item soalan

6
B) Soalan Subjektif untuk UPSR 2008; kenalpasti kemahiran proses sains yang dinilai dalam setiap soalan. KEMAHIRAN PROSES SAINS SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5 a b c d a b c d a b c d a b c d a b MEMERHATI / MERAMAL / / / MEMBUAT HIPOTESIS / / / BERKOMUNIKASI MEMBUAT INFERENS / / MENGAWAL PEMBOLEH UBAH / / / / MENGEKSPERIMEN / MENGELAS MENTAFSIR DATA / / / MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR MENDEFINISI SECARA OPERASI /

Upload: wan-man

Post on 29-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

item soalan

TRANSCRIPT

B) Soalan Subjektif untuk UPSR 2008; kenalpasti kemahiran proses sains yang dinilai dalam setiap soalan.KEMAHIRAN PROSES SAINS

SOALAN 1SOALAN 2SOALAN 3SOALAN 4SOALAN 5

abcdabcdabcdabcdab

MEMERHATI/

MERAMAL///

MEMBUAT HIPOTESIS///

BERKOMUNIKASI

MEMBUAT INFERENS//

MENGAWAL PEMBOLEH UBAH////

MENGEKSPERIMEN/

MENGELAS

MENTAFSIR DATA///

MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

MENDEFINISI SECARA OPERASI/

RUMUSAN Dalam sistem pendidikan penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Selain tujuan yang dinyatakan di atas, penilaian juga penting dalam menentukan kesediaan pelajar untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru. Penilaian ini dijalankan guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, yang dibuat melalui pemerhatian ke atas keadaan fizikal pelajar, seperti tangan, mata, jari-jemari dan penumpuan pelajar kepada guru. Daripada maklumat yang diperoleh, guru boleh menelah tahap kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan pelajar adalah amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai keyakinan dan keupayaan asas untuk mengikuti sesi pengajaran dan seterusnya memudahkan mereka menguasai kemahiran yang hendak diajar.

Hasil penilaian juga dapat memberikan input kepada guru tentang keberkesanan pengajarannya. Penilaian yang merangkumi pentaksiran formatif iaitu pentaksiran yang berasaskan suatu jenis ujian formal atau tidak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan pembelajaran murid, tujuannya adalah untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahannya secara semerta. Selain itu, pentaksiran sumatif ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian murid dalam sesuatu peringkat persekolahan yang bertujuan mengesan pencapaian berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid. Akhir sekali ialah dalam penilaian untuk aras kognitif Taksonomi Bloom.

Taksonomi Bloom merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi. Ketiga-tiga jenis penilaian ini akan meningkatkan lagi proses penilaian guru dalam pengajaran dan pembelajaran supaya guru boleh mengenal tahap penguasaan muridnya dan seterus membantu guru mengajar dengan berkesan.

Dengan analisis aras kesukaran Taksonomi Bloom, analisis kesahan kandungan dan kemahiran proses sains membantu guru mengenalpasti untuk membina item-item soalan yang dimana soalan-soalan itulah yang akan menguji para murid.

REFLEKSI OLEH: WAN MOHAMAD AIMAN AZRI BIN WAN YUSOFF

Alhamdulilah syukur keHadrat Ilahi atas nikmat kesihatan kerana diberi kelapangan masa utuk menyiapkan tugasan kerja kursus Penilaian Dalam Pengajaran Sains untuk subjek elektif sce3113E. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Latiff bin Hamzah iaitu pensyarah sains yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang melaksanakan kerja kursus ini dan tidak lupa juga kepada rakan kumpulan saya iaitu Muhammad Nazif bin Rusli kerana kami bersama-sama bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan ini kerana tugasan ini diberikan secara satu kumpulan.

Pada saya, tugasan ini cukup membantu saya dalam menilai murid saya dalam mata pelajaran sains. Tugasan pertama yang memerlukan saya mendapatkan beberapa contoh kertas ujian awam di sekolah membantu saya untuk lebih memahami teknik penyoalan dalam peperiksaan.Saya dapat melihat bahawa setiap soalan yang disoal cukup menekankan dan mengikut aras kemahiran kognitif Taksanomi Bloom daripada aras pengetahuan kepada aras penilaian. Melalui cara ini, soalan yang digubal lebih adil kepada murid untuk menduduki peperiksaan sama ada murid cemerlang mahu pun murid yang lemah.

Selain itu, saya juga dapat meneliti dengan lebih baik akan kemahiran proses sains yang digunakan sebagai panduan dalam menggubal soalan. Dalam pengajaran saians, KPS amatlah ditekankan bagi melahirkan murid yang menghargai Sains. Pada saya, penggubalan soalan yang berasaskan kepada KPS banyak memberi kemudahan kepada guru dalam menilai setiap individu murid mereka.

Setiap yang jernih pasti ada yang keruhnya. Saya terpaksa meluangkan banyak masa untuk menyiapkan kerja kursus ini sebelum kami cuti sem kerana selepas cuti kami dikehendaki untuk menjalankan PBS selama satu minggu. Oleh yang demikian sedikit sebanyak menggangu masa rehat saya yang terpaksa dikorbankan sedikit untuk memnyiapkan tugasan ini. Masalah dalam mendapatkan maklumat yang saya fikir merupakan satu masalah yang seringkali menghantui setiap kali kami melakukan tugasan masih lagi terus berhantu. Walauapapun berkat pengalaman dan kerajinan masalah ini dapat diatasi dengan baik. Pada saya, tugasan sebegini banyak membantu saya dalam kesediaan untuk menjalankan tugas saya sebagai seorang guru pada masa akan datang. Semoga tugasan sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

PENDAHULUAN Pengetahuan yang mantap tentang pentaksiran dan penilaian bagi guru sains adalah sangat penting. Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.

Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.

Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.