bersistem - malaylanguagecentre.moe.edu.sg ilmu... · menggambarkan dan meneroka alam semesta...

14
Seminar Bahasa Melayu 2018 161 12 Meningkatkan Kemahiran Membaca Teks Naratif Melalui Kaedah Berfikir Secara Bersistem Ghazali Mohamed Ibrahim [email protected] Sekolah Rendah Townsville Abstrak Sebilangan murid Darjah 4 masih belum mampu menceritakan semula peristiwa-peristiwa penting yang terkandung dalam teks naratif yang dibaca. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penerapan kaedah berkir secara bersistem dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman membaca teks naratif di peringkat sekolah rendah. Dalam kajian ini, kaedah pengajaran secara eksplisit telah diterapkan untuk membina pengajaran dan pembelajaran pemahaman membaca teks naratif dengan menggunakan kaedah berkir secara bersistem. Kajian ini melibatkan 18 orang murid Darjah 4 sebagai responden kajian. Berdasarkan dapatan praujian dan pascaujian menunjukkan 100% murid mampu mencapai markah yang lebih baik dalam pascaujian berbanding markah yang diperoleh dalam praujian. Kata Kunci: berkir secara bersistem, pemahaman membaca teks naratif, pengajaran secara eksplisit, penerapan kaedah berkir. PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 161 PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 161 26/2/18 4:12 PM 26/2/18 4:12 PM

Upload: ngodan

Post on 07-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Seminar Bahasa Melayu 2018161

12

Meningkatkan Kemahiran Membaca Teks

Naratif Melalui Kaedah Berfi kir Secara

Bersistem

Ghazali Mohamed [email protected] Sekolah Rendah Townsville

Abstrak Sebilangan murid Darjah 4 masih belum mampu menceritakan semula peristiwa-peristiwa penting yang terkandung dalam teks naratif yang dibaca. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penerapan kaedah berfi kir secara bersistem dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman membaca teks naratif di peringkat sekolah rendah. Dalam kajian ini, kaedah pengajaran secara eksplisit telah diterapkan untuk membina pengajaran dan pembelajaran pemahaman membaca teks naratif dengan menggunakan kaedah berfi kir secara bersistem. Kajian ini melibatkan 18 orang murid Darjah 4 sebagai responden kajian. Berdasarkan dapatan praujian dan pascaujian menunjukkan 100% murid mampu mencapai markah yang lebih baik dalam pascaujian berbanding markah yang diperoleh dalam praujian.

Kata Kunci: berfi kir secara bersistem, pemahaman membaca teks naratif, pengajaran secara eksplisit, penerapan kaedah berfi kir.

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 161PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 161 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018162

PENGENALAN

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kemahiran tersebut merupakan satu proses yang kompleks dan penguasaannya hanya dapat dilakukan melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal. Menurut Smith (1978), membaca merupakan gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem kognitif untuk difahami dan diterjemah.

Smith dan Johnson (1980) pula menyatakan bahawa membaca merupakan satu proses komunikasi kerana dalam sesebuah perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea-idea antara penulis dan pembaca. Justeru itu, seorang pembaca itu tidak dikatakan membaca sekiranya dia tidak berjaya mendapatkan mesej atau apa yang hendak disampaikan oleh penulis di dalam penulisannya. Goodman (1976) juga berpendapat bahawa membaca merupakan proses yang memerlukan seseorang pembaca membina semula mesej yang dirakam oleh penulis dalam bahasa yang bertulis. Beliau menjelaskan bahawa membaca merupakan suatu proses bahasa yang aktif dan amat bergantung kepada keupayaan pembaca untuk membuat ramalan atau menyusun semula maklumat yang hendak disampaikan oleh penulis. Dengan itu, membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke minda iaitu pengalihan mesej daripada penulis kepada pembaca.

