jurnal

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH JURNAL PRAKTIKUM NAMA PELAJAR: NURUL SYUHADAH BINTI HASNAN KURSUS & AMBILAN: DPLI-PPC (KIMIA) / AMBILAN JANUARI 2014 TEMPOH PRAKTIKUM: 1 FEBRUARI – 30 APRIL 2014 (12 MINGGU) PENGKHUSUSAN: KIMIA / MATEMATIK NAMA GURU PEMBIMBING: PUAN AINE HAYATI BINTI MD ZAIN (KIMIA) PUAN BASHIRAH BINTI SELEMAN (MATEMATIK) NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: PUAN LOW SHEOW FOONG Catatan Minggu ke: (1) Tarikh: 1 – 5 Februari 201 5 Masalah Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani sesi praktikum di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya pergi ke sekolah sebagai seorang guru dan ditugaskan untuk mengajar. Berdasarkan pengalaman minggu pertama ini, masalah utama

Upload: nurul-syuhadah

Post on 30-Sep-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Praktikum

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM

NAMA PELAJAR: NURUL SYUHADAH BINTI HASNANKURSUS & AMBILAN: DPLI-PPC (KIMIA) / AMBILAN JANUARI 2014TEMPOH PRAKTIKUM: 1 FEBRUARI 30 APRIL 2014 (12 MINGGU)PENGKHUSUSAN: KIMIA / MATEMATIK NAMA GURU PEMBIMBING: PUAN AINE HAYATI BINTI MD ZAIN (KIMIA) PUAN BASHIRAH BINTI SELEMAN (MATEMATIK)NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: PUAN LOW SHEOW FOONG

Catatan Minggu ke: (1) Tarikh: 1 5 Februari 2015MasalahMinggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani sesi praktikum di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya pergi ke sekolah sebagai seorang guru dan ditugaskan untuk mengajar. Berdasarkan pengalaman minggu pertama ini, masalah utama yang dihadapi oleh saya ialah untuk mengekalkan minat dan fokus pelajar terhadap pembelajaran sesuatu matapelajaran. Rata-rata pelajar akan fokus pada awal pengajaran namun mula menjadi resah gelisah pada pertengahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dapat dilihat ada diantara mereka yang tidak mendengar apa yang dinyatakan oleh guru dan ada juga yang mulai tertidur.Seperti sedia maklum, tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan kondusif, malah mereka juga perlu melaksanakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Oleh itu sebagai seorang guru saya perlu melakukan perubahan bagi menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar..Analisis MasalahBerdasarkan permasalahan yang disebutkan di atas, saya beranggapan bahawa diri saya masih kekurangan pengetahuan dalam menjadi seorang guru yang kreatif dan mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Beberapa persoalan sentiasa bermain di fikiran saya iaitu : Cara pembelajaran yang bagaimanakah yang sesuai untuk pelajar? Teknik dan kaedah apakah yang perlu saya gunakan untuk mengekalkan minat dan fokus pelajar sewaktu PdP? Aktiviti PdP yang bagaimanakah dapat menarik minat pelajar supaya lebih fokus ketika PdP?Dalam merancang aktiviti PdP, saya perlu mengambil kira bahawa pelajar-pelajar saya merupakan generasi abad ke-21 yang rata-ratanya mahir dalam penggunaan teknologi. Pelajar-pelajar di abad ke-21 juga dikatakan sebagai generasi yang sangat dahagakan ilmu, mempunyai semangat inkuiri yang sangat tinggi, suka mencuba perkara yang baru dan mempunyai minda yang sangat terbuka dan berfikiran sangat kritis. Justeru itu, untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar ini, kaedah pengajaran tradisional dilihat tidak begitu sesuai. Kaedah yang sama yang digunakan oleh guru-guru saya ketika mengajar saya sewaktu di bangku sekolah dahulu mungkin tidak begitu sesuai dengan kehendak dan keperluan pelajar-pelajar abad ke-21 ini.Cadangan Di abad ke-21, salah satu kemahiran yang amat penting ialah kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam konteks pendidikan, teknologi komunikasi dan informasi merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. (Abu Bakar, et al., 2008)Pada masa kini, para guru menghadapi cabaran untuk menjadikan satu pengajaran di dalam kelas itu menarik. Kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru dianggap sebagai membosankan untuk segelintir pelajar, di mana pelajar duduk di dalam kelas dan mendengar pengajaran yang diberikan oleh guru di hadapan kelas. Oleh hal yang demikian, penggunaan TMK sebagai salah satu bahan bantu mengajar (BBM) oleh para guru dilihat dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas.Dengan adanya TMK, seorang guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan kesannya para pelajar akan memperoleh pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif. Selain itu, pemahaman konsep-konsep yang sukar dapat dipermudahkan dengan penggunaan TMK. Sebagai contoh, penggunaan pelbagai animasi dan video akan memudahkan para pelajar untuk mempelajari dan memahamii sesuatu konsep sains yang bersifat abstrak dan sukar untuk dibayangkan.Maka, untuk menghasilkan satu PdP yang menarik dan bermakna, saya seharusnya memilih aktiviti dan bahan yang bersesuaian dengan pelajar abad ke-21 ini. Penggunaan perisian seperti PowerPoint yang berserta dengan gambar visual dan mugkin video dan audio mungkin akan lebih menarik minat para pelajar. Mereka lebih mudah tertarik dan akan lebih mudah memahami serta fokus dalam sesuatu pembelajaran. Di samping itu, penggunaan TMK juga sebenarnya dapat menjadikan saya sebagai seorang guru itu lebih bersedia untuk mengajar kerana bahan-bahan pengajaran perlu disediakan lebih awal daripada waktu pengajaran di dalam kelas.

Tempoh Penyelesaian1 Februari 11 Februari 2015 (2 minggu)Tindakan SusulanSebagai tindakan susulan saya akan sedaya upaya meningkatkan kualiti semasa pengajaran dengan menggunakan kemudahan TMK seperti PowerPoint agar PdP yang dijalankan akan menjadi lebih menarik serta dapat menarik minat pelajar. Untuk pengajaran pada minggu seterusnya, saya akan mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan slide PowerPoint bagi memudahkan saya untuk mengajar serta meningkatkan lagi kualiti pembelajaran para pelajar di dalam kelas.Selain itu, saya juga akan mengintegrasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 yang lain yang lebih berpusatkan pelajar seperti melakukan lebih banyak aktiviti berkumpulan agar pelajar sentiasa fokus di dalam kelas dan mudah untuk menerima segala pengajaran yang diberikan di samping menyelitkan unsur TMK. Ini juga bertujuan untuk memberikan pelajar satu keadaan belajar yang menyeronokkan.KesimpulanSecara kesimpulannya apa yang saya dapat pelajari ialah saya seharusnya mengambil kira latar belakang generasi abad ke-21 ini dan menyesuaikan cara dan kaedah pengajaran saya sesuai dengan generasi mereka dan bukan hanya menggunakan kaedah tradisional. Dengan menggunakan elemen TMK, saya berharap agar mereka akan lebih seronok dan fokus ketika sesi PdP dijalankan.RujukanAbu Bakar, Z., Rajuddin, M. R., Ibrahim, M. A., Samad, A., Shukor, R., & & Shahrir, J. (2008). Model Kemahiran ICT Guru Pelatih IPTA Malaysia. 151-161.Pandangan / komen guru pembimbing ...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Tarikh : ............................................. Tandatangan : ............................................. Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing ............................................................................................................................................ ................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................ Tarikh : .............................................. Tandatangan : .............................................. Nama : ........................................................