jurnal matematik

16
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENDARABAN DENGAN NOMBOR DUA DIGIT MENGGUNAKAN KAEDAH TULANG NAPIER DENGAN BANTUAN BAHAN BANTU MENGAJAR Ahmad Asyraf bin Jamaluddin [email protected] Koay Chen Yong, Ph.D [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Abstrak Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan ‘Kaedah Tulang Napier’ dalam membantu murid Tahun 5 menyelesaikan masalah berkaitan dengan operasi darab yang melibatkan pendaraban nombor dua digit. Responden di dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah terletak di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Seramai 5 orang responden adalah murid lelaki dan 5 orang murid perempuan dipilih berdasarkan Ujian Penilaian Tahap Pencapaian (UPTP). Data kajian dikumpul melalui instumen kajian seperti ujian pra, ujian pasca, analisis dokumen, pemerhatian dan soal selidik. Hasil analisis data mendapati bahawa seramai 10 orang responden menunjukkan peningkatan markah yang positif dalam ujian pasca berbanding ujian pra iaitu nilai min ujian pra ialah 6.3 manakala nilai min ujian pasca pula ialah 9. Peningkatan nilai min sebanyak 2.7 menunjukkan peningkatan markah responden yang memberangsangkan. Terdapat 5 orang responden yang memperolehi markah penuh, 100% semasa ujian pasca. Justeru, hasil dapatan dan analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan keputusan responden apabila menggunakan Kaedah Tulang Napier untuk menyelesaikan masalah pendaraban dua digit. Pendahuluan

Upload: ipg-kampus-pulau-pinang

Post on 23-Jun-2015

520 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL MATEMATIK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENDARABAN DENGAN NOMBOR DUA DIGIT MENGGUNAKAN KAEDAH TULANG NAPIER DENGAN BANTUAN

BAHAN BANTU MENGAJAR

Ahmad Asyraf bin [email protected]

Koay Chen Yong, [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan ‘Kaedah Tulang Napier’ dalam membantu murid Tahun 5 menyelesaikan masalah berkaitan dengan operasi darab yang melibatkan pendaraban nombor dua digit. Responden di dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah terletak di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Seramai 5 orang responden adalah murid lelaki dan 5 orang murid perempuan dipilih berdasarkan Ujian Penilaian Tahap Pencapaian (UPTP). Data kajian dikumpul melalui instumen kajian seperti ujian pra, ujian pasca, analisis dokumen, pemerhatian dan soal selidik. Hasil analisis data mendapati bahawa seramai 10 orang responden menunjukkan peningkatan markah yang positif dalam ujian pasca berbanding ujian pra iaitu nilai min ujian pra ialah 6.3 manakala nilai min ujian pasca pula ialah 9. Peningkatan nilai min sebanyak 2.7 menunjukkan peningkatan markah responden yang memberangsangkan. Terdapat 5 orang responden yang memperolehi markah penuh, 100% semasa ujian pasca. Justeru, hasil dapatan dan analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan keputusan responden apabila menggunakan Kaedah Tulang Napier untuk menyelesaikan masalah pendaraban dua digit.

Pendahuluan

Ilmu hisab atau matematik sangat penting dalam kehidupan manusia. Untuk menguasai ilmu ini, pemahaman konsep asas-asas pengiraan perlu diutamakan. Matematik dapat melatih manusia untuk berfikir pada aras lebih tinggi. Menurut Mohd Shandri Gani Hamzah (2012) lagi, Matematik merupakan satu subjek yang memerlukan tahap pemahaman yang tinggi. Untuk mencapai satu tahap penguasaan, guru perlu menyesuaikan teknik pengajaran dan pembelajaran dengan tahap penguasaan dan pemahaman murid. Malangnya, kebanyakan guru masih lagi terikat dengan teknik pengajaran yang tradisional dan membosankan. Kesannya, murid akan kehilangan minat belajar kerana kaedah pengajaran guru membosankan. Selain itu, individu juga perlu menghafal rumus-rumus, ketahui dan memahami konsep dan melakukan pengiraan untuk mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dikemukakan. Untuk menajamkan lagi pemikiran seseorang itu, latihan berulangan diperlukan. Untuk memantapkan mutu pendidikan Negara kita, dasar pendidikan telah berubah-ubah mengikut peredaran zaman.

