iv - fp.utm.my · model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model...

16

Upload: vandiep

Post on 07-Mar-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,
Page 2: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan

izin-Nya dapat pembangun menyiapkan projek sarjana muda sebagai syarat untuk

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas tidak

terhingga kepada Dr Dayang Hjh Tiawa Awang Hj Hamid, selaku penyelia Projek

Sarjana Muda di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan

projek ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada pihak-pihak yang membantu bagi

menyiapkan projek ini terutama kepada pensyarah Jabatan Multimedia Pendidikan,

UTM yang terlibat dalam memberi pandangan dan nasihat. Tidak lupa kepada rakan-

rakan seperjuangan serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam usaha menjayakan projek ini. Ribuan terima kasih kepada kalian semua.

Page 3: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

v

ABSTRAK

Tujuan projek ini dilaksanakan sebenarnya adalah untuk mereka bentuk dan

membangunkan laman web berasaskan pembelajaran kolaboratif dalam talian serta

menyelesaikan beberapa masalah dalam pembelajaran kolaboratif antara pelajar-pelajar

dan memudahkan urusan pensyarah dalam menilai tugasan yang dibuat oleh pelajar.

Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model

Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, fasa

reka bentuk dan fasa pembangunan dan pelaksanaan. Penggunaan perisian Joomla dan

pelantar XAMPP dan dibantu perisian Adobe Photoshop menjadikan laman web ini

lebih menarik. Selain itu, pembangunan laman web ini banyak mendedahkan

pembangun kepada teknologi berkaitan laman web dan menambahkan pengetahuan

dalam membina laman web berbentuk pendidikan yang baik dan berkualiti. Semoga

laman web ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada para pelajar dan

pensyarah.

Page 4: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

vi

ABSTRACT

The aim of the project actually is to design and develop web-based collaborative

learning and solving some problems in collaborative learning between students and

lecturer to facilitate the work done by assessing student. The systematic instructional

design model used in this web site project is Hanaffin and Peck which consists of three

main phases of requirements analysis phase, design phase and development phase and

implementation. The used of Jommla, XAMPP platform and Adobe Photoshop software

make the web site more interesting. Besides that, the development of this web site

expose developer to the relevant technology website and increase knowledge in building

a good and quality educational website. Hopefully this website will help and benefit to

students and lecturers.

Page 5: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.7.1 Pelajar 8

Page 6: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

viii

1.7.2 Pensyarah 9

1.7.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 10

1.8 Definisi dan istilah 10

1.8.1 Web Sosial 10

1.8.2 Kolaboratif 10

1.8.3 Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian 11

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pembelajaran Dalam Talian 13

2.2.1 Kepentingan dan kelebihan Pembelajaran Dalam Talian 15

2.3 Pembelajaran Kolaborasi Dalam Talian 18

2.3.1 Kelebihan Pembelajaran Kolaborasi Dalam Talian 20

2.4 Strategi Dalam Pembelajaran Kolaborasi Dalam Talian 21

2.4.1 Pembelajaran Berpandukan Pelajar 22

2.4.2 Pembelajaran Berpandukan Masalah 24

2.5 Aplikasi Pembelajaran Dalam Talian di Peringkat IPT 26

2.6 Penutup 27

Page 7: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

ix

3 REKA BENTUK LAMAN WEB

3.0 Pendahuluan 28

3.1 Model Pembangunan Laman Web 29

3.2 Pelaksanaan Model Hanaffin & Peck 30

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 30

3.2.1.1 Analisis masalah 31

3.2.1.2 Analisis pengguna 32

3.2.1.3 Analisis kandungan 33

3.2.1.4 Analisis pembangunan 33

3.2.2 Fasa Reka bentuk 34

3.2.2.1 Reka bentuk informasi 34

3.2.2.2 Reka bentuk navigasi 37

3.2.2.3 Reka bentuk persembahan 39

3.2.3 Fasa Pembangunan dan pelaksanaan 41

3.2.4 Penilaian dan Penyemakan 41

3.3 Spesifikasi Keperluan 42

3.4 Penutup 42

4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB

4.1 Pengenalan 43

4.2 Struktur Asas Laman Web 44

4.3 Paparan Home 45

4.4 Menu Profil 49

Page 8: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

x

4.5 Menu Web Master 50

4.6 Menu Penilaian 51

4.8 Menu Video 53

4.9 Penutup 54

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Perbincangan Laman Web 56

5.3 Masalah Yang Dihadapi 57

5.4 Kelebihan Laman Web 58

5.5 Kelemahan Laman Web 59

5.6 Cadangan 59

5.7 Kesimpulan 60

5.8 Penutup 60

RUJUKAN 62

Page 9: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model reka bentuk Hannafin dan Peck 30

