pengurangan sisa makanan: ke arah kesepaduan … › ... › 2019 › 04 ›...

2
PENGURANGAN SISA MAKANAN: Di Malaysia, saban tahun berlakunya peningkatan pembaziran makanan ketika musim perayaan iatu semasa Bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina. Daripada tiga perayaan yang dinyatakan ini, dua daripadanya adalah perayaan bagi umat Islam. Jumlah makanan yang dibazirkan ketika musim perayaan itu meningkat antara 15 hingga 20 peratus daripada hari biasa. Dalam keadaan biasa, rakyat Malaysia menghasilkan 15,000 tan sisa makanan setiap hari (tahun 2015). Daripada jumlah ini, 3000 tan adalah makanan yang elok dan masih boleh dimakan. Dalam hal ini, isi rumah atau lebih mudah dikenali sebagai "keluarga" menghasilkan sisa makanan paling tinggi (38 peratus) berbanding pasar basah (24 peratus), restoran (23 peratus) mahupun hotel (7 peratus). Secara puratanya, sebuah keluarga yang terdiri daripada empat orang ahli, membazirkan hampir satu kilogram makanan setiap hari. Apa yang ditunjukkan di atas membuktikan bahawa masalah pembaziran makanan di Malaysia adalah serius dan perlu ditangani dengan segera. Ini termasuklah usaha-usaha untuk mengatasi masalah pembaziran makanan di musim perayaan. Bagi masyarakat Muslim pula, terdapat keperluan mendesak untuk memahami serta mengatasi masalah pembaziran makanan di bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kerana hakikatnya pembaziran makanan itu bertentangan dengan ajaran Islam. Di Malaysia juga, pelbagai usaha atau program telah diadakan untuk mengurangkan penghasilan sisa makanan. Usaha-usaha tersebut dijalankan oleh pelbagai pihak secara terpisah. Dengan kesedaraan bahawa masalah ini perlu diatasi secara bersama dan perlunya penglibatan pelbagai pihak, maka langkah-langkah untuk menggerakkan usaha ke arah pengurangan sisa makanan secara bersepadu dan terancang perlulah dilakukan dengan segera. Oleh itu, persidangan meja bulat ini diadakan untuk memahami usaha-usaha atau program-program yang telah dilaksanakan dalam usaha pengurangan sisa makanan di Malaysia dan seterusnya merangka langkah-langkah baharu yang lebih tersusun dan terancang dalam usaha mengatasi masalah peningkatan sisa makanan di Malaysia. Untuk memetakan pelbagai usaha atau program pengurangan sisa makanan yang telah dilaksanakan sehingga kini; Untuk menyokong kerjasama pelbagai pihak dalam usaha pengurangan sisa makanan di negara ini; dan Untuk merangka satu cadangan ke arah menggerakkan usaha bersama dalam program pengurangan sisa makanan di negara ini. 1 1 2 3 Pengenalan Objektif Media Rasmi Persidangan Meja Bulat Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia 15 April 2019 | 9 Syaaban 1440H KE ARAH KESEPADUAN USAHA BERSAMA

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PENGURANGAN SISA MAKANAN:

    Di Malaysia, saban tahun berlakunya peningkatan pembaziran makanan ketika musim perayaan iatu semasa Bulan Ramadan, Hari Raya Aidil�tri dan Tahun Baharu Cina. Daripada tiga perayaan yang dinyatakan ini, dua daripadanya adalah perayaan bagi umat Islam. Jumlah makanan yang dibazirkan ketika musim perayaan itu meningkat antara 15 hingga 20 peratus daripada hari biasa. Dalam keadaan biasa, rakyat Malaysia menghasilkan 15,000 tan sisa makanan setiap hari (tahun 2015). Daripada jumlah ini, 3000 tan adalah makanan yang elok dan masih boleh dimakan. Dalam hal ini, isi rumah atau lebih mudah dikenali sebagai "keluarga" menghasilkan sisa makanan paling tinggi (38 peratus) berbanding pasar basah (24 peratus), restoran (23 peratus) mahupun hotel (7 peratus). Secara puratanya, sebuah keluarga yang terdiri daripada empat orang ahli, membazirkan hampir satu kilogram makanan setiap hari.

