istimewa untuk dimiliki - dbp.gov.my · pdf filesayyaf di pulau sipadan pada mei 2000. ... rtm...

Download ISTIMEWA UNTUK DIMILIKI - dbp.gov.my · PDF fileSayyaf di Pulau Sipadan pada Mei 2000. ... RTM pada tahun 2002. ... HUJAN PUtIH Jasni Matlani ISBN 983-62-9265-9

If you can't read please download the document

Upload: dangquynh

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • ZettyKartina JuelniISBN 983-62-9436-2RM14.00 # 141 Halaman

    Zetty, mengisahkan kegigihan seorang gadis yang berusaha untuk menca-pai cita-citanya hingga ke menara gading walaupun dilanda pelbagai onak dan ranjau kehidupan. Ikutilah kesudahan kisah hidup Zetty yang menarik untuk dihayati dalam novel ini.

    Membina Struktur Menakjubkan eMPANGANChris OxladePenterjemah: Md.Sharit BharuddinISBN 983-62-9065-6RM17.00 # 32 hlm.

    Buku ini menghuraikan fungsi pembinaan empangan yang merupakan struktur besar untuk menakung air yang digunakan untuk bekalan air dan pengairan serta sia-pakah yang membina empangan yang per-tama. Turut dibincangkan di dalam buku ini ialah mengapakah empangan tidak melimpah dan apakah kesan empangan ter-hadap alam persekitaran.

    BUAH-BUAHAN NADIR SeMeNANJUNG MALAySIAEdisi KetigaRukayah AmanISBN 983-62-9181-4RM40.00 # 178 Halaman

    Kenali 61 spesies buah-buahan nadir yang terdapat di Malaysia melalui ciri-ciri morfologi, gambar, ilustrasi dan glosari istilah. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan khususnya kepada penuntut di pusat pengajian tinggi dan pencinta alam tumbuhan.

    Halaman Enam BERITA HARIAN Rabu, 24 Januari 2007 BERITA HARIAN Rabu, 24 Januari 2007 Halaman Tujuh

    ISTIMEWA UNTUK DIMILIKI

    SePASANG KASUt DAN SeLIPAR JePUNDi Bumi Abu SayyafISBN 983-62-9341-8RM17.00 # 146 Halaman

    Hayati detik-detik cemas yang dialami oleh seorang wartawan, Jackson Sawatan di Jolo ketika beliau membuat liputan kes penculikan kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Sipadan pada Mei 2000. Memoir ini mengandungi kisah penga-laman yang dilalui oleh Jackson bersama tiga rakannya serta dilengkapi rakaman gambar ketika beliau berada di kem pen-culik bersenjata tersebut.

    Kumpulan Skrip DramatUJUH GUNUNG SeMBILAN LAUtANTaha Abd. KadirISBN 983-62-9342-1RM12.00 # 229 hlm.

    Koleksi ini mengandungi empat buah skrip drama, termasuk sebuah drama radio yang pernah disiarkan di RTM pada tahun 2002. Drama Tujuh Gunung Sembilan Lautan menceritakan kisah percintaan Milah dan kekasihnya Ludin, yang mendapat tentangan dari-pada kedua-dua orang tuanya. Akhirnya berlaku satu pergaduhan antara kekasih merebutkan Milah sewaktu berlangsung-nya hari pernikahan mereka dengan pasangan masing-masing. Ikutilah kesu-dahan kisah Milah dalam drama yang menarik ini.

    Kumpulan Drama ORANG-ORANG PULAUHassan Haji SaprinISBN 983-62-9195-4RM20.00 # 247 hlm.

    Orang-orang Pulau merupakan salah satu drama yang mengisahkan Tambau, seorang Pahlawan Pulau yang bersikap tegas dan bersemangat untuk mempertahankan adat dan tanah pusa-ka kaumnya daripada dicemari dan dirampas oleh Orang Kota. Apabila Tambau telah tua, beliau tidak dihor-mati lagi sebagai Tok Ketua dan Pahlawan Pulau. Malah perjuangan-nya telah ditentang oleh anaknya sen-diri, Azman yang mahukan perubahan untuk kebaikan kaumnya di pulau itu. Apakah yang terjadi kepada Tambau ketika beliau menyelamatkan kam-pungnya yang dilanda ribut taufan? Ikutilah kesudahannya dalam kisah yang menarik ini.

    Apa yang Anda Perlu tahu tentang PeNJAGAAN SeORANG PeSAKIt StROK Dr. Robert Buckman dan Dr. Jenny SutcliffeISBN 983-62-8046-4RM9.00 # 80 hlm.

    Buku ini menerangkan apa sebenar-nya strok, apa yang menyebabkan-nya, dan siapa yang paling berisiko. Ia juga memerihalkan apa yang berlaku terhadap mangsa strok di hospital, dan rawatan yang diberikan oleh pihak doktor. Turut dimuatkan ialah nasihat tentang amalan penjagaan, daripada bantuan berjalan, menaiki tangga dan diet, hingga kepada memperuntukkan masa untuk diri anda sendiri.