3.2 Struktur komposit laman web 36

3.3 Carta alir projek pembelajaran secara kolaboratif dalam talian 38

4.1 Paparan penuh halaman utama laman web “Collabor8” 48

4.2 Paparan bagi menu web master 50

4.3 Paparan halaman depan penilaian pensyarah 52

4.4 Paparan halaman depan penilaian sebaya untuk pelajar 53

4.5 Paparan halaman bagi menu video 54

Page 10: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Selaras usaha kerajaan melahirkan generasi pemimpin yang dinamik,

berkebolehan dan mempunyai nilai modal insan yang tinggi, pengajaran dan

pembelajaran secara tradisional, iaitu hanya berpusatkan guru tidak lagi relevan.

Merujuk kepada perkara tersebut, sistem pendidikan telah disusun semula bagi

menjadikan pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berasaskan pelajar. Melalui

sistem baru ini, pelajar akan mencari maklumat dan ilmu pengetahuan mereka sendiri,

namun tetap menggunakan khidmat bantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator.

Dalam menjadikan pembelajaran lebih baik dan menarik, seiring dengan slogan,

“komunikasi di hujung jari” dan “dunia tanpa sempadan”, para guru telah mula

mengaplikasikan sistem pembelajaran dalam talian, seperti e-learning bagi membantu

proses pengajaran dan pembelajaran. E- learning adalah merupakan salah satu cara

mengaplikasikan pembelajaran dalam talian secara berkesan. Namun, penggunaan

teknologi di kalangan pelajar sekolah adalah masih di tahap awal, di mana pelajar

Page 11: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

2

sekolah kurang didedahkan dengan situasi tersebut. Sebaliknya, bagi pusat pengajian

tinggi awam dan swasta, mereka perlu mula berlumba- lumba mengaplikasikan sistem

pembelajaran ini demi menghasilkan graduan yang berteknologi dan serba boleh.

Dari sudut positif, pembelajaran secara dalam talian memberikan pelbagai

kebaikan dan kemudahan kepada pelajar. Antaranya, penggunaan teknologi multimedia

dalam bidang pendidikan membolehkan informasi dalam jumlah yang besar dapat

disalurkan kepada pelajar (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Selain itu, penggunaan

teknologi juga tidak menetapkan masa dan tempat untuk digunakan, di mana

penggunaannya adalah fleksibel mengikut kesesuaian pelajar itu sendiri (Albion, 1998).

Dengan ini, pelajar bebas memilih waktu dan tempat untuk menjalani proses

pembelajaran mereka bagi mendapatkan hasil pembelajaran yang optimum.

Menurut Longman (2003) pendidikan membawa maksud mendapatkan ilmu,

atau kemahiran melalui pengalaman, pembelajaran atau proses pengajaran. Melalui

maksud ini, pendidikan itu boleh berlaku melalui beberapa cara yang tidak hanya

tertakluk kepada konsep berada di dalam kelas sahaja. Proses pengajaran dan

pembelajaran juga boleh berlaku di luar kelas atau melalui aktiviti- aktiviti yang

dilakukan oleh guru. Antara satu kaedah menjalani proses pendidikan adalah melalui

kaedah pembelajaran secara kolaboratif. Kaedah ini memungkinkan pelajar

mendapatkan ilmu melalui perkongsian idea di dalam satu kumpulan kecil atau besar. Ini

kerana rationaliti pembelajaran secara kolaboratif ini adalah mengenepikan elemen

individualiti daripada proses pembelajaran dan menekankan kepada pembelajaran secara

berkumpulan (Chee and Angela, 2003, muka surat 200).

Selain itu, pembelajaran secara kolaborasi turut menekankan kepada

perhubungan antara ahli kumpulan. Kolaborasi menggalakkan hubungan sosial secara

semulajadi terbentuk. Golub (1988) menyatakan bahawa pembelajaran secara kolaborasi

merupakan jalan utama bagi membenarkan pelajar bercakap bagi menyumbangkan idea

mereka. Ini kerana menurut Golub (1988) pelajar perlu bercakap iaitu berbincang antara

Page 12: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

3

ahli kumpulan kerana pembelajaran itu berlaku melalui perbincangan. Perkara ini turut

disokong oleh Gouveia, L.e Reis, L. (2008) yang menyatakan:

“Group members have interdependent relations with other groups and whose roles in

the group are functions of expectations (internal and external).”

