bahasa melayu di persada dunia pengajian ... - dbp.gov.my · menggunakan ejaan yang betul ini...

1
B ahasa Melayu mula diajarkan di Jepun sejak tahun 1908 di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS). Bagaimanapun, menurut Alwi (1995), sebenarnya Jepun merupakan negara kedua yang mengajar bahasa Melayu, iaitu bermula di Tenri University pada tahun 1925. Sehingga kini ijazah dalam Pengajian Melayu/Indonesia di- tawarkan di lima buah universiti di Jepun, iaitu di TUFS, Tenri University, Osaka University of Foreign Studies (OUFS), Kyoto Sanyo University (KSU) dan Setsunan University (SU). Bilangan pelajar yang telah mengikuti pe- ngajian Melayu di universiti-uni- versiti tersebut sehingga kini ber- jumlah lebih daripada 600 orang. Program Ijazah Sarjana dalam Pengajian Melayu juga ditawarkan di tiga buah universiti, iaitu di TUFS, Tenri University dan OUFS. Selain itu, terdapat juga 20 buah universiti lain yang menawarkan Pengajian Bahasa Melayu sebagai subjek elektif atau subjek bahasa kedua dan sehingga kini lebih dari- pada 2000 orang pelajar telah me- ngambil kursus bahasa Melayu. Orang Jepun begitu produktif menerbitkan buku bahasa Melayu dan penterjemahan sastera Me- layu. Menurut satu kajian yang diterajui oleh Yamaguchi Masao, seorang sarjana di Setsunan University, buku yang tertua ialah Kamus Melayu-Jepun dan buku dia- log dalam bahasa Melayu dengan terjemahan bahasa Jepun yang diterbitkan dalam tahun 1908 dan 1910. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, lebih 100 buah buku telah terbit, termasuk nahu, bacaan, teks bahasa, dialog, teks linguistik, kamus dan pelbagai lagi. Semenjak itu, banyak buku berkenaan baha- sa Melayu diterbitkan. Shigeru (1988) telah menyenaraikan seba- nyak 20 teks bahasa, teks linguis- tik dan kamus diterbitkan antara tahun 1974 dan 1988. Sebanyak 30 karya sastera telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun pada tahun 1988, termasuklah puisi, novel, dan cerpen. Begitu juga dengan berpu- luh-puluh buku dan artikel yang ditulis oleh para sarjana Jepun. Sato (1995) telah menyenaraikan 13 buah kamus dan 18 buah buku kerja yang digunakan di universi- ti-universiti di Jepun, termasuklah beberapa terbitan bahasa Inggeris (Sarumpaet dan Hendrata 1970; Almatsier 1974; Dardjowidjojo 1982; Wolff dan Uetomo 1987). Buku-buku kerja bahasa Melayu yang lebih bagus (khusus untuk peringkat pertengahan dan lanjut- an), dan lebih banyak alat audio- visual dan kamus edisi terbaharu sangat diperlukan oleh pelajar- pelajar bahasa Melayu di Jepun. Antara masalah yang dihadapi ialah kurangnya kemasukan bahan terbitan bahasa Melayu di pasaran Jepun. Kepelbagaian dialek Melayu, lahirnya per- kataan baharu, simpulan bahasa dan kependekan, serta sifat nahu bahasa Melayu merupakan masa- lah yang dihadapi pelajar Jepun. Tenaga pengajar dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu sangat berkurangan, sedangkan mereka amat diperlukan untuk membantu proses pengajaran bahasa Melayu di Jepun. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 22 November 2006 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Pengajian Bahasa Melayu di Jepun Mengapa tidak “Kanak-kanak Hari Ini Pemimpin Masa Hadapan?” “B ahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia memikul tanggungjawab sebagai bahasa komunikasi antara semua pihak dalam masyarakat. Dengan demi- kian, sebarang maklumat yang hendak disampaikan untuk pengetahuan masyarakat berbi- lang kaum di negara ini seha- rusnya dibuat melalui bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama.