jurnal 7

5
Tempoh masa : 06.09.2015 – 10.09.2015 Isu : Pengurusan Masa 1. Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan Pada minggu ini, antara masalah yang akan saya fokuskan untuk kali ini adalah masalah pengurusan masa. Setelah mengajar selama 6 minggu di sekolah, saya dapati bahawa terdapat beberapa kali saya tidak dapat menjalankan aktiviti yang dirancangkan sepenuhnya semasa matapelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan, terutamanya dalam aspek apresiasi seni dan refleksi murid. Murid-murid selalu tidak sempat untuk menyiapkan karya mereka tepat pada masa dan terpaksa menggunakan masa lebih untuk membersihkan kawasan bilik darjah. Oleh sebab kesuntukkan masa, saya terpaksa mengabaikan langkah ini dan meminta murid untuk mengemaskan kelas mereka kerana guru subjek seterusnya akan datang untuk mengajar tidak lama lagi. Selain itu, murid- murid juga terpaksa mempercepatkan proses penghasilan karya dan ini menyebabkan mereka tidak dapat menghasilkan karya dengan kemas dan teliti. 2. Analisis masalah Setelah meneliti dalam masalah berkenaan pengurusan masa ini, saya dapati antara punca yang menimbulkan masalah pengurusan masa ialah kadar kepantasan proses murid dalam menyelesaikan tugasan mereka. Oleh sebab mereka lambat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, aktiviti lain yang dirancang terpaksa dijalankan secara pantas ataupun diabaikan. Selain itu, kualiti karya yang dihasilkan oleh murid juga akan menjadi kurang memuaskan sekiranya mereka tergesa-gesa JURNAL JURNAL MINGGU 7 MINGGU 7

Upload: ling

Post on 24-Jan-2016

445 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal 7

Tempoh masa : 06.09.2015 – 10.09.2015

Isu : Pengurusan Masa

1. Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

Pada minggu ini, antara masalah yang akan saya fokuskan untuk kali ini

adalah masalah pengurusan masa. Setelah mengajar selama 6 minggu di sekolah,

saya dapati bahawa terdapat beberapa kali saya tidak dapat menjalankan aktiviti

yang dirancangkan sepenuhnya semasa matapelajaran Pendidikan Seni Visual

dijalankan, terutamanya dalam aspek apresiasi seni dan refleksi murid. Murid-murid

selalu tidak sempat untuk menyiapkan karya mereka tepat pada masa dan terpaksa

menggunakan masa lebih untuk membersihkan kawasan bilik darjah. Oleh sebab

kesuntukkan masa, saya terpaksa mengabaikan langkah ini dan meminta murid

untuk mengemaskan kelas mereka kerana guru subjek seterusnya akan datang

untuk mengajar tidak lama lagi. Selain itu, murid-murid juga terpaksa

mempercepatkan proses penghasilan karya dan ini menyebabkan mereka tidak

dapat menghasilkan karya dengan kemas dan teliti.

2. Analisis masalah

Setelah meneliti dalam masalah berkenaan pengurusan masa ini, saya dapati

antara punca yang menimbulkan masalah pengurusan masa ialah kadar kepantasan

proses murid dalam menyelesaikan tugasan mereka. Oleh sebab mereka lambat

untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, aktiviti lain yang dirancang terpaksa

dijalankan secara pantas ataupun diabaikan. Selain itu, kualiti karya yang dihasilkan

oleh murid juga akan menjadi kurang memuaskan sekiranya mereka tergesa-gesa

untuk menyiapkan hasil karya mereka dengan kadar yang cepat. Mereka sepatutnya

JURNALJURNAL MINGGU 7MINGGU 7

Page 2: jurnal 7

diberikan kesedaran tentang kekangan masa ataupun tetapkan masa dan meminta

mereka untuk mematuhi masa tersebut.

3. Kajian lampau

Menurut Korweit (1989), pengurusan masa guru adalah pengurusan masa dalam

kawalan guru, iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Beliau juga

menyatakan bahawa, jika terlalu sikit masa yang digunakan dalam pengajaran

subjek tersebut sukar dipelajari. Oleh yang demikian, lebih banyak masa digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak kesan positif dalam pencapaian

murid.

Menurut Gordon (1982) pula, pengurusan masa yang cekap sahaja akan

membantunnya menyesuaikan diri dengan pelbagai tuntutan dan kebuntuan kerja

yang dihadapi sewaktu melaksanakan tugas sebagai pemimpin pengajaran dan

pembelajaran.

Kajian kes : Seorang guru Bahasa Melayu masuk ke bilik darjah dua puluh minit

lewat. Beliau mengajar secara tergopoh gapah kerana ingin menghabiskan masa,

beliau tidak memberi peluang untuk menyoal atau melakukan sesi perbincangan

mengenai topik yang ingin diajar. Adakalanya, beliau terpaksa mengambil waktu

yang berikutnya kerana perlu menyelesaikan tugasnya serta menghabiskan sukatan

pelajaran.

