa III selama 12 minggu di Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat. Pada hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah tersebut, saya telah tiba di sekolah seawal 7.05 pagi. Saya bersama pasangan telah melaporkan diri kepada Encik Johari Bin Hj Ismail iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat . Kami telah memperkenalkan diri dan menyerah Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Beliau juga menyambut kedatangan kami dengan baik sekali. Guru Besar turut memberi taklimat kepada kami berkaitan dengan sekolah, termasuklah : Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin , guru panitia, guru kokurikulum, guru- guru dan staf sokongan; Latar belakang murid dan masyarakat setempat; Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah Pengelolaan aktiviti kokurikulum Pencapaian sekolah Guru Besar juga mengalu-alukan kedatangan kami serta memberi kata-kata semangat agar dapat mengambil segala pengalaman dan pengetahuan baru selama menjalankan praktikum untuk diaplikasikan pada masa akan datang. Seterusnya

Upload: siti-nur-fatiha

Post on 04-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

JURNAL 1

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal :1/12Minggu Praktikum : Minggu PertamaTarikh Peristiwa / Kejadiaan : 2 Februari 2015 hingga 6 Februari 2015Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat

Bismillahirrahmanirrahim. Saya Nur Izattul Niza Binti Mohamed Azmi bersama pasangan praktikum iaitu Hafifah Binti Abdul Khalid telah menjalankan praktikum fasa III selama 12 minggu di Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat. Pada hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah tersebut, saya telah tiba di sekolah seawal 7.05 pagi. Saya bersama pasangan telah melaporkan diri kepada Encik Johari Bin Hj Ismail iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat . Kami telah memperkenalkan diri dan menyerah Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Beliau juga menyambut kedatangan kami dengan baik sekali. Guru Besar turut memberi taklimat kepada kami berkaitan dengan sekolah, termasuklah :1. Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;1. Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin , guru panitia, guru kokurikulum, guru-guru dan staf sokongan;1. Latar belakang murid dan masyarakat setempat;1. Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah1. Pengelolaan aktiviti kokurikulum 1. Pencapaian sekolah

Guru Besar juga mengalu-alukan kedatangan kami serta memberi kata-kata semangat agar dapat mengambil segala pengalaman dan pengetahuan baru selama menjalankan praktikum untuk diaplikasikan pada masa akan datang. Seterusnya saya telah melaporkan diri untuk aktiviti kokurikulum. Saya juga telah berjumpa GPK Kokurikulum iaitu Encik Shahida untuk mendaftarkan diri :Unit beruniform : Tunas Pandu Puteri.Permainan : BadmintonKelab dan Persatuan : Rekreasi dan Kebudayaan

Kemudian, kami berjumpa dengan guru prasekolah di Prasekolah Usaha. Setibanya di prasekolah, saya dan pasangan disambut baik oleh guru prasekolah iaitu Puan Hairin Najah Binti Mohd Sajuri merangkap guru pembimbing kami. Beliau juga telah memaklumkan beberapa perkara penting berkaitan jadual prasekolah. Kami juga telah berbincang untuk membahagikan jadual seperti berikut :1. Hari Isnin : Guru Praktikum (Hafifah Binti Abdul Khalid)1. Hari Selasa : Guru Praktikum (Nur Izattul Niza Binti Mohamed Azmi)1. Hari Rabu : Guru (Puan Hairin Najah Binti Mohd Sajuri) 1. Hari Khamis : Guru Praktikum (Hafifah Binti Abdul Khalid)1. Hari Jumaat : Guru Praktikum (Nur Izattul Niza Binti Mohamed Azmi)

Guru pembimbing kami turut memberikan kata semangat agar sentiasa belajar semasa menjalani praktikum. Kami juga turut berbual-bual mengenai murid-murid, pembantu pengurusan murid, aktiviti prasekolah dan sebagainya. Beliau juga turut menceritakan pengalaman mengajar murid prasekolah selama 6 tahun. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana sudi menerima saya dan pasangan untuk menjalani praktikum di prasekolah tersebut. Kami juga turut melihat kawasan sekitar kelas Prasekolah Usaha. Kelas tersebut sungguh kemas dan disusun rapi.

Pada hari Rabu, saya dan Hafifah telah mendapat tugas menggantikkan kelas Prasekolah Usaha kerana guru prasekolah tersebut perlu menghadiri taklimat praktikum guru pembimbing di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Pada awalnya, kami telah memperkenalkan diri kepada murid-murid Prasekolah Usaha. Murid-murid juga turut memperkenalkan diri kepada kami dengan menyebut nama mereka. Matlamat utama saya pada hari tersebut adalah untuk mengingati nama mereka agar mudah untuk menjalankan pelbagai aktiviti bersama mereka. Seterusnya, sesi pengajaran berjalan seperti biasa. Murid-murid juga sentiasa memberikan kerjasama yang baik. Saya juga turut belajar bagaimana untuk mengawal kelas. Sememangnya perasaan gementar tetap ada di dalam diri biarpun hanya berdepan dengan kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan 5 tahun. Saya juga mula membiasakan diri dengan keadaan di persekitaran prasekolah tersebut. Dalam pada itu, saya juga dapat memahami pelbagai kerenah kanak-kanak yang pelbagai. Hal ini sekaligus dapat memberi saya idea bagaimana cara yang terbaik untuk mengawal tingkah laku murid. Banyak perkara yang telah saya pelajari semasa mengajar murid Prasekolah Usaha. Antaranya ialah kawalan kelas, pengurusan masa dan pengurusan aktiviti.

Pada keesokkan hari, saya telah melihat proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru pembimbing. Dapatlah serba sedikit ilmu pengajaran yang boleh saya ambil daripada pemerhatian yang dilakukan. Pemerhatian saya pada peringkat awal bagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam minggu ini berpusatkan pada cara pengurusan dan pengendalian kelas atau boleh kita simpulkan kepada kawalan kelas itu sendiri. Seorang guru seharusnya memiliki perawakan yang mesra namun ketegasan tidak boleh diabaikan dan semestinya sifat itu mesti ada sepanjang bergelar sebagai seorang guru sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Hal ini terlebih penting semasa pertama kali guru berhadapan dengan murid. Ini adalah untuk memberikan pandangan pertama bagi setiap murid bahawa guru seharusnya dihormati dan dijadikan sebagi role model. Sehubungan itu, guru seharusnya menjaga penampilan dan identitinya sebagai seorang guru.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan teratur pada minggu pertama saya di sekolah. Saya secara perlahan-lahan mula membiasakan diri dengan suasana perguruan yang sebenar. Saya masih belajar dalam membiasakan diri dalam bidang perguruan ini. Semoga saya akan menjadi guru yang baik pada masa akan datang.

Disemak Oleh Pensyarah PembimbingTandatangan :Nama :Tarikh :Disemak Oleh Guru PembimbingTandatangan :Nama :Tarikh :