Maka dapat dirumuskan bahawa sebelum seseorang pembaca berupaya memahami mesej atau informasi yang hendak disampaikan oleh penulis, pembaca terlebih dahulu perlu melalui proses membaca yang memerlukan pembaca mengaitkan dan mengintegrasi aspek-aspek yang penting. Pertama, pembaca perlu mengesan atau mengenali lambang-lambang atau perkataan-perkataan yang dilihat. Kemudian, pembaca harus mengaitkan lambang-lambang atau perkataan-perkataan itu dengan maknanya. Seterusnya, pembaca perlu menterjemah makna perkataan itu dengan mengaitkannya kepada apa yang telah sedia ada di dalam minda. Akhir sekali, pembaca perlu menghuraikan atau menjelaskan idea-idea yang didapati kepada diri sendiri. Dengan itu, keupayaaan pembaca mengaitkan dan mengintegrasi segala aspek yang penting membenarkan pembaca menghasilkan sebuah pembacaan dengan kefahaman.

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 162PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 162 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018163

Sungguhpun murid-murid telah melalui proses membaca secara bertahap-tahap di sekolah, masih terdapat sebilangan murid peringkat Darjah 4 yang mempunyai masalah menceritakan kembali peristiwa-peristiwa penting yang terkandung dalam teks naratif. Justeru itu, bagi mengatasi masalah yang dialami oleh murid-murid tersebut, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dirombak dengan menerapkan kaedah berfi kir secara bersistem sewaktu membaca.

PERNYATAAN MASALAH

Membaca mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Sebelum matlamat tersebut tercapai, seseorang pembaca seharusnya mempunyai kemahiran mencungkil makna daripada teks yang dibaca. Kingston (1970) berpendapat bahawa pemahaman membaca harus mempunyai kaitan dengan tujuan membaca pembaca itu. Menurut Durkin (1977), pemahaman dalam bacaan adalah penting kerana ia merupakan dorongan yang kuat untuk seseorang itu meningkatkan keupayaan berfi kir. Ia merangsangkan operasi mental dan penjanaan pemikiran. Sekiranya murid-murid membaca tanpa dapat menggerakkan pemikiran mereka ke arah apa yang dibaca, maka mereka masih dianggap belum sampai ke peringkat pemahaman membaca yang sebenarnya.

Safi ah Osman (1990) menyatakan bahawa ada banyak perkara yang boleh menjadi sebab mengapa seseorang pembaca itu gagal memahami dengan baik teks atau petikan yang dibaca. Beliau berpendapat bahawa ada kemungkinan seseorang itu membaca hanya setakat mendapatkan maklumat daripada teks yang dibaca dan tidak mempunyai niat lain daripada itu. Atau mungkin juga pembaca tersebut tidak dapat membuat inferensi atau perkaitan bagi menambahkan pemahamannya terhadap teks yang dibaca. Hal ini berlaku kerana pembaca tidak mempunyai pengetahuan latar yang berkaitan dengan bahan yang dibaca. Oleh itu, pembaca tidak dapat menghubungkaitkan apa yang dibaca dengan maklumat yang sedia ada padanya.

Tay (1979) menjelaskan bahawa pemahaman membaca teks hanya akan tercapai apabila pembaca berupaya mengecam idea daripada petikan yang dibaca, kemudian menceritakan dengan perkataan sendiri bahan bacaan; mengesan isi-isi yang lebih terperinci dan penting serta menyelesaikan soalan-soalan yang ditimbulkan; mencari isi-isi dan berkemampuan merumuskan idea-idea yang dibaca; menyusun idea-idea mengikut urutan dan dapat menghuraikan

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 163PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 163 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018164

bahan yang dibaca berdasarkan pemahaman sendiri.

Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa sebilangan murid peringkat Darjah 4 masih tidak berupaya menceritakan kembali peristiwa-peristiwa penting yang terkandung dalam teks naratif. Lazimnya, murid-murid hanya mampu menceritakan beberapa bahagian cerita yang penting secara ringkas dan tidak berupaya menyusun idea-idea penting mengikut urutan. Mereka juga didapati tidak mempunyai keupayaan untuk menjelaskan dan membuktikan perwatakan bagi watak-watak yang terkandung dalam sesebuah teks naratif. Tinjauan ini menunjukkan bahawa murid berhadapan dengan masalah pemahaman membaca teks naratif. Hal ini membuktikan bahawa murid-murid perlu didedahkan kepada kaedah berfi kir secara bersistem ketika membaca untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca teks naratif.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk:

1. meninjau keupayaan murid mengesan perubahan tingkah laku watak dalam teks naratif;

2. mengenal pasti keupayaan murid menjelaskan sebab bagi perubahan tingkah laku watak; dan

3. meninjau keupayaan murid menceritakan kembali teks naratif yang telah dibaca dengan lebih berkesan.

