analisis item

28
1 SME 6034 ASSESSMENT IN MATHEMATICS LEARNING TUGASAN 3 MEMBINA SOALAN ANEKA PILIHAN NAMA NOMBOR MATRIK LOK YIAN LIN M20141000936 PENSYARAH : DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH

Upload: lok

Post on 13-Feb-2016

128 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

analisis item objektif

TRANSCRIPT

Page 1: analisis Item

1

SME 6034 ASSESSMENT IN MATHEMATICS LEARNING

TUGASAN 3

MEMBINA SOALAN ANEKA PILIHAN

NAMA NOMBOR MATRIK

LOK YIAN LIN M20141000936

PENSYARAH :

DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH

Page 2: analisis Item

2

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1 Pengenalan 3

2 Jadual Spesifikasi Ujian 4

3 Indeks Kebolehpercayaan Ujian 6

4 Nilai Indeks Kesukaran dan Nilai Indeks Diskriminasi 8

4.1 Nilai Indeks Kesukaran 8

4.2 Nilai Indeks Diskriminasi 9

5 Analisis Pengganggu 12

6 Penentuan Item yang dibina 20

6.1 Item yang perlu disingkirkan 20

6.2 Item yang perlu diperbaiki 22

6.3 Item yang boleh disimpan 23

7 Perbandingan Aras Kesukaran Item dengan Hasil Analisis 24

8 Penutup 27

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 3: analisis Item

3

1 PENGENALAN

Pembinaan soalan untuk menguji tahap pencapaian murid merupakan salah satu kemahiran

yang perlu dikuasai oleh seseorang guru. Dalam laporan ini, tajuk kuasa dua, punca kuasa

dua, kuasa tiga dan punca kuasa tiga tingkatan dua dipilih untuk pembinaan item soalan.

20 soalan aneka pilihan akan dibina mengikut aras kesukaran Taksonomi Bloom. Selain

itu, Jadual Spesifikasi Ujian dibina berdasarkan 5 soalan mudah, 10 soalan sederhana dan

5 soalan sukar. Soalan yang dibina telah ditadbirkan kepada 30 orang murid. Berdasarkan

jawapan murid, laporan ini akan membincang nilai indeks kesukaran dan nilai indeks

diskriminasi. Selain itu, pengganggu akan ditentukan sama ada berfungsi atau tidak serta

tentukan sama ada soalan yang dibina dapat disimpan dalam bank soalan, perlu

diperbetulkan atau dibuang. Kebolehpercayaan ujian juga akan dikira dengan

menggunakan kaedah Kuder Richardson 21. Aras kesukara item yang dirancang juga akan

dibandingkan dengan hasil analisis.

Page 4: analisis Item

4

2 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Dalam proses pembinaan item soalan matematik, guru perlu menyediakan jadual spesifikasi

ujian. Jadual ini perlu berpandukan objektif pengajaran dan objektif pengajaran berpandukan

sukatan pelajaran (Mohamad Najib, 2011).

Mengikut Bloom, terdapat enam tahap kognitif yang perlu diberikan pemberatan, iaitu

pengetahuan, pemahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian. Kesemua tahap perlu

diberi penekanan. Dalam Jadual spesifikasi ujian yang dibina, tahap kognitif telah dibehagikan

kepada tiga tahap iaitu mudah, sederhana dan sukar. Tahap mudah merupakan tahap

pengetahuan dan pemahaman, manakala tahap sederhanan adalah penggunaan dan analisis

serta tahap sukar adalah tahap sintesis dan penilaian dalam Taksonomi Bloom.