Page 2: JURNAL MATEMATIK

Malaysia bermula dengan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) sebelum ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terkini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Walaupun pelbagai perubahan telah dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran, malangnya masyarakat masih menyatakan bahawa matematik sukar dikuasai terutama murid-murid sekolah rendah.

Seperti yang kita tahu, kurikulum hari ini menekankan 4M iaitu, kemahiran mengira, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran menaakul. Literasi dan numerasi diberi penekanan agar murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut terutama kemahiran mengira. Subjek matematik sering dikatakan salah satu subjek yang sukar dikuasai oleh murid. Antara sebab yang sering diutarakan ialah sukar untuk menguasai operasi pendaraban. Menurut Mohd Zain Mukmin (1984) menyatakan bahawa kelemahan pelajar di dalam matematik adalah kerana pelajar tidak dapat menguasai fakta asas darab. Menurut beliau juga, apabila fakta asas darab dikuasai, Matematik akan menjadi satu mata pelajaran yang mudah.

Fokus Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah kerana pengkaji cuba mencari satu jalan atternatif untuk mengatasi masalah penguasaan subjek Matematik. Penguasaan operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi menjadi titik tolak terhadap penguasaan murid dalam subjek ini. Jika salah satu operasi tidak dikuasai maka minat murid terhadap subjek ini akan semakin kurang. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6 masih belum menguasai operasi asas terutama operasi darab dan bahagi. Pengkaji telah memilih operasi darab kerana murid perlu menguasai setiap operasi secara berperingkat. Murid seharusnya memahami konsep pendaraban terlebih dahulu sebelum beralih kepada operasi bahagi. Selain itu, ada dalam kalangan murid yang tertukar konsep bahagi dengan konsep pendaraban. Oleh sebab itu, kaedah bentuk lazim tidak lagi relevan digunakan oleh setiap murid dalam menyelesaikan masalah melibatkan operasi darab. Untuk memudahkan penguasaan konsep darab, murid perlu menguasai konsep tambah. Murid lebih memahami konsep penambahan berbanding konsep pendaraban. Seperti yang sedia maklum, darab adalah penambahan berulang. Maka, murid lebih mudah memahami konsep darab dengan menggunakan konsep penambahan. Oleh kerana itu, Kaedah Tulang Napier amat sesuai diaplikasikan kepada murid sekolah rendah.

Kaedah Tulang Napier telah dicipta oleh seorang ahli matematik berbangsa Scotland, John Napier pada tahun 1614. Ia telah dicipta bagi memudahkan pengiraan bagi algoritma pendaraban. Kaedah ini telah menggunakan rod yang bernombor yang diperbuat daripada tulang atau gading. Rod-rod ini telah diukirkan nombor daripada jadual pendaraban. Penyelesaian bagi masalah tersebut akan dikira melalui operasi penambahan malahan kaedah ini mempunyai persamaan dengan kaedah ‘long multiplication’. Oleh kerana itu kaedah ini boleh dijadikan kaedah alternatif bagi mengatasi masalah penguasaan asas matematik terutama pendaraban. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah kesalahan semasa melakukan pendaraban bagi soalan melibatkan pendaraban dua digit, penyusunan digit dalam pengiraan bentuk lazim dan menggunakan operasi untuk menyelesaikan pendaraban dua digit. Oleh kerana itu, fokus kajian telah menumpukan kepada kesalahan-kesalahan ini bagi membantu murid-murid dalam menjawab soalan-soalan yang melibatkan operasi darab dua digit. Murid-murid menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan melibatkan operasi ini bagi mendapatkan jawapan yang betul dan tepat selain mengelakkan melakukan kecuaian seperti susunan nilai tempat dan pemilihan operasi yang betul.

