isu pembaziran makanan di malaysia - ifolio ... · 4.0 refleksi ... menjelang tahun 2020, ... lebih...

12
2016 LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL SEMESTER 1 SESI 2016/2017 ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA WONG YIK CHUN (A151621) PENSYARAH: DR. MARINA BINTI ZAHARI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI

Upload: doantuyen

Post on 20-May-2018

305 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA - iFolio ... · 4.0 Refleksi ... Menjelang tahun 2020, ... lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui

2016

LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL

SEMESTER 1 SESI 2016/2017

ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA

WONG YIK CHUN (A151621)

PENSYARAH: DR. MARINA BINTI ZAHARI

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

Page 2: ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA - iFolio ... · 4.0 Refleksi ... Menjelang tahun 2020, ... lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui

2

Isis Kandungan

1.0 Pengenalan ...................................................................................................................... 3

2.0 Contoh Kes Pembaziran Makanan .................................................................................. 5

2.1 Penemuan Situasi Dan Tindakan Yang Diambil ............................................................ 6

2.2 Usaha Kerajaan ............................................................................................................... 8

4.0 Refleksi ......................................................................................................................... 10

5.0 Kesimpulan ................................................................................................................... 12

6.0 Rujukan ......................................................................................................................... 12

Page 3: ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA - iFolio ... · 4.0 Refleksi ... Menjelang tahun 2020, ... lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui

3

1.0 PENGENALAN

Etika ialah satu prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Dari

segi etika individu pula, sama ada betul atau salah adalah berbeza untuk setiap individu.

Manakala etika professional adalah penilaian prinsip moral terhadap sesuatu kumpulan di mana

direka untuk mengawal prestasi dan kelakuan mereka dalam pelaksanaan sesuatu tugas atau

penggunaan sumber yang sedia ada.

Etika amat penting bagi memberi impak kepada perkembangan kualiti kehidupan manusia.

Etika memberi orientasi bagaimana kita menjalani hidupnya melalui rangkaian tindakan

sehari-hari. Hal ini bermakna sebagai seorang manusia yang bertamadun perlu bersikap baik

dan bertindak secara tepat dalam menjalani hidup ini. Pada akhirnya kita dapat mengambil

keputusan tentang tindakan apa yang perlu kita lakukan serta bersama bahawa apa yang kita

faham mengenai etika dapat diterapkan dalam segala aspek atau sisi kehidupan kita.

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber alam dan merangkumi hampir

segalanya bagi keperluan rakyat. Kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan tradisional

yang enak seperti lemang, nasi lemak, tosai, kari, nasi ayam, char kuey teow hampir di mana-

mana sahaja. Makanan memang mudah didapati dan dinikmati pada bila masa sahaja.

Walaubagaimanapun, pernahkah kita berfikir bahawa mana datangnya makanan-makanan itu?

Kita dididik sejak kecil untuk makan dan elakkan pembaziran. Ada katanya nasi mungkin

menangis namun emosi dimainkan agar kita makan nasi tersebut sampai habis. Itulah hebatnya

para ibu bapa kita dahulu mendidik kita. Namun kenapakah zaman sekarang kata-kata ibu bapa

tersebut tidak kita ikut sekarang?

Isu ini bukan sahaja cakap kosong malah disokong dengan statistik iaitu kira-kira 15, 000 tan

metrik sisa makanan dibuang penduduk negara ini setiap hari. Daripada jumlah tersebut, 8,000

tan metrik adalah sisa makanan dan kira-kira 900 tan metrik pula adalah sisa makanan yang

tidak diusik dan boleh dimakan semula.

Page 4: ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA - iFolio ... · 4.0 Refleksi ... Menjelang tahun 2020, ... lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui

4

Tahukah anda, jumlah sisa makanan itu sebenarnya boleh menampung makanan untuk

10 juta orang sebanyak tiga kali sehari? Menjelang tahun 2020, sisa makanan yang dihasilkan

di Semenanjung Malaysia sahaja mampu mengisi hampir 16 buah Menara Berkembar Petronas.