Page 5: analisis Item

5

Jadual 2.1: Jadual Spesifikasi Ujian

Tajuk : Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca kuasa tiga

Petunjuk

1 – Mudah 2 – Sederhana 3 – Sukar

KEMAHIRAN 1 2 3

1. Kuasa Dua Nombor

1.1 Menyatakan kuasa dua suatu nombor

1.2 Menentukan kuasa dua suatu nombor

1.3 Menganggar kuasa dua suatu nombor

1.4 Menentukan kuasa dua nombor menggunakan kalkulator

1.5 Menyenaraikan kuasa dua sempurna

1.6 Menentukan kuasa dua sempurna

1.7 menyelesaikan masalah melibatkan kuasa dua nombor

2 3 1

2. Punca Kuasa Dua Nombor

2.1 Menyatakan punca kuasa dua suatu nombor positif

2.2 Menetukan punca kuasa dua kuasa dua sempurna

2.3 menentukan punca kuasa dua suatu nombor

2.4 Mendarab dua punca kuasa dua

2.5 Menganggar punca kuasa dua nombor

2.6 Menentukan punca kuas dua suatu nombor menggunakan kalkulator

2.7 Menyelesaikan masalah melibatkan kuasa dua dan punca kuasa dua

1 3 1

3. Kuasa Tiga Nombor

3.1 Menyatakan kuasa tiga suatu nombor

3.2 Menentukan kuasa tiga suatu nombor

3.3 Menganggar kuasa tiga suatu nombor

3.4 Menyelesaikan masalah melibatkan kuasa tiga nombor

1 2 1

4. Punca Kuasa Tiga Nombor

4.1 Menyatakan punca kuasa tiga suatu nombor

4.2 Menentukan punca kuasa tiga suatu nombor

4.3 Menganggar punca kuasa tiga suatu nombor

4.4 Menentukan punca kuasa tiga suatu nombor menggunakan kalkulator

4.5 Menyelesaikan masalah melibatkan kuasa tiga dan punca kuasa tiga

4.6 Operasi terhadap kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan punca kuasa

tiga

1 2 2

Page 6: analisis Item

6

3 INDEKS KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak

diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Indeks kebolehpercayaan digunakan bagi

menunjukkan ketelakalan sesuatu ujian. Menurut Shamsina (2013), sekurang-kurangnya

nilai indeks kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang digubal boleh

dipercayai.

Kaedah Kuder Richardson digunakan untuk menentukan nilai kebolehpercayaan

dengan menggunakan ujian sahaja. Kaedah ini sentiasa digunakan untuk ujian kognitif bilik

darjah. (Mohamad Najid, 2011).

Dalam laporan ini, kaedah Kuder Richardson 21 (KR 21) telah digunakan untuk

mengira indeks kebolehpercayaan ujian yang telah dibina. Formula KR 21 adalah seperti

berikut:

𝑃𝐾𝑅21 =𝑘

𝑘 − 1[1 −

𝜇(𝑘 − 𝜇)

𝑘𝜎2]

dimana, 𝑘 − 𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑆𝑜𝑎𝑙𝑎𝑛

𝜇 − 𝑝𝑜𝑝𝑢𝑙𝑎𝑠𝑖 min 𝑠𝑘𝑜𝑟

𝜎2 − 𝑉𝑎𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑎𝑟𝑘𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑

Jadual 3.1 Senarai Jumlah Markah Murid

Murid Jumlah

Markah

Murid Jumlah

Markah

Murid Jumlah

Markah

1 20 11 18 21 16

2 19 12 17 22 15

3 19 13 17 23 14

4 19 14 17 24 14

5 19 15 17 25 13

6 19 16 16 26 13

7 19 17 16 27 12

8 19 18 16 28 12

9 18 19 16 29 11

10 18 20 16 30 11

Page 7: analisis Item

7

Berdasarkan Jadual 3.1, min dan sisihan piawai telah dikira dengan menggunakan

Microsoft exel. Min yang didapati adalah 16.20 manakala sisihan piawai adalah 2.64. Indeks

kebolehpercayaan telah dikira dengan menggunakan kaedah KR 21 adalah seperti berikut:

𝑃𝐾𝑅21 =𝑘

𝑘 − 1[1 −

𝜇(𝑘 − 𝜇)

𝑘𝜎2]

=20

20−1[1 −

16.20(20−16.20)

20(2.642)]

=20

20−1[1 −

16.20(3.8)

139.4]

=20

19[1 −

61.56

139.4]

=20

19[1 − 0.5584]

= 0.59

Indeks kebolehpercayaan yang dikira adalah 0.59. Nilai indeks ini adalah kurang

daripada 0.75. Ini bermakna tahap kebolehpercayaan ujian ini adalah kurang memuaskan.

Faktor yang menyebabkan indeks kebolehpercayaan ujian ini kurang memuaskan adalah situasi

dan masa ujian yang dijalankan tidak piawai, tidak serupa dan tidak terkawal. Tambahan pula,

item yang dibina adalah sangat mudah bagi murid yang menjawab ujian ini. Selain itu,

kemungkinaan terdapat arahan dan soalan yang tidak jelas telah mengelirukan murid. Oleh

yang demikian, item soalan bagi ujian ini perlu diubahsuai dan pentadbiran situasi dan masa

ujian perlu dikawal lebih sistematik.