Berbalik kepada penggunaan teknologi di dalam pendidikan. Pelbagai kajian

dilakukan bagi mengkaji keberkesanan pembelajaran dalam talian ini. Lebih- lebih lagi

apabila pembelajaran dalam talian ini disusuli dengan kaedah kolaborasi. Gouveia, L. e

Reis, L. (2008) menyatakan,

“E-learning may provide a better and innovative way to "learning at an accelerated

rhythm" and to "transforming information into knowledge"

E- learning merupakan satu contoh pembelajaran secara dalam talian. Merujuk

kepada penyataan di atas, pembelajaran dalam talian dilihat memberi banyak impak

positif di dalam sistem pembelajaran. Melalui persidangan komputer juga, pelajar dapat

berinteraksi sesama mereka dan juga guru atau fasilitator pada bila-bila masa dan tempat

asalkan terdapat kemudahan komputer dengan capaian internet (Lai Kim Leong, 2007).

Selain itu juga, Wahyu &Yahya (2006) menghuraikan kebaikan lain dalam

mengaplikasikan pembelajaran dalam talian. Antaranya pelajar berpeluang untuk belajar

berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai. Mereka juga tidak lagi perlu

merasa malu untuk bertanya kepada fasilitator mereka. Melalui pembelajaran dalam

talian juga, pelajar dapat mengadakan perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan

teratur. Ini adalah susulan kepada aktiviti pelajar yang tidak terikat kepada perjumpaan

sesama mereka yang mempunyai kekanagan waktu khususnya. Melihat kepada perkara

ini, Laurillard, (1993); Moore, (1993); dan Ramsden, (1992) bersetuju bahawa

pembelajaran kolaboratif dan dalam talian dapat memberikan bantuan positif kepada

pelajar- pelajar. Ini dinyatakan di dalam Exploring Collaborative Online Learning oleh

(Curtis dan Lawson, 2001).

Page 13: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembelajaran secara kolaboratif sebenarnya bukanlah idea baru. Sesungguhnya

ia mungkin kelihatan di mana masyarakat telah lama belajar secara berkumpulan dengan

secara tidak rasmi pada beribu-ribu tahun yang lalu (Roberts, 2004). Malangnya,

walaupun pelbagai kelebihan pembelajaran secara kolaboratif ini dicanang,

penggunaannya masih lagi di peringkat awal (Roberts, 2004). Terdapat 67 kebaikan

yang berbeza yang boleh didapati hasil daripada pembelajaran kolaborasi. Antaranya

adalah dari segi akademik, sosial dan psikologi (Panitz, (1997)). Secara umumnya,

pembelajaran secara kolaborasi bersemuka memerlukan sekumpulan pelajar mencari

atau memilih tempat dan waktu untuk bersama berbincang. Di dalam buku artikel kajian

oleh Bennett (2004) yang merujuk kepada kajian Kimball, (2001), pembelajaran

kolaboratif mengehadkan kepada pelajar sepenuh masa sahaja. Ini adalah ekoran

daripada masalah logistik dalam mencari masa dan ruang untuk pelajar-pelajar bekerja

bersama. Walaubagaimanapun kemunculan teknologi komunikasi berasaskan internet

telah mentransformasikan pembelajaran pada peringkat tinggi terutamanya kepada

pelajar dan guru (Collis, 1996).

Pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif tanpa mengira keadaan geografi

dan sempadan telah menjadi satu isu penting dalam kaedah pembelajaran terutamanya

dalam sistem pendidikan peringkat tinggi di negara kita. Umum tahu bahawa , bilangan

institusi pendidikan tinggi sama ada institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) ataupun

institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di negara kita adalah terhad. Memang ianya

tidak dapat menanggung bilangan pelajar yang semakin meningkat dan memberi

peluang yang sama kepada setiap pelajar yang mempunyai kelayakan untuk melanjutkan

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini telah mewujudkan persaingan yang hebat

untuk memasuki institusi pengajian tinggi.

Selain itu, perubahan demografi pelajar seperti kursus pendidikan jarak jauh dan

kursus pendidikan separuh masa (part-time) menjadi satu aspek yang perlu diberi

perhatian dalam pelaksanaan pembelajaran kolaboratif secara talian kerana ia

Page 14: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

5

menyumbang kepada peningkatan permintaan dari segi penyampaian isi pelajaran yang

lebih fleksibel, memberi keupayaan kepada pelajar supaya lebih komitmen dalam

pembelajaran serta menerima pelajaran tertier yang lebih sempurna (Curtis dan Lawson,

1999). Selain itu, pembelajaran secara kolaboratif dalam talian juga memberi banyak

manfaat kepada pelajar sepenuh masa (full-time) dari segi sifat pembelajaran yang

fleksibel. Kewujudan capaian ke talian juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif di

dalam dan juga di luar bilik darjah.

