dbp musuh kongres bahasa dan - dbp.gov.my · dan persuratan melayu iii yang diadakan di johor...

1
Bil: 30 RABU, 22 NOVEMBER 2006 BUKU BAHARU DALAM PASARAN PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP Aras Bawah Menara DBP Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. Pengarang : Nawawee Mohammad ISBN : 983-62-8174-6 Harga : RM20.00 Buku ini menghimpunkan 135 buah puisi yang mengetengahkan keindahan daerah Kuala Setiu, Seberang Takir, Kuala Terengganu dan beberapa daerah lain di Pantai Timur. Penyair menyuarakan perasaan sedih, gembira dan menyingkap nostalgia kampung halaman serta menyanjung kebesaran Tuhan mela- lui bahasanya yang puitis, romantis dan mencerminkan kelembutan penyair yang terdidik dalam bidang keagamaan. DBP SETENGAH ABAD BH PILIH L1 22 emel MUNSYI Salah, sebenarnya DBP banyak membantu penulis DBP musuh golongan penulis? Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII DBP Musuh Golongan Penulis? 11 Akademi Retorika: Melihat yang Positif pada yang Lain 9 Oleh Mashitah Taharin K ongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII yang berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dari 6 hingga 8 November, baru-baru ini telah membuat ketetap- an bahawa Kongres ini akan diadakan secara berkala, iaitu sekurang-kurangnya dua tahun sekali untuk memberi kesempat- an kepada pelbagai pihak dan golongan memperkukuh dan memperbaharui azam dalam pembinaan bahasa, persuratan dan kebudayaan kebangsaan. Kongres ini diadakan sempe- na ulang tahun Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan di Johor Baharu pada 1956, yang membawa kepada penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kongres demi kongres yang diadakan ini tercetus dari- pada hasrat rakyat di negara ini yang mahu bahasa Melayu didaulatkan sebagai bahasa pe- nyatuan kaum dan bahasa ilmu tinggi. Kongres kali ini adalah sebagai lanjutan daripada has- rat rakyat dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VI yang diadakan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 5 September 2002 dahu- lu untuk meminta kerajaan supaya tidak menjadikan baha- sa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah- sekolah, dan pelbagai isu lagi demi mengembalikan semula martabat bahasa Melayu di nega- ra ini. Antara lain Kongres kali ini telah membuat ketetapan untuk meminta kerajaan melalui pel- bagai jabatan dan agensinya supaya mendidik sikap masyara- kat sentiasa menghormati se- tinggi-tingginya bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat mengungkapkan kecanggihan pemikiran, penanggapan dan pengembangan serta pengayaan ilmu, sains dan kesusastera- an karya agung bagi bangsa Malaysia. Sehubungan itu, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan yang juga mantan Ketua Pengarah DBP yang kelima, Datuk Dr. Hassan Ahmad dalam kertas kerjanya “Masalah Bahasa atau Masalah Pengguna Bahasa? Membetulkan Sikap dan Persepsi Manusia terhadap Bahasa Melayu” berkata “persep- si atau pemikiran yang salah ten- tang konsep atau makna ‘bahasa yang maju’ dan ‘bahasa yang tidak maju’; persepsi politik yang salah terhadap dasar bahasa dan terhadap fungsi bahasa Melayu sebagai alat pembangunan negara, dan masalah sikap atau budaya atau kelakuan bahasa orang Melayu perlu diperbetul”. Tegas beliau lagi, “masalah ini perlu ditangani secara serius de- ngan komitmen politik, budaya, intelektual dan profesionalisme yang tinggi, agar bahasa yang sudah maju ini tidak dimus- nahkan oleh persepsi, sikap dan kejahilan manusia yang salah terhadap keupayaan bahasa ini untuk menjadi bahasa kemajuan negara Malaysia dalam zaman moden ini.” Terdahulu, YBM Tengku Razleigh Hamzah dalam ucap- an perasmiannya menegaskan bahawa “Jepun, Korea Selatan dan Taiwan terbukti menjadi sebuah negara termaju di dunia dan pengeksport teknologi yang canggih hasil dari usaha cerdik pandai mereka yang berfikir, menulis, bertutur, belajar dan mengajar dalam bahasa ibunda masing-masing”. Tegas beliau lagi, “kita harus mencontohi cara orang Jepun dan Korea yang menimba ilmu dari seluruh pelosok dunia termasuk Perancis, Russia dan Jerman dan menterjemahkannya ke dalam bahasa ibunda mereka”. Beliau mengingatkan agar orang Melayu harus terus berjuang mencapai matlamat asal kita dahulu untuk menjadi bangsa yang berdaulat dengan mengekalkan nilai dan jati diri bangsa kita. Beliau juga mengingatkan para cendekiawan dan pemimpin poli- tik di negara ini supaya memain- kan peranan penting dalam mendaulatkan bahasa Melayu supaya bahasa Melayu terus men- jadi bahasa pengungkap ilmu dan sampai kepada masyara- kat bawahan demi memastikan kemajuan itu dinikmati oleh masyarakat berbilang lapisan. Ucapan beliau mendapat tepukan hangat daripada peserta Kongres yang datang dari seluruh nega- ra membanjiri Dewan Bankuet, DBP yang ingin melihat beliau yang sudah lama tidak berucap di khalayak ramai. BERUCAP: Prof. Datuk Dr. Abdul Latif Abu Bakar Ketua II Gapena, semasa membentangkan Resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII. SAUJANA ALAMIAH Usman Awang: Pengungkap Zaman yang Luar Biasa 10

Upload: ngocong

Post on 21-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bil: 30 RABU, 22 NOVEMBER 2006

BUKUBAHARUDALAMPASARAN

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP Aras Bawah Menara DBP

Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan

Hari Kelepasan Am9.00 pagi hingga 3.00 petang

Pertanyaan Sila hubungi03-2143 3504/3505 ataufaks 03-2148 7887.