4. Cadangan untuk mengatasi

Untuk mengatasi masalah pengurusan masa, saya bercadang agar sentiasa

mengingatkan murid-murid bahawa masa yang diperuntukkan hanya 1 jam sahaja.

Dengan cara ini, guru dan murid akan sentiasa mengetahui bahawa waktu dan masa

yang diperuntukan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Di samping itu,

saya juga bercadang agar murid-murid dapat menenangkan diri sendriri terlebih

dahulu sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Seni Visual

dijalankan agar mereka lebih bersedia dan dapat memberi tumpuan yang baik

kepada guru. Dengan cara ini, murid tidak akan berlengah-lengah masa untuk

Page 3: jurnal 7

menyelesaikan tugasan mereka dan proses pengajaran dan pembelajaran saya juga

dapat dijalankan dengan lancar.

Bukan itu sahaja, saya juga akan cuba untuk merancang proses pengajaran

dan pembelajaran yang lebih efisien dengan merangka ‘back up plan’ atau pelan B

sebagai penyelamat sekiranya berlaku masalah sedemikian. Dengan ini, sesi

apresiasi dan refleksi serta fasa penutup dapat dijalankan seperti yang dirancang.

5. Tempoh penyelesaian

Sepanjang tempoh praktikum di sekolah ini, saya akan berusaha untuk

meningkatkan kemahiran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

yang seterusnya. Usaha yang akan saya lakukan sepanjang tempoh praktikum ini

adalah berusaha untuk mengurus masa P&P agar dapat memastikan hasil

pembelajaran berjaya dicapai. Hal ini penting untuk memastikan semua murid

sempat menyiapkan karya mereka tepat pada masa yang ditetapkan. Pada masa

yang sama juga, saya akan memastikan masa yang diperuntukkan untuk mengajar

dapat diurus dan digunakan dengan cara yang efektif dan berkesan.

6. Tindakan susulan

Tindakan susulan yang perlu saya lakukan ialah semasa menyediakan RPH,

saya akan mengutamakan hasil objektif dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian

dengan tahap dan kemampuan murid. Hal ini sangat penting dalam membantu

setiap murid untuk berusaha menghasilkan karya mereka tepat pada masa yang

diberikan. Sekiranya aktiviti yang dirancang sesuai dengan tahap mereka, murid-

murid akan berasa terhibur untuk menjalankan aktiviti tersebut. Oleh itu, saya akan

memastikan bahawa aktiviti yang melibatkan pelbagai kemahiran dapat dijalankan

selalu agar dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran tersebut dengan

baik.

Seterusnya, saya juga akan mengambil tindakan untuk merancang aktiviti

yang sesuai dengan tempoh masa yang diperuntukkan. Hal ini sangat penting agar

murid mempunyai masa yang secukupnya untuk menghasilkan karya tanpa tergesa-

gesa untuk mengejar masa. Dalam kes ini, saya juga boleh memudahkan kerja

murid dengan membantu murid mencetak gambar yang diperlukan maka murid tidak

Page 4: jurnal 7

perlu membazirkan masa untuk melukis gambar tersebut. Dengan ini, murid-murid

akan mempunyai masa yang lebih banyak untuk menghasilkan karya mereka

mengikut kreativiti masing-masing.

7. Kesimpulan

Untuk meningkatkan kemahiran saya dalam pengurusan masa, saya akan

meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang

kejayaan saya. Antara penilaiannya adalah dalam proses pengajaran mengenai cara

saya menguruskan masa semasa mengajar. Selain penilaian daripada pensyarah

pembimbing, saya juga mendapatkan kerjasama daripada guru pembimbing untuk

menilai kejayaan saya dari semasa ke semasa. Dengan bantuan guru pembimbing

ini juga, saya dapat memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam proses

pengajaran saya sepanjang tempoh berada di sekolah ini.

Selain daripada penilaian yang diberikan oleh pensyarah penyelia dan juga

guru pembimbing, saya juga meminta rakan-rakan yang turut menjalankan praktikum

di sekolah untuk masuk ke kelas saya dan seterusnya memberikan pandangan

mereka terhadap cara pengajaran saya. Pandangan yang diberikan oleh rakan-

rakan ini dapat meningkatkan motivasi dan juga semangat saya untuk memberi yang

terbaik dalam proses pengajaran saya kepada murid-murid di sekolah ini. Penilaian

yang diberikan sepanjang saya berada di sekolah ini akan membantu saya

meningkatkan lagi cara saya mengajar dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 5: jurnal 7