jurnal

2
JURNAL MINGGU 3 JURNAL MINGGU 3 MASALAH : Pada minggu ini saya telah mengahadapi masalah penguasaan sifir dalam kalangan murid. Semasa saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran didapati kebanyakan pelajar masih lagi belum menguasai sifir 3 hingga 9. Hal ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang menarik dan berkesan. Pada masa yang sama, murid-murid menghadapi kesukaran dalam menjawab soalan dalam aktiviti yang dijalankan. Murid-murid terpaksa membuat penambahan berulangan untuk mendapatkan hasil jawapan. Oleh sebab ini, murid-murid mangambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang melibatan pendaraban. Jadi, perancangan masa bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran terjejas. ANALISIS: Masalah ini dikenalpasti semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid menghadapi kesukaran dalam pendaraban yang melibatkan masa. Daripada pemerhatian, saya didapati punca bagi masalah ini ialah murid tidak menguasai sifir dengan sepenuhnya iaitu sifir 3 hingga 9. Masalah tidak menguasai sifir ini didapati dalam kalangan murid yang kurang mempunyai daya pengingatan dan kurang membuat latihan sifir. Pada masa yang sama, saya juga tidak mengambil kira pengetahuan sedia ada murid sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga boleh dikatakan salah satu punca bagi masalah ini. Masalah tidak menguasai sifir menyebabkan murid - murid sukar untuk menjawab soalan-soalan yang melibatkan pendaraban masa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya telah membimbing murid-murid sehingga dapat menjawab dengan betul melalui kaedah tambahan berulang. Saya berasa kurang berpuas hati dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari tersebut kerana murid-murid tidak dapat menjawab tanpa bimbingan saya dan cepat. Mengikut teori Bruner, struktur dan bahan yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran perlu memenuhi keperluan perbezaan individu dan kesediaan murid. Saya perlu meneliti kesediaan dan

Upload: vkeyviknes2579

Post on 14-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

minggu 3

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal

JURNAL MINGGU 3

JURNAL MINGGU 3

MASALAH :

Pada minggu ini saya telah mengahadapi masalah penguasaan sifir dalam

kalangan murid. Semasa saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

didapati kebanyakan pelajar masih lagi belum menguasai sifir 3 hingga 9. Hal ini

menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang menarik dan

berkesan. Pada masa yang sama, murid-murid menghadapi kesukaran dalam menjawab

soalan dalam aktiviti yang dijalankan. Murid-murid terpaksa membuat penambahan

berulangan untuk mendapatkan hasil jawapan. Oleh sebab ini, murid-murid mangambil

masa yang lama untuk menjawab soalan yang melibatan pendaraban. Jadi,

perancangan masa bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran terjejas.

ANALISIS:

Masalah ini dikenalpasti semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Murid-murid menghadapi kesukaran dalam pendaraban yang melibatkan masa.

Daripada pemerhatian, saya didapati punca bagi masalah ini ialah murid tidak

menguasai sifir dengan sepenuhnya iaitu sifir 3 hingga 9. Masalah tidak menguasai sifir

ini didapati dalam kalangan murid yang kurang mempunyai daya pengingatan dan

kurang membuat latihan sifir. Pada masa yang sama, saya juga tidak mengambil kira

pengetahuan sedia ada murid sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran. Hal

ini juga boleh dikatakan salah satu punca bagi masalah ini.

Masalah tidak menguasai sifir menyebabkan murid - murid sukar untuk menjawab

soalan-soalan yang melibatkan pendaraban masa dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Saya telah membimbing murid-murid sehingga dapat menjawab dengan

betul melalui kaedah tambahan berulang. Saya berasa kurang berpuas hati dengan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari tersebut kerana murid-murid tidak dapat

menjawab tanpa bimbingan saya dan cepat. Mengikut teori Bruner, struktur dan bahan

yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran perlu memenuhi keperluan

perbezaan individu dan kesediaan murid. Saya perlu meneliti kesediaan dan

pengetahuan murid terlebih dahulu sebelum merancang sesuatu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Page 2: jurnal

JURNAL MINGGU 3

CADANGAN

Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :

1) Setiap pagi sebelum bermula waktu pengajaran dan pembelajaran saya akan

menguji penguasaan sifir murid-murid.

2) Mengadakan kuiz sifir secara lisan.

3) Memberi ganjaran dalam bentuk hadiah bagi murid-murid yang dapat menghafal

sifir.

4) Saya akan meneliti pengetahuan sedia ada murid sebelum merancang

pengajaran dan pembelajaran.

5) Saya menggunakan pelbagai kaedah untuk mengingat sifir seperti kaedah jari

bagi mengingat sifir 9 dan kaedah nombor telefon bimbit untuk mengingat sifir 6,

7, dan 8.

Tempoh masa:

Saya akan mencuba mengatasi masalah ini dalam masa seminggu. Saya akan

memastikan masalah ini tidak berulang lagi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

yang seterusnya.

Penilaian kejayaan:

Saya akan menilai kejayaan dalam mengatasi masalah ini dengan memerhatikan

perkembangan murid dalam pembelajaran. Selain itu, saya juga akan menilai melalui

mengadakan kuiz sifir secara lisan. Sekiranya muri-murid dapat menjawab soalan-

soalan sifir dengan betul, langkah mengatasi saya dianggap berjaya.

Tindakan susulan:

Saya akan meneruskan mengadakan kuiz sifir supaya dapat mengekalkan

penguasaan murid dalam ingatan untuk jangka masa panjang. Latihan yang berulangan

dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan murid dalam pembelajaran. Saya juga

akan berbincang bersama guru pembimbing dan mendapatkan nasihat serta cadangan

beliau dalam menyelasaikan masalah.