    SASteRA MeLAyU DAN SASteRA AMeRIKA LAtINKajian PerbandinganPenyelenggara Zalila Sharif dan Ros Izanuri JamaludinISBN 983-62-9274-8RM22.00 # 213 hlm.

    Buku ini merupakan satu kajian awal yang akan membawa di-mensi baharu dalam perkembang-an, penyebaran dan pengaruh Amerika Latin dalam kesusasteraan Melayu. Esei-esei dalam buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan ten-tang pengarang besar dunia yang kini menguasai kajian dan dunia kesusasteraan di seluruh dunia.

    PANDUAN WACANA AKADeMIKteori dan PenerapanAsmah Haji OmarISBN 983-62-9263-2RM16.00 # 145 Halaman

    Merupakan hasil kreatif yang meng-gabungkan faktor-faktor psikolo-gi, sosioretorik dan juga bahasa. Dengan itu pembahagian teks secara tradisional yang meletakkan teks akademik dalam golongan penulisan deskriptif tidak begitu tepat. Semua jenis teks ialah hasil proses krea-tif. Turut memaparkan teori-teori di sebalik proses kreatif dan memberi panduan bagaimana menggunakan pelbagai strategi dalam penghasilan wacana akademik yang baik.

    Kumpulan PuisiSAUJANA ALAMIAHNawawee MohammadISBN 983-62-9310-8RM20.00 # 212 hlm.

    Himpunan 135 buah puisi yang bertemakan mesra alam dan disulami dengan bahasa puitis dan romantis penyair dalam menyuarakan kesan pera-saannya sama ada rasa sedih, gembira, nostalgia kampung halaman mahu-pun menyanjung kebe-saran Tuhan.

    KeMeLUt KASIH DI PeRSADA JUANGHarry Usup UmbarISBN 983-62-9369-8RM22.00 # 227 hlm.

    Novel yang berunsurkan keme-lut cinta remaja ini memaparkan peristiwa pahit manis alam persekolah-an seorang gadis Noreta, dalam per-juangannya bagi mencapai cita-citanya untuk belajar hingga ke peringkat IPT. Dalam perjuangannya menuju ke pun-cak menara gading Noreta telah terpe-rangkap dalam cinta remaja yang telah menimbulkan pelbagai konflik dalam hidupnya. Berjayakah Noreta menjejak kakinya ke IPT? Ikutilah kisah selanjut-nya dalam novel ini.

    ADIKKU KARtIKAPenyelenggara Zakaria IbrahimISBN 983-62-9259-4RM25.00 # 278 hlm.

    Adikku Kartika merupakan antologi cerpen remaja yang memaparkan senario golongan remaja yang diga-rap dengan pelbagai tema antaranya kekeluargaan, kasih sayang, masalah jati diri dan pengorbanan. Melalui novel ini, pembaca dapat menghayati pergolakan jiwa remaja yang boleh dijadikan landasan kepada remaja lain agar berpegang teguh dengan matlamat hidup yang baik.

    Kumpulan CerpenHUJAN PUtIHJasni MatlaniISBN 983-62-9265-9RM25.00 # 368 Halaman

    Hujan Putih mengisahkan penga-laman seorang penulis membuat kerja penulisannya mengenai kemanu-siaan, kelemahan umat Islam serta pengalaman tragis Kota Baghdad, Bumi Palestin dan Afghanistan yang dilanda peperangan dan membabitkan beribu-ribu nyawa terkorban. Ikuti keluhan rasa dan kegelisahan penulis ini diung-kapkan dalam novel yang hebat ini.

    MeMBILANG HARAPANZulkifli MansorISBN 983-62-2736-9RM5.00 # 125 hlm.

    Mengisahkan pengembaraan Suria ke sebuah dunia asing yang dipenuhi dengan pelbagai benda dan makhluk misteri yang aneh-aneh. Suria tidak menyedari bahawa dia mempu-nyai kelebihan tersendiri di dunia asing itu sehinggalah dia berjaya menyela-matkan seorang rakannya yang diculik oleh sekumpulan pengamal ilmu hitam. Ikutilah kesudahan kisah Suria dalam novel yang menarik ini.

    Kumpulan Puisi SUNGAI HAyAtJair SulaiISBN 983-62-9266-7RM17.00 # 214 Hlm.

    Puisi Sungai Hayat menyatakan kisah hidup manusia yang berliku dan penuh dengan cabaran. Walau bagaimanapun, sebagai manusia hidup yang belum pasti apakah pengakhiran-nya ini harus diteruskan juga. Sebagai manusia hidup kita lalui dengan sikap yang positif dengan harapan akhirnya kita akan menjadi manusia yang diteri-ma Allah.