Page 8: analisis Item

8

4 NILAI INDEKS KESUKARAN DAN NILAI INDEKS DISKRIMINASI

4.1 Nilai Indeks Kesukaran

Menurut Mohamad najib (2011), aras kesukaran butiran merujuk kepada kesukaran pelajar

menjawab butiran berdasarkan perbandingan antara mereka. Aras tersebut dihitung

daripada jumlah murid daripada kumpulan tinggi dan rendah yang mendapat jawapan yang

betul.

Formula indeks kesukaran adalah seperti berikut:

Aras Kesukaran =𝑇+𝑅

𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑

T – Jumlah murid dalam kumpulan tinggi yang menjawab betul

R – Jumlah murid dalam kumpulan rendah yang menjawab betul

Penentuan nilai indeks kesukaran adalah seperti berikut:

Jadual 4.1 Tafsiran nilai indeks kesukaran

Nilai P Penjelasan

p ≥ 75% Sangat mudah

p ≥ 70% Mudah

30% ≤ p ≤ 70% Sederhana sukar hingga sederhana mudah (disyorkan)

p < 30% Sukar

p < 25% Sangat sukar

Page 9: analisis Item

9

4.2 Nilai Indeks Diskriminasi

Menurut Mohamad najib (2011), Indeks diskriminasi merujuk kepada keupayaan sejauh

mana butiran boleh membezakan murid berpencapaian tinggi daripada murid

berpencapaian rendah. Setiap butiran yang baik harus boleh dijawab dengan betul oleh

kumpulan tinggi. Sebaliknya kumpulan rendah memberikan jawapan yang salah.

Formula indeks diskriminasi adalah seperti berikut:

Aras Diskriminasi =(𝑇−𝑅)

𝑆𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑎𝑡𝑢 𝑘𝑢𝑚𝑝𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑏𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑

T – Jumlah murid dalam kumpulan tinggi yang menjawab betul

R – Jumlah murid dalam kumpulan rendah yang menjawab betul

Jadual 4.2 Cadangan memilih item berdasarkan indeks diskriminasi

Nilai D Penjelasan Cadangan

0.40 atau lebih Diskriminasi positif yang

sangat tinggi

Simpan item itu kecuali

kesilapannya ketara

0.30 hingga 0.39 Diskriminasi positif yang tinggi Item kemungkinan perlu dikaji

dan betulkan kesilapan

0.20 hingga 0.29 Diskriminasi positif yang

sederhana

Kaji dan betulkan kesilapan

0.00 hingga 0.19 Diskriminasi positif yang

rendah

Item boleh dibuang atau ditulis

semula

D negatif Murid kumpulan rendah

memilih jawapan betul

melebihi murid kumpulan

tinggi

Item boleh dibuang

Analisis indeks kesukaran dan indeks diskriminasi akan dibincangkan berdasarkan

Jadual 4.3. Setiap item akan dibincang mengikut klasifikasi nilai seperti yang ditunjukkan

dalam Jadual 4.1 dan Jadual 4.2.

Page 10: analisis Item

10

Jadual 4.3 Keputusan Peratus Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

No.

Item

No.

Murid

dalam

kumpulan

tinggi

yang

menjawab

betul

(T)

No. Murid

dalam

kumpulan

rendah

yang

menjawab

betul

(R)

T+R

Indeks

Kesukaran,

P

T-R

Indeks

Diskriminasi,

D

Catatan

1 15 14 29 97% 1 0.07

2 15 15 30 100% 0 0.00

3 15 15 30 100% 0 0.00

4 14 15 29 97% -1 -0.07

5 15 15 30 100% 0 0.00

6 9 4 13 43% 5 0.33

7 9 6 15 50% 3 0.20

8 5 10 25 83% 5 0.33

9 15 12 27 90% 3 0.20

10 14 9 23 77% 5 0.33

11 6 3 9 30% 3 0.20

12 15 14 29 97% 1 0.07

13 15 15 30 100% 0 0.00

14 15 13 28 93% 2 0.13

15 15 14 29 97% 1 0.07

16 14 5 19 63% 9 0.60

17 14 8 22 73% 6 0.40

18 15 5 20 67% 10 0.67

19 15 6 21 70% 9 0.60

20 15 13 28 93% 2 0.13

Page 11: analisis Item

11

Berdasarkan Jadual 4.3, didapati 14 item adalah sangat mudah, iaitu item 1, 2, 3, 4, 5,

8, 9, 10, 12, 13, 14, 15, 17 dan 20. Nilai kesukaran bagi item-item ini adalah lebih atau

sama dengan 75%. Item-item ini adalah agak sangat mudah kerana ramai murid daripada

pencapaian rendah juga dapat menjawab dengan betul dan hampir semua murid yang

berpencapaian tinggi dapat menjawab dengan betul.

