jurnal

10
UNIT PRAKTIKUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM BILANGAN JURNAL 1 MINGGU PRAKTIKUM Minggu pertama TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN 05 Februari – 08 Februari 2017 TAJUK JURNAL Budaya memberi salam kepada guru 1. MASALAH / PERISTIWA Saya dan ahli rakan praktikum telah mendapat Sjk(t) Sg. Tok Pawang untuk kami laksanakan proses praktikum yang ketiga seperti yang telah ditetapkan. Pada minggu pertama ini, saya mendapati bahawa ada kalangan murid yang tidak memberi salam kepada guru. Segolongan murid sahaja yang memberi salam kepada guru. Segilintir murid juga tidak meminta izin daripada guru untuk masuk ke dalam kelas. 2. ANALISIS Kebanyakkan murid yang mengamalkan sikap tidak memberi salam kepada guru yang mereka bertemu semasa di sekolah tetapi mereka hanya memberi salam kepada guru yang mengajar mereka sahaja. 3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Langkah pertama yang saya diambil untuk mengatasi masalah ini ialah saya mengambil insiatif untuk mengadakan sesi kecil dan memberitahu mereka supaya memberi salam apabila bertemu dengan guru sama ada guru tersebut mengajar ataupun tidak. Saya juga wajibkan budaya ini dikalangan murid supaya membentuk modal insan.

Upload: jho-malar

Post on 20-Mar-2017

41 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal

UNIT PRAKTIKUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

BILANGAN JURNAL 1

MINGGU PRAKTIKUM Minggu pertama

TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN 05 Februari – 08 Februari 2017

TAJUK JURNAL Budaya memberi salam kepada guru

1.MASALAH / PERISTIWASaya dan ahli rakan praktikum telah mendapat Sjk(t) Sg. Tok Pawang untuk kami

laksanakan proses praktikum yang ketiga seperti yang telah ditetapkan. Pada minggu

pertama ini, saya mendapati bahawa ada kalangan murid yang tidak memberi salam

kepada guru. Segolongan murid sahaja yang memberi salam kepada guru. Segilintir

murid juga tidak meminta izin daripada guru untuk masuk ke dalam kelas.

2. ANALISIS Kebanyakkan murid yang mengamalkan sikap tidak memberi salam kepada guru

yang mereka bertemu semasa di sekolah tetapi mereka hanya memberi salam

kepada guru yang mengajar mereka sahaja.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULANLangkah pertama yang saya diambil untuk mengatasi masalah ini ialah saya mengambil

insiatif untuk mengadakan sesi kecil dan memberitahu mereka supaya memberi salam

apabila bertemu dengan guru sama ada guru tersebut mengajar ataupun tidak. Saya

juga wajibkan budaya ini dikalangan murid supaya membentuk modal insan.

4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN Saya akan membuat pemerhatian terhadap usaha dan tindakan saya selama seminggu

untuk melihat sejauh mana langkah yang saya ambil adalah berkesan. Saya juga

memerhati murid sekiranya saya masuki kelas ganti, semasa waktu rehat, dan juga

di tapak perhimpunan. Tindakan susulan akan saya sertakan sekiranya tempoh

seminggu yang bakal berlalu tidak memuaskan.

Page 2: Jurnal

Disemak oleh Guru Pembimbing :

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Page 3: Jurnal

UNIT PRAKTIKUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

BILANGAN JURNAL 2

MINGGU PRAKTIKUM Minggu kedua

TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN 12 Februari – 16 Februari 2017

TAJUK JURNAL Masalah pengurusan masa

1. MASALAH / PERISTIWASaya menghadapi masalah pengurusan masa pada minggu ini. Terdapat aktiviti yang

telah dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan

sepenuhnya terutamanya bagi subjek pendidikan moral kerana tidak cukup masa. Hal ini

menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam

proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu. Menurut Webber (1972),

masa ialah sesuatu yang tidak berbalik, sentiasa bergerak dengan cara yang tertib,

tertentu serta berperingat-peringat. Pergerakannya tidak boleh diubah dan diberhentikan.

Masa perl diuruskan dengan baik supaya ia akan menghasilkan sesuatu yang efektif dan

berfaedah.

2. ANALISISMasalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya

jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan terutamanya mereka

mendapat arahan untuk membuat drama. Mereka mengambil masa yang lama untuk

menyediakan drama dan juga setelah memebuat drama di depan kelas juga agak lama

kerana mereka mengambil peralatan seperti kerusi, buku dan sebagainya. Di samping itu,

masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti

perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan

masa yang telah dirancangkan.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULANa. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa

dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa

Page 4: Jurnal

dengan lebih sempurna.

b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama.

c. Pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah

dirancangkan.

d. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi

masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang

masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam

masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama,

saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk

dibentangkan.

e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah

pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa

yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan

pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu

objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

5. RUJUKANhttp://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2004_5850_f926484ccaf448b2b704f7264f5439e2.pdf

UNIT PRAKTIKUM

Page 5: Jurnal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

BILANGAN JURNAL 3

MINGGU PRAKTIKUM Minggu ketiga

TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN 19 Februari – 23 Februari 2017

TAJUK JURNAL Masalah murid bising

1. MASALAH / PERISTIWAPada minggu yang lalu saya mengalami masalah murid suka buat bising. Terdapat banyak

faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Masalah ini boleh menyebabkan proses

pengajaran dan pembelajaran terganggu. Murid-murid yang kurang perhatian akan mudah

bosan dan seterusnya melakukan perbuatan seperti membuat bising.