Page 3: JURNAL MATEMATIK

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Siti Nur Aqida Rosli (2013), menyatakan bahawa kebanyakan murid menghadapi masalah dan kesukaran dalam topik pendaraban. Murid pada kebiasaannya murid menghadapi masalah menghafal sifir serta murid sering membuat kesilapan dalam menyusun nombor mengikut nilai tempat yang betul terutama jika melibatkan masalah darab lebih dua digit. Hujah ini turut diutarakan oleh Voo (Jurnal penguasaan sifir darab dalam matematik tahap dua, Julai 30, 2005) bersependapat bahawa pencapaian rendah dalam kalangan murid-murid dalam matematik berpunca dari kegagalan mereka menguasai sifir. Selain itu, murid juga perlu menguasai setiap konsep terutama konsep alogirtma. Menurut Bezuk dan Cramer (1989), kelemahan murid dalam matematik adalah disebabkan oleh kesukaran untuk memahami konsepnya. Seperti yang kita tahu, murid-murid gemar menggunakan kaedah tradisional semasa menyelesaikan masalah pendaraban. Malangnya, murid tidak memahami konsep pendaraban. Murid tidak dapat untuk menerangkan apakah itu pendaraban. Pendaraban ialah penambahan yang berulang-ulang. Jika masalah ini tidak diatasi, murid yang tidak dapat menguasai operasi asas matematik berpotensi menjadi murid pemulihan matematik kerana mereka tidak dapat meneruskan pembelajaran mereka ke tahap yang tinggi atau tajuk lain dalam matematik kerana kebanyakan tajuk matematik adalah berkaitan dengan asas matematik.

Untuk mengatasi masalah ini, kaedah alternatif telah diperkenalkan iaitu Kaedah Tulang Napier. Kaedah Tulang Napier boleh membantu murid melalui ilustrasi yang digunakan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Novi Astriani (2013), Tulang Napier dapat dijalankan secara konkrit dan jelas kerana ia mudah dipraktikkan. Menurut beliau juga, murid dapat mengatasi masalah pendaraban dengan mengfokuskan penglihatan terhadap ilustrasi tanpa banyak diberikan arahan. Murid dapat menunjukkan keyakinan mereka untuk menyelesaikan masalah matematik bagi operasi darab dengan menggunakan Kaedah Tulang Napier. Ia juga mampu membantu murid membentuk satu motivasi yang positif bagi meningkatkan keyakinan semasa menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan operasi darab. Ia terbukti melalui soal selidik yang dijalankan di mana murid lebih berminat akan topik pendaraban selepas menggunakan kaedah ini untuk menyelesaikan soalan berkaitan pendaraban. Tambahan lagi, Kaedah ini boleh digunakan bagi tajuk perpuluhan jika murid terus berlatih dengan menggunakan kaedah ini.

Objektif Kajian dan Persoalan Kajian

Secara khususnya objektif kajian adalah seperti berikut:a) Meningkatkan kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan menggunakan Kaedah

Tulang Napaier.

b) Dapat membantu murid menyelesaikan masalah darab nombor dua digit menggunakan Kaedah Tulang Napier.

c) Meningkatkan minat murid terhadap topik pendaraban dengan menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran.

Persoalan kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:a) Adakah penggunaan Kaedah Tulang Napier dapat meningkatkan kemahiran murid

dalam operasi pendaraban nombor dua digit?

b) Adakah kaedah Tulang Napier dapat membantu murid menyelesaikan masalah pendaraban nombor dua digit?

Page 4: JURNAL MATEMATIK

c) Adakah penggunaan bahan bantu mengajar dapat meningkatkan minat murid terhadap topik pendaraban?

Kumpulan Sasaran

Responden kajian merupakan murid yang dipilih dari sebuah kelas Tahun 5 Cemerlang iaitu kelas kedua daripada 5 buah kelas. Responden merupakan murid yang berumur 11 tahun. Terdapat 10 orang responden yang dipilih terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan berdasarkan Ujian Penilaian Tahap Pencapaian (UPTP). Responden adalah golongan murid yang sederhana dan lemah dalam kelas-kelas tersebut. Ujian tersebut melibatkan tajuk nombor bulat dan empat operasi asas iaitu operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Oleh kerana tajuk kajian berkaitan dengan operasi darab, murid ini telah dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian tersebut. Kesemua murid yang dipilih berbangsa melayu dan dalam kalangan keluarga yang sederhana.

Prosedur Tindakan

Langkah 1: Responden dikehendaki membina terlebih dahulu Jadual Tulang Napier

`

Langkah 2: Responden akan mengisi sifir bermula dari sifir satu sehingga sifir Sembilan. Langkah ini membantu murid untuk menghafal dan memahami setiap sifir yang bina.

Langkah 3: Sifir- sifir akan dipotong bagi membantu responden menyelesaikan soalan menggunakan Kaedah Tulang Napier berdasarkan Jadual Tulang Napier

Page 5: JURNAL MATEMATIK

Langkah 4: Responden akan menyelesaikan masalah pendaraban. contoh soalan 23 × 12 = ?. Potongan lajur bagi sifir 2 dan 3 dipilih dan diletak sebelah menyebelah. Lajur 1 dan lajur 2 dipilih bagi mewakili darab melibatkan dua digit.