KAJIAN LEPAS

Klare (1975) menyatakan bahawa dalam menentukan unit yang terpenting dalam pemahaman membaca, pembaca tidak hanya memahami makna satu perkataan tetapi satu unit yang mengandungi satu rangkaian perkataan-perkataan. Dengan itu, untuk memahami mesej pengarang, murid perlu mencari makna daripada rangkaian perkataan-perkataan. Selain merumus makna yang terkandung di dalam rangkaian perkataan-perkataan, murid juga perlu memahami makna yang terkandung di dalam rangkaian perkataan-perkataan yang sebelum atau selepasnya.

Menurut Klare (1975), terdapat empat faktor yang mampu mempengaruhi pemahaman membaca seseorang murid. Faktor yang pertama ialah tahap

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 164PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 164 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018165

pemahaman yang diperlukan. Beliau menjelaskan bahawa tahap pemahaman berkait rapat dengan jenis dan tahap pemikiran seseorang murid. Faktor yang kedua adalah kepanjangan atau jumlah isi penerangan yang diperlukan oleh seseorang murid untuk membaca. Menurut beliau, kebanyakan murid tidak menghadapi masalah apabila membaca cerita pendek. Namun apabila murid diberikan novel yang sama tahap kesusahannya dengan cerita pendek, murid akan mula berhadapan dengan pelbagai masalah kandungan di dalam novel tersebut terlalu banyak untuk diingati. Faktor yang ketiga adalah tahap kesusahan bahan bacaan. Beliau menjelaskan bahawa tahap kesusahan bahan bergantung kepada kepanjangan, kepadatan dan juga bilangan perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan. Menurut Marohaini Yusof (1999) makna perkataan atau semantik merupakan satu faktor yang boleh mempengaruhi pemahaman membaca. Faktor yang terakhir adalah pengetahuan sedia ada murid. Beliau menjelaskan bahawa pengetahuan sedia ada murid menentukan kesediaan murid untuk memahami kandungan cerita yang dibaca.

Selain memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pemahaman membaca seseorang murid, tahap pemahaman membaca murid dapat ditingkatkan dengan mendedahkan murid kepada kemahiran pemahaman membaca secara bertahap-tahap. Menurut Nila Banton Smith (1969), pemahaman merupakan satu kemahiran yang dapat dibahagikan kepada kemahiran-kemahiran kecil dan penguasaan sesuatu kemahiran kecil hanya akan tercapai jika kemahiran kecil sebelumnya telah dikuasai sepenuhnya. Friedman dan Rowls (1980) telah membahagikan kemahiran-kemahiran pemahaman membaca kepada empat tahap iaitu pemahaman literal, pemahaman inferensi, kemahiran penilaian dan aplikasi. Menurut beliau, pada tahap pemahaman literal, pembaca perlu mengingat kembali fakta-fakta konkrit yang ditulis oleh pengarang. Pada tahap pemahaman literal pula, pembaca perlu membuat kesimpulan dengan melalui proses penaakulan berdasarkan fakta-fakta yang terkandung dalam bahan bacaan. Selanjutnya, pada tahap kemahiran penilaian, pembaca perlu membuat perbandingan atau interpretasi satu keadaan dengan satu keadaan yang dijadikan kriteria. Kriteria yang dijadikan bahan pengukur merupakan nilai-nilai pembaca sendiri atau nilai-nilai yang diterima secara umum. Akhir sekali, pada tahap aplikasi, pembaca perlu menggunakan penerangan pengarang dengan tepat dalam konteks yang berbeza-beza.

Setakat ini, tidak terdapat banyak kajian yang memberi tumpuan kepada penggunaan kaedah berfi kir secara bersistem untuk meningkatkan pemahaman

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 165PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 165 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018166

membaca murid. Maka, kajian ini cuba meninjau keberkesanan penerapan kaedah berfi kir secara bersistem dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman membaca teks naratif di peringkat sekolah rendah.