“ Demikianlah rungutan yang dilahirkan oleh pembaca Klik DBP ini yang tidak puas hati dengan slogan “KIDS TODAY… LEADERS TOMORROW”, dalam kempen anti dadah yang dikelu- arkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Bukankah ini suatu hal yang menghairankan apabila sebuah agensi kebangsaan lebih mengutamakan bahasa Inggeris? Bukankah jika ditulis “KANAK- KANAK HARI INI PEMIMPIN MASA HADAPAN” lebih melam- bangkan jati diri Malaysia? Pembaca juga mengirimkan sebuah lagi gambar gejala meng- agung-agungkan bahasa Inggeris “UKM ICT FAIR” yang dipapar- kan di kampus UKM terutama di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) bersempena dengan sambut- an Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini. Mengapa tidak ditulis “PAMERAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UKM” sahaja? Begitulah luahan pembaca terhadap sikap tidak mengutamakan bahasa kebang- saan yang dilakukan sendiri oleh pihak yang sepatutnya mendu- kung langkah kerajaan untuk memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan. Pembaca turut memberikan cadangan supaya mendahulukan penggu- naan bahasa Melayu, kemudian baru diikuti bahasa asing supaya bahasa kebangsaan akan tetap wujud sebagai bahasa utama. Syabas diucapkan kepada saudara Doni Andriansyah kera- na turut mencadangkan supaya pihak pentadbiran UKM me- nubuhkan satu Jawatankuasa Pemantauan Bahasa bagi memas- tikan setiap paparan atau maklu- mat yang hendak dipaparkan di sekitar kampus mesti menguta- makan bahasa kebangsaan. Hantarkan sebarang kesa- lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: mashitah@dbp. gov.my, atau kirimkan kepa- da Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda. BH PILIH L12 22 emel DBP SETENGAH ABAD DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG E jaan manakah yang betul? Adakah "istirehat" atau "istira- hat"? Menurut Kamus Dewan edisi keempat, "istirahat" bermaksud keadaan atau suasana santai. Premis "Tempat Istirahat" yang menggunakan ejaan yang betul ini terletak di Jalan Chow Kit, manakala "Pusat Istirehat Peach Girl Karaoke" pula terletak di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Anehnya, premis yang meng- gunakah nama "Tempat Istirahat" itu dipadankan daripada bahasa Inggeris "Health Spa". "Health Spa" bukannya tempat istirahat seperti "lounge" tetapi ialah tempat untuk mendapatkan rawatan khusus untuk meningkatkan tahap kesihatan. Oleh itu nama yang sesuai bagi premis ini ialah "Pusat Spa". "Pusat Istirehat Peach Girl Karaoke" walaupun hampir sama dengan makna "lounge", iaitu tempat orang beristirahat, tetapi di "lounge" atau ruang istirahat, orang tidak berkaraoke. Di hotel-hotel besar mi- salnya, kalau mereka menyediakan hiburan di ruang istirahat sekali- pun, dalam suasana santai mela- lui nyanyian lagu-lagu sentimental yang menenangkan dengan iringan organ atau piano tetapi tidak dengan berkaraoke yang membingitkan. Sebenarnya tempat ini lebih sesuai dinamai "Pusat Karaoke Peach Girl", walaupun pemilihan perkataan "Peach Girl" itu boleh dipertikaikan. Adakah nama ini melambangkan layanan gadis-gadis montok berpipi merah? Persoalannya mengapakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan perkara ini berlaku? Bukankah setiap papan tanda atau iklan yang hendak dipa- parkan di bandar raya ini perlu mendapatkan pengesahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebelum DBKL memberi kelulusan untuk dinaikkan? Justeru, semua PBT seharusnya peka dengan penggunaan bahasa yang betul pada papan tanda bangun- an di kawasan mereka. Mereka seha- rusnya merujuk DBP terlebih dahu- lu sebelum meluluskan sebarang permohonan. Bahasa kebangsaan kita tanggungjawab kita, bersama- samalah kita memartabatkannya. Istirehat atau Istirahat? KENANGAN: Profesor Madya Naoki Soda (berdiri di belakang) bersama sebuah keluarga Melayu. APA SUDAH JADI? Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor Oleh Normala Mohamad Yusof Tokyo University of Foreign Studies.