Pengarang : Nawawee MohammadISBN : 983-62-8174-6Harga : RM20.00

Buku ini menghimpunkan 135 buah puisi yang mengetengahkan keindahan daerah Kuala Setiu, Seberang Takir, Kuala Terengganu dan beberapa daerah lain di Pantai Timur.

Penyair menyuarakan perasaan sedih, gembira dan menyingkap nostalgia kampung halaman serta menyanjung kebesaran Tuhan mela-lui bahasanya yang puitis, romantis dan mencerminkan kelembutan penyair yang terdidik dalam bidang keagamaan.

DBP SETENGAH ABAD

BH PILIH L1 22 emel

MUNSYI

Salah, sebenarnya DBPbanyak membantu penulis

DBP musuhgolongan penulis?

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII

DBP Musuh Golongan Penulis?

11Akademi Retorika:Melihat yangPositif padayang Lain

9

Oleh Mashitah Taharin

K ongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII yang berlangsung di Balai

Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dari 6 hingga 8 November, baru-baru ini telah membuat ketetap-an bahawa Kongres ini akan diadakan secara berkala, iaitu sekurang-kurangnya dua tahun sekali untuk memberi kesempat-an kepada pelbagai pihak dan golongan memperkukuh dan memperbaharui azam dalam pembinaan bahasa, persuratan dan kebudayaan kebangsaan.

Kongres ini diadakan sempe-na ulang tahun Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan di Johor Baharu pada 1956, yang membawa kepada penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kongres demi kongres yang diadakan ini tercetus dari-pada hasrat rakyat di negara ini yang mahu bahasa Melayu didaulatkan sebagai bahasa pe-nyatuan kaum dan bahasa ilmu tinggi.

Kongres kali ini adalah sebagai lanjutan daripada has-rat rakyat dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VI yang diadakan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 5 September 2002 dahu-lu untuk meminta kerajaan supaya tidak menjadikan baha-sa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah, dan pelbagai isu lagi demi mengembalikan semula martabat bahasa Melayu di nega-ra ini.

Antara lain Kongres kali ini telah membuat ketetapan untuk meminta kerajaan melalui pel-bagai jabatan dan agensinya supaya mendidik sikap masyara-kat sentiasa menghormati se-tinggi-tingginya bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat mengungkapkan kecanggihan pemikiran, penanggapan dan pengembangan serta pengayaan

ilmu, sains dan kesusastera-an karya agung bagi bangsa Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan yang juga mantan Ketua Pengarah DBP yang kelima, Datuk Dr. Hassan Ahmad dalam kertas kerjanya “Masalah Bahasa atau Masalah Pengguna Bahasa? Membetulkan Sikap dan Persepsi Manusia terhadap Bahasa Melayu” berkata “persep-si atau pemikiran yang salah ten-tang konsep atau makna ‘bahasa yang maju’ dan ‘bahasa yang tidak maju’; persepsi politik yang salah terhadap dasar bahasa dan terhadap fungsi bahasa Melayu sebagai alat pembangunan negara, dan masalah sikap atau budaya atau kelakuan bahasa orang Melayu perlu diperbetul”. Tegas beliau lagi, “masalah ini perlu ditangani secara serius de-ngan komitmen politik, budaya,

intelektual dan profesionalisme yang tinggi, agar bahasa yang sudah maju ini tidak dimus-nahkan oleh persepsi, sikap dan kejahilan manusia yang salah terhadap keupayaan bahasa ini untuk menjadi bahasa kemajuan negara Malaysia dalam zaman moden ini.”

Terdahulu, YBM Tengku Razleigh Hamzah dalam ucap-an perasmiannya menegaskan bahawa “Jepun, Korea Selatan dan Taiwan terbukti menjadi sebuah negara termaju di dunia dan pengeksport teknologi yang canggih hasil dari usaha cerdik pandai mereka yang berfikir, menulis, bertutur, belajar dan mengajar dalam bahasa ibunda masing-masing”.

Tegas beliau lagi, “kita harus mencontohi cara orang Jepun dan Korea yang menimba ilmu dari seluruh pelosok dunia termasuk Perancis, Russia dan Jerman dan

menterjemahkannya ke dalam bahasa ibunda mereka”. Beliau mengingatkan agar orang Melayu harus terus berjuang mencapai matlamat asal kita dahulu untuk menjadi bangsa yang berdaulat dengan mengekalkan nilai dan jati diri bangsa kita.

Beliau juga mengingatkan para cendekiawan dan pemimpin poli-tik di negara ini supaya memain-kan peranan penting dalam mendaulatkan bahasa Melayu supaya bahasa Melayu terus men-jadi bahasa pengungkap ilmu dan sampai kepada masyara-kat bawahan demi memastikan kemajuan itu dinikmati oleh masyarakat berbilang lapisan. Ucapan beliau mendapat tepukan hangat daripada peserta Kongres yang datang dari seluruh nega-ra membanjiri Dewan Bankuet, DBP yang ingin melihat beliau yang sudah lama tidak berucap di khalayak ramai.

BERUCAP: Prof. Datuk Dr. Abdul Latif Abu Bakar Ketua II Gapena, semasa membentangkan Resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII.

SAUJANA ALAMIAH

Usman Awang: Pengungkap Zaman yangLuar Biasa

10