Langkah 5: responden akan menyelesaikan soalan yang diberikan. Kawasan yang telah dipilih dikeluarkan untuk diselesaikan. Proses penambahan secara menyerong seperti berikut:

Selepas proses penambahan secara menyerong diselesaikan, jawapan akan disusun mengikut anak panah tersebut.

Page 6: JURNAL MATEMATIK

Cara Pengumpulan Data

Dalam penyelidikan tindakan ini, pengkaji telah menggunakan kaedah pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif. Bagi data yang diperolehi secara kuantitatif, pengkaji menggunakan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca manakala data kuanlitatif dikumpul menggunakan instrumen Pemerhatian, Analisis Dokumen dan Soal Selidik.

Dapatan Kajian

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

Daripada analisis ujian Pra dan Ujian Pasca, perbezaan min dan sisihan piawai diperolehi bagi menjawab persoalan ‘Adakah kaedah Tulang Napier dapat membantu murid menyelesaikan masalah pendaraban nombor dua digit?’Jadual 1: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Kod Responden

Markah Pra

Markah Pasca Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

R1 9 10 +1

R2 2 8 +6

R3 9 10 +1

R4 8 9 +1

R5 1 9 +8

R6 8 9 +1

R7 5 10 +5

R8 9 10 +1

R9 9 10 +1

R10 3 5 +2

Min 6.3 9

Sisihan Piawai 3.23 1.48

Jadual 1 di atas menunjukkan perbezaan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi setiap responden dan nilai peningkatan markah responden. Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang paling tinggi menunjukkan peningkatan paling tinggi adalah responden R5 dengan peningkatan 8 markah. Manakala peningkatan paling rendah adalah R1, R3, R4, R6,R8 dan R9 dengan peningkatan 1 markah sahaja tetapi hal ini tidak menjejaskan kategori markah responden masing-masing. Nilai min bagi Ujian Pra ialah 6.3 manakala nilai min bagi Ujian Pasca ialah 9 menjadikan perbezaan nilai min sangat besar iaitu 2.7. Hal ini dapat membuktikan bahawa terdapat peningkatan pemahaman murid dalam menjawab soalan pendaraban melibatkan nombor dua digit. Nilai sisihan piawai bagi Ujian Pra pula ialah 3.48 dan nilai sisihan piawai bagi Ujian Pasca ialah 1.48 menjadikan penurunan sebanyak 1.75. Hal ini menujukkan taburan markah responden saling berdekatan. Peningkatan markah responden juga dapat dilihat dalam graf perbandingan di bawah:

Page 7: JURNAL MATEMATIK

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R1002468

109

2

98

1

8

5

9 9

3

108

109 9 9

10 10 10

5

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Markah Pra Markah Pasca

Responden

Mar

kah

Rajah 1: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berdasarkan Rajah 1, keputusan markah bagi Ujian Pasca bagi setiap responden menunjukkan peningkatan berbanding markah bagi Ujian Pra. Terdapat 5 orang responden yang mendapat markah penuh bagi Ujian pasca berbanding tiada seorang yang mendapat markah penuh semasa Ujian Pra. Walaupun hanya beberapa orang responden yang menunjukkan perubahan drastik, tetapi terbukti kaedah ini mampu mengatasi masalah kecuaian semasa melakukan pengiraan bagi soalan pendaraban. Peningkatan positif yang ditunjukkan oleh responden menyatakan kaedah yang telah diperkenalkan oleh pengkaji iaitu Kaedah Tulang Napier dapat membantu murid untuk menyelesaikan masalah pendaraban nombor dua digit.

Analisis Dokumen

Pengkaji telah menyediakan satu buku latihan kepada setiap responden. Semasa proses intervensi dijalankan, responden akan membuat latihan menggunakan Kaedah Tulang Napier di dalam buku tersebut. Pengkaji akan memeriksa buku tersebut bagi mengetahui proses perkembangan responden dalam mengatasi masalah melalui penggunaan Kaedah Tulang Napier dapat meningkatkan kemahiran murid dalam operasi pendaraban nombor dua digit. Rajah 1 dan Rajah 2 di bawah menunjukkan hasil kerja responden menggunakan kaedah tersebut.