Jumlah tersebut sebenarnya sangat membimbangkan kerana semakin banyak sisa makanan

dibuang, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang semakin tinggi untuk

menguruskannya.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga terpaksa berbelanja lebih banyak untuk menghasilkan

makanan atau mengimport makanan, dan sebagai pengguna, membuang makanan bermakna

kita telah membuang duit kita.

Page 5: ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA - iFolio ... · 4.0 Refleksi ... Menjelang tahun 2020, ... lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui

5

2.0 CONTOH KES PEMBAZIRAN MAKANAN

Suatu artikel telah dipaparkan oleh themalaymailonline dengan tajuknya ”Selepas cipta rekod

negara, 1,500 mangkuk laksa dibuang sia-sia”. Pada hakikatnya, sebanyak 1500 mangkuk

dimasak dan dibuang untuk mecipta rekod Malaysia Book of Records adalah sikap yang kurang

timbang rasa dan tidak bertanggungjawab. Laksa Sarawak yang mencipta rekod tersebut telah

dibuang atas sebab tidak sihat untuk dimakan seperti mana yang dilaporkan oleh The Borneo

Post.

Tujuan aktiviti ini dilancarkan tercapai dan berjaya direkodkan dalam Malaysia Book of

Records, juadah tersebut yang dimasukkan dalam mangkuk sedalam 1.3 meter mengandungi

bahan asas hidangan popular itu. Ia mengandungi 100kg rencah laksa Sarawak, 225kg laksa

beras, 90kg udang, 1,008 biji telur dan 80kg ayam. Laksa Sarawak terbesar mengambil masa

18 jam untuk disediakan oleh 15 tukang masak. Persoalannya saya adalah wajarkah sebarang

kelakuan tersebut yang menggalakkan pembaziran semata-mata untuk mendapat rekod dalam

buku?

Chef Wan hadir pada sebuah acara yang menyaksikan sebuah pusat membeli-belah tempatan di

Sarawak semalam mencipta rekod dengan mangkuk terbesar Sarawak Laksa tetapi menerima kritikan

selepas terdapat pendedahan mengenai makanan itu yang dibuang.

Page 6: ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA - iFolio ... · 4.0 Refleksi ... Menjelang tahun 2020, ... lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui

6

2.1 PENEMUAN SITUASI DAN TINDAKAN YANG DIAMBIL

Saya pernah menemui kes-kes di mana pelajar tidak dapat menghabiskan makanan yang dibeli

dari kafeteria kolej atau di mana-mana sahaja. Jumlah makanan yang banyak yang bakal

dituang ke dalam tong sampah adalah masih elok dan boleh dimakan. Saya berasa amat sayang

terhadap makanan dan duit yang dibelanja untuk membeli makanan tersebut.

Pada pandangan saya, saya berasa kami perlu memikirkan sesuatu untuk

mendepani isu ini. Kami perlu bertindak dengan sikap positif dan proaktif terhadap isu

pembaziran makanan yang berlaku saban hari ini. Konsep keserdahanaan dan berfikiran

terbuka supaya nilai adil dapat ditanam kepada orang lain. Sebagai contoh, saya menjadikan

diri sendiri sebagai contoh yang baik dengan menghabiskan jumlah amaun makanan yang saya

ambil. Saya juga menolong rakan-rakan untuk menghabiskan amaun makanan lebihan kepada

mereka. Hal ini adalah penting disebabkan kami perlu bertanggungjawab terhadap setiap

tindakan yang kami melakukan termasuklah pengambilan makanan secara sederhana.

Penyelesaian yang tepat dan professional perlu diterapkan dan bukan sahaja mengenakan

dendaan kewangan atau menegur kepada pihak-pihak(pelajar) yang terlibat dengan isu tersebut.