Upload: hoangdieu

Post on 21-Mar-2019

269 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Bahasa Melayu mula diajarkan di Jepun sejak tahun 1908 di Tokyo University of Foreign

Studies (TUFS). Bagaimanapun, menurut Alwi (1995), sebenarnya Jepun merupakan negara kedua yang mengajar bahasa Melayu, iaitu bermula di Tenri University pada tahun 1925.

Sehingga kini ijazah dalam Pengajian Melayu/Indonesia di-tawarkan di lima buah universiti di Jepun, iaitu di TUFS, Tenri University, Osaka University of Foreign Studies (OUFS), Kyoto Sanyo University (KSU) dan Setsunan University (SU). Bilangan pelajar yang telah mengikuti pe-ngajian Melayu di universiti-uni-versiti tersebut sehingga kini ber-jumlah lebih daripada 600 orang. Program Ijazah Sarjana dalam Pengajian Melayu juga ditawarkan di tiga buah universiti, iaitu di TUFS, Tenri University dan OUFS.

Selain itu, terdapat juga 20 buah universiti lain yang menawarkan Pengajian Bahasa Melayu sebagai subjek elektif atau subjek bahasa kedua dan sehingga kini lebih dari-pada 2000 orang pelajar telah me-ngambil kursus bahasa Melayu.

Orang Jepun begitu produktif menerbitkan buku bahasa Melayu dan penterjemahan sastera Me-layu. Menurut satu kajian yang diterajui oleh Yamaguchi Masao, seorang sarjana di Setsunan University, buku yang tertua ialah Kamus Melayu-Jepun dan buku dia-log dalam bahasa Melayu dengan terjemahan bahasa Jepun yang diterbitkan dalam tahun 1908 dan 1910. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, lebih 100 buah buku telah terbit, termasuk nahu, bacaan, teks bahasa, dialog, teks linguistik, kamus dan pelbagai lagi. Semenjak itu, banyak buku berkenaan baha-sa Melayu diterbitkan. Shigeru (1988) telah menyenaraikan seba-nyak 20 teks bahasa, teks linguis-tik dan kamus diterbitkan antara

tahun 1974 dan 1988. Sebanyak 30 karya sastera telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun pada tahun 1988, termasuklah puisi, novel, dan cerpen. Begitu juga dengan berpu-luh-puluh buku dan artikel yang ditulis oleh para sarjana Jepun.

Sato (1995) telah menyenaraikan 13 buah kamus dan 18 buah buku kerja yang digunakan di universi-ti-universiti di Jepun, termasuklah beberapa terbitan bahasa Inggeris (Sarumpaet dan Hendrata 1970; Almatsier 1974; Dardjowidjojo 1982; Wolff dan Uetomo 1987). Buku-buku kerja bahasa Melayu yang lebih bagus (khusus untuk peringkat pertengahan dan lanjut-an), dan lebih banyak alat audio-visual dan kamus edisi terbaharu sangat diperlukan oleh pelajar-pelajar bahasa Melayu di Jepun. Antara masalah yang dihadapi ialah kurangnya kemasukan bahan terbitan bahasa Melayu di pasaran Jepun. Kepelbagaian dialek Melayu, lahirnya per-kataan baharu, simpulan bahasa

dan kependekan, serta sifat nahu bahasa Melayu merupakan masa-lah yang dihadapi pelajar Jepun. Tenaga pengajar dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu sangat berkurangan, sedangkan mereka amat diperlukan untuk membantu proses pengajaran bahasa Melayu di Jepun.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 22 November 2006

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Pengajian Bahasa Melayu di Jepun

Mengapa tidak “Kanak-kanak Hari Ini Pemimpin Masa Hadapan?”

“Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia memikul

tanggungjawab sebagai bahasa komunikasi antara semua pihak dalam masyarakat. Dengan demi-kian, sebarang maklumat yang hendak disampaikan untuk pengetahuan masyarakat berbi-lang kaum di negara ini seha-rusnya dibuat melalui bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama.“ Demikianlah rungutan yang dilahirkan oleh pembaca Klik DBP ini yang tidak puas hati dengan slogan “KIDS TODAY…LEADERS TOMORROW”, dalam kempen anti dadah yang dikelu-arkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Bukankah ini suatu hal yang menghairankan apabila sebuah agensi kebangsaan lebih mengutamakan bahasa Inggeris? Bukankah jika ditulis “KANAK-KANAK HARI INI PEMIMPIN MASA HADAPAN” lebih melam-bangkan jati diri Malaysia?