Item 19 adalah soalan mudah kerana indeks kesukaran adalah 70%. Item 19 ini adalah

dikira soalan mudah kerana terdapat separuh daripada murid yang berpencapaian rendah

dapat menjawab dengan betul. Manakala semua murid yang berpencapaian tinggi dapat

menjawab dengan betul.

Indeks kesukaran bagi item 6, 7, 11, 16 dan 18 adalah soalan sederhana sukar hingga

sederhana mudah. lima soalan ini adalah disyorkan untuk digunakan dalam ujian. Item-

item ini agaknya sederhana kerana terdapat sebilangan murid yang berpencapaian tinggi

juga tidak dapat menjawab dengan betul.

Indeks diskriminasi digunakan untuk membezakan keupayaan murid yang

berpencapaian tinggi dengan murid yang berpencapaian rendah. Berdasarkan Jadual 4.3,

didapati item 4 mendapatkan nilai D kurang daripada 0 iaitu -0.07. Diskriminasi bagi item

ini adalah negatif kerana terdapat murid yang bercapaian rendah memilih jawapan betuk

melebihi murid yang bercapaian tinggi. Item 1, 2, 3, 5, 12, 13, 14, 15 dan 20 mendapatkan

nilai diskriminasi yang rendah iaiatu nilai D adalah diantara 0.00 hingga 0.19. Item-item

ini adalah kurang baik dan perlu dibuang atau ditulis semula.

Item 7, 9 dan 11 mempunyai diskriminasi yang sederhana. Nilai D bagi item-item ini

adalah berada di antara 0.20 hingga 0.29. Item-item ini boleh diguna tetapi perlu dikaji dan

betulkan kesilapan. Item 6, 8 dan 10 mempunyai nilai D di antara 0.30 hingga 0.39. Item-

item ini adalah diskriminasi positif yang tinggi dan item kemungkinaan perlu dikaji dan

betulkan kesilapan.

Item 16, 17, 18 dan 19 merupakan item yang diskriminasi positif yang sangat tinggi.

Nilai D adalah 0.40 atau lebih. Item-item ini boleh disimpan kecuali berlaku kesilapan

ketara.

Page 12: analisis Item

12

5 ANALISIS PENGGANGGU

Pengganggu perlu dianggap sebagai bahagian yang penting bagi setiap item aneka pilihan.

Kualiti pengganggu akan mempengaruhi pencapaian calon dalam ujian (Shamsina, 2013).

Dalam bab ini, pengganggu akan dianalisis mengikut item.

Jadual 5.1 Analisis Pengganggu Item 1

No. Item Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

1 Tinggi

Rendah

0

0

0

1

15

14

0

0

Jawapan : C

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 1 ialah respons A, B dan D. Respons

A dan D perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah

memilih respons A dan D. Manakala respons B boleh dikekalkan kerana terdapat seorang

murid daripada kumpulan bercapaian rendah memilih respons B.

Jadual 5.2 Analisis Pengganggu Item 2

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

2 Tinggi

Rendah

0

0

0

0

15

15

0

0

Jawapan : C

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 2 ialah respons A, B dan D. Respons

A, B dan D perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah

memilih respons A, B dan D.

Page 13: analisis Item

13

Jadual 5.3 Analisis Pengganggu Item 3

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

3 Tinggi

Rendah

0

0

15

15

0

0

0

0

Jawapan : B

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 3 ialah respons A, C dan D. Respons

A, C dan D perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah

memilih respons A, C dan D.

Jadual 5.4Analisis Pengganggu Item 4

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

4 Tinggi

Rendah

1

0

0

0

14

15

0

0

Jawapan : C

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 4 ialah respons A, B dan D. Respons

B dan D perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah

memilih respons B dan D. Manakala respons A perlu dibuang kerana terdapat seorang murid

daripada kumpulan bercapaian tinggi memilih respons A manakala tiada murid daripada

pencapaian rendah memilih respons ini.

Jadual 5.5 Analisis Pengganggu Item 5

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

5 Tinggi

Rendah

0

0

0

0

0

0

15

15

Jawapan : D

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 5 ialah respons A, B dan C. Respons

A, B dan C perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah

memilih respons A, B dan C.

Page 14: analisis Item

14

Jadual 5.6 Analisis Pengganggu Item 6

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

6 Tinggi

Rendah

6

11

0

0

9

4

0

0

Jawapan : C

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 6 ialah respons A, B dan D. Respons

B dan D perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah

memilih respons B dan D. Manakala respons A boleh dikekalkan kerana terdapat 11 orang

murid daripada kumpulan bercapaian rendah memilih respons A jika dibandingkan dengan

murid daripada kumpulan berpencaian tinggi iaitu 6 orang murid yang memilih respons A.