Rajah 1: Hasil kerja responden Rajah 2: Hasil kerja responden menggunakan Kaedah Tulang Napier menggunakan Kaedah Tulang

Napier

Pada peringkat pertama, responden menggunakan bahan bantu belajar iaitu Jadual Tulang Napier bagi melakukan pengiraan. Tetapi responden mula berinovasi dengan membina sendiri Jadual Tulang Napier. Ini bermakna responden telah mula menghafal sifir bermula sifir

Page 8: JURNAL MATEMATIK

1 hingga sifir 9.Secara kesimpulannya, rajah di atas menunjukkan bahawa Kaedah Tulang Napier dapat meningkatkan kemahiran murid dalam operasi pendaraban nombor dua digit.

Anaalisis Pemerhatian

Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap responden semasa proses melaksanakan Kaedah Tulang Napier semasa responden menjawab Ujian Pasca. Pemerhatian ini dilakukan bagi melihat kemampuan dan keyakinan responden semasa menyelesaikan soalan melibatkan pendaraban. Bagi memastikan data dapat dikumpul dengan tepat, responden telah memerhatian responden berdasarkan beberapa item. Item tersebut telah dianalisis dan ditunjukkan ke dalam Jadual 2 seperti di bawah:

Jadual 2: Bilangan Responden Berdaarkan Item PemerhatianNombor

ItemItem Bilangan Responden

1 Murid menggunakan Kaedah Tulang Napier bagi menjawab soalan

10/10

2 Murid tekun semasa melakukan pengiraan 9/103 Murid menyelesaikan soalan tanpa bantuan rakan 8/104 Murid tidak meniru rakan 10/105 Murid tidak merujuk kepada guru 8/10

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan jadual ini mendapati murid menjadi lebih berminat terhadap topik pendaraban kerana pengkaji mendapati responden berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan soalan tersebut dan tidak meniru rakan. Reponden kelihatan lebih bermotivasi dalam melakukan pengiraan melibatkan topik pendaraban. Kesemua responden turut menggunakan Kaedah Tulang Napier bagi menjawab kesemua soalan bagi Ujian Pasca.

Analisis Soal Selidik

Instrumen terakhir bagi data kualitatif adalah soal selidik. Pengkaji telah telah memberikan borang soal selidik sebanyak dua kali iaitu sebelum intervensi dan selepas intervensi bagi melihat perubahan minat murid terhadap topik pendaraban. Perkembangan tersebut boleh dilihat di dalam Jadual 3 seperti di bawah:

Jadual 3: Perbandingan Sebelum dan Selepas Intervensi DilaksanakanKod

SoalanSoalan Bilangan Responden

Yang Memilih “Ya”Ujian Pra Ujian Pasca

S1 Adakah anda meminati subjek matematik?

10 10

S2 Adakah operasi darab adalah sukar? 1 0S3 Adakah anda dapat menyelesaikan

soalan darab dengan tepat?3 8

Berdasarkan Jadual 3, responden telah menyatakan bahawa mereka meminati subjek matematik. Selain itu, mereka juga tidak bersetuju menyatakan bahawa operasi darab sukar dikuasai. Tambahan lagi, mereka kini lebih yakin untuk menjawab soalan darab dengan tepat hasil keberkesanan Kaedah Tulang Napier.

Page 9: JURNAL MATEMATIK

Secara kesimpulannya, daripada Jadual 3 di atas, responden memberikan satu maklumbalas yang positif dalam terhadap Kaedah Tulang Napier dalam meningkatkan minat responden bagi topik pendaraban.

Rumusan

Data yang dikumpul telah dianalisis bagi menjawab objektif kajian dan soalan kajian yang telah ditetapkan pada awalnya. Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penggunaan Kaedah Tulang Napier sebagai satu kaedah alternatif dalam membantu murid menguasai topik pendaraban melibatkan nombor dua digit.

Bagi persoalan kajian yang pertama iaitu keberkesanan Kaedah Tulang Napier dalam membantu murid menyelesaikan masalah pendaraban nombor dua digit. Berdasarkan data yang dianalisis di dalam Rajah 1, perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan perkembangan yang positif. Sebagai contoh, terdapat dua responden yang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Responden ini mendapat markah sangat rendah pada Ujian Pra tetapi selepas Kaedah Tulang Napier diperkenalkan markah responden ini meningkat secara mendadak semasa Ujian Pasca. Data yang dikumpul turut dianalisis dari segi kategori markah. Semasa Ujian Pra, responden hanya tergolong dalam kategori baik, kategori sederhana dan kategori lemah. Tiada seorang responden tergolong dalam kategori cemerlang. Berbanding Ujian Pasca, terdapat peningkatan yang membanggakan iaitu terdapat responden dalam kategori cemerlang, kategori baik dan kategori sederhana. Tiada seorang responden yang berada di kategori lemah. Kesimpulannya, keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca membuktikan bahawa Kaedah Tulang Napier boleh membantu responden dalam membantu murid menyelesaikan masalah operasi pendaraban melibatkan nombor dua digit. Selain itu juga, kaedah ini dapat membantu responden mengurangkan kecuaian semasa pengiraan. Walaupun bukan kesemua responden mendapat markah penuh, namun terdapat peningkatan yang boleh dibanggakan.