Kami perlu memaafkan kesalahan orang lain jika bertemu dengan pihak yang gagal

menghabiskan makanan sendiri. Lebih kurang dua tahun yang lepas, saya makan malam

dengan seorang rakan di Kolej Keris Mas. Didapati dia tidak dapat menghabiskan Chicken

Chop yang dipesan. Saya berasa aneh dan bertanya kepada rakan saya. Rakan saya

memberitahu bahawa dia bukan sengaja nak meninggalkan sisa tersebut tetapi tidak selesa

dengan lemak yang berlebihan dan kulit ayam yang tebal. Saya bersetuju dengan rasional rakan

saya dan memberi sedikit cadangan yang sesuai kepada dia jikalau dia mengunjungi lagi

kafeteria di Kolej Keris Mas. Iktibarnya, saya mempelajari bahawa kita perlu mendengar

fikiran dan pandangan orang lain sebelum melakukan sebarang tindakan. Oleh itu, kita harus

mendengar dahulu dan mengamalkan sikap bertimbang rasa dan hormat-menghormati

perlu kita terapkan agar sebarang perselisihan dapat ditangani secara berhemah.

Terdapat situasi yang lain berlaku di kafeteria Kolej Ungku Omar. Nasi ayam madu dan nasi

lemak di kolej tersebut terkenal dengan jumlah amaun nasi dan saiz ayam diberi. Makanan

yang dibekalkan terlalu banyak untuk tabiat makan individu, terutamanya pelajar perempuan.

Maka, terdapat banyak makanan tidak dapat dihabiskan dan dibuang ke dalam tong sampah.

Walaubagaimanapun, terdapat juga sekumpulan pelajar yang bersikap prihatin dengan

Page 7: ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA - iFolio ... · 4.0 Refleksi ... Menjelang tahun 2020, ... lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui

7

memberitahu kurangkan nasi yang diberi. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang membawa

kotak makanan untuk menyimpan amaun berlebihan untuk mengelakkan pembaziran.

Pemerhatian ini telah mendorong saya mengucapkan terima kasih kepada mereka lalu kami

dapat mengenal antara satu sama lain. Pokoknya, kami harus menghargai orang yang berusaha

untuk menjadikan persekitaran kita lebih baik.

Page 8: ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA - iFolio ... · 4.0 Refleksi ... Menjelang tahun 2020, ... lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui

8

2.2 USAHA KERAJAAN

Sebuah inisiatif di bawah naungan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan

Bangsa Bangsa Bersatu yang berhasrat menjayakan program yang mampu mengubah dan

mendidik masyarakat iaitu Save Food Campaign. Inisiatif ini telah dilaksanakan di peringkat

global sejak tahun 2011, kini terdapat lebih 350 organisasi di lebih 50 buah negara yang sudah

bersama-sama berganding bahu menjayakannya, manakala Save Food Campaign Malaysia

(My Save Food) pula bermula pada tahun 2015.

Timbalan Pengarah Program Jaringan Antarabangsa Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti

MARDI, Dr. Ainu Husna M. S. Suhaimi berkata, kepentingan inisiatif ini adalah untuk

mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan. “Kehilangan dan pembaziran ini

merangkumi apa-apa sahaja makanan yang hilang dari ladang, kemudian kedai, rumah dan

termasuklah makanan yang dimasak dan dibuang. Pihak yang terlibat pula termasuklah

kesemuanya bermula dari petani, pembekal, peniaga sehingga pengguna. “Oleh itu, kami telah

menyasarkan keseluruhan rantaian makanan bermula di ladang hingga ke isi rumah yang

merupakan pengguna untuk sama-sama memainkan peranan agar dapat mengawal kesan yang

lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui di

ibu pejabat MARDI, Serdang baru-baru ini.

Jelasnya, statistik dunia menunjukkan berlaku pembaziran sehingga mencecah 1.3 bilion tan

metrik setahun, tetapi senario pembaziran dan kehilangan makanan itu berbeza-beza mengikut

negara. “Menerusi kempen ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan

masyarakat mengenai kehilangan dan pembaziran makanan dengan adanya jaringan MY Save

Food Ini,” katanya. Kemudian, pada bulan April 2016 akan diadakan sebuah forum Save Food

Malaysia bagi membincangkan inisiatif untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran

makanan di negara ini selain penyebaran bahan kesedaran kepada orang awam menerusi media

sosial, penambahan keahlian dan aktiviti jaringan My Save Food.