Jadual 5.7 Analisis Pengganggu Item 7

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

7 Tinggi

Rendah

1

7

1

0

9

6

4

3

Jawapan : C

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 7 ialah respons A, B dan D. Respons

B dan D perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana terdapat lebih ramai murid yang

berpencapaian tinggi memilih respons ini. Manakala respons A boleh dikekalkan kerana

terdapat lebih ramai orang murid daripada kumpulan bercapaian rendah memilih respons A

jika dibandingkan dengan murid daripada kumpulan berpencaian tinggi.

Jadual 5.8 Analisis Pengganggu Item 8

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

8 Tinggi

Rendah

0

0

0

0

15

10

0

5

Jawapan : C

Page 15: analisis Item

15

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 8 ialah respons A, B dan D. Respons

A dan B perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah

memilih respons A dan B. Manakala respons D boleh dikekalkan kerana terdapat lima orang

murid daripada kumpulan bercapaian rendah memilih respons D.

Jadual 5.9Analisis Pengganggu Item 9

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

9 Tinggi

Rendah

0

0

0

2

15

12

0

1

Jawapan : C

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 9 ialah respons A, B dan D. Respons

A perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah memilih

respons A. Manakala respons B dan D boleh dikekalkan kerana terdapat murid daripada

kumpulan bercapaian rendah memilih respons B dan D.

Jadual 5.10Analisis Pengganggu Item 10

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

10 Tinggi

Rendah

1

5

14

9

0

1

0

0

Jawapan : B

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 10 ialah respons A, C dan D. Respons

D perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah memilih

respons D. Manakala respons A dan C boleh dikekalkan kerana terdapat lebih ramai murid

daripada kumpulan bercapaian rendah memilih respons ini jika dibandingkan dengan

pemilihan murid yang berpencapaian tinggi.

Page 16: analisis Item

16

Jadual 5.11Analisis Pengganggu Item 11

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

11 Tinggi

Rendah

9

8

0

3

6

3

0

1

Jawapan : C

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 11 ialah respons A, B dan D. Respons

A perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana terdapat lebih ramai murid yang berpencapaian

tinggi memilih respons ini. Manakala respons B dan D boleh dikekalkan kerana terdapat lebih

ramai orang murid daripada kumpulan bercapaian rendah memilih respons B dan D jika

dibandingkan dengan murid daripada kumpulan berpencapian tinggi.

Jadual 5.12Analisis Pengganggu Item 12

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

12 Tinggi

Rendah

15

14

0

0

0

1

0

0

Jawapan : A

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 12 ialah respons B, C dan D. Respons

B dan D perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah

memilih respons B dan D. Manakala respons C boleh dikekalkan kerana terdapat seorang murid

daripada kumpulan bercapaian rendah memilih respons ini.

Jadual 5.13Analisis Pengganggu Item 13

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

13 Tinggi

Rendah

0

0

0

0

15

15

0

0

Jawapan : C

Page 17: analisis Item

17

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 13 ialah respons A, B dan D. Respons

A, B dan D perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah

memilih respons A, B dan D.

Jadual 5.14Analisis Pengganggu Item 14

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

14 Tinggi

Rendah

15

13

0

0

0

0

0

2

Jawapan : A

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 14 ialah respons B, C dan D. Respons

B dan C perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah

memilih respons B dan C. Manakala respons D boleh dikekalkan kerana terdapat dua orang

murid daripada kumpulan bercapaian rendah memilih respons D.

Jadual 5.15Analisis Pengganggu Item 15

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

15 Tinggi

Rendah

0

0

0

1

0

0

15

14

Jawapan : D

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 15 ialah respons A, B dan C. Respons

A dan C perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah

memilih respons A dan C. Manakala respons B boleh dikekalkan kerana terdapat seorang murid

daripada kumpulan bercapaian rendah memilih respons B.

Jadual 5.16Analisis Pengganggu Item 16

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

16 Tinggi

Rendah

0

4

14

5

1

5

0

1

Jawapan : B

Page 18: analisis Item

18

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 16 ialah respons A, C dan D. Semua

pengganggu boleh dikekalkan kerana terdapat lebih ramai murid daripada kumpulan

bercapaian rendah memilih pengganggu bagi item ini.