Persoalan kedua pula iaitu penggunaan Kaedah Tulang Napier dalam meningkatkan kemahiran murid dalam operasi pendaraban melibatkan nombor dua digit. Melalui dapatan analisis data kualitatif iaitu instrument analisis dokumen, pengkaji dapat menyatakan bahawa penggunaan Kaedah Tulang Napier dapat meningkatkan kemahiran responden dalam topik pendaraban bagi mengurangkan kecuaian dan penyelesaian lebih tepat. Responden telah menggunakan kaedah ini di dalam buku latihan yang digunakan semasa proses intervensi. Kesalahan yang sering dilakukan seperti kesalahan semasa menambah selepas melakukan pendarab nombor dua digit, kesalahan mendarab nombor bagi nilai tempat puluh dan kesalahan menyusun nilai hasil darab mengikut nilai tempat betul telah berjaya dikurangkan selepas responden menguasai kaedah tersebut. Tambahan lagi responden telah berjaya menghafal sifir dengan baik hasil bantuan Kaedah Tulang Napier.

Persoalan terakhir iaitu penggunaan bahan bantu mengajar dapat meningkatkan minat murid terhadap topik pendaraban. Instrumen yang digunakan untuk menjawab persolan ini ialah instrumen pemerhatian dan soal selidik. Pengkaji menggunakan instrumen bagi melihat daripada perspektif daripada dua pihak iaitu guru dan responden. Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji dapat melihat keyakinan responden semasa menjawab soalan. Melalui kaedah ini, responden lebih tekun dan tidak meniru semasa menjawabnya menggunakan bahan bantu belajar iaitu Jadual Tulang Napier. Manakala instrumen soal selidik dijalankan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Hal ini kerana pengkaji ingin membuat perbandingan perasaan responden berdasarkan dua situasi. Terdapat peningkatan dalam kenyataan bahawa responden dapat menyelesaikan soalan darab dengan menggunakan kaedah ini. Walaubagaimanapun, masih terdapat responden yang berpendapat darab masih sukar

Page 10: JURNAL MATEMATIK

dikuasai. Pengkaji berpendapat kenyataan ini bercanggah kerana terdapat peningkatan dalam Ujian Pasca. Ini bermakna mereka telah menghafal sifir dengan baik tetapi bimbang akan mengulangi kesilapan lalu. Bagi mengatasi masalah ini, latihan berulangan diperlukan bagi responden yang tertentu.

Kesimpulannya, instrumen-instrumen yang digunakan membantu pengkaji untuk menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan dengan menganalisis data dan mendapatkan keputusan kajian dengan lebih tepat. Setiap persoalan dapat dijawab dan menunjukkan objektif kajian yang berkaitan dengan persoalan dapat dicapai. Objektif kajian ini dapat membantu responden menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dengan nombor dua digit dengan tepat adalah berjaya. Hasil keputusan yang diperolehi berdasarkan analisis dapatan data menunjukkan peningkatan yang sangat membanggakan dalam kalangan responden.

Cadangan Kajian Seterusnya

Hasil dapatan kajian menunjukkan keberkesanan Kaedah Tulang Napier dalam membantu responden menjawab soalan bagi operasi darab melibatkan nombor dua digit. Kajian ini boleh diteruskan pada masa akan datang dengan melakukan penambahbaikan terhadap beberapa perkara yang telah dikenalpasti.