Pembaca juga mengirimkan sebuah lagi gambar gejala meng-agung-agungkan bahasa Inggeris “UKM ICT FAIR” yang dipapar-kan di kampus UKM terutama di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) bersempena dengan sambut-an Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini. Mengapa tidak ditulis “PAMERAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UKM” sahaja? Begitulah luahan pembaca terhadap sikap tidak mengutamakan bahasa kebang-saan yang dilakukan sendiri oleh

pihak yang sepatutnya mendu-kung langkah kerajaan untuk memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan. Pembaca turut memberikan cadangan supaya mendahulukan penggu-naan bahasa Melayu, kemudian baru diikuti bahasa asing supaya bahasa kebangsaan akan tetap wujud sebagai bahasa utama.

Syabas diucapkan kepada saudara Doni Andriansyah kera-na turut mencadangkan supaya pihak pentadbiran UKM me-nubuhkan satu Jawatankuasa Pemantauan Bahasa bagi memas-

tikan setiap paparan atau maklu-mat yang hendak dipaparkan di sekitar kampus mesti menguta-makan bahasa kebangsaan.

Hantarkan sebarang kesa-lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected], atau kirimkan kepa-da Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda.

BH PILIH L12 22 emel

DBP SETENGAH ABAD

DI MANA BUMI DIPIJAKDI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Ejaan manakah yang betul? Adakah "istirehat" atau "istira-hat"? Menurut Kamus Dewan

edisi keempat, "istirahat" bermaksud keadaan atau suasana santai.

Premis "Tempat Istirahat" yang menggunakan ejaan yang betul ini terletak di Jalan Chow Kit, manakala "Pusat Istirehat Peach Girl Karaoke" pula terletak di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Anehnya, premis yang meng-gunakah nama "Tempat Istirahat" itu dipadankan daripada bahasa Inggeris "Health Spa". "Health Spa" bukannya tempat istirahat seperti "lounge" tetapi ialah tempat untuk mendapatkan rawatan khusus untuk meningkatkan tahap kesihatan. Oleh itu nama yang sesuai bagi premis ini ialah "Pusat Spa".

"Pusat Istirehat Peach Girl Karaoke" walaupun hampir sama dengan makna "lounge", iaitu tempat orang beristirahat, tetapi di "lounge" atau ruang istirahat, orang tidak berkaraoke. Di hotel-hotel besar mi-salnya, kalau mereka menyediakan hiburan di ruang istirahat sekali-pun, dalam suasana santai mela-lui nyanyian lagu-lagu sentimental yang menenangkan dengan iringan organ atau piano tetapi tidak dengan berkaraoke yang membingitkan.

Sebenarnya tempat ini lebih sesuai

dinamai "Pusat Karaoke Peach Girl", walaupun pemilihan perkataan "Peach Girl" itu boleh dipertikaikan. Adakah nama ini melambangkan layanan gadis-gadis montok berpipi merah?

Persoalannya mengapakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan perkara ini berlaku? Bukankah setiap papan tanda atau iklan yang hendak dipa-parkan di bandar raya ini perlu mendapatkan pengesahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebelum DBKL memberi kelulusan untuk dinaikkan?

Justeru, semua PBT seharusnya peka dengan penggunaan bahasa yang betul pada papan tanda bangun-an di kawasan mereka. Mereka seha-rusnya merujuk DBP terlebih dahu-lu sebelum meluluskan sebarang permohonan. Bahasa kebangsaan kita tanggungjawab kita, bersama-samalah kita memartabatkannya.

Istirehat atau Istirahat?

KENANGAN: Profesor Madya Naoki Soda (berdiri di belakang) bersama sebuah keluarga Melayu.

APA SUDAH JADI?

Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor

Oleh Normala Mohamad Yusof

Tokyo University of Foreign Studies.