Page 9: ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA - iFolio ... · 4.0 Refleksi ... Menjelang tahun 2020, ... lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui

9

Agensi kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar bagi membendungkan isu pembaziran

makanan yang semakin ketara pada hari ini. Namun begitu, penyelesaian masalah ini tidak

harus menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi punca bagi isu tersebut adalah bermula

dalam diri kita sendiri. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi

mengatasi masalah ini dengan mengamalkan sikap menghargai makanan dan mendidik anak-

anak agar tidak membazirkan makanan. Kita boleh memberi ilmu dan sumber maklumat

bahawa betapa susah untuk menyediakan makanan yang kita nikmati pada hari ini, maka kanak

dan remaja dapat berfikir sebelum bertindak. Secara amnya, kita perlu menanamkan sikap

berjimat cermat dengan mengambil makanan dalam jumlah yang diperlukan, kesederhanaan

adalah diperlukan untuk mengambil amaun makanan yang cukup sahaja. Selain itu,

perancangan dan penyenaraian pembelian barangan dapur adalah penting supaya tiada

sebarang makanan dibuang kerana tidak segar. Pengetahuan mengenai recipe kitar semula

adalah penting bagi menguruskan makanan yang lebihan atau digalakkan untuk mendermakan

makanan yang berlebihan kepada pihak kebajikan dan golongan yang memerlukan seperti fakir

miskin dan sebagainya.

Pembaziran makanan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Saya hendak menekankan bahawa

kita tidak harus mempunyai prejudis terhadap orang yang terlibat. Disebabkan kita sebagai

manusia, insan yang tidak sempurna pernah membuat kesilapan dalam kehidupan seharian.

Kita perlu bertimbang rasa dan memberi cadangan atau nasihat yang sesuai dimana lebih

bermanfaat daripada mengkritik dan memberi komen yang negatif. Saya juga sentiasa

mengingatkan diri sendiri supaya tidak melakukan sebarang pembaziran dalam kehidupan

seharian. Ingatan dan pedoman dapat membantu kita untuk mengaudit diri serta merenung

kembali apa yang telah kita lakukan kepada alam selama ini. Selain itu, saya juga memuji

rakan-rakan yang dapat menghabiskan makanan sampai habis. Perancangan yang rapi perlu

dibuat sebelum memesan sebarang makanan. Sebagai contoh, jumlah makanan yang diberi oleh

Kolej Ungku Omar adalah banyak (kira-kira dapat dihidangkan kepada 2 orang dewasa). Saya

memberi cadangan kepada kawan supaya menyimpan sebahagian makanan tersebut di kotak

untuk kemudian.

Page 10: ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA - iFolio ... · 4.0 Refleksi ... Menjelang tahun 2020, ... lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui

10

4.0 REFLEKSI

Secara amnya, “budaya” tersebut adalah berpunca daripada sikap masyarakat yang suka

berbelanja besar ketika membeli barang-barang makanan dan beranggapan bahawa tiada

ruginya sekiranya makanan tersebut dibuang. Kegagalan untuk merancang bagi membeli

barangan dapur mengakibatkan sesetengah barangan makanan yang dibeli tidak digunakan

sehinggakan ianya terpaksa dibuang kerana telah luput. Sifat tamak haloba juga mendorong

kepada pembaziran makanan terutamanya berlaku sempena majlis-majlis jamuan terbuka dan

majlis berbuka puasa. Pengambilan juadah yang banyak gara-gara mengikut hawa nafsu dan

perut yang lapar mengakibatkan makanan diambil dalam kuantiti yang banyak dan akhirnya

tidak habis dimakan dan seterusnya dibuang ke dalam tong sampah. Ini menyebabkan

pembaziran apabila makanan terpaksa dibuang kerana tiada siapa yang mahu makan lebihan

makanan orang lain.

Pada pandangan saya, saya berpendapat bahawa tiada satu takrif piawai bagi perkataan

“pembaziran” yang dapat dipersetujui oleh orang ramai. Misalkan terdapat suatu gelas kaca

yang diisi penuh dengan air. Jika kita menuangkan setitis air ke gelas tersebut, dan adakah itu

perlakuan membazir? Jika tidak, bagaimana jika dua titis air berikut dan seterusnya? Hal ini

adalah sukar untuk menentukan sempadan bagi pembaziran namun kita boleh mengurangkan

sebarang pembaziran dengan sedaya upaya.

