isu dan cabaran semasa aspek kepelbagaian budaya

Upload: sakipit

Post on 14-Apr-2018

574 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Aspek Kepelbagaian Budaya

    1/6

  • 7/27/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Aspek Kepelbagaian Budaya

    2/6

  • 7/27/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Aspek Kepelbagaian Budaya

    3/6

  • 7/27/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Aspek Kepelbagaian Budaya

    4/6

    Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas dan Rajah 1, seseorang guru

    haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid muridnya. Pendekatan

    yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid

    hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau

    bawahan sama.

    Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh

    seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Guru harus mempelbagaikan

    kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk

    mengelakkan murid murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan

    masalah disiplin yang sukar dikawal.

    Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh memberi

    peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai

    unsur bias kepada mana mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang

    sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran.

    Kepelbagaian budaya murid ini memberi kesan kepada kaedah yang harus

    digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar murid mendapat

    menerima proses pembelajaran yang berlaku. Itulah yang perlu dilakukan oleh guruyang berhadapan dengan murid pelbagai budaya. Kami menfokuskan permasalahan

    yang berlaku kepada etnik orang Asli. Hal ini kerana kami mempunyai pengalaman

    menjalani praktikum di sekolah orang asli.

    Kepelbagaian budaya etnik orang asli ini mendorong kami untuk mendekati

    dan memahami budaya mereka dengan lebih mendalam. Mengambil contoh

    permasalahan yang berlaku kepada etnik orang asli iaitu masalah keciciran

    pendidikan di kalangan etnik ini yang amat tinggi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEO) melaporkan 34.31% dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga

    tingkatan lima. Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada

    kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah

    tidak akan mengubah masa depan kaum mereka.

    Apabila membincangkan tentang budaya orang asli ini, kita memang tidak

    boleh lari daripada isu pemikiran dan pembangunan komuniti orang asli ini. Kemelut

    budaya seperti sensitif, rasa malu untuk bertanya dan tidak yakin dengan guru

  • 7/27/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Aspek Kepelbagaian Budaya

    5/6

    menjadi faktor untuk mereka terus memendam rasa tanpa berusaha untuk berjaya

    dalam pelajaran. Di sinilah, kami sebagai guru perlu bertindak mengatasi budaya ini.

    Caranya adalah dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang boleh

    mengalakkan mereka untuk bersosial dan yakin dengan guru. Apa pun yang

    dilakukan oleh guru, yang paling penting adalah guru meratakan jurang budaya di

    kalangan murid orang asli ini dengan guru-guru. Pupuk nilai berani untuk

    berhadapan dengan orang lain dalam diri mereka. Selain itu, guru juga perlu belajar

    dan memahami bahasa serta amalan mereka. Sayangi mereka sama seperti murid-

    murid etnik lain.

    Satu lagi budaya orang asli yang biasanya ada dalam diri murid-murid di

    sekolah adalah budaya mencintai kesenian. Budaya ini telah lama terpendam dalam

    diri mereka. Mereka suka bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta suka

    menyanyi. Sebagai seorang guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam

    merancang kaedah P&P yang sesuai untuk menarik minat anak anak Orang Asli

    ini mengikuti pelajaran. Elemen-elemen kesenian boleh digunakan dalam bagi

    mengalakkan pembelajaran mereka. Oleh itu, kami merancang satu pengajaran dan

    pembelajaran yang mempunyai unsure keseniaan iaitu nyanyian dan muzik.

    Berdasarkan pengalaman kami, murid-murid asli ini sememangnya cepat memahami

    sesuatu jika unsur nyanyian diterapkan ke dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Satu lagi budaya yang sering dibawa oleh orang asli adalah permainan.

    Mereka memang gemar melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan dan

    mempunyai unsur main. Oleh itu, permainan juga menjadi satu pendekatan yang

    akami gunakan sebagai mengatasi masalah kepelbagaian budaya ini. Hal ini kerana

    murid asli juga berhak mendapat pendidikan sama seperti murid yang lain. Jadi, apa

    budaya yang mereka suka, itulah yang perlu di bawa dalam pengajaran dan

    pembelajaran supaya proses tersebut menjadi lebih bermakna kepada mereka.

    Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa isu kepelbagaian ini

    sememangnya menjadi isu hangat dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana

    Malaysia sememangnya terdiri daripada pelbagai kaum dengan pelbagai budaya.

    Justeru, sebagai guru, walau di mana kita di tempat, walau budaya apa yang ada di

    sekolah, kita harus memahami setiap budaya yang ada. Kita tidak bolehmendiskriminasi mana-mana kaum sekalipun. Mereka juga berhak memperoleh

  • 7/27/2019 Isu Dan Cabaran Semasa Aspek Kepelbagaian Budaya

    6/6

    pendidikan yang sama. Jika budaya mereka telah difahami, maka pendekatan dan

    strategi yang pelbagai dapat kita gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari

    situ, pendidikan akan menjadi satu pendidikan yang berkualiti.