Jadual 5.17Analisis Pengganggu Item 17

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

17 Tinggi

Rendah

0

1

15

8

1

5

0

1

Jawapan : B

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 17 ialah respons A, C dan D. Semua

pengganggu boleh dikekalkan kerana terdapat lebih ramai murid daripada kumpulan

bercapaian rendah memilih pengganggu bagi item ini.

Jadual 5.18Analisis Pengganggu Item 18

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

18 Tinggi

Rendah

0

8

15

5

0

2

0

0

Jawapan : B

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 18 ialah respons A, C dan D. Respons

D perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah memilih

respons ini. Manakala respons A dan C boleh dikekalkan kerana terdapat murid daripada

kumpulan bercapaian rendah memilih respons A dan C manakala tiada murid berpencapaian

tinggi memilih kedua-dua item ini.

Jadual 5.19Analisis Pengganggu Item 19

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

19 Tinggi

Rendah

0

4

0

0

0

5

15

6

Jawapan : D

Page 19: analisis Item

19

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 19 ialah respons A, B dan C. Respons

B perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah memilih

respons ini. Manakala respons A dan C boleh dikekalkan kerana terdapat murid daripada

kumpulan bercapaian rendah memilih respons A dan C manakala tiada murid berpencapaian

tinggi memilih kedua-dua item ini.

Jadual 5.20 Analisis Pengganggu Item 20

No.

Soalan

Kumpulan Pilihan Catatan

A B C D

20 Tinggi

Rendah

0

0

0

2

0

0

15

13

Jawapan : D

Berdasarkan jadual di atas, pengganggu bagi item 20 ialah respons A, B dan C. Respons

A dan C perlu dibuang atau diubahsuaikan kerana tiada murid yang berpencapaian rendah

memilih respons ini. Manakala respons B boleh dikekalkan kerana terdapat dua orang murid

daripada kumpulan bercapaian rendah memilih respons ini manakala tiada murid

berpencapaian tinggi memilih item ini.

Secara keseluruhannya, pengganggu bagi set ujian ini adalah kurang berfungsi kerana ramai

murid berpencapaian rendah dapat menjawab dengan betul dan item-item bagi set ujian ini

adalah sangat mudah bagi murid yang menjawab set ujian ini. Walau bagaimanapun, terdapat

juga sebilangan item yang mempunyai pengganggu yang berfungsi serta perlu diubahsuaikan.

Page 20: analisis Item

20

6 PENENTUAN ITEM YANG DIBINA

Dalam bab ini akan membincang sama ada item yang dibina perlu disingkir, diperbaiki atau

disimpan. Berdasarkan hasil analisis item, item-item yang didapati baik harus disimpan

dalam bank soalan. Penentuan item akan berdasarkan indeks kesukaran, indeks

diskriminasi dan fungsi pengganggu bagi item tersebut.

6.1 Item yang perlu disingkirkan.

Item Indeks

Kesukaran

Indeks

Diskriminasi

Ulasan

1 97% 0.07 Soalan yang tidak baik. Perlu disingkir

kerana mempunyai indeks kesukaran yang

terlalu tinggi dan indeks diskriminasi yang

sangat rendah. Tambahan pula,

pengganggu bagi item ini tidak dapat

berfungsi dengan sepenuhnya.

2 100% 0.00 Soalan yang tidak baik. Perlu disingkir

kerana terdapat semua murid

berpencapaian rendah dapat menjawab

dengan betul. Penggangu tidak berfungsi.

3 100% 0.00 Soalan yang tidak baik. Perlu disingkir

kerana terdapat semua murid

berpencapaian rendah dapat menjawab

dengan betul. Penggangu tidak berfungsi.

4 97% -0.07 Soalan tidak baik. Perlu disingkir kerana

terlalu senang dan mempunyai nilai D

yang negatif. Bahkan semua daripada

kumpulan berpencapaian rendah

menjawab betul. Pengganggu tidak

berfungsi.

5 100% 0.00 Soalan yang tidak baik. Perlu disingkir

kerana terdapat semua murid

Page 21: analisis Item

21

berpencapaian rendah dapat menjawab

dengan betul. Penggangu tidak berfungsi.

8 83% 0.33 Soalan yang terlalu senang. Perlu disingkir

kerana terdapat ramai murid

berpencapaian rendah dapat menjawab

dengan betul. Terdapat pengganggu yang

tidak berfungsi.

9 90% 0.20 Soalan yang terlalu senang. Perlu disingkir

kerana terdapat ramai murid

berpencapaian rendah dapat menjawab

dengan betul. Terdapat pengganggu yang

tidak berfungsi.