Kaedah Berfi kir Secara Bersistem (Systems Thinking)

Dapatan kajian oleh para pengkaji telah menunjukkan bahawa pendekatan yang komprehensif yang dibentuk dan diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah membantu meningkatkan tahap keberkesanan dan kualiti pembelajaran dan menyumbang kepada perkembangan pengetahuan murid dan kemahiran yang terbentuk daripada kaedah berfi kir secara bersistem dalam aktiviti kognitif mereka.

Pelaksanaan pendekatan yang komprehensif tidak hanya tertumpu pada penjelasan tentang kaedah pembelajaran yang mengandungi huraian yang terperinci tetapi pada penerapannya oleh murid. Penggunaan kaedah yang sistematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyumbang kepada pembentukan sesuatu sistem yang spesifi k. Pendekatan secara bersistem menyumbang kepada corak pendidikan tradisional dan memberi impak kepada tahap intelektual murid.

Menurut Sarybekov (2008), berfi kir secara bersistem membenarkan seseorang menjalin ikatan dengan pelbagai cabang ilmu sains, memahami hukum-hukum sains yang sejagat dan memahami cara alam dan masyarakat berkembang. O’Connor dan McDermott (2008) pula berpendapat bahawa berfi kir secara bersistem merupakan satu pendekatan yang membenarkan seseorang memahami erti di sebalik sesuatu corak atau rentetan peristiwa. Meadows (2010) juga menjelaskan bahawa berfi kir secara bersistem ialah satu kaedah untuk menggambarkan dan meneroka alam semesta dengan mengambil kira bahawa semua perkara berkait dan kaitan tersebut bersifat linear atau lingkaran atau gabungan kedua-dua sifat.

Para pengkaji menjelaskan bahawa adalah penting untuk mendedahkan murid kepada kaedah berfi kir secara bersistem agar mereka dapat memahami cara sesebuah sistem berfungsi dan berubah. Kaedah berfi kir secara bersistem dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan beberapa peralatan seperti graf tingkah laku berpaksi masa, gelung maklum balas, peta kesan dan akibat dan lembaran kerja kumpul dan kategorikan.

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 166PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 166 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018167

Dalam kajian ini, graf tingkah laku berpaksi masa akan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman membaca teks naratif. Graf tingkah laku berpaksi masa digunakan untuk membantu murid lebih fokus ketika meneliti dan mengesan corak perubahan emosi watak-watak dalam sesebuah cerita dan tidak hanya tertumpu pada satu peristiwa sahaja. Selain itu, graf tersebut juga dapat digunakan untuk membantu murid berfi kir secara kritis dan menjelaskan punca dan sebab bagi perubahan emosi watak-watak tersebut. Tambahan lagi, graf yang telah dilakarkan murid dapat digunakan untuk membantu murid merumuskan dan menjelaskan perwatakan watak-watak yang terkandung dalam sesebuah teks naratif.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini bersifat kajian lapangan dan penelitian terhadap maklum balas murid dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan analisis secara kuantitatif dan kualitatif.

Subjek Kajian

Subjek kajian terdiri daripada 18 orang murid Darjah 4 Kelas Bahasa Melayu. Seorang guru bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini. Secara umum, tahap kemahiran pemahaman membaca para murid adalah agak sederhana. Sebelum kajian ini dijalankan, murid sudah dilengkapi dengan pengetahuan asas nahu-nahu tatabahasa bahasa Melayu dan didedahkan kepada strategi membaca.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik bentuk tertutup, graf tingkah laku berpaksi masa dan kertas ujian praujian dan pascaujian. Menurut Openheim (1983), penggunaan soal selidik dapat memberikan persampelan yang lebih tepat. Kebaikan utama menggunakan borang soal selidik adalah jika disediakan dengan baik, ia boleh menghasilkan item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Dalam kajian ini, soal selidik tersebut mengandungi 12 soalan yang berkaitan dengan keupayaan menggunakan formula-formula ketika membina ayat aktif. Soalan-soalan dalam borang soal selidik merupakan soalan tertutup dengan menggunakan skala Likert empat poin, iaitu 1- Sangat Tidak setuju, 2- Tidak Setuju, 3- Setuju dan 4- Sangat setuju.

