isu-isu emosi guru

4
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini, kala pergerakan dunia adalah semakin laju seiring dengan maklumat bergerak pantas serta semuanya menuntut kesempurnaan dan komitmen yang tinggi daripada pelakunya, pastinya semua orang tidak dapat lari daripada mengalami tekanan. Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan kekomplekasian kehidupan ini menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yang menyerang manusia iaitu tekanan atau secara khususnya lebih dikenali sebagai stres. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002), tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan asset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar. Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamnya dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan Negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan Negara contohnya peka kepada perubahan dalam setiap

Upload: chee-yuin

Post on 11-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isu-isu emosi akibat tekanan dan beban kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Isu-isu emosi guru

Di zaman yang serba mencabar dan moden ini, kala pergerakan dunia adalah

semakin laju seiring dengan maklumat bergerak pantas serta semuanya menuntut

kesempurnaan dan komitmen yang tinggi daripada pelakunya, pastinya semua orang tidak

dapat lari daripada mengalami tekanan. Tekanan merupakan satu penyakit yang sering

dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini.

Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan

kekomplekasian kehidupan ini menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yang menyerang

manusia iaitu tekanan atau secara khususnya lebih dikenali sebagai stres. Menurut Hatta

Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002), tekanan merupakan sebahagian daripada

kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari.

Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan asset utama yang

berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru

dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah

mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh

tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama.

Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat,

dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan

serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada

pelajar.

Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamnya dalam

perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan Negara

dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan

reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang

positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan Negara

contohnya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan Negara

dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan,

fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan

dengan menguasai kemahiran belajar. 

Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh

kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera

penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana

rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan

pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai

sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita bersungguh-

Page 2: Isu-isu emosi guru

sungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi negara, timbul pula

pelbagai masalah di kalangan guru-guru.

Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri

sering berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat

di kalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan

tajuk utama bagi media massa.

Kesalahan tingkah laku guru ini bukan sahaja berlaku di Negara kita, malah turut

berlaku di negara lain juga.  Misalnya seperti yang berlaku di Shanghai, menurut laporan

dari akhbar Xinming Evening News, seorang penolong guru besar sekolah tinggi wilayah

Hubei didapati bersalah kerana memasukkan racun tikus ke dalam makanan sekolah. Beliau

berbuat demikian untuk mendatangkan masalah kepada guru besar sekolah berkenaan

supaya dia berpeluang untuk menaik pangkat.

Berdasarkan kes-kes tersebut, kita dapat melihat betapa banyaknya kes-kes yang

melibatkan guru. Bukan sahaja salah laku terhadap pelajar, guru juga telah dilaporkan

bertindak ganas terhadap polis dengan menggunakan gergaji. Kami berpendapat  bahawa

adalah tidak wajar bagi seorang guru yang dianggap sebagai satu jawatan yang professional

bersikap sedemikian terhadap pelajar dan masyarakat.

Setiap perbuatan yang dilakukan mesti mempunyai punca-puncanya. Kami telah

memilih beberapa artikel untuk kumpulan kami, artikel-artikel yang telah saya pilih adalah

bertajuk “Murid dakwa ditumbuk guru” – Sinar Harian Malaysia Online, “Empat pelajar

dakwa dipukul” – Sina rHarian Malaysia Online, dan “Guru paksa murid makan rumput” –

Utusan Malaysia Online.

Merujuk kepada artikel-artikel tersebut, kami berpendapat bahawa tekanan yang

dihadapi oleh guru tersebut mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang

paling ketara ialah ketidakupayaan guru untuk berdaya tindak ke atas isu-isu pendidikan

yang berlaku dalam dunia yang pesat berubah. Ini kerana gelombang pembangunan pesat

yang berlaku di negara ini dan juga seluruh dunia menyaksikan cabaran dan tekanan yang

dihadapi oleh guru semakin meningkat. Banyak kajian menunjukkan isu-isu pendidikan

seperti masalah disiplin pelajar yang berleluasa, bebanan tugasan, masalah kekurangan

guru, kekurangan bilik darjah, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan system

sokongan sosial yang kuat dan rangkaian masalah yang lain yang tidak dapat diselesaikan

dengan memuaskan boleh menggugat kesejahteraan guru. Sekiranya isu-isu tersebut tidak

diatasi segera ia boleh menyebabkan guru menghadapi gangguan emosi dan tidak dapat

mengawal emosinya.

Page 3: Isu-isu emosi guru

Warga pendidik memang perlu bijak menangani isu pendidikan agar dapat mengawal

emosi. Oleh itu, satu aspek penting yang perlu diberi perhatian yang berkaitan tekanan ialah

aspek strategi berdaya tindak dan bagaimana mengawal emosi. Mengawal emosi dan

berdaya tindak terhadap tekanan kerja di kalangan guru kini menjadi semakin penting

kerana kegagalan guru untuk berdaya tindak boleh memberi kesan negative kepada

kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru.

Di samping itu, kami juga berpendapat bahawa punca yang lain menyebabkan guru

bertindak kasar dan bertindak tidak baik terhadap murid adalah disebabkan tekan jiwa.

Murid-murid pada zaman sekarang amatlah jauh berbeza dengan masa dahulu. Menurut

pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan dengan bilangan pelajar

yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah. Guru bertindak keterlaluan mungkin

kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak, tanggungjawab

semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru.

Ahlisosiologi UKM, Dr. Sarifa Zaleha Syed Hassan berpendapat bahawa punca guru

bertindak kasar mungkin kerana hilang kesabaran. Mungkin jika seorang murid yang nakal

dapat dikawal tetapi kalau terlalu ramai boleh menghilangkan kesabaran guru. Guru juga

manusia biasa, jika terlalu tertekan, sesekali kesabaran tidak boleh dikawal. Begitu juga

dengan isu guru di atas. Guru tersebut mungkin telah hilang kesabaran disebabkan

muridnya yang nakal dan tidak patuh kepada arahan. Akibat kesabaran yang tidak terkawal,

dia telah menampar murid atau membuat sebarang bertindak yang kasar.