jurnal

3
HBEF2803 AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN MOKTAR BIN KADIR JURNAL REFLEKTIF Tugasan Kerja Khusus HBEF 2803 Amalan Profesionalisme Keguruan merupakan tugasan yang telah diwajibkan ke atas semua pelajar semester ini. Tugasan ini bertujuan untuk mengasah asas kemahiran guru dan meningkatkan kredibiliti sebagai seorang pendidik yang semakin mencabar di era ini. Disamping itu, tugasan ini juga dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan kemahiran untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugas dan menganalisis maklumat untuk diintepretasikan kepada bentuk penulisan ilmiah. Malah tugasan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk membuat pelaporan berkaitan dengan aktiviti khidmat masyarakat yang pernah dijalani. Tambahan lagi, tugasan ini juga dapat memberi latihan kepada pelajar untuk mengenalpasti kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam program khidmat masyarakat yang dijalankan. Setelah mendapat tugasan ini, saya telah berjumpa dengan rakan- rakan yang lain bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan program khidmat masyarakat yang telah diikuti. Maklumat ini merangkumi kertas kerja, bahan-bahan dokumentasi seperti gambar dan video. Bahan-bahan ini bertujuan untuk dimasukkan dalam power point seperti yang diarahkan dalam tugasan ketiga. Manakala kertas kerja digunakan untuk menjawab persoalan pada aktiviti pertama. Program khidmat masyarakat amat berkait rapat dengan amalan profesionalisme keguruan kerana melalui program khidmat masyarakat, guru-guru boleh mengenali dengan lebih mendalam terhadap golongan yang tidak bernasib baik ini seperti anak yatim dan golongan kurang upaya (OKU). Kesedaran ini mampu membuatkan saya berfikir dengan lebih kritis untuk mencari jalan penyelesaian agar golongan ini tidak tersisih dengan arus pemodenan dan dapat bergaul dengan masyarakat di sekeliling dengan baik. Pada permulaan tugasan, saya berasa amat gembira kerana pernah bergiat aktif dalam menjalankan program khidmat masyarakat. Oleh itu, dengan mudah saya dapat mencari bahan yang berkaitan dengan tugasan ini. Malah dengan adanya bantuan daripada rakan-rakan juga dapat meringankan sedikit beban untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik. Selain itu, tugasan ini juga berupaya untuk memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain dalam memastikan sesuatu program berjalan dengan lancar dari permulaan sehingga penghujungnya. 1

Upload: fizree-aries

Post on 30-Sep-2015

17 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jurnal reflektif

TRANSCRIPT

HBEF2803 AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN MOKTAR BIN KADIR

HBEF2803 AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN MOKTAR BIN KADIR

JURNAL REFLEKTIFTugasan Kerja Khusus HBEF 2803 Amalan Profesionalisme Keguruan merupakan tugasan yang telah diwajibkan ke atas semua pelajar semester ini. Tugasan ini bertujuan untuk mengasah asas kemahiran guru dan meningkatkan kredibiliti sebagai seorang pendidik yang semakin mencabar di era ini. Disamping itu, tugasan ini juga dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan kemahiran untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugas dan menganalisis maklumat untuk diintepretasikan kepada bentuk penulisan ilmiah. Malah tugasan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk membuat pelaporan berkaitan dengan aktiviti khidmat masyarakat yang pernah dijalani. Tambahan lagi, tugasan ini juga dapat memberi latihan kepada pelajar untuk mengenalpasti kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam program khidmat masyarakat yang dijalankan. Setelah mendapat tugasan ini, saya telah berjumpa dengan rakan-rakan yang lain bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan program khidmat masyarakat yang telah diikuti. Maklumat ini merangkumi kertas kerja, bahan-bahan dokumentasi seperti gambar dan video. Bahan-bahan ini bertujuan untuk dimasukkan dalam power point seperti yang diarahkan dalam tugasan ketiga. Manakala kertas kerja digunakan untuk menjawab persoalan pada aktiviti pertama. Program khidmat masyarakat amat berkait rapat dengan amalan profesionalisme keguruan kerana melalui program khidmat masyarakat, guru-guru boleh mengenali dengan lebih mendalam terhadap golongan yang tidak bernasib baik ini seperti anak yatim dan golongan kurang upaya (OKU). Kesedaran ini mampu membuatkan saya berfikir dengan lebih kritis untuk mencari jalan penyelesaian agar golongan ini tidak tersisih dengan arus pemodenan dan dapat bergaul dengan masyarakat di sekeliling dengan baik. Pada permulaan tugasan, saya berasa amat gembira kerana pernah bergiat aktif dalam menjalankan program khidmat masyarakat. Oleh itu, dengan mudah saya dapat mencari bahan yang berkaitan dengan tugasan ini. Malah dengan adanya bantuan daripada rakan-rakan juga dapat meringankan sedikit beban untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik. Selain itu, tugasan ini juga berupaya untuk memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain dalam memastikan sesuatu program berjalan dengan lancar dari permulaan sehingga penghujungnya. Dalam tugasan ini, terdapat empat aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pelajar. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan pelajar untuk mengenalpasti pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam melaksanakan program khidmat masyarakat ini. Berdasarkan tugasan satu, saya telah memilih dua program khidmat masyarakat iaitu lawatan ke rumah anak yatim dan program gotong-royong. Saya telah mencari bahan-bahan berkaitan dengan kedua-dua program ini seperti kertas kerja, gambar dan sebagainya. Hasilnya, saya dapat menyiapkan aktiviti satu dengan sistematik dan kemas. Sepanjang melaksanakan aktiviti dua, saya telah mengenalpasti pendekatan dan kaedah yang digunakan bagi kedua-dua program khidmat msayarakat ini. Hasilnya, pendekatan yang digunakan adalah dengan menanamkan semangat kerjasama dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan kumpulan. Contohnya, ketika melaksanakan program gotong-royong di sekolah, beberapa kumpulan telah diberikan tanggungjawab dan peranan untuk membersihkan kawasan sekolah. Tanpa semangat kerjasama, pasti akan sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Malah, semangat kerjasama juga mampu untuk meningkatkan tahap keupayaan individu yang lain. Oleh itu, semangat kerjasama perlu diterapkan kepada setiap individu agar dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Kelebihan yang terdapat pada tugasan ini ialah berupaya untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menghargai individu yang tidak senasib dengan kita. Selain itu, tugasan ini juga dapat memupuk individu menjadi rakyat yang berguna. Kelemahan yang dikenalpasti dalam tugasan ini ialah pelajar perlu mempunyai pengalaman sendiri dalam mengikuti program khidmat masyarakat. Tanpa pengalaman yang sebenar agak sukar bagi pelajar untuk menghuraikan tentang program khidmat masyarakat ini. Malah, pelajar juga tidak dapat merasai sendiri bagaimana untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan golongan ini. Oleh itu, pelajar perlu merasai sendiri pengalaman dalam melakukan aktiviti yang bertemakan khidmat masyarakat. Kesimpulannya, tuntutan tugasan ini telah menjadikan saya seorang guru proaktif yang mampu melaksanakan tanggungjawab terhadap golongan yang lain. Selain itu, pemerhatian dan hasil bacaan tentang amalan profesionalisme keguruan ini dapat mengubah persepsi saya terhadap golongan anak yatim dan golongan kurang upaya (OKU). Malah, saya berpeluang untuk mendekati golongan ini dengan lebih akrab. Disediakan oleh,MOKTAR BIN KADIR (740414125721)1