    Apa yang ditunjukkan di atas membuktikan bahawa masalah pembaziran makanan di Malaysia adalah serius dan perlu ditangani dengan segera. Ini termasuklah usaha-usaha untuk mengatasi masalah pembaziran makanan di musim perayaan. Bagi masyarakat Muslim pula, terdapat keperluan mendesak untuk memahami serta mengatasi masalah pembaziran makanan di bulan Ramadan dan Hari Raya Aidil�tri kerana hakikatnya pembaziran makanan itu bertentangan dengan ajaran Islam. Di Malaysia juga, pelbagai usaha atau program telah diadakan untuk mengurangkan penghasilan sisa makanan. Usaha-usaha tersebut dijalankan oleh pelbagai pihak secara terpisah. Dengan kesedaraan bahawa masalah ini perlu diatasi secara bersama dan perlunya penglibatan pelbagai pihak, maka langkah-langkah untuk menggerakkan usaha ke arah pengurangan sisa makanan secara bersepadu dan terancang perlulah dilakukan dengan segera.

    Oleh itu, persidangan meja bulat ini diadakan untuk memahami usaha-usaha atau program-program yang telah dilaksanakan dalam usaha pengurangan sisa makanan di Malaysia dan seterusnya merangka langkah-langkah baharu yang lebih tersusun dan terancang dalam usaha mengatasi masalah peningkatan sisa makanan di Malaysia.

    Untuk memetakan pelbagai usaha atau program pengurangan sisa makanan yang telah dilaksanakan sehingga kini;

    Untuk menyokong kerjasama pelbagai pihak dalam usaha pengurangan sisa makanan di negara ini; dan

    Untuk merangka satu cadangan ke arah menggerakkan usaha bersama dalam program pengurangan sisa makanan di negara ini.

    1

    1

    2

    3

    Pengenalan Objektif

    Media Rasmi

    Persidangan Meja Bulat

    Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia15 April 2019 | 9 Syaaban 1440H

    KE ARAH KESEPADUAN USAHA BERSAMA

  • PENGURANGAN SISA MAKANAN:

    15 April 2019 | 9 Syaaban 1440H

    ATUR CARA

    Persidangan Meja Bulat

    08.00am :Pendaftaran 09.00am Ucapan Aluan YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Moderator YBrs. En. Nor Azaruddin bin Haji Nuruddin Felow Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS), IKIM

    09.10am :Kertas 1 Kerangka Islami Dalam Usaha Pengurangan Sisa Makanan YBrs. Pn. Azrina Sobian, Felow, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS) YBrs. Cik Wan Roslili Abd. Majid, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik (SYARAK) YBrs. Pn. Norkumala Awang, Felow, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS)

    09.50am :Kertas 2 Projek Pengurangan Sisa Makanan Bersama Komuniti: Pengalaman SWCorp YBhg. Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

    10.30am :Kertas 3 JAWI Food Bank: Jaringan Kerjasama Dalam Menangani Masalah Pembaziran Makanan YBhg. Tuan Haji Mohd. Ajib Ismail Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

    11.10am :Kertas 4 Grub Cycle : Generasi Muda dan Gerakan Pengurusan Sisa Makanan YBrs. Cik Siti Hawa Khairunnisa Mohd Roslan Pengasas Bersama, Grub Cycle

    11.50am :Kertas 5 Kajian Pengurusan Sisa Makanan Melalui Program Intervensi Agama YBrs. Cik Gesyeana Bazlyn Zamri Pelajar Sarjana, Malaysian-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 12.30pm :Sesi Soal Jawab

    01.00pm :Makan Tengah hari & Bersurai

    **Tertakluk kepada perubahan semasa

    KE ARAH KESEPADUAN USAHA BERSAMA