Isu ini tidak akan ditangani dengan mengadakan kempen kesedaran sahaja malah kita perlu

berfikir dan meluaskan lingkaran pengaruh (circle of influence). Saya percaya bahawa setiap

tindakan dan tutur kata dilakukan oleh seseorang akan memberi kesan kepada fikiran atau

tindakan orang lain. Intipatinya, jika kita mengamalkan nilai keserdahanaan dan mengurangkan

pembaziran, maka impak akan diberi kepada orang sekeliling.

Pada realitinya, negara Malaysia memang kaya dengan sumber makanan tetapi hal ini bukan

faktor yang menyumbang kepada pembaziran dan sikap boros pengguna. Isu-isu yang

dibincangkan telah memberi impak terhadap perlakuan saya dalam kehidupan seharian.

Kadang-kala saya akan terfikir nasib golongan miskin yang hidup merempat, susah tanpa

makanan sedangkan hidup kami yang berlebih-lebihan. Berhemah dengan menghindari diri

daripada pengambilan makanan yang berlebih-lebihan sehingga tidak dapat dihabiskan. Bak

kata pepatah perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah, Isu-isu tersebut telah memberi

Page 11: ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA - iFolio ... · 4.0 Refleksi ... Menjelang tahun 2020, ... lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui

11

inspirasi kepada saya bahawa sikap sederhana terhadap makanan diamalkan bermula daripada

diri kita.

Dengan kadar pembaziran makanan yang berterusan, jikalau isu ini terus berkembang akan

menjejaskan jaminan bekalan makanan negara. Memandangkan negara kami terlalu

bergantung kepada import makanan. Hal ini telah mendedahkan kami kepada ancaman

keselamatan makanan. Sisa makan dan bahan buangan daripada makanan yang tertinggal

menyebabkan berlakunya wabak jangkitan penyakit. Kami perlu mengetahui bahawa tapak

pelupusan sampah di Malaysia semakin berkurangan dan tidak harus kami menjadikan

makanan-makanan sebagai sampah. Sikap membazir makanan akan menjadi sekatan bagi

pembangunan Malaysia dan negara Malaysia dipandang rendah oleh negara luar jika sikap

tidak sihat ini terus diamalkan.

Pokoknya, sikap membazir perlu dikikis dari amalan kehidupan kerana faktor utama yang

membawa kepada pembaziran adalah di dalam kehidupan kita. Jika setiap individu berfikir

bahawa pembaziran dalam kehidupan harian mereka adalah sedikit sahaja, maka sikap

sedemikian akan menyumbang kepada statistik yang signifikan. Amalan kehidupan dapat

membasmi sikap membazir dengan memupuk suatu fahaman dogmatis yang terjalin erat

dengan adat istiadat hidup, suatu kepercayaan yang dapat diwarisi dan disebarkan secara

berterusan. Maka setiap individu dapat menghayati segala sumber yang dimiliki dan

menjadikan amalan yang mulia ini sebahagian daripada hidup kita.

Page 12: ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA - iFolio ... · 4.0 Refleksi ... Menjelang tahun 2020, ... lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui

12

5.0 KESIMPULAN

Kita perlu mengingatkan diri untuk mengelakkan pembaziran kerana ianya merupakan

tanggungjawab terhadap masyarakat dan sebarang pembaziran memberi kesan kepada

masyarakat. Kita perlu memainkan peranan dengan betul supaya dan menekankan etika

tanggungjawab dan profesion kita terhadap negara. Akhirnya, menghayatilah dan berbelanja

sumber yang kita ada secara hemat untuk menjana nilai yang maksimum.

6.0 RUJUKAN

1. NUR FATIEHAH ABDUL RASHID. 2016. Bazir 15,000 tan makanan.

https://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/bazir-15-000-tan-makanan-

1.208530 [19 November 2016]

2. 10 October 2016. Selepas cipta rekod negara, 1,500 mangkuk laksa dibuang sia-sia.

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/selepas-cipta-rekod-

negara-1500-mangkuk-laksa-dibuang-sia-sia. [19 November 2016]

3. Azran Jaffar. 23 September 2014. Ubah minda rakyat elak pembaziran makanan.

http://www.bharian.com.my/node/7350. [19 November 2016]