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 167PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 167 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018168

Satu lagi instrumen kajian ialah graf tingkah laku berpaksi masa yang diperkenalkan kepada murid melalui pendekatan pengajaran eksplisit. Dalam kajian ini, bilangan graf yang perlu dilakarkan oleh murid bergantung kepada bilangan watak yang terkandung dalam teks naratif.

Instrumen kajian yang terakhir digunakan ialah praujian dan pascaujian. Ujian merupakan suatu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat responden sebelum dan selepas kajian. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tiga teknik iaitu penyoalan secara terbuka, aneka pilihan dan pilihan benar-tidak benar bagi menguji tahap pemahaman membaca murid Darjah 4. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1984), teknik menguji pemahaman membaca adalah penyoalan secara terbuka, aneka pilihan, pilihan benar-tidak benar dan kloz. Ujian tersebut digunakan untuk mendapatkan hasil bagi tujuan penilaian terhadap keberkesanan penggunaan kaedah berfi kir secara bersistem dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman membaca teks naratif.

Prosedur Kajian

Kajian ini dijalankan selama enam minggu pada semester ketiga 2017. Sebelum usaha intervensi diljalankan, murid dikehendaki membaca cerita pendek ‘Tenggang’. Sejurus itu murid dikehendaki menduduki praujian. Murid perlu menjawab lima soalan terbuka, lima soalan aneka pilihan dan lima soalan pilihan benar-tidak benar.

Setelah praujian dijalankan, pengkaji telah memilih dua teks naratif yang bertajuk ‘Bawang Putih Bawang Merah’ dan ‘Batu Belah Batu Bertangkup’ sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dalam kajian ini, pengkaji telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pemahaman membaca teks naratif dengan menggunakan kaedah berfi kir secara bersistem melalui pendekatan pengajaran secara eksplisit. Pengkaji telah menunjukkan kepada murid cara membaca teks naratif sambil melakarkan graf tingkah laku berpaksi masa. Menurut Kamil (2008), guru perlu menunjukkan kepada murid cara mengaplikasi teknik yang telah mereka pelajari dengan menggunakan beberapa teks naratif dan guru perlu memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk mencuba mengaplikasi teknik tersebut secara sendirian atau berkumpulan.

Pendekatan pengajaran secara eksplisit merupakan suatu pendekatan yang dapat membantu murid terutama murid yang berprestasi rendah

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 168PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 168 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018169

memperoleh kemahiran dan pengetahuan bahasa secara sedar apabila guru memberikan arahan secara jelas dan berstruktur. Goeke (2008) menjelaskan bahawa pengajaran secara eksplisit sesuai digunakan apabila data penilaian murid menunjukkan bahawa murid belum menguasai sesuatu kemahiran asas, strategi dan kandungan.

Pada akhir minggu keenam, pengkaji meminta murid mengaplikasi kaedah berfi kir secara bersistem dengan menggunakan teks naratif ‘Tenggang’. Sejurus itu, pascaujian yang mengandungi bilangan soalan dan bentuk soalan yang serupa dengan praujian telah dilaksanakan. Praujian dan pascaujian dijalankan untuk melihat peningkatan tahap pemahaman membaca teks naratif dengan menggunakan kaedah berfi kir secara bersistem. Setelah usaha intervensi dijalankan, murid dikehendaki melengkapkan borang soal selidik yang mengandungi lima soalan.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini akan membentangkan analisis dapatan kajian secara kuantitatif bagi 18 orang murid. Analisis bahagian ini berasaskan data soal selidik bentuk tertutup yang mengandungi 12 soalan dan data praujian dan pascaujian.

Dapatan Soal Selidik

Berdasarkan analisis dapatan soal selidik, terdapat beberapa perkara penting yang berjaya dicungkil tentang tahap pemahaman membaca murid setelah menggunakan kaedah berfi kir secara bersistem. Berikut diperturunkan Jadual 1 yang menunjukkan frekuensi tahap pemahaman membaca murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 18 orang murid iaitu 100% mempercayai bahawa mereka berupaya memahami kandungan cerita yang dibaca dengan berpandukan graf tingkah laku berpaksi masa yang telah dipelajari melalui pengajaran secara eksplisit. Ini jelas terlihat bagi soalan S1. Murid memberi maklum balas yang sangat baik bagi S1, iaitu 11.1% menyatakan ‘Setuju’ dan 88.9% murid menyatakan ‘Sangat Setuju’.