2. ANALISISMasalah ini berlaku adalah kerana guru tidak peka dengan pewatakan dan tingkah laku

murid. Faktor yang kedua ialah aktiviti yang dijalankan mestilah menarik minat murid.

Faktor lain yang mempengaruhi masalah ini ialah bahan bantu mengajar yang tidak

menarik. Bahan bantu mengajar mestilah berwarna warni.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULANBagi mengatasi masalah ini, guru mestilah bersemangat dalam menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu membuat aktiviti yang menarik minat murid

seperti nyanyian. Guru juga mestilah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik

bagi memastikan murid-murid faham dengan apa yang ingin diajar dan seronok dengan isi

pengajaran.

4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULANMenurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003),  tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi,

prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-

otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku

adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh

Page 6: Jurnal

individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku

mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep

kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

Saya akan cuba mengatasi permasalahan ini dalam masa seminggu yang akan datang.

segala perancangan yang teliti saya akan aturkan untuk mengatasi masalah ini.

Kerjasama daripada semua guru-guru lain amat diperlukan supaya segala perancangan

yang dibuat berjalan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

5. RUJUKANhttp://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2004_5850_f926484ccaf448b2b704f7264f5439e2.pdf

Page 7: Jurnal

UNIT PRAKTIKUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

BILANGAN JURNAL 4

MINGGU PRAKTIKUM Minggu keempat

TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN 26 Februari – 02 March 2017

TAJUK JURNAL Masalah murid tidak mendengar arahan

1. MASALAH / PERISTIWAMinggu ini, saya menghadapi masalah murid tidak mendengar arahan guru sewaktu

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya juga

menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan mencapai objektif yang

telah ditetapkan di dalam RPH. Masalah ini juga memberi impak kepada saya untuk

mengesan kelemahan yang terdapat pada murid-murid dalam melaksanakan aktiviti yang

telah dirancang oleh guru.

2. ANALISISMasalah ini berlaku disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan secara

individu yang memerlukan setiap murid mendengar arahan dengan jelas daripada guru-

guru. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa segilintir murid

sekolah ini tidak berminat untuk mendengar arahan dan mereka teruja untuk melaksanakan

aktiviti tanpa mendengar arahan daripada guru. Sebilangan murid yang menjadi punca

membuat bising di dalam kelas mengakibatkan murid-murid yang lain turut tidak

memberikan perhatian kepada arahan yang telah dikemukakan oleh guru. Disamping itu,

masalah ini juga timbul kerana murid telah menerima budaya bahawa guru perlu bersuara

lantang dan menggunakan sedikit kekerasan dalam penyampaian arahan oleh guru.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULANCadangan tindakan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi masalah ini adalah :  

a) Saya perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan

melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran

Page 8: Jurnal

dijalankan. Pergerakan juga mampu membantu saya mengawal tingkah laku murid dan

seterusnya memberikan kelebihan penyampaian arahan agar diterima oleh keseluruhan

kelas. Menurut Hasani Dali & Mohd Johdi, 2009, pengurusan bilik darjah berkesan

mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Seorang guru seharusnya mampu

mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan tanpa gangguan .

b) Saya juga menggunakan pendekatan yang lebih lembut dalam memberikan arahan

kepada murid-murid. Pendekatan ini mungkin akan lebih sesuai dengan murid-murid

yang berada di tahap satu. Pendekatan ini juga memberikan kelebihan kepada saya

dalam mengatasi masalah suara yang sering di alami selepas melaksanakan proses

pengajaran.

4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULANSaya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam tempoh seminggu.

Pengurusan dan penyediaan arahan yang mudah dan ringkas perlulah dirancang dengan

sebaik mungkin agar proses pengajaran berjalan lancar. Sekiranya masalah yang berlaku

ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, ia akan memeberikan kesan kepada pengajaran

yang akan dilaksanakan. Perancangan yang akan dilaksanakan di minggu hadapan akan

dilaksanakan dengan lebih baik supaya masalah yang telah dikesan pada minggu ini dapat

diatasi.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

5. RUJUKANhttp://eprints.utm.my/31564/3/HasfarinaAbasMFP2012CHAP1.pdf

Page 9: Jurnal