Pembelajaran ini memerlukan perhatian, bukan sahaja dari pihak pelajar, tetapi

juga tenaga pengajar. Contohnya, bagi tujuan penilaian kerja pelajar, pensyarah yang

ingin menilai hasil kerja kolaboratif pelajarnya perlulah memainkan peranan tertentu dan

sebaliknya. Slavin (1990) telah menyatakan tulang belakang bagi pembelajaran

kolaboratif ialah kesediaan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan konstruktif.

Persekitaran pembelajaran kolaboratif merupakan satu proses yang bukan sahaja

membantu penglibatan aktif tetapi juga akan membantu pelajar meningkatkan keyakinan

diri kerana ia berpotensi membentuk pembelajaran berdikari (independent learning)

(Bennet dan Dunne, 1992). Selain itu, pengajar mempunyai peranan sebagai orang

tengah dalam menentukan kualiti interaksi dan pembelajaran di kalangan pelajar dalam

pembelajaran kolaboratif (Hiltz, 1994; Beaudin, 1999).

Dengan wujudnya pembelajaran secara kolaboratif di dalam talian, pelbagai

kebaikan yang ada pada pembelajaran kolaborasi itu sendiri dipertingkatkan. Antara

kebaikan yang boleh didapati adalah peluang untuk mewujudkan komuniti pembelajaran

dalam talian yang kaya dengan pembelajaran kolaboratif dan membantu proses

pembelajaran orang dewasa yang membolehkan mereka berkongsi pengalaman kerja di

serata dunia (Bonk & Kim, 1998).

Diketahui dalam pembelajaran dan pengajaran secara talian, semua pengguna

dapat memberi idea bersama-sama tanpa mengira demografi dan sikap seseorang itu

hingga tercapai matlamat yang dikehendaki dalam kolaborasi tersebut. Sebagai contoh,

sejak kekurangan peserta dan pelajar yang pemalu cenderung untuk menyertai

Page 15: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

6

pembelajaran dalam talian daripada tradisional persekitaran (Bank & King, 1998;

Chong, 1998; Cooney, 1998). Seperti John Stephenson (2001) yang baru-baru ini

menunjukkan pembelajaran dalam talian mempunyai potensi dalam memberi pelajar

kuasa dan kawalan terhadap pembelajaran mereka.

1.3 Penyataan masalah

Merujuk kepada institut pendidikan sains negara, pembelajaran kolaboratif

adalah merupakan satu pendekatan di dalam pembelajaran dan pengajaran yang

melibatkan sesuatu kumpulan pelajar di mana kumpulan pelajar ini perlu bergabung

tenaga dan idea untuk menyelesaikan masalah yang diberikan bagi mendapatkan sesuatu

hasil. Pembelajaran kolaboratif boleh membantu pelajar mendapatkan idea yang lebih

baik di samping penggunaan kaedah penyelesaian masalah yang berbeza- beza.

Greater outputs simply because of the number of people involved, each with differing

experience, knowledge, points of view and values, a larger number and variety of ideas

for solving a problem can be produced. (Hadler.G, 2005)

Keadaan ini banyak membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi pelajar. Ini

disokong oleh Jonassen (1996) yang dinyatakan oleh Tang Jun Chin (2006) di dalam

Pengaplikasian Pembelajaran Kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran bagi mata

pelajaran bahasa gubahan iaitu pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar

membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran

secara individu. Namun, di sebalik itu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh

pelajar semasa mengasplikasikan pembelajarn secara kolaborasi ini. Cathy Middlecamp

(1997), di dalam laman webnya, Teaching stories, mengumpul beberapa komen pelajar

berkenaan pengaplikasian pembelajaran secara kolaboratif. Antaranya adalah:

Page 16: iv - fp.utm.my · Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,

7

a. Terdapat pelajar yang cuba memonopoli kumpulan.

b. Pelajar tidak terlibat di dalam perbincangan dan menunggu hasil dari pelajar lain

c. Pelajar kurang cemerlang malu untuk mengutarakan idea

d. Tidak menggunakan masa sebaik mungkin, berbincang perkara yang tidak perlu

Antara masalah lain yang dihadapi oleh pelajar dalam melaksanakan

pembelajaran secara kolaborasi adalah masalah kekangan masa. Ini turut disokong oleh

Kimball (2001) di mana, di dalam penyataannya, Kimball menghuraikan bahawa

kekangan masa menyebabkan pembelajaran secara kolaborasi hanya dapat diaplikasikan

di kalangan pelajar yang mengambil pengajian sepenuh masa sahaja.

1.4 Objektif kajian

Membangunkan dan mereka bentuk web sosial bagi pembelajaran kolaboratif

dalam talian mesra pengguna.

1.5 Persoalan kajian

1. Adakah pembangunan web sosial mampu membantu pelajar menghadapi

masalah dalam pembelajaran kolaboratif?