Bagi soalan S2, 50.0% murid menyatakan ‘Sangat Setuju’ dan 38.9% murid menyatakan ‘Setuju’. Hal ini bermakna masih terdapat 11.1% murid yang masih belum mengingati semua watak dalam cerita. Bagi soalan S3 pula, 44.45% murid menyatakan ‘Sangat Setuju’ dan 44.45% murid menyatakan ‘Setuju’. Hal ini

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 169PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 169 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018170

menunjukkan bahawa masih terdapat 11.1% murid yang belum dapat mengesan perubahan tingkah laku watak dalam cerita yang baca. Selanjutnya, bagi soalan S4 seramai 44.4% murid menyatakan ‘Sangat Setuju’ dan 22.2% murid menyatakan ‘Setuju’. Hal ini menjelaskan bahawa 33.4% murid masih belum mampu menjelaskan sebab bagi perubahan tingkah laku watak. Bagi S5 pula, 50.0% murid menyatakan ‘Sangat Setuju’ dan 27.8% murid menyatakan ‘Setuju’. Hal ini menjelaskan bahawa 22.2% murid masih belum mampu menceritakan kembali teks naratif yang telah dibaca dengan yakin. Sungguhpun demikian, secara keseluruhan dapatan daripada soal selidik ini menunjukkan bahawa tahap pemahaman membaca murid meningkat setelah didedahkan kepada kaedah berfi kir secara bersistem.

Jadual 1: Peratusan Maklum Balas Murid

Bil Pernyataan 1 2 3 4

S1 Saya memahami kandungan cerita yang dibaca.

0 0 11.1 88.9

S2 Saya dapat mengingati semua watak dalam cerita.

0 11.1 38.9 50

S3 Saya dapat mengesan perubahan tingkah laku watak dalam cerita yang saya baca.

0 11.1 44.45 44.45

S4 Saya dapat menjelaskan sebab bagi perubahan tingkah laku watak.

0 33.4 22.2 44.4

S5 Saya dapat menceritakan kembali teks naratif yang telah dibaca dengan yakin.

0 22.2 27.8 50

Dapatan Penilaian Praujian dan Pascaujian

Berdasarkan dapatan penilaian praujian dan pascaujian, Jadual 2 diperturunkan untuk menunjukkan tahap pemahaman membaca murid dengan menggunakan kaedah berfi kir secara bersistem.

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 170PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 170 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018171

Jadual 2: Penganalisisan Markah Praujian dan Pascaujian Murid

Markah Praujian

(20 markah)

Markah Pascaujian (20 markah)

Perbezaan Markah

Peratusan Peningkatan

P5ML01 16 20 + 4 20

P5ML02 12 18 + 6 30

P5ML03 14 16 + 2 10

P5ML04 14 18 + 4 20

P5ML05 8 12 + 4 20

P5ML06 11 16 +5 25

P5ML07 12 18 +6 30

P5ML08 8 11 +3 15

P5ML09 14 16 +2 10

P5ML10 16 20 +4 20

P5ML11 7 11 +4 20

P5ML12 17 20 +3 15

P5ML13 15 20 +5 25

P5ML14 11 18 +7 35

P5ML15 13 17 +4 20

P5ML16 8 12 +4 20

P5ML17 8 11 +3 15

P5ML18 7 13 +6 30

Berdasarkan pencapaian keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa 18 murid iaitu 100% telah mencapai markah yang lebih baik dalam pascaujian berbanding markah yang diperoleh dalam praujian. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah berfi kir secara bersistem yang diajarkan secara eksplisit dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman membaca teks naratif telah berjaya diaplikasikan oleh murid.

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 171PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 171 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018172

Jadual 3 dan Jadual 4 diperturunkan untuk menunjukkan peratusan murid yang lulus dalam praujian dan pascaujian.