Cadangan pertama adalah memperkenalkan Kaedah Tulang Napier kepada murid tahun 3 dan tahun 4. Kajian telah dijalankan kepada responden tahun 5. Oleh kerana kajian ini menunjukkan keberkesanannya, pengkaji ingin mencadangkan supaya kajian ini dijalankan kepada murid tahun 3 dan tahun 4. Pendedahan awal kaedah ini membantu murid dalam menguasai operasi pendaraban dengan lebih baik dan cekap kerana ia membantu murid untuk memahami operasi tersebut dan membantu dalam menghafal sifir. Selain daripada itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menetapkan satu tanda aras baru dalam sukatan kurikulum dengan mengajar murid kaedah alternatif untuk melakukan pengiraan. Oleh kerana itu, kaedah ini sesuai diperkenalkan kepada murid tahun 3 dan tahun 4 agar mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru berbanding kaedah tradisional iaitu kaedah bentuk lazim.

Cadangan kedua adalah menggunakan Kaedah Tulang Napier dalam topik lain dalam subjek matematik. Memandangkan operasi darab sangat penting kerana ia akan digunakan lagi dalam topik-topik matematik yang lain, pengkaji mencadangkan supaya kaedah ini diperkenalkan dalam topik perpuluhan melibatkan pendaraban nombor bulat dengan nombor perpuluhan. Hal ini kerana murid sering keliru tentang kedudukan titik perpuluhan yang betul selepas melakukan pendaraban. Jika kajian ini berjaya, maka ia dapat membuktikan keberkesanan Kaedah Tulang Napier bagi operasi darab.

Cadangan seterusnya ialah pengkaji boleh mencuba kaedah ini bagi soalan pendaraban melibatkan nombor tiga digit bagi melihat keberkesanannya. Semasa kajian ini dijalankan, pengkaji mendapati responden melakukan pengiraan dengan sangat teliti, sistematik dan kemas. Jika cadangan ini dapat dijalankan, ia boleh menunjukkan sama ada cara pengiraan masih teliti dan sistematik atau tidak. Kajian ini boleh menjadi pemangkin kepada kajian yang lain melibatkan operasi pendaraban.

Cadangan terakhir bagi meneruskan kajian ini ialah pengkaji boleh mengaplikasikan Kaedah Tulang Napier terhadap aritmetik yang lain. Berdasarkan pembacaan pengkaji, kaedah ini boleh digunakan bagi operasi matematik yang lain iaitu operasi bahagi. Langkah-langkah pembinaan Tulang Napier masih sama tetapi berbeza pada langkah terakhir semasa melakukan

Page 11: JURNAL MATEMATIK

pengiraan. Oleh kerana operasi bahagi berkait rapat dengan operasi darab, pengkaji berharap agar dapat menjalankan kajian ini pada masa hadapan.

Secara tuntasnya, pengkaji berharap agar kajian tindakan yang dijalankan ini tidak

berhenti begitu sahaja. Pembelajaran sepanjang hayat harus diamalkan supaya pengkaji dapat memperbaiki diri dari semasa ke semasa untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan berkualiti seperti yang dituntut dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Diharap kajian ini dapat memberikan manfaat kepada setiap insan dan membantu murid-murid untuk menguasai subjek matematik di samping mengubah pandangan masyarakat tentang kesukaran subjek matematik untuk dikuasai. Semoga kajian ini dapat diteruskan lagi dan ditambah baik melalui cadangan-cadangan yang dikemukakan. Insya-Allah.

Rujukan

BIBLIOGRAPHY Atriani, N. (2013). Penggunaan media batang napier dalam meningkatkan kemampuan operasi perkalian bagi anak kesulitan belajar kelas 3 |Sd 11 belakang tangsi padang. Jurnal Ilmiah Pendidikan Khusus.

Bezuk, N., & Cramer, K. (1989). Teaching about fractions: What, when and how? In P. Trafton (Ed.), National Council of Teachers of Mathematics 1989 Yearbook: New Directions For Elementary School Mathematics (pp. 156-167). Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics.

Mohd Sahandri Gani Hamzah. (2012): Development and validation of teacher curiculum paradigm

intrument: vol 2,no 1. Universiti Pendidikan Sultan IdrisMohd Zain Mokmin. (1984). Strategi pengajaran dan aktiviti matematik untuk kanak-kanak

pemulihan. Jurnal Iktisas. 4. 12-14.Siti Nur Aqida Rosly. (2013). Menggunakan aplikasi jadual sifir dua digit dalam

menyelesaikan masalah darab melibatkan nombor bulat. Tesis tidak diterbitkan,Pulau Pinang: Institut Pendidikan Guru kampus Pulau Pinang

Voo, T. C. (2005).  Jurnal penguasaan sifir darab dalam matematik tahap dua: Julai 30 2005