10 77% 0.33 Soalan yang terlalu senang. Perlu disingkir

kerana terdapat ramai murid

berpencapaian rendah dapat menjawab

dengan betul. Terdapat pengganggu yang

tidak berfungsi.

12 97% 0.07 Soalan yang tidak baik. Perlu disingkir

kerana mempunyai indeks kesukaran yang

terlalu tinggi dan indeks diskriminasi yang

sangat rendah. Tambahan pula,

pengganggu bagi item ini tidak dapat

berfungsi dengan sepenuhnya.

13 100% 0.00 Soalan yang tidak baik. Perlu disingkir

kerana terdapat semua murid

berpencapaian rendah dapat menjawab

dengan betul. Penggangu tidak berfungsi.

14 93% 0.13 Soalan yang tidak baik. Perlu disingkir

kerana mempunyai indeks kesukaran yang

terlalu tinggi dan indeks diskriminasi yang

sangat rendah. Tambahan pula,

pengganggu bagi item ini tidak dapat

berfungsi dengan sepenuhnya.

Page 22: analisis Item

22

15 97% 0.07 Soalan yang tidak baik. Perlu disingkir

kerana mempunyai indeks kesukaran yang

terlalu tinggi dan indeks diskriminasi yang

sangat rendah. Tambahan pula,

pengganggu bagi item ini tidak dapat

berfungsi dengan sepenuhnya.

20 93% 0.13 Soalan yang tidak baik. Perlu disingkir

kerana mempunyai indeks kesukaran yang

terlalu tinggi dan indeks diskriminasi yang

sangat rendah. Tambahan pula,

pengganggu bagi item ini tidak dapat

berfungsi dengan sepenuhnya.

6.2 Item yang perlu diperbaiki

Item Indeks

Kesukaran

Indeks

Diskriminasi

Ulasan

6 43% 0.33 Perlu diperbaiki. Walaupun soalan

sederhana sukar dan indeks diskriminasi

yang tinggi tetapi terdapat dua

pengganggu yang tidak berfungsi perlu

dibaiki.

7 50% 0.20 Perlu diperbaiki. Soalan sederhana sukar

dan indeks diskriminasi yang sederhana.

Terdapat satu pengganggu perlu

diperbaiki.

11 30% 0.20 Perlu diperbaiki. Walaupun soalan

sederhana sukar tetapi mempunyai indeks

diskriminasi yang sederhana.

19 70% 0.60 Perlu dibaiki. Walaupun soalan senang

tetapi mempunyai indeks diskriminasi

yang sangat tinggi. Terdapat satu

pengganggu perlu diperbaiki.

Page 23: analisis Item

23

6.3 Item yang boleh disimpan

Item Indeks

Kesukaran

Indeks

Diskriminasi

Ulasan

16 63% 0.60 Boleh disimpan untuk kegunaan akan

datang. Soalan sederhana sukar dan indeks

diskriminasi yang sangat tinggi. Semua

pengganggu dapat berfungsi.

17 73% 0.40 Boleh disimpan untuk kegunaan akan

datang. Walaupun soalan yang mudah

tetapi indeks diskriminasi yang sangat

tinggi. Semua pengganggu dapat

berfungsi.

18 67% 0.67 Boleh disimpan untuk kegunaan akan

datang. Soalan sederhana sukar dan indeks

diskriminasi yang sangat tinggi. Hanya

terdapat satu pengganggu perlu diperbaiki

kerana tidak dapat berfungsi.

Secara keseluruhanya, item-item yang dibina adalah terlalu mudah. Terdapat 13 item yang

sangat mudah yang perlu dibuang. Empat item perlu diperbaiki sekiranya hendak digunakan

pada masa akan datang. Hanya terdapat tiga item boleh disimpan dalam bank soalan yang boleh

digunakan pada masa akan datang.

Page 24: analisis Item

24

7 PERBANDINGAN ARAS KESUKARAN ITEM DENGAN HASIL ANALISIS

Item Indeks

Kesukaran

Aras

Kesukaran

dalam JSU

Perbandingan

1 97%

(sangat mudah)

Mudah Soalan yang sangat mudah. Tiada

perbezaan.

2 100%

(sangat mudah)

Mudah Soalan yang sangat mudah. Tiada

perbezaan.

3 100%

(sangat mudah)

Mudah Soalan yang sangat mudah. Tiada

perbezaan.

4 97%

(sangat mudah)

Sederhana Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

kesukaran menunjukkan item ini adalah

sangat mudah, manakala aras kesukaran

dalam JSU adalah sederhana.

5 100%

(sangat mudah)

Mudah Soalan yang sangat mudah. Tiada

perbezaan.