Jadual 3: Taburan Markah Praujian

Julat Markah 0-5 6-10 11-15 16-20

Bilangan Murid 0 6 10 2

Peratusan 0% 38.9% 50.0% 11.1%

Jadual 4: Taburan Markah Pascaujian

julat markah 0-5 6-10 11-15 16-20

Bilangan Murid 0 0 6 12

Peratusan 0% 0% 33.3% 66.7%

Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan bahawa 100%, iaitu 18 murid lulus dalam pascaujian berbanding dengan 61.1%, iaitu 10 murid yang lulus dalam praujian. Terdapat juga seramai 11.1% murid, iaitu 2 murid memperoleh markah antara 16 hingga 20 dalam pascaujian berbanding dengan 66.7.5% murid iaitu 12 murid yang meraih memperoleh markah antara 16 hingga 20.

Dapatan kajian kuantitatif yang dijelaskan di atas ternyata menunjukkan bahawa murid berjaya menguasai kemahiran pemahaman membaca teks naratif dengan menggunakan kaedah berfi kir secara bersistem yang diajar melalui pendekatan pengajaran secara eksplisit.

KESIMPULAN

Kaedah berfi kir secara bersistem yang diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran pemahaman membaca ternyata mampu meningkatkan tahap pemahaman membaca teks naratif dalam kalangan murid sekolah rendah. Graf tingkah laku berpaksi masa yang diperkenalkan kepada murid berupaya membantu mereka memahami kandungan teks naratif yang telah dibaca. Graf tersebut juga membantu murid mengesan dan menjelaskan perubahan tingkah laku bagi setiap watak yang terkandung dalam teks naratif. Selain itu, graf tersebut juga membantu murid memantau pembelajaran mereka dan menggalakkan

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 172PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 172 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018173

mereka melakukan penilaian kendiri. Pendekatan pengajaran secara eksplisit yang diterap dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman membaca teks naratif turut membantu murid meningkatkan tahap pemahaman membaca teks naratif secara bertahap-tahap.

RUJUKAN

Abdul Ghafar M.D. (1993). Meningkatkan Keberkesanan Dalam Penulisan Pembacaan, dan Pemahaman. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Johnson D.D. dan Pearson D.P. (1978). Teaching Reading and Reading Vocabulary. New York: Holt, Rinehart dan Winston.

Henning D.G. (1993). Reading with meaning. New Jersey: Prentice Hall.

Rubin D. (1993). A practical approach to teaching reading. Boston: Allyn & Bacon.

May F.B. (1990). Reading as Communication. Ohio: Merrill Publication Company.

Goodman. M. and Karash. R. (1995). Six steps to thinking systemically. The Systems Thinker. 6(2).

Robinson H.A. (1978). Teaching reading And study strategies: The Content Area. Boston: Allyn and Bacon.

Joffe I.L. (1980). Opportunity For skinful reading. California: Wadsworth Publishing Company.

Kamil, M. L., Borman, G. D., Dole, J., Kral, C. C., Salinger, T., and Torgesen, J. (2008). Improving adolescent literacy: Effective classroom and intervention practices. Washington, DC: National Center for Education Evaluation and Regional Assistance, Institute of Education Sciences, U.S. Department of Education.

Marohaini Yusof (1989). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman. Kuala Lumpur. Karya Bistari.

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 173PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 173 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM

Seminar Bahasa Melayu 2018174

McNeil J.D. (1992). Reading Comprehension: New directions for classroom practice. New York: Harper Collins Publishers.

Reshetova Z. A. (1985). Psychological foundations of professional education. Moscow. Publisher Moscow University.

Safi ah Osman (1990). Peningkatan kemahiran membaca dalam Safi ah Karim (ed.) membaca : Satu pengenalan. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd.

Sharon J. Crawley & Lee H. Mountain (1988). Strategies For guiding content reading. Boston: Allyn & Bacon, Inc.

Shragina, L. I. (2010). System thinking in the context of pedagogics and psychology. Technology development of creativity. Kyiv: Shk.

PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 174PAPER 10-12 (pages140-174)-EE.indd 174 26/2/18 4:12 PM26/2/18 4:12 PM