6 43%

(sederhana

sukar)

Sukar Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

kesukaran menunjukkan item ini adalah

sederhana sukar, manakala aras

kesukaran dalam JSU adalah sukar.

7 50%

(sederhana

sukar)

Sederhana Indeks kesukaran dan aras kesukaran

dalam JSU adalah sama iaitu sederhana.

8 83%

(sangat mudah)

Sederhana Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

kesukaran menunjukkan item ini adalah

sangat mudah, manakala aras kesukaran

dalam JSU adalah sederhana.

9 90%

(sangat mudah)

Sederhana Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

Page 25: analisis Item

25

kesukaran menunjukkan item ini adalah

sangat mudah, manakala aras kesukaran

dalam JSU adalah sederhana.

10 77%

(sangat mudah)

Sederhana Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

kesukaran menunjukkan item ini adalah

sangat mudah, manakala aras kesukaran

dalam JSU adalah sederhana.

11 30%

(sederhana

mudah)

Sukar Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

kesukaran menunjukkan item ini adalah

sederhana mudah, manakala aras

kesukaran dalam JSU adalah sukar.

12 97%

(sangat mudah)

Mudah Soalan yang sangat mudah. Tiada

perbezaan.

13 100%

(sangat mudah)

Sederhana Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

kesukaran menunjukkan item ini adalah

sangat mudah, manakala aras kesukaran

dalam JSU adalah sederhana.

14 93%

(sangat mudah)

Sederhana Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

kesukaran menunjukkan item ini adalah

sangat mudah, manakala aras kesukaran

dalam JSU adalah sederhana.

15 97%

(sangat mudah)

Sederhana Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

kesukaran menunjukkan item ini adalah

sangat mudah, manakala aras kesukaran

dalam JSU adalah sederhana.

16 63%

(sederhana

sukar)

Sukar Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

kesukaran menunjukkan item ini adalah

Page 26: analisis Item

26

sederhana sukar, manakala aras

kesukaran dalam JSU adalah sukar.

17 73%

(mudah)

Sukar Indeks kesukaran adalah sangat berbeza

dengan aras kesukaran dalam JSU.

Indeks kesukaran menunjukkan item ini

adalah mudah, manakala aras kesukaran

dalam JSU adalah sukar.

18 67%

(sederhana

sukar)

Sukar Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

kesukaran menunjukkan item ini adalah

sederhana sukar, manakala aras

kesukaran dalam JSU adalah sukar.

19 70%

(mudah)

Sederhana Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

kesukaran menunjukkan item ini adalah

mudah, manakala aras kesukaran dalam

JSU adalah sederhana.

20 93%

(sangat mudah)

Sederhana Indeks kesukaran adalah berbeza dengan

aras kesukaran dalam JSU. Indeks

kesukaran menunjukkan item ini adalah

sangat mudah, manakala aras kesukaran

dalam JSU adalah sederhana.

Secara keseluruhannya, indeks kesukaran bagi item-item ini adalah berbeza dengan aras

kesukaran yang dirancangkan dalam JSU. Item-item yang dibina adalah sangat mudah

sehingga ramai murid boleh jawab dengan betul. Tiada item yang dapat indeks kesukaran yang

sangat sukar walaupun terdapat lima item yang dirancangkan adalah item aras sukar dalam JSU.

Item-item perlu dubahsuaikan supaya dapat menguji tahap pencapaian murid dengan lebih

berkesan.

Page 27: analisis Item

27

8 PENUTUP

Kemahiran analisi item yang dibina adalah sangat berguna untuk guru menentukan sama ada

item yang dibina boleh diguna, diperbaiki atau dibuang. Penentuan item perlu dibuat

berdasarkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Kebolehpercayaan item perlu dikira

supaya dapat menentukan set ujian tersebut boleh digunakan atau tidak.

Secara keseluruhanya, item-item yang dibina adalah tidak memuaskan kerana terdapat

terlalu banyak item yang mempunyai indeks kesukaran yang sangat mudah serta indeks

diskriminasi yang rendah. Selain itu, pengganggu tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Banyak item perlu dibuang dan diperbaiki.

Page 28: analisis Item

28

RUJUKAN

Mohamad Najid (2011). Pembinaan dan analisis ujian bilik darjah. Johor Bharu:

Penerbit UTM Press.

Shamsina (2013). Penggubalan Item Ujian Ke Arah Perlaksanaan PBS Berkesan.

Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Yap, Y. K, Wan, C. S. dan Ismail (1985). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan.

Selangor: Heinemann Educational Books (Asia) LTD.